Judul : Hidup susah, gadis 13 tahun dirogol, didera majikan
link : Hidup susah, gadis 13 tahun dirogol, didera majikan
Hidup susah, gadis 13 tahun dirogol, didera majikan
Ketua polis Kajang berkata kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mangsa kini berada di Hospital Selayang. ― Paparan skrin GoogleKAJANG, 26 Dis ― Kesan melecur di tangan, mulut dan anggota badan seorang remaja dipercayai dipukul oleh majikannya dengan senduk panas.
Malah perempuan itu, 13, yang bekerja di sebuah pusat rawatan kesihatan di Semenyih, turut dipercayai dicekik dan ditumbuk suspek berusia 41 tahun itu.
Namun ketua polis daerah Kajang berkata suspek ditahan 5.30 petang semalam selepas menerima aduan sebuah NGO, 22 Disember lalu, lapor Harian Metro.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lecur di tangan, badan dan mulut mangsa,” kata ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff.
“Mangsa turut mendakwa pernah dirogol pelanggannya di Sri Petaling, Kuala Lumpur, Mei lalu,” katanya lagi di IPD Kajang, pagi ini.
Beliau berkata mangsa, anak kedua lapan beradik itu, dihantar bekerja di premis berkenaan sejak April kerana ibu bapanya tidak mampu menyara.
Permohonan reman akan dibuat hari ini. Kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. Mangsa kini berada di Hospital Selayang.
Sumber Hidup susah, gadis 13 tahun dirogol, didera majikan