Kamis, 14 Desember 2017

5 Tip Membina Jenama Perniagaan Dengan Baik

Sebahagian daripada seni pemasaran ialah seni membina jenama dengan baik, apabila sesuatu itu bukan sebuah jenama, pastinya dianggap sebagai komoditi. Dalam komoditi, hanya harga yang dijadikan pertimbangan. Apabila ini berlaku, yang menang pastilah pengeluar yang menggunakan kos yang paling murah.

Namun begitu, dengan memiliki nama sahaja, tidaklah mencukupi. Apakah maksud nama itu? Apakah ekspektasi, prestasi dan hubungan yang ditimbulkan olehnya? Apakah tahap perasaan yang ditimbulkan? Sekiranya jenama itu sekadar nama sahaja, maka keadaan itu sudah gagal sebagai jenama.

Dalam usaha membina hubungan dan perkaitan yang positif pada suatu jenama, si pembina jenama  patut mengambil  kira lima faktor berkenaan.

#1-Ciri-ciri

Suatu jenama yang kuat haruslah mencetuskan ciri-ciri yang spesifik dalam minda pembeli. Contohnya, Mercedes, mencetuskan gambaran kereta yang dibina dengan baik, kuat, tahan dan mahal. Sekiranya suatu jenama kereta tidak mencetuskan apa-apa ciri, maka jenama itu menjadi jenama yang lemah.

#2-Kelebihan

Suatu jenama yang baik sepatutnya membayangkan bukan sahaja ciri-cirinya tetapi kelebihan yang ada padanya. Mercedes mencetuskan gambaran sebuah kereta yang berprestasi tinggi yang seronok dipandu dan berprestij.

#3-Nilai-Nilai Syarikat

Jenama yang baik patut mencerminkan nilai-nilai yang disanjung oleh syarikat. Mercedes amat berbangga dengan jurutera dan inovasi kejuruteraanya, serta sangat efisian dalam operasinya.

Hakikat bahawa syarikat ini sebuah syarikat Jerman, pastinya menyakinkan lagi pembeli akan karakter dan tradisi jenama ini.

#4-Personaliti

Suatu jenama yang baik juga patut menunjukkan personaliti. Oleh sebab itu, sekiranya Mercedes itu adalah manusia, kita dapat membayangkan yang dia seorang lelaki pertengahan umur yang serius, sangat teratur dan autoritarian.

Sekiranya Mercedes itu ialah binatang, kita dapat membayangkan binatang itu adalah seekor singa berdasarkan personaliti jenamanya.

#5-Pengguna

Suatu jenama yang baik patut membayangkan jenis orang yang membelinya. Oleh sebab itu, kita sepatutnya menjangkakan Mercedes dapat menarik minat pembeli daripada golongan yang lebih tua, berpengaruh dan profesional.



Sumber 5 Tip Membina Jenama Perniagaan Dengan Baik