Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus

Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus
link : Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus

Baca juga


Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus

KUALA LUMPUR: Hari ini, penganut agama Kristian meraikan hari kebesaran mereka iaitu Hari Krismas.

Dan seperti biasa, jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur lengang pada hari cuti umum apatah lagi cuti Krismas ini jatuh pada hari Isnin yang menyaksikan orang ramai bercuti selama tiga hari.

Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati warga kota mempergunakan hari cuti umum untuk meluangkan masa bersama keluarga .

Antara lokasi yang menjadi tumpuan keluarga adalah Zoo Negara yang mana pengunjung mula sampai jam 10 pagi.

Turut menjadi tumpuan ialah Taman Botani dan Tugu Negara yang menjadi destinasi pilihan khususnya mereka yang berkeluarga untuk beriadah pada hari cuti ini.

Tidak seperti kebiasaannya, tinjauan setakat tengah hari mendapati tidak ramai warga asing yang memenuhi lokasi-lokasi seperti Kota Raya dan Bukit Bintang manakala Jalan Tuanku Abdul Rahman pula menjadi pilihan untuk warga kota meluangkan masa membeli belah bersama keluarga.

Bagaimanapun menjelang petang, segenap penjuru Kuala Lumpur mula dibanjiri warga asing yang mengambil peluang cuti umum ini untuk berkumpul bersama.

Jalan-jalan utama di pusat bandar juga mula sesak dan menjadi tumpuan ramai, terutamanya pelancong asing.

Sambutan Krismas tentunya tidak lengkap tanpa pelbagai hiasan indah yang hanya dapat dilihat setiap kali bulan Disember tiba.

Pusat beli belah terutamanya, cukup meriah dengan aneka replika pokok, salji dan Santa Claus.

Pavilion antara lokasi tumpuan yang dihias cantik, dan orang ramai yang berkunjung ke sini tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan.



Sumber Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus


Demikianlah Artikel Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus

Sekianlah artikel Ibu kota meriah dengan pokok Krismas, Santa Claus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: