Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia.

Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia. - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia.
link : Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia.

Baca juga


Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia.

Peminat tegar teknologi pasti kenal dengan jenama bertaraf dunia ini. DJI adalah sebuah syarikat yang memonopoli pasaran drone seluruh dunia dan menjadi pilihan penggemar drone di Malaysia.

Dengan keunikan teknologi terbaru padanya, drone buatan DJI pastinya akan menjadi pilihan utama yang mesti dimiliki.   DJI atau Da-Jiang Innovation Technology merupakan cetusan idea seorang pemuda bernama Frank Wang yang berasal dari China.

Kisah kejayaan DJI ini adalah contoh dimana minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara ditambah pula strategik yang berjaya menghasilkan sebuah empayar perniagaan besar dunia dan menguntungkan.

#1- Pemuda Yang Obses Terhadap Teknologi

 

Frank Wang lihahirkan pada tahun 1980 di Hangzhou, China. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya adalah seorang cikgu. Sejak kecil lagi beliau sudah mempunyai minat terhadap objek terbang dan gemar menghabiskan masa membaca buku mengenai teknologi penerbangan.

Cita-citanya sejak daripada kecil adalah mencipta sebuah objek terbang yang dilengkapi dengan kamera dan boleh mengikut pergerakannya. Ketika berumur 16 tahun, beliau menerima sebuah mainan helikopter pertamanya yang boleh dikawal dengan alat kawalan jauh.

Menyambung pengajian di East China Normal University dalam bidang psikologi, tetapi minatnya terhadap teknologi begitu menebal. Semakin meningkat usianya, beliau semakin obsess dengan teknologi objek terbang dan berhasrat belajar di universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Namun, nasib tidak menyelebihinya kerana beliau bukanlah seorang yang cemerlang dalam akademik dan keputusan peperiksaannya tidak melayakkan beliau menempatkan diri di situ. Beliau kemudiannya diterima masuk ke Hong Kong University of Science & Technology (UST) pada 2003.

Ketika di tahun akhirnya di universiti, beliau berjaya mencipta helikopter dan alat kawalan jauhnya yang pertama. Pensyarahnya dalam bidang robotik, Li Zexiang telah mengesan bakatnya ini dan telah menjadi mentornya untuk projek akhir tahun pengajiannya disitu.

Dibawah pengawasan Prof. Li Zexiang, beliau telah berjaya mencipta sebuah miniatur helikopter yang diiktiraf sebagai yang pertama didunia berjaya terbang ke puncak Gunung Everest. Kejayaan inilah yang menjadi inspirasi penubuhan syarikat DJI.

#2- Sejarah Penubuhan Da-Jiang Innovation Technology

Penubuhan syarikat DJI merupakan cetusan idea Frank Wang. Turut sama menyertai Frank adalah Jinying Chen, Zhihui Lu dan Chuqiang Chen. Ketika awal penubuhan, syarikat ini hanya beroperasi di sebuah apartment 3 bilik yang didiami mereka.

Di peringkat awal penghasilan DJI, mereka hanya merakam video mengenai helikopter ciptaan mereka dan memuatnaik ke internet. Produk ciptaan mereka ini hanya mampu dibeli oleh golongan tertentu seperti pihak universiti dan syarikat-syarikat milik kerajaan. Harga sebuah helicopter biasanya dijual $6000 manakala kos menghasilkannya pula sekitar $2000.

Di penghujung tahun 2006, secara purata mereka berjaya menjual  60 buah helicopter setiap bulan serta telah mendapat pelaburan sebanyak $90000 daripada Lu Di, kawan kepada keluarga Frank.

2 tahun kemudian, iaitu pada 2008 drone pertama DJI telah dihasilkan. Pada tahun inilah 3 ahli kumpulan DJI yang terawal iaitu Lu, Chujiang telah Jinying telah meninggalkan DJI, membawa bersama-sama mereka teknologi penciptaan drone.

#3-Perkembangan DJI ke Seluruh Dunia


Pada 2011, DJI mula mengorak langkah memperkenalkan alat kawalan yang lebih canggih dengan fungsi auto pilot. Mereka juga berjaya mengurangkan kos pembuatan drone daripada $2000 sebuah kepada hanya $400 sebuah.

Demi startergi meluaskan pasaran ke seluruh dunia, syarikat DJI North America telah ditubuhkan dengan kerjasama Colin Guinn. Colin menguasai 48% pegangan saham manakala DJI memegang 52% saham.

Setahun kemudiannya, mereka berjaya mencipta sebuah pakej lengkap untuk sebuah drone, daripada perisian, gimbal, alat kawalan jauh dan lain-lain.

Ketika tahun 2013, mereka memperkenalkan Phantom yang terus melonjakkan pendapatan DJI. Pada ketika itu, 30% pendapatan DJI datang daripada Amerika Syarikat, 30% daripada Eropah, 30% daripada Asia manakala selebihnya daripada Amerika Latin dan Afrika.

DJI telah membeli kembali kesemua pegangan saham Colin Guin dan dianggarkan  pendapatan DJI sudah mencecah $130 juta!

Kini, aset DJI dianggarkan bernilai $10 bilion dimana Frank memegang 45% pegangan saham dengan nilai kira-kira $4.5 bilion.



Sumber Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia.


Demikianlah Artikel Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia.

Sekianlah artikel Kisah Bagaimana DJI(Syarikat Industri Drone), Menguasai 70% Pasaran Drone Dunia. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: