Judul : Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC
link : Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC
Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC
ORANG ramai beratur sepanjang lebih 20 meter di tepi jalan dekat Kebun Sultan, Kota Bharu, sejak petang bagi mendapatkan nasi kukus percuma, hari ini.
Ada yang sudah beratur sejak 4 petang walaupun hidang percuma itu hanya diagihkan mulai 8.30 malam, berikutan jumlah nasi berlauk ayam goreng itu terhad kepada 1,000 bungkus.
Turut disediakan percuma ialah adalah air batu campur (ABC), sirap selasih dan air sarsi.
Pengusaha kedai makan Warisan Nasi Kukus, Mohd Kamal Ahmad Zukhi, 40, berkata dia sudah lama berhajat menyedekahkan nasi kukus kepada orang ramai.
“Hari ini, sempena Aidilfitri yang masih belum berakhir, saya buat ‘kedai terbuka’ dengan agihkan nasi kukus percuma kepada orang ramai.
“Saya mahu berkongsi rezeki namun, seorang terhad dua bungkus sahaja.
“Sebanyak 150 ayam dan hampir 100 kilogram beras digunakan untuk hari istimewa ini,” katanya yang berniaga sejak 15 tahun lalu, dan ini kali pertama berbuat demikian.
Sumber: Metro
Sumber Orang ramai beratur panjang untuk nasi kukus berlauk ayam percuma siap dengan ABC