Judul : Saya tak campur urusan kerja Najib, kata Rosmah
link : Saya tak campur urusan kerja Najib, kata Rosmah
Saya tak campur urusan kerja Najib, kata Rosmah
Rosmah tak faham mengapa pihak tertentu masih cuba mengaitkan dirinya dengan urusan perdana menteri.
PEKAN: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah masuk campur urusan kerja suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan mentadbir negara.
Menurutnya pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya dan beliau percaya ini hanyalah serangan bagi menjatuhkan perdana menteri secara terang-terangan.
“Saya nak bagi tahu, saya tak pernah masuk campur hal Najib terutama yang berkaitan dengan kerajaan. Saya tak faham mengapa orang masih mengaitkan saya dalam urusan suami saya.
“Macam-macam cerita orang bercakap pasal saya, sampai orang takut dengan saya. Tengok sahaja di YouTube, macam-macam fitnah ditabur terhadap saya..macam itu sekali mereka buat,” katanya ketika berucap sempena program “Women Walk The World” hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Perkumpulan Perempuan Daerah Pekan, Datuk Melati Ali.
Rosmah turut meluahkan rasa kecewa apabila khidmat yang dilakukan suaminya tidak dihargai malah dipersendakan sesetengah pihak.
“Bagi mereka semua tak betul, kerajaan tak betul, Najib tak betul, wakil rakyat tak betul…semua tak tahu betapa penatnya beliau setiap hari menguruskan kerajaan.
“Jangan ingat saya kawal dia. Tugas saya menjaga suami dan rumahtangga tapi orang tak tahu bahawa suami saya dedikasi…suami saya lebih jaga rakyat terutama orang-orang di Pekan.
“Saya jaga rumahtangga saya, suami saya fikir masalah rakyat…kadang-kadang hal anak pun tak tahu, bila anak konvo pun tak ingat tapi hal rakyat semua dia tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Rosmah turut mengingatkan agar rakyat di Pekan tidak mudah percaya pada calon “payung terjun” yang datang mencuba nasib mahu menjadi Ahli Parlimen Pekan.
“Dia nak jadi wakil rakyat memang janji macam-macamlah…macam lelaki yang nak mengurat perempuan, janji macam-macam. Boleh ke dia nak bagi komitmen pada orang Pekan macam Najib bagi?
“Saya berharap orang Pekan tak mudah percaya dengan janji-janji manis yang ditabur sedangkan selama ini Datuk Seri Najib sudah menjaga kebajikan rakyat dengan sebaik mungkin,” katanya.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Saya tak campur urusan kerja Najib, kata Rosmah