Banjir Kota Belud tiada tanda pulih

Banjir Kota Belud tiada tanda pulih - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Banjir Kota Belud tiada tanda pulih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir Kota Belud tiada tanda pulih
link : Banjir Kota Belud tiada tanda pulih

Baca juga


Banjir Kota Belud tiada tanda pulih

KOTA BELUD: Situasi banjir di daerah ini tidak menunjukkan tanda reda apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat kepada 1,829 orang setakat jam 7 pagi ini.

Ia membabitkan mangsa banjir di 26 kampung di Kota Belud yang terjejas dan kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS). 

PPS itu ialah di Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi Dua, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan dan Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Said.

Anggota bomba membantu penduduk kampung di Kota Belud yang terjejas akibat banjir dalam operasi menyelamat pada petang Selasa. - Astro AWANI / RUZAINI ZULKEPLI

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khairul Azuwan Ibrahim, sehingga jam 7 pagi, semua mangsa berjaya dipindahkan secara berperingkat dengan menggunakan aset bot dan lori membabitkan agensi penyelamat ke PPS yang dibuka di daerah berkenaan.

"Sementara itu, sebuah lagi PPS di Dewan Kompleks Sukan Butong, Kota Belud juga sedia dibuka sekiranya mangsa banjir meningkat lagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Semalam, hasil tinjauan di daerah Kota Belud mendapati hanya 120 orang mangsa banjir ditempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said sebelum angka itu meningkat pagi ini.

Penduduk kampung di Kota Belud dalam proses meninggalkan kediaman mereka yang hampir dimasuki air pada petang Selasa. - Astro AWANI / RUZAINI ZULKEPLI

Terdahulu, dalam kenyataan media Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada Selasa, kerajaan negeri telah mengerahkan segala sumber yang perlu bagi membantu mangsa banjir di Kota Belud.

Jelasnya, satu Jawatankuasa Pemulihan Bencana Negeri sudah diaktifkan bagi membantu mereka yang terjejas selain membekalkan makanan, minuman dan keperluan asas kepada mangsa banjir terlibat.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir di Kota Belud. - Astro AWANI / RUZAINI ZULKEPLI

Antara kampung yang terjejas teruk akibat banjir kali ini ialah di daerah Kota Belud adalah Kg Donggoi, Kg Marajah, Kg Gunring, Kg Sadok-Sadok, Kg Sembirai, Kg Lingkodon, Kg Linau, Kg Lebak Moyoh, Kg Bobot, Kg Suang Punggur, Kg Menunggui, Kg Song-Song, Kg Sangkir, Kg Karang Benai, Kg Bota Bungan dan Kg Kota Belud.

Setakat ini, sembilan batang jalan raya tidak dapat dilalui.



Sumber Banjir Kota Belud tiada tanda pulih


Demikianlah Artikel Banjir Kota Belud tiada tanda pulih

Sekianlah artikel Banjir Kota Belud tiada tanda pulih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: