Judul : Peminat suruh Fikry dan Uqasha bernikah secara sah
link : Peminat suruh Fikry dan Uqasha bernikah secara sah
Peminat suruh Fikry dan Uqasha bernikah secara sah
NAMPAKNYA bersungguh-sungguh benar netizen nak menjodohkan Fikry Ibrahim dan Uqasha Senrose kerana suka melihat keserasian mereka dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Malah, ramai yang berpendapat bahawa Fikry, 23, yang juga pemenang tempat ketiga Lawak Solo 2016 dan Uqasha, 25, sesuai bersama dan berharap mereka bercinta di dunia realiti.
Sudah menjadi ikutan apabila peminat melihat kemesraan pelakon gandingan tersebut dalam drama, mereka mahu melihat pasangan itu bercinta dan berkahwin.
Tengok saja komen-komen yang ditinggalkan di laman Instagram Fikry dan Uqasha apabila ramai yang berhasrat pasangan itu bertemu jodoh.
Manakala pemilik akaun bernama @fatiaris_ meminta pasangan ini bernikah secara sah.
@effakhankhan Comel la dua orang ini. Couple betul-betul jela.
@niaa.amir_ semoga jodoh hampa berdua. Suka sangat! Serasi dan sesuai sangat.
@norulehabibi ya Allah sesuainya pasangan ini @uqashasenrose2 dan @fikryibrahim! Betul-betul kena dua rupa ini. Macam hero dan heroin Bollywood! Saya doakan awak berdua jodoh! Aamin ya Allah!
@aisyahzlkfli So sweet this couple. You guys mesti suka satu antara lain ini.
@seribella.shamira Comel la korang berdua. In real life please hehehe.
Manalah tahu dalam diam sebenarnya Fikry dan Uqasha ada menyimpan perasaan. Yela, masing-masing pun masih lagi solo.
Dalam pada itu, ada juga memuji lakonan pertama Fikry yang dilihat tidak kekok dan tak nampak ‘kayu’.
Apa lagi, selepas ini pula mereka mahu melihat Fikry berlakon sebagai hero utama dalam drama.
“Bro, kau memang terbaik. Aku rasa ‘nezt time’ kau ada potential jadi hero. And if you can sing, please buat one song bro. Keep it up,” tulis @lokmanaskam.
@moonazadi Suka tengok lakonan you dalam HSC. Keep it up, tingkatkan kreativiti, hasilkan mutu kerja yang baik. I know You can do it. Next drama?
@aishahzulkeffli: @fikryibrahim good job on your first drama. Nampak natural je. Semoga tambah rezeki dapat tawaran berlakon lagi. Selamat Hari Raya.
Biarpun Fikry lahir dari program realiti lawak, namun dia lebih menyerlah menjadi seorang pelakon berbanding pelawak.
Sumber: MStar
Sumber Peminat suruh Fikry dan Uqasha bernikah secara sah