Selasa, 31 Juli 2018

Doa Yang Terbaik Dan Waktu Afdal Seorang Isteri,Rebutlah Walaupun Suami Tidak Nampak, Insha Allah...


Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.

 Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat.

Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu. Itulah… berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.



 Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini…

 Makbulnya Doa Seorang Isteri : Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini. Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya? Bicara dan mengadulah kepada الله .

Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan. Bila Dan Cara Doakan Suami : Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.



 Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur: “ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU.

Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

Sumber Doa Yang Terbaik Dan Waktu Afdal Seorang Isteri,Rebutlah Walaupun Suami Tidak Nampak, Insha Allah...

Ibubapa Sila Buat Dan Amalkan 4 Petua Ini Yang Sangat Berkesan Untuk Kawal Marah Anda Kepada Anak Yang Selalu Degil


Jom Ketahui Cara Untuk Kurangkan Rasa Marah Anda Pada Anak Degil :

 1. Berfikir Dahulu Sebelum Memarahi Anak : Sebelum memarahi anak fikirkan jika anda dimarahi sedemikian. Fikirkan secara rasional, anda juga tidak mahu dimarahi. Memberi nasihat kepada mereka jangan diulangi kesilapan itu. Buatkan mereka faham perkara yang dibuat itu adalah salah, berdosa atau sebagainya.

 2. Mendidik anak dengan cara yang betul : Didik anak anda secara lemah lembut, gunakan ‘eye contact’ pandangan mata ketika berkomunikasi. Didik anak anda dengan rasa sayang melalui tindakan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran anda dan bukan sebaliknya. Didik anak dengan kata-kata positif, jangan membezakan anak anda dengan orang lain. Ini kerana keyakinan mereka akan merundum.



 3. Memberikan Tumpuan Kepada Anak : Berikan tumpuan terhadap kelebihan si anak, jangan cepat melenting jika mereka tidak memahami perkara itu. Sebaliknya, ajari mereka agar boleh lakukan. Si anak juga mempunyai kehendak, keinginan serta permikiran mereka sendiri. Anda cuma tumpukan perhatian dan membimbing ke arah yang betul.



 4. Elak daripada Mengeluarkan Kata-Kata Negatif : Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak anda. Ini akan membuatkan dirinya berasa tidak di sayangi dan akan cenderung kepada pembesaran budaya negatif pada masa hadapan. Jangan mengutuk atau menjatuhkan maruahnya di depan ahli keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara.



 Banyakkan membaca ayat Al-Quran, ini kerana ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda.

Baca juga Tip Disini : Kawal Marah

Sumber Ibubapa Sila Buat Dan Amalkan 4 Petua Ini Yang Sangat Berkesan Untuk Kawal Marah Anda Kepada Anak Yang Selalu Degil

Zaman “Melayu Mudah Lupa” Tun M Dah Lama Tamat…

Tular habis sebuah hantaran yang kutuk Melayu. Sekian-sekian Melayu ini dilabel dengan pelbagai tohmahan. Yang kongsikan pun banyak jugak kawan-kawan facebook aku. Entah spesis inferiority complex tahap dewa macam mamat tu. Malu dengan root sendiri. Malu dengan budaya sendiri. Malu dengan prestij sendiri. Malu dengan identiti Melayu itu.

Jawapan kepada masalah ni satu jer. Inner circle. Inner circle aku adalah Melayu berjaya. Semua hebat-hebat. Saintis roket, prodigi Permata, aktivis doktor, guru yang power mengajar, arkitek, engineer, businessman hebat, pakar linguistik dan banyak lagi. Ini semua anak-anak Melayu hebat tau.

Kedua, kau rasa kau maki hamun, kau kutuk Melayu ni diaorang boleh bangkit ke dengan cara tu? Analogi aku senang. Seorang pelajar ini lemah dalam sebuah kelas. Kalau seorang guru pergi hadapkan dia di tengah-tengah perhimpunan, kemudian depan pelajar itu, guru ini pun mengutuk, mencaci, menceritakan kelemahan dia depan seluruh kelas.

Kau tahu apa pelajar tu buat? Kau rasa dia akan bangkit jadi hebat? Tak. Dia akan jadi pendendam, dia akan patah hati, motivasi ranap, lantas akhirnya dia mungkin bunuh diri. Kau tahu apa TP buat nak bangkitkan bangsa?

Cara kami senang. Kami menulis ilmu. Dari falsafah, sains, sejarah, dan seumpama dengannya. Sejarah selain membuka minda dan pastikan anak bangsa belajar dari sejarah silam, kami juga jadikan ia sebagai pengisi jati diri yang hilang, pengisi jati diri yang kosong. Dalam masa yang sama, TP sedang mengusahakan beberapa program ekonomi dan sosial demi membantu anak bangsa.

Dalam ketika permulaan bangsa Korea nak naikkan bangsa dia selepas Perang Korea, ada Park Chung-hee ketika itu pergi dendangkan yang bangsa Korea ni terbangsat? Aku bagi satu contoh naratif berdasarkan hantaran Melayu Inferior Complex dan Apologetic:

“Dari dulu asyik berpecah. Dari zaman tiga kerajaan Korea, sampai Monggol Yuan datang pun, suka nak khianat dan dengki bangsa sendiri sampai dijajah pelbagai kuasa asing. Contohnya, sebab nak jatuhkan saingan dia Goguryeo, Silla pi kerjasama dengan Tang. Akhirnya tumbanglah Goguryeo.”

Kau rasa dengan naratif macam ni, bangsa Korea akan bangkit sebagai bangsa terhebat? Aku rasa Korea tetap akan jadi antara bangsa termiskin dunia ketika itu. Aku tak rasa “Keajaiban Sungai Han” boleh jadi kenyataan.

Apa sebenarnya yang Korea buat? Dia bina satu monumen agung tokoh paling hebat dalam sejarah depa iaitu Laksamana Yi Sun-sin yang pernah berjaya menghalau Jepun dari negara depa. Monumen itu dipasakkan di tempat awam sebagai sumber jati diri bangsa Korea. Aku rasa zaman “Melayu Mudah Lupa” dah tamat. Sekarang ialah zaman, “Melayu Boleh Bangkit Mengulang Sejarah.”

Sekarang ialah zaman Melayu mampu menjadi gagah.

Ayuh, beri kata semangat kepada diri kita, kepada rakan-rakan kita dan bangsa kita. Kita sama-sama bangkitkan kehebatan ini. Bak kata Hassan Al-Banna:

“Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya”.

Ingat! Seorang pejuang kemerdekaan di dunia pernah berkata.

“Bangsa yang tidak percaya kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa yang merdeka.” (Bapak Soekarno)

Akhir kata, Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya (PAS) dalam tahun 1964:

“Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”

Menghina, menjatuhkan Melayu adalah pengkhianatan kepada orang Melayu sebab ia berupaya untuk membunuh terus keupayaan bangsa itu, lantas membawa kepada kepupusannya seperti bangsa-bangsa agung yang lain dalam sejarah.

#BerhentiBunuhBangsaMelayu

#KitaKanHebat

Baca Dan Amalkan Dua Surah Ini Setiap Malam, InsyaAllah Rezeki Datang Melimpah Dari Sumber Yang Anda Tak Pernah Dijangka.!!!


Ada dua ayat di dalam Al-Quran yang jika dibaca setiap malam maka orang yang membacanya akan diberikan kecukupan. Dua ayat saja? Iya, hanya dua ayat.

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : من قرأ بالآيتين من آخر سورة البقرة فى ليلة كفتاه “Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al Baqarah pada malam hari, nescaya ia mencukupi.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dalam Nuzhatul Muttaqin syarh Riyadhush Shalihin, Syaikh DR Mustofa Said Al Khin, Syaikh DR Mustofa Al Bugho, Syaikh Muhyidin Mistu, Syaikh Ali Asy Syirbaji dan Syaikh Muhammad Amin Luthfi menerangkan bahawa salah satu makna mencukupi dalam hadis ini adalah mencukupi keperluan dunia dan akhiratnya serta dapat dielakkan dari semua keburukan.



 Hadis ini pula yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir ketika menjelaskan keutamaan dua ayat terakhir surah Al Baqarah ini dalam tafsirnya. Dua ayat terakhir dalam surah Al Baqarah tersebut tidak lain adalah firman-Nya :


(Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali . ” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.



 Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. “(QS. Al Baqarah: 285-286) Wallahu a’lam bish shawab.


sumber : https://ift.tt/2KkSYBi

Sumber Baca Dan Amalkan Dua Surah Ini Setiap Malam, InsyaAllah Rezeki Datang Melimpah Dari Sumber Yang Anda Tak Pernah Dijangka.!!!

Malam Tadi Penduduk Area KL Dan Puchong Jadi Gempar Ketakutan Bila Terdengar Bunyi Guruh Yg Kuat Dan Lama. Hasil Siasatan, Ada Netizen Sempat Merakam Fenomena Tersebut Dan Terkejut Bila Nampak "Sesuatu" Di Langit. Ada Gambar Dan Video. Subhanallah


OBJEK MISTERI BERSAMA CAHAYA KILAT DI LANGIT Video ada di hujung artikel.

Bunyi kuat semasa petir sabung menyabung malam tadi terasa seperti gegaran gempa bumi di beberapa kawasan di Lembah Klang.


Ia dikatakan berlaku serentak terutama kawasan sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Puchong dan Sijangkang semasa hujan lebat sepanjang malam tadi.

 Beberapa kawasan perumahan menjadi kecoh apabila banyak sistem penggera kereta berbunyi semasa berlaku insiden itu. Situasi itu kemudian tular di media sosial.

 Malah ada juga netizen di sesetengah tempat merasa gegaran yang agak kuat kira-kira pukul 8 malam selepas petir sabung menyabung yang agak panjang dan luar biasa.


Bagaimanapun tidak ada laporan gempa bumi dilaporkan pihak berkuasa setakat ini. Namun ada seorang penduduk sempat merakam fenomena guruh kuat pelik yang berlaku di Puchong dah kawasan sekitarnya. Eksklusif ni tau.

 Semoga kejadian seperti ini akan menghadirkan keinsafan kepada diri untuk kembali beriman dengan menunaikan solat dan perkara amal makruf nahi mungkar insyaAllah. Ada hikmahnya. Jangan lupa untuk SHARE artikel ni kepada yang lain. Terima kasih.

 Video Kilat Pelik Seram Di Langit KL 31 Julai 2018



sumber artikel 

Sumber Malam Tadi Penduduk Area KL Dan Puchong Jadi Gempar Ketakutan Bila Terdengar Bunyi Guruh Yg Kuat Dan Lama. Hasil Siasatan, Ada Netizen Sempat Merakam Fenomena Tersebut Dan Terkejut Bila Nampak "Sesuatu" Di Langit. Ada Gambar Dan Video. Subhanallah

7 Cara Bisnes Tingkatkan Engagement Media Sosial

Kesilapan yang banyak berlaku dalam kalangan peniaga online adalah memandang mudah pada posting di media sosial bisnes mereka. Main post sahaja. Asalkan ada sudah cukup.

Memang diakui untuk mendapatkan pengikut yang setia itu bukan sesuatu yang mudah tetapi ia bukan rumit. Lihat sahaja bagaimana sekarang orang ramai dengan mudahnya menjadi popular  kerana memperoleh jumlah pengikut yang ramai dengan cara masing-masing. Pelbagai cara mereka lakukan untuk memastikan pengikut mereka tetap setia mengikut profil mereka.

Jadi sebagai pemilik bisnes online anda juga wajib peka dengan hal ini. Lagi-lagi jika anda 100% menggunakan media sosial sebagai platform untuk berniaga. Kali ini Majalah Niaga kongsikan cara-cara untuk meningkatkan ‘engagement’ dalam page media sosial bisnes anda.

#1 Kerap Kemaskini

Ini adalah syarat wajib yang anda harus akur jika anda mahu ‘engagement’ yang tinggi dalam media sosial bisnes anda seperti Facebook dan Instagram. Anda perlu mengenalpasti konten bagaimana yang mampu menarik minat pelanggan sasaran anda. Jangan terlalu meniru posting orang lain. Lain bisnes lain pendekatannya.

Kekerapan page anda dikemaskini mampu mempengaruhi orang ramai untuk membuktikan page anda aktif dan tidak hambar. Pelanggan akan ragu-ragu untuk membeli jika melihat posting paling terkini pada page adalah beberapa bulan yang lepas. Pelanggan akan fikir anda tidak serius berniaga di platform tersebut maka mereka kurang yakin untuk berurusan dengan anda.

#2 Relevan Dengan Isu Semasa

Kebanyakan page atau akaun yang mempunyai ‘engagement’ yang tinggi mempunyai konten yang memukau. Cuba untuk jadi kreatif dengan mengaitkan posting anda dengan isu semasa atau perkara yang sedang ‘trending’. Percayalah cara ini benar-benar akan memberi kelainan dalam bisnes anda sekali gus menarik perhatian orang ramai.

Apa sahaja perkara yang mungkin viral ketika itu apabila dikaitkan dengan produk atau servis yang anda tawarkan mampu melonjakkan jualan ke tahap yang lebih baik. Ia juga menunjukkan kepada pengikut anda bahawa bisnes anda peka dengan situasi semasa dan membuatkan mereka tetap mengikuti (follow) page anda kerana page anda menarik.

#3 Menonjol

Jangan jadi biasa-biasa kerana sekarang terlalu ramai orang berniaga secara online. Kalau anda hanya diam terkaku sambil menunggu pelanggan datang menyinggah page anda. Jawabnya bisnes anda memang tidak akan tahan lama.

Anda perlu ingat setiap pengguna mengikuti (follow) lebih dari satu  page yang menjual produk atau servis masing-masing. Kerana itulah pentingnya untuk bisnes anda menonjol berbanding yang lain.

#4 Interaksi Dengan Pelanggan

Ramai peniaga beranggapan interaksi dengan pelanggan cukup sekadar post gambar dan balas komen-komen mereka di page anda. Kalau anda berfikir demikian maka anda harus bersaing dengan lebih ramai lagi peniaga lain yang melakukan cara yang sama.

Bagi meningkatkan ‘engagement’, panggil individu yang banyak berinteraksi dengan posting anda. Cari jalan untuk menzahirkan penghargaan kepada mereka. Dan jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan itu semua, lantik seseorang untuk melakukannya. Ia penting sebenarnya.

#5 Personaliti

Anda boleh menggunakan khidmat ‘influencer’ atau selebriti untuk mempromosikan bisnes anda. Malah lagi bagus lagi jika anda boleh membangunkan bakat staff anda untuk menjadi wakil media sosial bagi mempromosikan produk atau servis anda. Lazimnya staff pemasaran lebih sesuai untuk ini tetapi jika ada staff lain yang mempunyai potensi, apa salahnya bagi mereka peluang.

Malah jika anda menggunakan khidmat dari tenaga kerja syarikat anda ia lebih menjimatkan berbanding membayar ‘influencer’ atau selebriti. Impak awalnya mungkin tidak sehebat menggunakan individu yang popular tetapi konten itu lebih mengujakan kerana staff anda lebih memahami bisnes anda berbanding orang luar. Tidak mustahil hasil komunikasi yang berkesan mampu meningkatkan jualan bisnes anda.

#6 Kempen & Promosi

Sedangkan page yang viral pun masih menggunakan iklan berbayar. Oleh itu anda perlu sedar bahawa viral itu tidak kekal lama. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang viral. Jadi selama mana anda mampu percaya kuasa viral boleh kekalkan bisnes anda selamanya.

Maka itu jangan lokek untuk peruntukkan sebahagian dana untuk pemasaran iklan berbayar samada FB Ads, Google Ads, IG Ads dan platform-platform lain yang menawarkan pengiklanan secara meluas mengikut pelanggan sasaran anda. Berani untuk laburkan duit demi kelangsungan bisnes yang berterusan.

#7 Masa Yang Tepat

Aspek masa selalu dipandang ringan oleh kebanyakan peniaga online. Hakikatnya ia sangat penting kerana anda perlu tahu pada waktu bila paling ramai orang online supaya iklan yang anda buat dilihat oleh mereka. Lihat juga siapa pelanggan sasaran anda. Letakkan diri anda dalam rutin seharian pelanggan sasaran anda maka anda akan tahu bila waktunya mereka akan online. Ketika itulah anda memulakan serangan.

Contohnya, jika pelanggan sasaran anda adalah golongan bekerja di waktu pejabat maka anda akan tahu waktu pagi sebelum mula bekerja dan ketika waktu rehat lazimnya mereka akan online. Lain pula jika pelanggan sasaran anda suri rumah. Jadi kaji aspek masa ini dengan sebaiknya.

 Sumber Informasi: Aj Agrawal



Sumber 7 Cara Bisnes Tingkatkan Engagement Media Sosial

Cuma Bermodalkan RM23, Wanita Cantuk Ini Buat Sendiri Pokok Monstera Cantik, Dan Hasilnya Memang Sangat AWESOME!


Pokok hiasan jenis berdaun besar ini antaranya pokok ketapang, pokok monstera menjadi kegilaan peminat dekorasi hiasan dalaman. Tapi nak beli sepokok tu mahal sungguh, mencecah ratusan ringgit.

Berbekalkan idea kreatif, Puan Mazidah Mzin hasilkan sendiri pokok monstera yang cantik ini dengan berbekalkan modal RM23 saja. Ada 2 versi DIY pokok hiasan yang dikongsikan dalam ini. Satu jenis batang tinggi, dan satu lagi jenis batang rendah. “Nak beli pokok ini memang mahal gile kat area Klang ini. Nak go cowboy jauh-jauh semua. Paling murah pun RM80 kat Klang ini.

Dah lama sangat mengidam sampai makan tak lalu mandi tak basah. Akhirnya saya dapat idea buat jelah sendiri.” Yang nak mencuba boleh ikut step by step yang dikongsikan ini. Modal hasilkan pokok hiasan ini = RM23.

1. DIY Pokok Monstera Jenis Tinggi



Batang tu ambil je apa-apa yang ada kat rumah. Tak ada beli-beli pun. Kalau tak ada batang macam tu pakai je batang penyapu ke, ranting pokok yang boleh ambil je dari belakang rumah. Jimat.


Balut batang tu dengan tape hijau. Biasa tape tu untuk lekat batang bunga. Banyak dijual kat kedai jual bunga. Balut sampai habis.



adaaaaa dah siap. Cantikkan, Nangislah tokey cowboy macam ni.

 2. DIY Pokok Monstera Jenis Batang Rendah







Haa.. pacak-pacak je batang daun tu sesedap rasa. Then saya beli batu kat kedai RM2. Hias-hias je tutup suratkhabar tu. Siap. Senang sangat kan mak-mak. Hasilnya pun puas hati. Paling penting tak keluar modal besar sangat.

Rajin dengan tak rajin je mak-mak. Ini dah ditunjukkan caranya, ada masa bolehlah mak-mak cuba buat dekat rumah sendiri. Cantik sungguh letak di ruang tamu kediaman mak-mak kelak.

Sumber/Foto : Mazidah Mzin

Sumber Cuma Bermodalkan RM23, Wanita Cantuk Ini Buat Sendiri Pokok Monstera Cantik, Dan Hasilnya Memang Sangat AWESOME!

Jika Korang Duduk Serumah Dengan Ipar Duai, Tolonglah Jangan Meletakkan Isteri Dalam Situasi ‘Maut’!


Mungkin niat nak tolong ipar duai, akhirnya isteri jadi mangsa terpaksa duduk serumah dengan ipar duai yang berlainan jantina. Nak jaga aurat ini bukan mudah ya, tambah pula kalau masing-masing sudah besar panjang.

Kalau terkena nasib macam ini, nak ditelan mati emak, diluah mati bapa. Jadi apa hak kaum isteri nak mengelakkan daripada situasi terus berlaku? Untuk mudahkan anda buat keputusan, jemput renungkan pekongsian daripada cikgu Abd Ghani Haron ini, in shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan.

Bila Serumah Dengan Ipar Duai Seorang wanita baru berkahwin yang saya kenali bercerita mengadu hal dan bertanya kepada saya. “Dalam kegembiraan mengharungi perkahwinan, saya tidak terfikir satu perkara, bila sudah duduk dirumah mentua baru berjumpa masalah ini. Masalah aurat dengan ipar lamai, ipar duai. Benarkah ada hadis ipar itu maut?. “Saya cuba jawab untuk jadi peringatan juga kepada yang lain.

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ “Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana halnya mengenai ipar?” Beliau menjawab, “Hamwu (ipar) adalah maut.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172) Perkahwinan akan mewujud hubungan ipar.

Perhubungan ipar duai adalah mahram sementara sahaja iaitu selagi masih berstatus ipar. Apabila suaminya (abang kita) meninggal contohnya atau menceraikannya maka bekas kakak ipar ini boleh berkahwin dengan kita selepas tamat idahnya.

Hukum-hakam mahram sementara ini tidak sama dengan hukum-hakam mahram yang kekal selama-lamanya iaitu dari aspek aurat, auratnya sama seperti ajnabi (bukan mahram) iaitu wajib ditutup, tidak boleh didedahkan serta tidak boleh dilihat. Wajib Berlapik Apabila bersentuh kulit tanpa lapik di antara seseorang lelaki dan kakak iparnya, maka batal wuduk sebagaimana dalam Mazhab Syafie. Begitu juga dari aspek bersalam, ia tidak diharuskan.

Juga tidak dibenarkan untuk bersekedudukan atau berdua-duaan tanpa ditemani mahram yang lain. Maka nabi menyebut maut disini merujuk kepada perlunya berhati-hati dalam hubungan ipar yang boleh membawa dosa dan kemaksiatan. Jadi tinggal serumah dengan ipar duai berbeza jantina ibarat meniti titian yang rapuh mudah terjebak dosa, aurat kena dijaga, berkelubunglah, berstokinlah 24 jam, hingga ke dapur, ruang bebas hanya seluas bilik tidur sahaja.

Dan ingat pesan nabi… لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا “Janganlah salah seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya) karena setan adalah orang ketiganya.” (HR. Ahmad-sahih) Ada ketikanya akan terjadi hanya ipar yang ada di rumah, maka hadis ini ada kaitannya. Anda boleh bayangkan bagaimana payahnya situasi memelihara aurat bagi seorang isteri yg tinggal bersamanya mentua dan adik abang ipar lelaki. Maka jangan seronok merancang untuk kahwin, buat kenduri hebat, lepas tu si isteri bebas dunia hanya dalam bilik 12×10 kaki.

Keluar bilik, ipar melepak di ruang tamu tanpa baju, menyelongkar periok di ruang dapur dengan pelekat, terjerembab berkain tuala keluar bilik mandi, terbongkang tidur di sofa dengan seluar pendek. Fikirlah juga masalah yang akan tempuh oleh isteri. Ambillah ingatan yang nabi pesan ini, ipar itu maut. Jangan pandang ringan. Jalan Penyelesaian Terbaik Jalan keluarnya ialah rancanglah untuk tinggal berasingan.

Meletakkan isteri dalam situasi ‘maut’ yang disebut dalam hadis ini cukup menggerunkan. Bagi wanita yang nak berkahwin, kajilah keluarga mentua, supaya perancangan boleh dibuat sebelum akad berlaku supaya lepas berkahwin kita kita berpindah ke situasi dunia bebas hanya dalam bilik yang sempit. Wallahua’lam.


sumber : mingguan wanita

Sumber Jika Korang Duduk Serumah Dengan Ipar Duai, Tolonglah Jangan Meletakkan Isteri Dalam Situasi ‘Maut’!

Priyanka Chopra Bakal Berganding Dengan Chris Pratt Dalam 'Cowboy Ninja Viking'


Pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk menyertai sebuah filem adaptasi novel grafik bertajuk Cowboy Ninja Viking yang turut sama dilakonkan oleh Chris Pratt. Priyanka Chopra sebelum ini menerjah pasaran Hollywood apabila dia berlakon dalam siri Quantico.


Priyanka Chopra akan memegang watak kekasih kepada watak Chris Pratt. Priyanka Chopra sudah diujibakat dan keserasian Priyanka Chopra dengan Chris Pratt berjaya menarik perhatian selepas ujibakat dijalankan. 

Filem ini ialah adaptasi novel grafik terbitan Image Comics pada tahun 2009 tulisan A.J Lieberman dan pelukis RIley Rossmo. Ianya akan diadaptasikan oleh Dan Mazeau yang pernah menulis lakonlayar Wrath of the Titans dan Ryan Engle yang pernh menulis lakonlayar The Commuter. Draf awal filem ini ditulis oleh Craig Mazin daripada versi asal tulisan penulis lakonlayar Deadpool, Paul Wernick dan Everett David Reese. 

Filem ini bakal mengisahkan bagaimana seorang pembunuh upahan yang diarah untuk membunuh tiga sasaran iaitu seorang cowboy, seorang ninja dan seorang viking. Filem ini dijangka bakal ditayangkan pada 28 Jun 2019.

Pengarah Game of Thrones, Michelle McLaren akan mengarahkan filem ini.

Pengarah 'National Treasure' Beri Jawapan Kenapa Sekuel Ketiga Masih Belum Muncul

Pengarah filem National Treasure mendedahkan sebab kenapa pihak Disney tidak menerbitkan filem National Treasure 3. Filem National Treasure berkisar tentang bagaimana watak Nicholas Cage mencuri artifak berharga dan pada masa yang sama bercerita tentang sejarah Amerika. Filem pertama National Treasure berjaya mengutip USD347 juta dan dikira sebagai sebuah filem yang berjaya.


Disney kemudiannya tampil dengan sekuelnya, National Treasure: Book of Secrets yang mana menggunakan formula filem pertama dengan tambahan genre komedi aksi rompakan. Filem tersebut akhirnya mengutip USD457 juta keseluruhannya dan di akhir filem itu, diberi klu untuk filem ketiganya.

Namun, sehingga sekarang, setelah 11 tahun filem kedua National Treasure muncul, filem ketiga siri filem ini masih belum kelihatan. Pengarah dua filem National Treasure, Jon Turteltaub menjelaskan tentang hal ini ketika bercakap kepada Collider.
When National Treasure first got made, there was a lot more money to go around. Everybody got paid nicely. The problem with getting the third one made isn’t the people who are getting paid saying, 'I’m not doing it unless you pay me a lot!' It’s really that Disney feels they have other films they want to make that they think will make them more money. I think they’re wrong. I think they’re right about the movies they’re making; they’re obviously doing a really good job at making great films. I just think this would be one of them, and they don’t quite realize how much the Internet is begging for a third National Treasure.
Turteltaub menyatakan bahawa skrip filem ketiga National Treasure sudah ada untuk disiapkan namun Disney tidak berminat dengan projek filem ini. Disney sedang sibuk dengan pelbagai projek besar lain termasuklah Star Wars, Marvel Cinematic Universe, Pixar dan juga remakes filem animasi klasik mereka.

Mungkin National Treasure 3 akan difilemkan, tetapi bukanlah dalam masa terdekat. 

Senin, 30 Juli 2018

Luahan Sedih Hati Seorang Insan Terluka Tentang Aksi Terlampau Pasangan Kekasih Yang Tidak Malu Membuat Maksiat Di Tepi Masjid Putra,Putrajaya

Seorang rakyat Malaysia yang menggunakan nama samaran Stori Mori meluahkan perasaannya melalui Facebook Masjid Putra, Putrajaya tentang gejala maksiat yang berlaku di sekitar kawasan masjid tersebut yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya hujung minggu tanpa sebarang pengawasan. Teguran ini biarpun sekadar viral di laman sosial, ianya pasti memberi tamparan hebat kepada pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan.


Berikut adalah luahan hati beliau yang harus dipandang serius;

"Assalamualaikum, saya ingin meluahkan perasaan. Tapi saya tak tahu ke mana nak saya luahkan.

Saya tinggal di Cyberjaya. Saya sering berbasikal di sekitar tasik Putrajaya. Apa yang menyedihkan saya adalah taman-taman di sekeliling tasik ini telah menjadi sarang MAK-SIAT tempat manusia memadu as-mara tanpa rasa malu kepada manusia lain yang lalu lalang di situ.

Dan yang lebih menyedihkan, mereka tiada rasa takut pada Allah yang menyaksikan setiap perbuatan jahat mereka.

Minggu lalu saya berbasikal dari Dataran Gemilang ke Dataran Masjid Putra. Sangat menjijikkan melihat pasangan bercum-buan di dalam kereta yang mereka parking di Jambatan berhampiran masjid!


Tidak ada rasa gentarkah di hati mereka? Tidakkah mereka mengetahui akan gejala taufan putting beliung yang kerap melanda semenanjung kini? Apakah mereka fikir atas faktor geografi dan sains, petaka taufan dan ribut mustahil sampai ke Putrajaya?

Saya merasa amat marah sekali dengan keadaan ini. Putrajaya adalah bandar dalam taman yang sangat indah dan rapi susunannya. Walaupun ia ciptaan manusia, siapakah manusia tanpa Allah yang Maha Kuasa?

Adakah kalian lupa pada kekuasaan Allah? Adakah kalian lupa pada kebesaran Allah? Adakah kalian tidak takut pada kemurkaan Allah?

Tolonglah jangan cemarkan bandar ini dengan mak-siat!

Kalau kalian mahu juga bermak-siat, NYAH KALIAN DARI SINI! Pergi! Pergi ke bandar-bandar yang diperintah oleh orang-orang kafir. Pergi!"

Jika kita fikirkan perkara ini, ianya betul kerana hal tersebut benar-benar berlaku. Tidak percaya? Ambil masa anda untuk berkunjung ke Putrajaya dan berehatlah di kawasan tasik sekitar Masjid Putra tersebut. Seringkali terlihat pasangan tanpa segan silu bermesra terutamanya ketika hujung minggu. Kelibat pasangan tidak bermoral ini boleh ditemui di Dataran Putrajaya, sekitar tepi tasik Putrajaya, taman-taman bunga di sebelah bangunan Kastam dan beberapa tempat lagi sekitar Putrajaya.


Gejala sebegini harus dipandang serius sepanjang masa bukan bila tiba satu-satu masa sahaja. Ini kerana ianya melibatkan kreadibiliti Masjid Putrajaya sendiri dan tentulah maruah Putrajaya sendiri yang menjadi salah-satu mercu-tanda kebanggaan rakyat Malaysia yang menjunjung Islam sebagai agama rasmi di negara ini. - dipetik dari Oh! Media


Sumber Luahan Sedih Hati Seorang Insan Terluka Tentang Aksi Terlampau Pasangan Kekasih Yang Tidak Malu Membuat Maksiat Di Tepi Masjid Putra,Putrajaya

Tersangatlah AWESOME! Sebelum Menjenguk Didalamnya, Saya Tidak Tahu Akan Kehebatan Rumah Bertemakan Hobbit Ini, Selepas Masuk...



Rumah kecil tetapi hebat ini dinamakan “Rumah Hobbit”, sebuah rumah bertema Hobbit oleh arkitek bernama Peter Archer untuk seorang peminat J.R.R Tolkien. Ia terletak di Chester County, Pennsylvania, sebuah tempat yang terletak banyak kebun yang sangat lame dan goth, tetapi juga terletak dekat dengan bandar.

Rumah Hobbit ini dibina sebagai sebuah muzium peribadi, sebuah tempat privet dimanana seorang Peminat J.R.R Tolkien boleh menyimpan kesemua barangan Lord Of the Rings. Terdapat koleksi yang berumur sebanyak 30 tahun yang dikandungi buku, patung dan barangan lain.

Pandangan luar rumah hobbit.



Ini pintu masuknya.


Suasana didalam sangat nyaman.






Sumber Tersangatlah AWESOME! Sebelum Menjenguk Didalamnya, Saya Tidak Tahu Akan Kehebatan Rumah Bertemakan Hobbit Ini, Selepas Masuk...

(3 Gambar) Anda Tentu Tidak Percaya Hasil Tangkapan Yang Berjaya Dinaikkan Oleh Seorang Nelayan Di Terengganu Ini...


Seekor ikan yang sangat aneh telah ditangkap oleh para nelayan terengganu.

Encik Muhammad Ali, telah bekerja sebagai nelayan untuk 30 tahun semenjak mewarisi sampan kecil daripada ayahnya. Selama 30 tahun menangkap ikan, ini kali pertama dia menjumpai ikan ini.

Ikan ini diberikan ‘Ikan Cyclops” ataupun ‘Cyclops Fish’. Sebenarnya, pada beberapa bulan yang lalu, ikan ini juga telah dijumpai oleh sekumpulan nelayan dari California, US. Ini merupakan kali kedua ikan ini muncul.

Hari ini dia juga dapat tangkap ikan yu yang lain.


Ikan cyclops ini mempunyai satu mata yang sangat besar dan menggerunkan. Seram kan?


Ikan ini telah diberikan kepada sekumpulan saintis untuk pengajian lanjut.

Fakta tentang ikan cyclops: Ikan Cylops sebenarnya hanya sekor ikan bayi. Kedua-dua kali yang ikan ini dijumpai merupakan bayi dan bukan ikan yang sudah membesar.



sumber


Sumber (3 Gambar) Anda Tentu Tidak Percaya Hasil Tangkapan Yang Berjaya Dinaikkan Oleh Seorang Nelayan Di Terengganu Ini...