Senin, 31 Desember 2018

Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak-Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen.



Tibanya tahun baharu, sambutan yang diraikan golongan anak muda amat menggusarkan, bukan kerana pertunjukan bunga api, tetapi pesta bebas antara lelaki dan perempuan dan juga akhlak mereka.

Terbaru tular video di media sosial menunjukkan perangai dan akhlak anak muda yang amat biadap terhadap polis dipercayai di Teluk Chempedak, Kuantan dalam acara menyambut tahun baru.

Hasil penelitian di dalam video terbabit mendapati orang ramai berusia antara 15 hingga 35 tahunberkumpul di tepi jalan tersebut dan terus menganggu anggota polis yang bertugas.

Rata-rata mengecam tindakan anak muda ini yang dikatakan amat biadap




Sesetengah menyeru Polis Diraja Malaysi untuk mengambil tindakan segera



Macam ini perangai anak-anak muda Tahun Baru 2019?

Pemikiran, Tindakan (tidak bertamadun dan biadab). Nilai-nilai yg semakin mundur.

Lokasi : Teluk Chempedak,Kuantan




Berbeza acara di Shah Alam, Selawat ganti persembahan bunga api, konsert artis

HUJAN tidak menghalang lebih 1,000 orang hadir berselawat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, sempena sambutan Tahun Baharu 2019.

Sambutan di bandar raya ini disambut dengan gema bacaan selawat berbanding acara percikan bunga api dan persembahan artis tempatan seperti kebiasaannya.

Tinjauan mendapati kawasan itu dipenuhi pengunjung yang menunggu detik 12 malam biarpun hujan bermula 9.30 malam tadi.

Bacaan selawat itu diketuai pendakwah terkenal Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid itu sebagai tanda kesyukuran kerana diberi rahmat oleh Allah SWT untuk melangkah ke tahun 2019.

Program Selangor Berselawat 2019 itu turut membabitkan kumpulan qasidah, Nur Ahli Badar dan artis tempatan, Lah Ahmad.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Sementara itu, Amirudin ketika berucap berkata, program berkenaan perlu dijadikan medium dan platform untuk membawa komuniti warga Selangor hadir bersama menyambut ambang 2019 dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.

“Hargai persaudaraan sesama kita dan jangan runtuhkannya. Jadilah kita berperanan membangunkan umat Islam,” katanya.

Sumber Metro tv

Artikel dari http://celotehsaje.com

Sumber Perangai Terlajak Biadap Dan Liar Anak-Anak Muda Pada Malam Tahun Baru 2019 Dikecam Berjemaah Oleh Netizen.

Aksi YB Syed Saddiq “merempit” pada malam tahun baru ini mendapat pelbagai respon lucu dan nakal dari netizen...



Pada malam tahun baru, Yg Syed Saddiiq tidak ketinggalan meraikan bersama-sama anak muda. Dengan menaiki motor RXZ, dia bersama beberapa buah  motor sikal merempit ke dataran. Tapi apa yang menjadi perhatian warganet ialah cara dia memegang belakang motor. Mungkin dia berasa tidak seleasa atau gayat

Aapa-apa pun yang dilakukan oleh Yb Syed Saddiq dalam mendekati anak-anak muda, beliau harus dipuji. Beliau sanggup turun bersama-sama untuk beramah mesra dengan warga kota untuk meraikan tahun baru 2019

Berikut komen2 nakal dari netizan:

“Takut jatuh ke. Asyik pegang besi belakang.”

“Bangla..kalo bonceng suka pegang belakang”

“Elok je muka takde kesan luka”

I”ni cara dia tawan anak mudaaa… Bermula dari matvrepit or mat motor hahaha”

“Pegang besi rack blkng tuh..aduh..kelako lah…xp3la ape2 pon die nk tgk ape yg org lain naik moto buat..so die buat..bgusla..tp jgn mule2 je mcm nie last2 xjadi ape..”

“Hati2…Nanti jatuh lagi…”

Kalau Bonceng Motor, Bahagian Mana Korang Akan Pegang? Lihat Jawapan Di Sini



Korang mesti pernah naik motor kan? Kalau korang bonceng motor, tangan korang akan automatik pegang pada bahagian mana? Bahu, pinggang, belakang ataupun korang takkan pegang apa-apa? Sebab apa kami tanya? Haa lepas korang dah pilih, korang akan tahu personaliti diri korang sebenarnya macam mana.

Apa-apapun, pilih dulu antara keempat-empat jawapan ni. Kemudian, rujuk keterangan jawapan seperti di bawah:

A. Pinggang
Seorang yang romantis, sukakan kehidupan, manja dan sentiasa mahu dilindungi oleh seseorang. Pasangan yang sesuai untuk korang adalah mereka yang matang, stabil dan sama romantis macam diri korang jugak! Lagi satu, korang ni merupakan boleh dikatakan sentiasa memerlukan seseorang bersama-sama setiap masa. Mungkin boleh dikategorikan sebagai seorang yang clingy terhadap rakan dan pasangan.

B. Bahu
Korang mementingkan kualiti hidup. Korang gemar berjalan-jalan dan menikmati aktiviti luar. Maknanya, korang ni seorang yang suka explore dan tak hanya duduk di satu tempat saja. Orang kata tak boleh duduk diamlah, mesti ada je benda korang nak buat. Korang turut mengharapkan pasangan yang mempunyai minat yang sama dan menghargai diri korang sepenuhnya.

C. Tak pegang apa-apa
Korang merupakan seorang yang suka membuatkan orang ketawa dan bahagia. Korang sukakan kehidupan yang ceria dan very lively. Kiranya sesiapa saja suka berkawan dan senang bergaul dengan diri korang ni sebab personaliti ceria yang korang ada tu.

D. Belakang
Seorang yang sangat realistik dan jujur. Kalau korang rasa perkara tu salah, korang akan cakap salah. Korang sangat sukakan ketenangan dan hidup yang sederhana. Orang yang memeiliki personaliti ni selalunya tak kisah pun kalau kena terperap duduk di rumah sebab korang bukan orang yang cepat bosan.

artikal by: celotehsaje.com

Sumber Aksi YB Syed Saddiq “merempit” pada malam tahun baru ini mendapat pelbagai respon lucu dan nakal dari netizen...

Tahniah! Artis Popular Elfira Loy Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Khairol Faris Anuar



Perkahwinan pasangan Elfira Loy dan Khairol Faris Anuar antara yang paling ditunggu-tunggu selepas mereka mengikat tali pertunangan pada September lalu.

Malah, pasangan itu juga kini rancak merencanakan hari bahagia yang dijangka bakal berlangsung pada awal Januari 2019.

Dalam pada kemeriahan orang ramai meraikan kedatangan tahun 2019, Gempak mendapat perkhabaran gembira tentang majlis resepsi pasangan Elfira dan Faris ini.

Difahamkan kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari. Wow kan?

Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.



Malah, Gempak juga dimaklumkan Elfira telah memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.

Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.

Semoga urusan majlis pernikahan Elfira dan Faris nanti dipermudahkan. Tahniah!

Foto: Sheng Saw, Eh Malaysia





Enggan Tunggu Lama, Elfira Loy Dikatakan Bakal Nikah Januari Depan



Berita yang mengatakan pelakon Elfira Loy bertunang dengan jejaka bernama Faris Khairol Anuar sudah tersebar luas semalam.

Terbaharu, Gempak dimaklumkan Elfira bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Pengurus Besar syariakat telekomunikasi itu pada Januari tahun hadapan.

Difahamkan pelakon itu tidak mahu mengambil masa yang lama selepas gagal dalam pertunangannya bersama penyanyi Sufian Suhaimi sebelum ini.

Menurut sumber terdekat dengannya, Faris juga baru sahaja putus cinta pada awal tahun ini sebelum berjumpa dengan Elfira.

Pasangan ini dilaporkan baru beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini.

Foto: Gempak/ IG Elfira Loy

Sumber Tahniah! Artis Popular Elfira Loy Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Khairol Faris Anuar

Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018, No.1 Paling Menggemparkan Dunia Tanahair...



Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan sebuah perkahwinan yang kekal bahagia selamanya.

Namun, tidak semua perkahwinan itu berjaya dipertahankan kerana jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan.

Selebrtiti juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melalui kisah duka dalam hidup mereka.

Tahun 2018 menyaksikan beberapa kes penceraian artis dan telah menjadi perhatian ramai pihak.

Berikut Astro Gempak senaraikan selebriti yang bercerai pada tahun 2018:

1) Ude dan Intan Liana Saleh


Ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan itu terlerai apabila Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, melafazkan talak satu terhadap Intan Liana Saleh, 33, pada 22 Mac 2018.

Suasana tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila suami kepada aktres Izreen Azminda iaitu Ude melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan.

Suasana dalam galeri sebelum itu pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami-isteri sebelum lafaz dibuat Ude.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

2) Nazim Othman & Bella Dally



Setelah khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pasangan ini sudah bermasalah, akhirnya perkahwinan yang baru berusia hampir dua tahun itu terlerai jua apabila kedua-dua sebulat hati setuju untuk membawa haluan masing-masing.

Nazim, 33, mengakui dia telah menceraikan Bella atau nama penuhnya Nabila Ali Dally di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah, pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, punca perceraian mereka tidak didedahkan kepada umum dan kedua-duanya memilih untuk mengunci rapat mulut mereka.

3) Ziana Zain & Armin Zaharin



Kemelut rumah tangga penyanyi Ziana Zain akhirnya bertemu titik nokhtah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada 12 Julai 2018.

Armin membuat lafaz itu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah dalam dunia hiburan negara pada ketika itu kerana ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

4) Natasha Hudson & Carleed Khaza


Pelakon Natasha Hudson mengakui sudah bercerai dengan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal secara baik pada tahun ini.

Desas-desus penceraian ini telah tersebar selepas Natasha memuatnaik satu status pada 25 September lalu yang memaklumkan dirinya sudah kembali sendiri.

Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.

Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

Namun, Natasha tidak mendedahkan punca dan tarikh sebenar dia dan suami bercerai.

Pada 7 Disember 2018, Natasha selamat berkahwin buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.

Pasangan itu diijab kabul pada jam 8.30 malam dalam majlis sederhana di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

5) Deja Moss & Azfendy Azzuddin



Kemelut rumah tangga antara penyanyi Deja Moss dengan suaminya, Azfendy Azzuddin akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur,  pada  24 Oktober 2018.

Azfendy, 39, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Noranizan Mohd Sufian selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan plaintif (Azfendy) untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang difailkan pada 5 Mac lalu.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak.

Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Malah, Deja juga mendedahkan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.

6) Zul 2 By 2 & Isma



Setelah sekian lama membiarkan status rumah tangganya menjadi teka-teki, akhirnya penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7, Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 38, mengakui telah berpisah dengan komposer Zul 2 By 2.

Tidak memberitahu bila tarikh perkahwinannya berakhir, Isma hanya mengesahkan perceraian itu berlaku awal tahun ini.

Isma yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Tomok berkahwin dengan Zul pada 16 April 1998.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

7) Amelia Henderson & Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar



Pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson akui sudah berpisah dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada tahun ini.

Amelia bagaimanapun enggan berkongsi tarikh sebenar dia dan bekas suami membawa haluan masing-masing.

Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Memutuskan untuk bercerai setelah bertahun-tahun bersama tentu bukan hal yang mudah.

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka selepas ini.

Sumber : Gempak.com

Sumber Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018, No.1 Paling Menggemparkan Dunia Tanahair...

Muat Naik Video Bersama Kekasih Dilaman IG, Pelakon Popular Johan As'ari Ditegur Netizen Kerana Membiarkan...



Pelakon Johan As'ari telah berkongsi sebuah video yang memuatkan beberapa keping foto bersama teman wanitanya, Nazejulaiti.

Menerusi entri terbaharu di IG, Johan mendedahkan rupa kekasih hatinya serta menulis kapsyen yang menunjukkan hatinya sudah dimiliki.

"Menantimu adalah keputusan terindah ketika jarak memisahkan kita kerana mencintai mu adalah ingin ku," tulis Johan.

Rata-rata rakan artis serta pengikut mengucapkan tahniah serta mendoakan semoga hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Namun, ada segelintir peminat yang menegur Johan kerana berkongsi beberapa keping foto teman wanitanya ketika tidak bertudung.

"@aydaamirarose99: Agama kuat, baca al quran sedap.. Kenapa girlfriend dedah aurat?"

"@epulgary: Bro, bukan nak sibuk tapi nak nasihat atas dasar kita saudara seagama, delete la post ni sbb dah buka aurat insan yang tersayang. Takde gunanya post video ngaji dan belajar agama kalau post aurat insan yang tersayang ni. Andai nasihat ni menyakitkan hati, maafkan saya sebab saya nasihat atas dasar kita saudara seagama."








Sumber : gempak.com

Sumber Muat Naik Video Bersama Kekasih Dilaman IG, Pelakon Popular Johan As'ari Ditegur Netizen Kerana Membiarkan...

Penuntut IPTA dan pekerja kilang dicekup ketika melepaskan rindu



MELAKA: Angkara ingin melepaskan rindu sebelum bertolak balik ke kampung halamannya, seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) bersama teman lelakinya, dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sempena Ops Ambang Tahun Baharu, awal pagi ini.

Pasangan kekasih berusia 22 tahun itu, ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Berendam, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi.

Lelaki yang bekerja kilang di daerah ini mendakwa, teman wanitanya itu dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman di Kelantan dari Selangor namun terlebih dulu singgah di Melaka untuk bertemunya.



Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani, berkata operasi itu diadakan bagi memastikan sambutan tahun baharu tidak dicemari kegiatan ma ksiat.

Beliau berkata, sebanyak enam hotel bajet diperiksa dan hasilnya enam individu ditahan selepas didapati tinggal berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram.

“Tiga pasangan yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 27 tahun, dan ketika pemeriksaan dilakukan mereka gagal menunjukkan dokumen sah mengatakan mereka adalah pasangan yang sah.


“Malah penguat kuasa mengambil masa kira-kira 30 minit mengetuk pintu didiami pelajar IPTA itu sebelum mereka memberikan kerjasama dan membukanya,” katanya.

Rahimin berkata, pasangan ini memberikan bermacam alasan antaranya cuma singgah sekejap, hanya tinggal sebilik tetapi tidak melakukan apa-apa untuk tidak diambil tindakan.

“Alasan itu hanya sia-sia kerana perbuatan bersekedudukan atau berkurung sehingga mendatangkan syak adalah suatu kesalahan.

“Semua mereka ini akan ditahan dalam tempoh 24 jam untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua enam individu ini akan disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung mendatangkan syak.

Sumber : Berita Harian

Sumber Penuntut IPTA dan pekerja kilang dicekup ketika melepaskan rindu

‘Anak-anak akan berdoa bertemu kami di syurga’ – Bapa



“BIARPUN sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah. Insya-Allah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di Syurga,” kata Zawawi Wahab, 42, selepas kesemua jenazah anaknya itu ditemui, hari ini.

Zawawi berkata, dia menerima berita berhubung tragedi yang berlaku ke atas ketiga-tiga anaknya itu kira-kira 7 malam semalam.

“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.



“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga pada pagi kejadian ketika saya membawa mereka membeli buku pelajaran,” katanya.

Katanya, selepas menerima berita sedih itu, dia dan isterinya segera bertolak ke Dungun dan tiba di Dungun 1 pagi tadi.

“Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan kesemua anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata,” katanya.

“Alhamdulillah kesemua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,” katanya.



Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja pulang bercuti di Hatyai, Thailand, Sabtu lalu.

“Saya mengizinkan ketiga-tiga anak mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa ahli keluarga lain bercuti ke Dungun selepas dijemput kenalan di sana,” katanya.

“Saya dan isteri tak ikut kerana kepenatan serta terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting termasuk persekolahan anak-anak,” katanya.

Zawawi berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak berkuasa termasuk penduduk kampung yang bertungkus membantu sehingga kesemua anaknya ditemui.

Sumber ‘Anak-anak akan berdoa bertemu kami di syurga’ – Bapa

Siklon tropika badai negeri Kelantan dan Terengganu pada 2-3 Januari 2019



KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan memaklumkan, fenomena itu bergerak ke arah barat laut berdekatan pantai di negeri berkenaan sekali gus membawa kepada kejadian hujan lebat.

Tambah kenyataan itu, angin kencang melebihi 40 kilometer sejam (kmsj) juga dijangka melanda negeri tersebut dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada struktur-struktur binaan tidak kukuh serta menumbangkan pokok-pokok.

“Sehubungan itu, amaran yang dikeluarkan pada Jumaat lalu dikemas kini dan akan berkuatkuasa pada 2 dan 3 Januari ini.

“Situasi ini akan menjejaskan beberapa lokasi berisiko termasuk di jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan manakala di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu pula bagi negeri Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Tambah Jabatan Meteorologi, angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmj dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan dan Terengganu dalam tempoh tersebut. – UTUSAN ONLINE

Waspada ribut Siklon Tropika landa Kelantan!

KOTA BHARU – Penularan berita Ribut Siklon Tropika yang dikatakan akan melanda Kelantan, masih berada di peringkat jangkaan awal.

Pengarah Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria berkata, penularan tersebut bukan daripada sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) sebaliknya berdasarkan jangkaan satu model Ramalan Cuaca Numerical (NWP).


Menurutnya, Jabatan ini sedang memantau rapi perkara itu dengan sebaiknya dan berharap orang awam peka dengan amaran dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta dapat mengehadkan aktiviti pantai.

Beliau berkata, nelayan yang menggunakan bot kecil juga perlu berhati-hati kerana angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

“Buat masa ini, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran waspada bagi hari ini sehingga esok 31 Disember 2018 bagi kawasan pantai Sabah dan Sarawak kerana jangkaan kehadiran sistem ribut tropika itu di Laut Cina Selatan.



“Amaran waspada juga turut dikeluarkan di Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai berikutan angin kencang Timur Laut yang dijangka melanda Pantai Timur Semenanjung pada masa yang sama,” katanya.

Katanya, sebarang maklum balas boleh didapati menerusi laman sesawang www.met.gov.my atau melalui aplikasi mobile myCuaca.

Sumber Siklon tropika badai negeri Kelantan dan Terengganu pada 2-3 Januari 2019

'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas



Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini semasa pengkebumian jenazah tiga beradik yang lemas dalam tragedi di Pantai Sura, Dungun, Terengganu.

Jenazah tiga beradik itu, Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sufia Zawawi, 8, dan Nurain Sasabila Zawawi,5, selamat disemadikan dalam satu liang lahat pada jam 6.55 petang.



Terdahulu jenazah tiga beradik itu tiba di Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang dan kemudian disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih 300 sanak-saudara termasuk penduduk kampung hadir ke pengkebumian tersebut.

Solat jenazah diimamkan Adun Gual Periok, Datuk Muhammad Awang.

Semalam, tiga beradik ini lemas selepas ditelan ombak besar ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun.



3 beradik selamat dikebumikan

“Sebaik tiba dari Hatyai, Thailand, kelmarin, tiga cucu berebut memberi kekacang kepada saya dan mereka tidak putus memberi ciuman di pipi serta bersalaman.

“Ia menjadi kenangan terakhir kerana tiga beradik itu sangat rapat dan sering melawat saya serta neneknya,” kata Wahab Mat Adam, 80, datuk kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, hari ini.

Wahab berkata, lima beranak itu singgah di rumahnya di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, Kota Bharu untuk memberi buah tangan yang dibeli di Hatyai.

Katanya, sebelum azan Maghrib, anaknya, Zawawi Wahab, 42, menantu, Nur Syahida Abdullah, 36, dan tiga cucu masing-masing, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, pulang ke rumah mereka di Kampung Pangkal Pisang, Peringat.

Wahab berkata, tiga cucunya itu sangat peramah dan tidak menunjukkan sikap pelik.

Katanya, beliau mengetahui kejadian yang menimpa tiga cucunya jam 8 malam semalam selepas dimaklumkan seorang cucunya.

“Pakcik tidak pergi ke Dungun kerana menghidap sakit jantung dan menunggu di rumah. Saya reda dengan kejadian ini dan berharap anak serta menantu tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Terdahulu, tiga beradik berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang jam 6.55 petang, hari ini.

Jenazah mereka tiba di Masjid Mukim Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang diiringi ibu bapa dan ahli keluarga dari Hospital Dungun, Terengganu.

Jenazah mereka kemudian disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan penduduk kampung.



Ibu tiga kanak-kanak itu hampir pengsan sebaik melihat tiga jenazah anaknya masuk ke dalam liang.

Sementara itu, sepupu mangsa, Ahmad Syafiq Abdul Aziz, 23, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur di rumah inap di depan Pantai Sura.

“Ibu saudara mengejutkan saya dan memaklumkan tiga sepupu ditarik ombak. Tanpa berlengah saya berlari dan terjun ke pantai.

“Saya mencuba sebanyak tiga kali termasuk menggunakan pelampung, namun ditolak ombak naik ke atas. Saya dapat lihat tiga sepupu itu berada di tengah-tengah laut,” katanya.



Perkarangan Masjid Mukim Kampung Rahmat, di sini sunyi sepi sebaik sahaja Zawawi Wahab, bapa kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura, Terengganu mengucup jenazah anak-anaknya satu persatu sebelum upacara pengebumian diteruskan petang ini.

Tiada kata-kata mampu diluahkan si bapa yang berusia 42 tahun ketika itu, namun kucupan lama serta penuh kasih sayang yang disusuli air mata hiba seolah-olah menitipkan pesanan terakhir, 'bersemadilah dengan tenang anak-anakku'.

Jenazah tiga beradik, Nurain Fatma Zawawi, 10; Nurain Sufia, 8, serta Nurain Sasabila,5, selama tiba di Kampung Rahmat pada pukul 6.15 petang ini dan selamat disemadikan bersama dalam satu liang lahad pada pukul 6.55 petang.

Kira-kira 300 sanak-saudara dan penduduk setempat hadir menyaksikan pengebumian serta memberi penghormatan terakhir kepada mereka bertiga.

Terdahulu, solat jenazah tiga beradik berkenaan diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Datuk Muhammad Awang bersama orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan lemas dan dihanyutkan arus setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir Pantai Sura.

Mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi ini, lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.

Sementara kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai orang awam terdampar di pesisir pantai kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE

Sumber 'Bersemadilah dengan tenang, anak-anakku' - Suasana hiba iringi pengkebumian tiga beradik lemas

"Ini belum u-turn lagi, ini traffic light" - Ini terang-terang tibai, sindir Najib



SHAH ALAM - Minggu lepas, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan harga petrol dijangka turun bermula esok, 1 Januari 2019, selepas mengambil kira trend penurunan harga minyak sepanjang Disember 2018.

Begitupun, hari ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal buat masa beberapa hari pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18.
Perkhabaran terbaharu itu mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat tidak senang dengan keputusan tersebut.

“Ini belum u-turn lagi. Ini traffic light (lampu isyarat). Ini bukan lagi senyap-senyap tibai.
“Ini sudah terang-terangan tibai 30 sen setiap liter. Beratus juta ringgit cukai petrol untuk minggu ini lagi. Tibai dua bulan lebih, mana cukup?

“Tahun baharu, rakyat basah lagi,” tulis Najib di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, Najib ketika membuat siaran langsung di Facebooknya menyifatkan PH sebagai sebuah kerajaan yang gagal dan bersikap sambil lewa dalam melunaskan janji mereka kepada rakyat terutamanya berkaitan menurunkan harga minyak.

“Harga pasaran minyak dunia telah menurun dengan begitu signifikan, sepatutnya langkah pengapungan harga minyak dilakukan serta merta dan rakyat akan dapat faedah daripadanya.
"Sepatutnya, inilah peluang untuk kerajaan PH melunaskan janji mereka. Mereka janji, kalau hari ni menang esok harga minyak akan turun kepada RM1.50 seliter.

“Tapi mereka mengambil langkah, melengah-lengahkan pengurangan harga minyak sehinggakan isu ini dibangkitkan oleh saya dan beberapa pihak lain,” katanya.

Najib menambah, kerajaan PH sepatutnya bertindak segera melaksanakan pengapungan harga minyak namun mereka tidak berbuat demikian.

Pada 24 Disember lalu, kerajaan mengumumkan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai esok.

Guan Eng berkata, langkah itu sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, Guan Eng hari ini dalam kenyataannya memaklumkan apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi

Menurut beliau, pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subsidi petrol RON95 secara bersasar pada pertengahan tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan mengikut harga pasaran.

Sumber : Sinar Harian

Sumber "Ini belum u-turn lagi, ini traffic light" - Ini terang-terang tibai, sindir Najib

Harga minyak petrol RON 95 dan diesel tak jadi turun malam ini - Menteri Kewangan



HARGA minyak dilaporkan tidak akan berubah, atau dalam kata lainnya tak jadi turun malam ini. Ini bermakna selepas tengah malam ini pun, minyak petrol RON95 akan kekal pada harga RM2.20 seliter.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di mana harga bahan api tidak akan berubah untuk minggu pertama tahun 2019.

Katanya bahan api RON97, RON95 dan diesel akan kekal pada harga RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 masing-masing bagi setiap liter, sehinggalah kerajaan menetapkan harga-harga runcit bagi produk petroleum itu di hujung minggu pertama bulan Januari tahun 2019.

"Jemaah kabinet akan bermesyuarat pada 2 Januari, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menentukan harga runcit produk petroleum pada tahap yang optimum," katanya.



Menurutnya, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk menggunakan harga apungan secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga selaras dengan turun naik harga petrol dunia.

Ia juga mengambil kira pandangan pihak berkepentingan, termasuk Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), yang menentang mekanisma pengapungan harga berkenaan.

"Dr Mahathir juga akan bertemu dengan PDAM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa (31 Disember 2018).

Kata Lim, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan dasar menstabilkan harga runcit petrol, dan dalam masa yang sama melaksanakan satu harga tetap (harga siling) yang akan menguntungkan rakyat.

"Ini bermakna jika harga petrol dunia turun, harga runcit petrol akan diturunkan untuk manfaat pengguna,"



"Namun jika harga (minyak dunia) naik, pengguna akan dilindungi kerana harga runcit petrol akan kekal pada paras RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel menerusi pemberian subsidi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.35 seliter mulai tengah malam ini.

Sumber : milosuam.net

Sumber Harga minyak petrol RON 95 dan diesel tak jadi turun malam ini - Menteri Kewangan

Wanita Muda Ini Bagi Nasihat Pedas kepada Linda Rafar Jangan Menipu Orang, Jual Jus Rawat Ka nser Padahal Mak Tengah Sakit



Kecoh di media sosial sepanjang minggu ni apabila artis Linda Rafar tidak berpuas hati dengan nurse di sebuah hospital kerajaan sebab lambat tukar cadar maknya yang sakit.

Puaslah pihak yang satu lagi pun nak defend diri sendiri sampai ada yang ugut nak racun maknya.

Fuh, bawa-bawa istighfar semua. Hal ni boleh settle elok-elok je sebenarnya.

Nasihat jangan tipu orang

Dalam orang dok berkata perihal mak Linda Rafar yang sakit tempoh hari, wanita ni pula keluarkan statement supaya artis berkenaan jangan menipu orang.

Aih, dah kenapa pula ni? Apa cerita?



Jus lawan s el k a nser, cuma RM49.90

Di laman Instagramnya, Linda ada mempromosikan jus Uno1 Classic yang didakwa mampu membantu melawan s el ka n ser secara semulajadi.

Harganya pun cuma RM49.90. Kira murahlah sikit dibandingkan dengan jus-jus ‘rawatan’ lain yang dijual kat luar sana.



Jus yang mengandungi bahan-bahan seperti daun belalai gajah, strawberi, beri acai dan air zam-zam didakwa juga boleh membantu pesakit yang ada penyakit seperti k an ser, teka nan da rah tin ggi, diab etes dan buah pi nggang.

“Ingatkan kaya sangat..”

Setuju dengan kenyataan wanita ini, ramai yang suggest Linda Rafar gunakan maknya sebagai testimoni jus yang dijual.

Bak kata diorang,  buat apa hantar mak kat hospital kalau jus tu boleh jadi ubat? Hmm..



Tak pasti kebenaran dakwaan jus yang dijual Linda Rafar ni tapi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati.

Kalau betullah jus dijual tu merosakkan lagi, apa kata pergi buat report ke Kementerian Kesihatan? Cuma dinasihatkan jangan ada pihak yang bertindak melulu sampai mengugut satu sama lain.

Sumber: Lobakmerah.com

Sumber Wanita Muda Ini Bagi Nasihat Pedas kepada Linda Rafar Jangan Menipu Orang, Jual Jus Rawat Ka nser Padahal Mak Tengah Sakit