Kamis, 02 Mei 2019
Wanita Kreatif Ini Kongsikan Cara Senang DIY Cermin Ala-Ala Diamond Mirror Dengan Bajet RM350 Je!
Dekorasi hiasan dalaman termasuk warna cat, posisi langsir dan pemilihan cermin adalah sangat penting untuk memberi impak ruangan rumah lebih luas. Jika pandai memilih perabut, rumah korang juga akan kelihatan mewah.
Menerusi laman Kelab Kaki Deko, Diyanah Salim kongsi cara buat cermin ala-ala diamond mirror dengan kos lebih kurang RM 350 sahaja. Korang lihatlah sendiri hasilnya.. mewah!
Cermin ala ‘diamond mirror’
Seperti yang dijanjikan, Cik Nana share kos dan cara buat cermin ala ala diamond mirror yang kalau order dekat luar selalunya besar ni dalam RM1.5k kot.
Tapi yang dorang pakai memang jenis cermin yang nmpk mewah sebab cermin tu dah berlekuk.
Cik Nana pulak buat bajet Cik Nana.
Kalau rasa murah, alhamdulillah.
Kalau rasa mahal, cuba cari cermin yang lagi murah
Barang dan kos
Kos dan barang yang diperlukan untuk buat cermin ala ala diamond mirror
– LOTS mirror Ikea – 4pcs per set – RM29.90
– Cik Nana beli 9 set = 36pcs – RM269.10
Cik Nana guna 32pcs. Saja beli lebih sebab incase kalau pecah ada backup.
– Gam cermin beli dekat diy 2 batang = RM8/pcs
– Mirror cutter beli dekat diy = RM5
– Spray putih untuk kayu = RM8
– Kayu wainscoting 1 batang = RM5.95/batang
Cik nana guna 4 batang =RM23.80 sen
(panjang sebatang 7 kaki)
Cermin tu Cik Nana hantar potong siap-siap dekat kedai sebab tak confident nak potong sendiri. Potong 8pcs akan dapat bentuk cermin 3 segi, 16pcs = RM35
Total semua kos : RM348.90 sen
Cara buat
Cara Cik Nana buat
– Mula-mula Cik Nana ukur dulu besar mana frame untuk cermin nak buat.
– Lepastu potongkan kayu ikut ukuran yang tepat.
– Ambil cermin untuk tengok ngam atau tak dengan ukuran frame.
– Pasangkan frame pada dinding. Pastikan center dan tegak betul-betul supaya nanti masukkan cermin tak lari ukuran.
– Tampal cermin bermula dari border dulu dan berselang seli dengan cermin 4 segi.
– Jangan pasang border sampai habis sebab risau nanti ada banyak gap antara cermin. So selang seli kan dia.
– Tampal sampai habis then siap.
Lap cermin untuk hilangkan kesan jari yang letih dan gigih tampal semua cermin tu
P/s: Mesti pelik kan, beli mirror cutter tapi kenapa hantar kedai.
Cik Nana guna jugak mirror cutter tu sebab ada bahagian yang kena kecikkan sikit. So cut je sendiri. Biasalah org tak pakar buat. Mesti lah bukan perfect 100%
Tapi sekarang dah tau teknik. So dah tau nak buat lepas ni macam mana dengan lebih kemas
#dekobajetciknana
Sumber : Diyanah Salim via Kelab Kaki Deko via ohbulan.com
Sumber Wanita Kreatif Ini Kongsikan Cara Senang DIY Cermin Ala-Ala Diamond Mirror Dengan Bajet RM350 Je!
Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan
Rasullah s.a.w pernah berkata bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, jadi tidak hairanlah semakin ramai yang memilih untuk menceburi dalam bidang perniagaan.
Siapa sangka dengan hanya modal RM3,000, penjual nasi lemak ini mampu menjana pendapatan hampir RM400,000 sebulan. Paling penting, peniaga ini tidak membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana bank dan hanya menggunakan modal sendiri.
Penjual nasi lemak tersebut, Saleha Abdullah mula berniaga di sebuah kedai kecil di tepi jalan 10 tahun lalu dan ketika itu dia bekerja dengan arwah ibunya. Kemudian dia membuka sebuah kedai kecil di Kampung Pandan dan jualan nasi lemaknya mendapat sambutan luar biasa.
“Idea ini datang dari suami saya sendiri, masa itu saya bekerja dengan arwah mak, kedai kecil itu, dah 30 tahun lebih semasa arwah mak saya ada.
“Kemudian suami meminta saya untuk menjual nasi lemak di Kampung Pandan. Saya pun mula buat pada peringkat permulaan dalam sekilo beras sahaja. Ia habis dijual dan jumlah itu meningkat dari hari ke hari.
“Bermula 2009, saya gunakan modal RM3,000 itu sebagai modal pusingan dan saya konsisten, cermat dalam setiap duit yang dikeluarkan. Akhirnya, saya boleh buka kedai tepi jalan secara kecil-kecilan dan ada 20 pekerja,” katanya.
Tahun demi tahun, peniagaannya semakin berkembang dan hasil usahanya, Saleha mampu membeli sebuah bangunan di Sri Rampai, Wangsa Maju bernilai RM3.8 juta dengan bantuan Amanah ikhtiar Malaysia dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Katanya, idea untuk membuka kedai lebih besar adalah daripada anak lelakinya, Mohd Rizal Isa yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai doktor untuk mempelajari selok-belok perniagaan.
Kini, Nasi Lemak Saleha mempunyai 60 kakitangan dan pendapatan hariannya boleh mencecah sehingga RM12,000.
Menurut Saleha, tiada apa yang istimewa tentang nasi lemak yang dijualnya, tetapi masak dengan ikhlas dan niat untuk mencari rezeki dengan cara betul.
“Tiada apa yang unik tentang nasi lemak ini, cuma masak biar betul, hati biar ikhlas, jangan sebab harga barang naik, kita kurangkan bahan dalam masakan, orang akan lari,” katanya.
Bagi yang tidak tahu dimana lokasi kedai Nasi Lemak Saleha ianya terletak berhampiran Lebuhraya MRR2, anda boleh juga berkunjung ke sebuah lagi cawangan di Sri Rampai. Nasi Lemak Saleha beroperasi setiap hari bermula 6 pagi sehingga 1 pagi.
kredit : vitdaily.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Berbekalkan Modal RM3000, Penjual Nasi Lemak Ini Berjaya Jana Pendapatan RM400,000 Sebulan
Rabu, 01 Mei 2019
"Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter.. " - Kajian
Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter, jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England mendapati, anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika kecil, berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.
Penelitian keatas 15,500 gadis remaja, berusia 13 dan 14 tahun sejak dari 2004 sehingga 2014 mendapati, anak yang didesak oleh ibu mereka, selalunya diletakkan standard tinggi dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan memiliki gaji besar ketika sudah dewasa.
Tambah lagi, anak yang didesak ini mempunyai kurang masalah sosial.
Sumber: era.je
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter.. " - Kajian
"Cium Isteri Anda Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan.." - Pakar
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis pen-yakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman :
1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penya-kit lemah paru-paru.
3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
5. Pasangan yang mengamalkan taabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
Setelah membaca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Yang masih belum ada pasangan yang sah, walaupun mungkin ada keinginan yang membuak-buak untuk bercium, saya harap anda bersabarlah yer. Tunggu dah kahwin nanti baru boleh cium puas-puas.
Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan hak anda. Nanti padahnya jawabnya. huhuhu
Sekian, selamat bercium
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Cium Isteri Anda Setiap Pagi Bantu Kurangkan Berat Badan.." - Pakar
Luahan Kerinduan Wanita Ini Kepada Arwah Suaminya Buat Netizen Sebak...Sedihnya...
Walaupun sudah genap setahun pemergian suami, wanita ini masih tidak mampu melupakan saat suami menghembuskan nafas terakhir di depan mata.
‘Dia pergi selepas 11 hari kami menikah..’
1 Mei 2018- 1 Mei 2019
Siapa sangka dia pergi dulu sebelum aku. Siapa sangka dia pergi tinggalkan aku selepas 11 hari kami menikah. Disaat kami sedang bahagia baru menjadi suami isteri yang sah, dia pergi mengadap ilahi. Pergi dan takkan kembali.
Terasa gelap dunia aku bila buka mata yang dia dah tak ada, aku harap yang ini satu mimpi. Tapi tidak, ini lah realiti yang dia dah tiada.
Maafkan sayang, tak dapat temankan b masa itu, sebab sayang memang tak boleh bergerak, sayang hanya mampu tengok b dari jauh je. Sayang harap yang b bangun masa itu. Tapi, Allah lebih sayangkan b.
Lepas kejadian itu, bagaikan mimpi nge-ri yang terjadi dalam hidup aku. Tidur aku tak pernah lena, bila pejam mata aku nampak dia dan arwah kawan-kawan aku. Aku nampak kejadian tu. Dia pergi depan mata aku, macam mana aku nak lupakan semua tu? Macam mana aku nak lupakan perkara yang paling menyakitkan dalam hidup aku.
Sejak haritu hari-hari aku langsung tak bermakna, buat apa aku teruskan hidup tanpa orang yang aku sayang. Aku selalu fikir kenapa Allah tak ambil aku sekali? Kenapa? Kenapa dia tinggalkan sorang-sorang kat sini. Dia janji dia takkan tinggalkan aku. Setiap hari aku fikir macam mana aku nak teruskan hidup tanpa dia? Aku jatuh, aku merana..sakit yang tak akan dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
‘Orang ingat, aku tak tahu dia dah tak ada’
Rindu..
Aku rindukan dia sampai rasa macam nak mati. Setiap hari aku doa Allah temukan aku dengan dia walau hanya dalam mimpi, sekejap pun jadilah. Alhamdulilah, Allah makbulkan doa aku. Walau hanya dalam mimpi, aku bersyukur. Sampai rasa tak nak bangun dari tidur supaya dapat tengok dia lama-lama..
Dia selalu pesan bila dia dah tak ada nanti, jangan meratap, tak baik meratap dekat orang yang dah tak ada. Yes, i do it. Sampaikan masa aku tahu dia dah tak ada, setitik air mata aku tak ada keluar. Orang semua ingat aku tak tahu yang dia dah tak ada, tapi padahal aku nampak semua itu depan mata, tapi disebabkan aku ingat pesan dia. Aku tahan. Aku menangis dalam hati. Sakitnya masa itu cuma Allah yang tahu. Tapi aku manusia biasa, sedangkan Nabi Muhammad pun nangis anak dia meninggal. Lagi kan aku?
Aku tak mampu lagi tahan air mata aku. Sakit yang terlalu sa--kit.
Aku belajar redha dengan semua takdir ini. Aku belajar terima hakikat yang dia dah tiada. Dia dah kat tempat yang lebih baik. Setiap hari aku cakap dekat diri aku, aku kena redha, ini takdir jalan hidup aku. Allah dah susun baik-baik setiap cerita hambanya. Allah sayangkan dia lebih dari aku mencintai dia. Aku tahu apa kita miliki semuanya milik Allah swt. Aku berharap Allah jagakan dia untuk aku dengan baik.
Permintaan terakhir
Sepatutnya aku kahwin bulan 12/2018 tapi dia minta awalkan sebelum Raya. Aku pelik tapi aku turutkan juga, tak sangka rupanya dia dah nak pergi. Aku lah orang paling yang excited nanti dapat sambut puasa dan raya sama-sama as husband and wife, tapi sayang semua itu tak sempat. Dia dah pergi tinggalkan aku.
Dia memang suami yang baik, walaupun hanya untuk 11 hari. Aku bersyukur.Dia selalu cakap aku lah yang pertama dan terakhir dalam hidup dia. Dia memag buktikan aku lah yang terakhir dalam hidup dia. Seorang anak yang tak akn lupa ibu, dia lah.. aku sempat teman dia beli cincin untuk hadiah birthday mak dia, tapi beli awal. Sebab dia cakap nanti masa birthday mak dia tak ada. Aku tak pernah sangka yang dia betul-betul tak ada. Sampai sekarang aku rasa ini semua mimpi and dia masih ada.
Aku percaya setiap apa yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya, Allah tak akan uji kita lebih dari kemampuan kita. Aku selalu doa Allah bagi aku kekuatan untuk aku tempuh ujian yang akan datang.
Sekarang, aku sedang bangun untuk cari sisa-sisa kekuatan yang dia dah bawa pergi sekali. Dulu aku kuat sebab aku ada dia. Sekarang aku kuat sebab aku ada Allah.
‘Genap setahun pemergian awak’
Suamiku,
Semoga tenang disana. Harini genap setahun pemergian awak. Saya rasa mcm baru semalam awak pergi tinggalkan saya. Ye, saya rindut sangat kat awak. Awk tahu kan macam mana saya sayangkan awak? Macam itulah saya rasa sekarag. Perasaan itu tak akan pernah berubah. Saya selalu berdoa supaya Allah satukan kita semua disana nanti.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Lambat atau cepat, kita semua pasti akan balik padaNya. Tunggu sayang ye b. Sayang akan menyusul nanti. Rindu dan sayang dekat b tak akan pernah hilang. Biarlah saya simpan semua kenangan kita dalam hati yang paling dalam. Doakan saya kuat untuk tempuh hari-hari akan datang.
Tenanglah..Syurga tempatmu.
AL-FATIHAH Suamiku…
Muhammad Safuan Bin Sazali.
AL-FATIHAH untuk sahabatku,
Muhammad Aseel Habel Bin Akhbar
Mohamad Ridzuan Bin Mohamad.
Sumber: Nur Shira via ohbulan.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Luahan Kerinduan Wanita Ini Kepada Arwah Suaminya Buat Netizen Sebak...Sedihnya...
Walaupun Selepas Berkahwin, Anak Perempuan Sebenarnya Masih Wajib Bantu Kedua-dua Orang Tuanya
Selepas Berkahwin, Anak Perempuan Masih Wajib Bantu Kedua Orang Tuanya. Sebagai anak perempuan yang sudah menikah, tentu saja orang tua masih membutuhkan anaknya dan juga berstatus sebagai orang tua. Ketaatan pada orang tentu saja tidak melanggar dan harus menyaingi ketataan kita pada rukun-rukun dalam agama. Berikut adalah 5 kewajiban anak perempuan terhadap orang tua setelah menikah, yang harus di lakukan.
Tetap Berbakti Terhadap Orang Tua
Walaupun sudah menikah, seorang muslimah haruslah tetap taat dan berbakti kepada orang tuanya. Orang tua tentu saja menginginkan yang terbaik dan menasehati yang terbaik untuk anaknya. Untuk itu, terhadap orang tua anak perempuan tidaklah berubah dan tetap harus menghormati.
Sering kali ada orang-orang yang melupakan orang tuanya ketika sudah menikah. Padahal, orang tua tetaplah harus dihargai sebagaimana mereka telah memberikan kasih sayang juga perhatian yang tulus selama kita kecil.
Membantu Kehidupan Orang Tua
Ketika orang tua semakin menua, tentunya hal ini menjadi kewajiban bagi kita untuk membantu kehidupannya. Kehidupan orang tua tentu saja semakin tua semakin renta dan membutuhkan perawatan. Suatu saat tentunya kita akan menghadapi masa tersebut dan harus membantunya.
Salah satu yang dapat dibantu oleh kita adalah memberikan bantuan berupa finansial, mengingat mereka di usia tua pasti telah pensiun dan tidak bekerja. Bahkan, mereka jika bisa tidak dianjurkan untuk terus bekerja karena usianya yang sudah tua.
Bersilahturahmi dan Menjalin Komunikasi
Anak perempuan dengan orang tua, terutama ibunya harus tetap bersilahturahmi dan menjalin komunikasi yang baik. Silahutrahmi dan komunikasi yang baik tentu saja tidak hanya terjadi ketika sebelum menikah. Ketika sesudah menikah pun bersilahturahmi adalah kewajiban bagi anak perempuan walaupun di tengah kesibukan mengurus suami dan keluarganya.
Hal ini juga disampaikan dalam Al-Quran mengenai silahturahmi
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS An-Nisa : 1)
Tidak Menyulitkan atau Menggantungkan Diri pada Orang Tua
Tidak menyulitkan dan menggantungkan diri pada orang tua adalah hal yang harus dilakukan setelah menikah. Pada dasarnya anak perempuan tentu sebelum menikah atau bekerja, ia masih dalam tanggung jawab orang tuanya dan harus dinafkahi oleh keluarganya.
Setelah menikah, maka janganlah mempersulit orang tua dan berikan yang terbaik untuk mereka. Hal ini sebagai kewajiban kita agar tidak menyulitkan orang tua yang sudah semakin berusia, malah justru kita harus meringankan bebannya di masa tua.
Melayani Orang Tua di Masa Renta
Kewajiban selanjutnya adalah anak perempuan juga jangan melupakan orang tuanya di masa renta walaupun sudah menikah. Kewajiban untuk melayani, menjaga, dan merawat orang tua tetap haruslah dijalankan walaupun tidak bisa 100% atau secara penuh waktu dilakukan. Namun setidaknya sebagaimana anak perempuan, kita telah peduli dan memberikan kasih sayang pada mereka.
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Walaupun Selepas Berkahwin, Anak Perempuan Sebenarnya Masih Wajib Bantu Kedua-dua Orang Tuanya
Anak Sulung Selalu Sangat Dimarah Tapi Sebenarnya Dialah Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah. Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung...
Biasanya anak sulung sering dimarah dan dijadikan sasaran, namun jauh di sudut hati ibu ayah, anak pertama adalah yang paling istimewa di sudut hati.
Anak sulung biasanya mempunyai karektor yang tenang tetapi tegas. Di sebalik ketenangan dan ketegasannya, anak sulung biasanya mempunyai ego sendiri.
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak-anak lain.
Betulkah kenyataan tersebut?
Menurut Dato’Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang.
Malahan anak sulung juga biasanya lebih cemerlang berbanding adik-beradik yang lain.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain.
Anak Sulung Juga Berkebolehan Memujuk Orang Lain Sehingga Mampu Mengawal Orang Lain Dan Situasi Yang Menyukarkan.
Tetapi adakalanya anak sulung agak sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain terutama ibu bapa serta adik-beradik lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, tetapi anak sulung sebenarnya lebih degil dan ego dalam segala hal. Dengan kata lain mereka tak mahu dipandang rendah dalam segala hal apatah lagi diperkecilkan kebolehannya. Malahan anak sulung tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak ansur dan rasional
Walaupun tegas namun anak sulung masih mampu untuk bertolak ansur dalam segala hal. Mungkin ini disebabkan mereka cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik-beradiknya.
3. Lebih tegas
Memang betul kadangkala anak sulung lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepad aibu ayah serta kesemua adik-beradik lain.
4. Mengawal orang lain
Hal ini selalu dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan orang lain di sekeliling. Hal ini juga mungkin disebabkan rasa hormat adik-beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak pengalaman dan ilmunya.
5. Lebih bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik-beradiknya.
Sumber: majalahpama.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Anak Sulung Selalu Sangat Dimarah Tapi Sebenarnya Dialah Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah. Dr Fadzillah Kamsah Kongsi Personaliti Anak Sulung...
“Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung”, - Doktor Pakar..
Mengorek hidung dan memakan sisanya adalah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.
Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger berkata, golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh badan mereka.
Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.
“Dengan mengguna jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama ini tidak dapat di capai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem immunisasi tubuh.
Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semulajadi sempurna untuk dilakukan” katanya.
“Dalam kes immunisasi, hidung ialah penapis untuk memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat” katanya.
“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah yang lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem immunisasi tubuh secara semulajadi dengan percuma” katanya lagi.
Dia memberi contoh, kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ianya menjijikkan dan antisosial.
“Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semulajadi sepenuhnya secara perubatan, ia idea yang baik” katanya.
Namu apakah sudut pandangan Islam tentang hukum tahi hidung ini bolehkah dimakan?
Prof Bischinger juga mengatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber “Jangan Halang Anak Korek Dan Makan Tahi Hidung”, - Doktor Pakar..
Pasangan madu ini kongsikan pengalaman manis tinggal sebumbung bersama suami tercinta
Bukan saja rela berkongsi kasih, malah Khadijah Beladin, 29, dan Sufainah Goh Ai Peng, 41, sanggup tinggal sebumbung dan menerima suami mereka, Mohd Zanishuhaizal Izham Md Akhir, 41, seadanya.
Lebih membanggakan kedua-dua mereka tidak menjadikan status madu sebagai alasan untuk bersengketa sebaliknya memilih menjadi rakan karib antara satu sama lain.
Bercerita lanjut, Khadijah berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zanishuhaizal pada Mac 2012 dan dikurniakan tiga zuriat iaitu Mia Zahra, berusia enam tahun, Nia Zafirah, berusia lima tahun dan Ummar Shahid, berusia empat tahun.
Menurutnya, selepas dua tahun melayari bahtera rumahtangga, suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.
Katanya, dia tidak membantah kerana yakin suaminya mampu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Sepanjang perkahwinan, hubungan kami tidak berdepan masalah malah ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, saya tidak sedih sebaliknya akur kerana percaya dengan kemampuannya.
“Lagipun, saya sudah bertemu dan berkenalan dengan Sufainah sebelum dia berkahwin dengan suami jadi tiada masalah untuk menerimanya sebagai madu serta tinggal serumah.
“Malah, hubungan kami tidak hanya sebagai madu malah saya sudah menganggapnya seperti rakan karib dan sekiranya ada masalah, kami akan bincang serta mencari penyelesaian bersama,” katanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Sementara itu, Sufainah yang juga bekas pramugari berkata, niatnya berkahwin dengan Mohd Zanishuhaizal mendapat bantahan keluarga pada mulanya disebabkan perbezaan adat dan agama.
Ini menyebabkan hubungannya dengan keluarga menjadi renggang, namun mereka kembali menerimanya selepas dia melahirkan cahaya mata, Tia Ummaira yang kini berusia setahun sembilan bulan.
“Dulu, saya tidak menyokong poligami tetapi siapa sangka, takdir Allah SWT menentukan saya menjadi isteri kedua.
“Segelintir masyarakat mungkin memandang negatif bila bercakap soal poligami namun sepanjang tinggal serumah dengan isteri pertama, semuanya lancar tanpa ada masalah.
“Malah, kami saling bertolak ansur dan saya bersyukur kerana Khadijah banyak membantu menguruskan kerja rumah dan menjaga anak ketika saya serta suami bekerja,” katanya yang memeluk Islam pada 2006.
Beliau dan suami kini mengusahakan perniagaan kecerdasan diri dan memiliki jimnasium sendiri.
Bagi Mohd Zanishuhaizal pula, dia bersyukur kerana kedua-dua isteri dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung selain menerima dirinya seadanya.
Beliau berkata, sebagai suami, dia cuba berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin.
“Dulu, saya seorang yang keras kepala dan sentiasa merasakan diri sendiri betul namun kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berumahtangga.
“Boleh dikatakan, hidup saya lebih sempurna dan bahagia sejak berumah tangga kerana adanya anak sebagai pelengkap serta dua isteri yang boleh menerima satu sama lain.
“Rasa seperti mendapat peluang kedua dalam hidup dan tidak sangka kini saya ada perniagaan sendiri selain anak serta isteri yang sangat memahami,” katanya.
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Pasangan madu ini kongsikan pengalaman manis tinggal sebumbung bersama suami tercinta
“Barang baby dah beli ke? Jangan sibuk dengan janda saja” - Netizen tanya tetapi dengan PU Abu pun jawab ‘Okey’
KONTROVERSI rumah tangga Pencentus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan bekas isterinya, Ain Afini masih menjadi bualan netizen di laman sosial sejak 20 April lalu.
Terbaru, tindakan PU Abu memuat naik foto bersama bapanya dan membuka ruang komen di Instagram mengundang keca-man netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungifasa akhir keha--milan seorang diri.
"Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami. Sayu hati.
"Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja," tulis beberapa netizen.
Namun pemilik nama Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ini tidak melatah sebaliknya dilihat turut membalas beberapa komen berbaur keca---man terhadapnya dengan tenang.
Pada salah satu komen ‘pedas’ yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas “okay” berserta emoji ciuman yang diertikan sebagai faham dengan mesej yang ingin disampaikan netizen.
Bukan itu sahaja, cara PU Abu membalas komen juga ditafsirkan netizen sebagai tidak matang.
"Tengok respon dah tahu tak bersedia lagi sebenarnya nak beristeri, berumah tangga. Sedih. Macam ni ke PU yang bawa gelaran agama tu.
"Macam mana orang tak pandang serong dekat agamawan zaman sekarang," tulis netizen.
Selain itu, netizen juga tidak ketinggalan menyindir PU Abu susulan laporan mStar sebelum ini bahawa dia hanya akan membuka mulut mengenai isu rumah tangga selepas mendapat kebenaran bapanya.
"Ayah suruh buka ruangkan komen ke?" tanya salah seorang netizen.
PU Abu sendiri seakan mempermain-mainkan isu berkenaan apabila cuba bergurau menerusi kapsyen posting tersebut.
"Oh terlupa nak cakap, saya akan buat sidang media bersama ayah saya pada 5/5 tapi tak tahu tahun bila…haha," tulisnya.
Bagaimanapun, ruang komen tersebut telah ditutup selang beberapa minit dan kemudian dia juga mengambil langkah memadam foto berkenaan.
Isu rumah tangga Pu Abu mula diperkatakan apabila Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.
Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.
Selain itu, Ain juga mendedahkan PU Abu pernah meminta kebenarannya untuk berpoligami selepas dua bulan mereka berkahwin.
Menerusi pertemuan wartawan mStar dengan PU Abu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 April lalu, pendakwah itu memberitahu dia dinasihatkan bapanya untuk tidak memberi sebarang kenyataan susulan.
Sumber : mStar Online
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber “Barang baby dah beli ke? Jangan sibuk dengan janda saja” - Netizen tanya tetapi dengan PU Abu pun jawab ‘Okey’
SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan menahan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Ezette.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki sewaktu dihubungi mStar mengesahkan penahanan ahli Parlimen Kinabatangan itu, bersama pasangannya.
"Ya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah," katanya, petang Rabu.
Bung Moktar ditahan pada pukul 10.50 pagi di SPRM Sabah manakala Zizie ditahan di SPRM Putrajaya pada pukul 11.15 pagi selepas mereka hadir untuk melengkapkan siasatan akhir berkenaan kes rasuah melibatkan Felcra, menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM.
Kedua-dua mereka memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sewaktu ditahan dan dibebaskan selepas lebih kurang lapan jam kenyataan mereka direkodkan, dengan jaminan SPRM.
Kenyataan media SPRM juga mengesahkan telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad itu dan isterinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
Moktar dan Zizie bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Artikel dari mStar Online
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber SPRM sahkan tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie... Akan didakwa Jumaat
Ibu Zizie Ezette terkejut dan tak tahu anaknya ditahan SPRM
PELAKON veteran Khaty Fauziah terkejut dengan berita penahanan anaknya, Datin Seri Zizie Ezette oleh Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah.
Bagaimanapun Khaty atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa berkata, dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa mengenai perkara berkenaan.
"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu kerana ketika ini saya berada di Melaka. Zizie atau Sam juga tidak maklumkan apa-apa kepada saya.
"Mereka tahu saya ada peny--akit dar--ah tinggi dan kenci--ng manis, jadi mereka tak akan buat saya susah hati.
“Awak juga jangan cakap banyak dengan saya, tak fasal saya pengsan nanti," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengenai penahanan Zizie bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.
Pasangan suami isteri itu ditahan pada pagi Rabu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan nilai sekitar RM3 juta.
Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas memberikan kerjasama penuh kepada SPRM selama hampir lapan jam.
Zizie dan suami dijangka akan didakwa pada Jumaat.
Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Bung Mokhtar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan pada 2009.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.
Zizie merupakan isteri kedua Bung Mokhtar.
Artikel dari mStar Online
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Ibu Zizie Ezette terkejut dan tak tahu anaknya ditahan SPRM





































