Jumat, 30 November 2018

Sebenarnya punca kos sara hidup naik di Malaysia adalah kerana kenaikan gaji - Atuk Mahathir



Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup.

“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan portal berita Free Malaysia Today (FMT).

Atas alasan itu, Dr Mahathir yang meletak jawatan pada 2003 selepas 22 tahun memerintah, tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak menaikkan gaji kakitangan awam kerana langkah itu meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan.



Dr Mahathir berkata, Abdullah yang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2003, dan Najib memburukkan lagi beban itu, dengan menaikkan gaji penjawat awam dalam usaha untuk membeli kesetiaan mereka.

“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25 peratus.

“Dari mana datangnya wang untuk itu? Anda dapat wang itu dengan mengecilkan belanja pembangunan.

“Anda berkata perkhidmatan awam tidak menjadi lebih cekap walaupun saiznya bertambah 60 peratus.

“Jadi produktiviti tetap sama, bukannya lebih baik,” katanya seperti yang dipetik dari FMT

Beberapa hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei tahun ini, Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan awam kenaikan gaji pada Julai yang akan menelan belanja sebanyak RM1.46 bilion.

Dr. Mahathir berkata, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan Pakatan Harapan.



Katanya, penambahan kakitangan awam juga turut memberikan bebanan kewangan kepada kerajaan.

“Mereka menambah bilangan pekerja, daripada satu juta ketika saya berundur kepada 1.6 juta orang.

“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang dua kali setahun. Mula-mula 10 peratus dan kemudian 10 peratus lagi,” katanya.

Kata Dr. Mahathir, saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar menjadi kebimbangan sejak sekian lama kerana perbelanjaan mengurus memakan sebahagian besar daripada belanjawan negara setiap tahun.

Pada 2003, ketika Dr Mahathir menamatkan penggalnya sebagai perdana menteri ke-4, kerajaan membelanjakan RM22 bilion untuk gaji penjawat awam.

Pada 2016, angka itu naik berganda kepada RM76 bilion.

Sementara itu, pencen penjawat awam pada 2016 adalah RM19 bilion, berbanding RM5.9 pada 2003.

Sumber : Utusan

Sumber Sebenarnya punca kos sara hidup naik di Malaysia adalah kerana kenaikan gaji - Atuk Mahathir

Abang bomba sudah ramai tahu memang hebat, tapi si kecil ini pula ternyata sangat pintar apabila...



LELAKI berdepan detik cemas apabila dua anaknya terperangkap di dalam kereta ketika dia memberhentikan kenderaannya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada jirannya di Bandar Sunway, Subang Jaya, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, lelaki terbabit menghubungi bomba memaklumkan dua anaknya berusia tiga tahun dan sembilan bulan terperangkap dalam kereta pada 6.35 petang.



“Sepasukan anggota bersama satu jentera bergegas ke tempat kejadian dan tiba 10 minit kemudian sebelum mendapati seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dan kakaknya berusia tiga tahun terperangkap dalam kereta Mini Cooper dengan enjin masih hidup.

“Memandangkan kereta itu tidak boleh diumpil, anggota bomba cuba untuk mengajar kanak-kanak berusia tiga tahun itu membuka kunci kereta itu.

“Mereka bermain-main dengan kanak-kanak itu menggunakan alat seperti lampu suluh sehingga akhirnya kanak-kanak itu mengikuti arahan anggota bomba untuk membuka kunci kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syed Shahril Anuar berkata, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk menunjukkan kanak-kanak itu cara untuk membuka pintu.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit suka bermain dengan anggota bomba dan mereka mengambil masa untuk melayannya kerana kanak-kanak agak sukar dijangka perangai mereka.

“Kami berasa lega akhirnya dia berjaya mengikut arahan untuk membuka sendiri pintu kereta itu,” katanya.

Mesti BACA!

Sanggup Menyorok Selama 3 Jam Di Bawah Bas Yang Bergerak Sejauh 80 Kilometer, Kisah Dua Beradik Ini Buat Netizen Sedih



Dua kanak-kanak sanggup menyorok dibawah bas sepanjang 80 kilometer (km) perjalanan selama tiga jam semata-mata mahu berjumpa ibu bapa mereka yang bekerja di bandar.

Kanak-kanak tersebut dipercayai datang dari sebuah perkampungan miskin di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi.



Menurut sumber Southern Morning Post, kanak-kanak berusia sekitar lapan dan sembilan tahun itu, ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan apabila bas berkenaan berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

“Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata seorang pekerja stesen bas.



Anggota badan kanak-kanak terbabit dipenuhi lumpur kerana terlibat dengan perjalanan yang agak jauh sebelum dibantu oleh pekerja stesen itu yang mencuci pakaian dan memberi makanan kepada mereka.

Sementara itu, mereka menumpang bas yang membuat perjalanan dari Nazuo ke Baise kerana diberitahu saudara-mara bahawa ibu bapa mereka bekerja di sana



“Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka,”kata pekerja itu.




Keluarga kanak-kanak itu mengambil mereka selepas mendapat maklumat mengenai penemuan mereka pada petang hari yang sama.

Sumber : BBC



Sumber Abang bomba sudah ramai tahu memang hebat, tapi si kecil ini pula ternyata sangat pintar apabila...

Jika Anak Anda Kurus Sangat, Ibu Sila Bagi Dan Amalkan Minuman Ni. Boleh Tambah Berat Dan Tenaga, Senang Sangat Nak Membuatnya...



Ibu mana tak risau bila melihat keadaan bentuk badan anaknya yang kurus kering akibat tiada selera makan. Lagi-lagi sering kali pula ditegur oleh orang sekeliling berkenaan bentuk fizikal anak tersebut. “Kenapa kurus sangat anak kamu ni, tak kasi makan ke?”, “Anak tak nak makan ke jadi macamtu?”, “Kesiannya tengok anak kamu ni, macam tidak cukup zat.” dan pertanyaan-pertanyaan ini terus sering didendangkan di telinga anda. Akhirnya membuatkan kita sebagai ibu semakin bimbang dan tertekan.

Sewajarnya kita akan mencari penyelesaian agar anak yang sedang membesar dibekalkan dengan zat yang secukupnya. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan minuman yang berkhasiat seperti mana resipinya telah dikongsikan oleh Puan Norliza ini.

Ikuti perkongsiannya untuk manfaat bersama!

Oh ya, selain itu tips ini juga sesuai untuk semua golongan, kaum lelaki dan kanak² yang mempunyai berat badan yang kurang pun sesuai mengamalkan, InsyaAllah. Seseuai juga diamalkan kepada ibu berpantang serta ibu mengandung yang merasakan diri mereka kurang tenaga

Kesemua bahan ini terlalu banyak khasiat, lebih² lagi ianya adalah makanan sunnah.

Bahan-bahan

Segelas susu
Sesudu besar kismis (kalau nak guna kurma pun boleh, tapi jangan campur kurma dan kismis)
rendam 2jam
Sesudu besar badam
rendam 6jam atau semalaman.
Sesudu kecil madu

Cara penyediaan:

Campurkan semua bahan dan kisar.
Setelah sebati boleh tapis untuk minum, tapi saya suka tak bertapis sebab dapat rasa crunchy² badamnya.
Minum 2x sehari setiap hari.

sumber : Norliza Mohd Salleh

Artikel menarik lain

Kebaikan Minyak Yang Dibacakan Surah Al Fatihah Penawar Taun, Luka, Kudis Dan Penyakit Kulit



Kita usaha dan yakin dengan kebesaran Allah SWT. DIA boleh menjadikannya bila-bila masa sahaja. DIA memulihkan penyakit yang berjangkit jika manusia itu berusaha dengan mengamalkan ayat-ayat Quran iaitu penawar segala penyakit.

Kebaikan Minyak Yang Dibacakan Surah Al Fatihah
Bacakan Al Fatihah sebanyak 70 kali ke dalam apa jua minyak (minyak masak, zaitun, minyak angin atau minya urut) dan setelah itu simpanlah dengan baik dan jangan dilangkah. Amat baik bagi mengubati penyakit angin, lumpuh, bagi menguatkan saraf, sakit belakang dan pinggang.

Sapulah atau gosoklah di tempat yang sakit itu.

Nota:
Sebelum menyapu minyak haruslah sedekahkan Al Fatihah dahulu kepada Rasulullah SAW, sahabat2 baginda dan seluruh umat muslimin muslimat dan selawat 3 kali.. Kemudian sapulah ditempat yang sakit dengan yakin bahawa Allah SWT itu penyembuh segala sakit.

Surah Al Fatihah Penawar Taun, Luka, Kudis Dan Penyakit Kulit

Jika untuk mengubati penyakit TAUN bacakan surah Al Fatihah sebanyak 41 kali ke atas si penderita dan hembuskan ke atasnya. InsyaAllah pulih dengan izin-Nya

Jika untuk penyakit LUKA, KUDIS dan PENYAKIT KULIT pula bacakan surah Al Fatihah sebanyak 7 kali. Kemudian ludahkan ke atas kapas yang bersih dan tampalkan ke tempat yang berkenaan. InsyaAllah akan sembuh segera dengan izin-Nya.

Nota
Kita usaha dan yakin dengan kebesaran Allah SWT. DIA boleh menjadikannya bila2 masa sahaja. DIA memulihkan penyakit yang berjangkit jika manusia itu berusaha dengan mengamalkan ayat2 Quran iaitu penawar segala penyakit. Membaca Quran setiap hari tidak ada ruginya selagi kita mampu membacanya. Percayalah setiap huruf yang kita baca, beribu pahala yang Allah SWT berikan dan ia juga menguatkan ingatan dan keimanan kita.

Sumber : Nasihatpakcik

Sumber Jika Anak Anda Kurus Sangat, Ibu Sila Bagi Dan Amalkan Minuman Ni. Boleh Tambah Berat Dan Tenaga, Senang Sangat Nak Membuatnya...

'Sakitnya tangan kena cengkam, rupanya contraction isteri dah mula' - Suami Mithali



APA sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami.

"Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room".

Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini. Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang-tenang je masuk labour room.

Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial-kial nak isi buku pelawat. Tiba-tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain-lain. Pengawal itu pun dah pandang semacam je.

Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala-ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi.

"Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit", kata saya kepada diri sendiri.

Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.

Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.

"Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang", kata isteriku sambil tersenyum manis.

Tiga kali dah saya di sini. Tiga kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada. Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang doktor pelatih lelaki. Awal-awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak doktor perempuan sahaja.

"Boleh, jangan bimbang" katanya.

Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.


"Puan nak makan ubat tahan sakit tak?", soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. 

Kami pun macam terpinga-pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby okey dan bukaan baru 4 cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.

Sambil berbual-bual, saya urut-urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar-sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.

Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya "contraction" isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.

Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa-apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila "contraction" itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.

Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5 cm katanya. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.

"Eh, dah boleh dah ni. 8 cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?".

Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba-tiba masuk dua orang doktor pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.
 
Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.

Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
Jangan teran sikit-sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama - lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut-sangkut.

Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.

Set masa bila nak buat "final push". Masa ni ialah masa untuk teran habis-habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.

Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya "nak potong apa? Jangan!". Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.

Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam-dalam dan bersama dengan saya, kami sama-sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.

Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde apa-apa, tapi sebenarnya amat membantu isteri.

Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali-kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.

Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah-muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.



Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga-bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..

Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.

Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.

Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam - jam menunggu.
Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.

Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.
Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.

Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.

Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.

Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.

Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE.

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.

BroOhsem - 1251 patah perkataan.

Sumber artikel : TheReporter


Sumber 'Sakitnya tangan kena cengkam, rupanya contraction isteri dah mula' - Suami Mithali

Tun Mahathir sangat-sangat puas hati dengan prestasi prestasi dua menteri kabinet Maszlee, Waytha Morthy



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bukan ‘sekolahkan’ dua menteri seperti diperkatakan Datuk A Kadir Jasin yang disiarkan dalam blog Penasihat Media Khas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau hanya bercakap biasa dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy.

“Saya cuma cakap dengan mereka. Tiada kuliah (sekolah), cuma cakap saja,” katanya kepada media selepas hadir Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, A Kadir tampil menyuarakan isi hati menggunakan kapasiti peribadi di blognya



Teguran berbaur sindiran A Kadir itu ditujukan kepada Waytha Moorthy dan Maszlee yang masing-masing terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, sejak kebelakangan ini.

A Kadir berkata, Maszlee menerima ‘syarahan’ oleh Perdana Menteri kerana sepatutnya berhenti menukar imej sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan ibu bapa.



Selain itu, katanya, tindak tanduk Waytha Moorthy yang juga menteri lantikan Senator itu dalam insiden keganasan Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional, selaras portfolio beliau dalam Kabinet.

Ditanya adakah Perdana Menteri berpuas hati dengan prestasi kedua-dua menteri itu setakat ini, Dr Mahathir berkata ‘ya’.

Dr Mahathir berkata, selepas kedua-dua individu itu dilantik menyertai Kabinet, mereka sedang melakukan yang terbaik untuk kementerian masing-masing.

“Ya...ya (puas hati). Mereka sedang lakukan yang terbaik,” katanya ringkas.

Artikel berkaitan

Waytha, Maszlee kena 'sekolah'



KUALA LUMPUR: ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini kerap mengundang isu sehingga sering menghiasi halaman depan akhbar disaran lebih berhati-hati dan ‘tunduk’ kepada nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Teguran berbaur sindiran oleh penulis blog The Scribe, Datuk A Kadir Jasin itu ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang masing-masing terpalit dengan pelbagai kecaman dalam kalangan masyarakat, mutakhir ini.

Kadir yang tampil menyuarakan isi hati menggunakan kapasiti peribadi menyifatkan, tindak tanduk menteri lantikan senator itu dalam insiden keganasan Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield tidak membantu mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional, selaras portfolio beliau dalam Kabinet.

“Perdana Menteri sudah menasihatinya, tetapi Dr Mahathir baik hati dan kalau marah pun ada orang tak sedar, jadi Waytha Moorthy yang belum lama kenal beliau janganlah ‘gung-ho’ (teruja) dan selesa sangat dengan kedudukannya.

“Ingatlah, anda bukan dipilih oleh rakyat jelata, sebaliknya senator lantikan Yang di-Pertuan Agong dan diangkat menjadi menteri oleh Dr Mahathir.

“Tolonglah jangan malukan Raja dan Perdana Menteri kita. Kalau YB (Yang Berhormat) tak puas hati boleh komen dalam blog ini,” katanya dalam penulisan terbaru di The Scribe, hari ini.

Mengalih subjek kritikan pedasnya, Kadir berkata, Maszlee yang baru menerima ‘syarahan’ oleh Perdana Menteri sepatutnya berhenti menukar imej sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, sehingga mengundang kegusaran dalam kalangan ibu bapa.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri itu sebaliknya berkata, jalan terbaik ialah mengembalikan institusi sekolah kebangsaan kepada tujuan asal, iaitu sebagai wadah perpaduan untuk semua bangsa dan agama.

“Takkan menteri yang cerdik macam Maszlee tak tahu bahawa banyak ibu bapa bukan Melayu tidak lagi menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana sudah jadi macam sekolah agama.

“Di pihak lain pula makin banyak ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana mahu anak-anak mereka lebih berjaya,” katanya.

Mengundang tanda tanya, Kadir menjelaskan ‘syarahan’ dalam episod penulisannya kali ini hanya terhad kepada dua ‘mangsa’, namun ia tidak bermakna anggota Kabinet diterajui Pakatan Harapan (PH) yang lain menempa kejayaan mengendalikan peranan masing-masing.

Memberi isyarat bahawa siri kritikan sama bakal menjelma, Kadir secara sinis berkata: “Saya sebut dua nama saja. Ini tidak bermakna menteri-menteri lain sudah berjaya. Cuma kali ini bukan giliran anda.

“Anggaplah saya guru pelawat tua yang duduk di belakang kelas memerhatikan tindak-tanduk dan kelakuan mereka,” katanya.

Sumber : Berita Harian


Sumber Tun Mahathir sangat-sangat puas hati dengan prestasi prestasi dua menteri kabinet Maszlee, Waytha Morthy

Aku nekad nak mintak cerai dengan suami aku dan nak goda jiran aku tu. Satu hari aku nekad nak skodeng suami dia.Tak sangka begini rupanya perangai sebenar dia...



Mintak bantuan.. Aku buntu.. Perasaan nie datang tanpa diundang.. Aku istri dan ibu kepde 3 orang cahaya mata.. Aku daa tak tahan hidup macam nie.. Aku nak bahagian macam orang lainn.. Aku nak rase bahagia seperti (dia) siapa diaa.?? Ok aku cerita dari mula.. Setahun yang lepas aku berpindah dirumah yang aku duduk sekarang. Rumah sewa berkongsi dengan kakak ipar.

Jiran aku nie dah berkahwin dan anak dua orang. Rumah yang dia duduk tu rumah sendri. kerata besar. Suami isteri hari hari berpakaian kemas.. Rumah ada orang gaji. Okey cerita dia macam nie. 6 bulan yang lepas..

Waktu aku dengan suami nak ke tesco tetiba hari hujan. Jadi aku pon order laa grab.. Sementare nak tnggu grab sampai kebetulan jiran aku pon balik.. Dia duduk dalam kereta jee sementara tunggu bini dia keluar..

Sementara tunggu bini dia keluar rumah dia pon bertegur laa dengan suami aku.. Sembang punyar sembang kebetulan dia pon nak bawa bini dia pergi tesco beli barang dapur.. Jadi dia pelawe laa aku dengan suami untuk tumpang kereta dia sebab same same nak. Ke tesco..

Saje dari tuu laa aku baru tahu. Isteri dia ni ok laa cantik tapi gemuk sikit laa.. Tapi suami dia orang Bangla.. Muke tak macam bangla weyh.. Muke handsome gile.. Putih tak ade busuk bau bawng pon.. Kalah laki aku dia punya handsome..

Sejak dari tuu kan min.. Aku nie jadi gile bayang laa dengan jiran aku nie min.. Yelaa.. Aku tengok kan tak sesuai pon dia dengan bini walaupun dia Bangla.. Dia bisnesmen kat sini rumah besar krta besar.. Bini dia kiri kanak pakai emas tapi aku tengok bini diaa biase jee gemuk adalah..

Aku yang anak 3 lagi cantik dari diaa.. Tapi tuu laa Laki aku ape ada.. Kereta pon tak ade min.. Harap kan ex5 tuu laa.. Nak jalan mane mane nak. Naik grab ot Pinjam kereta family.

Aku nie tak kerje.. Jadi aku memang selalu skodeng laa jiran aku nie.. So aku tahu laa pukul berape dia keluar rumah.. pukul berape balik.. Serius laa min.. Aku daa jatoh cinta dengan diaa min.. Makin hari hidup aku makin tak tenang lagi2 bila aku tahu sekarang bini dia mengandung anak no 3 aku rase dia laa lelaki idaman atau pon jodoh aku yang sebenarye…. Haritu bufday bini dia.. Kau tahu diaa belikan bini diaa apa.. dia belikaN ALFAT weyhh..

Aku selalu nampak kadang malam2 suami dia keluar jalan kaki beli kan buger.. Hampir setiap hari.. JALAN KAKI tau.. Laki aku suruh pergi kedai beli sayur naik motir pon malas tapi jiran aku nie pergi masjid pun jalan kaki.. pergi kedai runcit kat area rumah nie pon jalan kaki.. belikan makanan tok bini dia pon jalan kaki.. PANAS BETOL HATI AKU TNG0K..

Aku dah nekad min.. Aku nie mintak cerai laa dengan suami aku.. And nak goda jiran aku. mane tidaknyaa.. Aku bersama dengan laki aku pon.. Aku bayangkan diaa minn..

Aku lagi cantik dari bini diaa apa.. Lagi pon aku daa mule perasaan jiran macam daa mula ade perasaan dengan akuu.. Yela.. Aku perasaan setiap pagi sebelom dia keluar dia akan buang smpah.. So aku memang akan tnggu.. Dia buang sampah.. Aku pon akan buang smpah.. So time tuu dia kalau nampak aku diaa akan senyumm.. Kadang ade laa dia tegur apa kaba.. Haa nampak tak.. Aku rase diaa daa mule suke kan akuu.. Jadi sekerang nie.. Apa patut aku buatt. Nak bermadu ke nak suruh dia ceraikan bini diaa dulu..

Atau aku ajak jee dia kawin dulu baruu buat keputusan. Lagi pon diaa tak pakai pasport daa.. Diaa daa ade i. C.. Bisnes diaa pon hebat2 semua..

Perasaan cinta nie semakin membuak buak min.. Perasaan nie datang sendri.. Bukan aku buat buat.. Aku makin hari makin sayang makin cinta pada dia.. Bila perasaan sayang ni makin kuat.. Aku makin jadi cemburu bila nampak dia layan bini dia tuu macam puteri raja..

Aku tertekan dengan hidop aku sekarang. Kadang sampai terlintas kat kepala aku nir. Aku nak bom0hkan bini diaa tuu bagi cepat beramb0s dengan hidup diaa.. Bior aku gantikan tempat isteri dia. Aku yakin min dia memang jodoh aku.

Sumber krt

Sumber Aku nekad nak mintak cerai dengan suami aku dan nak goda jiran aku tu. Satu hari aku nekad nak skodeng suami dia.Tak sangka begini rupanya perangai sebenar dia...

Tergamak kau tinggalkan mak di luar dewan, semata-mata nak BF tengok naik pentas konvo



Bersempena majlis konvokesyen yang masih lagi berlangsung di kebanyakan universiti awam, pastinya kehadiran ibu bapa yang  ingin menyaksikan majlis bersejarah anak pastinya adalah moment yang ditunggu-tunggu setiap yang bergelar ibu bapa.

Namun, bagaimana pula jika si anak tegar membiarkan ibu duduk di luar dewan, semata-mata ingin memberikan tiket masuk ke dewan konvokesyen kepada teman lelaki… begitulah kisah yang diceritakan oleh seorang lelaki yang WhatsApp statusnya telah tular di laman sosial.

“Neraka kau dik, kau tinggalkan mak kat luar dewan, sebab nak bagi pakwe masuk tengok kau konvo…” – Netizen

Bagi tiket konvo kat pakwe

Seperti yang diketahui, dalam majlis konvokesyen pihak universiti hanya melimitkan dua atau tiga tiket kepada seorang graduan untuk membawa dua orang tetamu sahaja dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan konvokesyen.

Kebiasaannya tiket konvo akan diberikan kepada ibu bapa, namun berlainan pula dengan gadis ini.




Bagi pakwe masuk dewan tengok dia naik pentas



Belum sah lagi, kau dah ketepikan mak kau!

Selepas Story WhatsApp tersebut tular di laman sosial, di Twitter Tweet tentang kisah tersebut telah mendapat kritikan. Sikap yang disifatkan mementingkan diri sehingga membiarkan ibu tinggal di luar dewan bagi membolehkan teman lelakinya masuk ke dewan menyaksikan si gadis naik ke pentas konvokesyen amatlah dikesali oleh netizen.



Kau tak rasa hilang ibu lagi, dik!





Pakwe kau memang takde common sense ke?




Husnuzonlah, mungkin sebab mak dia taknak masuk dewan

Dalam pada kecaman yang diberikan kepada gadis itu, ada juga pengguna Twitter yang meminta netizen untuk berhusnuzon terhadap perkara ini.

Mungkin ibunya sendiri yang tidak mahu masuk ke dewan, atau si anak ada masalah dengan ibunya.



Sumber : Twitter Embun Karina


Sumber artikel : OhMyMedia

Sumber Tergamak kau tinggalkan mak di luar dewan, semata-mata nak BF tengok naik pentas konvo

Sebenarnya Sangat Bagus Bawa Anak Main Di Pantai. Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak



Menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, eksplorasi sensori merujuk kepada keadaan ketika kanak-kanak sedang bermain dengan stimulasi pelbagai medium sensori.

Sebagai contoh, semasa bermain di pantai kanak-kanak akan mendapat pelbagai stimulasi sensori penting. Antaranya ialah:

Tactile: Bila kanak-kanak sentuh tekstur pasir, air dan campuran pasir dengan air laut

Vestibular & Proprioseptif : Bila kanak-kanak perlu melakukan pergerakan tubuh semasa berjalan di atas pasir dan di dalam laut.

Visual: Bila kanak-kanak perlu melihat objek yang bergerak di atas air, objek tersembunyi di sebalik pasir, dan membezakan bentuk-bentuk objek yang dijumpai

Auditori: Bila kanak-kanak perlu fokus pada bunyi suara ibu ayah dan adik-beradik di samping bunyi deruan ombak yang kuat.

Gustatori: Bila anak rasa masinnya air laut



Kesemua ini adalah perkara-perkara penting yang akan mengukuhkan foundasi perkembangan kanak-kanak.

Kesemua ini juga adalah pencetus kepada minat kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan orang di sekililingnya:


1. Melihat adik-beradik main pasir, membina istana pasir lantas teruja meniru.
Meniru atau imitasi perbuatan adalah kemahiran asas sosial komunikasi yang kanak-kanak perlukan bagi membolehkan mereka belajar bertutur.

2. Cuba menyelesakan diri dengan kesan air laut dan pasir pada tubuh.
Ini meningkatkan kesedaran tubuh, iaitu kemahiran yang sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak selesa dengan tubuhnya, dan seterusnya mengurangkan anxiety. Ini akan membuatkan kanak-kanak lebih selesa untuk bersosial dan berkomunikasi.

3. Sifat ingin tahu melihat pelbagai objek yang dijumpai di pantai.
Sifat ingin tahu akan mencetuskan insiasi komunikasi. Anak akan teruja untuk melakukan perhatian bersama ibu bapa untuk memenuhi sifat ingin tahu mereka.

Sumber: OT AisyahRozalli

Sumber artikel : Majalah PaMa

Peluk Anak 10 Saat, Cium Dan Ucap Kata-Kata Positif Sangat Berkesan Lembutkan Hati Anak



Bila sampai tahap macam ni, ibu bapa kena sedar ada sesuatu yang kita kurang bagi pada anak. Jangan hanya nampak kesalahan dalam diri anak semata-mata tapi mungkin juga silapnya dari kita.

Salah satu tip nak bagi anak lembut hatinya dan buat emosi anak sentiasa positif adalah dengan mengamalkan pelukan efektif seperti yang dikongsikan oleh Fadzielah Ayub.



Ini adalah salah satu cara untuk kita lembutkan hati anak dan bina emotionally connection antara ibu bapa dengan anak.

Eye level kena sama. Duduk atau berlutut supaya dapat bertentang mata dengan mata anak.
Peluk anak selama 8-20 saat. 10 saat sudah memadai.
Usap belakang anak atau bahagian belakang kepala anak untuk aktifkan rasa kasih sayang pada anak.
Ucap, peluk dan cium sekurang-kurangnya 3x sehari atau paling kurang sehari sekali.


Masa Pelukan Effektif Ni, Kita Ucapkanlah Kasih Sayang, Kata-Kata Positif, Minta Maaf Dan Pesan Yang Baik-Baik Pada Anak. Doakan Yang Baik-Baik Untuk Anak.

Jangan sesekali ungkit kesalahan anak yang anak lakukan masa pelukan.

“Zayd, ummi minta maaf kalau ummi buat salah hari ni. Terima kasih sebab banyak dengar cakap ummi hari ni. ummi doakan Zayd sihat selalu. Jangan lupa dengar cakap ummi dan abah.”

InsyaAllah, anak akan rasa keikhlasan hati kita bila kita ucap dan doakan yang baik-baik padanya.

Sumber: Fadzielah Ayub

Sumber artikel : Majalah PaMa

Sumber Sebenarnya Sangat Bagus Bawa Anak Main Di Pantai. Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

Makanan Food Truck Dikecam Netizen Sebab Harga Mahal Taraf Yahudi Tapi Rasanya Langsung Tidak Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar...



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peniaga makanan di Malaysia mengambil inisiatif untuk berniaga menggunakan trak atau lebih dikenali sebagai food trucks.

Biasanya, food trucks sering kelihatan di festival dan karnival, terutamanya di tempat seperti Dataran Merdeka.

Seorang pengguna Twitter @hadzrinaqmal mendedahkan, makanan di sebuah food truck yang dibelinya di kawasan KLCC bukan saja mahal, tetapi tidak sedap.



Tweet beliau menjadi tular di Twitter dengan ramai memberi pandangan dan menceritakan pengalaman mereka membeli dan makan makanan trak.

Overpriced



Makanan food truck sama saja, semua tak sedap mana


Di luar negara, makanan food truck murah, tetapi di Malaysia…


Setelah aduan ini tular di media sosial, pengguna Twitter itu telah dihubungi wakil peniaga food truck KLCC yang meminta maaf dan memberitahu akan memperbaiki kualiti makanan di masa akan datang.


Sebenarnya ada food truck yang menghasilkan makanan yang sedap dan berkualiti, cuma ia tidak banyak. Apa pun selepas aduan ini tular, diharap semakin ramai pengusaha makanan memperbaiki kualiti dan kesedapan makanan yang dijual supaya perniagaan terus maju. – amazingnara.com

Sumber: Hadzrin Aqmal

Sumber Makanan Food Truck Dikecam Netizen Sebab Harga Mahal Taraf Yahudi Tapi Rasanya Langsung Tidak Berbaloi Dengan Harga Yang Dibayar...

Pemandu teksi cuak terlanggar kereta mahal, namun tindakan lelaki ini ....



Bila berlaku kemalangan tak kira besar atau kecil, jarang benar kedua-dua pihak mahu mengambil pendekatan menyelesaikan masalah itu dengan cara baik. Seperti lelaki ini, beliau redha dan tidak beremosi apabila berdepan dengan situasi itu. Malah, berfikir secara positif meskipun apa yang berlaku bukan berpunca daripadanya.

Inilah salah satu contoh yang baik untuk kita jadikan sebagai teladan agar sentiasa mengambil sikap bertenang dan mengambil berat antara satu sama lain biarpun tidak mengenali seseorang itu. Jika ramai yang mengamalkan sikap sebegini, pastinya banyak perkara buruk dapat dielakkan.



UNCLE ini keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan. Aku perasan uncle ini berlari anak sambil kaki berdengkot.

Dengan gentle dia berkata, "I'm so sorry, I am really sorry sir!"

Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari dia. Dengan muka yang kelihatan runsing, letak tangan di dahi, fikirkan keadaan teksinya iaitu mata pencarian yang dah remuk akibat kemalangan.

Aku memang tak marah langsung, tak tahu kenapa. Sedikit pun tak.

"Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan," katanya.

"Tak apa, I claim saja nanti, I pun bukannya orang kaya mau keluar wang sendiri. You okay uncle?"

"Okey, cuma ada terkejut sikit la tangan a bit shaking," katanya.



Rasa kasihan dan lembut hati lihat uncle ini, teringat bapa aku di rumah. Bayangkan macam mana kalau bapa aku sendiri berada dalam situasi begini?

"Really sorry sir,"

"It's okay uncle. Siapa yang mau excident? Benda sudah jadi, kecik punya hal. I punya kereta ini pun kereta kerja saja uncle, kereta lama. Kereta ada insurans, kita pergi buat report dan semua boleh selesai. Uncle jangan susah hati ya?" sayu aku melihat muka uncle ini yang basah dek hujan.

Uncle Angadorai, seorang pemandu teksi berusia 62 tahun yang telah kematian isteri tercinta. Anak-anak pula sudah berkahwin, dah lepas dah katanya.


"Saya bawa teksi ini pun untuk tampung kehidupan sendiri tuan," sambung Uncle Anga.



Sepanjang lebih kurang satu jam kami di balai, sempat juga aku bergurau dengan dia.

"Kalau uncle mau, saya banyak minnaci boleh kasi rekomen," gurau aku.

"Saya tak mau, saya mau tunggu isteri saya sampai mata saya tutup nanti," balas Uncle Anga tersenyum tapi cukup tegas.

Banyak perkara yang aku borak dengan uncle ini, berkisar tentang perkahwinan dan kehidupan. Bagaimana dia boleh setia bersama cinta sejati mendiang isteri walaupun tiada lagi jasad setelah berpuluh tahun hidup berpasangan.

Selama ini kita dihidangkan dengan cerita pemandu teksi yang kurang ajar. Tapi tak semua, malah aku pun baru terbuka mata.

"Kenapa you tak join Grab, uncle?"

"Banyak prosedur dna peraturan yang saya tak boleh lepas. Belum campur lagi saya punya kesihatan yang tak menentu ini," balasnya.

Uncle ini berbangsa India, iaitu bangsa yang sekarang ini tengah heboh dan tegang dengan perselisihan kaum bersama Melayu, yakni bangsa aku sendiri. Aku redhakan semua hatta ganti rugi sesen pun tak terlintas dalam kepala ini untuk aku minta.

Baik aku, baik Uncle Anga, kami tak kena saman oleh IO yang handle kes kecil ini. Bilamana urusan orang lain kita permudahkan walau apa salah dia lakukan dengan ikhlas dan redha, walau siapa pun dia tak kenal warna kulit dan agama, pasti Allah permudahkan urusan kita.




Alhamdulillah, terima kasih kepada sarjan yang bertugas, berbudi bahasa, baik orangnya dan mempermudahkan urusan aku serta uncle. Semoga kita semua sentiasa positif dan kuat untuk segala keburukan dan kelemahan yang datang. Berbuat baik kepada orang lain, tak kira bangsa dan agama.

Kita yang tentukan sama ada nak sejukkan keadaan atau panaskan lagi sesuatu keadaan itu. Semoga kita sentiasa positif dan kuat untuk segala ujian, keburukan dan kelemahan.

Bangsa Melayu kita adalah bangsa yang beradab, bertamadun dan berpegang teguh kepada kebaikkan. Dan semua kenalan aku yang berbangsa India ataupun Cina, semuanya baik-baik tutur kata dan tindakkannya.

Kalau sesiapa yang ada di sekitar Senawang, Seremban atau yang berdekatan memerlukan teksi dan pemandu yang baik serta jujur, boleh hubungi Uncle Angadorai di talian 012-6054024. Semoga tuhan merahmati kita semua.

Sumber: Mizan Dzai

Sumber artikel : TheReporter

Sumber Pemandu teksi cuak terlanggar kereta mahal, namun tindakan lelaki ini ....

(6 Gambar) Aksi bayi dipangku ibu di atas motor, tarik keprihatinan netizen



Sering kali anak kepada golongan selebriti menjadi perhatian ramai. Mungkin kerana rupa paras yang mewarisi kecantikan ibu dan bapa yang cantik dan tampan belaka.

Namun, jangan disangka selebriti sahaja yang memiliki anak yang comel, baru-baru ini telah tular sebuah foto seorang bayi yang mempunyai rupa paras seperti ‘anak patung’ di laman sosial.

Foto bayi tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Ayu Shahida yang kebetulan kereta yang dipandunya sedang berhenti di lampu merah.

Comelnya awak, mesti sejuk naik motor lepas hujan…

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila bayi tersebut sedang dipangku ibunya yang sedang membonceng motosikal.



Comelnya awak, macam anak patung!

Memakai baju berwarna merah, berwajah comel, dan berambut kerinting, aksi bayi perempuan ini yang memandang ke arah wanita ini apabila aksinya telah dirakamkan oleh wanita ini telah mencuit hati netizen dengan kecomelannya.




Hai, awak.. comelnya dia!




Sis, tak payahlah post gambar ni…

Walaupun begitu, terdapat juga yang mengkritik Ayu Shahida kerana memuat naik posting ini, kerana ia akan memalukan keluarga tersebut.

Namun, ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, yang menyifatkan dengan posting ini dapat memberi kesedaran bahawa ada juga yang tidak bernasib baik seperti kita.



Posting ni tak menghina pun!



Kongsi pengalaman zaman naik motor dengan keluarga





Sedar atau tidak, sebenarnya wajah seorang bayi adalah penawar kepada semua permasalahan. Sejuk hati lihat wajah bayi ini. Semoga keluarga ini diberikan rezeki, kesihatan dan membesar dengan sihat dan baik.

Sumber : Facebook Ayu Shahida

Sumber artikel : Selendangbiru

Sumber (6 Gambar) Aksi bayi dipangku ibu di atas motor, tarik keprihatinan netizen