Kamis, 31 Januari 2019
Amalkanlah “La ilaha illallah Al Malikul Haqqul Mubin” 100 Kali Sehari, Khasiatnya Sungguh Banyak
Ada begitu banyak bacaan dzikir yang diajarkan oleh Rasulullah kepada umatnya, Salah satunya adalah dzikir “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” (Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata)
Imam Al Baghdadi dalam kitab hadits Tarikh Baghdad meriwayatkan dari Imam Malik, Perawi Abu Nuaim meriwayatkan dari Sahabat Ali Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ
“Barangsiapa membaca ‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359)
Mufti Jakarta Habib Utsman bin Yahya menjelaskan,
“La ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash-shadiqul Wa‘dil Amin” merupakan kalimat yang tertera di pintu Ka‘bah. Siapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allah”
Imam Abu Bakar bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam kitab Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in juga menerangkan,
وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث صحيحة كثيرة، أمر بها بعض أصحابه لتوسعة الرزق، وقال بعض العارفين: وهي مجربة لبسط الرزق الظاهر والباطن، وهي هذه: لا إله إلا الله الملك الحق المبين، كل يوم مئة مرة
Tersebut dalam banyak hadits sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian ‘arifin mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin. Bacaan yang dimaksud ialah “La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin” setiap hari 100 kali.
Banyak Syaikh melazimkan dzikir ini saat di antara shalat sunnah Subuh dan shalat Subuh. Jika kesempatan itu tak memungkinkan, maka mereka akan membacanya setelah shalat Subuh hingga sebelum fajar menyingsing.
Jika di waktu itu luput juga, maka bacalah setelah matahari gelincir (penanda Zhuhur). Intinya, kalau bisa jangan sampai setiap orang menjalani hari-harinya tanpa bacaan ini.
Rezeki yang dimaksud dalam hadits diatas mencakup rezeki lahir maupun batin. Artinya, tak ada salahnya jika dzikir yang agung ini diamalkan oleh umat Islam. Yang jelas, amalan ini menambah pahala yang bersangkutan.
Wallahu A’lam.
Sumber: KabarMakkah
Sumber Amalkanlah “La ilaha illallah Al Malikul Haqqul Mubin” 100 Kali Sehari, Khasiatnya Sungguh Banyak
Dr Amalina Akhirnya Tinggalkan Twitter, Kecewa Dengan Rakyat Malaysia Belum Sedia Ubah Minda
DOKTOR kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di perantauan, Dr Nur Amalina Che Bakri mengejutkan pengikutnya di Twitter apabila membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia media sosial.
Dr Amalina memberi alasan bahawa beliau mahu memberi tumpuan kepada latihan surgikal dan dunia akademiknya.
“Pengikut yang dihormati, saya telah memikirkan perkara ini banyak kali dan saya membuat keputusan untuk berehat seketika dari Twitter.
“Saya mahu fokus kepada latihan pakar saya dalam pembedahan umum, matlamat kerja dan juga Doktor Falsafah (PhD) serta dunia akademik saya,” katanya dalam satu bebenang di Twitter, malam Selasa.
Bagaimanapun Dr Amalina yang bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di United Kingdom (UK) berkata beliau turut kecewa dengan pemikiran dan sikap rakyat Malaysia.
Posting Dr Amalina membuatkan netizen terkejut mengenai keputusannya itu.
“Mungkin beberapa rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk perubahan minda ke arah positif dan berdaya maju dan ya, saya harus katakan bahawa saya kecewa.
“Oleh itu, lebih baik jika saya menumpukan apa yang terbaik untuk diri saya,” katanya.
Tambah Dr Amalina lagi, beliau menerima banyak kecaman meskipun cuba berbuat baik kepada orang lain.
“Ia tahun 2019 tetapi masih ada banyak troll, kebencian dan sikap negatif apabila awak cuba berbuat baik kepada orang lain.
“Niat saya hanya untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan mewujudkan kesedaran mengenai kesihatan kepada umum orang ramai berdasarkan keupayaan saya sebagai seorang doktor,” katanya.
Pada masa sama, Dr Amalina turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menghargai bakat dan juga ilmu pengetahuannya.
Dr Amalina bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di UK. Foto Instagram Dr Amalina.
“Anda masih ada ramai doktor hebat di Twitter yang boleh bantu anda. Roma tidak didirikan dalam satu hari. Salam penuh kasih sayang,” tulisnya.
Rata-rata pengikut Dr Amalina mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil pendekatan sama terhadap akaun Instagramnya, Dr Amalina berkata beliau akan aktif di platform media sosial itu.
“Ya saya akan (memuat naik gambar di Instagram), kebanyakannya hanya hal peribadi dan aktiviti harian saya,” kata beliau.
Sumber: Mstar Online
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Dr Amalina Akhirnya Tinggalkan Twitter, Kecewa Dengan Rakyat Malaysia Belum Sedia Ubah Minda
Suami Kalau Betul Ikhlas Sayang Isteri, Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Akhir Hayat..
Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri-isteri di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika.
Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu.
Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?
Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi.
Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi.
Penuh newsfeed dgn cerita mereka.
Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.
ANAK RAMAI TAPI SUAMI TAK SAYANG
Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang.
Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.
Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita.
Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?
Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata.
Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita
JANGAN STRES BILA TAK ADA ANAK
Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul.
Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?
Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini.
Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini.
Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak.
NIKM ATI REZEKI DAN PELUANG YANG ALLAH BAGI
Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikm ati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.
Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka “tak mahu” ada tambahan zuriat.
Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki.
Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka.
Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala “eksiden” pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la..
Merungut sahaja!
JANGAN PERSOALKAN APA YANG ALLAH NAK BAGI
Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita.
Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita.
Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri.
Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai m ati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!
Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya.
Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana.
Kata kuncinya, sabar. Janji Allah s.w.t itu pasti…
Sumber kredit: FB: Suffiyah Ramadhani II via http://bit.ly/2DKgUh5
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Suami Kalau Betul Ikhlas Sayang Isteri, Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Akhir Hayat..
Sakit hati dengan suami yang terlalu obses dengan game mobile legend, isteri ambil keputusan nekad tekap muka suami dengan gam tikus
lapor Daily Mail.
Difahamkan, si isteri sudah tidak dapat menahan kesabaran dengan si suami yang didakwa kerap mengabaikannya kerana terlalu asyik bermain permainan di telefon bimbit. Lalu si isteri mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada lelaki itu.
Kejadian itu berlaku di Jiamusi, wilayah Heilongjiang, China, menunjukkan si suami sedang duduk leka bermain permainan di telefon bimbit.
Si isterinya datang menghampiri dan menunjukkan sekeping kertas yang disapukan dengan gam tikus sebelum ditampal ke muka lelaki itu tanpa ragu-ragu.
Terkejut dengan kejadian itu, si suami terus berhenti bermain dan cuba menanggalkan gam tikus itu dari mukanya serta berang dengan perbuatan isterinya yang hanya ketawa melihatnya.
Sumber : thereporter.my
Artikel menarik lain
'You and mak you, dua-dua bodoh!' - Anak dakwa dia dan ibunya dimaki pelanggan yang tak reti bersabar
Menurut Komala Naidu, juruwang memaklumkan botol susu yang diambilnya tidak mempunyai barcode dan oleh itu tidak dapat diimbas dan dijual kepadanya. Komala kemudian diminta oleh ibunya untuk mengambol botol susu yang lain.
Sekembalinya Komala ke kaunter, dia melihat ibunya dimarahi oleh pelanggan wanita, yang juga turut melemparkan kata-kata bersifat perkauman.
ADA sesiapa yang dari Shah Alam mengenali wanita ini? Dia baru saja menyerang saya dengan melemparkan kata-kata rasis, malah mengata ibu saya bodoh di hadapan saya, hanya kerana perkara yang remeh. Dia juga menyerang saya menggunakan troli pasar raya. Saya akan buat laporan polis. Mohon bantu.
Sebelum itu, saya berada di kaunter pembayaran dan dia berada di belakang, menunggu gilirannya. Ibu saya ada mengambil sebotol susu tetapi juruwang kata tiada barcode pada botol itu dan tidak dapat dimasukkan dalam senarai pembelian.
Saya kata tak apa dan selepas beberapa ketika, ibu berubah fikiran dan meminta saya segera mengambil botol susu yang lain.
Barisan ketika itu tidak panjang dan tempat untuk mengambil botol susu itu sangat dekat. Dalam troli kami tak banyak barang, dan pasar raya pun tak sesak. Troli wanita itu juga hanya mengandungi beberapa barangan sahaja.
Kurang dari lima minit, saya kembali semula ke kaunter bayaran dan wanita itu menjerit terhadap ibu saya yang berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.
"India kel*ng menyusahkan orang... You and mak you dua-dua bodoh!"
Saya kata, "Benda kecil je pun, takkanlah you nak maki macam ni?".
Dia berang dengan kata-kata saya dan dari situ bermulanya kejadian tersebut.
Saya tak berapa ingat sangat mengenai kejadian itu sebab saya bukan jenis yang mahu mengambil kisah dengan perkara sedemikian
Saya sedang berusaha mendapatkan video rakaman kamera litar tertutup. Tujuan saya post ini untuk mencari identiti wanita ini.
Sumber: Komala Naidu
“Sabar adalah separuh daripada iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan”. (riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).
Sumber artikel : thereporter.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Sakit hati dengan suami yang terlalu obses dengan game mobile legend, isteri ambil keputusan nekad tekap muka suami dengan gam tikus
Tak Perlu Tunggu Sampai Pencen! Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Ramai Orang Masih Tidak Tahu...
Jika selama ini ramai yang ingat duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika memasuki usia 50an, perbetulkan persepsi ini.Sebab mungkin ramai yang tak tahu rupanya ada 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan awal tak perlu tunggu umur nak bersara pun.
Simpanan KWSP boleh dikeluarkan sebelum dan selepas mencapai umur persaraan. Pengeluaran ini adalah untuk membantu penyimpan membuat persediaan sebelum dan semasa persaraan. Jadi bagi yang mempunyai simpanan di KWSP dan berhasrat nak keluarkan pengeluarkan tersebut untuk tujuan tertentu, cuba semak jenis-jenis pengeluaran KWSP ini dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut.
1.PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN 2.PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN 3.PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN 4.PENGELUARAN MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN. 5.PENGELUARAN HILANG UPAYA
6.PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA. 7.PENGELUARAN PENDIDIKAN. 8.PENGELUARAN PEKERJA BERPENCEN DAN PENGELUARAN PESARA PILIHAN. 9.SKIM PELABURAN AHLI. 10.PENGELUARAN MEMBINA / MEMBELI RUMAH.
11.PENGELUARAN SIMPANAN MELEBIHI RM 1 JUTA. 12.PENGELUARAN ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN. 13.PENGELUARAN KEMATIAN. 14.PENGELUARAN KESIHATAN. 15.PENGELUARAN HAJI
16.PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL. 17.PENGELUARAN PERUMAHAN PR1MA
#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun..
Ada 2 jenis pengeluaran: 1. Pengeluaran Penuh Akaun 2. Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)..Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran: -Kesemua Simpanan. -Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu) -Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan). -Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)..Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran: -Kesemua Simpanan. -Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu). -Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan). -Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)..Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Cara-Caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)..Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan.Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan.
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh : Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain ataubukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia.
Cara-caranya:
Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja.Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL).Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)…Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta). Bawa Surat Tawaran Belajar. Bawa Surat Pengesahan
Pendaftaran Pelajar yang asal. Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian. Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
Bawa Borang Temuduga. Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian. Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti PertalianPembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Cara-Caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen. Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP
Cara-caranya:
1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan. 2. Kad Pengenalan Diri
#10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Cara-Caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan). Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun). Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan). Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima).Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#13. Pengeluaran Kemhatian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kemhatian ke atas ahli KWSP.
Cara-caranya:
Bawa Sijil Kemhatian Ahli. Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL). Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).
Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini:
#15. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL). Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan. Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan. Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit. Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit). Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat). Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#16. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini:
#17.Pengeluaran Perumahan PR1MA
Pengeluaran ini Membantu Ahli KWSP Memiliki Sebuah Rumah Di Bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Dengan Memanfaatkan Simpanan KWSP Ahli Sedia Ada Serta Caruman Bulanan Di Masa Depan.
sumber : coretanmedia.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Tak Perlu Tunggu Sampai Pencen! Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran Kwsp Yang Ramai Orang Masih Tidak Tahu...
Aku teruja jemput teman wanita datang rumah untuk makan malam dan kenal dengan keluarga aku. Disaat aku bagitahu yang ibu hanya masak nasi dan telur kicap dia terus marah dan maki aku.
” Syg…. you nk mkn apa? ” soal si lelaki. ” I nk mkn seafood, I suka sgt…..” bls si gadis. Raut wajah lelaki tu berubah mendung.” Sorry syg.. Mak I masak lauk ni je, nasi, telor, kicap je.. Ini je yg mampu Mak I sediakan utk you.” Balas lelaki itu rasa serba salah. Lalu membuka tudung saji di atas meja di hadapan mereka. Gadis yg tadi bgitu manja terus bertukar berang, wajahnya kemerahan.
”Ehh… ini jer ke yg Mak kau masak untuk aku? Alah klu setakat ni baik xpayah susah-susah nk undang org datang rumah!! Buat malu jer…” Balas gadis itu penuh sinis. Lelaki muda itu tersentak… Gadis itu lantas berlalu sambil mencapai beg tangannya. Tiba-tiba terdengar lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Gadis itu menoleh.
”You..I gurau jer lah. I tau la selera you. Mak I dh masak macam-macam dh tu ada kt ruang meja utama tu…Ahahaha…” Lelaki itu terus ketawa. Gadis itu terus tersenyum. “You ni, suka tau gurau…eee…geramnya..” gadis itu merengek manja. Gadis itu terus menarik tangan lelaki itu..”Jom..”
”Ehh..jap. Nak ke mana?” Soal lelaki itu.” Ehh you ni, nak makan laa, I dh lapar ni…” kata gadis tu. Lelaki itu tersenyum pahit. ”Aku rasa aku dah buat satu kesilapan besar. Betul ckp mak..klu nk cari isteri carilah yg boleh mkn nasi blaukkan telor dan kicap, klu mkn semua itu tanpa merungut, Inshallah dialah calon yg terbaik yg boleh menerima kita di saat kita jatuh, bkn saja di saat kita senang…” Gadis itu tergamam, lelaki itu tersenyum.
“Maaf…. kau bukan calon isteriku. Kau bukan gadis yg selayaknya utk menjadi menantu kpd ibu ku…..kau boleh pergi skrg……kita putus…” Gadis itu tergaman, gadis itu merayu…..tapi lelaki itu tetap dgn keputusannya.Si Ibu sdg memerhati dari kejauhan, air mata si ibu menitis. Akhirnya gadis itu berlalu dgn kdaan yg penuh 1001 penyesalan.
Moral of the story, nk cari teman hidup, carilah yg boleh menerima kita seadanya.. dlm keadaan susah dan senang, yg paling penting carilah yg boleh menerima dan menghormati ibu mu… Inshallah… bahagialah hidupmu. Wanita itu kena “game.”
Ada juga kisah di mana teman wanita ini melopong kerana meninggalkan teman lelaki miskin dahulu. Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati.
Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan rasa hatinya pada si gadis. Tapi standard yang diletakkan gadis ini berbeza dah lebih tinggi dari gadis-gadis yang lain. Jawapan si gadis ; “Macam mana awak boleh terfikir semua ni? Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saya dan carilah gadis lain yag sama level dengan awak.”
Cintanya ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan lelaki yang tidak mampu menampung gaya hidup sebagaimana yang disediakan oleh orang tuanya. Atas rasa cintanya yang mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tak dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini. 10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah pusat membeli-belah. Si gadis dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri di depannya dan berkata;
Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki yang bijak dan gaji dia $15,700 sebulan. Awak boleh lawan ke gaji banyak tu?” Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari menitis apabila mendengar ucapan berbisa bak sembilu dari wanita yang pernah bertakhta di hatinya ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Beberapa ketika kemudian, muncul suami kepada wanita ini. Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini terlebih dahulu dengan nada girang
“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan dah berkenalan dengan isteri saya” Si lelaki membalas sambil tersenyum “Selamat petang kembali Tuan? “Saya Kamal tuan!” Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata; “Sayang, kenalkan ni lah boss abang. Dialah pemilik projek bernilai $100 juta yang abang uruskan tu. ”Si wanita terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah perkatakan.
Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan Kamal, saya ada urusan penting perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu.” Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang sedang berlalu pergi. Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Itu boss abang?”
“Ya sayang. Dia seorang yang sangat merendah diri tapi hidupnya agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang miskin.” “Disebabkan itu, dia bekerja keras. Oleh kerana dia juga seorang yang bijak, kini dia seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia bernilai jutaan ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih tak kahwin.”
Si suami kemudian menyambung lagi; “Beruntungnya perempuan tu jika dia terima lelaki ni dulu.” Terkejut mendengar ucapan suaminya, si wanita hanya mendiamkan diri. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana kemiskinannya pada ketika ini. Mereka juga berhak untuk berusaha bagi merubah nasib diri sehingga berjaya dan berada di puncak.
kredit cintaku wardah ze via siakap keli / the vocket via mediagung
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Aku teruja jemput teman wanita datang rumah untuk makan malam dan kenal dengan keluarga aku. Disaat aku bagitahu yang ibu hanya masak nasi dan telur kicap dia terus marah dan maki aku.
"Lelaki inilah yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat menjaga saya dari saaiz XL ke M"
Bukan mudah nak mencari lelaki yang benar-benar tidak kisah akan paras rupa pasa ngannya. Viral di Twitter sejak Jumaat lalu gambar sebelum dan selepas seorang gadis ini yang berjaya menguruskan badannya dengan mendisiplinkan dirinya berdiet secara sihat.Jadi, apakah rahsia kejayaan beliau? BUKAN senang nak jumpa lelaki yang tak pandang paras rupa ini.
Dia inilah yang menjaga saya dari saa iz XL sampai sa iz M. One in the million! Terima kasih atas kesetiaan selama ini. I love you so much.
Semua nak kuu rus kan? Tetapi bila kita ini dah slow-slow nak mula kurangkan makan, kawan-kawan be like.. Sabar sajalah. Nanti diamlah mereka.
Tak apa, biasalah, bukan selalu. Nak ku rus ini kena amalkan cara hidup dan gaya pemakanan yang sihat-sihat. Tak perlu gunakan produk-produk. Bukan tak boleh ambil produk tetapi, tak kasihan ke pada buah pinggang kita?
Tii ps ku rus secara sihat: Mulakan dengan makan ubat cacing, boleh beli di farmasi. Wajib makan nasi setiap hari tetapi makan dalam kuantiti sedikit. Lebihkan sayur atau ikan/ayam rebus. Air masak 3L-5L sehari. Makan malam sebelum jam 8 malam. Kalau rajin, pergilah ke gym. Kalau malas, jaga saja gaya pemakanan
Min kongsikan tiips lain untuk ku rus
Untuk kuu rus sebenarnya bukanlah satu perkara yang sukar (seperti menawan puncak Everest). Semua orang, tidak kira umur, atau pangkat, mampu untuk menjadi ku rus, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin dalam pemakanan seharian serta melakukan senaman sekerap yang mungkin.
Dan dalam artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda sembilan cara bagaimana untuk ku rus.
1. Jangan Berlapar Dalam Pemakanan
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasan nya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. Minum Sekurang-Kurangnya 8 Gelas Air Kosong Setiap Hari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. Elakkan Minum Minuman Yang Bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. Elakkan/Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan Seharian
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. Jangan Skip Sarapan Pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hor mon dan paras gula di dalam daa rah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. Makan Secara Perlahan-Lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. Kunyah Makanan Kepada Cebisan Kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Makan Dengan Kerap Tetapi Pada Jumlah Yang Sedikit
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Sumber : twitter shahira mazlan via world-wide24.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Lelaki inilah yang tidak pernah kenal erti jemu dan penat menjaga saya dari saaiz XL ke M"
Kepada Suami Jagalah Isteri Anda Masa Berpantang, Jika Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak Dara
Selesai saja tempoh berpantang, suami complaint, isteri tak lagi cantik macam dulu. Wah! Bukan main suami ya., isteri sebenarnya boleh jadi lebih cantik dari anak dara kalau suami pandai jaga sepanjang isteri melalui tempoh berpantang. Nak suami lebih faham, tolonglah hadamkan apa yang Mizan Dzai kongsikan ini. Betapa pentingnya menjaga isteri dalam pantang. Bukan sekadar fizikal, emosi isteri itu pun part paling penting untuk suami jaga sama.
Suami jangan reti nak komplen je. Kau sebagai suami jangan reti nak komplen je isteri tak cargas macam dulu, pelupa memanjang, lembik dan malas je gaya dia. Konon dia tak pandai ketatkan balik, sibuk melayan anak dan dah tak fokus kat kau lepas bersalin. Sekali sekali cuba cermin dan tanya diri sendiri, cukup ke rehat isteri kau masa berpantang? Kau ingat meneran tu macam jogging 30 minit?
Keperluan berpantang dia kau dah sediakan semua ke? Tukang urut kau panggil datang rumah tak? Ada ke kau take over kejap kerja kerja kat rumah masa dia berpantang? Masalah jiwa aku tengok sekarang ramai sangat kaum lelaki terutamanya suami yang ambik mudah bab berpantang lepas bersalin ni. Semua asal boleh je. Kolot kata kau. Tak ada dalam Islam lah, syirik lah.
Kang bila isteri kau dapat penyakit sebab tak jaga masa pantang betul betul, sebab nak ikut cakap suami macam kau yang pandai pandai sendiri tu, baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Tak ada kerja lain ke selain merungut? Tu yang kau mula meluahkan perasaan kat perempuan yang tunggu masa nak ngap kau, yang tunggu masa nak runtuhkan rumah tangga kau. Kononnya tak boleh pendam sorang-sorang, kena ada tempat meluahkan perasaan.
Kau pergi meluahkan perasaan kat perempuan yang slim tak pernah beranak, yang mulut macam mesin basuh, merembes dengan mencanang alasan-alasan kenapa lelaki main kayu tiga. Kononnya isteri dia tak pandai jaga suami. Kau sebagai suami, dah pakai isteri sampai beranak, pandai-pandailah repair balik. Pandai-pandailah cantikkan balik. Ini tak, dah pakai sampai ada anak lepas tu buang.
Kau kena ingat, berpantang ni kalau ikut cara yang betul, boleh jadi cantik lebih dari anak dara tau. Kau jangan lupa, kau ada mak, adik, kakak. Lagi satu, kau jangan ingat semua anak dara kat luar tu elok sangat. Berlambak yang ada masalah keputihan, hormon dan lain-lain. Ingat aku tak tau ke? Kemon. Bagi yang belum berkahwin, aku tahu mulut kau orang ni kekadang suka terlepas cakap benda yang menyakitkan hati orang lain.
Kau tak tau isteri si suami yang meluahkan perasaan kat kau tu bertarung nyawa, berputus urat dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu. Kang kau buat orang, nasib kau macam mana? Silap silap kau pun kena benda yang sama. Yang kita lelaki ni jangan lah gatal nak try power sama macam bujang dulu ke tak. Ada lagi ke tak taring lama.
Jangan cari penyakit. Konsep aku simple je, kau buat isteri atau perempuan macam tu, kau layan macam barang yang dah tak ada nilai, kau jangan lupa kau ada mak, ada adik ada kakak. Jagalah rumahtangga kita sendiri, tak perlu sibukkan orang lain punya hal. Jaga keperluan anak-anak, senangkan hati isteri, senangkan ekonomi keluarga.
sumber : mingguanwanita.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Kepada Suami Jagalah Isteri Anda Masa Berpantang, Jika Betul Caranya Boleh Lebih Cantik Dari Anak Dara
"Saya pernah menutup semua pintu untuk Allah s.w.t”- Mizz Nina ceritakan pengalamannya khas buat tatapan peminat
Saat bertentang mata dengan wanita ini, sungguh tidak percaya beliau pernah beraksi di pentas MTV dan menjadi artis pembukaan untuk konsert Pit Bull. Biarpun beliau sudah meninggalkan ‘dunia’ itu, namun senyumannya lebih lebar dan itu menandakan beliau betul-betul gembira dengan kehidupannya sekarang.
Mizz Nina, satu nama yang pernah berada di puncak industri hiburan sebagai seorang penyanyi dan pengacara. Pernah berkolaborasi dengan artis antarabangsa seperti Theo Martins, Colby O’ Donis, Flo Rida, Jay Park dan ramai lagi.
Namun, tatkala dunia glamour memberi perhatian kepadanya, isteri kepada Noh Salleh ini telah mengambil keputusan yang agak drastik iaitu untuk berubah. Jika dulu beliau terkenal dengan imejnya yang se ksi tapi kini beliau lebih selasa dengan pakaian yang menutup aurat.
Apabila ditanya mengapa beliau mengambil jalan itu, ini jawapan Mizz Nina;
“Ketika saya berada di puncak, saya merasa seperti kehilangan sesuatu. Walaupun saya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan persembahan, saya tetap rasa kosong. Sampaikan satu tahap, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengubah hidup saya ke dimensi yang baru.”
Penghijrahan Mizz Nina mengejutkan ramai pihak. Bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang yang dikenali sebagai artis bertaraf antarabangsa untuk berhijrah dan menjadi seorang yang muslimah.
Antara cabaran yang dihadapi oleh beliau adalah istiqamah. Sewaktu beliau nekad untuk berhijrah perkara yang paling sukar baginya adalah untuk menukar gaya hidup. Malah, beliau juga mengambil masa yang agak panjang untuk menerima bahawa beliau perlu menyarung hijab. Baginya, ‘the struggle is real.’
Namun, Mizz Nina berpegang pada satu hadis riwayat sahih Muslim yang berbunyi, ‘Barangsiapa yang berusaha mencari ilmu, Allah akan mempermudahakan jalannya menuju ke syurga’. Jadi, semenjak dari itu, Mizz Nina terus fokus dalam membina kehidupannya di jalan Allah swt.
Tatkala diminta untuk memberi sedikit nasihat kepada para remaja, sambil tersenyum Mizz Nina bercerita keadaanya satu ketika dahulu,
“Saya pernah menutup segala pintu untuk Allah swt. Saya pernah berada dalam situasi yang tidak melakukan perkara-perkara yang beriman kepada Allah,
Kepada remaja di luar sana, jangan sesekali menutup pintu buat Allah. Jika anda tidak sembahyang, sekurangnya berpuasalah. Jika anda tidak berpuasa, sekurangnya sembahyanglah. Jika anda tidak membuat kedua-duanya, berdoalah agar Allah memberi kebaikan kepada diri sendiri.” Pesannya dengan penuh semangat.
Mizz Nina juga menekankan kepada remaja supaya jangan sesekali mengorbankan agama semata-mata untuk meraih popularity. Jangan lakukan satu perkara kerana mahu menjadi terkenal. Buat sesuatu kerana Allah adalah yang terbaik. Sekiranya popularity mendamping anda, itu adalah satu bonus kepada anda.
Mizz Nina turut berkongsi satu tips bagaimana beliau kembali bangkit tatkala berada di ‘lowest point’, katanya;
“If I’m down, I change my attitude.”
Mizz Nina akan kembali melihat kehidupannya dan bersyukur kepada Allah swt dengan apa yang beliau ada. Setiap kali dia mengucap rasa syukur dan Alhamdulillah beliau merasakan hidupnya akan lebih baik dan gembira.
Bukan itu sahaja, Mizz Nina akan mencari rakan-rakan yang boleh membuatnya kembali mengingati Allah. Mizz Nina percaya kawan yang baik akan menyedarkannya akan Allah swt. Beliau juga akan menyertai mana-mana kelas keagamaan untuk kembali bangkit sekiranya beliau berada di lowest point.
Mizz Nina, seorang wanita yang wajar menjadi pengajaran dan ikon kepada seluruh remaja yang melihat popularity itu satu perkara yang penting. Kisah penghijrahannya patut diberi perhatian agar lebih ramai remaja akan sedar bahawa ‘dunia’ yang sering dipaparkan seronok dan gembira itu sebenarnya kosong.
Hari ini biarpun beliau bukan lagi seorang penyanyi, namun beliau terkenal akan kerja-kerja kemanusiannya. Malah, beliau juga memilih untuk terus terlibat dalam industry seni dengan mengasakan DOPSTV; saluran berkonsepkan Islamik.
Semoga kisah Mizz Nina ini akan membuka mata masyarakat untuk lebih dekat kepada agama dan Allah swt. Untuk kisah yang lebih panjang, ikuti video Inspirasi Mizz Nina di semua media sosial Zayan.
Kredit Gambar: Instagram @officialmizznina via sinar.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber "Saya pernah menutup semua pintu untuk Allah s.w.t”- Mizz Nina ceritakan pengalamannya khas buat tatapan peminat
Baca Dan Amalkan Surah Al-Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu, Sebenarnya Kita Mengubati Diri Kita Sendiri. Begini Cara Yang Sebetulnya..
Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu, Kita Mengubati Diri Kita Sendiri? Ini Penjelasannya…
Bismillahhirohmanirrohiim.
1. Qul huwa Allahu ahad (un), Allahu alshshamad (u), lam yalid walam yuulad (u), walam yakullahu kufuwan ahad (un).
2. Qul huwa Allahu ahad (un), Allahu alshshamad (u), lam yalid walam yuulad (u), walam yakullahu kufuwan ahad (un).
3. Qul huwa Allahu ahad (un), Allahu alshshamad (u), lam yalid walam yuulad (u), walam yakullahu kufuwan ahad (un).
MasyaAllah, jika tidak ada perbezaan di dlm 3 bacaan surah Al-Ikhlas ini bererti orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama dgn memperoleh ganjaran / seperti membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Satu kali baca surah Al-Iklas sma dgn 10 juz, sedangkan membaca tiga kali surah Al-Iklas sma dgn 30 juz jdi ukhti wa akhi tdi sudh baca 3x surah Al-Iklas sma dgn mendapat pahala seperti membaca satu Al-Qur’an, masyaAllah Alhmdulilllah.
Sesiapa yangmembaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya. “(Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy).]
Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:
1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.
2. Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)
3. Menghindari Kesukaran
Jika dibaca 3 surah ini – Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.
4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;
“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.
5. Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain
Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.
Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.
6. Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga
Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah Al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.
7. Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana.
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.
8. Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat
Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.
9. Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur.
Bacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.
Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.
Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab.
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber : myinfoharian.com
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Baca Dan Amalkan Surah Al-Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu, Sebenarnya Kita Mengubati Diri Kita Sendiri. Begini Cara Yang Sebetulnya..
Ibu Bapa Patut Tahu Kenapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Bersalin, Inilah Sebabnya...
Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran.
Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang digunakan seperti susu kambing, menjemur di pagi hari serta mandi menggunakan ubat tabib Cina. Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?
Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel dar ah merah yang pecah. Lebih banyak sel dar ah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.
Terdapat beberapa keadaan di mana sel da rah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:
1. Pendar ahan di bawah kulit kepala iaitu ‘subaponeurotic haemorrhage’
2. Dar ah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
3. Kencing manis
4. Jangkitan kuman
Jenis da rah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai da ra h jenis O. Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter.
Mengenali Jaundis : Bayi jaundis boleh dikenali dengan warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudiannya ke kaki. Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan akan kelihatan kuning.
Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripada salah satu sebab di atas, air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning.
Rawatan Jaundis : Doktor biasanya akan mengambil da rah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis.
Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.
Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran da rah.
Rawatan tradisional? : Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca.
Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi.
Mohon Jangan Suka-Suka Rawat Sendiri Bayi Kuning. Kata Doktor Ia Berpotensi Memudaratkan Anak Kalau Tak Rujuk Di Hospital!
Majoriti bayi baru lahir mesti akan kena jaundis atau kuning. Info ini wajib diketahui oleh semua yang bakal bergelar ibu ayah. Ia sebagai persediaan dan tahu apa patut dilakukan dan apa yang tak patut dibuat untuk merawat bayi yang kena jaundis.
Sebaiknya bawa bayi yang kena jaundis ke klinik kesihatan atau hospital untuk pemeriksaan rapi dan rawatan lanjut mengikut tahap bacaan jaundis mereka.
Baca penerangan Dr Amirul Amzar seperti dikongsi dalam laman facebook Medical Mythbusters Malaysia kenapa ibu ayah tak perlu jemur bayi, mandikan dengan mandian herba, bagi minum susu kambing dan sebagainya lagi rawatan alternatif untuk turunkan kuning anak.
BAYI SAYA KUNING!
Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan mengalami kuning atau juga dikenali sebagai “jaundice”. Kebanyakan masa, ianya boleh pulih dengan sendiri tanpa apa-apa intervensi. Tetapi, ada bayi yang mengalami kuning yang teruk hingga perlu rawatan hospital.
Adakah masyarakat tahu apa punca kuning?
Kuning atau “jaundice” adalah disebabkan oleh kehadiran pigmen BILIRUBIN yang berlebihan dalam dar ah. Pigmen ini akan mendap di kulit dan memberikan warna kekuningan pada bayi. Pigmen ini adalah hasil pemecahan sel da rah merah bayi.
Kenapa sel dar ah merah bayi pecah?
Sel dar ah merah bayi hanya sesuai untuk kegunaan dalam alam rahim. Apabila lahir, penukaran sel dar ah merah perlu berlaku bagi memastikan cukup oksigen dibawa oleh sel-sel da rah merah itu. Penukaran ini melibatkan pemecahan sel dar ah merah bayi tersebut. Ia dipanggil HEMOLYSIS. Apabila ini berlaku, hasil pecahan sel dara h merah itu menghasilkan bilirubin. Bilirubin yang banyak dalam da rah akan menyebabkan kuning. Proses ini akan berterusan mencapai kemuncak pada hari kelima bayi dan semakin berkurang selepas itu. Kesannya, kuning juga akan turun sendiri.
Namun, kenapa sesetengah bayi kuningnya tinggi hingga perlu intervensi?
Perlu difahami, badan bayi menyingkirkan sendiri pigmen bilirubin yang berlebihan. Proses ini melibatkan metabolisma pigmen ini di HATI, dan seterusnya penyingkiran melalui berak dan kencing. Jika proses ini difahami, mudah lah kita faham apa risiko bayi mendapat kuning yang tinggi.
Secara mudah kita bahagikan penyebab kuning tinggi kepada 3.
1. Penghasilan pigmen bilirubin berlebihan dari biasa
Ini boleh disebabkan oleh pemecahan sel da rah merah bayi yang keterlaluan. Kes ini kebiasaannya berlaku dalam ibu berda rah O, ibu berda rah jenis rhesus negatif, bayi menghidapi G6PD (sejenis masalah kekurangan enzim dalam sel dar ah merah) atau jangkitan yang membuat sel dar ah merah bayi pecah terlalu banyak.
2. Kegagalan hati memproses pigmen bilirubin dan mengeluarkan ke air kencing dan najis
Hati bayi tidak sematang hati orang besar. Jika ibu mengambil suplemen atau jamu, ia akan pergi melalui susu ibu ke hati bayi, seterusnya menyebabkan hati bayi bengkak. Ini mengurangkan fungsi hati dan menyebabkan kuning susah disingkirkan. Apatah lagi kalau bayi diberi terus ubat-ubatan atau suplemen secara terus tanpa konsultasi doktor. Masalah kongenital seperti biliary atresia atau choledocal cyst (masalah pembentukan salur hati tidak sempurna) juga akan menyebabkan pigmen bilirubin tidak boleh disingkirkan lantas menyebabkan kuning.
3. Bayi kurang berak dan kencing.
Kuning disingkirkan melalui berak dan kencing setelah bilirubin dimetabolisma oleh hati. Jika bayi kurang disusukan, mereka akan kurang berak dan kencing lantas melambat proses bilirubin disingkirkan.
Oleh itu, jika bayi anda kuning, teruskan penyusuan dengan kerap (1-2jam sekali) dan JANGAN BAGI APA-APA suplemen, jamu atau ubat tanpa nasihat doktor. Mandian herba juga TIDAK BERKESAN menurunkan kuning kerana ia tidak langsung membantu proses yang diterangkan di atas.
Kalau kuning tinggi sangat bahaya ke?
Bahaya! Pigmen bilirubin yang tinggi akan pergi menembusi selaput otak bayi yang tidak matang lantas menyebabkan keradangan pada otak dan saraf tunjang. Ini akan menyebabkan bayi berpotensi TERENCAT AKAL kelak dan juga PEKAK! Sebab itu kuning ini perlu dirawat dengan betul.
Apa rawatan yang betul untuk kuning ni?
Teruskan penyusuan, pastikan bayi mendapat hidrasi dari susu yang mencukupi bagi membantu penyingkiran pigmen bilirubin melalui air kencing dan najis. Jika kuning dikesan terlalu tinggi, rawatan fototerapi boleh membantu. Fototerapi menggunakan sinar ultraviolet bagi menukarkan pigmen bilirubin yang termendap di kulit bagi menjadi sebatian yang larut air dan mudah disingkirkan melalui kencing dan berak. Pendek kata, fototerapi memudahkan tugas hati dalam metabolisma bilirubin.
Jika kuning terlampau tinggi, penukaran dar ah (exchange transfusion) akan dilakukan bagi memastikan pigmen bilirubin tidak mencacatkan otak dan pendengaran bayi.
Kenapa kuning bayi saya lama sangat?
Kuning berpanjangan boleh disebabkan banyak perkara. Jangkitan kuman, kurang penyusuan, masalah tiroid, masalah hati, masalah usus dan juga boleh jadi sesuatu perkara yang normal sahaja. Apabila bayi anda didapati menghadapi masalah kuning berpanjangan, klinik kesihatan akan merujuk bayi anda ke hospital bagi memastikan tiada masalah-masalah yang disebut di atas. Penyiasatan akan dilakukan. Jika semua siasatan normal, jangan risau, teruskan penyusuan, kuning akan turun. Pihak hospital akan membuat pemerhatian sehinggalah kuning turun.
Jadi, perlukah serbuk mutiara, sengkuang cina, mandian herba dan sebagainya untuk menurunkan kuning?
Sudah tentu tidak. Bukan sahaja ianya satu pembaziran malah ia berpotensi memudharatkan bayi kesayangan anda. Rujuklah pada yang ahli, bukan penjual produk yang berpaksikan keuntungan semata-mata.
Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Ibu Bapa Patut Tahu Kenapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Bersalin, Inilah Sebabnya...
Lelaki Ini Kongsi Sebab Kenapa Suami Perlu Beli Makeup Untuk Isteri Tercinta..
Sebagai suami kalau nak isteri sentiasa kelihatan cantik, belikan mereka barangan make up seperti perkongsian dari saudara Akhtar Syamir ini…Jom Baca
Bagi saya, benda nie amat penting untuk menambah keyakinan isteri. Terutamanya isteri suri rumah yang terpaksa mengharapkan suami untuk membelinya.
Boleh je kita sebagai suami memberi alasan yang benda ini semua membazir dan tidak perlu. Jika anda jenis suami sebegitu, silalah tekan butang back dan beredar dari penulisan ini. Kerana ini bukan untuk anda.
Kenapa saya rasa make up ini penting? Kerana saya lihat sendiri perubahan yang terjadi kepada isteri saya secara fizikal dan rohaninya.
Kena selami dan fahami naluri isteri yang sentiasa ingin nampak cantik. Memang kecantikan itu patut ditunjukkan kepada suami sahaja, tetapi kecantikan itu sendiri membuat isteri rasa yang dia membanggakan suaminya. Ini sekaligus menambah keyakinan diri di dalam perhubungan suami isteri.
Cuba anda sekali sekala sebelum keluar bersama isteri, berhenti sebentar dan mengagumi serta memuji kecantikan isteri. Anda tak tahu betapa di dalam hatinya terlompat – lompat kegembiraan disebabkan pujian itu.
Kesan dia boleh nampak dengan serta merta. Isteri akan mula memegang anda dengan lebih erat semasa berjalan, isteri akan selalu tersenyum, isteri akan nampak gembira dan ceria, hubungan dengan anak – anak akan jadi lebih baik, sangat berkurang keadaan tegang di rumah, serta rumah anda akan terasa lebih aman harmoni.
Isteri yang gembira = keluarga yang gembira.
Terapkan ayat ini di dalam hati kita. Jagalah isteri anda sebaik mungkin, ambil tahu keperluan rohani si isteri. Terutamanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Anda sahaja tempat untuk isteri bergantung harap.
Pusing la macam mana pun, kita juga akan dapat hasilnya. Janganlah berkira, bukan mahal mana pun. Semuanya boleh tahan berbulan – bulan. Mulakan dari sekarang, tanya isteri. Tawarkan diri untuk beli alat solek untuk isteri. Bukan susah pun. Semuanya ada di lazada.
Keyword dia mudah. Bukan perlu beli semua, minta isteri beritahu yang mana dia betul – betul perlukan dahulu. Kemudian cuba beli yang lain pula bila ada kemampuan.
Blusher
Concealer
Foundation
BB cream
Matte / nudes lipstick
Toner
Foundation
Eye brow pencil
Eyeliner
Eyeshadow
Moisturizer
Toner
Serum
Mascara
Make up brush
Make up remover
Make up sponge
Make up box
Compact powder
Face mask
Guna Lazada atau Shopee untuk bandingkan harga. Ada je yang murah – murah, tengok review orang yang dah beli supaya lebih yakin.
Kalau tak nak beli kat Lazada atau Shopee pun takpe, boleh juga tengok yang di Watsons (tengah offer) atau drugstore yang lain. Pastinya boleh belek sendiri untuk lebih yakin.
Semoga dengan penulisan ini dapat suami lebih menggembirakan isteri. Jangan segan untuk berkongsi post ini kerana semua suami wajib tahu kepentingan make up dan produk penjagaan muka isteri.
Untuk suami, mudah je. Macam dalam gambar tu. Ada sikat, gel rambut, deodorent dengan minyak wangi dah cukup hensem. Hahahaa
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Sumber: FB Akhtar Syamir
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Lelaki Ini Kongsi Sebab Kenapa Suami Perlu Beli Makeup Untuk Isteri Tercinta..
Pelakon Eiffel…I’m In Love Yang Sedang Hamil 5 Bulan Meninggal Dunia.. Al Fatihah
Menerusi laman Instagram Melly Goeslaw, dikhabarkan pelakon filem popular Eiffel…I’m In Love, Saphira Indah telah meninggal dunia pada 30 Januari, semalam.
Difahamkan, pelakon Poconggg Juga Pocong ini meninggal pada usia 32 tahun dan dikatakan turut sedang hamil 5 bulan.
Allahyarham memulakan karier lakonan menerusi filem Eiffel…I’m In Love pada 2003.
Sehingga kini penyebab kematiannya masih sedang disiasat.
Saphira popular menerusi watak Uni dalam filem sekuel Eiffel…I’m In Love dan Eiffel…I’m In Love 2.
Pelakon kelahiran Bandung ini mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu bersama Ai Rico Hidros Daeng dan mempunyai seorang anak, Ahmad Titan At Tariq.
Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham.
Foto – Instagram Melly Goeslaw
Sumber : mediahiburan.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Pelakon Eiffel…I’m In Love Yang Sedang Hamil 5 Bulan Meninggal Dunia.. Al Fatihah







































