Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan

Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan
link : Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan

Baca juga


Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan

Bapa lapan anak, dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini terhadap tuduhan merogol anak perempuannya berusia 10 tahun, September lalu, lapor Harian Metro. 
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 50 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan. Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Oktober 2017. 
Mengikut pertuduhan, peniaga berkenaan didakwa telah merogol anak perempuannya di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, Bachok, di antara jam 9.30 malam hingga 11.15 malam, 22 September lalu. 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan. 
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian itu tertuduh telah pergi ke rumah bekas isterinya untuk mengambil mangsa tidur di rumahnya. Namun mangsa enggan mengikuti bapanya itu. Tetapi selepas dipujuk oleh ibunya, akhirnya mangsa akur dan mengikuti bapanya. 
Pada jam 11.30 malam, mangsa pulang ke rumah dihantar oleh kakaknya dalam keadaan berlainan dan selepas dipujuk, mangsa memaklumkan dia dirogol oleh bapanya dan difahamkan itu bukan kejadian kali pertama. 
Pada 12 Oktober lalu, tertuduh sekali lagi datang mahu mengambil mangsa tetapi bekas isterinya enggan membenarkan dan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menyara anak yang ramai. 
Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira perbuatan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri. 
"Perbuatan keji dengan meragut kesucian anak sendiri ini mengakibatkan mangsa trauma dan saya mohon hukuman sebat turut dikenakan terhadap tertuduh," katanya. 


Sumber Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan


Demikianlah Artikel Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan

Sekianlah artikel Bapa durjana rogol anak perempuan berusia 10 tahun mohon diberi hukuman ringan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: