Kamis, 28 Februari 2019
Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka
KENYATAAN doula bebas Hayati Muzaffar yang mendakwa mendapat latihan untuk mengawal selia kelahiran di rumah daripada seorang doktor di Indonesia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal perubatan negara jiran berkenaan.
Presiden Persatuan Toksikologi Indonesia, Dr Tri Maharani menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Hayati atau dikenali dengan panggilan Kak Yat itu.
“Wah menakutkan sekali. Saya kira itu tidak benar. Saya pasti tidak ada seorang pun pakar kecemasan yang akan melakukannya.
“Saya sangat terkejut apabila ada pakar kecemasan dikaitkan dengan amalan itu. Tentu sahaja kami tidak setuju,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Dr Tri, kerajaan Indonesia sendiri tidak mengiktraf peranan doula di negara tersebut.
“Di sini tidak boleh guna doula. Kalau pun ada di desa terpencil yang tiada doktor atau bidan. Itu pun kerana terpaksa.
“Namun masyarakat Indonesia ada program Klinik Ibu dan Anak (KIA) dan semua ibu harus berdaftar dengan puskesmas (klinik kesihatan) atau hospital mini di setiap daerah,” katanya.
Jelas Dr Tri yang berkhidmat sebagai pakar kecemasan selama lapan tahun, mereka tidak sesekali akan meminta doula untuk membantu proses menyambut kelahiran bayi.
“Ya pasti tidak ada. Ini kerana program KIA sangat ketat. Kalau ada kematian ibu melahirkan maka doktor dan bidan akan dihadapkan ke jawatankuasa perubatan.
“Malah doktor dan bidan juga boleh dipenjarakan kalau bersalah. Jadi kami sangat takut. Angka kem,atian ibu hamil dan melahirkan tinggi, jadi strategi ini dilaksanakan sejak 30 tahun lalu,” katanya.
Susulan itu, Dr Tri menggesa Hayati supaya membuat permohonan maaf kepada pakar perubatan kecemasan di Indonesia.
“Dia harus minta maaf. Kenyataan dia membuatkan kami semua malu. Pakar kecemasan di seluruh Indonesia tidak ramai, hanya ada 58 orang kesemuanya.
“Jadi saya kenal dan tahu semua. Tapi kalau (individu) mengaku pakar atau pakar kecemasan palsu mungkin ada. Jika Doktor Perubatan Am (GP) atau doktor mengaku pakar kecemasan itu soal lain. Saya yakin bukan pakar kecemasan,” katanya.
Terdahulu semasa program bual bicara Analisis yang disiarkan menerusi stesen TV Al-Hijrah, Jumaat malam lepas, Kak Yat memberitahu dia mendapat latihan menjadi doula daripada seorang doktor pakar di bahagian kecemasan di Indonesia kira-kira tujuh tahun lalu.
“Pertama kali masa saya dilatih menjadi doula pada 2012 dibawah pimpinan seorang doktor bekerja di Jakarta sebagai doktor pakar kecemasan.
“Dia ada studio yoga. Jadi dia ajar di dalam studio yoga untuk jadi penyokong emosi,” katanya.
Namun Dr Tri menyangkal dakwaan bahawa terdapat pakar kecemasan di negara itu memilki studio yoga.
“Seramai 58 pakar kecemasan Indonesia tidak ada praktik di rumah dan buka studio yoga. Saya pasti itu bukan pakar kecemasan. Mungkin doktor biasa atau GP atau doktor palsu.
“Jadi saya memerlukan nama doktor yang dimaksudkan untuk saya buat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan Persatuan Doktor Indonesia,” katanya.
sumber : mStar Online
Sumber Doktor pakar Indonesia malu apabila dikaitkan melatih doula, mohon Kak Yat tampil buat permohonan maaf terbuka
Bermula Hari Ini Dan Seterusnya, Semua Penjawat Awam Dapat Waktu Kerja Yang Fleksible
Bermula hari ini, 1 Mac 2019, semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara bekerja mengikut masa fleksibel, namun wajib kerja 9 jam sehari.
Ini bertujuan bertujuan menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga bagi pekerja sektor awam.
Sebelum ini, terdapat 4 jenis waktu kerja berperingkat yang diamalkan oleh penjawat awam, yang diperkenalkan oleh JPA pada 1998.
Namun begitu, waktu kerja fleksible ini hanya terpakai untuk pekerja yang mengikut waktu pejabat, dan tidak termasuk pekerja di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.
Dipetik dari era.je via astro awani
Waktu kerja fleksibel untuk penjawat awam
PETALING JAYA: Kerajaan menetapkan semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara bekerja mengikut masa fleksibel bermula 1 Mac ini.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Borhan Dolah, langkah itu bertujuan menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga bagi pekerja sektor awam.
Menerusi satu pekeliling, beliau berkata, waktu kerja fleksibel akan diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua jabatan persekutuan di Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak mulai Jumaat ini.
"Projek rintis ini akan melaksanakan waktu kerja anjal di mana pekerja boleh tiba di tempat kerja dan pulang dalam tempoh masa tertentu, selagi tempoh waktu bekerja untuk satu hari itu telah dipenuhi.
"Ia akan diperkenalkan di jabatan tersebut terlebih dahulu dan sekiranya ia berkesan, akan dilaksanakan di agensi kerajaan yang lain," kata Borhan di dalam pekeliling itu, menurut laporan The Star.
Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan empat jenis waktu kerja berperingkat sedia ada, yang diperkenalkan oleh JPA pada 1998.
Pekeliling tersebut juga menyatakan bahawa waktu kerja fleksibel hanya terpakai untuk pekerja yang mengikut waktu pejabat, dan tidak termasuk pekerja di sekolah atau institusi pendidikan dan fasiliti kesihatan.
Menurut pekeliling tersebut, untuk jabatan yang mempunyai kaunter perkhidmatan, ketua jabatan haruslah memastikan operasi kaunter tidak terjejas apabila melaksanakan waktu kerja fleksibel.
Ketua jabatan harus mempunyai prerogatif untuk mengarahkan kakitangan datang ke pejabat pada waktu yang diperlukan.
Wanita hamil dan suami mereka dibenarkan untuk pulang sejam lebih awal seperti yang diamalkan dalam skim waktu kerja sebelum ini.
Mengulas perkara itu, Pegawai Advokasi dan Komunikasi Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Tan Heang-Lee memuji langkah kerajaan.
Tegasnya, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan pindaan untuk Akta Pekerjaan yang merangkumi peruntukan untuk pengaturan kerja yang fleksibel.
Selain itu, Tan juga berharap langkah tersebut dapat mendorong majikan sektor swasta menawarkan waktu kerja yang fleksibel untuk kakitangannya dan supaya pindaan Akta Pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
sumber : astro awani
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Bermula Hari Ini Dan Seterusnya, Semua Penjawat Awam Dapat Waktu Kerja Yang Fleksible
"Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan ..." - Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri?
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafizah Sheikh Mohamad tampil menyatakan pandangan terhadap kontroversi yang tercetus sejak beberapa hari lalu.
Biarpun tidak menyatakan secara jelas, S Hafiza selesa bermain madah dan kata-kata di media sosial.
"Fikir-fikirkanlah dan bermuhasabah diri kerana niat tidak akan dapat menghalalkan cara.
"Terlajak perahu boleh ditarik balik tapi terlajak kata sangat buruk padahnya.
"Bisikan syaitan sangat halus di hati dan minda manusia, hanya iman yang dapat menyelamatkan kita," tulisnya beserta tanda pagar #EveryActionsThereWillBeConsequences dan #BerdiamItuLebihMuliaDariBerkataKata.
Kapsyen itu merujuk kepada kata-kata yang tulisnya dalam bentuk bergambar.
"Jikalau kamu menemukan aib yang ada dalam diri seseorang maka galilah aib yang ada pada dirimu sendiri.
"Karena belum tentu dirimu memiliki aib lebih sedikit dari orang tersebut," tulisnya.
Rabu lalu kecoh apabila isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan kecurangan suaminya bersama seorang pelakon wanita, Oktavia Manrose di menerusi Instagram.
Bella berkongsi paparan skrin perbualan bersama seorang wanita yang menjadi saksi melihat Aliff dan Oktavia di sebuah kelab malam di ibukota.
Oktavia kemudiannya tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf atas ketegangan yang tercetus.
Ini bukanlah kali pertama Aliff menimbulkan konflik dalam rumah tangganya kerana penyanyi lagu Sayang Sayang itu di kantoi keluar bersama pelakon, Afifah Nasir, ketika Bella sedang berpantang dua tahun lalu.
Artikel berkaitan
"Niat Bella Bukan Untuk Aibkan Suami Dia Tapi..." - Netizen Pertahan Tindakan Bella Astillah
Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah berkongsi semula (repost) kenyataan yang ditulis oleh seorang individu mengenai dirinya di ruangan Instagram (IG) Story.
Individu terbabit mempertahankan tindakan Bella berkaitan kontroversi terbaru yang melanda rumah tangganya sejak semalam.
"Niat Bella bukan nak aibkan suami dia tapi luahan hak sebagai isteri untuk bersuara, dalam kitab pun ada tertulis, isteri durhaka kepada suami tapi jika suami tidak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami itu dipanggil durhaka kepadaa Allah.
"Allah tak suka orang yang membuka aib kecuali bagi menegakkan kebenaran.
"Bella hanya balas balik supaya orang tahu kebenaran sebenar kedua belah pihak, menjadi public figure bukan mudah, sabar ya Bella, may Allah protect you and family," tulis netizen tersebut.
Kontroversi rumah tangga pasangan ini sekali lagi tercetus apabila Bella mendakwa Aliff berhubungan dengan pelakon Oktavia Manrose dan telah ke kelab malam bersama.
Terdahulu, rumah tangga mereka terpalit dengan kontroversi apabila Aliff dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017.
Namun, selepas kejadian itu, Bella memaafkan Aliff dan memberinya peluang kedua.
sumber : gempak.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Bisikan Syaitan Itu Ternyata Lebih Halus Di Hati Dan ..." - Ibu Aliff Aziz Minta Anak Menantu Muhasabah Diri?
"Sudah sembilan hari Aliff tak balik rumah" - Bella
“ALIFF sudah sembilan hari tidak pulang ke rumah. Kali terakhir dia di rumah pada 17 Februari lalu ketika saya membuat sambutan hari jadi yang ke-28 untuknya,” kata Bella Astillah iaitu isteri kepada Aliff Aziz ketika ditanya mengenai keberadaan penyanyi dan pelakon itu sekarang.
Bella, 25, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga tidak tahu Aliff berada di mana sejak suaminya itu keluar rumah.
Malah, Bella berkata, pertemuan mereka semalam tidak berlangsung di rumah.
“Dia masih belum pulang ke rumah. Mungkin dia malu atas perbuatannya itu. Apatah lagi, bukti video yang ada turut diketahui keluarga saya,” katanya kepada Harian Metro.
Bella berkata, pergaduhan yang timbul antara mereka membuatkan Aliff mengambil keputusan keluar rumah.
Menurutnya, sambutan hari jadi yang dirancang pada awalnya sebagai elemen kejutan bertukar menjadi sambutan biasa disebabkan pertelingkahan yang berlaku.
“Pada hari itu kami bergaduh disebabkan mesej WhatsApp daripada Via (Oktovia) yang dipadam dalam telefon Aliff. Kalau betul tidak ada apa-apa, kenapa kena buang?.
“Saya cakap, dalam rumah tangga tidak boleh hidup begini iaitu diselubungi penipuan. Saya tidak mahu hidup dalam keadaan tidak sihat.
“Namun, sambutan hari jadi terpaksa diteruskan sebab segala persiapan sudah dibuat termasuklah jemputan dalam kalangan keluarga saya. Keesokan harinya dia terus keluar rumah hinggalah sekarang,” katanya.
Ditanya sejak bila Aliff mula menunjukkan perubahan, Bella berkata, ketika perjalanan pulang dari Bukit Merah, Perak iaitu selepas tamat penggambaran telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya.
Katanya, dia menemani Aliff ke Perak ketika penggambaran itu berlangsung dan mereka bahagia sejak hari pertama hingga kelima di lokasi.
Menurutnya, meskipun berada di lokasi dia tidak pernah mengacau kerja Aliff dan kadang-kadang seharian duduk dalam kereta.
“Malah, saya juga bertegur sapa dengan Via. Saya jenis yang positif dan tidak mahu fikir bukan-bukan. Biarpun mak menasihati supaya jangan terlalu baik dengan orang.
“Dalam perjalanan pulang, Aliff sudah menunjukkan perubahan. Dia tukar kata laluan telefon.
“Apabila ditanya, dia tidak mahu berkongsi. Walaupun sebenarnya ketika di sana saya sudah tahu apa yang terjadi antara mereka,” katanya.
sumber : harian metro
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Sudah sembilan hari Aliff tak balik rumah" - Bella
Rabu, 27 Februari 2019
Begini Cara Sebenar Nak Buat Ikan Rebus ‘Original’ Yang Paling Simple Dan Dijamin Tak Cukup 1 Pinggan Nasi Apa Mengadapnya!
Ikan antara makanan laut yang menjadi pilihan bagi hidangan setiap orang. Selain mengandungi protein, ikan sangat mudah untuk disediakan dengan apa saja jenis masakan. Tapi, bagi anda yang dah boring dengan masakan yang sama saja, apa kata anda cuba resipi ikan rebus ini.
Ikan rebus ini antara menu popular negeri Kelantan di mana bukan saja boleh dimakan begitu saja, malah boleh digoreng dan dimakan bersama nasi panas serta budu. Memang sedap!
Bahan-bahan
Orang lama-lama ni bab rebus ikan memang terer. Maklum la dulu mana ada peti ais. Ikan kalau nak tahan lama mereka akan rebus ataupun jeruk macam pekasam.
Tengahari ini cheyah nak kongsikan tips bagaimana nak rebus ikan paling terangkat. Wajib tau ada empat bahan ini. Memang terangkat sungguh makan begitu saja pun sodapp aiiihhhh!
Semestilah kena ada ikan. Cheyah suka guna ikan selayang 1kg
Asam keping (6-7 keping)
Gula (1 sudu besar)
Cuka makan (2 sudu makan)
Air sedukupnya. Jangan letak banyak sangat sekadar tenggelam ikan.
Cara-caranya
Rebus sehingga masak
Cara prosesnya memang mudah je. Alahai campurkan semua letak atas dapur terus masak. Tunggu ia mendidih la dulu. Boleh dimakan begitu saja ataupun goreng.
Makan bersama kuah
Ambil kuah makan macam ni pun sedap! Boleh letak cili bagi yang suka pedas.
Goreng pun sedap
Boleh juga toskan ikan rebus kemudian goreng bersama hirisan bawang. Terbaik rasanya!
Sumber: Bahiah Saripuddin via ohbulan.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Begini Cara Sebenar Nak Buat Ikan Rebus ‘Original’ Yang Paling Simple Dan Dijamin Tak Cukup 1 Pinggan Nasi Apa Mengadapnya!
Cuma dalam masa 10 hari berat turun sehingga 10kg? Ibu cantik 3 anak ini buktikan mampu cabar diri untuk dapatkan bentuk saiz masa seperti anak dara...
Kita perlu sentiasa konsisten dan memerlukan disiplin yang tinggi dalam pengambilan makanan sehari-harian disamping turut lakukan senaman agar kekal cergas.
Walaubagaimanapun, ibu anak tiga ini, Puan Norafiza Mahmud ada cara dan amalan diet yang dilakukan untuk turunkan berat badannya dengan mudah.
Menurutnya dengan amalkan cara tersebut boleh turun hingga 10kg dalam masa 10 hari.
Nak tahu bagaimana dan nak lihat sendiri keberkesanannya, kenalah kita cuba amalkannya sendiri.
Ini rahsia air kurus dan jadual diet kurus sebagai panduan. Berat boleh turun sehingga 10kg dalam masa 10hari.
Fahamkan sehingga habis ye.
Peringatan, air ini bukan untuk orang yang ada gastrik.
Amalkan setiap pagi dan petang. Jenis saya yang susah nak be*ak memang sangat membantu. Sakit jiwa perut kembung dan buncit.
JADIKAN AMALAN
Setiap pagi saya akan buat air detox ni suam-suam. Kalau petang, yes! Taruk la ais. Bagi sedap tekak tu.
LEMON + HALIA
1 biji lemon
1 halia (saiz sudu)
NENAS+LEMON+HALIA
150g nenas
½ lemon
1 halia ( saiz sudu)
Untuk turutan selalunya cik oya akan buat selang sehari. Contoh : hari ini saya minum LEMON + HALIA. esok pula saya akan buat NENAS+LEMON+HALIA.
Faham kan?
PERLU KONSISTEN
Konsistan 10 hari dengan mengawal jumlah makanan yang diambil dan membuang seawal pagi dan sebelum tidur.
Pastikan kau orang tidur dalam keadaan perut bersih dari sisa makanan.
EKSTRA TIP
Untuk mencapai objektif kurangkan berat dalam 10 hari. Cik oya guna bengkung setiap hari untuk membantu usus sentiasa kecil.
Ini adalah cabaran 10 hari kurus.
Sumber : YoYNetwork
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Cuma dalam masa 10 hari berat turun sehingga 10kg? Ibu cantik 3 anak ini buktikan mampu cabar diri untuk dapatkan bentuk saiz masa seperti anak dara...
"Yang Salah Tetap Akan Salah, Tak Pernah Wujud Istilah Saya Mempertahankan Kakak Saya Sendiri" - Ini Komen Aprena Manrose Isu Aliff Aziz Dan Oktovia Manrose
Pelakon Aprena Manrose mengakui serba salah terhadap isu yang melibatkan kakaknya, Oktovia Manrose bersama penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi entri di Instagram Stories, Aprena menjelaskan dia tidak berhak untuk masuk campur urusan mereka sebaliknya berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik.
"Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah diantara kemelut yang membabitkan kakak, Oktovia Manrose dan kawan baik Bella Astillah.
"Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya.
"Cuma yang salah tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah dia sendiri sudah memohon maaf atas kelanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memehami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini.
"Cuma pada akhirnya saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian di laman sosial. Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat.
"Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala-gala kekusutan
"Buat netizen terima kasih kerana terlalu prihatin tapi jangan terus pantas menjadi wira papan kekunci. Belajarlah juga untuk tidak terus menghukum. Kita semua manusia biasa," tulisnya.
Sumber : gempak.com
Artikel berkaitan
"Jika Perpisahan Menjadi Jalan Terakhir... Saya Akur & Reda" - Bella Astillah
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah akur dan reda jika perpisahan adalah jalan terakhir buat rumah tangga mereka.
Menerusi laporan BH Online, Bella menjelaskan dia tidak sangka suaminya itu akan mengulangi kesilapan lama.
"Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda.
"Saya tak sangka dia akan buat hal lagi, ingatkan dia sudah berubah, kali ini, dengan pelakon juga.
"Saya sudah tidak mampu untuk berselindung, sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram, sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
"Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati," ujarnya.
Kontroversi sekali lagi tercetus apabila Bella mendakwa Aliff berhubungan dengan pelakon Oktavia Manrose dan telah ke kelab malam bersama.
Terdahulu, rumah tangga mereka terpalit dengan kontroversi apabila Aliff dikatakan menjalinkan hubungan bersama pelakon Afifah Nasir pada tahun 2017.
Namun, selepas kejadian itu, Bella memaafkan Aliff dan memberinya peluang kedua.
Sumber : BH Online
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Yang Salah Tetap Akan Salah, Tak Pernah Wujud Istilah Saya Mempertahankan Kakak Saya Sendiri" - Ini Komen Aprena Manrose Isu Aliff Aziz Dan Oktovia Manrose
Gadis Cantik Ini Kantoikan Perbualan 'Nakal' Syazwan Zulkifly Di Instagram, Pesan Wanita Diluar Sana Agar Lebih Berhati-Hati
Dalam paparan skrin yang dimuatnaik daripada perbualan bersama pelakon itu, wanita itu seolah-olah kesal dengan sikap yang tidak menghormati golongan wanita.
Difahamkan Syazwan menerusi perbualan itu bertanyakan saiz coli yang dipakai oleh wanita itu hingga mengundang rasa kurang selesa.
"I don’t know what can i say dgn artis malaysia skrg ni but pls resepect women out there you’re public figure @syazwanzulkifly.
"For girls out there please jaga diri. Remind for myself too," tulis wanita berkenaan.
Bagaimanapun, posting itu mendapat respon daripada pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu.
"This is not about respect. I'm playin with your game daaa," balasnya menerusi Instastories malam tadi.
Tidak terus berdiam diri. Ini pula jawapan gadis berkenaan.
"Playing game? I really don't know whats game is it lol! And please behave!
"Only who know me je yang tahu I jenis macam mana.
"And pada siapa cakap I fitnah, melayan or buka aib sama sekali tidak. I want remind for girl supaya berhati-hati and care about value yourself!" tambahnya.
Spekulasi antara Syazwan dan gadis itu menjadi semakin hangat di Twitter apabila ada pihak yang bertindak menyebarkan perbualan tersebut.
Sumber : gempak.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Gadis Cantik Ini Kantoikan Perbualan 'Nakal' Syazwan Zulkifly Di Instagram, Pesan Wanita Diluar Sana Agar Lebih Berhati-Hati
"Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sisasatan yang dijalankan terhadap penularan video ketegangan di kaunter perkhidmatan kerajaan berdurasi 43 saat berlaku di Kauter Pejabat Wilayah APAD Kelana Jaya.
APAD berkata, pihaknya sudahpun sedia maklum dengan insiden berkenaan dan menjalankan siasatan.
”Hasil siasatan mendapati pengendali tersebut telah hadir ke kaunter pejabat wilayah AP. Kelana Jaya pada 26 Februari 201, jam 2.30 petang bagi menghantar dokumen permohonan namun tidak dapat menjalankan urusan tersebut disebabkan kaunter nombor giliran telah tutup pada jam 2.00 petang apabila had nombor telah mencapai had maksimum giliran harian dan pengendali diminta untuk hadir semula lebih awal oleh pegawai di kaunter.
”Pengendali tersebut kemudiannya berasa tidak berpuashati dan terus memarahi pegawai kaunter kerana mendakwa telah menunggu selama 4 jam untuk berurusan,’‘ kata kenyataan itu.
Bagaimanapun siasatn yang dijalankan APAD mendapati bahawa pengendali berkenaan tidak menunggu untuk tempoh yang lama seperti yang didakwa.
”Untuk makluman, setelah penutupan beberapa pejabat di UTC, Pejabat Wilayah APAD Kelana Jaya yang sebelum ini menerima purata 500 orang pelanggan sehari kini mengalami pertambahan mendadak bilangan pelanggan yang hadir selain turut menghadapi kekurangan petugas dan kaunter untuk berurusan,” kata kenyataan itu lagi.
Sehubungan itu, APAD menyeru orang ramai untuk hadir lebih awal ke bagi tujuan kelancaran urusan di kaunter. PAD juga memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat dan sentiasa mengutamakan kebajikkan semua pelangganya.
”Pihak kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan demi kelancaran urusan setiap pelanggan dan segala kesulitan yang berlaku amatlah dikesali”.
Sumber: APAD via siakapkeli.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Pelanggan Sebenarnya Tidak Menunggu Lama Seperti Di Dakwa Dalam Video Yang Tular Semalam" – APAD
Nasihat ikhlas Aprena Manrose kepada Bella Astillah kontroversi melibatkan adiknya, Octavia Manrose dan Aliff Aziz
Oktovia Manrose nama yang mencanak naik ekoran kontrvoersi melibatkannya dengan rumah tangga Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.
Dalama pada itu, adik kepada pelakon, Oktovia Manrose iaitu Aprena Manrose tampil menasihati isteri Aliff Aziz, Bella Astillah agar mendengar cerita daripada mulut kedua-dua Oktovia dan juga Aliff sendiri.
Aprena berharap Bella Astillah tak dengar dari sumber lain.
Ini komen Aprena kepada Bella Atillah yang mempunyai hubungan yang baik sebelum ini: (BH)
“Saya faham, Bella sebagai isteri pasti kecewa apabila sekali lagi berdepan dengan kem3lut rumah tangga. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang berlaku.
“Cuma, pada masa sekarang, ada baiknya Bella mendengar sendiri pengakuan dari mulut suaminya dan Oktovia, bukan berpandukan cakap sumber luar,”
“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu masuk campur kerana itu urusan mereka. Namun, saya berharap sangat kakak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik,”
Tentang hubungannya dengan Bella, Aprena Manrose berharap kontr0versi itu tidak menjejaskan persahabatan mereka berdua.
Aprena berkata, dia dan Bella menjalin kerjasama menerusi rakaman semula lagu popular Siti Sarah Raissuddin, Semakin yang dimuat naik di YouTube, semalam.
“Saya berharap hubungan baik kami tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap sangat mereka dapat selesaikan kemelut ini dengan baik,”
Kehangatan isu ini mula melanda Malaysia apabila Bella Astilla meluahkan rasa hati di laman IG miliknya semalam.
Bella dalam menerus satu posting, mendakwa Aliff dan Oktovia keluar bersama ke pusat hiburan selepas mula rapat apabila bergandingan dalam sebuah telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya untuk siaran RTM.
Aprena mula dikenali apabila diberi peluang menggalas watak utama dalam drama, Tiada Arah Jodoh Kita, bergandingan dengan Shukri Yahaya, tahun lalu.
Oktovia dan Aprena merupakan anak kepada penyanyi, Iwan dan pelakon, Allahyarham Rosnah Mohd Noor.
Sumber: Berita Harian
terdahulu…Pengakuan Terkini Oktovia Manrose, Khas Buat Bella Astillah
Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan satu pendedahan yang amat mengejutkan. Aliff Aziz buat hal lagi. Memang tak disangka-sangka, nampaknya pisang berbuah dua kali.
Isteri Alifff Aziz, iaitu Bella Astillah menerima tamparan hebat apabila suaminya itu khabarnya sekali lagi berlaku cvrang, kali ini dengan pelakon sedang meningkat naik namanya iaitu Oktovia Manrose.
Melalui laman IG miliknya, Bella Astillah meluahkan rasa hatinya petang semalam.
Tak lama selepas itu, pelakon yang dikatakan terlibat iaitu Oktovia Manrose turut mengeluarkan kenyataan balas dan menafikan mempunyai hubungan dengan Aliff Aziz. Kata Oktovia Manrose, dia kular hanya sebagai kawan sahaja.
Malah Oktovia Manrose meminta bukti dakwaan dia berkelakuan seperti yang didakwa oleh Bella.
KENYATAAN TERBARU
Dalam kenyataan yang dibuat menerusi IG storynya itu, pelakon baru ini menyifatkan semalam adalah hari yang bersejarah untuknya. Pelakon ini mengatakan inslden yang berlaku langsung tidak pernah terfikir atau dirancang olehnya.
Oktovia Manrose mengaku kesilapan yang dilakukan dan dia mengatakan tak mahu menegakkan benang yang basah.
OKTOVIA MOHON MAAF KEPADA BELLA
Satu permohonan maaf dibuat kepada Bellada Oktovia Manrose mengaku tidak sewajarnya keluar dengan Aliff yang diketahuinya sebagai suami kepada Bella Astillah.
TERKEJUT DENGAN K3CAMAN NETIZN
Oktovia Manrose berkaat dia membalas komen Bella keraa terkejut dengan komen n3gatif yang diterim dari netizn.
Ini komennya:
“I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah. Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me, but I deserve it.”
Oktovia Manrose berharap Bella dan Aliff Aziz dapat selesaikan isu ini dengan baik dan mendoakan yang terbaik untuk kedua-duanya.
Sumber: Oktovia Manrose
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Nasihat ikhlas Aprena Manrose kepada Bella Astillah kontroversi melibatkan adiknya, Octavia Manrose dan Aliff Aziz
Akhirnya isteri kepada lelaki yang mengamuk dikaunter semalam tampil beri sebab utama kenapa suaminya bertindak sedemikian rupa..
Video seorang lelaki mengamuk ketika berurusan di sebuah premis kerajaan tular di laman sosial, hari ini. Dalam video berdurasi 43 saat berkenaan, lelaki itu dengan nada suara tinggi menjelaskan dia berada di premis itu sejak 10 pagi. Bagaimanapun selepas empat jam menunggu nombor giliran dipanggil, dia diarahkan kembali semula ke premis kerana kekurangan kakitangan dan waktu rehat.
“Saya sudah lama datang. Jam 10.30 ambil nombor. You kena tambah orang. Bukan masalah saya. Saya bayar. Berapa kali saya nak ulang alik? Saya manusia bukan binatang,” kata lelaki itu yang nyata tidak berpuas hati.
Kedengaran juga seorang kakitangan perempuan membalas kenyataan lelaki itu: “Saya juga manusia”.
“Ya saya paham. Janganlah ulang-alik. Pergi-balik, pergi-balik. Sampai bila?,” balas lelaki itu.
Seorang pengguna Twitter, Hilmi Adi Ruzaini yang menularkan video itu berkata, petugas kaunter memberi alasan kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat kepada lelaki itu, menyebabkan dia hilang sabar.
“Seorang rakyat Malaysia hilang sabar di sebuah pejabat kerajaan apabila dia menunggu dari 10 pagi hingga 2 petang dan ketika ke kaunter, pegawai meminta dia datang pada lain waktu kerana kekurangan kakitangan dan sudah masuk waktu rehat, ketika ada sangat ramai pegawai lain berjalan ke sana sini tanpa berbuat apa-apa,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku.
Kebanyakan ciapan netizen bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap lelaki berkenaan.
Antaranya Puteri Narina yang berkata, dia menyokong apa yang lelaki itu lakukan.
“Kalau dia mengamuk macam orang gila pun aku sokong. Kaunter pun kalau ada 10, dua sahaja yang buka. Lagi lapan itu elok jual apam balik ke buka pasar ke,” katanya.
Ada juga yang menasihati penjawat awam supaya menambah baik kualiti perkhidmatan dengan pelbagai cadangan.
“Lain kali pegawai kerajaan yang bijaksana ini dah boleh agak, jam berapa nak break (rehat), buat announcement (pengumuman) atau masa orang itu ambik nombor inform (beritahu) siap-siap, boleh datang esok ke, sebab hari ini bla bla bla. Sekurang-kurangnya kita beritahu, tak ada orang kasihan tunggu lama dengan tak makan,” tulis @nur_aieen.
Menerusi halaman FB Arivom1000, akhirnya isteri kepada lelaki yang mengamuk di kaunter memberikan kenyataan mengapa suami nya bertindak sedemikian.
Pemilik akaun Sri Sutha Ramadoo yang menulis ringkas kenyataan tersebut mendapat pelbagai respon dan reaksi daripada netizen. Rata rata netizen menyokong kenyataan nya dan ada juga yang membantah nya. Bagi pendapat min, min harap perkara sebegini dapat diatasi dan diselesaikan dengan keadaan yang baik baik sahaja.
Kenyataan daripada Isteri lelaki yang mengamuk tersebut :
Dalam video itu ialah suami saya…orang beli lori dah 3bulan kita pun sudah jalan spad office 8 kali selalu ckp dcmt tak cukup, num habis, satu hari satu halasan…. kita pun ada banya kerja juga… beli lori bukan nak simpan kat store. bulan2 nak bayar bank loan
Sumber: theklasik
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Akhirnya isteri kepada lelaki yang mengamuk dikaunter semalam tampil beri sebab utama kenapa suaminya bertindak sedemikian rupa..
Cara Yang Betul Jika Ingin Masak Pulut Agar Bila Makan Tidak Kena Angin Dalam Badan, Senang Sangat Nak Sediakannya...
Berikut adalah perkongsian daripada penulis makanan dan resepi Puan Ainini Zainal.
Ada orang memang terus sakit perut, sakit urat satu badan, sakit kepala (angin naik ke kepala) bila makan pulut, kan?
Pulut atau ‘glutinous/sticky/sweet rice’ memang sifatnya sedikit ‘berangin’. Tapi ada cara yang boleh membantu anda makan dan jika tidak dapat hilangkan terus anginnya pun, kurangkannya sedikit.
Cara Masak Sebelum Makan Pulut
1. ‘Wajib’ rendam semalaman. Untuk membuang phyctic acid di dalamnya. Rendam dan esoknya buang air rendaman, masak seperti biasa. Biasanya antara penyebab utama ‘bloating’ adalah beras pulutnya tidak direndam lama sebelum dimasak.
2. Masak bersama hirisan halia. Halia antara makanan yang membantu menyingkirkan angin berlebihan di dalam badan. Seperti mana kita kukus keledek (juga penyebab ‘bloating’) bersama halia untuk mengelakkan masalah ini, lakukan yang sama dengan masakan pulut.
3. Pastikan kombinasi makanan yang sesuai. Biasanya kombinasi makanan yang tidak sesuai ini boleh menyebabkan ‘gastronomical problems’, ketidakhadaman dan penghasilan gas dalam perut. Hasilnya, ‘bloating’. Grain (beras) adalah makanan yang sesuai digandingkan dengan sayuran, daging, ikan, ayam, kekacang, sayuran.
Kombinasi ‘grain’ dengan makanan apa yang tidak sesuai?
BUAH.
Biasa makan pulut mangga dan rasa perut tidak selesa?
Sekali dua mungkin ok.
Tapi jika selalu, masalah penghadaman yang selalu di’stimulate’ dengan kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan gangguan sistem penghadaman menjadi semakin lemah (selalu ada gas).
Bagaimana dapat kita capai kesihatan yang optimum jika begitu? Perut yang ‘sihat’, hasilnya badan yang sihat.
Selamat makan pulut!
Sumber : Petua Ibu
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Cara Yang Betul Jika Ingin Masak Pulut Agar Bila Makan Tidak Kena Angin Dalam Badan, Senang Sangat Nak Sediakannya...

















































