
Timbalan Ketua Polis India John Neihlaia berkata, mangsa pada awalnya bersetuju untuk keluar bersama dengan salah seorang suspek yang baru dikenalinya dari laman sosial. Namun mangsa dirogol oleh kenalannya itu bersama dengan tiga lagi rakan suspek.
Selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada jam 2 pagi dan mangsa membuat laporan polis pada keesokkan harinya.
Sementara itu, saudara kepada mangsa bersama dengan jiran-jiran berjaya menangkap dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Polis kini sedang memburu dua lagi suspek yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an.



Kedua-dua suspek diheret keluar dari lokap polis sebelum dibelasah beramai-ramai dan mayatnya dibuang di bulatan jalan.
BERITA BERKAITAN:
Sumber (Video) Dua lelaki dibogel, diarak dan ditampar kerana merogol remaja 17 tahun