“Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya

“Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya
link : “Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya

Baca juga


“Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya

Seorang wanita dikejutkan dengan tawaran beribu ringgit oleh seorang lelaki bergelar Datuk yang  menghubungi beberapa kali untuk memujuknya.

Tawaran daripada lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk Z itu sebenarnya mahu membeli baju kurung bermotifkan Hello Kitty yang dipakai Yus Amina Mohd Zawizah, 27, dan anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun.

“Saya nak baju ini, berapa awak nak jual? Saya sanggup beli berapa ribu pun. Cucu dan anak kesayangan saya nak sangat baju yang awak pakai,” kata Datuk Z menerusi aplikasi WhatsApp sambil menyertakan gambar dua beranak itu memakai baju kurung moden Hello Kitty.

 

Paparan skrin menunjukkan mesej daripada Datuk Z yang mahu membeli baju Hello Kitty.

Ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Afina berkata, mesej tersebut diterima selepas dia memuat naik gambar bersama anaknya menyarungkan busana itu sempena hari raya baru-baru ini, di Facebook pada Selasa lalu sehingga tular.

Kata Afina, dia menempah baju raya bermotifkan Hello Kitty untuk dipakai sedondon termasuk bersama suami disebabkan anaknya Jeliyta amat meminati watak kartun itu.

 

“Maaflah Datuk Z, saya tidak akan menjual baju-baju ini kerana ia merupakan kenangan raya terindah kami sekeluarga dan sesuatu yang amat disayangi Jeliyta.

“Saya berharap Datuk Z tidak lagi menghubungi saya untuk bertanyakan tentang baju Hello Kitty ini. Saya tak jual baju, tak jual kainnya,” katanya kepada mStar Online.

Mengenai Hello Kitty, Afina berkata, ia sememangnya menjadi kegilaan Jeliyta yang turut suka bermain dengan kucing.

“Bayangkan masa hari raya baru-baru ini, dia menangis tak nak tanggalkan baju Hello Kitty walaupun dah nak masuk waktu tidur.

“Jadi, saya terpaksa memujuknya dengan menukarkan baju tidur yang masih bermotifkan Hello Kitty. Apa saja tentang Hello Kitty, semua dia suka,” katanya.

Tidak menyangka gambar baju raya yang dimuat naik di Facebook menjadi tular, Afina berkata, Datuk Z bukanlah satu-satunya yang mahu membeli baju-baju itu.

“Bertalu-talu mesej yang diterima daripada orang ramai. Ada yang mahu membeli, tanya di mana beli kain malah ada yang sanggup menyewanya,” katanya.

Bagaimanapun dia sekali lagi mengulangi pendirian tidak akan menjual baju-baju Hello Kitty berkenaan walaupun bayaran tinggi yang ditawarkan.

“Anak saya sampai tidak boleh tidur tanpa Hello Kitty. Saya lebih sayangkan anak saya. Harap semua memahami dan terima keputusan saya,” katanya.
Sumber: Mstar



Sumber “Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya


Demikianlah Artikel “Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya

Sekianlah artikel “Maaflah Datuk Z, bayar beribu pun saya tak nak” – Jawapan balas Yus Amina bila ada yang mahu beli baju hello kitty dipakainya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: