Judul : Beli Adik, kisah sindiket penjualan bayi
link : Beli Adik, kisah sindiket penjualan bayi
Beli Adik, kisah sindiket penjualan bayi
MENGANGKAT konflik kekeluargaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik khas cuti sekolah, Beli Adik karya arahan Khir Rahman yang dibintangi Mohd Izwan Fikri, Muhammad Izz Ilham Nazuadi, Zain Hamid, Zarynn Min, Sheila Mambo, Rashidi Ishak dan Joey.Disiarkan pada 8 Disember ini, jam 2 petang menerusi saluran TV2, drama komedi ini berkongsi kehidupan dijalani watak utama Hazamin dan Nina adalah pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin.
Kehidupan mereka bahagia dan miiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Sepanjang usia perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Aizad.
Namun, malangnya keluarga mereka kekurangan kasih sayang kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka. Situasi itu membuatkan Aizad anak tunggal mereka yang berusia enam tahun dijaga neneknya, Maimon.
Masa berlalu Aizad mula rasa kesunyian. Situasi itu membuatkan Aizad mahu seorang adik untuk menemaninya bermain dan melakukan apa sahaja bersama.
Fikirannya yang masih belum matang membuatkan Aizad mengambil keputusan cuba berusaha untuk membeli seorang adik. Dia beranggapan itu jalan mudah dan singkat untuk dia memenuhi impiannya memiliki seorang adik.
Aizad melakukan pelbagai usaha untuk mencapai matlamatnya. Secara tidak sengaja Aizad berhubung dengan sindiket haram menjual bayi dan berikutnya mengakibatkan Aizad diculik oleh sindiket haram itu. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Sumber Beli Adik, kisah sindiket penjualan bayi