Judul : Muatnaik gambar bersama suami dan anak di IG bukan tanda sudah berbaik, Serina Redzuawan tetap failkan cerai
link : Muatnaik gambar bersama suami dan anak di IG bukan tanda sudah berbaik, Serina Redzuawan tetap failkan cerai
Muatnaik gambar bersama suami dan anak di IG bukan tanda sudah berbaik, Serina Redzuawan tetap failkan cerai
Pelakon Serina Redzuawan, 35, hari ini memuat naik gambarnya sekeluarga di laman Instagram termasuk suami, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, sekali gus mengundang tanggapan ramai mengatakan mereka sudah berbaik.
Bahkan, kemesraan yang dipaparkan mereka empat beranak tidak sedikit pun menampakkan pergolakkan yang sedang dihadapi Serina setelah wanita itu memfailkan perceraian pada April lalu.
Bagaimanapun pelakon filem Zack Kapcai itu ketika dihubungi UTUSAN ONLINE menjelaskan, dia dan Salahudin tetap akan meneruskan perceraian, namun hubungan antara mereka berdua masih baik demi anak-anak.
“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu.
“Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya memberi penjelasan ringkas.
Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Muatnaik gambar bersama suami dan anak di IG bukan tanda sudah berbaik, Serina Redzuawan tetap failkan cerai