Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri

Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri
link : Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri

Baca juga


Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri

Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka yang sering mengancam nyawa ibu bapa. Itu antara tugas Pasukan Khas Tindakan Taktikal dan Penyiasat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam menangani gejala sosial ditimbulkan penagih tegar.

Difahamkan skuad elit AADK terbabit akan segera mengambil tindakan menahan penagih dadah ini berdasarkan laporan dan aduan diterima.

Terbaru pasukan khas terbabit melakukan operasi khas di beberapa lokasi di Lembah Klang kelmarin, bagi menahan golongan penagih tegar yang dilaporkan kerap bertindak agresif atau memukul ibu bapa atau ahli keluarga masing-masing.

Sumber berkata, serbuan pertama membabitkan lokasi di Bangi Lama, Selangor, apabila seorang penagih dadah berusia 30-an diberkas selepas didapati menagih heroin dan syabu.

Dalam operasi jam 3.30 petang itu penagih agresif terbabit diserahkan kepada AADK Hulu Langat untuk siasatan lanjut.

Serbuan seterusnya dilakukan jam 9.30 malam di Flat Kos Rendah Setapak, di sini, susulan aduan seorang penagih yang pernah mencederakan ibu bapanya.

“Hasil serbuan itu, AADK menahan seorang lelaki yang didapati positif mengambil syabu. Berdasarkan maklumat, penagih terbabit pernah mengancam nyawa ibu bapanya berulang kali selepas gagal mendapatkan wang membeli dadah.

“Tugas sama turut dilakukan di sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang, Selangor apabila seorang penagih lelaki agresif turut diberkas.

“Penagih terbabit didakwa pernah mencederakan ahli keluarga kesan ketagihan ganja serius,” katanya.

Bagaimanapun, seorang penagih dadah yang menetap bersama keluarganya di Bukit Belimbing Balakong, Selangor, gagal diberkas berikutan tiada di rumah ketika ‘lawatan’ dilakukan.

“Maklumat diberikan ahli keluarga memberitahu lelaki terbabit sangat ganas dan tidak teragak-ag ak mencederakan sesiapa.

“Turut ditahan seorang penagih di sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor yang turut dikesan menjadi pengedar dadah,” katanya.

Menurutnya, semua penagih berbahaya itu akan dihantar menjalani proses pemulihan selepas disiasat mengikut Akta Penagih Dadah (Pemulihan dan Rawatan) 1983.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri


Demikianlah Artikel Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri

Sekianlah artikel Operasi khas ‘kutip’ anak-anak derhaka kerap pukul ibu bapa sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: