Judul : 30 FOTO: Gambar Sekitar Kemeriahan Baby Shower Jihan Muse
link : 30 FOTO: Gambar Sekitar Kemeriahan Baby Shower Jihan Muse
30 FOTO: Gambar Sekitar Kemeriahan Baby Shower Jihan Muse
Pelawak dan pengacara Gegar Vaganza ini kini sudah 7 bulan mengandung dan dijangka bersalin pada bulan Februari tahun depan.
Sempena bakal kelahiran anak sulungnya itu, semalam telah berlangsung majlis baby shower pelawak popular Jihan Muse dan suaminya Ungku Hariz.
Majlis diadakan di tempat bernama The Sanggul, Kuala Lumpur. Konsep pada majlis baby shower itu ialah bertemakan Bohemian.
Untuk yang tidak tahu, Bohemia ini merupakan satu region dari negara Czech Republic. Ada kaum di sana yang memakai pakaian natfi dan tradisional yang amat unik. Itulah konsep yang diguna pakai oleh Jihan.
Pelbagai aktiviti diadakan di majlis itu seperti teka makanan sambil tutup mata, cabaran memakai pampers dan menonton tayangan istimewa episod terkini E-bu.
Selain itu, majlis baby shower ini juga mengadakan satu polling di mana tetamu boleh meneka apakah jantina bayi Jihan.
Kemudian, satu pengumuman jantina anak Jihan dan Unku Hariz ini dibuat oleh doktor pakar.
Melalui panggilan video secara langsung bersama Dr Norleen Mohd Salleh, Consultant Obstetrician And Gynaecologist yang merupakan doktor yang bertanggung jawab terhadap kesihatan kandungan Jihan, beliau telah mengesahkan secara ekslusif, Jihan bakal melahirkan seorang bayi lelaki!
Jom layan gambar sekitar majlis baby shower Jihan Muse ini:
Beberapa rakan artis turut hadir di majlis baby shower berkenaan dan berkongsi rasa gembira bersama pengacara Gegar Vaganza ini.
Antara yang kelihatan ialah Shila Amzah, pelakon Nad Zainal, penyanyi Mark Adam, penyampai radio Farah Fauzana, rakan pengacara Nabil Ahmad, pelakon hebat Nabila Huda dan ramai lagi yang hadir.
Tahniah diucapkan kepada Jihan dan Unku Hariz yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Semoga segalanya berjaan dengan lancar dan baik!
Sumber: IG Jihan Muse, Kaki Foto, Aqo Imran, Media Hiburan
Demikianlah Artikel 30 FOTO: Gambar Sekitar Kemeriahan Baby Shower Jihan Muse
Sekianlah artikel 30 FOTO: Gambar Sekitar Kemeriahan Baby Shower Jihan Muse kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.