Senin, 30 April 2018

Sebak, Ramai Yang Tak Tahu Ini Rupanya Pengorbanan Lan Solo Untuk Baby Xandra

Sebak, Ramai Yang Tak Tahu Ini Rupanya Pengorbanan Lan Solo Untuk Baby Xandra
Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim mendedahkan suaminya merupakan seorang yang sangat sensitif tentang hal melibatkan anak-anak.
Lan dan isteri tabah harungi dugaan.
Kata Sheila, ini kerana perwatakan Lan yang sentiasa ceria menyebabkan ramai yang tidak tahu perasaan sebenar bapa kepada empat orang anak itu.

Jelas Sheila lagi, Lan tidak mahu menunjukkan kesedihannya dan sentiasa kekal positif walaupun komen-komen negatif ditujukan kepada keluarga mereka.
Anak keempat Lan, Nur Amna Quxandra.
"Luahan perasaan itu dikongsi oleh Sheila menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Selama ni saya TAK PERNAH tunjuk atau cerita dengan anda pasal keadaan @lansolo_official sejak lahirnya Baby Xandra.

“Saya cuma berkongsi gambar dan kebahagiaan kami setelah Xandra hadir memenuhi ruang kecil keluarga kami.
Luahan hati Sheila di Instagram.
YES. Lan sebenarnya seorang yang sangat sensitif bila bercakap perihal anak. Bukan hanya perihal Xandra, malah hal kakak-kakak dan abang Xandra.

“Lan gigih belajar cara yang betul untuk susukan Xandra supaya Xandra dapat rasa sama seperti yang lain-lain.

“Lan bersengkang mata untuk 30 hari yang pertama untuk belajar apa jua perkara baru tentang Xandra. Bancuh susu, tukar lampin sehingga bila Xandra selsema, Lan belajar untuk sedut hingusnya.
Xandra bakal jalani pembedahan 31 Mei depan.
“Begitu hebat sekali apa yang Lan korbankan untuk Xandra. Nampak seperti mudah, tapi sebenarnya untuk handle Xandra sangat berbeza dengan baby normal yang lain.

“Bila mana Xandra "disentuh" pastinya naluri dia sebagai seorang ayah tersentuh dan sesekali menahan sebak dan marah!
Xandra bersama kakak-kakak serta abangnya, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff,3.

“Bagi Lan, isu Xandra ni bukan gurauan apatah lagi diperlekeh sehingga setiap hari Lan tidak putus-putus berdoa supaya Xandra sihat untuk menjalani operation mengikut jadual yang ditetapkan oleh pakar cleft di PPUM.

“Berbisik juga Lan pada saya, dia risau hari depan Xandra. Dia takut dia tak mampu mempertahankan Xandra di luar sana nanti. Tapi dia yakin, Allah selalu ada untuk Xandra,” luahnya.

BACA: “Kena Sihat Tak Boleh Demam” – Anak Lan Solo Bakal Jalani Pembedahan Cantumkan Bahagian Sumbing
 



Sumber Sebak, Ramai Yang Tak Tahu Ini Rupanya Pengorbanan Lan Solo Untuk Baby Xandra

Dengan Sedikit Sentuhan Kuning, Mampu Buat Ruang Anda Nampak WOW

Dengan Sedikit Sentuhan Kuning, Mampu Buat Ruang Anda Nampak WOW

Memiliki rumah yang sedap mata memandang tidaklah memerlukan belanja yang besar. Dengan hanya permainan warna, pelbagai ruang boleh menjadi cantik, segar, moden dan sensasi.

sentuhan sofa kuning tambah mood moden.

Lupakan sebentar warna merah dan biru, ada satu warna underrated yang mampu menyerlahkan ruang-ruang bosan. Kuning kurang menjadi pilihan rama kerana rona menjeritnya dianggap tidak sesuai.

  Dapur anda tidak lagi bosan dengan kerusi kuning.

Namun dengan hanya sedikit sentuhan kuning, ruang yang bosan mampu bertukar wajah menjadi segar, moden dan cantik!

Cantik disuai padan dengan warna gelap.Kamar mandi begitu ceria.

Tidak perlu keseluruhannya dicat, elemen kuning itu boleh disuntik pada warna perabot, jubin, bantal, cat dinding dan sesuai digabungkan dengan warna gelap.

  Pandai bermain dengan warna bantal.

Jika dilihat dari gambar-gambar dekorasi ini, ruang dengan sentuhan kuning ini mampu buat ia nampak hidup dan berkuasa. Ingat, belanja tak perlu mahal, anda hanay perlu bijak bermain dengan rekaan dan warna untuk mencantikkan dekorasi rumah.



Sumber Dengan Sedikit Sentuhan Kuning, Mampu Buat Ruang Anda Nampak WOW

1,000 Pengangkutan Percuma Untuk Pengundi Titiwangsa!

1,000 Pengangkutan Percuma Untuk Pengundi Titiwangsa!

Pelbagai usaha dilakukan oleh calon yang bertanding bagi pilihan raya umum (PRU).Semuanya dilakukan bagi memenangi hati pengundi.
 

Terbaru calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyediakan 1,0000 pengangkutan percuma pada hari mengundi, 9 April.
 

Pengangkutan percuma itu bagi mengambil dan menghantar pulang pengundi di kawasan itu ke pusat mengundi pada Rabu minggu depan.

ELAK KEJADIAN 4,000 PENGUNDI TIDAK TURUN PRU LALU

Analisis dilakukan bagi mengenal pasti punca tidak mengundi

Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerusi Harian Metro berkata, usaha itu bertujuan memastikan jumlah pengundi yang turun di kawasan itu meningkat.
 

Selain itu, inisiatif itu juga diharapkan dapat memastikan lebih 4,000 pengundi yang tidak turun mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu dapat dikurangkan.
 

Jelasnya usaha itu dibuat berdasarkan analisis yang dilakukan pihaknya.
 

Terdapat tiga sebab mengapa lebih 4,000 pengundi tidak keluar mengundi.
 

"Antaranya adalah ketiadaan dan tidak tahu lokasi pusat mengundi mereka.
 

"Selain itu tanggapan tidak perlu mengundi kerana yakin calon akan menang juga antara dikenal pasti,” katanya.
 

AMBIL DAN JEMPUT DEPAN RUMAH

Tiada alasan lagi untuk tidak mengundi

Petugas serta sukarelawan yang berkhidmat bukan saja menghantar, tetapi menjemput pengundi di depan rumah mereka.
 

Pada PRU ke-14 ini, Johari berdepan cabaran tiga penjuru menentang Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan calon PKR, Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 

Pada PRU lalu, Johari yang juga Menteri Kewangan Kedua hanya menang dengan majoriti tipis, iaitu 866 undi.



Sumber 1,000 Pengangkutan Percuma Untuk Pengundi Titiwangsa!

Bertunang Senyap-Senyap? Mana Ada, Tak Baik Fitnah! – Sherry Ibrahim

Bertunang Senyap-Senyap? Mana Ada, Tak Baik Fitnah! – Sherry Ibrahim
Pelakon Sherry Ibrahim akui terkejut apabila mendapat tahu tentang khabar angin dirinya telah bertunang dengan seorang jejaka tanpa pengetahuan umum.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 35, berkata dakwaan tersebut tidak benar dan hanya fitnah semata-mata.
Sherry kurang dedah kisah peribadi.
“Mana ada, tak baik fitnah! Setiap apa berlaku pada diri saya lebih-lebih lagi yang melibatkan hal peribadi saya akan keep it personal.

“Bagi yang kenal diri saya, mereka akan tahu saya kurang berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum.
Sherry bersama Siti Nordiana dan Haqiem Rusli ketika siri jelajah Gegar Pagi di Kuantan, Pahang baru-baru ini.
“Tetapi sekiranya ada perkara baik yang terjadi, saya janji akan kongsikan kepada semua peminat dan juga media. 

“Kalau betullah saya bertunang, saya akan beritahu. Tidak ada gunanya berahsia, saya tidak akan sorok perkara baik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Sherry tidak mahu sorok berita gembira.

Sherry ditemui ketika siri jelajah GEGAR Pagi bertempat di WIDAD University College, Kuantan, Pahang pada Ahad.

Berbicara mengenai isi hatinya, Sherry kini sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang.
Hati Sherry sudah dimiliki.
Bagaimanapun kata Sherry, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai hal tersebut memandangkan hubungannya masih lagi dalam fasa perkenalan.

“Benar saya sedang mengenali seseorang, saya tak akan tipu atau sorok mengenai perkara itu. Tetapi memandangkan kami dalam fasa berkawan rasanya lebih manis sekiranya tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut.
Sherry mahu beri focus pada perniagaan.
“Jodoh itu rahsia tuhan tetapi andai kata kami berjodoh, InshaAllah saya akan kongsi. Buat masa ini saya mahu tumpukan perhatian terhadap kerjaya dan perniagaan terlebih dahulu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry baru sahaja melancarkan jenama tudung sendiri iaitu Sherry Scarves.
 



Sumber Bertunang Senyap-Senyap? Mana Ada, Tak Baik Fitnah! – Sherry Ibrahim

dUCk Scarves Just Launched A New Luxury Scarf Line That Costs RM1,000 Each

dUCk Scarves Just Launched A New Luxury Scarf Line That Costs RM1,000 Each

Images: @theduckgroup Instagram

Last year, dUCk Scarves took the hijab world by storm when they launched the limited-edition Swarovski-adorned pink KL dUCk Scarves.

Priced at a steep RM800, it indeed created a buzz and of course, some backlash, but they still managed to sell out in just five minutes.

We thought that was the most expensive dUCk Scarf in history and it’ll probably remain that way for a couple of years to come.

But we were wrong.

The boxes does look kind of familiar... Hermes maybe?
On Monday, the luxurious scarf brand dropped a new range of scarf that’s probably the true essence of the brand – the Luxe Basics Silk Monogram dUCk.

Each scarf is made with high-quality silk with rolled hems, with the signature dUCk monogram weaved into the scarf and embellished with the dUCk charm.

Are you guys willing to 'invest' in this scarf?
We dig the nude colours!
The best part? It’s priced at a whopping RM1,000 each and it comes in 11 colours. The new luxury range broke the record for being the most expensive dUCk Scarf to date.

Naturally, some people weren’t too pleased with the hefty price tag. Some also defended the brand by saying that dUCk has a specific target market and if you can’t afford it, it’s just not meant for you.
 


Well, one scarf costs almost half of our salary, so obviously we’re not their target market too, sobs.

So, dUCkies are you guys willing to splurge on the Luxe Basics range? To purchase them, click here.



Sumber dUCk Scarves Just Launched A New Luxury Scarf Line That Costs RM1,000 Each

Jangan tamak kata Khai Bahar

PENYANYI Khai Bahar tidak pernah mengambil kesempatan terhadap populariti yang diraih ketika ini untuk kepentingan peribadi walaupun mengakui dia dibanjiri pelbagai tawaran lumayan.

Sebaliknya kata pemuda berusia 24 tahun ini, dia tidak mahu bersikap tamak dan sentiasa menapis setiap tawaran yang diberikan menerusi syarikat pengurusannya, NAR Records.

“Alhamdulillah tawaran yang saya terima memang banyak dan pelbagai, bersyukur kerana itu adalah rezeki diberi Allah.

“Bagaimanapun itu tidak bererti saya boleh ambil kesempatan tanpa berfikir dan menerima bulat-bulat apa ditawarkan kepada saya kerana saya perlu memikirkan baik buruk dan risiko di kemudian hari.

“Pihak pengurusan akan tapis terlebih dahulu setiap tawaran diberikan agar ia sesuai dan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi peminat,” katanya.

Khai ditemui pada majlis pelancaran novel berjudul Luluh yang kolaborasi bersama penulis Ezza Mysara.

Novel tersebut ditulis oleh Ezza hasil inspirasi daripasa lagu Luluh nyanyian dan gubahan sepenuhnya daripada Khai.

Bercakap mengenai novel Luluh, Khai berkata, ia bukan kisah peribadinya sebaliknya Ezza mengangkat jalan cerita yang dekat dengan masyarakat.

Kata Khai, dia bersetuju lagu gubahan dan tulisannya itu dijadikan novel kerana dia memang berangan-angan Luluh dijadikan sebuah buku.

“Saya hendak tulis novel sendiri tiada bakat dan pengalaman jadi apabila ada pihak menawarkan kolaborasi itu saya sangat gembira.

“Tambahan pula novel-novel tulisan Ezza memang digemari ramai dan sudah tentu Luluh akan diterima baik oleh penggemar novel,” katanya.

Malah kata Khai, penjualan novel inspirasi daripada lagu Fattah Amin berjudul Wanita Terakhir tulisan Ezza yang laris tahun lalu memberinya inspirasi untuk mencuba perkara sama.



Sumber Jangan tamak kata Khai Bahar

Lelaki tak kacak tapi kelakar boleh hantar ‘resume’ kepada Zahirah

PELAKON Zahirah MacWilson berasa kelakar apabila membaca komen-komen netizen terhadap sebuah artikel yang menulis tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar menghantar resume.

"Baru baca, semua komen anda sangat kelakar, haha. Uji bakat terbuka, hantar resume anda!" tulisnya di Instastory pada Isnin.

Zahirah memberi respons kepada artikel sebuah portal hiburan yang menulis tentang lima ciri lelaki idaman dirinya.

Salah satu yang menjadi perhatian netizen apabila Zahirah bercakap mahukan seorang lelaki yang kelakar biarpun tidak mempunyai rupa paras yang kacak.

Segelintir netizen meminta bekas kekasih aktor Zul Ariffin itu membuka kaunter pendaftaran kerana mempunyai ciri-ciri seperti diperkatakan.

Malah, ada juga yang mencadangkan nama-nama pelawak popular yang masih bujang seperti Zizan Razak dan Ebby Yus sebagai calon paling sesuai.

Sementara itu, Zahirah turut menulis bahawa dia hanya bergurau dan meminta peminat tidak berbuat demikian.

"I'm kidding please don't" tulisnya pada hastag.

Dua minggu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita putus cinta Zahirah dan aktor Titian Cinta Zul Ariffin selapas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.



Sumber Lelaki tak kacak tapi kelakar boleh hantar ‘resume’ kepada Zahirah

Dapat RM100,000, Elvira pilih berehat di pantai

JUARA program realiti Mentor Otai iaitu Elvira belum memikirkan bagaimana dia akan menggunakan wang kemenangan yang diperolehi sebanyak RM100,000.

Elvira atau nama sebenarnya Elvira Carrie Olga Arul, 39 berkata dia ingin berehat sementara dan memilih pulau sebagai lokasi percutian.

"Saya memang tak terfikir lagi nak buat apa dengan duit kemenangan itu. Sebab saya sendiri tak jangka akan menang.

"Dan akan bawa pulang wang tunai sebanyak itu. Buat masa sekarang ini, saya hanya fikir nak pergi pantai dan berehat," kata Elvira .

Elvira ditemui selepas pengumumannya sebagai juara Mentor Otai yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.

Dia menewaskan tiga orang pesaingnnya yang tidak kurang hebat iaitu Azee yang juga protoge Zarul Husin, Alina (Siti Sarah) dan AJ (Tam Spider).

Kemenangan itu melayakkan protege kepada penyanyi Misha Omar ini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Elvira memberitahu antara cabaran terbesar pada malam akhir program realiti itu adalah menjiwai lagu Nur Nilam Sari yang tidak pernah didengarinya.

"Saya rasa cabaran yang paling besar adalah nak memahami dan menjiwai lirik lagu Nur Nilam Sari itu.

"Nak sampaikan secara jujur setiap lirik lagu itu kepada pendengar. Sebab saya tak pernah dengar lagu ini.

"Tapi tak mungkin semua ini terjadi tanpa keluarga dan sokongan daripada semua orang termasuk peserta dan mentor yang lain yang sudah dianggap seperti keluarga," ujarnya.

Selain lagu menyanyikan lagu nyanyian asal Awie dan Search berduet dengan Azlan Typewriter, Elvira turut menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika.

Protege kepada Zarul Husin iaitu Azee atau nama sebenarnya Aznie Ariffin, 41, memenangi tempat kedua dan menerima wang tunai RM50,000 serta trofi.

Manakala tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai RM20,000 serta trofi milik Alina Hassan, 50 dan AJ atau Kamarol Azril Al’azemi, 42, turut menerima wang tunai sebanyak RM5,000.



Sumber Dapat RM100,000, Elvira pilih berehat di pantai

Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi

Kumpulan terkenal Indonesia, Padi memberitahu punca mereka berehat selama tujuh tahun dalam bidang seni disebabkan ego masing-masing yang dianggap terlalu tinggi.

Fadly atau nama sebenarnya Andi Fadly Arifuddin, 43, berkata dia dan ahli kumpulannya menyedari cabaran yang dilalui sepanjang waktu berehat itu membuatkan mereka memerlukan satu sama lain.

“Kami mengakui masing-masing mempunyai ego yang sangat tinggi. Selama tujuh tahun ini macam-macam cabaran datang bertubi-tubi.

“Perjalanan itu membuatkan kami sedar bahawa kami perlu satu sama lain. Ketika itu masing-masing memilih jalan yang jauh.

“Namun disebabkan rindu nak kembali ke rumah (kumpulan) membuatkan kami bersatu semula,” kata Fadly .

Padi ditemui ketika majlis sidang media Padi Reborn Exculusive Live In KL di Hotel Royal, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu mereka berkata, dengan kemunculan semula mereka dalam dunia seni ini, Padi menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk kembali ke negara ini untuk membuat persembahan.

“Kami teruja dan tidak sabar menantikan 30 Jun depan. Konsert ini adalah penampiln pertama kali selepas dah lama tak bersama selama tujuh tahun.

“Bagi kami, ia merupakan peluang kedua untuk berkumpul semula membuat persembahan selepas melalui perjalanan yang sukar.

“Tapi Alhamdulillah kami bersyukur dengan peluang ini dan menghargai peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan Padi,” ujarnya.

Padi akan membuat persembahan selama lebih 90 minit menerusi konser anjuran Qee Communication Sdn Bhd yang akan diadakan di KL Live pada 30 Jun depan.

Tiket-tiket untuk menikmati persembahan hebat di konsert Padi Reborn Live Exclusive In KL sudah dijual dengan harga RM179 untuk biasa dan sesi meet and greet pula RM290 menerusi laman web www.buytickets.com.my.



Sumber Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi

Amar Asyraf kecewa ditolak beberapa syarikat produksi

PELAKON Amar Asyraf pernah berasa kecewa apabila keinginannya menjadi pengarah ditolak beberapa buah produksi.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 32, berkata dia masih mempunyai masa yang banyak untuk mencapai impiannya itu.

"Sebenarnya saya lebih suka bekerja di belakang kamera. Dari dulu lagi saya impikan nak jadi pengarah. Sekarang ini masih lagi mencari peluang itu.

"Pernah juga saya meluahkan keinginan itu dekat beberapa syarikat tapi belum rezeki. Sedikit sebanyak kecewa juga tapi fikir semula saya baru 32 tahun.

"Ada banyak masa lagi untuk hasilkan sesuatu supaya pihak terbabit nampak karya saya," kata Amar.

Dalam pada itu, bercerita mengenai wataknya sebagai Nadim menerusi filem Ratu Kala Jengking:Puteri Keranda bukan mudah untuk dilakonkan.

Menurut Amar, dia perlu membuat persiapan awal seperti belajar memanah memandangkan babaknya banyak menggunakan senjata itu.

"Cabaran saya adalah pertama kali dapat watak yang memerlukan saya memanah. Jadi, saya kena buat persiapan awal.

"Masuk kelas memanah di Sungai Buloh dan membeli barang-barang memanah sendiri. Saya kena biasakan diri dengan senjata itu.

"Babak saya dalam filem itu banyak kena memanah. Kalau tak berlatih, nanti masa berlakon penonton boleh nampak saya kekok," ujarnya.

Filem arahan Bade Azmi itu akan mula menjalani penggambaran di Kota Tinggi, Johor Bahru pada 1 Mei depan selama 35 hari.

Selain Amar, filem keluaran A. Aida Productions Sdn Bhd itu menampilkan seramai 36 pelakon antaranya Nadia Brian, Mas Khan, Eyra Hazali, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi



Sumber Amar Asyraf kecewa ditolak beberapa syarikat produksi

JPN jelas isu tukar alamat di kad pengenalan — JPN

30 APRIL — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak berhubung isu pertukaran rekod alamat kediaman pada kad pengenalan yang tular di media sosial.

Selaras dengan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa, pertukaran alamat tempat kediaman pada kad pengenalan perlu direkodkan oleh JPN berdasarkan kepada permohonan daripada pemilik kad pengenalan.

Dalam hal ini, Peraturan 15(2), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 telah memperincikan dua kaedah untuk merekodkan alamat terkini pemohon iaitu sama ada dengan mencetak pada kad pengenalan atau mengemas kini maklumat tersebut dalam cip kad pengenalan sedia ada.

Cetakan alamat terkini pada kad pengenalan akan memerlukan gantian kad pengenalan baharu dengan kadar bayaran sebanyak RM10 manakala kemas kini rekod cip pada kad pengenalan sedia ada tanpa penggantian kad pengenalan baharu boleh dibuat dengan kadar bayaran sebanyak RM2 sahaja. Bagi memudahkan rujukan terutama berkaitan dengan urusan rasmi, slip maklumat kandungan cip akan dikeluarkan untuk setiap kemas kini alamat pada cip kad pengenalan sedia ada.

Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi pejabat JPN bagi sebarang maklumat dan penjelasan lanjut berkaitan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh jabatan ini.

* Kenyataan ini dikeluarkan unit komunikasi korporat JPN.

** Tulisan ini pendapat peribadi mereka dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail.



Sumber JPN jelas isu tukar alamat di kad pengenalan — JPN

Calon tempatan diketepi, PH Kuala Ketil bergolak

Setiausaha PKR Baling Mohd Azmi Mohamed Amin (tengah) menunjukkan tanda protes kepada kepimpinan Pakatan Harapan. — Foto BernamaSetiausaha PKR Baling Mohd Azmi Mohamed Amin (tengah) menunjukkan tanda protes kepada kepimpinan Pakatan Harapan. — Foto BernamaBALING, 30 April — Pakatan Harapan (PH) kawasan Kuala Ketil kini bergolak apabila anggota dan penyokong mereka sepakat menolak Mohamad Sofee Razak sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggota Jawatankuasa PH Baling Mohd Azmi Mohamed Amin berkata mereka menentang calon itu kerana beliau merupakan calon luar yang tidak mendapat persetujuan peringkat akar umbi.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku apabila pihak tertinggi meletakkan calon luar dan menyingkir calon tempatan Rozaini Mad Isa iaitu ketua cabang PKR Baling yang telah lama berkhidmat di DUN ini.

“Kami pertikaikan pelantikan itu kerana mereka tidak berbincang dengan kami dahulu,”katanya pada sidang media yang turut dihadiri anggota parti-parti lain PH di sini, hari ini.

PH menamakan Mohamad Sofee untuk bertanding kerusi DUN Kuala Ketil bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Khairul Azhar Abdullah dan calon PAS Mohamad Mansor Zakaria.

Pada PRU13, calon PAS Md Zuki Yusof memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,154 undi.

Mohd Azmi yang juga setiausaha PKR Baling berkata sebanyak 21 daripada 24 Jajahan Daerah Mengundi (JDM) di DUN itu juga tidak mengaktifkan bilik gerakan masing-masing kerana kecewa dengan senario itu.

“Kami telah membuat bantahan semasa pengumuman penamaan calon oleh Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail namun, tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga sekarang.

“Sampai sekarang, kepimpinan tertinggi dan calon itu tidak pernah datang berjumpa kami. Sepatutnya, dia (calon tersebut) berasa malu kerana sebagai orang luar,dia tidak berjumpa (kami) tuan rumah,” katanya.

Mohd Azmi berkata beliau rela sekiranya kepimpinan tertinggi PH mengambil tindakan disiplin termasuk memecat keanggotaannya tetapi mereka perlu berdepan dengan ribuan anggota yang bersama-sama dengannya dalam isu itu.

Terdapat kira-kira 3,000 anggota PKR di DUN Kuala Ketil, katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sidang media itu ‘ditaja’ pihak tertentu sebaliknya diadakan atas perbincangan semua pihak termasuk akar umbi penyokong di kawasan Kuala Ketil. — Bernama



Sumber Calon tempatan diketepi, PH Kuala Ketil bergolak

Cendol sagu bukan saja sedap tapi mengenyangkan

Cendol sagu lebih enak kerana tekstur yang kenyal, aroma menarik dan paling penting mengenyangkan. — Foto ihsan Facebook/ZaleeFadz GhazaliCendol sagu lebih enak kerana tekstur yang kenyal, aroma menarik dan paling penting mengenyangkan. — Foto ihsan Facebook/ZaleeFadz GhazaliKUALA LUMPUR, 30 April — Cendol antara makanan popular di Malaysia. Bahan makanan itu biasanya terdiri daripada cendol hijau yang dibuat dari tepung beras atau jagung.

Tapi jika anda mahukan kelainan, boleh cuba cendol dengan isi sagu di Jalan Labu, 23 minit dari pusat bandar Seremban.

Cendol Sagu Rumbia milik Rohaisham Mohd Tahar, 51, dibuka sejak 2014 dan satu-satunya warung yang menjual hidangan itu.

Rohaisham, mesra disapa Echam membuka perniagaan itu supaya makanan tradisi negeri Darul Khusus kekal dan tidak pupus.

“Dulu-dulu sagu ini makanan ruji orang kampung menggantikan nasi, sebab ia mengenyangkan tapi sekarang tidak lagi. Itulah puncanya saya buka Cendol Sagu Rumbia,” katanya kepada ProjekMMO.

Cendol sagu disediakan hanya bersama ais, gula Melaka dan santan, semangkuk hanya berharga RM2.50. — Foto ihsan Facebook/Ail YasaCendol sagu disediakan hanya bersama ais, gula Melaka dan santan, semangkuk hanya berharga RM2.50. — Foto ihsan Facebook/Ail YasaBerpengalaman membuat cendol sagu sejak 2001, Echam menebang sendiri pokok rumbia berhampiran rumahnya.

Setiap minggu, beliau menebang sebatang pokok dengan ketinggian hampir 10 meter dan dijadikan 10 kecil untuk dibuat sagu.

“Proses pembuatan sagu kami buat sendiri, sama seperti memerah santan biasanya tapi patinya dibiarkan sejam dan proses pengeringan makan masa dua hari,” kata bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Cendol sagu lebih enak dari yang biasa kita makan kerana tekstur yang kenyal, aroma yang menarik dan paling penting mengenyangkan”.

Disediakan hanya bersama ais, gula Melaka dan santan, semangkuk berharga RM2.50, sama ada makan di warung atau bungkus.

Selain cendol sagu, pelbagai kuih-muih disediakan di Cendol Sagu Rumbia. — Foto ihsan Facebook/Adindaku PuspawangiSelain cendol sagu, pelbagai kuih-muih disediakan di Cendol Sagu Rumbia. — Foto ihsan Facebook/Adindaku PuspawangiMereka juga menjual kuih-muih seperti cucur badak, popia basah, karipap sardin, biskut bangkit sagu dan laksa dengan harga serendah 50 sen.

Terletak di tepi jalan, Cendol Sagu Rumbia dibuka tiga hari seminggu pada Jumaat hingga Ahad, dari 11 pagi hingga 6 petang.

Untuk ke sini, anda boleh semak aplikasi Waze dan peta Google dengan menaip Cendol Sagu Rumbia.

Warung hanya 2 minit dari Masjid Kariah Kampung Pulau Lambar dan berdekatan Klinik Desa Kampung Pulau.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi 018 946555 atau semak Facebook: Echam Cendol Sagu Rumbia. 



Sumber Cendol sagu bukan saja sedap tapi mengenyangkan

PH tetap kerja keras walau yakin pengaruh Nik Omar, kata Wan Azizah

Dr Wan Azizah berkata dengan adanya Nik Omar dalam Pakatan, ia mampu untuk mengukuhkan sokongan rakyat, tetapi tiada yang pasti dalam politik. — Foto oleh KE OoiDr Wan Azizah berkata dengan adanya Nik Omar dalam Pakatan, ia mampu untuk mengukuhkan sokongan rakyat, tetapi tiada yang pasti dalam politik. — Foto oleh KE OoiBUKIT MERTAJAM, 30 April — Penyertaan Nik Omar, anak kedua bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke dalam Pakatan Harapan bukanlah tiket mudah untuk menang.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata dengan adanya Nik Omar dalam Pakatan, ia mampu untuk mengukuhkan sokongan rakyat, tetapi tiada yang pasti dalam politik.

“Beliau memang mempunyai pengaruh tetapi itu bukan bermakna kita tidak perlu bekerja keras,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Nik Omar membuat kejutan pada hari penamaan calon di Kelantan apabila muncul untuk mengemukakan borang pencalonannya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sebagai calon Amanah, menggunakan logo PKR.

Kerusi DUN Chempaka adalah kubu kuat PAS yang pernah disandang bekas Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak Pilihan Raya Umum kesembilan pada 1995.

Dalam perkembangan lain, PAS telah memecat Nik Omar daripada parti berikutan keputusannya bertanding sebagai calon Pakatan Harapan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu mempunyai ‘Pelan B’ jika proses pengadilan Tian Chua tidak berjalan lancar.

“Sudah tentu kami mempunyai penyelesaian alternatif untuk Parlimen Batu. Kami ada strategi kami,” katanya.

Pada hari penamaan calon, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Anwar Mohd Zain mengumumkan Tian Chua tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan kerana denda RM2,000 yang pernah dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tian Chua yang juga penyandang kerusi parlimen itu telah memulakan saman pemula terhadap Anwar dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Duta hari ini. — Bernama



Sumber PH tetap kerja keras walau yakin pengaruh Nik Omar, kata Wan Azizah

Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat

Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) menyampaikan watikah pelantikan Syamsul Amri Ismail, 41, untuk kerusi Sikamat di Negeri Sembilan 23 April 2018. — Foto BernamaPengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) menyampaikan watikah pelantikan Syamsul Amri Ismail, 41, untuk kerusi Sikamat di Negeri Sembilan 23 April 2018. — Foto BernamaSEREMBAN, 30 April — “Setakat tiga hari berkempen ini, penerimaan masyarakat berbilang kaum terhadap saya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat amat baik sekali,” kata penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih popular dipanggil Syamsul Debat yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di DUN Sikamat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata walaupun beliau merupakan antara calon baharu, namun majoriti masyarakat mengenalinya dan ini adalah satu kelebihan buatnya dalam berkempen di kawasan Sikamat.

“Saya harap momentum ini dapat diteruskan sehingga hari pengundian pada 9 Mei ini.

“Semasa berkempen dari rumah ke rumah, saya dapati saya tidak payah memperkenalkan diri sebab mereka sudah tahu siapa saya. Jadi saya terus kepada maksud saya apa yang mereka hendak.

“Jika saya menang nanti, mereka minta benda mudah sahaja iaitu mereka cuma minta jangan biarkan mereka, carilah mereka di sini (Sikamat).

“Maknanya, mereka mahu seorang wakil rakyat yang selalu turun padang dan mesra dengan mereka.

“Keinginan penduduk di sini untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) amat tinggi dan ini memberi keyakinan buat saya untuk menawan kerusi DUN Sikamat yang telah dua penggal dikuasai PKR sejak 2008,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Balai Raya Taman Jujur, Sikamat di sini.

Mengulas lanjut, Syamsul, 41, yang juga pakar motivasi berkata walaupun kehendak dan keperluan masyarakat di satu-satu kawasan itu berbeza-beza, namun ia perlu disediakan.

Katanya di Sikamat contohnya, beberapa kemudahan awam seperti sekolah, masjid, dewan, klinik kesihatan dan balai polis memang sudah ada, cuma perlu ditambah baik seperti mewujudkan sebuah mini UTC.

“Daripada kajian saya, saya mendapati kekalahan BN di beberapa kawasan pada pilihan raya sebelum ini, adalah bukan kerana kita tidak boleh menyampaikan, tetapi kita gagal menjawab.

“Maknanya, kita gagal menjawab apa kehendak masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau mengelak untuk berasa yakin meskipun penerimaan rakyat terhadapnya amat baik.

“Penerimaan masyarakat baik, tapi saya tak tahu hati mereka, jadi saya berserah kepada Allah. Setakat ini semuanya baik...insya-Allah.

“Semuanya saya serah kepada Allah sebab saya tak boleh baca hati orang...saya berserah kepada Allah,” katanya.

Pada PRU14 ini, Syamsul akan ditentang oleh penyandang Aminuddin Harun daripada PKR, Rahim Yusof (PAS) dan calon Bebas, Bujang Abu. — Bernama



Sumber Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat

'Sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya' - Adi Putra

Status kerakyatannya menjadi tanda tanya menyebabkan pelakon terkenal kelahiran Singapura ini tampil memberikan penjelasan bahawa dirinya kini adalah warganegara Malaysia. 
Terdahulu, Datuk Adi Putra atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Abdul Halim, 37, melalui Instagramnya mengesahkan perkara itu beberapa hari lalu kerana baginya, pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah waktu yang sesuai untuk mengumumkan status dirinya kepada peminat dunia hiburan.
Difahamkan, PRU14 ini merupakan kali pertama buatnya untuk mengundi dan Adi juga mengaku bahawa dirinya adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN) serta pernah hadir ke beberapa siri ceamah yang dianjurkan oleh calon BN di Lembah Klang beberapa hari lalu. 
"Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.
"Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.
"Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal beberapa hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.
"Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat," tulisnya.
Memetik laporan New Straits Times Adi berkata, dia memperoleh status sebagai warganegara Malaysia setahun yang lalu. Adi yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2002 ketika itu masih mahu mengekalkan statusnya sebagai warganegara Singapura. 
Namun Adi terjatuh cinta dengan masyarakat dan suasana di negara ini yang aman damai dan kaya dengan budaya kesenian, lalu mengambil keputusan untuk memohon status kerakyatan di Malaysia. 
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas status yang dimilikinya kini, tetapi ada juga yang tidak berpuas hati kerana bagi mereka status kewargenegaraan yang dimilikinya terlalu mudah sedangkan orang lain terpaksa menunggu dengan begitu lama. 


Netizen turut mempersoalkan mengapa Adi Putra mengaitkan isu kewarganegaraannya dengan Petronas. Selain itu juga, netizen turut berseloroh dengan mengaitkan watak Jai yang dilakonkan oleh Adi Putra sebagai gangster sebenar  di dalam filem KL Gangster, bukannya gangster yang diimport dari negara luar.


Sumber 'Sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya' - Adi Putra

'Ini realiti sebenar pekerjaan' - Cabaran dapatkan kerja di masa akan datang

Sejajar dengan anjakan paradigma yang berlaku di seluruh dunia, isu teknologi menjadi aspek terpenting di dalam sesebuah negara. Kini, ramai yang mengeluh dengan isu pengangguran yang semakin tinggi ekoran daripada keperluan teknologi lebih diperlukan berbanding tenaga manusia.
Isu ini bukan sahaja membimbangkan pelajar lepasan universiti, malah para pelajar mula risau untuk mengambil subjek mana yang bersesuaian. Kita sedia maklum bahawa, akademik merupakan teras penting untuk kita mengejar peluang pekerjaan walaupun terpaksa bersaing secara sengit. 
Namun, berbekalkan akademik yang ada, kita perlu sentiasa mengubah kita menjadi seorang yang kental menghadapi apa jua rintangan yang ada di depan mata untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Keiken Talk sebelum ini telah menarik minat netizen dengan status beliau yang berkongsikan mengenai sikap masyarakat Jepun yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi walaupun ketika itu baru sahaja dilanda gempa bumi.
Kali ini, Keiken Talk memuat naik status mengenai perkongsian mereka yang membuka minda para pelajar sekolah mengenai kerjaya dan jati diri mereka. Perkongsian ini turut menyedarkan kita tentang belajar mengenai realiti kehidupan dan usaha yang berterusan.
MINGGU lepas di sebuah Sekolah Menengah Sains, kami diminta berkongsi topik kerjaya. Sebelum kami buat perkongsian, kami tanya dulu cikgu yang menjemput kami, adakah perlu kami jujur atau tidak? 
Jujur bermaksud cerita perkara sebenar yang berlaku seperti peluang pekerjaan. Tidak pula bermaksud bagi cerita kejayaan, suruh belajar rajin-rajin dan skor A. Tapi, cikgu sekolah tersebut minta kami berkongsi perkara sebenar yang berlaku dan ini yang sebenarnya kami nak. Maka kami mulakan sesi perkongsian dengan pelajar Tingkatan 5 dengan 1 hingga 2 soalan.
"Siapa nak jadi doktor, angkat tangan."
Maka beberapa pelajar angkat tangan dan kami tanya kenapa. Selepas mereka beritahu sebab, kami pun beritahu;
"Awak tahu tak, kebanyakan doktor yang habis Housemanship tahun ini berkerja secara kontrak di hospital kerajaan. Maksud kontrak, kerajaan boleh buang awak pada bila-bila masa dan lagi tak best, biasanya pekerja kontrak gajinya mahal tapi awak dapat gaji yang biasa seperti doktor yang berkerja tetap."
Mereka terkesima. Kemudian, kami tanya soalan seterusnya, siapa nak jadi Engineer? Seperti tadi, beberapa orang angkat tangan dan kami tanya kenapa. Selepas itu kami bawa  satu pendapat;
"Dulu, ketika robot mula diciptakan, orang bergaduh pendapat. Ada yang kata, kalau robot ganti kerja manusia seperti packaging produk, habis itu manusia nak buat kerja apa? Masa itu, orang kata manusia buat robot. Tapi tengok sekarang, yang buat robot itu pun robot! Yang control hanya seorang dua Engineer, yang lain nak kerja apa?
"Ini tahun 2018 dan awak berumur 17 tahun. Realiti peluang pekerjaan adalah seperti ini dan bagaimana nasib awak pada umur 23 tahun nanti?"
Sekali lagi dewan diam membisu. Kemudian kami mula mengangkat semula muka para pelajar yang seperti sudah hilang harapan. Tahukah para pelajar sekalian, 10 tahun lepas tiada sesiapa pun terfikir dengan main game boleh buat duit dan menjadi kaya-raya? 10 tahun lepas, tak ada sesiapa pun terbayang upload video di YouTube boleh menjadi jutawan dan hidup senang-lenang?
Asasnya, pekerjaan manusia sentiasa berubah. Zaman dulu, memburu binatang jadi satu pekerjaan tetapi sekarang pemburuan bertukar menjadi penternakan. 
Tapi hakikatnya, ada sesuatu yang tak berubah iaitu diri kita. Tidak salah mengimpikan jadi doktor walaupun tahu di masa hadapan mungkin manusia tidak akan menggunakan khidmat doktor lagi. Tak salah mengimpikan diri itu menjadi engineer walaupun tahu di masa hadapan mungkin orang tak pandang pun engineer. 
Ingat pesan Rasulullah. Baginda bersabda; 
"Andai kamu tahu esok kiamat dan di tangan kamu ada benih kurma, tanam!" 
Maksudnya, walaupun kita tahu apa yang kita nak usaha itu pasti hancur, tapi kita masih ada peluang untuk berusaha,usaha! Jangan hilang semangat. Jadi, untuk masa ini, laburkan nilai pada diri sendiri yang mana nilai itu SAH pada mana-mana zaman. 
Kami tekankan 3 perkara yang penting untuk hidup di masa akan datang iaitu:
  • Jati diri dan prinsip hidup.

Orang yang hebat, dia ada jati dirinya. Walau keadaan berubah, dia tidak berubah. Hatinya kental.  Bagaimana membina jati diri? Hanya dengan mengenal tujuan hidup. Bagaimana mengenal tujuan hidup? Hanya dengan cara mengenal Tuhan.
  • Soft Skill
Zaman persekolahan ialah zaman di mana satu-satunya waktu yang kita tidak akan dimarah dan dibuang jika kita buat salah. 
Kami kata,"Tahukah adik-adik bahawa adik-adik ialah kumpulan manusia yang paling gembira sekarang? Kenapa? Sebab adik-adik tidak perlu fikir mana nak cari duit untuk makan lepas ini."
Guna peluang di sekolah dengan sepenuh-penuhnya. Belajar bercakap, menulis dan berkawan. Semua ilmu ini tidak akan berubah walaupun keadaan berubah. Walaupun manusia sakit dan ketika itu yang rawat ialah doktor, kita masih perlukan kawan untuk bercakap dan bersembang. Gilap Soft Skill.
  • Ilmu kehidupan iaitu belajar

Bukan belajar untuk SPM sahaja tapi belajar juga dari alam. Belajar bagaimana kawan kita berjaya, bagaimana kita gagal. Belajar bagaimana cikgu boleh buat itu kita tak boleh. Belajar bagaimana kereta bergerak. Belajar, belajar, belajar dan terus belajar! 
Tukar cara kita melihat kehidupan. Jangan lihat dengan mata yang biasa sebaliknya pakai kaca mata 'curiosity'. Namun, jaga batas.
Dan sesi perkongsian kali ini kami matikan sekali lagi dengan hadis di atas supaya adik-adik terus maju ke depan. Ingat, walau dunia sentiasa berubah, ada satu perkara yang kita boleh kawal iaitu diri kita. Jangan salahkan takdir kita dilahirkan bila, dilahirkan lelaki atau perempuan tapi terima hakikat dan berusaha ke hadapan!
Jika ada sekolah-sekolah ingin memanggil kami berkongsi pengalaman atau motivasi kepada pelajar, boleh PM kami. Tiada bayaran akan dikenakan. Kenapa kami buat ini secara percuma? Sebab kami yakin, untuk menjadikan rakyat Malaysia mempunyai budaya-budaya positif seperti di Jepun dan cara yang paling senang ialah dengan membina anak-anak muda.


Sumber 'Ini realiti sebenar pekerjaan' - Cabaran dapatkan kerja di masa akan datang

'Please bring back Uber in Malaysia' - Netizen

Baru 21 hari perkhidmatan Uber dihentikan secara rasmi pada 8 April lalu, namun di media sosial semalam ada netizen yang mahukan perkhidmatan Uber dikembalikan. 
Tweet yang dimuat naik Umar Hafiz itu mendapat banyak reaksi netizen dan dikicau semula 3,709. 
Ramai yang mengadu kadar tambang yang dikenakan oleh Grab terlalu mahal berbanding Uber. Meskipun ada segelintir netizen yang menyarankan perkhidmatan My Car, namun ia belum mampu menawan hati pengguna. 
"Kan! Grab overly mahal for me. Dulu Uber from my house to my mom's workplace RM10 saja. Ubar RM15," - @Ana
"Lemme recommend MyCar bro. Semua ex driver Uber ke sini. Only the development of the apps kureng sikit. Location pin point way accurate than Grab and mostly Malaysian oriented services. Also #SapotLokal" - @ariff_balang
"Tapi mycar mahal. Haritu aku guna from campus nak pergi KTM sampai RM10. Grab hanya RM5. 
Bagi @AizalFazly, Uber menggunakan sistem seperti perkhidmatan teksi di mana jika jalan raya sesak atau mengikut jalan jauh, penumpang akan dikenakan caj tambahan. Berbeza dengan Grab yang sudah menetapkan harga tetap dan jika ada penambahan pun, caj tol sahaja. 
Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan pandangannya @AizalFazly. 
"Uber already adopted the fixed price system. You're missing the bigger picture here. No competition = Monopoly = higher prices. We want Uber back because competition was what was driving the price down and bringing promos," - @sooohaib
"Agree! Kalau aku minister of transportation, aku akan wujudkan balik Uber tu. Makin lama makin complicated duk Malaysia ni," - @TheHawaJaafar


Sumber 'Please bring back Uber in Malaysia' - Netizen

'Diorang tak sihat, cium-cium anak saya dan 3 4 hari kemudian anak dah tak bernyawa'

Sebelum ini, kisah adik Awisy mendapat perhatian ramai setelah tular di media sosial kerana terkena jangkitan kuman pada lutut dan paru-paru. Awisy mendapat jangkitan ini  melalui pelawat yang tidak sihat mencium Awisy.  
Awisy kini melalui proses penyembuhan dari penyakitnya. Ibu kepada Awisy turut menasihati ibu-ibu di luar sana supaya tidak mudah membiarkan orang lain yang mempunyai penyakit mendekati bayi mereka. 
Semenjak kisah adik Awisy ini tular, ramai ibu bapa yang tampil berkongsikan kisah yang mereka alami semasa bayi mereka masih kecil. 
Seorang selebriti, Farahanim Razak berkongsikan di Instastory beliau mengenai pelbagai kisah di sebalik kunjungan pelawat yang tidak sihat menziarahi bayi dan kesan ke atas bayi masing-masing. 
Rata-rata mereka kesal dengan sikap masyarakat yang tidak memahami situasi ini. Walaupun sudah ditegur, masih lagi yang memegang dan mencium anak mereka. Kesudahannya anak mereka yang menanggung derita dan si ibu pula terpaksa berjaga siang dan malam memantau kesihatan anak.
Kisah seorang ibu ini pula mendakwa semasa anaknya berusia sebulan, ada seorang ibu yang datang melawat membawa anak-anak mereka. Ketika itu, anak-anak mereka batuk-batuk dan mencium bayinya. Ibu ini mengatakan ketika itu dia tidak tahu apa-apa mengenai jangkitan kerana baru sahaja bergelar seorang ibu.
Selepas beberapa hari, anaknya berkahak sehingga tak bernyawa. Anaknya dibawa ke hospital dan di bawa masuk ke zon kritikal. Keadaan anaknya ketika itu 50/50 antara selamat atau tidak. Dan anaknya juga diambil air tulang belakang.
Sementara itu juga, seorang ibu pula mengatakan semasa anaknya berusia tujuh bulan, anaknya terkena jangkitan di tekaknya akibat daripada dicium oleh saudara yang mengalami batuk teruk. Kesan daripada itu juga, anaknya muntah seperti air.
Bayinya baru menjengah usia 23 hari, tetapi telah dimasukkan ke hospital akibat terkena jangkitan demam melalui anak-anak saudaranya yang selalu mencium bayinya. Selama seminggu, anaknya diberikan dengan ubat antibiotik.





Kejadian demi kejadian seperti ini perlu dijadikan sebagai pengajaran dan panduan kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menyentuh bayi jika kesihatan kita tidak mengizinkan untuk berbuat demikian. Selain itu, kebersihan diri kita juga perlu dijaga sebelum menyentuh bayi. 
Sebagai ibu pula kita seharusnya bertegas dengan situasi ini. Walaupun kerana ketegasan kita itu kita bakal diperli atau diumpat, seharusnya kita bersyukur kita masih boleh menjaga anak-anak kita dengan sempurna.


Sumber 'Diorang tak sihat, cium-cium anak saya dan 3 4 hari kemudian anak dah tak bernyawa'