Rabu, 28 Februari 2018

Harga petrol, diesel naik hingga 7 Mac

Harga minyak petrol RON95, RON97, dan diesel naik 1 Mac hingga 7 Mac 2018. — Foto oleh KE OoiHarga minyak petrol RON95, RON97, dan diesel naik 1 Mac hingga 7 Mac 2018. — Foto oleh KE OoiKUALA LUMPUR, 28 Feb ― Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel meningkat bermula tengah malam ini, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga RON95 naik 3 sen seliter dari RM2.17 kepada RM2.20, dan RON97 naik 4 sen seliter dari RM2.43 kepada RM2.47.

Sementara harga diesel naik 5 sen seliter dari RM2.13 kepada RM2.18.

Harga bahan api yang ditetapkan secara mingguan itu berkuat kuasa 1 Mac hingga Khamis minggu depan.



Sumber Harga petrol, diesel naik hingga 7 Mac