Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis

Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis
link : Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis

Baca juga


Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis

SUDAH agak lama berkecimpung dalam persada seni lakonan, namun nama Tunku Hanis dilihat masih kurang menyerlah.

Malah kalau ditanya pada sesetengah orang, nama itu seakan-akan masih asing namun apabila melihat wajahnya pasti ada yang berkata, “oh… inilah orangnya”.

Tunku Hanis, 27, ketika ditemui di lokasi penggambaran drama 40 episod Vila Ghazara secara peribadi tidak menafikan perkara itu malah percaya atas beberapa sebab kenapa situasi itu terjadi kepadanya.

“Kalau nak dikira saya dalam lapangan seni sudah hampir sepuluh tahun namun tak ramai yang ingat dengan nama Tunku Hanis dan saya percaya ia berkait rapat dengan sikap saya yang sering ‘hilang’ dalam bidang ini.

“Hilang bukan kerana saya main-main atau tidak serius terhadap lakonan sebaliknya saya membuat sesuatu perkara ikut angin.

“Contohnya, kalau angin saya nak buat sesuatu lain daripada berlakon, saya tak akan ambil tawaran lakonan untuk tempoh tertentu.

“Hal ini saya rasa antara punca kenapa nama saya dilihat agak tidak konsisten dalam ingatan orang namun apabila orang melihat wajah saya mereka tahu saya seorang pelakon,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, wanita tinggi lampai ini mengakui dia kini agak sibuk dengan perniagaan produk kecantikan keluarannya iaitu losyen pelansing yang diberi nama Nona Manis sejak empat bulan lalu.

Perniagaan yang dijalankan secara atas talian itu diakui mendapat permintaan menggalakkan dari peminat seluruh Malaysia.

“Ramai yang tanya kenapa Nona Manis? Sebenarnya itu nama panggilan ayah kepada saya pada waktu kecil.

“Istimewanya losyen ini tidak berbau rempah ratus sebaliknya berasaskan bau haruman wangian dari jenama terkenal dan sebab itu ia digemari,” katanya yang menginspirasikan mengeluarkan produk ini kerana pernah berbadan gempal suatu ketika dahulu.

Tambahnya lagi, dia tidak terfikir untuk mengeluarkan produk penjagaan wajah kerana sejak remaja dia sendiri tidak pernah mempunyai sebarang produk penjagaan wajah waima sabun pencuci muka.

“Percaya atau tidak, selama hidup saya tidak pernah ada satu pun produk khas penjagaan wajah selain hanya menggunakan sabun mandian atau syampu untuk mencuci wajah atau solekan.

“Paling tidak saya hanya amalkan air basuhan beras dan saya percaya amalan ini jugalah membuatkan wajah saya tidak pernah ada masalah.
Sumber: Mstar



Sumber Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis


Demikianlah Artikel Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis

Sekianlah artikel Dah 10 tahun dalam bidang seni, tapi ramai tak kenal Tunku Hanis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: