Judul : Empat termasuk wanita ditahan, 9.6 kilogram dadah bernilai RM4.8 juta dirampas
link : Empat termasuk wanita ditahan, 9.6 kilogram dadah bernilai RM4.8 juta dirampas
Empat termasuk wanita ditahan, 9.6 kilogram dadah bernilai RM4.8 juta dirampas
KUALA LUMPUR: Taktik sindiket pengedaran dadah menyembunyikan 9.6 kilogram dadah jenis syabu disebalik dinding rumah yang disimen bagi mengelak dihidu pihak polis tidak berjaya apabila kesemua dadah itu dirampas dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Bukit Idaman, Batu Caves di sini Rabu lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan pertama dilakukan pihaknya di sebuah hotel bajet berhampiran pasar baharu ibu negara dan menahan empat individu termasuk seorang wanita.
Turut ditemui bersama kesemua suspek yang berusia 36 hingga 53 tahun itu ialah dadah jenis syabu seberat 5.9 gram.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil soal siasat ke atas suspek wanita itu, pihak polis berjaya menemui 95 paket syabu dengan berat 9.6 kilogram di sebuah rumah di Bukit Idaman, Batu Caves di sini.Tambah Mazlan, kesemua dadah itu disorok di dalam dinding rumah yang ditutup dengan simen bagi mengelak di kesan sebelum pasukan polis terpaksa memecahkan tembok simen untuk mengeluarkan dadah terbabit.
"Rumah ini telah diubah suai kerana terdapat lubang di bawah tanah yang mana lubang ini masa diperiksa menggunakan unit K9 gagal mengesan dadah tersebut.
"Mereka membuat satu dinding khas yang mana tidak dapat dilihat dengan mata kasar," katanya pada sidang media di sini pada Ahad.
Tambah Mazlan, kesemua dadah itu dipercayai dibungkus untuk dijual kepada tokan-tokan kecil.
Katanya, pihaknya percaya kesemua 96.710 gram dadah yang dirampas ini bernilai RM4.8 juta.
Kesemua suspek masih direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber Empat termasuk wanita ditahan, 9.6 kilogram dadah bernilai RM4.8 juta dirampas