Sabtu, 30 Juni 2018

5 Strategi Penjimatan Kos Yang Dilakukan Oleh IKEA

Pasti ada sebahagian daripada kita yang gemar dengan produk IKEA yang terkenal dengan rekaan perabotnya yang moden, elegan dan menarik kan. Harga pun berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Pernah tak anda terfikir bagaimana IKEA mampu menawarkan harga mampu milik walaupun rekaannya kelihatan eksklusif dan mahal?

Pengasas IKEA iaitu Ingvar Kamprad mempunyai strategi tersendiri dalam usaha memberikan harga yang rendah dengan produk yang berkualiti. Ya kadang-kadang pengguna mahukan perabot dan kelengkapan rumah yang mempunyai sentuhan moden dan elegan untuk menghiasi ruang kediaman mereka tetapi bila memikirkan harga yang mahal maka ia membantutkan hasrat mereka.

Maka itu Kamprad cuba mencari solusi bagi masalah mereka dengan menawarkan perabot yang cantik dan moden tetapi harga masih mampu milik. Dalam masa yang sama tetap menguntungkan bisnes. Kami kongsikan strategi Ingvar Kamprad dalam menjimatkan kos dari pelbagai sudut demi memenuhi keperluan pelanggannya.

  • IKEA memfokuskan kos seunit barang supaya harga yang ditawarkan adalah mampu milik. Bagi menurunkan kos seunit untuk barangan dan perabot yang dijual, IKEA hanya membuat pesanan daripada pengeluar dalam kuantiti yang tinggi sahaja. Jadi pentingnya rundingan dengan pengeluar dalam memastikan mereka mendapat harga yang rendah.
  • Penjimatan dalam kos pengangkutan berlaku apabila IKEA mereka perabotnya dalam bentuk ‘knockdown’ iaitu perabot yang sedia dipasang dan dibungkus rata. Ia juga mudah untuk diangkut ke gudang. Semua ‘knockdown’ itu boleh diangkat dengan menggunakan forklift dengan mudah.
  • Selain daripada itu pelanggan juga mudah untuk membawa pulang perabot yang dibeli dengan menaiki kereta atau trak. Troli khas yang disediakan memudahkan pelanggan membawanya dari kaunter hingga ke kereta.
  • Disebabkan kebanyakan perabot mereka berbentuk knockdown, maka pelanggan hanya perlu mengambilnya di bahagian stor gudang sendiri. Setelah membuat pembayaran mereka boleh membawa pulang sendiri ke rumah. Namun IKEA tetap menawarkan khidmat penghantaran dengan caj tertentu apabila ada permintaan pelanggan.
  • Tidak seperti kebanyakan kedai perabot yang telah dipasang siap. Pelanggan hanya tunggu perabot mereka sampai di rumah. Di IKEA lain caranya. Pelanggan mereka memasang sendiri perabot apabila dibawa ke rumah. Oleh itu secara tidak langsung IKEA telah menjimatkan kos pemasangan.
  • Bagi memudahkan pelanggan, mereka menyediakan manual langkah demi langkah sebagai panduan kepada pelanggan untuk memasang perabot itu di rumah. Kebiasaannya komponen-komponen perabot itu adalah dalam bentuk mudah dipasang ibarat mencantumkan ‘Lego’ dan akhirnya menjadi sebuah perabot.
  • Gudang-gudang IKEA beroperasi mengikut konsep margin keuntungan yang rendah pada kuantiti yang tinggi. Mereka tidak meletakkan margin keuntungan pada tahap yang tinggi dengan menjual barang dengan harga yang mahal. Mereka lebih utamakan jumlah kuantiti yang tinggi walaupun dijual dengan harga rendah.

Strategi inilah yang membuatkan IKEA dapat menawarkan harga 20% lebih murah berbanding pesaingnya dan IKEA masih mampu membuat keuntungan yang besar kerana penjimatan kos yang bijak dan kualiti produk yang memuaskan hati pelanggan.

Begitu juga dalam bisnes anda. Tidak semestinya anda tidak boleh mendapat keuntungan dengan menjual harga yang rendah kepada pelanggan tetapi anda harus teliti dalam menyusun strategi kewangan.

Strategi itu mestilah melibatkan semua proses perniagaan seperti operasi, pengurusan, pemasaran, jual beli dan sebagainya kerana ia mampu mempengaruhi harga yang anda boleh letakkan ke atas sesuatu produk atau servis. Ingat sales banyak tidak semestinya untung jika kita tidak cakna dengan kos-kos lain yang berlaku dalam bisnes.



Sumber 5 Strategi Penjimatan Kos Yang Dilakukan Oleh IKEA

Sejarah Awal Anarkism

Anarkism. Sebuah idea yang difahami majoriti sebagai idea yang melawan sebarang bentuk autoriti terutamanya penguasaan oleh sesebuah identiti tidak kisah bersifat ketuhanan, kekuasaan individu atau organisasi. Pandangan majoriti juga memikirkasn si pengamal Anarkism adalah ‘orang gasar’ moden, selalu mengadakan pemberontakan, merosakkan harta benda, melontar Molotov iaitu sejenis bom buatan dan berbahaya kepada rakyat. Sebenarnya, idea ini telah dicemar dan Anarkism bukanlah apa yang netizen bayangkan. Untuk artikel ini, saya terangkan sedikit demi sedikit, dimulai dengan sejarah awal Anarkism.

Mengikut para antropologis kotemporari, sebelum sejarah manusia pertama direkod telah wujud masyarakat tanpa kelas sosial mengikut autoriti atau pengkelasan politik. Mengikut Harold Barclay iaitu pensyarah antropologi dari University of Alberta, sebelum Anarkism dijadikan sebagai perspektif pemikiran yang ke hadapan, manusia yang hidup awal beribu tahun dahulu telah mempunyai masyarakat yang berkerajaan sendiri tanpa sebarang kuasa pemerintahan atau pertubuhan kelas politik. Apabila masyarakat mengikut kelas autoritarian diwujudkan, idea Anarkism wujud sebagai sebuah perlawanan menentang hubungan masyarakat hierarki ini.

Ajaran Taoisma juga punya unsur-unsur ajaran yang berbaur anarkistik. Pengajar Taoisma seperti Lao Zi (Lao Tzu) dan Zhuang Zhou mempunyai pemikiran falsafah yang bersifat anti-politik dan menolak sebarang penglibatan dalam pergerakan atau pengorganisasian politik, dan membentuk sebuah falsafah “non-rule” dalam diri para ahli Taoisma serta hidup dengan gaya hidup anarki. Pada tahun 300 Masihi, Bao Jingyan membantah secara jelas bahawa suatu masyarakat perlu ada sebuah pemerintahan. Manakala di dunia Barat, pengaruh anarkistik terdapat dalam diri para ahli falsafah Yunani Kuno. Seperti Zeno, pembawa ajaran Stoic dan Aristippus yang mengatakan bahawa para bijaksana tidak perlu memberikan kebebasan mereka kepada kerajaan.

Penggunaan kata “anarchia” dan “anarchos” yang bermaksud “tanpa pemerintah” ditemui dalam karya Homer bernama Iliad dan karya Herodotus’s Histories. Tamadun Yunani Kuno adalah tamadun pertama menggunakan terma anarki sebagai sebuah idea falsafah. Kumpulan Cynics Diogenes of Sinope dan Crates of Thebes adalah kumpulan yang bertanggungjawab memperkenalkan idea masyarakat anarkistik. Zeno of Citium, pelopor ajaran Stoicism, yang dipengaruhi oleh pembawaan kumpulan Cynics menggambarkan idea masyarakat urban anarkistik sekitar tahun 300 SM. Dalam karya Zeno’s Republic, beliau memperkenalkan idea pembentukan masyarakat yang bersatu tanpa sebarang pembentukan kerajaan. Sehingga tokoh anarkis pada abad ke-20 bernama Peter Kropotkin menggelarkan Zeno sebagai “pelopor falsafah anarki terbaik di zaman Yunani Kuno”.

Namun idea Zeno mengenai masyarakat tanpa kerajaan ditentang oleh ahli falsafah terkemuka iaitu Plato yang memihak kepada idea kerajaan utopia dalam karya Plato’s Republic. Zeno menjelaskan walaupun naluri kepentingan diri perlu diutamakan sehingga wujud sikap egoistik dalam diri manusia, alam ‘membetulkan’ sikap tersebut dengan mewujudkan lagi sebuah naluri – keupayaan sosial (sociability). Seperti kebanyakkan anarkis moden, beliau percaya jika manusia mengikut naluri mereka, mereka tidak perlu wujudkan perundangan atau kepolisan, wujudkan biara, kuil, surau atau tempat ibadah lain. Malah wang tunai juga tidak perlu diwujudkan (sistem barter sebagai alternatif jual beli).

Di Athens pada tahun 404 SM adalah tahun digelar “Tahun Anarki”. Mengikut sejarahwan Xenophon, ia berlaku di mana kota Athens berada dalam pemerintahan para oligarki yang membentuk organisasi politik “The Thirty” setelah kaum Sparta memperoleh kemenangan dalam peperangan kedua Peloponnesian War. Apabila Pythodorus dilantik sebagai pemerintah Athens, rakyat Athens tidak mengiktiraf perlantikan tersebut yang terang-terangan dipilih hanya dalam kalangan ahli oligarki. Rakyat Athens kemudian menamakan tahun tersebut sebagai Tahun Anarki sebagai protes besar-besaran menentang perlantikan Pythodorus.

Ahli falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle memandang buruk akan terma anarki, menganggap anarki, secara semula jadi cenderung kepada kekuasaan tirani. Plato percaya bahawa kekorupan politik diwujudkan kerana demokrasi telah kehilangan hierarki sosial ‘semula jadi’ sesama kelas, gender dan umur sehingga beliau juga menerangkan:

“Anarki mencari jalan ke rumah persendirian, dan menamatkannya dengan bersama kelompok haiwan dan menjuangkiti mereka.” Rupublic, book eight.

Manakala Aristotle dalam karya Politics menjelaskan tentang revolusi, bahawa kelas atasan akan termotivasi untuk melaksanakan coup d’etat atas datas kebencian mereka bagi membanteras kekacauan dan anarki yang mengugut sistem kerajaan.

Ada beberapa contoh mengenai tokoh atau perkumpulan awal yang mempunyai sifat anarkistik. Dalam dunia keagamaan Kristian, Nabi Isa A.S atau Jesus dikatakan sebagai anarkis Kristian pertama melakukan perlawanan. Dalam dunia Islam pula ketika pemerintahan berasaskan khalifah wujud, muncul golonganh yang mempunyai sifat Anarkism melawan para kahlifah iaitu golongan Khawarij.

Maka dalam sejarah awal ini bahawa kita telah faham Anarkism bukanlah idea falsafah yang sezaman dengan idea komunisma, bukan lahir dari zaman di mana Eropah telah mencapai zaman pencerahan setelah beberapa zaman sejak empayar Rom runtuh. Anarki telah lahir sebagai naluri semula jadi dalam kalangan manusia, lahir sebagai sebuah naluri yang kemudian membentuk sebuah komuniti yang bersatu padu tanpa mewujudkan sebarang hasad dengki, kebencian dan kedendaman yang hanya wujud ketika pengkelasan masyarakat sosial diperkenalkan oleh Babylon, tamadun pertama dunia.

Akan datang, jika saya rajin lagi, saya terbitkan artikel mengenai sejarah gerakan Anarkism dari Revolusi Perancis hingga pasca-WWII.

Sumber:

  1. David Goodway (2006), Anarchist Seeds Beneath the Snow: Left-Libertarian Thought and British Writers from William Morris to Colin Ward. Liverpool University Press. 2006. p. 5.
  2. Graham, Robert(2005). “Preface”. Anarchism: a Documentary History of Libertarian Ideas: from Anarchy to Anarchism. Montréal: Black Rose Books. pp. xi–xiv. Retrieved 11 August 2010.
  3. Harold Barclay, People Without Government: An Anthropology of Anarchism(London: Kahn & Averill, 1982).
  4. Malcolm Schofield, (1991), The Stoic Idea of the City. Cambridge University Press.

Apabila Kotak Pandora Terbuka…

Apa yang berlaku apabila kotak pandora terbuka? Apakah musibah yang dibawanya? Apakah malapetaka yang akan menimpa? Persoalan ini dijawab melalui filem  dari Korea Selatan, yang bertajuk Pandora.

Filem yang ditayangkan pada tahun 2016 ini agak kurang dikenali, dan ia tidak begitu popular jika dibandingkan dengan sensasi yang dibawa oleh filem Train to Busan yang juga ditayangkan pada tahun yang sama. Secara umumnya, Pandora adalah sebuah filem yang berkisar tentang kemusnahan rektor janakuasa nuklear atau meltdown di daerah bahagian selatan Korea Selatan. Filem ini secara jelasnya mengambil inspirasi daripada peristiwa kemusnahan stesen nuklear di Fukushima pada tahun 2011, dan diolah mengikut latar dan kisah yang berbeza.

Filem ini dimulakan dengan imbas kembali melalui perbualan sekumpulan kanak-kanak (yang dewasanya adalah antara mereka yang terkorban di dalam kemusnahan stesen nuklear tersebut) mengenai apakah sebenarnya stesen janakuasa nuklear yang diberi nama Hanbyul yang didirikan di tempat mereka diami itu. Salah seorang daripada mereka melihatnya sebagai sebuah periuk nasi yang besar, yang memberi makan kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut, hanya kerana abang dan ayahnya turut bekerja di stesen janakuasa berkenaan.

Namun, seorang kanak-kanak perempuan berbeza pendapat dengan mengatakan bahawa ia adalah sebuah kotak yang apabila dibuka akan membawa masalah kepada semua orang, iaitu merujuk kepada kotak Pandora. Secara jelasnya, adegan pertama dalam filem ini jelas menunjukkan perbezaan pendapat antara dua golongan, iaitu mereka yang bekerja di stesen janakuasa dan mereka yang anti-nuklear, yang turut dipaparkan dalam filem ini dalam babak yang seterusnya.

Watak utama dalam filem ini, Kang Jaehyuk (dilakonkan oleh Kim Nam Gil) merupakan seorang pekerja di stesen janakuasa nuklear Hanbyul. Dia kehilangan abang dan ayahnya akibat radiasi yang diakibatkan oleh kemalangan di stesen janakuasa tersebut, dana bertekad untuk keluar daripada daerah tersebut dan mencari pekerjaan jauh daripada kawasan itu. Namun, hasratnya ditentang oleh ibu, kakak ipar, malah teman wanitanya yang turut bekerja di stesen janakuasa itu. Bagi mereka, stesen janakuasa tersebut adalah nadi yang menggerakkan dan memberi sumber pekerjaan kepada ramai anak muda di kawasan tersebut, meskipun banyak kesan buruk yang berlaku akibatnya.

Kisah kemusnahan bermula dengan insiden gempa bumi berukuran 6.1 skala richter, yang menyebabkan radiasi akibat kebocoran daripada cooling valve stesen tersebut. Para pekerja yang panik, enggan untuk membaiki kerosakan dan kebocoran yang berlaku, menyebabkan berlakunya kebocoran cooling valve yang lain dan seterusnya mencapai kemuncak radiasi lalu mengakibatkan letupan besar.

Seorang jurutera yang bertanggungjawab dalam hal penyelenggaraan (lakonan Jung Jin Young) cuba untuk menyelesaikannya, namun setiap keputusannya ditentang oleh pihak atasan stesen Hanbyul. Elemen politik yang dipaparkan di sini menunjukkan bagaimana reaksi dan tindakan yang dilakukan oleh para menteri kabinet berhubung letupan tersebut, sehingga melangkaui keputusan yang cuba dibuat oleh Presiden.

Keseluruhannya, filem ini memaparkan sisi hitam sebuah kerajaan apabila berhadapan dengan bencana dan kemusnahan yang berlaku dalam negara, dengan setiap penduduk di seluruh ceruk negara mula melarikan diri daripada terdedah daripada sisa radiasi. Ia turut menunjukkan bagaimana tindakan dan keputusan tidak wajar yang dilakukan oleh pihak kerajaan serta pihak yang bertanggungjawab boleh memberi kesan berpanjangan kepada semua penduduk.

Ia turut mendedahkan bagaimana kesan radiasi nuklear memberi kesan yang dahsyat, melalui adegan para pekerja Hanbyul yang terdedah dengan radiasi dibawa ke sebuah penempatan khas dan mengalami pelbagai kesan sampingan. Seperti mana filem Korea Selatan yang lain, sisi kekeluargaan, persahabatan dan patriotisme yang tinggi juga sangat tebal dalam filem ini. Adegan di mana Kang Jaehyuk mencari telefonnya meskipun dalam keadaan separa sedar semata-mata untuk mendengar khabar ahli keluarganya begitu emosional. Ia adalah gambaran tentang kasih sayang keluarga yang melangkaui kesakitan dan keperitan yang dialami.

Babak di mana para pekerja yang terdedah dengan radiasi bergerak masuk ke dalam stesen untuk berkorban demi mengelakkan kemusnahan yang lebih besar mengingatkan aku tentang babak dalam filem Armageddon. Namun, apa yang paling meruntun hati, adalah babak di mana Kang Jaehyuk mengorbankan dirinya untuk keselamatan sahabat-sahabatnya yang lain, meskipun di akhirnya dia sendiri begitu takut untuk menghadapi kematian dan bersendirian.

Filem ini mungkin merupakan sebuah filem yang berkisar tentang kemusnahan, yang biasa kita lihat seperti Train to Busan dan Deranged, namun, intipati yang ingin dipaparkan adalah bagaimana kemusnahan itu mungkin menjadi permulaan untuk sebuah kehidupan baru yang lebih baik.

Kemusnahan akibat nuklear dalam filem adalah menyakitkan, sehingga mengakibatkan kematian hampir keseluruhan anggota penyelamat, pasukan perubatan serta para pekerja di stesen janakuasa tersebut. Ketidakcekapan pihak kerajaan dalam menangani masalah kemusnahan juga adalah suatu pengajaran yang boleh kita ambil dan teladani. Filem ini mempunyai kesan khas dan visual yang sangat menarik dan ia sebenarnya berbaloi untuk ditonton.

Pandora memberi pengajaran yang bererti tentang kehidupan kita semua, apa jua kemudahan yang dinikmati mempunyai harga untuk dibayar, namun, ia bukanlah penyebab untuk kita takut menerima perubahan. Setiap yang baik, ada buruknya, tetapi kita jugalah yang harus memastikan setiap keburukan itu dapat diatasi melalui keputusan yang sewajaranya. Seperti mana yang diucapkan oleh Kang Jaehyuk di pengakhiran filem ini, dia bukanlah membenci stesen janakuasa tersebut, dia hanya takut. Ketakutan terhadap sikap tidak peduli pihak atasan mengenai masalah yang berlaku dalam stesen tersebut.

“Jangan tutup mata dan telinga kita hanya kerana kita takut. Kotak Pandora telah dibuka. Meskipun banyak yang buruk dan jahat di dalamnya, bukankah terselit juga harapan di dalamnya?” (Kang Jaehyuk)

Lev Yashin: Pengasas Penjaga Gol Moden

Tarian Manortor Suku Batak

Sultan Suleiman Al Qanuni (The Magnificent): Tokoh terbilang bangsa Turki

Sultan Suleiman Al Qanuni merupakan Sultan Turki Uthmaniyyah yang kesepuluh yang memerintah dari tahun 1520 sehingga 1566 iaitu selama 46 tahun. Sultan Suleiman Al Qanuni antara pemerintah yang paling lama sekali memerintah dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam kepimpinan dan pemerintahan dalam sejarah Empayar Turki Uthmaniyyah. Berbanding para pendahulu Sultan Suleiman Al Qanuni, pewarisan takhta Sultan dilakukan secara aman dan tanpa sebarang pertumpahan darah kerana beliau satu – satunya putera Sultan Selim I yang masih hidup. Sultan Suleiman digelar Al Qanuni di Timur disebabkan beliau mereformasikan undang-undang Empayar dan Islam, menegakkan keadilan, dan menstrukturkann semula pentadbiran wilayah, kepemilikan tanah, perpajakan, dan hierarki pendidikan. Selain itu, Sultan Suleiman Al Qanuni juga memperkuatkan pengaruh mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah seluruh dunia Islam bagi memastikan pengaruh Empayar Safawiyyah dapat dikekangkan. Di Barat pula, Sultan Suleiman Al Qanuni dikenali sebagai “Magnificent”. Pemerintahan Sultan Suleiman Al Qanuni dianggap zaman kegemilangan dalam sejarah bangsa Turki.

Ketika baru sahaja ditabalkan sebagai Sultan Turki Uthmaniyyah yang baharu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menghadapi ancaman terbaru iaitu Hungary. Hungary merupakan kerajaan Kristian Eropah yang sentiasa memusuhi Empayar Turki Uthmaniyyah dengan menganggu urusan pentadbiran negeri Bosnia yang ketika itu dibawah naungan Empayar Turki Uthmaniyyah Raja Louis II yang merupakan Raja Hungary begitu sombong terus menganggu pembayaran ufti Bosnia kerana beliau begitu yakin sekali bahawa Paus di Vatikan akan terus menyokong Hungary seandainya beliau diserang.

Oleh itu, Sultan Suleiman telah menghantar duta ke Hungary bagi memastikan Raja Louis II setuju untuk membayar ganti rugi ufti tersebut. Namun begitu, Raja Louis II telah memenggal kepala duta tersebut dan ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Suleiman Al Qanuni. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah mengisytiharkan perang ke atas Hungary.

Pada masa yang sama pula, Gabenor Turki Uthmaniyyah iaitu Al Ghazali di Syria pula telah melancarkan pemberontakan keatas pemerintahan Sultan Suleiman Al Qanuni. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menghantar 15000 pasukan berkuda dan 8000 pasukan pemanah dibawah pemimpinan Ferhad Pasha ke Aleppo untuk menekankan pemberontakan Al Ghazali. Akhirnya, pemberontakan Al Ghazali di Syria berjaya dihapuskan dan beliau telah mati dalam beberapa hari kemudian semasa tentera Turki Uthmaniyyah mengepung beliau.

Selepas berjaya mematahkan pemberontakan Gabenor Al Ghazali di Syria, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menumpukan sepenuh perhatian kepada kempen penaklukan Hungary. Pada bulan Februari 1521, Sultan Suleiman Al Qanuni telah meninggalkan kota Istanbul bagi menyertai kempen peperangan di Hungary dengan 6000 pasukan tentera dimana Wazir Besar, Piri Pasha turut menyertai kempen penaklukan Belgrade. Serangan keatas Belgrade telah dilakukan dengan mudah dan hanya sedikit sahaja tentera Turki Uthmaniyyah terkorban semasa misi tersebut. Selepas Belgrade berjaya ditawan oleh pasukan tentera Turki Uthmaniyyah, kerajaan Eropah telah merasa bimbang dengan kemaraan Turki yang bakal mengancam masa depan Dunia Kristian di Eropah.

Selepas kemenangan Sultan Suleiman Al Qanuni di Belgrade, beliau menumpukan perhatian kepada misi penaklukan Pulau Rhodes yang diperintah oleh Kesatria Hospitallers. Sebelum ini, Sultan Muhammad Al Fateh, Sultan Bayazid II dan Sultan Selim I telah gagal menakluki Pulau Rhodes dan beliau berharap penaklukan keatas Pulau Rhodes berjaya dibawah pimpinan beliau. Grand Master Kesatria Hospitallers, Philippe Villiers de L’Isle-Adam yang baru dipilih sebagai Grand Master Kesatria Hospitallers pada tahun 1521.

Philippe Villiers de L’Isle-Adam menyedari ancaman yang bakal dihadapi oleh Pulau Rhodes telah memohon bantuan daripada Raja Perancis, Francis I. Namun begitu, Raja Francis I telah menghadapi konflik peperangan dengan Raja Sepanyol merangkumi Maharaja Rom Suci, Charles V. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni juga yakin bahawa Pulau Rhodes tidak akan mendapat sebarang bantuan daripada mana – mana kerajaan Kristian di Eropah. Sultan Suleiman Al Qanuni telah menulis surat kepada Philippe Villiers de L’Isle-Adam agar menyerah dan tunduk dibawah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah. Namun tawaran tersebut ditolak oleh Philippe Villiers de L’Isle-Adam.

Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menghantar 300 buah kapal dimana terdapat 10,000 askar dan artileri. Pada 18 bulan kemudian, Sultan Suleiman Al Qanuni dengan 100,000 askar juga turut menyertai kempen penaklukan Pulau Rhodes. Pada mulanya, tentera Turki Uthmaniyyah agak sukar untuk menyerang kubu Kesatria Hospitallers. Ditambah lagi, Kesatria Hopsitallers terkenal dengan tentera yang mempunyai disiplin yang agak ketat menyebabkan sukar tentera Turki Uthmaniyyah untuk menyerang kubu Kesatria Hospitallers. Di dalam kubu tersebut, terdapat tentera Kesatria Hospitallers yang mempunyai kawasan khas sendiri seperti kawasan England, Sepanyol, Perancis dan Itali bagi menandakan negeri asal usul mereka.

Serangan yang dilakukan oleh tentera Turki Uthmaniyyah secara bertubi – tubi keatas kubu Kesatria Hospitallers yang dipimpin oleh Mustafa Pasha pada 23 September 1522. Namun, Mustafa Pasha telah gagal dalam misi tersebut dan beliau dihantar ke Mesir untuk dijadikan Gabenor. Tempat beliau telah digantikan oleh Ahmad Pasha. Oleh itu, Ahmad Pasha telah menggunakan strategi dengan menghantar artileri dan mesin perang yang canggih ke atas kubu Kesatria Hospitallers.

Oleh kerana Philippe Villiers de L’Isle-Adam telah mendapati tiada sebarang bantuan daripada mana – mana kerajaan Kristian di Eropah, beliau telah menawarkan perjanjian gencatan senjata dengan Sultan Suleiman Al Qanuni dengan membenarkan Kesatria Hospitallers berundur ke Sicily dan Philippe Villiers de L’Isle-Adam bersetuju menyerah Pulau Rhodes kepada Sultan Suleiman Al Qanuni. Beliau bersetuju dengan syarat ditawarkan oleh Philippe Villiers de L’Isle-Adam. Akhirnya Pulau Rhodes telah menjadi sebahagian daripada Empayar Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1526, Sultan Suleiman Al Qanuni telah berniat untuk meruntuhkan kerajaan Hungary. Beliau tahu kerajaan Hungary dalam keadaan kucar – kacir semenjak jatuhnya Belgrade. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah memimpin 100, 000 askar dan 300 meriam ditemani oleh Wazir Besar, Ibrahim Pasha yang menggantikan Wazir Besar, Piri Pasha.

Raja Louis II telah merasa gerun dengan kemaraan tentera Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Suleiman Al Qanuni sehingga terpaksa merayu dengan Raja England, Shah Safawi dan Raja Sepanyol. Namun begitu, usaha Raja Louis II telah sia – sia kerana kesemua Raja – Raja Eropah dan Shah Safawi telah menolak untuk memberi bantuan kerana masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri. Lebih malang lagi, para bangsawan Hungary juga tidak mempunyai semangat untuk mempertahankan tanah air mereka dan hanya menyelamatkan kekayaan mereka.

Sebelum pertempuran di Mohacs, Sultan Suleiman Al Qanuni telah mengadakan satu mesyuarat dengan para wazir dan jeneral bagi mengatur strategi peperangan. Para jeneral perang Turki telah mencadangkan strategi peperangan kepada Sultan Suleiman Al Qanuni dengan tidak menyerang kavalri Hungary dengan berdepan tetapi menyerang ikut penjuru bagi memastikan tentera Hungary dalam keadaan kucar – kacir.

Pada 29 Ogos 1526, berlaku pertempuran yang amat dahsyat diantara pasukan tentera Hungary dan tentera Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Suleiman Al Qanuni. Artileri Hungary telah melancarkan serangan keatas tentera Turki Uthmaniyyah sehingga beberapa tentera Turki Uthmaniyyah banyak terbunuh dalam serangan tersebut. Manakala, Jeneral perang berjaya menyerang tentera Hungary dari pelbagai penjuru seperti yang dicadangkan sehingga beberapa tentera Hungary telah terbunuh dalam serangan tersebut. Kesatria Hungary juga bertempur dengan begitu hebat sekali sehingga menyebabkan beberapa pengawal peribadi Sultan Suleiman Al Qanuni telah terbunuh.

Tentera Turki Uthmaniyyah telah melancarkan serangan meriam keatas pasukan tentera Hungary sehingga beberapa tentera Hungary termasuk Raja Louis II telah terbunuh. Oleh itu, pertempuran di Mohacs telah dimenangi oleh Sultan Suleiman Al Qanuni. Pertempuran di Mohacs telah menyebabkan kerajaan Hungary telah runtuh dan seluruh Hungary telah berada dibawah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyyah. Kemenangan Empayar Turki Uthmaniyyah di Mohacs telah menyebabkan dunia Kristian dalam keadaan ketakutan kerana kemaraan Empayar Turki Uthmaniyyah telah semakin hampir.

Setelah itu, Empayar Turki Uthmaniyyah berlaku konflik dengan kerajaan Austria Hasburg yang ketika itu diperintah oleh Charles V kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Raja Hungary yang baharu iaitu Raja Zapoylai dengan restu Sultan Suleiman Al Qanuni dan Charles V merupakan abang kepada Ferdinand I mendakwa adiknya lebih layak menjadi Raja Hungary kerana hubungan kekerabatan. Oleh itu, Raja Zapoylai telah memohon bantuan Sultan Suleiman Al Qanuni untuk memerangi Ferdinand I kerana telah mengancam kedaulatan negeri Hungary. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah bersetuju untuk mengusir Ferdinand I dari Hungary. Serangan tentera Turki Uthmaniyyah berjaya mengusir Ferdinand I dan bala tentera Austria Hasburg dari negeri Hungary. Tentera Turki Uthmaniyyah telah meneruskan pengepungan keatas Ferdinand I sehingga ke Vienna.

Namun begitu, serangan tentera Turki Uthmaniyyah telah gagal dan terpaksa mengundur diri disebabkan tiba musim salji. Ferdinand I telah melancarkan kembali serangan keatas pasukan tentera Turki Uthmaniyyah tetapi berjaya digagalkan. Oleh itu, Ferdinand I telah melihat amat mustahil untuk menyerang tentera Turki Uthmaniyyah. Manakala, Sultan Suleiman terpaksa beralih perhatian keatas perbatasan di Timur Empayar Turki Uthmaniyyah disebabkan ancaman Shah Tashmap I dari Safawiyyah. Oleh itu, satu perjanjian perdamaian diantara Sultan Suleiman Al Qanuni, Ferdinand I, Raja Zapoylai dan Raja Charles V.

Didalam perjanjian tersebut bersetuju mengiktiraf Sultan Suleiman Al Qanuni sebagai Caesar (Maharaja Rom) dimana kesemua raja – raja yang terlibat bersetuju taraf mereka hanyalah setaraf dengan wazir – wazir besar Turki Uthmaniyyah. Manakala, Raja Zapoylai diiktiraf sebagai Raja Hungary yang sah dan Raja Ferdinand I diiktiraf sebagai Raja Jerman dan Raja Charles V diiktiraf sebagai Raja Sepanyol. Pada tahun 1534, Sultan Suleiman Al Qanuni telah mengikat perjanjian persahabatan dengan Raja Francis I.

Perjanjian persahabatan itu telah melindungi Perancis daripada serangan Charles V dari Austria yang begitu bercita – cita untuk menakluki Perancis dan telah menaikkan nama Empayar Turki Uthmaniyyah dimata benua Eropah. Pada tahun 1535, Charles V telah menyerang Tunisia dan berjaya menakluki selama beberapa bulan Namun berjaya direbut kembali oleh pasukan tentera luat dibawah pimpinan Hayreddin Barbarossa. Kerjasama diantara Francis I dan Sultan Suleiman Al Qanuni juga berjaya melemahkan penguasaan Hasburg keatas Laut Mediterranean.

Pada tahun 1524, Shah Tahmasp telah menaiki tahkta sebagai Shah Safawiyyah yang baharu setelah berjaya menyelesaikan konflik diantara Qizilbash dan meneruskan polisi kekerasan seperti dilakukan oleh pendahulunya, Shah Ismail I dengan memaksa penduduk Islam untuk menganuti mazhab Syiah Imamiyyah.  Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap ancaman Safawiyyah dan melancarkan misi penaklukan kota Baghdad pada tahun 1534. Serangan dapat dilakukan dengan begitu mudah sekali kerana penentangan amat kecil sekali.

Sultan Suleiman Al Qanuni telah membina semula makam – makam tokoh ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan para Wali Allah terutamanya Makam Imam Abu Hanifah dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani yang dihancurkan ketika zaman pemerintahan Safawiyyah di Baghdad. Begitu juga masjid – masjid yang menjadi tumpuan penduduk Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Syiah seperti Masjid Imam Musa Al Kazim juga turut diperbaiki. Sultan Suleiman Al Qanuni juga diiktiraf oleh penduduk Baghdad sebagai Khalifah Umat Islam sedunia yang meneruskan legasi Khalifah Bani Abbasiyyah.

Tidak berapa lama kemudian, kota Basrah juga menjadi sebahagian daripada wilayah Empayar Turki Uthmaniyyah. Wilayah Iraq pada ketika zaman pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah berada dalam keadaan aman, damai dan makmur. Penaklukan kota Basrah juga memudahkan Empayar Turki Uthmaniyyah untuk melancarkan ekspedisi Turki Uthmaniyyah ke Lautan Hindi bagi membendung serangan laut oleh Portugis.

Pada tahun 1535, Sultan Suleiman Al Qanuni telah memimpin bala tentera untuk menyerang kota Tabriz yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan Empayar Safawiyyah. Serangan Empayar Turki Uthmaniyyah telah menyebabkan Shah Tahmasp terpaksa berundur ke Qazvin dan menjadikan kota tersebut sebagai pusat pemerintahan Empayar Safawiyyah yang baharu.

Pada tahun 1536, Sultan Suleiman Al Qanuni dan Wazir Besar Ibrahim Pasha terpaksa pulang kembali ke Istanbul kerana mendapati peperangan tersebut banyak mendatangkan kerugian kepada Empayar dan musim dingin yang akan tiba akan menyebabkan menjatuhkan moral kepada pasukan tentera. Keinginan Sultan Suleiman Al Qanuni untuk menghabiskan sisa baki pemerintahan Shah Safawiyyah. Namun begitu, Shah Safawiyyah telah sempat melarikan diri bagi menyelamatkan kerajaan Safawiyyah.

Pada tahun 1536, Wazir Besar Ibrahim Pasha telah dijatuhkan hukuman mati dengan menjerut pada leher dan hukuman tersebut dijalankan ketika Sultan Suleiman Al Qanuni masih tidur. Alasan hukuman mati dijalankan kerana atas hasutan pemaisuri kepada Sultan Suleiman Al Qanuni, Hurrem Sultana yang mengatakan pengaruh Wazir Besar Ibrahim Pasha bakal mengugatkan kedudukan dan kekuasaan Sultan seandainya beliau masih dibiarkan hidup. Jawatan Wazir Besar diganti oleh Ayaz Mehmed Pasha.

Pada tahun 1548, Sultan Suleiman Al Qanuni telah memulakan kempen untuk menentang kembali Empayar Safawiyyah dengan melakukan kempen serangan keatas kota Vans. Kali ini, Sultan Suleiman Al Qanuni dibantu oleh penasihat Duta Perancis, Gabriel de Luetz yang memberi nasihat strategi ketenteraan kepada beliau. Selain itu juga, saudara kandung kepada Shah Tahmasp, Alqaz Mirza juga turut membantu Sultan Suleiman Al Qanuni untuk menawan kota Van. Selepas berjaya menakluki kota Van, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menulis surat kepada Raja Henry II dari Perancis mengenai kemenangan misi penaklukan kota Van. Polisi persahabatan Empayar Turki Uthmaniyyah dan Perancis yang dilaksanakan ketika zaman Raja Francis I diteruskan oleh penggantinya, Raja Henry II.

Pada tahun 1552, Sultan Suleiman telah melaksanakan kempen menentang Empayar Safawiyyah buat kali terakhir dengan melantik Rustem Pasha sebagai Wazir Besar dan pemimpin bala tentera Turki Uthmaniyyah. Semasa kempen tersebut, Rustem telah memujuk Putera Mustafa untuk sama – sama menyertai mereka untuk menentang Empayar Safawiyyah. Ini bagi memastikan rancangan kotor Rustem Pasha dan Hurrem Sultana untuk menjatuhkan Putera Mustafa daripada menjadi pewaris seterusnya selepas Sultan Suleiman Al Qanuni. Rustem berpura – pura kembali ke Istanbul dengan menuduh Putera Mustafa telah melakukan rundingan damai dengan Shah Ismail.

Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni telah turun ke medan peperangan. Sultan Suleiman Al Qanuni telah mengarah Putera Mustafa untuk menghadap beliau di sebuah khemah. Putera Mustafa menyedari akan kemurkaan Sultan Suleiman Al Qanuni dan beliau juga tahu bahawa nyawanya juga akan terancam akibat permainan licik Rustem Pasha dan Hurrem Sultana bagi memastikan Putera Selim menjadi Sultan seterusnya. Namun, Putera Mustafa tiada pilihan melainkan untuk menghadap Sultan Suleiman Al Qanuni bagi membersih nama beliau. Belum sempat untuk membela dirinya daripada tuduhan fitnah tersebut, Putera Mustafa telah dijerut pada lehernya.

Walaubagaimanapun, Sultan Suleiman Al Qanuni menyesali perbuatan beliau dalam terus menjatuhkan hukuman mati keatas Putera Mustafa. Putera Mustafa dikembumikan di Konya. Tidak lama selepas kematian Putera Mustafa yang agak tragik, Putera Cihangir juga turut meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapi oleh beliau. Maka hanya dua pewaris yang tinggal iaitu Putera Selim (Sultan Selim II) dan Putera Bayazid. Kedua – dua mereka adalah putera Sultan Suleiman Al Qanuni dan Hurrem Sultana.

Pada tahun 1555, satu perjanjian damai diadakan di Amasya diantara Empayar Turki Uthmaniyyah dan Empayar Safawiyyah dimana mereka bersetuju menamatkan konflik tersebut dengan mengiktiraf kawasan Barat Armenia, Georgia, dan Kurdistan menjadi milik Empayar Turki Uthmaniyyah dan manakala di kawasan Timur Armenia, Geogria dan Kurdistan menjadi milik Empayar Safawiyyah. Selain itu, Shah Safawiyyah juga meminta agar jemaah haji orang Syiah tidak diganggu dan dibenarkan melawat tempat – tempat suci orang Syiah dan Sultan Suleiman Al Qanuni bersetuju dengan syarat Shah Safawiyyah hendaklah memberhentikan melaknat ketiga – tiga Khulafa Ar Rashidun iaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al Khattab dan Saidina Uthman Bin Affan semasa solat Jumaat. Shah Safawiyyah mempersetujui syarat tersebut. Perjanjian damai yang dimeterai telah menjadikan Timur Tengah aman, damai dan makmur selama berdekad.

Hukuman mati keatas Putera Mustafa telah meninggalkan kesan psikologi yang begitu teruk sekali keatas Putera Bayazid. Putera Bayazid telah menunjukkan rasa tidak puas hati dan penentangan secara tidak langsung kepada pemerintahan ayahandanya, Sultan Suleiman Al Qanuni. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni ingin menguji kesetiaan kedua – dua puteranya dengan melantik Putera Selim sebagai Gabenor Konya dan Putera Bayazid sebagai Gabenor Amasya. Putera Selim telah bersetuju tanpa sebarang syarat manakalah Putera Bayazid tidak berpuas hati kerana Amasya berada jauh daripada kota Istanbul. Selain itu, berdasarkan tradisi pewarisan takhta iaitu semakin dekat wilayah tersebut kepada kota Istanbul, semakin tinggi peluang untuk menjadi pewaris Sultan terutamanya wilayah Manisa yang berada begitu dekat sekali dengan kota Istanbul.

Oleh itu, Putera Bayazid telah melancarkan pemberontakan dengan menyerang kota Konya pada tahun 1559. Sultan Suleiman Al Qanuni telah memihak kepada Putera Selim dalam pemberontakan tersebut. Akhirnya, Putera Bayazid telah berjaya dikalahkan dan terpaksa berundur ke Amasya dan seterusnya melarikan ke Qazvin untuk memohon suaka politik daripada Shah Tahmasp. Shah Tahmasp telah menerima Putera Bayazid dengan tangan terbuka dan melayan selayaknya sebagai seorang raja. Walaubagaimanapun, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menawarkan ganjaran emas dimana sukar untuk ditolak oleh Shah Tahmasp.

Oleh itu, Shah Tahmasp telah membenarkan algojo yang dihantar oleh Sultan Suleiman Al Qanuni dan hukuman mati telah dijalankan keatas Putera Bayazid dan anak – anaknya pada tahun 1561. Maka, Putera Selim hanyalah satu waris yang tinggal. Walaubagaimanapun, Putera Selim tidaklah mempunyai bakat kepimpinan dan kebijaksanaan seperti saudaranya Putera Mustafa dan Putera Bayazid dikatakan lebih layak lagi menjadi Sultan daripada Putera Selim.

Pada tahun 1562, Sultan Suleiman Al Qanuni telah menerima kedatangan delegasi Kesultanan Aceh yang mewakili Sultan Alauddin Riayat Syah. Kedatangan delegasi Aceh adalah untuk memohon bantuan daripada Sultan Suleiman Al Qanuni bagi menghadapi ancaman Portugis di Melaka dan juga ancaman Portugis juga telah mengancam keselamatan jemaah haji dari Alam Melayu. Sultan Alauddin Riayat Syah juga mengiktiraf Sultan Suleiman Al Qanuni sebagai Khalifah Umat Islam sedunia. Oleh itu, Sultan Suleiman Al Qanuni bersetuju untuk membantu Aceh dalam menghadapi ancaman Portugis di Melaka dengan menghantar beberapa buah armada dan ini sudah mencukupi untuk menakluki Aru dan Johor.

Pada tahun 1566, Sultan Suleiman Al Qanuni telah memimpin pertempuran di Szigetvár dimana pertempuran tersebut merupakan kali terakhir disertai oleh beliau. Sebelum pertempuran bermula, Sultan Suleiman Al Qanuni sempat memberi kata – kata semangat dengan mengatakan mereka mampu menakluk kota Szigetvár. Walaubagaimanapun, Sultan Suleiman Al Qanuni telah mangkat sebelum pertempuran bermula dan kemangkatan beliau dirahsiakan sehingga tentera Turki Uthmaniyyah berjaya memperolehi kemenangan. Takhta Sultan Turki Uthmaniyyah telah diwarisi kepada Sultan Selim II.

Rujukan:

Azra, A. (2006). Islam in the Indonesian world: An account of institutional formation. Mizan Pustaka.

Bonney, R. (2012). Suleiman I (“the Magnificent”)(1494–1566). The Encyclopedia of War.

Clot, A. (2012). Suleiman the magnificent. Saqi.

Tracy, J. (2013). The Road to Szigetvár: Ferdinand I’s Defense of His Hungarian Border, 1548–1566. Austrian History Yearbook, 44, 17-36.

Hassall, A. (1901). Louis XIV and the Zenith of the French Monarchy. GP Putnams’ Sons.

Hamka, Sejarah Umat Islam versi 2016, PTS

Kouymijan, D. (2000). Van under Mongol, Turkmen, Persian and Ottoman domination. Armenian Van/Vaspurakan, UCLA Armenian history and culture series, historic armenian cities and provinces, 1, 117-131.

Imber, C. (2009). The Ottoman Empire, 1300-1650: the structure of power. Palgrave Macmillan.

Suleyman the Magnificent”. Oxford Dictionary of Islam. Oxford University Press. 2004. https://ift.tt/2KndC8E

Jumat, 29 Juni 2018

Salman Khan Kini Sebahagian Daripada Bintang Filem 'Dhoom 4'

Selepas kejayaan filem aksi Race 3, pelakon Bollywood Salman Khan kini dilaporkan sedang disunting untuk membintangi filem sekuel keempat Dhoom, Dhoom 4. Filem terbitan Yash Raj Films itu buat masa ini masih belum masuk fasa pra produksi mahupun memulakan penggambaran. 


Menurut laporan dari Times of India, Salman Khan telah menerima tawaran daripada Aditya Chopra awal minggu ini. Ini sekaligus menjadikan Salman Khan sebagai bintang besar dalam Dhoom 4 selepas Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh yang turut terlibat sama dalam filem ini. 

Salman Khan dilaporkan akan memegang watak antagonis dalam filem ini seperti watak Hrithik Roshan dan Aamir Khan dalam filem sebelumnya. Salman Khan dikatakan akan menerima kesan parut dan akan berambut panjang. 

Filem tersebut berkemungkinan akan dirakamkan di Dubai di bawah arahan pengarah Vijay Krishna Acharya yang mana kini sedang sibuk dengan filem Thug of Hindostan..

Namun, laporan tersebut mendedahkan bahawa Yash Raj Films selaku penerbit menolak khabar angin ini. Proses persiapan Dhoom 4 masih belum bermula dan semua ini hanyalah khabar angin sahaja. Namun, khabar angin ini bukanlah khabar angin yang tidak benar kerana pihak Yash Raj Films tidak mahu mengesahkan hal ini kerana kertas kerja filem ini masih belum disahkan.

Dhoom 4 dilaporkan akan ditayangkan pada tahun 2020.

Rajkumar Hirani Sedang Rancang Pembikinan Filem Sekuel '3 Idiots'

Sebagai sebuah filem Bollywood yang mencatat kutipan tertinggi, filem 3 Idiots arahan Raj Kumar Hirani nampaknya akan mendapat sekuelnya sendiri dalam masa terdekat. Filem 3 Idiots yang ditayangkan pada tahun 2009 kini mencatatkan pelbagai rekod termasuklah ulang suaran di tv paling banyak di india.


Menurut Times of India, pengarah Sanju tersebut sedang dalam proses menulis skrip sekuel filem tersebut yang mana membariskan pelakon seperti Aamir Khan, R Madhavan dan Sharma Joshi. Ketika ditanya mengenai perihal ini dalam satu rangka promosi filem Sanju, dia berkata:
I definitely want to make a sequel to 3 Idiots. In fact, Abhijat [Joshi, writer] and I started writing something a few days ago. But it’s still in the initial stage and we will take a fair amount of time to develop the script
Laporan juga mendedahkan bahawa filem sekuel 3 Idiots akan memulakan penggambaran selepas Raj Kumar Hirani selesai penggambaran filem Munna Bhai 3 bersama Sanjay Dutt kelak. Proses pra produksi filem sekuel 3 Idiots hanyalah akan bermula selepas filem Munna Bhai 3 siap.



Kevin Feige Beri Petanda 'Doctor Strange 2' Bakal Diterbitkan

Marvel Studios mengesahkan yang mereka akan menerbitkan filem Doctor Strange 2 di masa hadapan. Dalam dunia MCU yang sedang berkembang, kekayaan watak dan cerita nampaknya membantu pengembangan kisah Avengers semenjak fasa pertama sehinggalah fasa ketiga. Kini, MCU sudah menuju ke fasa keempat.


Ketika bercakap kepada CinemaBlend tentang masa hadapan MCU, Feige menjelaskan bahawa jarak masa yang lama antara sekuel filem solo superhero Marvel ialah sesuatu yang biasa. Di dalam temubual itu, Kevin Feige menjelaskan bahawa Doctor Strange 2 juga sudah dalam perancangan.
Sometimes it's where do those characters pop up? [Doctor] Strange, you know, whenever we do another Strange one, which we will do, it will be a number of years from the first Strange, and yet he's a very big part of [Avengers:] Infinity War. So it is just a good problem to have when you have too many beloved characters that people want to see more of, whilst keeping to our core belief that we need to keep exploring nuance and keep doing different types of things.
Filem Doctor Strange bukanlah filem yang gagal. Filem tersebut mungkin menyerlahkan watak Doctor Strange dalam Infinity War. Filem Doctor Strange mengutip USD 677 juta di seluruh dunia. Jika diikutkan apa yang dikatakan Kevin Feige, maka Doctor Strange bakal termasuk dalam watak yang akan kembali dari 'kematian' dalam Infinity War. 

Kamis, 28 Juni 2018

No proof Dr M’s aide extracted RM10m from Najib, investigators say

New Umno Youth chief cries foul over suspension of party’s accounts

Survey: Zahid leads Umno race, Ku Li close second, KJ splitting votes

Arul Kanda sacked as 1MDB chief

Khairy should not contest for Umno top post, says Ku Li

Malaysia freezes bank accounts of Najib's party in 1MDB probe - media

Layan 'Srikandi Cintaku' Versi Lagu Tema 'Hantu Kak Limah'


Penerbit filem Hantu Kak Limah, Astro Shaw telah melancarkan lagu tema bagi filem terbaru universe Kampung Pisang tersebut di Hlive pada jam 8.30 malam tadi. 

Kali ini, lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed ini dipilih untuk dinyanyikan dalam versi keroncong gaya baru oleh Awie dan juga Mus May.

Srikandi Cintaku pernah diberi nafas keroncong oleh M Nasir yang juga pernah menyanyikan lagu tersebut. 


Hantu Kak Limah akan menokak di pawagam 9 Ogos 2018.

Rabu, 27 Juni 2018

Blue Line: Impaknya Kepada Lubnan

Sebelum kita lebih menjengah pada isu antara negara haram israel (ditulis zionis selepas ini) dengan Lubnan, sebaiknya kita sama-sama fahami apa punca konflik antara dua pihak ini.

Segalannya bermula pada tahun 1970an, apabila sebilangan militan Palestine Liberation Organisation (PLO) melarikan diri dari negara haram israel selepas pendudukan haram yahudi berlaku di situ. Tindakan haram zionis itu menimbulkan kemarahan negara Islam sekitarnya iaitu Jordan, Syria, Mesir dan Arab Saudi. Hasilnya tercetuslah perang antara mereka – yang sekarang kita sudah nampak arang dan abunya.

Kini, Hezbollah yang menggantikan semangat Arab yang dulu tetap berusaha untuk melawan zionis, dan sama juga dari pihak zionis. Tetapi, konflik dengan zionis ini tak boleh dipandang enteng. Meminjam kata-kata Kolonel Fazli (bekas staf UNIFIL), “you scratch me, i break your arm,”. Sekali Hezbollah menyerang, zionis terus membalas dengan bom dan meriam.

Tahun 2000, setelah puas UNIFIL cuba untuk mendamaikan zionis dan Hezbollah – maka diwujudkan Blue Line – garisan pengunduran antara kedua-dua ketumbukan. Sepanjang 120km, melintangi kawasan dari Naqoura hingga ke Cheeba di Lubnan.

Tetapi akibat dari pemisahan ini, keluarga hilang rumah, anak hilang tempat bermain, pengembala hilang ternakannya. Garisan itu dibina melintasi segala yang ada; waima rumah, tanah, kebun, dan yang sewaktu dengannya.
Harus diingat garisan ini bukan sempadan antarabangsa tetapi lebih kepada garis pemisah agar kedua-dua pihak berhenti bertelingkah.

Pensempadanan ini sudah tentu memberi impak negatif kepada rakyat tempatan. Sudahlah hilang tempat tinggal, hilang juga hasil ternakan dan tanaman. Akibatnya, lebih banyak insurgen dilahirkan – dan kebanyakannya sudah tentu berpihak pada Hezbollah dan sekutunya.

Walaupun begitu, Hezbollah yang lebih terkenal dengan pegangan syiahnya – serta kononnya menjadi proksi Iran di sempadan zionis israel – tetap menjadi satu imej militan/kerajaan yang ampuh dari segi aset dan pentadbiran setempat. Hezbollah mampu memajukan satu-satu tempat di bawah kuasanya lebih dari kerajaan setempat. Tidak keterlaluan untuk mengatakan mampu mengurus tadbir seribu kali lebih baik dari kerajaan Lubnan itu sendiri.

Tetapi bagi isu garisan biru ni, Hezbollah sendiri pernah mencabulinya dahulu. Tahun 2006 jadi saksi sebilangan askar IDF zionis mati diserang Hezbollah ketika meronda sekitar garisan tersebut. Akibatnya, perang Lubnan-israel tercetus dan israel membalas habis-habisan lengkap dengan pengebom, roket, tembakan artileri dan kereta kebal ke arah Hezbollah dan rakyat awam Lubnan. Arang dan abu perang berterbangan.😢

Maka pada ketika itulah UN 1701 diumumkan. IDF zionis perlu mengundurkan diri, Hezbollah tidak dibenarkan melintasi sungai Litany, UNIFIL diperluaskan jurisdiksinya antara sungai Litany dan Blue Line, dan lebih buruk lagi – EU mengiktiraf Hezbollah sebagai pengganas dunia.

Kini, garisan biru itu tetap wujud di situ. Tandanya senanga sahaja, blue barrel didirikan di sepanjang sempadannnya. Sesiapa yang melintasinya, tetap dikira sebagai pencabulan terhadap perjanjian. Walaupun rumah anak itu, tandasnya di seberang sana.

Maka bersyukurlah kawan. Sempadan negara kita masih kemas dikawal pejuang negara, dan bukan orang luar yang menentukan kedaulatannya. Tinggal lagi kita, sanggup mempertahankannya atau tidak, demi generasi akan datang. 💪🏼🇲🇾

Sains Disebalik Mobile Suit Gundam

Pasukan Bola Sepak Nazi Jerman

Jati Diri Melayu Adalah Jawi

Agak menarik melihat wall penuh dengan tulisan Jawi. Itu bermaksud walaupun sudah 55 tahun tulisan Jawi dilucutkan status tulisan rasmi, sebahagian besar orang Melayu masih ada “pride” dengan tulisan Jawi.

Sebab tak kira betapa canggih sistem tulisan Rumi pun, ia tetap berasal dari Eropah dan tidak dapat memenuhi keperluan “sense of identity”. Hanya tulisan Jawi mampu memainkan fungsi tersebut dengan sejarahnya sebagai lingua franca Kepulauan Melayu sebelum kedatangan Eropah dan sejarahnya sebagai ejen Islamisasi pandang sarwa orang Melayu. It is irreplaceable unless kau “reconstruct” balik identiti Melayu itu sendiri.

Dekat Asia ni hanya ada 3 kelompok bangsa (nations) yang menggantikan tulisan asalnya dengan tulisan Rumi (Roman/Latin Alphabet): kelompok Pan-Turkic (Turki, Azerbaijan, Turkmenistan, Uzbekistan), Vietnam dan Pan-Malay (Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina).

Yang Pan-Turkic ni mengalih ke Rumi pada 1920-an selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, mereka mahu membasmi unsur-unsur Arab-Islam dalam budaya mereka, termasuk tulisan asal mereka yang berasaskan tulisan Arab.

Vietnam pula pada asalnya guna Chu Han dan Chu Nom yang berasaskan tulisan Cina. Disebabkan ada sejarah ditindas oleh China beribu-ribu tahun, orang Vietnam tak sayang pun dengan legasi China ini, jadi selepas mereka merdeka daripada Perancis mereka terus guna tulisan Rumi bernama Quoc Ngu sebagai tulisan rasmi.

Filipina asalnya ada tulisan bernama Baybayin (berasal dari sistem tulisan Kawi) untuk Bahasa Tagalog, tapi dilenyapkan ketika pemerintahan Sepanyol selama 300 tahun. Indonesia pula nasionalis mereka mahu menekankan identiti “Indonesia” berbanding Melayu, jadi sistem tulisan Rumi ciptaan Belanda (van Ophuijzen) digunapakai.

Jadi penggunaan sesuatu sistem tulisan berkait rapat dengan soal identiti. Tulisan Rumi mungkin lebih mudah, lebih senang berbanding Jawi, tapi ia tak dapat memberikan penggunanya sebuah identiti, lebih-lebih lagi kena berdepan dengan kelompok bangsa yang mempunyai sistem tulisan tersendiri yang mempunyai sejarah beribu-ribu tahun. Jawi memberi penutur Bahasa Melayu “a sense of confidence” dan “connection to the past”.

Jadi percayalah, Jawi will never die, kecuali jati diri Melayu itu sudah die.

Tariq Ramadan: Pejuang Hak Asasi Manusia Muslim Kontroversi Eropah

Tariq Ramadan adalah seorang sarjana dan juga tokoh falsafah Muslim. Beliau berasal daripada keluarga yang berbangsa Arab-Mesir dan merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1962 di Geneva, Switzerland. Kebiasaannya dikenali dengan nama penuh beliau Tariq bin Sacīd Ramadan atau secara ringkasnya Tariq Ramadan.

Beliau telah berumah tangga dan kini menetap di Eropah (Perancis, Switzerland & United Kingdom). Tariq Ramadan boleh bertutur dengan fasih dan lancar di dalam 3 bahasa iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Beliau merupakan cucu kepada Hasan al-Banna, pengasas salah satu gerakan politik Islam di Mesir iaitu al-Ikhwān al-Muslimīn yang dijatuhkan hukuman bunuh pada 1949 kerana didakwa terlibat dengan kes pembunuhan presiden Mesir.

Ayah beliau, Saīd Ramadan adalah salah seorang ahli kanan dalam gerakan al-Ikhwān al-Muslimīn yang telah melarikan diri ke Arab Saudi dan kemudiannya ke Switzerland apabila Presiden Mesir ketika itu, Jamal Abdel Nasir menjatuhkan hukuman buang negara kepadanya. Ibu kepada Tariq Ramadan, Wafā’ al-Banna pula merupakan anak sulung kepada Hasan al-Banna. Menurut ibu beliau, nama Tariq Ramadan dikatakan diambil sempena inspirasi Ṭāriq bin Ziyād, iaitu Muslim pertama yang menjejakkan kaki ke Sepanyol.

Tariq Ramadan menjelaskan bahawa kedua ibu bapa beliau sangat berfikiran terbuka dan menyokong pilihan kehidupan, kepercayaan dan masa depan anak-anak. Walau bagaimanapun, dapat dilihat bahawa hanya Tariq Ramadan yang mengekalkan kehidupan beragama berbanding abang-abangnya yang lain. Tariq Ramadan mendapat pendidikan awal di School of Tremblay, iaitu sebuah sekolah awam di Geneva, Switzerland.

Di sekolah ini beliau telah didedahkan kepada pembelajaran kesusasteraan Perancis dan falsafah Eropah. Selepas selesai zaman persekolahan, beliau telah menyambung pengajian di University of Geneva dalam bidang sosiologi, falsafah dan sastera. Setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, beliau telah menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang falsafah (Masters Degree in Philosophy) pada tahun 1984, seterusnya sarjana dalam bidang kesusasteraan Perancis (Masters Degree in French Literature) pada tahun 1985.

Penulisan disertasi sarjana beliau bertajuk Nietzsche as a Historian Philosophy memfokuskan kepada perbincangan mengenai ketokohan Nietzsche sebagai seorang ahli falsafah dan juga tokoh rujukan dalam bidang sejarah.ada tahun 1986, beliau telah berkahwin dengan adik kepada kawan baik beliau yang bernama Iman, iaitu seorang wanita warganegara Switzerland (berketurunan Perancis) yang telah memeluk Islam. Perkahwinan beliau bersama Iman telah dikurniakan empat orang anak, dan diakui oleh Tariq Ramadan bahawa kesemua anak beliau hanya dihantar ke sekolah awam di Switzerland dan Britain untuk mendidik anak-anaknya bergaul dan berintegrasi dengan kanak-kanak setempat.

Pada tahun 1991, Tariq Ramadan dan keluarganya telah berhijrah ke Mesir dan menetap di sana selama dua tahun. Kepulangannya ke Mesir daripada Eropah adalah bertujuan untuk mengenali dan mempelajari budaya asal ibu dan ayahnya di samping menuntut ilmu Islam daripada para ulama di Universiti al-Azhār. Di Mesir, Tariq Ramadan telah menuntut pengajian secara bersanad di Mesir selama dua tahun pada 1992 hingga 1993.

Pengalaman selama dua tahun di Mesir membolehkan beliau untuk mendalami ilmu falsafah Islam di sana, di samping diberi peluang untuk mengajar di masjid dan juga seminar-seminar di Mesir. Selain itu, corak kehidupan masyarakat Mesir yang berbeza daripada penduduk Switzerland telah membuka minda beliau untuk melihat Islam dari perspektif Arab dan juga bukan Arab khususnya masyarakat Eropah, memandangkan beliau sendiri lahir dan membesar di Eropah.

Tujuan Tariq Ramadan berpindah ke Mesir bersama anak dan isterinya adalah untuk mendapatkan ilmu tentang Islam dan membolehkan beliau mempertahankan Islam daripada sebarang salah faham dan diskriminasi. Kaedah pembelajaran di Mesir secara talaqqī yang berbeza daripada sistem pembelajaran di Eropah. Pembelajaran melalui sistem talaqqī ini membolehkan Tariq Ramadan memahami ilmu mengenai pengajian Islam dengan lebih mendalam.

Namun begitu, pengalaman tinggal dan belajar di Mesir mengubah persepsi dan pandangan Tariq Ramadan mengenai corak kehidupan umat Islam di Eropah dan negara Arab. Beliau menyatakan bahawa walaupun agama Islam bermula di tanah Arab dan berkembang ke seluruh dunia sehingga ke Mesir, lantas menjadikan bumi Mesir sebagai salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang menjadi tumpuan Muslim seluruh dunia suatu ketika dahulu, akan tetapi budaya yang diamalkan penduduk Mesir adalah budaya masyarakat Arab atau adat penduduk setempat semata-mata.

Tariq Ramadan mengakui walaupun dirinya bergelar Muslim, akan tetapi jiwa dan pemikiran beliau lebih mudah menerima dan mirip penduduk Eropah dari banyak sudut seperti soal budaya, amalan dan sebagainya. Gaya kehidupan penduduk Eropah ini cukup berbeza berbanding yang dipraktikkan oleh Muslim di Mesir.

Selepas tinggal di Mesir selama dua tahun, beliau dan keluarganya telah kembali ke Switzerland. Sekembalinya dari Mesir, beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang pengajian Islam dan memperoleh ijazah Ph.D. pada tahun 1998.

Penulisan yang dihasilkan beliau di peringkat Ph.D. adalah mengenai tokoh pembaharuan Islam di Mesir merangkap datuk beliau sendiri iaitu Hasan al-Banna. Penulisan tesis beliau pada awalnya ditolak oleh panel penilai atas alasan tokoh yang dikaji oleh beliau (Hasan al-Banna) dikaitkan sebagai pengganas. Namun selepas bantahan dilakukan oleh Tariq Ramadan, akhirnya tesis beliau telah dinilai semula dan diterima oleh panel penilai dengan mendapat kelulusan tanpa kepujian.

Kerjaya Dan Penulisan Akademik

Sebagai seorang tokoh Muslim yang dikenali dalam bidang akademik, Tariq Ramadan memegang jawatan sebagai pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka di Eropah di samping memegang beberapa jawatan lain untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim. Kelayakan sarjana yang dimiliki oleh Tariq Ramadan dalam bidang falsafah dan sastera Perancis membolehkan beliau untuk mendapat pekerjaan sebagai seorang pengajar dan dekan di College de Saussure yang terletak di Geneva, Switzerland.

Di sini, beliau telah menubuhkan program ‘Helping Hand’, iaitu satu program yang membolehkan Tariq Ramadan dan pelajar beliau mengaplikasikan konsep hubungan antara masyarakat pelbagai latar belakang. Dengan tajaan kewangan daripada pejabat pendidikan daerah Geneva, Tariq Ramadan dan pelajar beliau telah melawat, bertemu serta berinteraksi dengan pelbagai tokoh dunia seperti Mother Teresa (m. 1997M), Sister Emmanuelle (m. 2008M), Dalai Lama dan ramai lagi.

Selain itu, kelayakan sarjana beliau juga membolehkan Tariq Ramadan dilantik sebagai pengajar sambilan di University of Fribourg, Perancis dalam bidang falsafah dan pengajian islam (philosophy and Islamic studies), sejak tahun 1996 hingga 2004. Pada tahun 2004, Tariq Ramadan pernah ditawarkan untuk memegang jawatan sebagai tutor bersama Kroc Institute for International Peace Studies, University of Notre Dame.

Akan tetapi beliau telah meletakkan jawatan apabila visa beliau dibatalkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana mengesyaki Tariq Ramadan terlibat dengan satu organisasi Islam yang dilabelkan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas. Pada bulan Oktober 2005, Tariq Ramadan telah ditawarkan untuk memegang jawatan akademik di St. Anthony College, University of Oxford. Beliau memegang juga jawatan sebagai Professor di Oriental Institute, St Anthony’s College di samping menjadi pengajar di Faculty of Theology, University of Oxford.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Professor Pelawat untuk Fakulti Pengajian Islam di Qatar dan juga University Malaysia Perlis (UNIMAP). Jawatan lain yang dipegang oleh Tariq Ramadan ialah sebagai Senior Research Fellow di Doshisha University yang terletak di Kyoto, Jepun dan sebagai Director of the Research Centre of Islamic Legislation and Ethics (CILE) di Doha, Qatar.

Selain memegang jawatan di dalam bidang akademik, Tariq Ramadan juga ialah Presiden di European Muslim Network (EMN), satu pertubuhan yang menggabungkan tokoh pemikir Islam Eropah. Beliau juga merupakan ahli kepada International Union of Muslim Scholars yang keahliannya terdiri daripada ulama-ulama dan tokoh akademik Islam berpengaruh dari seluruh dunia.

Sebagai seorang jurucakap yang berani dan lantang, Tariq Ramadan juga dikenali melalui penulisan beliau yang banyak menyuarakan pandangan dan suara berkaitan kehidupan dan keadaan masyarakat minoriti Muslim di Eropah. Beliau telah menulis banyak jurnal akademik, artikel, buku dan juga penulisan internet dan juga di blog beliau sendiri.

Penulisan Tariq Ramadan memfokuskan kepada isu-isu berkaitan pemikiran Islam semasa, sirah Rasulullah dan sejarah Islam, ekonomi, politik dan isu-isu antarabangsa khususnya berkaitan Islam Penulisan Tariq Ramadan dilakukan di dalam 3 bahasa, iaitu bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Laman web rasmi Faculty of Oriental Studies, University of Oxford, di bahagian maklumat kakitangan pengajar di carian https://ift.tt/2tyMp8y memaparkan senarai hasil penulisan Tariq Ramadan. Senarai penulisan ini merangkumi buku-buku yang ditulis oleh beliau sendiri dan penulisan dengan kerjasama penulis lain. Senarai penulisan beliau ialah menurut lawan web (sesawang) tersebut adalah seperti:

  1. Tariq Ramadan – Muslims in secular societies, responsibilities and rights of Muslim people in Western societies
  2. Tariq Ramadan – At the sources of the Islamic revival, one century of Islamic reform
  3. Tariq Ramadan – To Be A European Muslim
  4. Tariq Ramadan – Muslim in France
  5. Tariq Ramadan – Islam, the West and the Challenge of Modernity
  6. Tariq Ramadan – Western Muslim and the Future of Islam
  7. Tariq Ramadan – Globalisation, Muslim Resistances
  8. Tariq Ramadan – In the Footsteps of the Prophet: Lesson from the life of Muhammad
  9. Tariq Ramadan – Radical Reform Islam Ethics and Liberation
  10. Tariq Ramadan – What I Believe
  11. Tariq Ramadan – The Quest for Meaning, Developing a Philosophy of Pluralism
  12. Tariq Ramadan – The Arab Awakening, Islam and the New Middle East

Laman sesawang rasmi Faculty of Oriental Studies, University of Oxford ini juga menyatakan bahawa, sejak tahun 1991 sehingga 2008, Tariq Ramadan sudah menerbitkan sebanyak 960 hasil sumbangan dalam bidang penulisan, samada penulisan dalam bentuk buku, artikel, ulasan akademik, dan sebagainya. Di dalam satu artikel, Tariq Ramadan juga ada menyebut mengenai jumlah penulisan beliau: “I have also written over 700 articles. In my books and articles, I have written about Muslim identity, democracy, human rights, feminism, freedom of speech and conscience, and the practice of Islam in Europe”.

Tariq Ramadan Dan Kontroversi 

Tariq Ramadan merupakan seorang tokoh pemikiran Islam yang dipandang tinggi oleh masyarakat Muslim di seluruh dunia. Sebagai seorang tokoh akademik serta pejuang nasib umat Islam, beliau banyak membentangkan idea dan pemikiran berkaitan dengan keadaan Muslim di Eropah.

Namun begitu Tariq Ramadan juga sering dikaitkan dengan isu-isu kontroversi dan telah dilabelkan dengan pelbagai gelaran sama ada negatif dan positif oleh masyarakat dunia. Antara label yang diberikan kepada beliau ialah seperti doublespeak, ambiguous statements, rhetorical skills, anti-Semite, bridge builder, Martin Luther of Islam dan lain-lain lagi.

Label ini timbul kerana hasil kefahaman dan interpretasi yang berbeza akibat pembacaan hasil penulisan dan kuliah atau temu ramah yang dijalankan bersama Tariq Ramadan. Tariq Ramadan juga pernah dilabel sebagai ‘pengganas’ dan juga ‘penyokong keganasan’ akibat latar belakang beliau sebagai cucu kepada Hassan al-Banna. Hassan al-Banna terkenal di seluruh dunia sebagai pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin yang dituduh membawakan pemikiran politik Islam yang dikatakan radikal.

Tuduhan yang timbul bahawa Tariq Ramadan cuba menghidupkan kembali idea dan perjuangan datuk Hassan al-Banna kepada masyarakat Muslim di Eropah dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau. Tariq Ramadan menegaskan bahawa beliau hanya menyokong idea pembaharuan pemikiran Islam dan cuba memberi nafas segar dalam bidang pemikiran Islam di seluruh dunia. Beliau bukannya menyokong ideologi perjuangan gerakan Ikhwan al-Muslimin.

Tariq Ramadan pernah menjelaskan pendirian bahawa beliau bukanlah penyokong keganasan sebagaimana yang didakwa oleh media Barat dan tersebar di media sosial ataupun media massa di Barat. Bahkan beliau selalu menegaskan bahawa pendirian beliau ialah mempromosikan keindahan dan mesej keamanan yang dibawa oleh Islam kepada masyarakat dunia. Tariq Ramadan juga menjelaskan pendirian beliau sebagai seorang salafi reformist atau pembaharu pemikiran Islam berasaskan ajaran al-Quran dan hadis khususnya kepada Muslim di Eropah dan Barat.

Sebagai seorang Muslim, Tariq Ramadan mengajak umat Islam di seluruh dunia (khususnya di Eropah) untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, bukan mengikuti ajaran pemikiran Islam yang dikelirukan oleh Muslim yang mengelirukan dan memburukkan Islam itu sendiri. Tariq Ramadan cuba untuk membersihkan kembali imej Islam yang telah dicemari dan diburukkan oleh musuh Islam dengan pelbagai isu kontroversi pengganas seperti kewujudan gerakan pengganas Islam Pakistan dan Afghanistan.

Begitu juga berkenaan isu perebutan kuasa dan kepimpinan antara sesama Muslim seperti yang boleh dilihat terjadi di Syria, Mesir dan Iraq. Selain itu isu diskriminasi terhadap wanita sebagaimana yang dilaporkan oleh media Barat berlaku di Arab Saudi apabila wanita dilarang melakukan sesuatu tanpa ditemani keluarga atau isteri memberi persepsi negatif masyarakat dunia terhadap Islam. Inilah antara fokus perjuangan utama Tariq Ramadan, iaitu berusaha untuk menaikkan kembali agama Islam dan masyarakat Muslim agar menjadi satu agama dan masyarakat yang senang didekati, mudah diterima serta tidak ditakuti oleh mereka yang bukan Islam, khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat.

Pada awal tahun 2018, beliau telah ditahan akibat dikenakan tuduhan merogol oleh 3 orang wanita, walaupun Tariq Ramadan menafikan tuduhan tersebut, tetapi mahkamah Perancis telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau. Ada suara-suara mengatakan bahawa tuduhan rogol ini muncul kerana ada beberapa pihak di Eropah yang tidak boleh menerima usaha Tariq Ramadan menyatukan dan mengintegrasikan budaya Eropah dengan Islam, bahkan ada yang takut jika usaha Tariq Ramadan berjaya, ia akan menyebabkan islamisasi tersebar luas. Wallahualam.

Usaha yang dilakukan beliau ini meletakkan beliau sebagai penghubung dan wakil kepada golongan minoriti Muslim untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka perkara yang berlaku dalam masyarakat setempat.

RUJUKAN:

  • Azmi, Mohamad. 2014. European Islam And Reform: A Comparative Study Of The Theologies Of Yusuf Al-Qaradawi And Tariq Ramadan. Tesis PhD. University Of Birmingham.
  • Buruma, Ian. 2007. Tariq Ramadan has an identity issue. New York Times. https://ift.tt/2ItVpAh Oktober 2014).
  • Foreign Policy. T.th. Who’s afraid of Tariq Ramadan. Foreign Policy. foreignpolicy.com. (14 April 2014).
  • Kechichian, Joseph A. Ramadan, Tariq Said. Oxford Encyclopaedia of the Islamic World. 21 Ogos 2015.
  • Nor Faridah Mat Nong.2015. Identiti Muslim Eropah, Perspektif Tariq Ramadan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
  • Tariq Ramadan. 2004. Biography. https://ift.tt/2N1WDX2 ?lang=fr. (8 Januari 2015).
  • https://ift.tt/2zm4nig

Badminton Terbuka Malaysia 2018 | Jadual & Keputusan

Badminton Terbuka Malaysia 2018

Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2018 akan membuka tirai pada 26 Jun sehingga 1 Julai bertempat di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC). Kejohanan berprestij peringkat Super 750 ini menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah AS$700,000 (RM2.7 juta)

BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2018

BWF World Tour Super 750
Tarikh : 26 Jun - 1 Julai 2018
Venue : Axiata Arena Bukit Jalil, Malaysia

LIVE TV (29 Jun - 1 Julai)
Astro Arena (801) & HD (802)
Astro SuperSport 4 (817) & HD (836)

LIVE STREAM
1. Njoi Now / Astro GO
2. youtube.com/user/bwf
3. smashnation7.com

JADUAL & KEPUTUSAN

SELASA, 26 JUN 2018

RABU, 27 JUN 2018

LIVE SCORE


Sumber Badminton Terbuka Malaysia 2018 | Jadual & Keputusan

Selasa, 26 Juni 2018

Selamat jalan perwira negara ..Terbaring kaku ajal mu ketika bertugas maut di hempap pokok (10Gambar)

Gerik : Demi tugas mu diri mu rela berkorban apa sahaja termasuk nyawa mu, meninggalkan keluarga tersayang kuatkan diri demi bangsa dan negara yang akhir nya diri mu terkorban.
Dua anggota tentera maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok ketika menjalani operasi kawalan sempadan di dalam Hutan Belum, Tasik Banding, Gerik, malam tadi.
Dalam kejadian 10.40 malam itu, mangsa Koperal Mohamad Safuan Hassan, 30, berasal dari Raub, Pahang dan Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf, 32, dari Kuala Ketil, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala dua yang cedera iaitu Koperal Mohd Haizol Kamsiran dan Renjer William Nisau yang patah tulang pinggul serta belakang dan sedang dirawat di Hospital Gerik.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang maut bertugas di 8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) (Para) Melaka memasuki hutan itu sejak sebulan lalu untuk menjalani Ops Kota Echo/Foxtrot secara bergilir setiap dua bulan sekali bagi menjaga sempadan Perak.








Panglima 2 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, ribut kuat dan hujan lebat dipercayai menyebabkan pokok berkenaan tumbang dan mengenai keempat-empat anggota berkenaan.
Katanya, lokasi berkenaan terletak 3.2 kilometer dari sempadan Perak-Thailand iaitu lima hingga enam jam perjalanan dari Sungai Kejar, Tasik Banding.
“Tiada komunikasi sepanjang malam, hanya 10 pagi tadi baru bilik kawalan dihubungi dan helikopter digerakkan sebelum tiba di lokasi 11.30 pagi untuk mengambil semua mangsa.
“Semua mangsa dibawa ke Hospital Gerik dan dua yang meninggal dunia kemudiannya dibedah siasat sebelum disembahyangkan di 4 Rejimen (Kem Gerik 4 Rejimen Sempadan),” katanya ketika dihubungi NSTP.
Mohd Nizam berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Pahang dan Kedah untuk dikebumikan tengah malam ini mengikut Istiadat Tentera.

Koperal Fahrurozi meninggalkan isteri dan seorang anak kecil berusia 1 tahun, manakala  Koperal Mohamad Safuan Hassan meninggalkan isteri , semoga kedua-dua isteri ini tabah kehilangan suami tersayang dalam bertugas. Al fatihah.


Sumber Accident Portal