Blogger Milosuam ditahan polis

Blogger Milosuam ditahan polis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Blogger Milosuam ditahan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Blogger Milosuam ditahan polis
link : Blogger Milosuam ditahan polis

Baca juga


Blogger Milosuam ditahan polis

Polis dari Bukit Aman menahan blogger Yusof Al-Siddique Suratman, atau lebih dikenali sebagai Milosuam, berhubung kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor.

Difahamkan Yusof akan ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah Dang Wangi malam ini dan akan hadir pada pendengaran reman esok. Peguamnya Latheefa Koya berkata Yusof ditangkap di rumahnya di Melaka petang ini.

Isteri Yusof diberitahu oleh polis bahawa dia akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan, kata Latheefa.

Secara kebetulan, Polis Johor hari ini mengambil keterangan Anggota Parlimen Senai Wong Shu Qi berhubung ucapannya di dewan undangan negeri baru-baru ini.

Ucapan itu disampaikan pada 28 November di mana Wong mendesak Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi penjelasan berhubung tuduhan rasuah yang disebut dalam kenyataan saksi SPRM yang telah disiarkan di internet.

Pada hari yang sama, milosuam.net memuatkan satu artikel yang mengandungi satu halaman dari apa yang kelihatan sebagai kenyataan saksi SPRM.

Khaled menafikan sebarang tuduhan rasuah dan mendakwa Wong melanggar undang-undang rahsia dengan merujuk kepada kenyataan saksi.

Beliau juga memberitahu dewan undangan negeri bahawa beliau tidak berada di lokasi yang disebut dalam kenyataan saksi yang dikatakan itu kerana berada di luar negeri.

Kenyataan saksi itu dibuat oleh Amir Shariffuddin Abd Raub, yang didakwa bersama-sama bekas anggota exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi awal tahun ini kerana melakukan pengubahan wang haram dan rasuah.

 

SPRM kemudian mengesahkan bahawa dokumen itu telah bocor, sementara Amir Shariffuddin membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa dokumen itu telah diubahsuai.

Peguam dan Ahli Parlimen Puchong, Gobing Singh Deo, yang mengiringi Wong ke balai polis hari ini berkata pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan rasuah dan bukan anak guamnya.

“Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggubal undang-undang untuk berbincang secara bebas mengenai isu kepentingan awam dalam dewan undangan negeri atau Parlimen,” katanya.

Sumber: MK



Sumber Blogger Milosuam ditahan polis


Demikianlah Artikel Blogger Milosuam ditahan polis

Sekianlah artikel Blogger Milosuam ditahan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: