“Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”

“Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun” - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”
link : “Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”

Baca juga


“Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, hari ini genaplah dua tahun sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman akan menyaman akhbar The Wall Street Journal (WSJ) pada hari ‘Selasa depan’.

Namun, sindir Fahmi, ini bermakna 104 kali ‘Selasa depan’ telah berlalu tanpa sebarang tindakan saman terhadap WSJ oleh Najib.

“Sejak pengumuman ‘bersejarah’ dua tahun lalu itu, bukan sahaja Najib masih menantikan ‘Selasa depan’ untuk menyaman WSJ, malah para netizen juga masih menantikan (tindakan) isterinya.

“Para netizen juga masih menantikan tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menyaman tujuh laman web dan akaun Twitter yang mendakwa beliau menerima rantai berlian bernilai RM117 juta dihadiahkan oleh Jho Low,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Tidak sampai tiga minggu yang lalu, Rosmah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan “serangan dan tuduhan palsu” terhadap beliau.

Menurut firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka “memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat” terhadap anak guamnya itu.

“Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.

“Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau,” kata firma itu lagi.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, umum sedar pengumuman tindakan saman oleh Najib dan isteri beliau berkait dengan dakwaan-dakwaan yang cukup besar.

“Berapa banyak ‘Selasa depan’ lagi yang perlu rakyat Malaysia tunggu sebelum Najib menyaman WSJ kerana jika selepas 104 kali ‘Selasa depan’ pun masih tidak saman, maka persepsi orang ramai terhadap semua dakwaan akan mengukuh,” tambahnya.

 

Sumber: MK



Sumber “Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”


Demikianlah Artikel “Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun”

Sekianlah artikel “Hari ini genaplah 2 tahun selepas Najib umum nak saman WSJ tapi tak saman-saman pun” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :