Minggu, 31 Maret 2019

Usia Perkahwinan Belum Sampai 4 Bulan , Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Dilaporkan Ingin Berpisah?



Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahukan hubungan kekal selama-lamanya. Namun, dek kerana adanya pelbagai halangan dan rintangan yang perlu dilalui, ianya mampu membuatkan sesetengah pasangan berpisah.

Mungkin itu yang dilalui oleh rumah tangga pasangan popular Priyanka Chopra dan penyanyi Nick Jonas yang baharu sahaja berkahwin empat bulan lalu dikatakan sedang bergolak. Malah, mereka juga didakwa sudah bersedia untuk bercerai.




Bersedia nak cerai


Menurut laporan daripada OK! Magazine, pasangan romantis ini  sudah bersedia untuk bercerai kerana sudah tiada lagi perasaan cinta di antara mereka.

Mereka bergaduh tentang semua perkara… Nick dan Priyanka sebenarnya terburu-buru apabila mereka berkahwin dan mereka kini dalam keadaan tidak keruan.



Selain itu, Priyanka dikatakan bersikap mengawal suaminya dan mereka sering bertengkar.

Sebelum ini Nick hanya nampak sifat isterinya yang lemah lembut namun selepas berkahwin baru dia nampak sikap baran dan mengawal isterinya. Ia satu kejutan buat Nick yang tidak disedarinya sebelum ini.

Keluarga rayu supaya berpisah


Menurut laporan lagi, keluarga Nick yang mengetahui pergolakan rumah tangga mereka telah merayu agar Nick menamatkan hubungannya dengan Priyanka kerana merasakan pelakon Bollywood itu seorang yang keanak-anakan.

“Mereka ingat Priyanka seorang wanita matang dan sudah bersedia untuk memulakan sebuah keluarga serta mendapat cahaya mata namun kini mereka merasakan dia seperti seorang remaja yang masih mahu berparti,” katanya lagi.

Namun, bila lihat update terbaharu di Instagram mereka, nampak macam tiada apa-apa masalah. Malah, pasangan romantis ini sedang menikmati hari mereka bersama di Miami.


Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Julai tahun lalu selepas dua bulan bercinta dan berkahwin pada 1 Disember lepas.

Sumber: Indian Today via ohbulan.com

Sumber Usia Perkahwinan Belum Sampai 4 Bulan , Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Dilaporkan Ingin Berpisah?

Anak Cuma Nak Susu Je Tapi Tak Nak Makan.Ini 7 Tanda Kurang Zat Besi Pada Anak Yang Perlu Ibu Ayah Tahu



“Anak aku ni yang seorang ni susah betul nak disuruh makan. Puas dipujuk, macam-macam menu dah try masak, banyak tips dah cuba.  Tapi dia asyik nak minum susu je. Bahaya tak kalau macam ni?”

Kanak-kanak memerlukan pelbagai zat daripada makanan untuk menyokong pertumbuhannya. Salah satu gizi yang cukup penting adalah zat besi.

Selain berfungsi mengangkut oksigen dalam tubuh, zat besi juga diperlukan oleh kanak-kanak kerana proses pertumbuhan mereka berlangsung dengan cepat, terutama ketika usia bayi dan remaja.

7 TANDA KURANG ZAT BESI PADA ANAK

Kekurangan zat besi dalam tubuh dapat menjejaskan kemampuan serta fungsi tubuh anak. Mungkin ibu ayah tak perasan simptom kekurangan zat besi hinggalah anak mereka mengalami anemia.


Beberapa gejala dan tanda kurang zat besi pada anak yang boleh dikesan antaranya termasuklah:

1. CEPAT LETIH
Pada peringkat awal, anak akan kelihatan kurang aktif, tidak lincah dan cepat letih berbanding biasa.

Apabila tidak dikesan, keletihan berpanjangan ini mungkin boleh mengganggu pernafasan lalu anak mungkin berasa lemas, sesak nafas, manakala degupan jantung juga akan menjadi cepat.



2. MERAGAM / MUDAH MARAH
Disebabkan keadaan yang letih, anak yang mengalami kurang zat besi juga tidak suka bermain kerana mereka mudah penat. Si kecil yang tak pandai bercakap mungkin akan kerap meragam.

3. SUKAR MENUMPUKAN PERHATIAN
Selain keletihan, kekurangan zat besi pada anak boleh menyebabkan mereka sukar menumpukan perhatian.

Kanak-kanak yang lebih besar mungkin akan mengadu berasa pening kepala, contohnya apabila berdiri dari posisi duduk.



4. PUCAT
Dari segi fizikal, kanak-kanak yang kekurangan zat besi mempunyai kulit yang kelihatan pucat.

Dalam sesetengah kes, mata putih juga boleh kelihatan kebiruan.



5. CRAVING BENDA PELIK
Keinginan untuk makan benda pelik seperti plastik, rambut, ais atau benda yang “bukan makanan” dalam tempoh sebulan atau lebih.

Kondisi ini juga dikenali sebagai Pica Disorder.

6. KUKU RAPUH
Kurang zat besi pada anak turut membuatkan kuku menjadi rapuh dan senang patah.

pakai sarung tangan bayi
Foto Kredit: babycaredaily.com

7. LEWAT PERKEMBANGAN
Menurut kajian, anak-anak yang mengalami kekurangan zat besi mempunyai kemahiran motorik yang lemah berbanding normal.

Selain gangguan pertumbuhan fizikal dan perkembangan milestone, tingkah laku anak yang bermasalah turut dikaitkan dengan masalah ini.

cara cepat tinggi


BAGAIMANA ANAK BOLEH KEKURANGAN ZAT BESI?
Menurut Portal MyHealth, bayi dan kanak–kanak yang berisiko tinggi kekurangan zat besi ialah di kalangan kumpulan yang berikut :

Bayi yang dilahirkan pramatang (awal 3 minggu dari tarikh dijangka bersalin) dan juga bayi yang kurang berat badan (<2.5kg)
Bayi yang minum susu lembu sebelum berumur 1 tahun
Bayi yang menyusu badan dan tidak diberi makanan yang kaya dengan zat besi apabila mencapai umur 6 bulan
Bayi yang minum susu formula yang tidak diperkaya dengan zat besi
Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang minum susu formula, susu lembu, susu kambing atau susu soya lebih dari 24 auns (710 milliliter) sehari
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan kronik ataupun rejim pemakanan yang ketat.
Kanak-kanak berumur 1-5 tahun yang terdedah kepada plumbum
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecacingan
Remaja perempuan juga berisiko tinggi untuk mendapat anemia kekurangan zat besi kerana mereka kehilangan zat besi semasa haid.
ajar anak minum susu


RUPANYA SUSU BERLEBIHAN PUN BAHAYA JUGA!
Anak-anak mungkin akan menolak untuk makan real food apabila mereka terlalu kenyang dengan susu. Malah, pengambilan susu yang berlebihan ini akan menyebabkan tiada ruang untuk makanan yang kaya dengan zat besi.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan menggalakkan pengambilan makanan seimbang sejak usia bayi. Apabila bayi berumur 6 bulan, pastikan mereka diperkenalkan dengan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, daging, sayuran hijau, kekacang dan bijirin penuh (wholemeal).

Selain itu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayuran kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

Jadi, ibu ayah kena pantau dan pastikan anak makan makanan berkhasiat ya!



*Rujukan: MayoClinic, CleveLand Clinic, MyHealth via siraplimau.com

Sumber Anak Cuma Nak Susu Je Tapi Tak Nak Makan.Ini 7 Tanda Kurang Zat Besi Pada Anak Yang Perlu Ibu Ayah Tahu

Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...



Kereta ni kita nak pakai lama jadi mesti lah kena jaga dengan baik. Tapi ada orang bila dapat kereta je dia akan jaga baik-baik, lepasa beberapa tahun dibiarkan macam itu je. Maintenance dan service pun sudah jarang sekali lakukan. Artikel kali ini adalah untuk memberi panduan terutama sekali kepada mereka yang memandu kereta automatik.

Kereta automatik ni gear dia kena jaga betul-betul. Sekali gear rosak memakan belanja yang tinggi tau. Kadang-kadang tu gearbox rosak bukan sebab kerosakan teknikal tetapi sikap pemandu itu sendiri. Untuk nak elakkan daripada kena masuk bengkel dan tukar gearbox baik lah korang berhenti daripada lakukan 4 perkara ini kepada gear. Memang jahanam! Sumber perkongsian daripada Panda Bekki.

1. Pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum menukar mode gear



Sebagai contoh, bila korang mahu undur, pastikan kereta sudah berhenti sepenuhnya sebelum masuk gear D atau sebaliknya.

2. Gunakan gear P sebagai brake kereta



Sebagai contoh, kereta belum berhenti sepenuhnya tapi terus dah masuk gear P. Boleh rosak tau gear kalau buat macam tu.

3. Enjin dalam rpm tinggi dah masuk gear



Sebagai contoh, korang tengah best tekan padle minyak dan kereta sedang meluncur laju terus je masuk gear D. Itu memang salah.

4. Jarang servis minyak dan filter



Minyak dan filter mestilah kena servis secara berkala. Ikut jadual servis yang telah ditetapkan baru lah kereta boleh bertahan lama tanpa sebarang kerosakan.

JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga habis artikel ini…

1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula dengan P , R , N , D , 2 , L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga step di bawah “N” nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.

Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam, On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

Setiap step perlu berhenti 2 saat. Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakan kenderaan. Biarkan selama 5 minit,jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam keatas.

Bergantung kepada suhu meter, pastikan meter suhu naik 25 % sebelum memulakan perjalanan. Tujuannya untuk memastikan semua pintu gear terbuka dan mengelakan karat berlaku di pintu-pintu gear yang jarang digunakan.

Kebiasaanya pemandu akan menggunakan step “D” sahaja, manakala step-step lain jarang digunakan atau tak digunakan langsung. AWAS !!! Petua ini tidak sesuai dilakukan di kawasan berbukit, pastikan di tempat yang rata sahaja.

2) Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan(yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO (bergantung kpd model kenderaan)dan bersihkan sebersih-bersihnya. Elakan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO.

Ini kerana hendak mengelak adanya bendasing atau air dalam takung minyak AUTO. Jika dibiarkan terlalu lama ianya boleh memudaratkan kotak gear. Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan TULIN dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda.

Elakan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangkamasa panjang (harga murah,tetapi selepas3-4 tahun lagi anda merana)

3) Pastikan kaki anda tidak menekan brek dan gear berada di kedudukan “D” semasa berhenti di lampu isyarat, dimana-mana sahaja atau dalam kesesakan lalulintas yang teruk. Pastikan diletak di “N” sahaja.

Jangan di “P” ,ini kerana boleh menyebabkan anda lambat memulakan perjalanan dan boleh menyebabkan orang di belakang anda marah. Sebab itu step “N” dan “D” diletak berdekatan dan tak memerlukan anda menekan butang “lock”@tombol antara gear untuk bergerak (butang tepi batang gear bersama butang OD).

Jika anda mengamalkan budaya kereta dalam gear dan tekan brek, boleh menyebabkan “clutch plate” cepat habis atau terbakar. Jangan sangka kan kereta AUTO tiada “clutch plate”. Ianya ada berbelas-belas keping (bergantung kpd model kenderaan).

Satu rosak anda kena tukar kesemua “clutch plate”. Tiada penjualan sekeping-sekeping di kedai alatganti. Harganya amat mahal sekali (bergantung kepada model kenderaan). Tidak silap saya untuk model Wira pun RM 500++.

4) Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti dimana-mana sekalipun , mulakan dgn step “2” atau step ke dua selepas “N”. Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step dibawah “N”.

Amalkan begini juga di dalam kesesakan lalulintas. Ini dapat menjimatkan minyak anda dan memberi lebih kuasa kepada kereta anda sewaktu hendak mula bergerak. Step “2” umpama anda bermula dengan gear “1” untuk kereta manual.

Step “D” pula ibarat gear “2” atau “3” bagi kereta manual. Maknanya jika anda memulakan dengan “2” step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat” bukan nya dalam keadaan “terpaksa” jika bermula dengan step “D”.

Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

5) Elakan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air.

Ianya juga boleh menyebabkan “clutch plate” anda terbakar. Jika anda terpaksa juga melalui jalan yang banjir (maklumlah di lembah klang ni faham-faham sendiri lah) selepas itu pastikan anda berjumpa dengan mekanik anda untuk memastikan minyak AUTO tidak bercampur dengan air.

6) Elakan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap(contoh:Genting Highland)

7) Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit,sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”. Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada dibawah step “D”, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

8) Elakan “reversed” kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakan gear “reversed” anda seminimum yang boleh. Penggunaan gear “reversed” yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

9) Jangan guna “over drive” atau OD dalam pemanduan biasa. Gunakan semasa hendak memotong kenderaan di hadapan anda dalam keadaan perlu sahaja.

10) Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mula kan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada “timing belt”. Inilah salah satu punca “timing belt” putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang. via : edisiharian

Sumber artikel : ekisah.com

Sumber Jika selalu memandu tetapi kerap lakukan empat kesilapan ini, sebenarnya tanpa kita sedar tindakan ini boleh sebabkan gearbox auto akan jadi cepat rosak...

(Video) Momen Akhir Pembaca Berita TV3, Azawate Zenol Abidin Yang Berkhidmat Lebih 15 Tahun Undang Sebak Netizen



Mengakhiri Buletin Utama TV3 hari ini, satu video khas istimewa buat staf TV3 unit berita berjaya membuat netizen sebak. Pembaca berita, Azawate Zenol Abidin yang berkhidmat sejak 15 tahun lalu tidak dapat menahan sebak memberikan ucapan terakhir buat penonton. Malah 24 rakan lain termasuk penerbit turut sama menamatkan tempoh perkhidmatan bersama TV3 hari ini.



24 Staf Unit TV3 menamatkan tugas



Video yang berdurasi lebih 3 minit lebih berjaya membuat netizen sebak menangis. Dimaklumkan 24 staf unit berita termasuk penyunting, sokongan dan penerbitan yang rata-ratanya menabur jasa lebih 2 dekad tamat hari ini. Malah, pembaca berita Azawate Zenol Abidin turut tidak dapat menahan sebak buat kali terakhir berada di Unit Berita itu.

Semoga saya diberi kekuatan



Esok adalah hari terakhir saya bertugas menyampaikan Buletin Utama dan hari terakhir saya di TV3.
Semoga saya diberi kekuatan untuk menyempurnakan tugasan terakhir saya…amin.

Ramai sebak




Sumber : Buletin TV3 via ohbulan.com


Sumber (Video) Momen Akhir Pembaca Berita TV3, Azawate Zenol Abidin Yang Berkhidmat Lebih 15 Tahun Undang Sebak Netizen

27 Tahun tidak pulang Bangladesh kerana mencari sesuap nasi, kisah lelaki ini buatkan hati rakyat malaysia tersentuh apabila membacanya...



Kehadiran warga Bangladesh di Malaysia membuatkan sesetengah rakyat negara kita seakan merendah-rendahkan mereka. Pelbagai juga kata-kata yang dilemparkan kepada mereka ini. Tidak dinafikan, ada juga antara mereka membuat onar dan terlibat dalam kes jenayah, namun dalam setandan pisang bukan semuanya busuk.



Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana sebenarnya kehidupan mereka di sini. Baru-baru ini, menerusi laman Facebook Humans of Kuala Lumpur, mereka menyiarkan kisah seorang pencuci warga Bangladesh yang kini sudah menetap selama 27 tahun di Malaysia.

Bayangkan selama tempoh berpuluh tahun itu, beliau tidak pernah pulang ke kampung untuk bertemu keluarganya. Satu pengorbanan yang cukup besar demi mencari rezeki.

Jom ikuti kisah beliau yang membuatkan hati rakyat Malaysia tersentuh : –

Tinggalkan tanah air selama 27 tahun demi mencari rezeki, terlalu rindukan keluarganya di kampung



Saya tinggalkan tanah air saya Bangladesh 27 tahun lepas semasa anak kelima saya hanya berusia enam bulan. Saya tak pernah balik sejak itu. Saya rindukan keluarga saya dan mereka juga rindukan saya.

Semua ini ialah untuk masa depan mereka.

Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar ada banyak peluang pekerjaan di sini. Biarpun hanya buat pekerjaan yang tak ada orang lain hendak buat, saya akan buat. Saya dah buat selama 7 hari seminggu, 365 hari setahun sejak 27 tahun lepas. Tak pernah sehari pun saya cuti sakit atau cuti berehat. Dan saya masih bertahan, insha-Allah.

Keperluan saya di sini mudah saja. Kebanyakan pendapatan saya diberikan pada kepada keluarga saya di sana. Saya bangun tidur, mandi, saya bersarapan pagi, saya pergi bekerja, saya bercakap dengan keluarga saya melalui telefon dan saya berehat sebentar dan keesokan harinya saya ulang rutin yang sama. Begitu juga esok selepas itu. Saya dah berkawan baik dengan beberapa orang di sini juga.

Salah seorang anak perempuan saya kini bekerja sebagai hakim, seorang lagi doktor manakala anak lelaki saya seorang jurutera. Saya bersyukur ke atas apa yang mereka dah capai.

Disember ini saya akan pulang ke Bangladesh buat selamanya dan berjumpa semula dengan ahli keluarga saya. Ia kali pertama saya akan jumpa dua orang cucu saya juga.

Saya tak sabar.

– Humans of Kuala Lumpur

Abu Bakar ialah seorang pencuci berusia 70 tahun yang bekerja di Klang Parade. Dia paling tua dalam kumpulan krew pembersihan di situ.

Gambar diambil di Klang parade apabila krew tersebut menyambut kemenangan Klang Parade untuk kategori Tandas Awam Pusat Beli Belah Paling Bersih yang dianugerahkan Majlis Perbandaran Klang.

Foto:  Ariel Chew
Disunting oleh :  Mushamir Mustafa

Sumber Berita : Facebook Humans of Kuala Lumpur via amazingnara.com

Sumber 27 Tahun tidak pulang Bangladesh kerana mencari sesuap nasi, kisah lelaki ini buatkan hati rakyat malaysia tersentuh apabila membacanya...

(21 Gambar) Showroom IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang Bertukar Rupa Sebijik Macam Kapal Pecah Selepas 2 Minggu Dibuka



Mak aih. Terkejut beruk melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama Kelvin Soon. Mana tidaknya, keadaan ‘showroom’ IKEA Batu Kawan di Pulau Pinang yang baru dibuka kelihatan seperti telah diserang garuda. Habis bersepah, rosak dan sangat-sangat tidak terurus. Inilah akibatnya apabila mentaliti dan kesedaran sivik para pengunjung tidak berada di tahap yang sepatutnya.



Tidak ada masalah sekiranya anda ingin mencuba duduk di atas katil, berbaring di sofa, membuka almari pakaian dan sebagainya, namun selepas habis mencuba, letaklah balik segala barang di tempat asal. Janganlah mengamalkan sikap “ala tak apalah nanti pekerja IKEA tue kemas la”. Kita kenalah bertanggungjawab atas segala apa yang kita lakukan. Tak gitu?


Marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri. Negara nak maju, minda pun kena maju juga. Tak gitu? Sumber PenangKini.



















Sumber : amazingnara.com


Sumber (21 Gambar) Showroom IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang Bertukar Rupa Sebijik Macam Kapal Pecah Selepas 2 Minggu Dibuka

10 Gambar Bagai Pinang Dibelah Dua,Jurugambar Ini Kongsi Gambar Perkahwinan Sultan Muhammad V Dan Oksana Voevodina



Seorang jurugambar Rusia iaitu Maxim Koliberdin telah pun berkongsi 10 keping gambar perkahwinan bekas Yang Dipertuan Agong iaitu Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina. Sultan Muhammad V kelihatan tampak dan bergaya dengan sepasang baju Melayu lengkap berwarna biru manakala isteri Baginda cukup memukau dengan persalinan gaun pengantin serba putih. Memang sama cantik dan sama padan.

gambar kahwin sultan kelantan

Menurut Maxim, dia ialah jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan diraja ini dan bidikan gambar-gambar ininya telah memenangi anugerah “Event of The Year”. Untuk makluman, dikhabarkan bahawa Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.




Pada 29 November lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V. Dalam pada itu, pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sekali gus menjadi sultan pertama yang berbuat demikian ketika memegang jawatan tertinggi negara itu.




Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana dan ia masih menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.








Sedikit sebanyak pastinya rakyat Malaysia terutama rakyat Kelantan bergembira dengan perkongsian gambar ini kerana dapat melihat Sultan mereka di hari bahagia.


Sumber : amazingnara.com

Sumber 10 Gambar Bagai Pinang Dibelah Dua,Jurugambar Ini Kongsi Gambar Perkahwinan Sultan Muhammad V Dan Oksana Voevodina