Judul : Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri
link : Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri
Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri
KEMAMAN: Jenazah tiga beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ahli keluarga menunaikan umrah dimandikan sendiri oleh ibu bapa mereka yang baharu pulang dari Mekah.Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 56 tahun dan isterinya, Rosnani Ibrahim, 53 tahun tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman pada pukul 3.45 petang Ahad.
Suasana pilu menyelubungi unit forensik yang dipenuhi lebih 200 ahli keluarga sejurus pasangan itu keluar dari kenderaan.
Lebih memilukan apabila Wan Kamaruzzaman dan Rosnani terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat tiga anak mereka meninggal dunia.Anak pasangan itu, Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Kuantan di Kampung Batu Putih, Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi Sabtu.
Kemalangan berlaku ketika tiga beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman.
Mereka dikatakan singgah di rumah saudara di Melaka selepas menghantar kedua ibu bapa dan adik mereka, Wan Nur Afikah, 17 tahun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah ketiga-tiga mangsa disembahyangkan di Masjid Jamek Binjai selepas maghrib dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai.
Sumber Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri
Demikianlah Artikel Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri
Sekianlah artikel Ibu bapa mandikan jenazah anak sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.