Jumat, 31 Agustus 2018
Terlajak keras, 10 ayat-ayat pendinding yang digunakan oleh Syamsul Yusof dalam Munafik 2
Sebenarnya, filem Munafik 2 yang ditayangkan baru-baru ini hanyalah sebuah forum ilmu di mana hmpir setiap dialog di dalam filem itu akan diselitkan dengan ilmu fiqh, aqidah, Al-Quran, As-Sunnah dan sebangainya secara literal.
Antara yg cuba disampaikan dlm filem Munafik 2:
– Al Quran dan Hadith menjadi pegangan umat Islam dan tidak akan sesat selagi kita berpegang pada keduanya.
– Di akhir zaman ini, orang jahil diangkat / dimulia manakala orang yang alim dituduh dusta / menunggang agama.
– Kebenaran akan dapat dibuktikan apabila kita bersabar mengharapkan pertolongan hanya daripada Allah.
– Kita jangan taksub / terlalu memuja seseorang itu walaupun dia seorang alim ulama’. Jika mereka itu mmbuat kesalahan maka mereka juga perlu ditegur.
– Iblis lebih mudah memperdaya orang2 Islam yang hilang bergantung harap kepada Allah. – Sihir merupakan senjata yang digunakan oleh golongan2 pemuja iblis yang mana mereka telahpun berlaku syirik kepada Allah. Ingat, Allah mengampunkan semua dosa hambanya melainkan dosa syirik.
Betul la ape yg Imam Syafie kata, “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digunakan di dalam filem ini yang boleh dijadikan ‘pendinding’ daripada gangguan makhluk halus:
1. Al-Baqarah, ayat 148
2. Al-Hijr, ayat 35
3. An-Nur, ayat 21
4. Aaraf, ayat 117-123
5. Al-Israa, ayat 82
6. Asy Syu’araa, ayat 80
7. Taha, ayat 68-70
8. Yunus, ayat 81-84
9. Ayatul Kursi
10. Al-Hasyr, ayat 21
Selain daripada itu, bacaan yang dibaca oleh Azhar (nama watak dalam filem) itu turut berguna dan bagus untuk diamalkan.
sumber artikel : https://ift.tt/2NHgwm0
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Terlajak keras, 10 ayat-ayat pendinding yang digunakan oleh Syamsul Yusof dalam Munafik 2
Kamis, 30 Agustus 2018
Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
Mashed potato atau kentang putar merupakan antara makanan yang paling digemari oleh anak-anak. Mana tidaknya, setiap kali berkunjung ke restoran makanan segera, itulah antara permintaan selain ayam goreng. Tapi, takkkan lah nak makan di restoran makan segera setiap hari kan? Sekarang, tidak sukar lagi untuk membuat kentang putar sendiri di rumah kerana caranya sangat mudah dengan adanya perkongsian resipi ini!
RESEPI MASH POTATO ALA KFC
BAHAN-BAHAN RESEPI
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
CARA-CARANYA
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..sy guna hand blender nk senang.. Dpt texture halus.
BAHAN-BAHAN RESEPI SOS (GRAVY)
– 1 labu bawang besar (dadu)
– 2 ulas bawang putih (dadu)
– 4 sudu butter
– 2 sudu tepung gandum@ jagung
– 2 kiub ayam
– lada hitam dan sulah
– 2 1/2 cawan air
CARA-CARA:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati.tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Siap!
Sumber: Cik Lyns Kitchen
sumber artikel : https://ift.tt/2P5TuX6
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Lepas Ni Tak Payah Buang Duit,Buat Sendiri Lagi Sedap Dan Jimat! Mudahnya Buat ‘Mashed Potato’ Ala-Ala KFC, Anak Confirm Suka!
Peguam Tersohor, Siti Kassim Luah Perasaan Kecewa Dan Dia Beritahu Melayu Macam Dia Sekarang Ini Sudah Tak Ramai
Siti Kassim, rata rata yang mengikuti arena politik negara mesti kenal siapa Siti Kassim. Beliau seorang aktivis dan juga seorang peguam. Beliau biasanya akan bersuara lantang untuk menegakkan hak hak asasi manusia.
Baru baru ini beliau menolong kaum orang asli di GUA MUSANG TEMIAR ORANG ASLI. Suara lantang beliau tidak selalunya berkenaan hak asasi.
Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Pakatan Harapan
Aktivis hak asasi manusia yang lantang, Siti Kasim melahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang gagal mengawal isu kaum dan agama yang sering ditimbulkan oleh puak pelampau.
Siti Kassim yang hadir pada forum ‘Malaysia Baru: 61 Years after Merdeka, Does Ethnicity and Religion Matter?’ melahirkan kegusaran kerana isu kaum dan agama boleh menjadi barah jika tidak ditangani dengan cermat.
Menerusi rakaman video terbaru, beliau menyatakan apa yang dia harapkan tidak dicapai. Siti Kassim beritahu kerajaan baru seperti tidak buat apa apa berkenaan isu penting. Rasuah dan Ekonomi boleh ditangani tetapi untuk kaum dan agama bagaimana kerajaan nak kawal?
Siti Kassim Antara Melayu Yang Makin Pupus
Siti Kassim beritahu zaman sekarang tidak ramai yang seperti Siti Kassim dan dia antara melayu yang susah dijumpa di zaman sekarang.
Beliau hanya mahukan pembaharuan tentang isu yang dia bangkitkan.
Mari tonton apa Siti Kassim ucapkan.
By: Buletin Netizen
Kredit Youtube: Kini TV
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Peguam Tersohor, Siti Kassim Luah Perasaan Kecewa Dan Dia Beritahu Melayu Macam Dia Sekarang Ini Sudah Tak Ramai
Video Parodi Filem Munafik 2 Oleh Jihan Muse dan Bell Ngasri Bikin Netizen Tidak Kering Gus, Korang Berdua Memang Kelakar Weh!!
Jihan Muse sebelum ini pernah membuat beberapa parodi mengenai perkara-perkara yang tular di laman sosial dan membuatkan netizen gelak besar.
Terbaru, kali ini Jihan bergandingan dengan Bell Ngasri dan membuat parodi mengenai filem terbaru yang dinantikan oleh ramai penggemar filem seram Malaysia iaitu Munafik 2 . Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof itu bakal ditayangkan pada 30 Ogos 2018 ini.
Haha parodi tersebut menamakan tajuk filem tersebut sebagai Mustajab dan membuatkan netizen geli hati.
nk guling je rasa…
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Video Parodi Filem Munafik 2 Oleh Jihan Muse dan Bell Ngasri Bikin Netizen Tidak Kering Gus, Korang Berdua Memang Kelakar Weh!!
Ibu Pelakon Cilik Terkenal Puteri Balqis Beri Tahu Situasi Sekarang Aqish Dalam Keadaan Lemah.Doakan Agar Beliau Sembuh Seperti Sediakala..
PELAKON cilik, Puteri Balqis, 11, atau lebih mesra disapa Aqish dikhabarkan kesihatannya kini berada dalam tahap kurang memuaskan, pada Ahad lalu.
Me nerusi perkongsian video oleh ibunya, iaitu Norashikin Mohd Azizdi di akaun @rockingbalqis sekitar pukul 3 pagi, Aqish kelihatan lemah.
“It’s already 3am..haven’t slept for 2days.Puteri is still not in a very good condition,” coret ibunya dengan tanda pagar #lostWithoutHerSmile.
Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan Aqish mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.
Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.
“Ka mi perasaan keadaan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tem poh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian menunjukkan begitu.
“Se jak awal tahun hospital sudah seperti rumah kedua kami berikutan Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.
“Lebih te ruk apabila dia pengsan dan muntah hampir setiap hari,” kata ibunya luluh melihat keadaan Aqish.
Selain itu, menerusi media sosial penyanyi terkenal, Anuar Zain, mengajak orang ramai mendoakan kesihatan bintang cilik ini sembuh seperti sedia kala.
“Kepada se mua teman-teman IG dan FB, mohon doakan kesihatan Puteri Balqis supaya cepat sembuh dan dapat terus mewarnakan industri seni Malaysia dengan lakonan hebatnya.
“Semoga doa ki ta semua di bulan yang mulia ini di makbulkan Allah S.W.T. Such a talented girl! Stay strong and get well soon, Puteri Balqis. Terima kasih semua atas doa anda,” tulisnya
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Ibu Pelakon Cilik Terkenal Puteri Balqis Beri Tahu Situasi Sekarang Aqish Dalam Keadaan Lemah.Doakan Agar Beliau Sembuh Seperti Sediakala..
Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..
Ramai yang bertanya pada saya, macam mana mula-mula saya tahu yang saya ada cyst. Apa tanda-tanda cyst, dan apa tindakan saya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya untuk rakan-rakan yang bertanya, mana tahu dapat membantu awak, rakan-rakan, atau saudara mara yang senasib seperti saya sebelum terlambat.
Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun saya tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2. Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi. Bayangkanlah penderitaan ini. Ini kerana cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
Kadang-kadang sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yang teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini kerana faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung (macam 4 bulan). Ia tak sakit kerana dalam perut mengandungi air, doktor kata cyst tu yang keluarkan air tersebut.
Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh.
Kadang-kadang pening kepala tapi tak selalu.
Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang-kadang ketulan cyst tu timbul pada perut. Saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri. Bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras, seram pulak tapi tak bagitahu dengan sesiapa sebab takut.
Itu tanda-tanda cyst yang saya alami, period saya regular, untuk orang lain saya tak pasti kerana hormon badan kita berbeza. Doktor cakap dengan saya, setiap wanita memang ada cyst, ia bergantung pada ‘dia’ aktif atau tidak je.
Apa tindakan saya? Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung. Okay, saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yang bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye. Jika hospital kerajaan pastinya murah tapi lambat (ikut pengalaman cerita orang).
1 – 14.2.2018
Saya pergi ke klinik sakit puan. Doktor Indian tu buat ultrasound tengok apa yang ada dalam perut. Doktor cakap tak nampak pun cyst tu. Dia cakap perut saya banyak air then terus dia cakap air dalam perut awak ni mungkin air kanser. Tergamam sebentar dengar kata-kata doktor tu (dapat gambar scan dalam perut, bayaran RM60).
2 – 14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doktor) then bagitahu masalah saya, dia suruh saya pergi ke klinik dia. Jauh jugak la dengan rumah. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni memang nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Blur kejap dan mata terkebil-kebil. Then kakak ipar buatkan surat ke Hospital Pantai untuk buat ujian CT Scan (dapat gambar dalam perut. Bayaran sebab kakak ipar).
3 – 15.2.2018
Pergi Hospital Pantai (private) buat CT Scan abdomen dan pelvic. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga. (bayaran RM1110.45).
4 – 15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, kakak ipar explain la dari result tu. Dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm. Pucat terus muka yang tak berapa nak cerah ni. Then kakak ipar cakap, “Hety, ini bukan main-main tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar. Ia merbahaya. Ia akan membesar dan terus membesar.” Ok seram (bayaran free sebab kakak ipar).
5. 20.2.2018
Pergi jumpa doktor Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yang kakak ipar tulis tu. Doktor Lim terus buat ultrasound kat perut dan dia sangat terkejut dengn kandungan air yang ada dalam perut. Doktor kata banyaknya air. Doktor Lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dengar perkataan ‘cancer’ tu. Doktor buat pap smear dan buat ujian darah CA 125. (bayaran RM1024.50).
6. 21.2.2018
Appoinment lagi dgn doktor Lim di KPJ Johor, ambik result darah CA 125 yang buat semalam. Ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml dan result yang sy dapat jumlah dia 721ml, sangat tinggi okeh. Sekali lagi doktor cakap “adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini cancer. Automatik air mata mengalir then buat ujian air dalam perut pula. Doktor cucuk hidup-hidup pada perut saya pakai jarum yang besar dan tebal, sangat sakit. Air dalam perut pun dikeluarkan sikit untuk dibawa ke makmal untuk ujian. Air dalam perut warna merah, sekali lagi doktor kata air warna merah tu air cancer (bayaran RM951.25)
7. 26.2.2018
Appoinment lagi, perbincangan dengan doktor. Doktor kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua-dua ovari kanan kiri dan rahim. Doktor cakap lagi, kesan-kesan selepas buang rahim, saya tak boleh melahirkan anak lagi, saya akan manopous, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. Saya sign surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pada diriku. Keluar dari bilik doktor, call family dan kawan terdekat, menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hospital KPJ Johor (minum air yang rasanya payau masin untuk buang najis) doktor nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (tiada bayaran)
8. 27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation, 27.2.2018, pukul 8 pagi doktor cucuk kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa entah nama dia, terus tak sedarkan diri. Sedar-sedar, dengar suara jururawat sambil tepuk-tepuk badan “adik, pembedahan dah siap ye”. Lepas sedar je terus rasa sakit ya amat. Malam pertama tu 4 kali juga jururawat cucuk tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (bayaran RM17,864)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doktor pada 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yang sangat cepat. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit.
Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.
Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom seperti saya. Apa-apa hal, pergi jumpa doktor dahulu, jangan pandai-pandai makan supplement tanpa nasihat doktor. Bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser. Tup-tup, kanser tahap 3-4, kan seram tu. Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital kerajaan atau hospital swasta terpulang anda, yang penting jangan takut berjumpa doktor.
Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat..
Sumber Hety Ezleen
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Disangkakan kerap kencing sebab banyak minum air, rupanya kena kanser ovari. Pergi hospital, Doctor Lim kata "Adik, jumlah darah awak ni tinggi, ini kanser!! Automatik air mata mengalir depan doktor..
Lutut Anda Sering Sakit? Resepi Mudah Disediakan Ini Adalah Jawapan Paling Terbaik Untuk Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat Ni
Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.
Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.
Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia
1 cawan air
Sedikit perahan jus lemon
Sedikit madu
CARA-CARA:
1. Hancurkan 1 ketul halia dan masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air.
2. Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk. Didihkan selama 10 minit.
3. Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi. Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
4. Kemudian masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon. Kacau hingga sebati.
5. Sedia untuk dinikmati. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Lutut Anda Sering Sakit? Resepi Mudah Disediakan Ini Adalah Jawapan Paling Terbaik Untuk Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat Ni
Titanic: Saksi Kisah Tenis Terhebat

Peristiwa karamnya Titanic pada tahun 1912 ialah satu tragedi yang bukan saja memberi kesan kepada negara-negara yang terlibat dan industri perkapalan tetapi juga kepada para penumpangnya. Antara yang terkesan dengan tragedi ini ialah dua pemain tenis legenda Amerika Syarikat, Richard ‘Dick’ Williams dan Karl Behr. Walaupun kedua-duanya merupakan pesaing di gelanggang, ikatan yang terjalin dari tragedi Titanic sebenarnya menjadikan kisah mereka ini memberi inspirasi kepada ramai orang termasuk peminat tenis.
Kedua-dua Williams dan Behr sedang mengejar cita-cita masing-masing sebagai antara pemain tenis terhebat ketika itu. Behr merupakan antara pemain beregu terbaik Amerika ketika itu dan pernah beraksi di pentas final Wimbledon dan Piala Davis. Tapi sayangnya dalam kedua-dua acara berkenaan, Behr dan regunya Beals Wright tewas kepada regu Norman Brookes-Tony Wilding. Sementara Williams pula sudah menempa nama sebagai pemain tenis perseorangan dan sudah dicanang akan menggegarkan arena tenis antarabangsa.

Kedua-duanya memilih menaiki Titanic secara berasingan di Cherbourg, Perancis dan mempunyai alasan berbeza menaiki kapal berkenaan. Behr yang turut berkhidmat sebagai peguam sebenarnya sudah mempunyai teman istimewa iaitu seorang wanita berumur 19 tahun bernama Helen Newsom. Bagaimanapun, hubungan cinta Behr-Newsom tidak disukai ibu dan bapa tiri kekasihnya itu atas alasan jurang usia yang agak besar memandangkan Behr berumur 26 tahun ketika itu. Untuk mengelakkan hubungan cinta kedua-duanya semakin intim, ibu dan bapa tiri Newsom membawanya ke Eropah. Tetapi plot tersebut diketahui Behr dan beliau mengikut mereka ke Eropah secara senyap-senyap. Apabila Newsom menghantar mesej telegram bahawa dia dan keluarganya akan pulang dengan Titanic, pemain tenis itu segera menempah tiket kapal berkenaan dengan tujuan memberi kejutan kepada kekasihnya itu.
Sementara Williams pula seharusnya bertolak lebih awal ke Amerika untuk bertanding dalam kejohanan tenis musim panas sebelum menyambung pelajaran di Harvard tetapi terpaksa menangguhkan perjalanan akibat penyakit rubela. Pemain yang ada hubungkait dengan Benjamin Franklin ini bagaimanapun bernasib baik kerana dapat pulang bersama bapanya, Charles Williams untuk perjalanan pertama Titanic.
Perjalanan Titanic kelihatan lancar dan tanpa sebarang masalah. Pada malam 14 April, Williams dan bapanya makan malam bersama Kapten Edward Smith sebelum kembali ke bilik mereka. Dan sebelum tengah malam, kedua-duanya dikejutkan dengan bunyi perlanggaran kapal dengan aisberg. Pada mulanya, ini tidak membimbangkan Charles kerana sebarang kerosakan pada Titanic boleh ditampung dengan menutup lubang perlanggaran dengan kargo barang, sesuatu yang pernah dialaminya beberapa dekad sebelumnya. Walau bagaimanapun, mereka menurut arahan krew kapal memakai jaket keselamatan dan cuba memanaskan diri dengan berjalan di dek dan menunggang basikal di bilik senaman.
Sementara Behr pula sedang lena bersama keluarga Newsom semasa peristiwa perlanggaran itu berlaku. Ini mengejutkan mereka, lantas memakai jaket keselamatan dan segera ke dek untuk menaiki bot keselamatan. Bila situasi menjadi semakin genting, mereka segera menaiki bot keselamatan dan melihat dengan penuh ketakutan tatkala Titanic mula karam pada awal pagi 15 April 1912. Semua pasti maklum polisi mendahulukan kanak-kanak dan wanita tetapi tak semua yang akan mematuhi polisi berkenaan. Dalam kes Behr, beliau diminta mengayuh bot yang separuh diisi penumpang dan krew oleh Pengerusi White Star Liner, J. Bruce Ismay. Ismay yang turut terselamat dari tragedi berkenaan dilabel pengecut kerana tingkah lakunya pada malam Titanic karam. Dalam satu temubual bersama Newark Evening News enam hari selepas tragedi, Behr berkata, “Pada ketika itu, kami menganggap ada banyak bot keselamatan untuk semua penumpang. Salah seorang penumpang wanita bertanya kepada Encik Ismay sama ada lelaki boleh pergi dengannya. Saya mendengar Encik Ismay menjawab secara perlahan: ‘Tiada masalah, puan.’ Kami semua masuk dalam bot. Pada ketika itu, ia masih belum penuh dan Encik Ismay mengarahkan seorang pegawai dan beberapa krew untuk menyertai kami.” Ini menyebabkan Behr dihantui perasaan bersalah dan terpaksa menghabiskan masa beberapa ketika di sanatorium untuk kembali pulih seperti sediakala.
Sementara di dek pula ketika dua beranak itu membantu para penumpang menaiki bot keselamatan, Williams menoleh ke arah bapanya dan menjerit, “Lekas! Lompat!” Tatkala itu juga, salah satu daripada cerobong asap Titanic menghempap Charles sehingga mati dan hampir-hampir mengenai Williams. Williams terjatuh ke dalam air laut yang sejuk dan segera berenang ke bot keselamatan bersama 30 penumpang lain yang berpaut pada bot itu. Kesejukan air dapat dirasai sehingga ke paras pinggang dan tatkala kapal SS Carpathia tiba untuk menyelamatkan penumpang dan krew yang terselamat, 11 daripada mereka sudah mati. Dalam peristiwa itu, 1,500 penumpang dan krew terbunuh sementara 700 penumpang dan krew terselamat. Semasa krew Carpathia menyelamatkan Williams, mereka mendapati pemain tenis itu berbakat mengalami hipotermia dan kakinya saja menunjukkan keadaan yang membimbangkan.
Seorang doktor yang memeriksa beliau mencadangkan kakinya dipotong untuk mengelak jangkitan gangren tetapi Williams bertegas, “Saya memerlukan dua kaki ini.” Sepanjang perjalanan Carpathia ke New York, beliau berjalan di dek setiap dua jam termasuk pada waktu malam untuk memulihkan semula peredaran darah pada bahagian kaki. Ternyata, kaedah yang dicuba itu menjadi dan dalam tempoh enam minggu, Williams kembali semula ke gelanggang. Semasa perjalanan sama, kedua-dua pemain tenis ini bertemu dan ia mewujudkan ikatan persahabatan yang terjalin untuk tahun-tahun mendatang. Williams turut mengucapkan terima kasih kepada Behr kerana tidak lokek menolong penumpang yang terselamat termasuk dirinya.
Dan tidak lama selepas itu, dua lelaki di mana takdir menemukan mereka di atas Titanic bertemu semula di gelanggang tenis pada pusingan keempat Cabaran Longwood Bowl. 1,500 penonton yang hadir ketika itu menyaksikan pertarungan sengit sebanyak lima set yang menyaksikan kemenangan akhirnya memihak kepada Behr. Akhbar The Boston Globe melaporkan pada hari berikutnya jika ada salah seorang daripada 1,500 penonton yang pulang dengan rasa tidak puas hati, ternyata penonton tersebut sukar dipuaskan. Ini menunjukkan pertarungan Behr-Williams amat sengit di mana pada awalnya, kelebihan umur dan fizikal memihak kepada Williams. Tetapi Behr tetap tenang dan menggunakan pengalamannya untuk mengatasi rakannya itu 0-6, 7-9, 6-2, 6-1 dan 6-4. Kedua-duanya sekali lagi bertemu pada suku akhir Kejohanan Tenis Amerika Syarikat (kini Terbuka Amerika Syarikat) 1914 di Long Island beberapa minggu selepas itu. Tetapi tiada ulangan kejayaan Behr di situ dengan Williams berjaya membalas dendam kekalahannya dan bergelar juara tenis perseorangan kejohanan tahun tersebut.
Tidak lama selepas itu, Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Pertama (WWI) dan seperti warga Amerika lain, Behr mahu berkhidmat di perbatasan. Tetapi beliau ditolak atas alasan mempunyai darah keturunan Jerman. Behr yang juga rakan rapat Theodore Roosevelt menganjurkan satu perarakan besar di New York pada tahun 1916 sebagai menyokong usaha perang Amerika. Williams pula dapat berkhidmat bersama pihak tentera pada tahun 1916 dan berkhidmat sebagai pegawai artileri. Semasa di Paris, beliau diberi anugerah Croix de Guerre dan Chevalier de la Legion d’Honneur dan berpeluang mengenali tokoh utama konflik termasuklah Marshal Philippe Petain. Petain yang dianggap wira pada WWI kemudiannya menjadi protagonis rejim Vichy Perancis yang bersubahat dengan rejim Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.
Kedua-duanya mempunyai karier yang baik dalam sukan tenis dan pernah bermain bersama dalam Piala Davis. Sebelum menamatkan karier sebagai pemain, Williams menjadi sebahagian daripada pasukan Amerika Syarikat yang memenangi Piala Davis sebanyak lima kali dan acara beregu lelaki Wimbledon dan Kejohanan Tenis Amerika Syarikat serta pingat emas acara beregu campuran Sukan Olimpik 1924. Rekod Williams dalam acara beregu campuran Sukan Olimpik 1924 bertahan selama 88 tahun sebelum ia dipertandingkan semula pada Sukan Olimpik 2012. Acara tersebut dimenangi regu Belarus, Max Mirnyi-Victoria Azarenka. Selepas tidak lagi aktif di arena sukan, kedua-duanya mempunyai karier yang baik dalam bidang kewangan. Malah, Williams sendiri turut dilantik sebagai Presiden Persatuan Sejarah Pennsylvania.
Setahun selepas tragedi Titanic, pasangan Behr-Newsom melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac 1913. Ramai anggota media menganggap kisah cinta mereka itu kisah cinta sebenar setaraf kisah cinta Rose-Jack dalam Titanic dan menyangka mereka jatuh cinta semasa berada di Titanic. Malah, laporan akhbar salah siar kedua-duanya merupakan orang tidak dikenali yang dipertemukan oleh takdir dalam bot keselamatan. Ada juga laporan mendakwa Behr melamar Newsom semasa berada dalam bot keselamatan. Williams pula kehilangan isterinya pada tahun 1929 selepas 10 tahun berkahwin dan kembali berkahwin setahun berikutnya.
Melihat kepada legasi yang mereka tinggalkan dalam sukan tenis, tidak hairanlah mengapa Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa memasukkan nama Williams pada tahun 1957. Sementara nama Behr pula dimasukkan selepas kematiannya pada tahun 1969. Tetapi kejayaan sebenar mereka bukanlah di atas gelanggang tetapi terselamat dalam tragedi kapal yang digelar tidak boleh ditenggelamkan, Titanic.
SUMBER
- Klein, Christopher. (2012). History.com. Titanic’s Tennis Star Survivors. https://ift.tt/2PQC2Gz
- Newman, Paul. (2012). The Independent. The amazing tale of tennis and the Titanic. https://ift.tt/2C2gvb5
Persekutuan Yang Lebih Lama Daripada Amerika Syarikat

“Bersekutu Bertambah Mutu” – motto yang kita nampak sejak dari kecil, tapi mungkin tak ramai yang hafal atau nak ambil tau.
Kalau tanya secara rawak, mungkin tak ramai yang boleh bagitau apa yang dimaksudkan dengan “Persekutuan” dekat nama Persekutuan Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu.

Persekutuan (“federation”) ialah satu jenis negara yang diwujudkan menerusi gabungan beberapa entiti yang cukup sifat negara (samada secara “de jure” atau “de facto”). Contoh Persekutuan selain Malaysia ialah USA. Nama penuh USA, “United States of America” itu sendiri bermaksud “Negara-Negara Amerika yang bergabung”.
Dalam Bahasa Inggeris tak ada beza “negara” dan “negeri”. USA pada asalnya terdiri daripada 13 “state” yang merdeka daripada British pada tahun 1776: ada “Commonwealth of Massachusetts”, “Commonwealth of Virginia”, “State of New York” dan “state” lain yang masuk lambat seperti “California Republic” dan “Republic of Texas”. Semua merupakan entiti berdaulat yang mempunyai kerajaan sendiri, perlembagaan sendiri, presiden sendiri.
Cuma pada tahun 1789, mereka bergabung jadi sebuah persekutuan. Dengan menjadi persekutuan, negara-negara ini perlu melepaskan aspek kedaulatan yang tertentu seperti hak untuk menjalin hubungan dengan negara asing. Hanya kerajaan pusat berhak demikian. Tapi pada masa yang sama mereka mengekalkan kedaulatan dalam hal-hal tertentu seperti kuasa untuk memungut cukai. Jadi persekutuan mewujudkan pembahagian bidang kuasa dan juga dua identiti rakyat: you can be a “New Yorker” pada masa yang sama jadi “American”.
Ini amat berbeza dengan negara kesatuan (“union” atau “unitary state”). Di bawah negara kesatuan semua wilayah tertakluk pada kuasa kerajaan pusat. Tak wujud negeri, yang ada hanya daerah atau provinsi. Contoh negara kesatuan: Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, China, Jepun, Korea … boleh dikatakan negara kesatuan lebih banyak dari negara persekutuan.
Tapi jangan salah faham, jangan ingat kita mengamalkan persekutuan kerana pengaruh USA pulak. Sebelum ni orang dah salah faham bendera kita tiru USA, tak hairan ada orang ingat sistem kerajaan kita pun tiru USA (dengan segala bagai teori CIA Freemason diorang).
Sebenarnya kita tak perlu tiru sesiapa. Tradisi persekutuan dah wujud dalam sejarah Peradaban Melayu. Kita ada persekutuan tertua di dunia (yang masih wujud) iaitu persekutuan Negeri Sembilan yang wujud pada tahun 1773. 16 tahun sebelum USA. Tepuk sikit.
Asalnya Negeri Sembilan memang betul-betul ada 9 negeri atau “luak”: Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai, Kelang, Naning, Segamat dan Ulu Pahang. Sistem 9 negeri agak unik kalau berbanding dengan negeri-negeri lain yang wujud pada masa itu misalnya Johor. Instead of menyatupadukan semua luak jadi sebuah “union” dan melantik seorang jadi raja, mereka memilih sistem persekutuan dengan menjemput Raja Melewar dari Kerajaan Pagaruyung di Tanah Minangkabau untuk jadi pemimpin mereka.
Gelaran pemerintah Negeri Sembilan, “Yamtuan” bermaksud “Yang Di-Pertuan”, yang dijemput untuk jadi tuan. Yang lagi unik, Negeri Sembilan tak macam negeri lain mengamalkan sistem warisan “primogeniture” (putera sulung sebagai pewaris takhta). Ketua-ketua luak atau “Undang” akan melantik dan menabalkan Yamtuan dari kalangan diraja melalui Majlis Undang. Ada unsur demokrasi di situ kerana suku dan luak yang berbeza akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan ketua negara.
Model persekutuan ini kemudian diaplikasikan oleh Frank Swettenham ke atas 4 negeri Melayu yang menerima naungan British. Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan digabungkan jadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British cuba mengubah persekutuan kepada sistem kesatuan menerusi Malayan Union pada tahun 1946, tapi terpaksa tukar balik kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 akibat tentangan hebat orang Melayu dan juga orang British seperti Swettenham yang lebih faham tentang tamadun Melayu.
Dalam Persekutuan Tanah Melayu kita boleh nampak unsur-unsur yang ada pada Persekutuan Negeri Sembilan: Majlis Raja-Raja memainkan fungsi Majlis Undang untuk memilih pemerintah yang bergelaran “Yang Di-Pertuan Agong”, dengan kata lain, Yamtuan Agong. Dan YDPA pertama Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan. Ini bukan kebetulan.
Kalau nak sambung cerita pasal “Luak Berundang” dan “Luak Tanah Mengandung” kang korang bertambah mind blown pulak. So point den ialah, sebenarnya negara kita adalah kesinambungan daripada tamadun yang dinamakan tamadun Melayu. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu dah digantikan oleh Persekutuan Malaysia, ia masih mewarisi institusi, sistem dan simbolismenya.
Tanah Melayu tidak terlenyap dengan Persekutuan Malaysia. Persekutuan Malaysia bukan Tanah Melayu + Sabah + Sarawak. Sifirnya adalah Persekutuan Malaysia = Pahang + Perak + Terengganu + Perlis + Selangor + Negeri Sembilan + Johor + Kelantan + Kedah + Pulau Pinang + Melaka + Sabah + Sarawak. Malaysia ialah sebuah persekutuan yang terdiri daripada 13 negeri yang sama rata dari segi kedudukan.
Seperti dalam Perkara 1, Perjanjian Malaysia 1963:
“The Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore shall be federated with the existing States of the Federation of Malaya as the States of Sabah, Sarawak and Singapore…”. Perhatikan penggunaan “states” bukan “state” apabila merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Hak Sabah kena jaga. Hak Sarawak kena jaga. Begitu juga dengan hak Pahang, hak Kedah, hak Perak dan sebagainya. Hak-hak Negeri-Negeri Melayu, Raja-Raja Melayu dah orang-orang Melayu juga perlu dijaga. Dan 9 dari 13 negeri ialah negeri Melayu Beraja. Semua telah termaktub dalam Perlembagaan.
Ini tak sama dengan negara kesatuan di mana wilayah di bawah kerajaan pusat tiada jaminan hak. Macam Catalonia di Sepanyol dan Scotland di UK, mereka perlu fight untuk dapat hak autonomi akibat rasa ditindas. Tapi kelebihan persekutuan ialah ia memperuntukkan hak-hak istimewa kepada semua negeri yang menganggotai persekutuan.
Itulah semangat persekutuan. Dan kewujudan persekutuan dalam tamadun Melayu membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan tamadun Melayu itu sendiri.
Kalau ada individu yang telah merosakkan dan menzalimi kontrak sosial antara negeri, jangan kita terus membenci sistem atas kesalahan individu. Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Bersekutu bertambah mutu. Persekutuan ialah rahmat kepada penduduk Malaysia yang mengandungi hikmah tersendiri, dan kita harus terus menerus pertahankannya.
Sumber gambar: www.orangnogori.com
Tanda Sudah Bangkit Dari Kecewa

Beberapa hari lepas, saya menonton satu video syarahan anjuran TED Talk berkenaan topik vulnerability oleh Dr. Brene Brown, seorang professor di Universiti Housten. Tiada istilah yang tepat di dalam bahasa Melayu tetapi secara mudah untuk difahami, vulnerable bermaksud keterdedahan kita terhadap perkara-perkara yang kurang selesa dan menakutkan. Daripada kajian beliau, saya dapat merumuskan bahawa individu yang berani untuk mengambil risiko di dalam hidup adalah kebarangkaliannya lebih berjaya berbanding mereka yang takut dan tidak berbuat apa-apa. Namun, Brown menambah, berani itu perlu disaluti dengan keyakinan dan kepercayaan diri bahawa kita layak untuk mendapatkannya.
Seperti contoh, berani untuk bercinta kembali meskipun pernah dikhianati dan dilukai pada masa lalu dan di dalam masa yang sama percaya bahawa kita layak untuk mendapatkan cinta yang benar-benar ikhlas serta mampu beroleh kedamaian jiwa. Perkara ini mengingatkan saya kepada tulisan Timothy Ferris, “a person’s success in life can usually be measured by the number of uncomfortable conversations he or she is willing to have” di dalam bukunya, The 4 Hour Workweek. Tulisan kali ini bukanlah ingin membahaskan berkenaan vulnerability, tetapi tanda-tanda seseorang itu sudah bangkit dari kecewa atau biasanya dipanggil move on.

Menyayangi Diri Sendiri
Mari kita berfikir sejenak. Kita dapat memberi hanya apa yang kita ada, itu adalah logik yang semua orang boleh faham. Contoh seperti wang, kita boleh memberi wang disebabkan kita memiliki wang tersebut. Jika kita tidak memiliki wang, tiadalah dapat kita berikan kepada sesiapa pun. Begitulah cinta. Bagaimana kita dapat memberi cinta kepada orang lain jika hati kita kosong tanpanya.
“Tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri”.
(Riwayat Bukhari)
Menyayangi diri sendiri bermaksud kita menghargai diri kita sendiri. Kita menjaga kesejahteraan diri, baik fizikal mahupun dalam jiwa. Apabila kita berkenalan dengan seseorang, penting untuk kita selidik sama ada dia sudah pun berpaling dari kisah lama atau pun masih hatinya bertaut pada kenangan lalu. Ini adalah penting supaya kita tidak terperangkap di dalam cinta rebound, yang mana kita hanyalah dijadikan sebagai luahan hati dan perasan seseorang, bukanlah cinta yang benar inginkan keikhlasan. Ambil tahu bagaimana dia melihat dirinya sendiri. Apakah perancangan jangkamasa pendek dan jangkamasa lama, adakah kita terlibat sekali di dalam rancangan hidupnya atau sekadar secebis kisah sehari-harinya.
Individu yang menyayangi diri mereka sendiri adalah lebih bersikap terbuka dan bertoleransi. Mereka tidak bersikap toksik terhadap orang lain, dan matang dalam setiap tindakan. Namun di dalam masa yang sama, mereka tidak boleh dipandang sewenangwenangnya ataupun dipanggil taken for granted, jika kita tidak mahu kehilangan mereka. Orang yang menyayangi diri sendiri mempunyai visi dan matlamat yang jelas, ke mara arah tujuan mereka. Bukanlah jika kita tanya ke mana hala tuju hubungan ini, mereka jawab tidak tahu atau ikutkan takdir. Mereka menjaga kebajikan diri mereka dan mengutamakan diri mereka terlebih dahulu sebelum memberikan kepada orang lain. Tetapi ini tidak bermaksud mementingkan diri sendiri ataupun tidak endahkan hal orang lain.
Dari segi kewangan, mereka mengutamakan pada simpanan dan hanya membelanjakan wang untuk keperluan yang penting. Dalam masa yang sama tidak kedekut untuk meraikan dan membuatkan orang yang mereka suka itu berasa seronok. Dari segi kesihatan, mereka tidak menggugat (jeopardize) diri mereka dan orang lain dengan risiko penyakit berbahaya, malah meluangkan masa untuk beriadah bagi kesejahteraan fizikal dan mental. Dari segi masa, mereka bijak meletakkan orang yang mereka suka berada di senarai atas dalam keutamaan meluangkan masa.
Berpijak Pada Masa Kini
Kehidupan kita terdiri daripada garis masa yang tegak bergantung pada setiap insan. Dalam garis masa tertentu, kita bertemu dengan orang lain mengikut garis masa mereka sendiri. Apabila hubungan itu tidak menjadi, seharusnya kita terus hidup pada garis masa yang telah berjalan. Bukan dengan cuba untuk kembali kepada pengalaman lampau, kerana masa itu bersifat relatif. Ibarat sebuah kereta, kita hanya menoleh ke belakang adalah langkah berjaga-jaga untuk memacu perjalanan, tetapi arah yang kita tuju adalah ke hadapan bukan belakang. Itulah pengalaman hidup bercinta. Kenangan yang lepas adalah sebagai langkah berhati-hati kita, namun tidak menjadi satu alasan untuk menghukum tindakan yang bakal dilakukan.
“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar. Itu pun baik baginya”.
(Riwayat Muslim)
Individu yang sudah move on tidak akan sekali-kali berpijak pada kenangan lampau. Mereka hanya menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dalam hidup, tidak lebih dari itu. Bahkan apa yang telah berlaku itu adalah sesuatu yang membantu mereka untuk lebih bersyukur akan kehidupan mereka. Jika ditanya pada mereka mengenai pengalaman lampau itu, individu yang sudah bangkit dari kecewa pasti akan menjawab itu adalah antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Tiada intonasi kekesalan, malah mereka bersyukur pengalaman itu sudah berlalu.
Bukan sahaja kita bercakap tentang masa lalu tetapi masa hadapan juga termasuk dalam perbahasan ini. Individu yang meratapi kejadian lalu adalah sama dengan gelisah pada apa yang bakal berlaku, mereka tidak live in the moment. Secara fizikalnya mereka ada pada waktu ini tetapi hati dah perasaan mereka masih terpaut pada waktu dulu ataupun mengintai waktu akan datang. Mereka trauma dan takut pada masa mendatang akan terjadi kejadian lepas berulang kembali sehinggakan mereka lupa untuk berpijak pada masa kini. Saya teringat pada sebuah filem bertajuk Passengers (2016) yang dibintangi oleh Jennifer Lawrence dan Chris Pratt. Terdapat satu dialog yang menarik perhatian saya, berbunyi “you can’t get so hung up on where you’d rather be that you forget to make the most of where you are”. Filem ini mengisahkan sekumpulan orang yang terperangkap dalam perjalanan antara bintang sehingga lupa untuk berpijak pada waktu kini.
Apabila kita sudah bangkit dari kekecewaan, kita merasa syukur atas apa yang telah berlaku. Kejadian lalu kita hargai dan harapan akan datang kita usahakan yang terbaik. Usaha itu pula dengan menjadikan saat dan waktu sekarang lebih bermakna tanpa perlu berhenti. Kita percaya bahawa Allah tentukan yang terbaik untuk kita dan perlu diusahakan dengan gigih untuk mendapatkan kebaikan dari-Nya.
Matang Dalam Setiap Tindakan
Apabila seseorang sudah pun teruskan kehidupan dengan baik setelah mengalami kekecewaan hati, mereka menjadi lebih matang dan bersikap terbuka. Mereka lebih toleransi terhadap orang lain dan memahami. Walaupun mereka menemui orang bersifat toksik, mereka tetap kuat menangani orang seperti itu tanpa membiarkan orang lain memanipulasi mereka.
“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapusnya dan pergauilah manusia dengan akhlak yang baik.”
(Riwayat Tirmizi)
Orang yang sudah bangkit sibuk untuk menjalani hidup mereka dengan baik. Kerana umum sedia tahu bahawa hidup kita adalah singkat sahaja dan lebih baik dipenuhi dengan kebaikan-kebaikan sebagai bekalan kita di akhirat sana. Mereka tiada masa untuk bermain- main dan tidak serius dalam perhubungan. Mereka lebih memikirkan ke mana untuk bawa hubungan baru pada masa akan datang berbanding hujung minggu nanti hendak keluar ke mana. Mereka lebih banyak memikirkan langkah seterusnya daripada berkata “tengoklah macam mana”. Semua ini adalah kerana mereka pernah melalui pengalaman yang teruk dan pahit, sehinggakan mereka tidak mahu saat itu berulang kembali pada diri mereka mahupun pada orang yang mereka suka. Meskipun hubungan baru yang dijalin mungkin tidak menjadi, namun mereka meraikan orang yang mereka suka itu dengan baik.
Mereka percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan dan keputusan Allah. Individu seperti ini tidak pernah sekali-kali menyalahkan sesiapa mahupun menyalahkan takdir atas apa yang telah berlaku.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya”
(Al-Fajr 89: 27-28)
Tanda seseorang itu sudah move on ialah mereka meraikan dengan baik apa yang telah berlaku. Setiap tindakan seterusnya pula akan mereka lakukan dengan niat yang baik dan tidak bersifat meresahkan jiwa. Ini kerana mereka telah belajar melalui pengalaman pahit. Di awal perenggan, saya menulis tentang konsep vulnerable dalam percintaan secara ringkas berdasarkan syarah TED Talk. Tanpa menjadikan diri kita vulnerable kepada seseorang, kita tidak akan mampu mencintai sepenuhnya. Seperti mana tulisan oleh C.S Lewis di dalam bukunya, The Four Loves, “to love at all is to be vulnerable”. Kerana hati yang ditutup dan enggan untuk dicintai tidak akan dapat mencintai. Semoga Allah kurniakan kita dengan perasaan cinta yang ikhlas dan baik.
Bacaan Cadangan:
1. 4 Clear Signs That It’s Time to Let Go of a Relationship
https://ift.tt/2C2ct2u
2. The power of vulnerability | Brené Brown
Artikel adalah sumbangan Baha’uddin Hamizan untuk The Patriots.
5 Burung Terbesar Di Dunia

Burung datang dari pelbagai jenis, saiz dan lokasi yang berbeza. Ada yang bersaiz besar, kecil, tinggi atau rendah. Ada yang boleh terbang di angkasaraya dengan bebas dan ada juga yang tidak boleh terbang tapi mampu berlari pantas. Walaupun makhluk ciptaan Tuhan ini nampak biasa saja di mata kita tetapi dalam dunia ini, sesetengah burung ini menjadikan dunia kita amat menarik dan unik.
1. Burung unta


Dengan leher yang panjang dan bulu berwarna coklat, ini menjadikan burung unta sebagai burung tertinggi dan terberat di dunia. Bagi burung unta betina, ia boleh mencecah ketinggian enam kaki dan berat sehingga 200 paun. Sementara burung unta jantan pula boleh mencecah ketinggian sembilan kaki dan berat 280 paun. Bebola matanya saja berukuran dua inci dan ia disempadani oleh bulu mata yang panjang menjadikan burung unta pemilik mata terbesar bagi mana-mana binatang darat. Selain itu, burung unta juga memegang rekod sebagai memiliki telur terbesar di dunia. Dengan berat melebihi tiga paun, satu telur burung unta mempunyai berat sama dengan dua dozen telur ayam.
Burung unta tidak boleh terbang berikutan ia lebih berat berbanding spesis burung yang lain. Tetapi ia berkemampuan berlari dengan pantas sehingga mencecah kelajuan 43 batu sejam untuk pecutan jarak dekat atau mengekalkan kelajuan 31 batu sejam pada satu-satu masa. Ini disebabkan dua kakinya yang panjang yang boleh meliputi ruang 16 kaki pada satu-satu masa. Berkenaan mitos burung unta akan menyembunyikan kepalanya dalam pasir bila ia merasa takut, itu sebenarnya mitos semata-mata. Ini kerana burung itu boleh melepaskan diri dari kebanyakan situasi dengan berlari pecut dan menggunakan sayap mereka itu untuk mengekalkan keseimbangan dan mengubah arah larian. Sekiranya itu gagal, burung unta akan menjatuhkan dirinya atas tanah dan kekal diam sehinggalah ancaman tersebut berlalu. Jika kita melihatnya dari jauh, pasti kita menyangka burung unta itu menyembunyikan kepalanya dalam pasir. Itu sebenarnya ilusi optik yang disebabkan oleh kepala dan lehernya yang berwarna pudar serta habitat savana yang berpasir itu sendiri.
2. Great Bustard

Burung Great Bustard dianggap burung paling berat dalam spesis burung yang boleh terbang di udara. Maka tidak hairanlah, mengapa sesetengah pengkaji burung atau ahli ornitologi menggelarnya ‘the flying fortress’ (kubu terbang). Burung ini biasanya mempunyai berat 35 paun tapi dalam satu kes, berat terbesar pernah dicatat Great Bustard ialah lebih 46 paun. Kalau dilihat dari jauh, ia menyerupai angsa tetapi Great Bustard mempunyai kaki yang lebih panjang dan leher yang lebih lurus berbanding angsa. Sementara burung jantan mempunyai berat 30% melebihi burung jantina dan boleh dikenali menerusi dada dan leher mereka yang jelas kelihatan serta ekor mereka yang menegak.
Burung ini hidup dalam habitat padang rumput yang luas lagi terbuka seperti padang Steppe di Eropah dan selatan Rusia. Great Bustard memang diketahui sebagai burung yang pendiam tetapi pada musim mengawan, ia berkemampuan mengeluarkan bunyi yang kuat bila berlawan dengan burung jantan lain untuk mendapatkan burung betina.
3. Big Bird orginal

Jika kita menonton rancangan televisyen PBS Sesame Street, kita pasti akan terhibur dengan telatah Big Bird dan rakan-rakannya. Pasti kita sangka, burung jenis ini tiada dalam dunia hari ini dan dianggap fiksyen semata-mata. Hakikatnya, ada satu burung prasejarah yang pernah menghuni bumi Australia lapan juta tahun lalu. Burung tersebut dikenali dengan nama saintifik Dromornis stirtoni. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 10 kaki dan berat lebih 900 paun, sama dengan berat sebuah granpiano.
D. stirtoni mempunyai paruh yang besar dan luas, sayap yang kontot dan kaki yang panjang dan berotot di mana tapaknya menyerupai tapak kaki huf. Ini menjadikannya pelari laju sama seperti burung unta dan emu pada zamannya. Selain itu, bentuk badannya seperti sudu diliputi dengan bulu-bulu yang tebal. Bagaimanapun, para saintis masih tertanya-tanya apakah makanan kegemaran burung prasejarah itu. Ini kerana menurut ahli ornitologi David Bird, paruh sebegitu memberi petunjuk D. stirtoni ialah haiwan karnivor. Hakikatnya, ia sebenarnya haiwan herbivor yang memakan buah yang berkulit keras dan pod biji benih.
4. Si pengembara albatros

Burung albatros sememangnya dikenali sebagai burung yang mampu terbang pada jarak yang jauh. Ini disebabkan sayapnya yang paling panjang dalam dunia burung dengan ukuran 11 kaki merentasi kedua-dua sayapnya. Dengan berat antara 17 hingga 25 paun dan panjang tiga setengah kaki dari ekor hingga kepala, ia amat membantu burung ini melakukan perjalanan jauh. Menurut Bird, burung ini menghabiskan masanya di Laut Selatan dan diketahui mengelilingi laut berkenaan tiga kali setiap tahun. Dan berdasarkan satu laporan, ia berkemampuan terbang dengan jarak 3,728 batu dalam tempoh 12 hari. Jarak tersebut sama dengan jarak perjalanan dari New York ke Amsterdam.
Albatros makan dengan terjun menjunam dan mengesan permukaan air, tempat sama mereka muncul bila matahari terbenam. Diet pemakanan mereka ialah hidupan laut seperti ikan dan sotong. Adakalanya, burung ini akan mengikut bot-bot nelayan untuk memakan sisa-sisa ikan yang dibuang bot-bot berkenaan. Albatros berkemampuan untuk makan banyak sehinggakan pada satu ketika, burung ini perlu terapung di atas air dan mengunyah makanannya terlebih dahulu sebelum boleh terbang semula di angkasaraya.
5. Moa New Zealand

Jika Australia pernah menyaksikan D. stirtoni merayau di buminya atau lebih tepat, wilayah tengah Australia, New Zealand pula menyaksikan burung Moa pernah menghuni New Zealand satu ketika dahulu. Menurut Bird, walaupun ada sesetengah burung yang sama spesis seperti Moa mempunyai ketinggian seperti ayam belanda, Moa merupakan spesis burung pupus paling tinggi dalam dunia burung. Seperti D. stirtoni, ia juga merupakan haiwan herbivor yang memakan biji benih, buah-buahan, daun dan rumput. Dan untuk membantu proses pencernaan makanan, Moa juga akan menelan batu sebesar empat inci. Burung jantina pula akan membuat sarang dengan mengorek lubang. Selama berjuta-juta tahun, ia merayap di habitat mereka sebelum pupus 600 tahun lalu. Dan ramai beranggapan kepupusan burung ini berpunca daripada aktiviti pemburuan yang dilakukan peneroka-peneroka Polynesia yang meneroka New Zealand ketika itu.
6. Burung falko peregrine

Burung falko peregrine merupakan antara burung falko terbesar di Amerika Utara. Walaupun diakui sebagai antara burung paling laju di dunia, ianya tidaklah selaju burung merganser berdada merah. Bila ia membuat terjunan menjunam, burung ini berkemampuan melakukannya dengan kelajuan 320 kilometer sejam. Burung falko peregrine dewasa boleh dikenali menerusi bulunya yang berwarna biru-kelabu manakala bahagian bawah badannya berwarna putih. Ia boleh membesar antara 14 hingga 19 inci panjang dan mempunyai berat tiga paun. Dengan kuku kakinya yang tajam dan berbentuk cangkuk, burung ini mampu memburu mangsanya seperti burung merpati dan itik. Dan bagi membolehkan menanti masa sesuai untuk menyerang, burung falko peregrine akan menunggu di atas dahan-dahan tinggi.
Namun pada satu ketika, populasi burung itu terancam akibat masalah pencemaran berikutan penggunaan bahan kimia seperti DDT. Ini kerana bahan kimia itu boleh menyebabkan telur burung berkenaan mudah pecah, lebih-lebih lagi sekiranya burung itu duduk di atas telur mereka. Namun terima kasih kepada campur tangan kerajaan terutama perubahan undang-undang alam sekitar, populasi burung falko peregrine kembali pulih dan semakin berkembang. Kini, ia boleh dilihat di mana-mana bangunan tinggi atau pencakar langit seperti menara tangki air dan tebing tinggi.
SUMBER
Zachos, Elaina. (2018). National Geographic. The Biggest Bird That Ever Lived and 5 More Bird Superstars. https://ift.tt/2PORBi1







































