Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian

Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian
link : Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian

Baca juga


Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian

Orang ramai perlu berhati-hati ketika membeli produk kecantikan secara dalam talian, kata PMPM. — Foto AFPOrang ramai perlu berhati-hati ketika membeli produk kecantikan secara dalam talian, kata PMPM. — Foto AFPALOR SETAR, 3 Dis — Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli produk kecantikan serta kosmetik dijual secara dalam talian untuk mengelak daripada sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Timbalan Presidennya, Azlin Othman berkata ini kerana sesetengah produk dijual itu didakwa tidak menjaminkan kualiti dan keselamatan kerana tiada bukti saintifik kukuh dengan sekadar berdasarkan testimoni pengguna lain yang kemungkinan boleh diedit mengikut kehendak penjual mahupun pengeluar.

“Kita sering kali dengar isu produk kecantikan dijual dalam talian ini ada sesetengah produk dibuat penjenamaan semula, beli secara borong selepas itu dibungkus dengan jenama sendiri...​​​​​​kaum wanita yang saya bimbang kerana mereka mudah terpengaruh dengan produk dalam talian yang kononnya murah dan berkesan.

"Padahal produk murah dan cepat berkesan ini yang banyak beri kesan sampingan seperti kulit melecur, mengelupas serta muka bengkak disebabkan bahan-bahan kimia beracun dalam produk tersebut, seperti hidrokuinon, tretinoin dan merkuri," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Azlin berkata pengguna juga mudah terdedah kepada penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab penjual serta pengeluar sekiranya terdapat kesan sampingan berbahaya seperti tiada bukti untuk dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna bagi pengguna yang tidak mempunyai resit pembelian.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga November lepas, lebih 10 jenama produk tempatan ditarik balik daripada dijual di pasaran kerana mengandungi bahan terlarang.

Beliau berkata pihaknya juga menerima lebih 100 aduan setakat ini, berhubung kesan buruk penggunaan produk kecantikan seperti krim siang dan malam, krim kunyit, krim pemutih serta krim pencerah kulit wajah yang dibeli secara dalam talian mahupun di kedai kosmetik luar.

Sehubungan itu, Azlin berkata lambakan produk itu ketika ini memerlukan pengguna lebih bijak memilih produk lebih selamat dan tulen dengan cara membeli sama ada di kedai jamu, farmasi ataupun klinik swasta yang mengeluarkan resit dan sekiranya berlaku sebarang kesan sampingan pengguna boleh terus merujuk kepada premis itu.

Beliau, bagaimanapun meminta pengguna membuat semakan terlebih dahulu produk yang hendak dibeli itu dengan melayari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan bagi mengetahui status produk tersebut.

"Pihak berkuasa juga diminta lebih tegas membuat pemantauan berterusan terhadap produk-produk yang wujud sekarang termasuklah kopi-kopi ‘kuat’ bagi kaum lelaki sehingga boleh terkena serangan jantung dan menjejaskan buah pinggang," katanya. — Bernama



Sumber Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian


Demikianlah Artikel Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian

Sekianlah artikel Hati-hati beli produk kosmetik dalam talian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: