Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan

Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan
link : Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan

Baca juga


Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan

PARIT: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Parit Perak hari ini selepas mengaku bersalah cuba mengaibkan kehormatan seorang janda dengan memberikan sekeping DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh, Jumaat lalu.

Tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan berkenaan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa hendak mengaibkan kehormatan wanita berusia 52 tahun itu apabila memberikan DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud bagi mengganggu kesantunan wanita berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota pada jam 7.15 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa, Inspektor Hamidah Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbans Kaur.

BACA: Buruh dicekup hantar mesej lucah kepada janda

Jumaat lalu Astro Awani melaporkan tertuduh ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang janda dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, tertuduh telah mengumpan mangsa menggunakan bahan terbabit dengan tujuan untuk mengajak wanita itu melakukan hubungan seks dengannya.



Sumber Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan


Demikianlah Artikel Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan

Sekianlah artikel Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: