“Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun

“Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun
link : “Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun

Baca juga


“Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun

Bergelar pasangan kepada selebriti tentunya memberikan sedikit tempias populariti. Itu yang dialami Joyrevfa yang juga isteri penyanyi, Hafiz Hamidun.

Terbaru, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin dikecam netizen selepas memuat naik gambarnya yang dikatakan seksi di laman Instagram miliknya.

Hafiz ketika ditemu bual menganggap apa yang berlaku itu adalah tanggungjawab isterinya sebagai individu.

“Setiap apa yang dimuat naik di laman sosial isteri, ia tanggungjawabnya sendiri dan saya tidak masuk campur kerana kebanyakan adalah berkaitan perniagaannya.

“Pada masa sama, dia juga memiliki syarikat dan kumpulan penasihat yang akan memantau setiap apa yang dimuat naik. Apa yang boleh saya katakan, ia tanggungjawabnya sebagai individu,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Jodoh Berdua itu lagi, apabila sesuatu ‘posting’ sudah dimuat naik, dia sendiri perlu bersedia menerima sebarang kecaman.

“Dia sendiri perlu bersedia untuk terima sebarang kritikan, sama ada suka atau tidak. Saya bukan sengaja tidak mengendahkan hal itu tetapi apabila terlalu ramai peminat yang menghantar mesej serta ‘tag’ nama saya di ruangan komen, saya memilih untuk tidak melayannya,” katanya.

Ditanya sama ada dia ada memberikan nasihat kepada isterinya supaya lebih berhati-hati, ini jawapan Hafiz.

“Sudah menjadi lumrah apabila berkahwin dengan selebriti, dia akan terkena tempias populariti. Jumlah pengikut dia di Instagram pun rasanya meningkat dengan mendadak.

“Apabila mula dikenali, akan ada yang suka kita dan sebaliknya. Saya tidak boleh ajar dia untuk berhati-hati atau apa kerana sebelum ini pun, hal sebegini pernah berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada dia memantau laman Instagram isterinya, Hafiz meletakkan beberapa batasan.

“Ada beberapa batasan yang sudah kami persetujui. Saya tidak mengikutnya di laman Instagram kerana tidak mahu masuk campur dalam hal perniagaannya. Lagipun, kebanyakan apa yang dikongsinya di laman itu adalah mengenai wanita, solekan dan perniagaannya,” katanya.

Secara ringkas, Hafiz juga menegaskan isterinya juga dalam proses pembelajaran.

“Saya tidak tujukan kepada sesiapa tetapi secara umum untuk semua, isteri saya dan diri sendiri. Kadang-kadang, ada benda yang kita rasakan kecil, tetapi sebenarnya benda yang besar di mata orang lain.

“Kita rasakan ia remeh di sudut agama tetapi ada istilah yang kita sendiri tidak tahu. Isteri saya sendiri masih dalam proses pembelajaran dan mungkin ada benda yang dia tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, Joy pula ketika dihubungi menganggap itu kesilapannya.

“Silap saya apabila berkongsi gambar penuh daripada sesi fotografi itu. Gambar itu sebelum ini pernah digunakan dalam papan iklan syarikat, namun hanya di bahagian atas dada.

“Saya tidak mahu hal sebegini memberikan kesan kepada rumah tangga dan lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar serta menutup ruangan komen,” katanya.

Dia juga memohon netizen mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.

“Saya mohon agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangga kami. Setiap yang berlaku ini, saya anggap sebagai ujian dan ada hikmahnya,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun


Demikianlah Artikel “Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun

Sekianlah artikel “Saya tak masuk campur laman sosial isteri saya” – Hafiz Hamidun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :