Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah

Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah
link : Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah

Baca juga


Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah

GAMBANG: Sebanyak 1,200 buah basikal ditempatkan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang dan Pekan hasil kerjasama dengan oBIKE Malaysia Sdn.Bhd. baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada warga kampus sebagai salah satu daripada aktiviti amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa.

Bentuk muka bumi di UMP Kampus Gambang dan Pekan yang mendatar juga menjadi faktor utama untuk para mahasiswa menggiatkan diri mereka dalam penggunaan basikal.

Jika sebelum ini, mahasiswa terpaksa membeli basikal untuk kegunaan harian dan bagi mereka yang tidak mempunyai basikal pula terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke dewan kuliah.

Dengan adanya kemudahan oBIKE, semua mahasiswa berpeluang untuk menggunakan basikal untuk bergerak di sekitar kawasan universiti.

"Basikal oBIKE akan memudahkan lagi mahasiswa untuk pergi ke kuliah dan dalam masa yang sama akan menjadikan para mahasiswa lebih aktif dengan melakukan aktiviti berbasikal pada masa lapang mereka," kata Nurmahirah  Ridzuwan mahasiswa  tahun 2 dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian.

Begitu juga dengan Nur Hada binti Zamanhuri dari Fakulti Teknologi Kejuruteraa pula berpendapat bahawa inisiatif ini akan mengurangkan masa untuk mahasiswa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam kampus.

Tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah

Beliau mengharapkan mahasiswa lebih bertanggungjawab dalam menggunakan kemudahan ini dan tidak meninggalkan di merata tempat sehingga menjejaskan pemandangan atau imej universiti.

oBIKE kini diletakkan di UMP selama 2 bulan untuk tempoh percubaan.

Inisiatif ini juga dilihat memberikan peluang kepada UMP untuk meningkatkan kedudukan Universiti dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking sebagai salah satu pencapaian  dalam mengurangkan pengeluaran karbon dalam kawasan universiti.

Usaha ini sebagai langkah mengurangkan pengeluaran karbon dalam universiti

UMP kini berada di kedudukan keempat dalam UI-GreenMetric World University Ranking di Malaysia yang didahului oleh Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
_____________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UMP Nazmi Nasir. Suntingan oleh Mimi Rabita Abd Wahit dari Bahagian Komunikasi Korporat, UMP.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

***AwaniRangers UMP ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Pahang.



Sumber Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah


Demikianlah Artikel Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah

Sekianlah artikel Cara tingkatkan kecergasan semasa pergi kuliah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: