Judul : Datuk K akui 18 tahun tunggu anak perempuan
link : Datuk K akui 18 tahun tunggu anak perempuan
Datuk K akui 18 tahun tunggu anak perempuan
SIAPA sangka, kelahiran Siti Aafiyah turut menamatkan penantian 18 tahun Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.Suami kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini mendedahkan
impiannya sejak sekian lama adalah memiliki anak perempuan.
"Alhamdulillah, selepas sekian lama, doa saya juga telah dimakbulkan ALLAH SWT.
"Jika Siti 11 tahun, saya pula hampir 18 tahun berdoa supaya dikurniakan zuriat perempuan," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis tahnik, cukur jambul dan aqiqah anak perempuannya.
Dek penantian itu, Khalid juga sudah lama menyediakan sebuah bilik khas untuk anak perempuannya di kediamannya di Bukit Antarabangsa.
"Selepas rumah ini siap, semua anak saya dapat satu bilik.
"Ada satu bilik kosong dan saya sediakannya untuk baby girl. Jadi, barulah sekarang bilik itu dapat diguna (ketawa)," katanya.
Pada masa sama, tokoh korporat berusia 59 tahun ini mengakui perasaannya bercampur baur apabila melihat isterinya bergelar ibu.
"Perasaan saya bercampur-campur. Ada sedih, gembira, bersyukur, semuanyalah.
"Tapi, saya happy sangat melihat Siti yang sekian lama ingin menjadi ibu.
"Saya harap Siti Aafiyah akan membesar menjadi anak yang solehah," katanya.
Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram (kg) secara pembedahan, kira-kira jam 8.17 pagi di sebuah pusat perubatan swasta pada 19 Mac lalu.
Khalid juga sudah pun memiliki empat anak lelaki iaitu Muhammad Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief, hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber Datuk K akui 18 tahun tunggu anak perempuan