Selasa, 30 April 2019

Hari ini hari terakhir pemerintahan Maharaja Akihito di Jepun.

 

Maka berakhirlah era "Heisei" (1989-2019) dan bermulalah era "Reiwa" dengan pertabalan Putera Mahkota Naruhito sebagai Maharaja Jepun yang ke-126. 

Naruhito ni orang yang macam mana? Nak kenal hati budi seorang lelaki, lihatlah cara dia melayan isteri atau kekasihnya.

Seperti ayahnya, Naruhito juga memperisterikan seorang wanita dari kalangan rakyat jelata. Permaisuri Naruhito, Masako Owada bukan berasal dari kerabat diraja atau bangsawan, tetapi dia juga bukan perempuan biasa-biasa. Malah CV dia kalahkan Diana Spencer, Kate Middleton atau Meghan Markle yang menjadi pujaan orang ramai.

Ayah Masako, Hisashi Owada ialah seorang diplomat, pangkat tertinggi ialah Jimu Jikan (sama macam KSU) Kementerian Luar Negeri Jepun. Dari zaman kanak-kanak, Masako ikut ayahnya posting merata dunia. Dan sebab itu, Masako fasih 5 bahasa iaitu Bahasa Jepun, Inggeris, Rusia, Perancis dan Jerman (wow).

Masako juga ingin mengikuti jejak langkah ayahnya. Selepas memperolehi ijazah sarjana muda ekonomi daripada Harvard (woww), Masako melepasi ujian kemasukan Kementerian Luar Negeri dan mula berkhidmat sebagai pegawai diplomatik. Hanya 28 daripada 800 pemohon lulus pada tahun itu (wowww).

Ni kalau kat Malaysia kira PTD Wisma Putra cream of the cream of the cream, bukan calang-calang orang boleh masuk meminang.

Tapi pada November 1986, kehadiran Masako di sebuah jamuan teh telah mengubah hidup Masako. Pada jamuan tersebut, Masako ditemukan dengan Naruhito, anak sulung kepada Putera Mahkota Akihito, cucu kepada Maharaja Hirohito.

Naruhito ketika itu berumur 26 tahun, baru balik dari Oxford. Kali pertama melihat Masako, Naruhito terus jatuh cinta dan mula melamar Masako.

Walaupun Naruhito ialah "most eligible bachelor" di Jepun waktu tu, Masako rasa rimas dengan lamaran Naruhito. Sebab cita-cita Masako adalah menjadi diplomat yang berjaya. Kalau berkahwin dengan Naruhito, maka Masako perlu melepaskan career dia yang baru nak mula.

Untuk elak daripada Naruhito, Masako menyambung pengajian sarjana di Oxford selama 2 tahun, bermula pada 1988. Tapi Naruhito masih tak putus asa, cari Masako sampai ke Oxford. Tapi sekali lagi, Masako menolak lamaran Naruhito.

Media dan orang ramai mula bising, siapa Masako? Siapa dia berani jual mahal depan prince? Siapa dia sampai prince yang kena mengejar dia? Orang lain kalau dengar perkataan prince dah ovari meletup berkecai.

Tapi Masako tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Dia tak memerlukan gelaran permaisuri, dia dah cukup hebat. Dia hanya mahu mengejar impian sendiri. Tak kisah lah prince ke tak prince. Ini perangai Sagittarius yang tipikal.

Akhirnya, selepas 6 tahun Naruhito bercuba, Masako menerima lamaran Naruhito pada tahun 1992. Naruhito berjanji, dengan kedudukan Puteri Mahkota, Masako boleh memainkan peranan sebagai diplomat. Menerima kunjungan tetamu negara, mengadakan lawatan negara bagi pihak maharaja, itukan kerja diplomat.

Yang lebih penting, Masako tersentuh dengan janji Naruhito untuk melindungi dia seumur hidup: "僕が一生全力でお守りします" (boku ga, isshō zenryoku de o-mamori shimasu). Perempuan ni, strong macam mana pun ada soft spot dia.

Naruhito dan Masako melangsungkan perkahwinan pada 9 Jun 1993. Selepas berkahwin, Masako cuba menjalankan peranannya sebagai "diplomat", namun mendapat tentangan daripada pejabat pentadbir istana, Kunai-chō.

Kunai-chō melihat tindakan Masako melangkaui Maharani Michiko, dengan itu melanggar protokol. Malah Masako pernah ditegur kerana berucap lebih lama dari suaminya. Kehidupan istana yang penuh dengan adat istiadat dan pantang larang membuat Masako rasa terkongkong, dan Masako mula rasa stres.

Yang lagi membuat Masako tertekan ialah desakan dari Kunai-chō, maharaja, kerabat diraja, media malah orang ramai supaya Masako cepat-cepat menimang cahaya mata. Sebagai Puteri Mahkota, Masako dipertanggungjawabkan untuk melahirkan zuriat bagi mewarisi takhta.

Tahun demi tahun berlalu, perut Masako masih belum bunting, maka macam-macam spekulasi timbul. Masako mandul ke? Patut tak Naruhito cari isteri baharu? Tapi Naruhito tetap dengan pendirian tidak mahu mengkhianati cintanya terhadap Masako, minta semua bersabar.

Paparazzi pula pergi korek rahsia Masako dan menyebarkan cerita yang mengatakan Masako mengalami masalah untuk mengandung sebab pernah menggugur dua kali. Maksudnya dengan lelaki lain sebelum berkahwin dengan Naruhito. Reaksi Naruhito? Tetap mempertahankan isterinya tak kira apa yang orang kata.

Selepas 8 tahun berkahwin, akhirnya Masako melahirkan anak perempuan bernama Aiko pada 2001. Mengikut perlembagaan Jepun, perempuan tidak boleh mewarisi takhta. Oleh sebab adik Naruhito, Putera Fumihito juga tak mempunyai anak lelaki, maka tekanan ke atas Masako untuk melahirkan zuriat lelaki jadi semakin kuat. Sekitar tahun 2003-2004, Masako mula mengalami kemurungan.

Perangai orang Jepun takut malu, jadi Kunai-chō cuba nak cover up masalah kesihatan Masako. Naruhito marah sungguh. Dari seorang yang lemah lembut, Naruhito bergaduh dengan semua orang: ayahanda Akihito, ibunda Michiko, adinda Fumihito dan Kunai-chō. Naruhito kata tindakan mereka semua sedang "menafikan kemanusiaan" (人格否定, jinkaku hitei) Masako.

Dalam sejarah Jepun, tak ada putera yang pernah buat kenyataan terbuka against istana. Ketegasan Naruhito memaksa Kunai-chō mengakui bahawa Masako mengidap masalah kesihatan dan memerlukan rawatan.

Akur dengan ketegasan Naruhito untuk tidak melahirkan zuriat lelaki, Kabinet Jepun mula menimbangkan pemindaan Perlembagaan bagi membolehkan Puteri Aiko mewarisi takhta. Tapi cadangan tersebut terbatal selepas Putera Fumihito menimang anak lelaki pada tahun 2006.

Lega Naruhito. Bagi beliau, samada zuriatnya mewarisi takhta atau tidak, itu tak penting, cukup sekadar Masako bebas daripada tekanan untuk melahirkan anak lelaki.

Selama 26 tahun mereka berkahwin, Naruhito betul-betul memenuhi janjinya untuk melindungi Masako. Biarpun beban dan tanggungjawabnya sebagai putera mahkota begitu berat, biarpun ada ramai orang yang perlu dipuaskan, Naruhito tidak sesekali mengkhianati janjinya kepada Masako dengan mengahwini perempuan lain atas alasan untuk mendapatkan anak lelaki.

Yang lebih mengagumkan ialah reaksi Naruhito menangani kisah silam Masako. Kita tak tau apa yang Naruhito fikir dalam hati apabila mengetahui kisah silam Masako dengan bekas teman lelaki. Tapi yang pasti, Naruhito mempertahankan kehormatan isterinya daripada cemuhan masyarakat.

Cinta Naruhito kepada Masako adalah begitu dalam, sehingga apabila orang bertanyakan apa yang beliau risau dengan peranan baharunya sebagai maharaja, perkara pertama yang beliau sebut ialah Masako. Beliau takut Masako rasa tertekan dengan gelaran maharani dan harapan orang ramai.

Berbanding dengan keadaannya 10 tahun yang lalu yang murung sepanjang masa, Masako kini kelihatan lebih ceria. Semua ini adalah hasil usaha Naruhito yang sentiasa sabar dan mengutamakan kebahagiaan isterinya.

Sebagai maharani, peranan Masako akan jadi lebih besar, lebih menghampiri cita-citanya sebagai diplomat. Kita boleh agak, selepas ini, Naruhito akan lebih kerap membuat lawatan negara atau menerima kunjungan tetamu negara, demi memuaskan impian Masako yang terpendam.

Lelaki seperti Naruhito dan Emmanuel Macron membuktikan bahawa not all men are trash. Wujud je lelaki yang romantik, caring dan setia, yang appreciate kelebihan pasangan mereka, dan menerima kekurangan mereka. Yang sanggup menunggu, walaupun bertahun-tahun (Naruhito 6 tahun, Macron 12 tahun), sebelum saat kebahagiaan tiba.

Kalau tak jumpa, berusahalah lagi sehingga jumpa. Kalau anda serius dengan cinta, anda tentu deserve jejaka yang menjanjikan anda perkara yang sama seperti Naruhito janjikan Masako, 27 tahun yang lalu:

"Boku ga, isshō zenryoku de o-mamori shimasu" (Saya akan melindungi awak, dengan sepenuh kekuatan, hingga ke hujung hayat).


SUMBER

“Ingat Pesan Aku!. Kau Kedekut Dengan Mak Bapak, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu. ”



“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya..” Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak? Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:

SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH

Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu. Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus. Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga. Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.

Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga. Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah. Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.

Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita. Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan. Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.

Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup. Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya. Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama. Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.

√ Semuanya dah terlambat.
√ Sejak awal lagi kau salah kira.
√ Sejak awal lagi kau terlibat riba.
√ Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
√ Sejak awal lagi kau makan semua benda.
√ Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…

Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.

Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.

Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.

Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.

Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?

Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?

Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!

Ok, kita turun sikit…. Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid? Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…RM1 je….Tengok tu… Kedekut kan?

Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!

Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.

Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.

Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka. Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti. Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.

Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset. Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba. Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.

√ Kehidupan itu yang kau carik?
√ Hingga tanggungjawab kau abai?
√ Mak bapak kau hambakan?
√ Anak-anak tidak diberi agama?

Allahu…

“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”

Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.

Sumber “Ingat Pesan Aku!. Kau Kedekut Dengan Mak Bapak, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu. ”

Minggu, 28 April 2019

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap dan muhasabah sesama kita



Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap n muhasabah sesame .. takde ruginya..in shaa Allah.. Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh..

Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.

Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya.
“ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?”

Dia menjawabkan,

“tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.

Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?



“Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku? Dia mengatakan lagi.

Aku bisik dalam hati “ada byk mazhab ke dia ni?”.

Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.

“Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…”

“maaf ustaz”.

Aku cakap dekat dia,

“dua dua mazhab lah ustaz”.

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.

Aku nak menangis.

“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”

Aku senyap.

“kenapa ustaz?”

Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang yang jutawan,



bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.

Aku tersentak.

Dia berkata lagi

“orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.

Allahuakbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi

“orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?

Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi

“ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?”

“Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.

Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?

“Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu.

Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.

Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh,,ku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan ku rasakan rezeki ku melimpah limpah smpai aku rasekan,,,ya allah!!!!!Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh,,

Tidur lepas subuh….fikir fikirkanlah.
Peringatan utk diri sdri juga..😔 😔 😔

Sumber Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca .. dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca .. sentap dan muhasabah sesama kita

Wanita Tanpa Make Up Sebenarnya Lebih Disukai Lelaki.. Terserlah Keayuan Dan Kecantikan Semulajadinya...



Betul Ke? Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

1. Suka Wanita Yang Yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.



2. Tidak Suka Wanita Obses

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

3. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

4. Lelaki Tidak Suka Menunggu



Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

5. Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Sumber Wanita Tanpa Make Up Sebenarnya Lebih Disukai Lelaki.. Terserlah Keayuan Dan Kecantikan Semulajadinya...

Sabtu, 27 April 2019

Pencetus Ummah Abu Mahu Dakwa Pengkritik Di Mahkamah



Setelah beberapa hari mendiamkan diri, nampaknya PU Abu kembali aktif di sosial media. Menerusi Twitter, Abu membalas kenyataan penyampai radio, Haniff Hamzah untuk mendakwanya di mahkamah.



Untuk pengetahuan sebelum ini Haniff pernah menyelar tindakan Abu yang menceraikan isterinya ketika sarat hamil dan mengahwini seorang janda. Namun setelah beberapa hari, Abu baru membalas komen tersebut.

Biarpun tidak memberikan respon yang panjang, namun jawapan balas Abu itu telah mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata memerli Abu mengahwini wanita kaya sehingga terus mahu menyaman orang.

 

Terdahulu Haniff meluahkan rasa bengang terhadap tindakan Abu dan menyifatkan beliau seorang yang bodoh. Bagaimanapun Abu pula ketika diterjah ditanyakan mengenai kontroversi itu enggan memberikan komen lanjut.

Mungkin Abu kembali aktif di media sosial setelah diberikan lampu hijau oleh bapanya. Apapun kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka, dan kepada bekas isteri, semoga kuat meneruskan hidup. (rtky/w)

SUMBER  MEDIA HIBURAN via rotikaya.com

Sumber Pencetus Ummah Abu Mahu Dakwa Pengkritik Di Mahkamah

Jumat, 26 April 2019

Usia perkahwinan kami baru 7 bulan,tapi wife aku pula akan bersalin dalam masa trdekat, bodoh sangat kah aku ni trperdaya demi mak dia?



Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup. Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir.

Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi itu bukan dari benih aku, tetapi aku anggap macam anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri, siapa lelaki itu dan mengapa dia memilih aku menjadi pak sanggup.

Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi:

Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu.

Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat.Tak nak memasak.Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.Tak nak sembahyang.Keluar rumah tak nak tutup aurat.

Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok. Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah.

Hari-hari kami bergaduh sebab sikap cemburunya. Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak gaduh dengan isteri.

Dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.Opss..sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak.Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.

Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain. Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu.

4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia. Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses bercerai. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan.

Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja. Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat.

Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami bercerai. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal. Kemtian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku.

Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

Sumber Usia perkahwinan kami baru 7 bulan,tapi wife aku pula akan bersalin dalam masa trdekat, bodoh sangat kah aku ni trperdaya demi mak dia?

PTPTN minta pendapat orang awam apakah langkah terbaik untuk mengutip hutang pelajar



Pengurusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, badan itu akan mendapatkan nasihat dari orang awam "tertumpu kepada mekanisma pembayaran balik pinjaman," di mana orang awam akan dijemput memberi pandangan tentang bagaimana cara terbaik untuk mengutip balik wang yang telah dipinjamkan.

"Kaedah pembayaran balik untuk PTPTN telah pun banyak dibincangkan, Dan telah menjadi fokus sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan," kata Saiful seperti yang dipetik oleh akhbar The Star.



"Ia masih lagi menjadi fokus dan ia perlu diselesaikan,"

Menurut Wan Saiful,  pihaknya akan mengirim keputusan dan poin-poin diskusi yang dirakam semasa perbincangan bersama dengan pihak berkepentingan, pihak bank, ibu bapa dan kumpulan pelajar di atas talian.

Perbincangan-perbincangan ini telah berlangsung sejak Disember 2018 sehingga march 2019.

"Akan diadakan juga sesi townhall dan sesi meja bulat untuk membincangkan idea-idea tersebut," kata Wan Saiful. Apabila segala maklumbalas telah dikumpul ia akan dimajukan kepada Kementerian Pendidikan untuk penelitian selanjutnya.

Antara cadangan-cadangan yang diterima ialah menunda pembayaran balik pinjaman untuk mereka yang memperoleh pendapatan kurang dari RM4,000 sebulan dan satu skim pembayaran balik berjadual di antara 2 peratus dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam. Sasarannya untuk mengumpul sebanyak RM2 bilion pada akhir tahun.



"Menteri Pendidikan perlu untuk membawanya ke kabinet untuk satu perbincangan akhir," tambah Wan Saiful.

Sejak tahun 1997 PTPTN telah memperuntukkan sebanyak RM56 bilion untuk membantu lebih tiga juta pelajar. Setakat 31 Disember tahun lepas, PTPTN telah meminjamkan sejumlah RM20.7 billion kepada 1.9 juta pelajar.

Sumber : milosuam.net

Sumber PTPTN minta pendapat orang awam apakah langkah terbaik untuk mengutip hutang pelajar

"Saya Kena Tahan Nafas, Kadang Terpaksa Bau Air Kencing Ni" - Haneesya Hanee



Tidak tahan dengan sikap segelintir penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR), Haneesya Hanee meluahkan rasa bengang kerana terpaksa menahan bau hancing kencing di dalam lif kediamannya itu.




Menerusi Twitter, Hanee meluahkan rasa geram dengan sikap pengotor penduduk perumahan berkenaan, malah tidak faham mengapa sesetengah mereka sanggup membuang air kecil didalam lif awam.

Dalam masa yang sama, Hanee turut mengeluh dengan aduan yang banyak dibuat mengenai hal ini namun masih tiada tindakan dilakukan. Malah kamera litar tertutup di dalam lif itu juga seakan sudah tidak berfungsi.


 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan keluhan Hanee mengenai sikap segelintir penduduk yang tidak menjaga kebersihan. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenainya.

Memang tidak dinafikan lif di taman-taman perumahan sering menjadi tempat membuang air kecil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Seharusnya pihak bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu mengenai hal ini. (rtky/w)

Sumber "Saya Kena Tahan Nafas, Kadang Terpaksa Bau Air Kencing Ni" - Haneesya Hanee

(Video) “Bodoh Betulla, Patutlah Tengok Kembung Elok Plastik Papadom”



Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang pekerja restoran mamak membungkus papadom. Namun apa yang menjadi perhatian ialah sebaik sahaja memasukkan papadom ke dalam plastik, pekerja itu dilihat meniup plastik bungkusan tersebut sebelum diikat.

Tidak diketahui nama dan lokasi restoran mamak tersebut, video itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak menyangka cara tersebut digunakan untuk memastikan plastik papadom dalam keadaan kembung.


Malah ramai yang jijik dengan tindakan pekerja restoran berkenaan kerana ianya membabitkan isu kebersihan dan dibimbangi berlakunya jangkitan kuman.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan, ramai yang mengakui tidak lagi mengunjungi restoran mamak atas faktor kebersihan.



Rasanya, lepas ni ramai dah yang tak berani nak ambil papadom setiap kali pekena nasi kandar. Apa pun diharap, pemilik restoran perlu lebih peka dan memberikan penekanan dari segi kebersihan  terhadap pekerja mereka. Bila kedai bersih, barulah ramai nak datang.

Sumber : vitdaily.com

Sumber (Video) “Bodoh Betulla, Patutlah Tengok Kembung Elok Plastik Papadom”

“Malu Nak Tunjuk Kepada Pelancong Asing, Kampung Baru Macam Kampung Setinggan” - Khalid Samad



Kerajaan persekutuan sedang mencari jalan untuk membeli tanah-tanah sedia ada di Kampung Baru bagi tujuan penempatan Melayu di Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata pembelian tanah tersebut bagi memastikan pembangunan semula yang lebih teratur dan menyeluruh di kawasan segi tiga emas itu.

Kata Khalid langkah itu dapat mengelakkan pembangunan secara "runcit" apabila pemilik tanah menjualnya kepada pemaju secara langsung.

Ia juga, katanya lagi, dapat mengelakkan pemaju menjual hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu, bagi mengekalkan kawasan itu sebagai tanah rizab Melayu.

"Sekiranya semua orang mahu tunai, dan tiada siapa yang mahu pangsapuri (sebagai pertukaran untuk tanah mereka) ini merupakan senario terburuk yang mungkin (perlukan) antara RM6-10 bilion," kata Khalid dalam sidang medianya di Putrajaya, hari ini.



Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan juga sedang mengkaji formula di mana pemilik tanah akan mendapat pembayaran campuran seperti wang tunai dan hartanah, contohnya.

Mengenai cara mendapatkan dana, Khalid berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkemungkinan akan mengeluarkan bon perbandaran atau sukuk.

Bagaimanapun, kata Khalid semua itu bergantung kepada rundingan dengan pemilik tanah dan jenis pembayaran yang mereka mahu untuk tanah mereka.

Namun, Khalid berkata usaha tersebut amat penting bagi kawasan Melayu untuk dibangunkan.



"Sesuatu yang amat memalukan untuk ditunjuk kepada pelancong asing bahawa ini adalah kawasan Melayu (di tengah-tengah bandaraya), macam kampung setinggan sedangkan tanah (di sini) cukup bernilai dan pemiliknya semua patut dianggap sebagai jutawan tetapi tidak dapat memanfaatkan nilai hartanah tersebut," katanya.

Khalid berkata setakat ini 80 peratus pemilik bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan yakin semua yang terlibat akan bekerjasama dengan kerajaan.

Khalid berkata pembangunan Kampung Baru merupakan indikator prestasi peribadi sepanjang menjadi barisan kabinet Pakatan Harapan (PH).

Sumber : malaysiakini

Sumber “Malu Nak Tunjuk Kepada Pelancong Asing, Kampung Baru Macam Kampung Setinggan” - Khalid Samad

Hasil Kaji Selidik Menunjukkan Lebih 46 Peratus Rakyat Puas Hati Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri



Menjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kajian oleh Merdeka Center mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Menurut Merdeka Center, peratusan itu jauh merosot berbanding kadar 83 peratus pada Mei lalu – sebaik selepas PH mengambil alih pentadbiran – dan 71 peratus pada Ogos lalu iaitu menjelang 100 hari pentadbiran.

Kadar sokongan terhadap pentadbiran PH juga merosot daripada 79 peratus pada 31 Mei 2018 kepada 39 peratus pada 11 Mac lalu.



Tahap Sokongan Rakyat Kepada Kerajaan Turun 40 Peratus – Merdeka Centre

Menjelang setahun pentadbiran Pakatan Harapan, badan kajian Merdeka Centre mendakwa tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan merosot.

Kaji selidik itu mendapati tahap sokongan rakyat kini turun kepada 39 peratus pada 31 Mac 2019 berbanding 79 peratus pada 31 Mei 2018.

Merdeka Centre melakukan kaji selidik ini bertujuan meninjau persepsi pengundi terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa.

Ia dilakukan di seluruh Malaysia di antara 5 hingga 11 Mac lalu.



Kaji selidik yang melibatkan 1,204 pengundi ini juga mendapati hanya 34 peratus pengundi percaya negara kini di landasan yang betul berbanding 55 peratus pada Ogos 2018.

Badan kajian itu menjelaskan kaji selidik dilakukan terhadap 52 peratus pengundi Melayu, 29 peratus pengundi Cina, 7 peratus pengundi India, masing-masing 6 peratus pengundi Bumiputera Islam dan bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Malaysiakini, Astro Awani

Sumber Hasil Kaji Selidik Menunjukkan Lebih 46 Peratus Rakyat Puas Hati Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri

Ditegur Artis Tempatan Kenapa Nak Sangat Nak Bawa BTS Ke Malaysia, Ini Respon Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq



Sebelum ini kecoh apabila Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq mengumumkan bahawa Kumpulan K-Pop BTS dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia. Terdapat segelintir pihak yang kurang bersetuju dengan jemputan kumpulan itu kerana seolah-olah tidak memperkenalkan artis kelahiran tanah air.

Menerusi Twitter Syed Saddiq, dia berkongsi jawapan mengapa dia memilih untuk menjemput artis-artis antarabangsa untuk membuat persembahan di Malaysia.



Tak serik ke asyik tewas dengan Singapura





Beliau menerangkan bahawa dengan menjemput artis popular dari luar negara dapat menjana ekonomi negara terutama dari sektor perlancongan kerana peminat di negara jiran turut akan sama-sama hadir untuk menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka.

Sebagai contoh apabila kumpulan BTS dan Coldplay membuat persembahan di Singapura, tiket jualan habis dijual dalam masa empat jam. Ramai peminat dari seluruh negara datang ke Singapura semata-mata untuk menyaksikan konsert tersebut.

Memberi manfaat kepada semua yang terlibat



Beliau turut memberi contoh Stadium Wembley di England yang sering disewakan untuk mengadakan konsert besar-besaran yang mampu mendatangkan keuntungan selain dari hanya tertumpu dalam aktviti sukan.

Sebelum ini apabila artis antarabangsa Ed Sheran membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, peminat membanjiri stadium tersebut. Hal ini memberi keuntungan kepada pihak stadium dan peniaga-peniaga kecil. Bukan bermaksud tidak menghargai artis tempatan, tetapi Malaysia perlu bergerak terus ke hadapan dan berfikiran luar kotak!

Peningkatan ekonomi selepas konsert artis luar




Hasil kajian beliau mendapati impak terhadap membuat konsert artis luar di negara mampu menjana peningkatan terhadap ekonomi sesebuah negara.

Sumber: Syed Saddiq via ohbulan.com

Sumber Ditegur Artis Tempatan Kenapa Nak Sangat Nak Bawa BTS Ke Malaysia, Ini Respon Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq

‘Tidak Pernah Lagi Dalam Sejarah Malaysia, Wanita Ditahan Atas Tuduhan MER0G0L’ – Peguam Komen Tuduhan R0G0L Juita



Meskipun drama rantaian popular TV3 Nur 2 telah berakhir dengan penuh pengisian dan pengajaran, namun ada segelintir warga media sosial mengkritik pengakhiran episod tersebut. Seorang peguam, Nor Zabetha telah mengemukakan pendapatnya tentang sistem perundangan yang digunakan dalam episod terakhir semalam.

Baginya, babak Juita yang ditahan atas tuduhan meR0-G0L Ustaz Adam adalah sama sekali tidak tepat dalam sistem perundangan.



Undang-undang tidak boleh difiksyen




Episod terakhir Nur 2, akhirnya Juita ditangkap kerana dakwaan meR0-G0L Ustaz Adam.

Betul atau tidak olahan babak ini jika dibandingkan dengan undang-undang realiti. Drama ini adalah fiksyen, pun begitu fakta undang-undang sama ada fiksyen atau realiti, perlu tepat.

Yang fiksyen adalah watak dan jalan cerita, undang-undang tidak boleh fiksyen kerana rosak fahaman awam nanti.

TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MALAYSIA seorang wanita ditahan, disiasat atau didakwa kerana meR0-G0L seorang lelaki. Sepanjang 10 tahun saya beramal sebagai peguam juga tidak pernah saya mendengar kes ini. Babak Juita ditahan kerana meR0-G0Ll seorang lelaki adalah salah sama sekali.

Kenapa? Dalam Kanun Kes-0-eksaan memberi pendefinisian R0-G0Ldibawah Sek-syen 375 iaitu seorang LELAKI dikatakan meR0-G0L apabila melakukan hubungan kela---min dengan wanita tanpa kerelaaannya atau tanpa kebenarannya dan selebihnya boleh semak sebahagian akta dalam gambar dibawah, saya kongsi.

Perbuatan Juita tidak jatuh kategori meR0-G0L



Secara asasnya elemen yang perlu dipenuhi sebelum siasatan kes dimulakan adalah pelaku Lelaki dan mangsa wanita. Itu sebabnya akta bezakan ‘his’ sebagai pelaku dan ‘her’ sebagai mangsa. Perbezaan jantina.

Dalam kes ini Juita tidak memenuhi elemen pertama iaitu pelaku seorang lelaki. Polis tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan Juita tidak jatuh kategori R0-G0L berdasarkan Kanun Kese--ksaan. Elemen seteruskan paksa dan tanpa kebenaran sama ada dibuat secara ugutan atau penipuan atau salah anggap.

Sewaktu menonton babak ‘saya hendak buat laporan R0-G0L’ oleh Ustaz Adam, saya faham Ustaz Adam adalah orang awam jadi dia secara naif merujuk situasinya kepada pejabat polis tetapi dalam drama tersebut sepatutnya polis yang perlu menegur Ustaz Adam tentang undang-undang. Adam tak tahu undang-undang.

Mungkin polis boleh cadangkan laporan dan siasatan dibuka bagi perbuatan Juita yang memasukkan dadah dalam kopi Adam dan bukan tuduhan R0-G0L terhadap Juita. Tetapi apabila polis ke rumah Juita, mereka menahan Juita dan mengatakan “Cik Juita anda ditahan atas tuduhan meR0-G0L”. Hahahah.. Babak yang mengelirukan dan memberikan fahaman salah.

R0-G0L pelaku mesti lelaki dan mangsa mesti wanita



Jadi ingat ya. R0-G0L pelaku mesti lelaki dan mesti mangsa perempuan. Kalau lelaki dengan lelaki itu bukan R0-G0Ll di bawah Se--ksyen 375 dan boleh dihukum bawah Se--ksyen 376 itu adalah perbuatan Sodomi bawah Se--ksyen 377A Kanun Kese---ksaan dan boleh dihukum bawah Se--ksyen 377C. Jatuh bawah kategori jenayah luar tabii.

Kalau perempuan dengan perempuan juga bukan kira R0-G0L kerana tidak mengikut definisi R0-G0L yang diperuntukkan.

Begitulah undang-undang jenayah. Setiap kesalahan perlu melihat sama ada ianya memenuhi setiap elemen jenayah. Kalau tidak cukup, polis boleh menyiasat tetapi pendakwaraya tidak akan beri izin untuk buka kes di mahkamah, jadi memang kebiasaannya polis tidak akan siasat bila tahu elemen tidak mencukupi.

Kalau cukup elemen dan kes pula tidak kukuh dan ada ‘lo-op ho-le’ atau kekurangan bukti, contohnya kes R0-G0L walaupun DNA si lelaki tetapi tidak ada bukti paksaan, semua bukti-bukti perbualan whatsapp selepas hubungan se----ks menunjukkan si perempuan setuju dan siasatan ke atas tubuh badan perempuan juga tidak ada elemen paksaan. Kebiasaannya juga tidak bawa ke mahkamah kerana kemungkinan pelaku dibebaskan adalah tinggi.

Jom belajar undang-undang supaya kita jadi warga bijak. Sebarkan ilmu walau sebaris ayat.

Sumber: Nor Zabetha via ohbulan.com

Sumber ‘Tidak Pernah Lagi Dalam Sejarah Malaysia, Wanita Ditahan Atas Tuduhan MER0G0L’ – Peguam Komen Tuduhan R0G0L Juita

Rabu, 24 April 2019

“Drama Ni Bodoh, Aku Bodoh, Pengarah Bodoh, Cerita Bodoh,” – 'Ustaz Hamadi' Akhirnya Buka Mulut



Drama Nur 2 hampir menemui penghujung dan semakin lama, semakin kerap pula kritikan dilemparkan sehingga pelakon drama hebat ini turut terpanggil memberi respon terhadap drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.

Menurut Azhan Rani yang berkongsi sebuah artikel ‘Nur Dipanggil Bodoh’, tulisnya, dia menyedari akan ‘kebodohan’ watak yang dimainkan barisan pelakon, namun Nur 2 dibikin bukanlah untuk memuaskan hati sesiapa.

“Terbaca perkongsian ni.

“Lama juga dah aku nak bercakap pasal ni sepanjang #nur2 bersiaran… sebenarnya reaksi korang ni semua adalah reaksi cliche dan memang aku dah jangka.. disebalik yang beria suka drama ni memang adalah yang menyalak tak suka, kata drama ni bodoh, aku bodoh, pengarah bodoh, cerita bodoh apa saja la bodoh dalam #nur2 ni.

“Ye aku tak nafikan kebodohan tu bila aku setuju nak sambung #nur2 ni walaupun dari awal memang aku tak suka sambung.. sebabnya memang akan ada yang akan nak membandingkan #nur dengan #nur2 atau dengan cerita lain.



“Dah tentu #nur yang mula2 lebih asli tiada tekanan membikinnya.. #nur2 lahir dari permintaan peminat2 drama #nur sendiri.. maka sebagai tanda penghargaan dibikinlah #nur2 .. namun #nur2 bukanlah dibuat untuk memuaskan hati sesiapa.”

Tambahnya lagi, drama ini mencerminkan realiti dalam hidup.

“Ini drama untuk kita mencerminkan diri akan fantasi cerita ini dengan realiti kita.. #nur2 menyampaikan pesan dan peringatan. sakit untuk dipandang tapi tapi tak boleh untuk kita lepaskan.

“Semestinya aku pun tak akan kata ini karya bijak.. jadi aku terima rakan2 lakon , rakan penerbit, penonton mahupun netizen yang menghamburkan kata2 bodoh pada aku termasuk pengarah cerita ni @budakijat.

“Aku terima setulus ikhlas.. hidup ini dalam 24 jam sehari kita akan ada dalam bodoh dan pandai.. secara positifnya adanya kebodohan dan kekurangan kami ini adalah asbab untuk korang melengkapkan kekurangan ini agar lebih banyak karya2 bijak lahir selepas ini ditangan korang.

“Jadi jangan sekadar melalak.. baiki kelemahan kami dalam karya korang pula. yg pelakon majukan diri dengan lakonan lagi baik, yang penerbit hasilkan karya yang lebih tinggi kualiti dan nilai murni kepada penonton,” tulisnya lagi.


Dia juga memohon agar netizen tidak hanya melihat Nur sekadar drama, namun ambil pengajaran untuk pembangunan minda.

“Penonton dan netizen pula zahirkan pembangunan minda korang dengan mengambil impak2 positif bukan lagi pada hal2 populariti karya tapi isi karya.. kalau benci watak syaiton aku ni..buktikan korang mampu jadi manusia lebih baik dimuka bumi ni.

“Terus sama2 berikan saranan baik.kita akan sama2 membangunkan drama yang baik untuk penonton dan generasi akan datang. esok #nur2 habis. tugas kami dah selesai.. korang dah boleh mulakan sekarang tugas korang buat yang jauh lagi baik daripada kami. ayuh. sama2.”



Garapan setiap watak dan perwatakan dilihat berjaya membangunkan drama ini menjadi lebih menarik setiap hari. Kalau tidak, tiadalah netizen yang merempan setiap hari akibat sakit hati dengan Nur, Ustaz Adam, Julia dan Ustaz Hamadi.

Lebih mengejutkan, jiran sebelah rumah yang hanya muncul sesekali boleh menjadi trending, wushu wushu wushu surat khabar cina…hahaha

Foto : Instagram Azhan Rani
Artikel dari mediahiburan.my

Sumber “Drama Ni Bodoh, Aku Bodoh, Pengarah Bodoh, Cerita Bodoh,” – 'Ustaz Hamadi' Akhirnya Buka Mulut

“Saya Tidak Mahu Berselindung Lagi, Ini Kehidupan Saya..” – Fathia Latiff Tampil Dengan Imej Baru Rambut Pendek



“SAYA rasa lebih lega sekarang. Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri.

“Lagipun, untuk kekal bertudung bukan satu perkara mudah,” kata pelakon Fathia Latiff mengenai keputusannya tidak lagi bertudung sejak beberapa hari lalu.

Fathia ketika dihubungi berkata, dia bertudung sebelum ini bukan atas kerelaan hati sebaliknya mahu membuktikan sesuatu kepada seseorang.



“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab.

“Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.

“Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi,” katanya.

Menurut Fathia, sudah sampai masanya dia memikirkan diri sendiri.

“Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum.



“Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.

“Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan.

“Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar.

“Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber “Saya Tidak Mahu Berselindung Lagi, Ini Kehidupan Saya..” – Fathia Latiff Tampil Dengan Imej Baru Rambut Pendek

Murid Sekolah Rendah Bakal Nikmati Hidangan Sarapan Percuma Mulai Tahun Depan?..



Semua murid di sekolah rendah akan menikmati sarapan secara percuma mulai tahun depan.

Menerusi program sarapan berkhasiat itu akan memberi manfaat kepada semua murid sekolah rendah di seluruh negara untuk memulakan  hari mereka dengan lebih ceria.

Memetik Berita Harian, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan.

“Kita mahu anak-anak kita kuat dan sihat untuk mencapai prestasi baik di sekolah,” katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2019, semalam.

Pengambilan sarapan pagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan.

Jelas Perdana Menteri, peruntukan untuk program sarapan berkhasiat itu dijana menerusi hasil cukai gula yang akan dikuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2019 buat kali pertama mencadangkan pelaksanaan cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis yang mengandungi lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml mulai 1 April 2019.

Bagaimanapun, ditangguhkan ke 1 Julai bagi bagi memberi masa cukup kepada pihak industri membuat persediaan.



Sementara itu, kajian oleh pakar pemakanan Britain mendapati tabiat tidak mengambil sarapan pagi secara sihat dalam kalangan kanak-kanak boleh mengundang risiko menghidap penyakit diabetes apabila usia mereka meningkat dewasa.

Memetik kajian pakar pemakanan tiga pusat pengajian, Universiti Oxford, Cambridge, Glasgow dan St George menunjukkan, risiko tersebut boleh berlaku disebabkan tahap insulin dalam badan kanak-kanak, sekali gus menjadi faktor utama penyakit tersebut.

Penyakit diabetes boleh berlaku apabila badan individu tidak bertindak balas ke atas kandungan gula dalam badan atau kurang menghasilkan hormon itu.

Selain itu, kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan secara sihat lebih cenderung untuk makan makanan yang mengundang kegemukan pada waktu tengah hari atau malam selepas kajian sebelum ini mendapati hampir 3 juta penduduk Britain menghidap penyakit diabetes yang dikaitkan dengan corak pemakanan dan gaya hidup.

Sumber: Era Baru

Sumber Murid Sekolah Rendah Bakal Nikmati Hidangan Sarapan Percuma Mulai Tahun Depan?..

“Kau Kerjalah Sampai Tengah Malam Setiap Hari Sekalipun, Orang Tak Akan Hargai, Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Akan…”



“Memang susah nak dapat kerja sekarang. Bila dapat kerja makan gaji, tak kiralah dengan swasta atau gomen, hadap sajalah segala yang depa tetapkan.

Dalam sektor pekerjaan, kau jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau.

Contohnya, kau buat kerja sampai malam sekalipun, peluh keringat sebaldi dah, kau jangan expect kau akan dapat penghargaan tinggi dari orang sekeliling.

Rakan-rakan kerja kau cuma jadi saksi kau buat kerja rajin. Tapi, mereka tidak akan backup kau atau sampaikan kerajinan kau pada bos, CEO, pentadbiran dan pihak yang bagi kau gaji.

Jangan pernah bergantung pada mana-mana kawan kerja untuk jadi bahan bukti, saksi segala kerja yang kau buat untuk tempat kerja kau. Mereka tidak akan masuk campur urusan kau. Mereka juga nak jaga periuk nasi sendiri.



Tapi, kalau kau buat silap atau tak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali — tak kiralah apa jua sebabnya termasuk sa--kit — orang akan cepat pandang serong kau. Kau takkan lagi tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kau memang pekerja yang rajin.

Mungkin di sesetengah company yang bagus, swasta misalnya, bila kau rajin, menonjol dan memang penglibatan kau dalam apa-apa projek tu memberangsangkan serta memberikan pulangan yang baik pada syarikat, kau akan dapat promotion. Mungkin. Ada la juga penghargaan.

Tapi, kalau kau berada di sektor kerajaan, susah beb. Rajin macam mana pun, gaji kau tetap sama. Kuat berusaha pun, belum tentu kau dapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda yang paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira di mana-mana tempat di negara kita ni adalah — mulut busuk orang.

Rajin pun orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak pengurusan atasan.

Last sekali apa dapat, kau yang tak ada kenalan dato datin yang berhormat itu ini, kau tetap di bawah. Hirarki pekerjaan di tampuk sama.”

Aku angguk je la. Betul juga apa yang dia kata.

“Habis tu, elok kerja kat mana?”

Dia jawab,

“Kerja mana-mana pun kau kena sabarlah. Ni kunci utama. Berlambak orang muda yang masuk kerja, dapat tekanan sikit, terus nak berhenti kerja. Tak sabar. Yang kena duga sikit masa kerja, terus naik marah bila dikritik dan ditegur cara prestasi kerja. Melenting tidak akan buat imej kau lebih baik. Malah, lebih buruk. Orang pun tak suka simpan kau lama-lama kalau bikin banyak masalah dengan pentadbiran.

Kerja sendiri berniaga pun kena sabar. Tak sabar, kejap tutuplah bisnes. Bisnes kena pandai promoting dan lebarkan networking. Kena pandai rolling modal bukan dapat untung terus bermewah beli kereta baru menunjuk-nunjuk. Lingkuplah niaga.

Tips dari aku;

Satu, kerja tu pergi balik on-timelah. Sebab kerja sampai lebih masa pun, tak guna juga. Kerja takkan habis sampai bila-bila.

Dua, hubungan dengan Tuhan tu wajiblah jaga. Utamanya solat fardhu lima tu jangan tinggal. Solat tahajjud dan duha tu buatlah selalu biar jadi amalan harian.

Ketiga, sabar dan senyum selalu. Jangan banyak cakap benda tak penting di tempat kerja. Jangan cakap pasal pentadbiran bagai. Buat kerja kita je. Sebab, kalau nak bertekak hal ni, baik kau masuk politik ubah sistem terus.

Keempat, doa selalu biar Allah lindungi dan limpahi rezeki. Kerja dengan orang, bila-bila boleh kena buang. Kerja sendiri, bulat-bulat bergantung tuah rezeki setelah usaha.

Kelima, jangan cakap pasal orang lain. Rajinkan diri improve diri sendiri. Playsafe selalu.”
Aku senyum je dengar dia nasihat. No wonder ramai suka dia. Kerja memang bagus dan tak cakap banyak.

So, aku kongsikan semua ni balik dengan korang. Silakan share kalau bagus utk kerja korang.

Sekian.

Sumber : FB Rusydee Halimy

Sumber “Kau Kerjalah Sampai Tengah Malam Setiap Hari Sekalipun, Orang Tak Akan Hargai, Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Akan…”

“Tak Boleh Cakap Banyak, Semua Kenyataan Saya Diputar Belit” - PU Abu Sufyan



Baru saja pulang ke tanah air selepas beberapa minggu mengikuti rombongan mengerjakan umrah, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah diserbu oleh sebuah portal hiburan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.

Enggan memberi kenyataan berhubung kontroversi isu rumah tanggnya, PU Abu berkata orang ramai hanya mengetahui sebahagian sahaja cerita tersebut.

Hanya keluarga ketiga-tiga pihak iaitu bekas isteri, Aini Afini, wanita dikenali sebagai Hana Azraa dan ibu bapanya sahaja yang tahu seluruh cerita sebenar.

“Tiada siapa pun tahu cerita sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga pihak bekas isteri dan Hana.



“Saya minta maaf sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketika ini. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana yang dikatakan sudah bernikah, PU Abu bertindak mengunci mulut. Kata PU Abu, bapanya menasihatinya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. Ujar PU Abu lagi, selama ini kenyatannya diputar belit oleh ramai pihak.

“Minta maaf, saya tak boleh beri komen apa-apa. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun. Saya akan beritahu selepas dapat keputusan dari ayah saya. Apa-apa pun saya kena tunggu ayah saya.



“Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar beli ramai pihak dan media.

“Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi saya tak nak cakap apa-apa setakat ini. Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya,” katanya.

SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya.com

Sumber “Tak Boleh Cakap Banyak, Semua Kenyataan Saya Diputar Belit” - PU Abu Sufyan