Judul : Pendekkan Hutang Kereta Anda Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun
link : Pendekkan Hutang Kereta Anda Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun
Pendekkan Hutang Kereta Anda Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun
Anak muda dan kereta tidak dapat dipisahkan. Ada tu bila dapat slip gaji terus ke bilik pameran kereta. Ada juga yang bergaji bawah RM2000 tetapi bayar ansuran kereta separuh daripada gaji.
Yelakan, belajar sampai universiti, kerja bagus takkan pakai motosikal je. Nak ngorat awek pun segan. Takkan nak ajak awek dating naik bas kot. Sekurang-kurangnya kena ada Myvi. Barulah senang nak angkut awek ye dak?
Tapi, amatlah rugi jika berhutang kereta sampai 9 tahun lalu menutup peluang untuk membeli rumah pertama.
Ini adalah pelan ataupun idea jika kau orang dah teringin sangat nak pakai kereta.
Diharap bakal graduan baca untuk merancang masa depan supaya tidak tersilap langkah. Kerana jika salah percaturan membeli kereta ini adalah jenayah terbesar dalam pengurusan kewangan.
1. Kau orang dah dapat kerja dan teringin nak pakai kereta. Tahan kehendak tu selama setahun. Boleh kan? Tumpang kawan, naik motosikal dulu. Kalau kerja kau orang memerlukan kenderaan sendiri ataupun tiada jaringan pengangkutan awam tu lain cerita la.
2. Katakan kau orang dah berminat dengan kereta Myvi 1.3 Automatik misalnya. Harga dalam RM43K dan bulanan dalam RM464. Sabar dulu setahun. Tangguhkan sekejap niat tu. Mohon ASB Financing RM100K dulu. Tempoh pembiayaan: 30 tahun. Kadar keuntungan bank: 5.2%. Bulanan dalam RM585. Kalau kau orang mampu bayar ansuran kereta sebanyak RM464, kena tambah juga dengan kos minyak kereta dalam Rm200. Jadi, takkan RM585 bulanan tak mampu bayarkan kan kan.
3. Selepas setahun dividen ASB akan diumumkan. Katakan 7.25%. Dividen kau orang akan dapat ialah RM7250. Gunakan dividen RM7250 untuk bayaran ansuran kereta kau orang nanti. Deposit kereta pandai-pandai la kau orang cari ye.
4. Jika ansuran bulanan kereta kau orang dalam RM500. RM500X12 bulan = RM6000. RM7250-RM6000=RM1250. Ada lagi baki RM1250. Boleh kau orang gunakan untuk duit minyak, roadtax, maintenance, saman ke..kakakaka.
5. Bayar ansuran pembiayaan ASB RM100K setiap bulan dan gunakan dividen ASB bayar ansuran kereta.
6. Selepas 5 tahun, baki hutang kereta tinggal RM13,862. Terminate pembiayaan ASB RM100K. Dan hasil terminate ialah;
Dividen terakhir: RM7250
Surrender value: RM7900
Jumlah kasar: RM15,150
7. Dah dapat pulangan pelaburan ASB terus bayar baki hutang kereta. Nah. Kan kereta sudah habis bayar dalam masa 5 tahun sahaja.
Itu sebab kau orang tengok kebanyakan kaum Cina, mereka akan bayar ansuran kereta hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Kalau nak jual balik kereta, masih bernilai tinggi lagi.
Kaum Melayu je yang terhegeh-hegeh bayar ansuran kereta sampai 9 tahun. Padahal beli kereta tak padan dengan gaji. Kakakaka.
Harga kereta yang disarankan sebenarnya ialah 12 bulan pendapatan bulanan kita. Contohnya gaji kau orang RM2500. RM2500X12 bulan=RM30,000. Sepatutnya kau orang beli kereta dalam lingkungan harga tersebut je. Ada faham?
Kau orang kena ingat, kereta ni liabiliti. Liabiliti ni mencuri wang daripada akaun bank kita. Kalau aset, dia memasukkan wang ke dalam akaun bank kita.
Harga kereta setiap tahun akan jatuh jika kau orang dah beli. Berbeza dengan aset dan hartanah dimana harga semakin naik. Jadi, beli kereta di bawah kemampuan lagi elok.
Ada orang lagi bijak. Dia gunakan aset hartanah / untung sewaan rumah untuk membeli kereta. Ansuran kereta ada orang bayarkan. Jika hartanah ada 3 buah dengan keuntungan rumah sewa RM300 setiap buah. Dia dah boleh pakai kereta secara percuma!!
Beli hartanah dahulu dan kau orang mampu beli kereta. Tapi kau orang beli kereta dahulu belum tentu kau orang mampu beli hartanah. Jadi rancanglah sebaiknya.
Kalau kau orang dah ada kereta dan nak buat pelan ni, kena korbanlah setahun bayar dua benda ni iaitu ASB Financing dan ansuran kereta. Anggaplah itu yuran ketidakpandaian kau orang masa zaman muda.
Aku harap pelan ni mampu mencetuskan idea ke kau orang. Kau orang jimat 4 tahun. Hutang kereta dah habis bayar. Bolehlah kumpul deposit untuk beli rumah pertama pula.
Kalau kau orang nak pakai kereta Honda Civic, buat ASB Financing RM200K. Ansuran dalam RM1100 sebulan. Takde la lepas 9 tahun kau orang dapat besi buruk jeeee. Kah!
Silakan share jika manfaat.
Sumber Pendekkan Hutang Kereta Anda Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun
Demikianlah Artikel Pendekkan Hutang Kereta Anda Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun
Sekianlah artikel Pendekkan Hutang Kereta Anda Dari 9 Tahun Ke 5 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.