Sabtu, 31 Maret 2018

Pelakon Winter Sonata tunggu hingga umur 43 tahun untuk kahwin senyap-senyap

PELAKON cantik Choi Ji Woo, 43, yang sebelum ini cukup dikenali menerusi drama Korea popular, Winter Sonata dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia minggu lalu.

Difahamkan perkahwinan tersebut berlangsung di Seoul, Korea Selatan.

Biarpun sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang aktor popular, Ji Woon akhirnya memilih lelaki biasa sebagai pasangan hidupnya.

Berita perkahwinan  ini bukan  hanya mengejutkan para peminatnya, tetapi juga pihak pengurusannya YG Entertainment yang mengakui tidak mengetahui tentang majlis tersebut.

Bagaimanapun Ji Woo kemudiannya mengesahkan berita gembira itu menerusi perkongsian foto di laman media sosial miliknya.



Sumber Pelakon Winter Sonata tunggu hingga umur 43 tahun untuk kahwin senyap-senyap

Tak ada SPM pun boleh berjaya: Aiman Tino

BIARPUN sedang meraih populariti dan kerjaya seninya berjalan dengan lancar, penyanyi Aiman Tino tidak pernah menjadikan ia sebagai sesuatu yang menghalang hasratnya untuk sambung belajar.

“Saya memang nak sambung belajar dari dulu lagi, cuma sebelum ini kerjaya seni baru bermula dan saya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan rutin yang perlu dijalani.

“Alhamdulillah sekarang semua dah OK dan mungkin inilah waktu terbaik untuk saya ambil peluang sambung belajar sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini.

“Insya-ALLAH, saya akan sambung belajar dalam bidang perniagaan di salah sebuah kolej di Shah Alam pada tahun ini,” kata Aiman kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Aiman ketika diminta mengulas tentang pendirian penyanyi Ismail Izzani yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana beranggapan ia bukanlah penentu kejayaan seseorang, mengakui turut besetuju dengan pandangan tersebut.

“Saya akui SPM memang penting, terutamanya apabila kita nak melanjutkan pelajar ke peringkat lebih tinggi tetapi ia bukanlah kayu ukur atau penentu kejayaan dalam hidup seseorang selepas itu.

“Saya melihat contoh di depan mata di mana ada kalangan kawan-kawan saya tidak mempunyai SPM tetapi berjaya dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.

“Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha atau tahap kerajinan kita nak majukan diri dengan cara yang bagaimana,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Aiman tidak lama lagi bakal melancarkan produk minuman kesihatannya di bawah jenama Mano yang juga merupakan singkatan kepada namanya sendiri.

“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, produk minuman yang dikenali dengan nama Jus Mano ini akan dilancarkan pada 8 April ini.

“Sebenarnya ‘Mano’ adalah nama singkatan daripada nama saya sendiri iaitu Aiman Tino, namun apabila ia disebut oleh peminat-peminat cilik nama saya diringkaskan jadi Mano dan dari situlah saya dapat idea untuk menggunakan nama tersebut untuk produk jus saya nanti,” jelasnya.



Sumber Tak ada SPM pun boleh berjaya: Aiman Tino

I'm back! Arnold Schwarzenegger masih hidup

‘I’M BACK!’ itu kata-kata pertama yang terpacul dari mulut plakon aksi Arnold Schwarzenegger sebaik sedar selepas menjalani pembedahan jantung kecemasan di sebuah hospital di Los Angeles.

Menurut jurucakapnya, Daniel Ketchell, pelakon berusia 70 tahun itu berada dalam keadaan stabil 

Bekas Gabenor California itu menjalani pembedahan berkenaan bagi menukar salah satu injap jantungnya.

Pembedahan sama pernah dilalui Schwarzenegger 21 tahun lalu.

Menerusi bukunya "Total Recall: My Unbelievably True Life Story", Schwarzenegger merahsiakan pembedahan pada 1997 itu daripada pengetahuan isterinya Maria Shriver.

Dia sebaliknya memaklumkan kepada Shriver, sedang bercuti di Mexico.

Menurut Schwarzenegger, masalah jantung yang dialaminya adalah penyakit keturunan dan tidak ada kena mengena dengan penggunaan steroid.


Bekas jaguh bina badan ini bakal muncul dalam dua filem sekuel The Terminator dan Conan the Barbarian dalam tempoh dua tahun ini.

Kali terakhir Schwarzenegger tampil di khalayak umum adalah pada Rabu lalu sehari sebelum pembedahan berkenaan.

Dia dilihat meninggalkan Hotel Beverly Hills sambil menghisap cerut selepas makan tengahari bersama anak lelakinya, Patrick Schwarzenegger.



Sumber I'm back! Arnold Schwarzenegger masih hidup

Senyap-senyap muncul dalam Gotham, Shiva buat Malaysia bangga

PELAKON berpangkalan di New York, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34, telah membuat Malaysia bangga apabila berjaya mendapat peranan dalam siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham.

Pelakon kelahiran Lembah Klang itu memainkan watak Lelia, seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows, yang sangat setia kepada ajarannya.

Netizen mula riuh di sosial media apabila Shiva muncul membuat debutnya semalam dalam episod A Dark Knight: One Of My Three Soups, pada Jumaat.


Shiva merupakan lulusan Indiana University dan mengikuti kursus pasca siswazah di Columbia University, New York.

Dia yang kini berpangkalan di New York pernah terlibat dalam dua produksi teater dengan syarikat Next In Line Productions.

Di Malaysia, Shiva pernah muncul dalam drama teater 'After Juliet' dan 'Girls Malaysia' di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPaC).

Siri TV Gotham telah bersiaran sejak tahun 2014, dan dibintangi oleh nama-nama besar seperti Erin Richards, Ben McKenzie dan Donal Logue.

Ia berkisar kehidupan Bruce Wayne atau Batman di bandar Gotham ketika muda dan beberapa musuhnya termasuk Joker dan Penguin.



Sumber Senyap-senyap muncul dalam Gotham, Shiva buat Malaysia bangga

2,000 peserta program eKasih di Tuaran terima NJOI

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 peserta program eKasih di daerah Tuaran, Sabah, kini berpeluang menikmati rancangan terbaik dalam dan luar negara menerusi lebih 30 saluran TV serta 20 jenama radio apabila mereka memperoleh perkhidmatan TV satelit pecuma NJOI hari ini.

Majlis penyerahan dekoder itu dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, yang juga ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan disaksikan Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Yap.

Wilfred dalam ucapan perasmiannya berkata dengan saluran-saluran pendidikan NJOI, anak-anak muda -- terutamanya mereka daripada keluarga yang susah -- dapat memperkayakan ilmu pengetahuan masing-masing dengan lebih mudah.

“Ini sepadan dengan matlamat kerajaan untuk mendedahkan generasi muda kita kepada pengetahuan terkini melalui Pendidikan Digital.

“(Dan) dalam usaha menuju ke arah negara maju, sumbangan daripada pihak swasta amat penting selain membantu pihak kerajaan dalam usaha membangunkan negara,” kata Wilfred.

Dalam catatan yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Wilfred berkata beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada inisiatif Astro ini kerana ia dilihat dapat membantu meningkatkan akses pembelajaran kepada murid-murid daripada keluarga penerima.

NJOI eKasih merupakan sebahagian daripada aspirasi dan inisiatif Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua rakyat Malaysia. 

NJOI eKasih membekalkan set dekoder NJOI dan langganan bulanan percuma kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, David berkata Astro bercita-cita untuk terus menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti di negara ini.

“Untuk terus menyumbang ke arah pembangunan komuniti, Astro berharap agar program sebegini dapat diteruskan dalam membantu memastikan rakyat, khususnya, masyarakat Sabah mempunyai akses kepada maklumat yang terkini yang akan membantu dalam pembangunan masyarakat,” katanya.



Sumber 2,000 peserta program eKasih di Tuaran terima NJOI

'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi

GELUGOR: Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi kempen 'Kampus Bebas Denggi' kategori Universiti Awam (UA) menggerakkan pelajar dan kakitangannya untuk program gotong-royong untuk mencari dan memusnahkan habitat serta tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Bukan sahaja operasi pembersihan besar-besaran, tetapi penggunaan 'nyamuk gajah' menjadi alternatif paling berkesan sebagai langkah kawalan biologi di kampus berkonsepkan taman.

'Nyamuk gajah' merupakan spesis nyamuk yang tidak menghinggap, mengigit mahupun menghisap darah.

Ia merupakan nyamuk yang bersaiz lebih besar daripada nyamuk lain dan ia berfungsi sebagai pembunuh larva terutamanya dari jenis nyamuk Aedes.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif USM yang disertai ahli Pusat Sejahtera USM dengan kerjasama unit vektor dan kesihatan dalam memerangi demam denggi dalam kampus.

'Nyamuk gajah' menjadi salah satu kaedah kawalan biologi bagi memerangi demam Denggi - Foto Pusat Sejahtera USM


* Laporan disediakan Hafiz Meah Ghouse Meah, AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia.

** Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

*** AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia



Sumber 'Nyamuk Gajah' elak penyebaran demam denggi

Kesan Dunning-Kruger: Apa yang anda perlu tahu tentang 'bodoh sombong'?

PERNAHKAH anda berhadapan dengan seorang yang ‘syok sendiri’?

Misalnya, seseorang itu hanya memiliki gred C dalam ujian matematik, namun tetap mendabik dada bahawa dia mempunyai kemahiran matematik yang tinggi dan menafikan gred tersebut.

Lebih teruk lagi, dia berasa dirinya lebih hebat berbanding orang sekelilingnya.

Hal ini dapat disamakan bak pepatah orang Melayu: bodoh sombong.

Dari sudut psikologi, orang ‘bodoh sombong’ ini mengalami satu fenomena Kesan Dunning-Krugger (Dunning-Kruger Effect).

Maka, perlu kita fahami fenomena kejahilan atau ‘bodoh sombong’ ini agar kejahilan tersebut perlu ‘dirawat’ agar tidak ‘merebak’ kepada orang lain, kerana kesan Dunning-Kruger ini ibarat ‘kanser’ dalam peribadi manusia yang perlu kita sedari dalam diri kita sejak awal lagi.


Apa itu kesan Dunning-Kruger?

Kesan Dunning-Kruger adalah salah satu bias kognitif yang menjelaskan individu yang mempunyai keupayaan tahap rendah menderita keunggulan ilusi, iaitu seseorang menganggap dirinya mempunyai sifat atau kebolehan yang lebih tinggi, dan mengalami kekeliruan dalam menilai kemampuan kognitif mereka.

Dalam erti kata mudah, individu yang mengalami kesan Dunning-Kruger adalah orang yang jahil namun berasa dirinya lebih hebat daripada orang lain dan tidak menerima teguran orang lain akan kesilapan atau kekurangan yang dialami oleh orang tersebut.

Dapat difahami bahawa semakin jahil seseorang itu, semakin yakin bahawa dirinya adalah cerdik tanpa menyedari semakin banyak kesilapan dan kekurangan yang sebenarnya dimiliki.

Istilah ini dicipta pada tahun 1999 dalam penerbitan David Dunning dan Justin Kruger di Cornell University mengenai kajian psikologi bias kognitif manusia, juga menjelaskan bahawa individu yang mengalami sedemikian tidak mempunyai keupayaan untuk menilai kekurangan dalam kemampuan mereka sendiri.

Mereka ini juga tidak mampu menilai kecekapan atau ketidakcekapan mereka sendiri serta bukan sahaja melebih-lebihkan kemahiran mereka sendiri, malah juga tidak menyedari akan kemahiran orang lain yang lebih tinggi berbanding dirinya.

Dalam satu penyelidikan terhadap 600 peserta dengan ibu bapa dan anak-anak mereka, dalam tempoh 22 tahun daripada Universiti Michigan, mereka mendapati korelasi yang jelas antara tingkah laku agresif dan skor IQ yang lebih rendah serta ia dapat dikaitkan dengan kesan Dunning-Kruger tersebut.

Apakah ciri-ciri orang mengalami kesan Dunning-Kruger?

- Cenderung melebih-lebihkan tahap keupayaan atau kemahiran mereka sendiri

- Tidak mampu dan gagal mengiktiraf dan melihat keupayaan atau kemahiran orang lain

- Tidak tahu dan gagal mengenal pasti kekurangan dalam keupayaan dalam diri mereka

- Menolak sebarang kritikan walaupun ia bersifat konstruktif

- Cenderung menggunakan kemarahan dan tingkah laku yang agresif untuk menjamin kedudukan mereka

Memetik pesanan Confucius yang mengatakan 'pengetahuan yang sebenar adalah mengetahui kejahilan dirinya sendiri', kita seharusnya perlu muhasabah diri untuk sentiasa menilai sejauh manakah tahap kesedaran dalam diri kita di samping tidak cepat membuat perbandingan dengan orang lain.

Oleh itu, seperti yang dikatakan oleh ahli falsafah Greek, Socrates yang mengatakan 'kebijaksanaan yang sebenar adalah apabila kita mengetahui bahawa kita tidak tahu langsung', kita jangan cepat mendongak ke langit lebih tinggi sebelum tunduk untuk memandang bumi.



Sumber Kesan Dunning-Kruger: Apa yang anda perlu tahu tentang 'bodoh sombong'?

7 sentuhan ini mungkin dapat dekatkan anda kepada suami

TAHUKAH anda, sentuhan mampu memberikan kesan psikologi yang kuat kepada mana-mana individu?

Dari segi komunikasi, ia dikatakan boleh menyampaikan maklumat yang tidak dapat ditafsir melalui kata-kata dan boleh memberi kesan kepada tindakan serta perilaku pasangan.

Bagi pasangan yang berkahwin, sentuhan mungkin dapat mendekatkan lagi hubungan sekali gus menyemarakkan perasaan melalui cara yang tidak perlu dijelaskan menerusi kata-kata.

Berikut ialah tujuh tempat sentuhan yang didambakan lelaki:

Muka

Lelaki suka sekiranya pasangan menyentuh muka mereka. Ini merupakan bahagian badan yang paling disukai lelaki berbanding organ badan yang lain.

Belakang badan

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh yourtango.com, ia menyebut lelaki sangat suka sekiranya bahagian belakangnya digaru terutamanya di bahagian bawah belakang badan.

Belakang leher

Siapa yang tidak suka lehernya diurut? Urutan dan sentuhan belakang leher mampu membantu pasangan berasa tenang.

Lutut

Majalah Cosmopolitan menyebut sentuhan pada lutut pasangan membantu pasangan berada dekat, serta membantu pasangan kembali berdamai terutamanya apabila berlaku pergaduhan.

"Lutut ialah bahagian badan yang neutral," kata Dr David Givens dari Pusat Kajian Tanpa Lisan, Amerika Syarikat.

Telinga

Sentuhan di telinga lelaki dapat membantu pasangan lebih tenang serta memulihkan mood pasangan.

Bahu

Meletakkan tangan anda di atas bahu suami boleh membantu anda mendapatkan perhatian penuh suami.

Tangan

Ada sesuatu yang unik mengenai sentuhan pada tangan, ia boleh memberi isyarat perkenalan dan persahabatan.

Tetapi awas! Ia juga boleh merangsang nafsu seks pasangan anda.



Sumber 7 sentuhan ini mungkin dapat dekatkan anda kepada suami

'Bukan mudah jaga anak autisme' - Ini luahan Iman Wan

KUALA LUMPUR : Setiap pasangan pasti berdepan dengan pelbagai cabaran berat untuk membentuk anak-anak agar menjadi insan yang disegani dan dihormati.

Bagi keluarga Iman Wan Tuck Meng, 52, dan Norhaida Hasan, 45, mereka berdepan dengan cabaran yang lebih berat apabila mereka perlu membesarkan dan mendidik anak autisme.

Secara umum, penghidap autisme atau masalah spekrum autistik (ASD) mempunyai masalah perkembangan neuropsikologi yang mengehadkan keupayaan mereka untuk berkomunikasi dan secara tidak langsung membantutkan tumbesaran mereka.

Namun, bagi Iman Wan, penyakit itu bukanlah penghalang untuk dia membesarkan Adam Wan Mun Yu, 16, bagai menatang minyak yang penuh.

Sumber: Instagram/@adamsautismfamily

Menurut Iman Wan, Adam disahkan menghidap ASD dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak Adam berusia dua tahun enam bulan.

"Selepas dua tahun Adam disahkan menghidap autisme, sejak itu kami mula merasakan perubahan dalam rutin harian kami. Kami mula rasa tertekan untuk berdepan dengan dugaan yang kami hadapi.


"Apa yang saya dan isteri impikan sejurus selepas kami berkahwin tidak sama dengan apa yang terjadi selepas Adam dilahirkan. Kami terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Adam kerana tiada yang sanggup untuk menjaganya.

"Bukan kami berdua sahaja, tetapi dua orang anak perempuan kami, Arena dan Ara terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam proses penjagaan Adam," luahnya ketika ditemui Astro AWANI.

Sumber: Instagram/@adamsautismfamily

Anak istimewa ini mula dikenali ramai apabila bapanya tidak segan untuk mendedahkan kepada umum tentang keadaannya melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kebanyakan posting yang dikongsi menunjukkan cabaran meltdown yang dihadapi keluarga ini dalam kehidupan seharian mereka.

Meltdown merupakan terma yang digunakan untuk gambarkan keadaan anak autisme yang tidak dapat mengawal dirinya.


Bagi Iman Wan, perkongsian tentang keadaan Adam di media sosial memang bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai.

"Saya mahu tarik perhatian umum dengan menggunakan media sosial untuk memberi pendedahan tentang apa itu autisme dan bagaimana anak-anak ini berkelakuan dalam kehidupan seharian.

"Sebelum mendedahkan di IG, saya memang dah bersedia dengan apa yang akan dikatakan oleh umum. Banyak teguran dan nasihat yang saya dapat dan saya akan cuba untuk perbaiki apa yang saya mampu.

"Persepsi masyarakat atau teguran memang dah jadi satu lumrah buat saya. Saya cuma mahu mereka faham dan apabila mereka faham, barulah kita dapat mendidik mereka tentang apa itu sebenarnya autisme.


"Jika tiada pendedahan sebegini, sampai bila-bila masyarakat kita tidak tahu tentang apa yang dilalui oleh mereka yang menghidap dan berdepan dengan penyakit ini," jelasnya.

Sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun, Iman Wan mewakili ibu bapa yang mempunyai zuriat istimewa ini mahu masyarakat lebih peka tentang keadaan anak mereka.

Walaupun anak-anak ini mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti manusia biasa, namun setiap daripada mereka mempunyai simptom yang berbeza.

Sebagai masyarakat, kita tidak sepatutnya menghakimi mereka atau menunding jari terhadap ibu bapa anak istimewa ini kerana kita tidak berada di tempatnya.



Sumber 'Bukan mudah jaga anak autisme' - Ini luahan Iman Wan

Misteri Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

“Semua orang cakap yang saya kecewa dengan Kevin Morais. Apa bukti yang korang semua ada? Tunjukkan bukti kepada saya? Pernah ke saya ugut sesiapa sebelum ni? Tak pernah!!!”

Konspirasi dan pembunuhan selalu sangat berlaku kat Malaysia sekarang ni. Bukan satu je kes pembunuhan kejam macam ni pernah berlaku, tapi ada berpuluh lagi kes berprofil tinggi yang kami akan bincangkan dalam siri jenayah baru ini. Untuk kes yang pertama dalam siri ni, kami akan bongkarkan tentang pembunuhan kejam Kevin Morais.

Bagi yang dah lupa siapa Morais dan apa yang menimpanya dulu, ini kami ceritakan semula kronologi kes pembunuhan ngeri yang menimpa Kevin Morais pada tahun 2015. 

1. Siapa Kevin Morais?

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Datuk Anthony Kevin Morais ni bukan calang-calang orang sebenarnya. Dilahirkan pada 22 Mac 1960, Morais bertugas sebagai Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara dan SPRM. Morais meninggal masa dia berusia 55 tahun dan dia jugak ada dua orang adik beradik bernama Richard dan Charles.

2. Morais diculik?

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

4 September 2015

Kehilangan Morais ni mula mendapat perhatian media bila dia diculik pada  lepas keluar dari rumahnya dekat Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas dalam jam 9 pagi macam tu masa nak pergi kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. In between jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais yang dikenali sebagai Davveen cuba hubungi telefon bimbit dia tapi gagal. Setiausaha Morais jugak ada bagitahu yang bosnya tak datang ke pejabat.

5 September 2015

Sehari lepas tu, Proton Perdana versi Honda Accord dah dijumpai tanpa nombor enjin dan casis dekat kawasan Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang, Perak. Keadaan kereta tu pelik jugaklah sebab dah dirosakkan dan hangus terbakar. Yang lagi aneh, kereta tu adalah kereta sama Morais pakai pada hari dia hilang.

Pada hari yang sama, Davveen call abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais nak bagitahu adiknya dah hilang dan report polis dah dibuat pasal hal tu dekat Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang.

6 September 2015

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Keesokan harinya, polis mintak bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk kenal pasti kereta yang dijumpa terbakar tu milik siapa.

9 September 2015

Tup-tup lepas tiga hari, ada orang sebar fitnah kata mayat Morais dah dijumpai kat Sungai Klang. Tapi polis cepat-cepat nafikan benda tu dan confirmkan yang Morais memang diculik lepas dorang check CCTV sepanjang jalan yang Morais guna.

14 September 2015

Ketua Polis Negara berkata, rakaman CCTV yang dorang dapat tu jelas tunjukkan Morais ni dilarikan lima orang suspek dan kereta tu pulak dah dihalang sebuah kereta lain yang berhenti tepi jalan. Penjenayah tu semua tarik Morais masuk dalam kereta suspek dan kereta Morais pun dilarikan dorang jugak.

3. Penemuan mayat dalam tong dram

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Morais masih tak dijumpai sampailah pada 16 September 2015, polis jumpa sebuah tong konkrit dekat Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1. Mayat Morais dijumpai pun sebab beberapa suspek utama buat pengakuan dan mereka semua ni ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara.

Tong tu menurut Berita Harian, dah disorok dalam kawasan semak dan dorang berjaya keluarkan tong tu dalam jam 8 pagi. Dalam masa beberapa jam je, polis terus umumkan yang memang dalam tong dram tu ada mayat Morais! Ngeri! 

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

4. Siapa yang dituduh bunuh Morais?

Ada enam orang yang kena tuduh bunuh Morais dengan salah seorang dari suspek ni merupakan doktor tentera yang katanya turut bersubahat membunuh mangsa. Suspek-suspeknya ialah:

1. Gunasekaran Govindan, 47 
2. Dinishwaran Raman, 23
3. Thinesh Kumar Ashok Kumar, 22
4. Vishwanath Sasikaran, 22
5. Ravi Chandran Subramaniam, 44
6. Dr Kunaseegaran Ragavanaidu, 52

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Macam kes berprofil tinggi yang lain, kes Morais ni pun boleh tahan sensasi jugak. Baru hari pertama perbicaraan, Dr Kunaseegaran yang dituduh tu dikatakan dah menjerit dalam mahkamah. Semua ni berlaku masa Kunaseegaran ditanya betul ke dia membunuh Morais sebab dendam peguam tu pernah handle kes rasuah yang melibatkan dia tak lama dulu.

“Semua orang cakap yang saya kecewa dengan Kevin Morais. Apa bukti yang korang semua ada? Tunjukkan bukti kepada saya? Pernah ke saya ugut sesiapa sebelum ni? Tak pernah!!!” jerit doktor patologi tu.

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Malah tertuduh yang ketiga, Dinishwaran Raman pun mengaku tak bersalah walaupun dia menyerah diri lepas tengok gambar dia tersebar luas kat newspaper dengan tuduhan bunuh Morais. Tapi Dinishwaran mengaku yang memang dia ada jumpa dengan lima orang suspek lain sebelum ni kat restoran. Dorang hanya bincang pasal hal jual beli kereta.

5. Motif pembunuhan

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Walaupun kes dalam perbicaraan mahkamah lagi, pihak polis percaya yang motif rasmi pembunuhan Kevin ni disebabkan dendam. Morais yang orang kenal sebagai peguam yang handal ni ada handle satu kes rasuah yang libatkan Kunaseegaran yang macam kami terangkan kat atas tu. Dan memang doktor ni jugak salah satu daripada suspek utama pembunuhan. Kalau tak betul kenapa nak marah kan??

Walaupun ada lah ura-ura yang cakap Morais ni dibunuh sebab terlibat dalam siasatan 1MDB, tapi pihak polis tolak dakwaan tu dan cakap semua ni khabar angin je. Pun macam tu, adik Morais, Charles masih jugak percaya yang abang dia ni dibunuh kerana tahu banyak perkara atau ‘rahsia’ pasal orang yang berkuasa.

6. Apa yang sebenarnya berlaku?

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Selepas bertahun berlalu, Gunasekaran, Ravi Chandaran, Nimalan, Vishwanath, Thinesh Kumar, Dinishwaran, dan Dr. Kunaseegaran sekarang sedang jalani hukuman penjara yang sepatutnya.

Menerusi perbicaraan mahkamah, suspek ceritakan semula apa yang berlaku. Ia bermula pada 4 September 2015, bila Ravi Chandaran ajak Gunasekaran pungut wang daripada Morais. Dorang jugak cadang untuk culik Morais sebelum mangsa sampai ke pejabat guna kereta Gunasekaran.

Dorang ikut kereta Morais dan culik mangsa bila dia berhenti tepi jalan. Dalam hari yang sama, Gunasekaran beli tong dram dan angkat simen masuk dalam tong yang dah memang diisi mayat Morais dalam guni. Gunasekaran yang memang rapat dengan Dr Kunaseegaran bagitahu yang dia rasa pelik bila nampak guni tu.

Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

Dulu Dr Kunaseegaran pernah jugak luahkan masalah berkaitan Morais kat Gunasekaran yang dikatakan menyusahkan dia. Tapi bila Gunasekaran bagitahu Dr Kunaseegaran tentang hal guni tu, doktor ni relax je dan senyum mintak dia jangan masuk campur.

Ingat tak bila Dinishwaran bagitahu yang dia memang kenal semua suspek dan pernah jumpa dorang kat restoran? Benda ni berlaku sehari sebelum Morais dibunuh! Bingo!

Walaupun sebahagian daripada suspek dah jalani hukuman penjara, kes ni masih dibicarakan lagi di mahkamah lepas semua suspek diminta untuk membela diri. So kita tunggu jelah akhir kes ni.

Semoga kes ni dapat diselesaikan dengan adil dan keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini.

Sumber: lobakmerah.com



Sumber Misteri Pembunuhan Kejam Kevin Morais Pada Tahun 2015, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

“Tudung ultraman, Tudung bunga kembang atas kepala, Tudung pocong, Tudung gaya Melly Goeslow, Tudung 10 kali lilit, Tudung bertingkat-tingkat, Tudung Darth Vader, Tudung zip tutup muka, Tudung Kool Fever, Tudung gaya macam rambut.”

Memang tak dinafikanlah, gadis-gadis yang berhijab zaman sekarang ni antara wanita yang paling stailo dan mendapat perhatian ramai di media sosial dengan gaya hijab mereka yang unik.

Iye memang betul semua orang boleh pakai tudung jenis macam mana yang dorang nak sebab tu pilihan dorang kan? Tapi… tak semua fesyen tudung yang tengah hot sekarang ni sesuai digayakan oleh semua orang. Ada yang pelik gila sampai korang secara tak sengaja terkutuk pulak yang pakai tudung macam ni. Untuk elakkan korang jadi bahan mengata orang lain, ini kami senaraikan sembilan trend tudung yang orang Malaysia patut stop pakai tahun 2018 ini. 

1. Tudung gaya macam rambut

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Kami tahu korang rindukan zaman free hair korang. Tapi tolonglah stop pakai tudung jenis macam ni… Dah lah korang terpaksa ambik banyak masa untuk shape kain shawl tu jadi macam rambut. Lepas tu korang ‘terpaksa’ dedahkan dada (aurat tu wei!) gara-gara tak cukup kain shawl nak tutup bahagian tu. Tudung jenis apa ni? 

2. Tudung Kool Fever

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Cara penggayaan tudung jenis macam ni pernah keluar dalam satu majalah terkenal satu masa dulu. Memang nampak macam senang nak pakai dan manis je sebab tutup aurat semua. Tapi bila tengok kali kedua, dah macam pakai Kool Fever pulak dekat dahi! Opps! Sudahlah kena guna dua jenis shawl kalau nak pakai gaya macam ni. Kalau korang jenis pemalas nak lilit dan pergi tempat yang panas, kami nasihatkan anda jangan cuba gaya ni.

3. Tudung zip tutup muka

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Tak lama dulu, ada sorang artis terkenal ni lancarkan tudung style macam ni. Katanya kalau nak tidur senang sikit. Korang terus tarik zip, pastu tutup muka korang tu. Tapi bahaya pulak kalau terzip sekali dengan kulit muka. Tragedi beb! 

4. Tudung Darth Vader

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Pernah tengok Star Wars? Kenal Darth Vader? Gaya tudung macam ni pernah femes sekejap bila ada sorang artis tu pakai kat red carpet dulu. Tapi yang tak bestnya, tudung ni serkup kepala macam pakai hoodie. Lepas tu bahagian leher confirm lah terdedah. Tolonglah jangan pakai style yang dedah-dedahkan aurat ni! Ramai yang standby nak kecam nanti.

5. Tudung bertingkat-tingkat

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Ehem! Admin tak nak lah sebut ni tudung dari jenama mana tapi satu masa dulu tudung jenis ni femes sangat. Ada makcik-makcik sampai sanggup tidur tepi kedai semata-mata nak borong tudung ni. Wow! Tapi kalau korang tanya remaja zaman sekarang sama ada dorang nak pakai ke tak tudung bertingkat ni, dorang mesti cakap no! Sebabnya warna tudung ni striking habis, pastu kain dia bertingkat-tingkat sampai boleh buat korang rimas. Ada yang cakap gaya tudung ni macam kampung sikit. Ye ke??

6. Tudung 10 kali lilit

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Kami tahu korang memang ada banyak masa dan effort untuk melilit tudung sampai 10 kali. Tapi korang tak rasa ke pakai style macam ni ambik masa yang lama sebab kena ikut banyak steps. Lepas tu dekat 20 jenis pin korang kena selit kat shawl tu untuk elak kain bergerak. Tak ke seksa bila nak buka balik lilitan untuk ambil wuduk, lepas solat kena lilit balik pulak tu adoi. Kan pakai tudung simple dengan satu, dua lilitan tu mudah? Lilit-lilit kang terbelit leher baru tau!

7. Tudung gaya Melly Goeslow

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Siapa tak kenal Melly Goeslow, penyanyi dan pencipta lagu dari Indonesia? Kalau korang perasan, tudung dari Melly ni memang extravagant sikit dari tudung-tudung yang kita biasa tengok kan. Kalau dia yang pakai takpelah, sebab dia artis dan rajin buat show. Tapi korang kat luar tu janganlah tiru gaya dia ni. Tak sesuai langsung! Mau terkejut bakal mak mertua korang kalau tengok nanti!

8. Tudung pocong

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Gaya pelik-pelik macam ni selalunya korang akan perasan ia datang dari negara seberang. Tapi yang tak bestnya ramai pulak orang kita yang nak mengikut fesyen scary macam ni. Baguslah pakai tudung macam ni sebab mengingatkan kita akan kematian. Tapi… cuba kalau korang pakai waktu malam, habis semua orang lari sebab ingat korang jadi pocong. Nak nak pulak tudung tu warna putih. Lintang pukang orang lari!

9. Tudung bunga kembang atas kepala

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Sorry hijabisters kalau kami cakap korang yang pakai tudung macam ni memang out of style betul! Kami tahu korang nak nampak trendy dan lain dari lain sambil tonjolkan girlish side korang yang ala-ala budak sekolah darjah dua tu. Tapi tak rasa berat ke letakkan bunga atas kepala? Tersenget kepala tu nanti sebab nak kena balance dengan bunga yang ada dua tiga kuntum atas kepala! Huhu!

10. Tudung Ultraman dan Tudung pelik-pelik sampai menjadi bahan ejekan

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Orang pakai tudung ni, motif utama dia adalah menutup aurat. Jadi, kalo korang pakai tudung ultraman contohnya, memang betul dah tutup aurat. Tapi, jika ia bakal membuatkan anda menjadi bahan ejekan dan gurauan orang lain, takyah la pakai. Bikin malu je!

10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Kesimpulan

Bagi kami, tudung yang sweet dan mudah dipakai oleh semua wanita ialah tudung bawal. Mana-mana lelaki pun mesti jatuh cinta kalau tengok perempuan pakai tudung macam ni. Apa-apapun korang boleh je pakai gaya tudung macam mana korang nak. Yang penting jangan terlalu over!

Ingat! Less is more tau! 

Sumber: lobakmerah.com


Sumber 10 Trend Tudung Yang Wanita di Malaysia Patut STOP Pakai Pada Tahun 2018

Gangguan bekalan air di Pekan 5 April, 6,561 pengguna diminta simpan bekalan air

Kira-kira 6,561 pengguna akan mengalami gangguan bekalan air di Pekan, Pahang, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Chini, lapor Sinar Harian. 
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, kerja-kerja penyelenggaraan itu akan mula dijalankan pada jam 9 pagi sehingga jam 8 malam pada 5 April ini. 
Antara kawasan yang terjejas ialah seluruh Felda Chini dan Chini Timur, Bandar 02, Kampung Gumum, Kampung Batu Balik, Air Hitam dan Kampung Paloh Hinai. 
"Beberapa kampung lain seperti Kampung Pulau Rumput; Kampung Padang Rumbia, Kampung Temal, Kampung Bangkong, Kampung Tebas Buang, Kampung Arong, Kampung Wah-Wah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN ) dan Pelancongan Tasik Chini turut terjejas," katanya. 
Sehubungan itu, beliau menasihatkan para pengguna di kawasan-kawasan yang terlibat menyimpan bekalan air yang mencukupi sebagai langkah persediaan awal bagi menghadapi gangguan bekalan air sepanjang tempoh tersebut. 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999.


Sumber Gangguan bekalan air di Pekan 5 April, 6,561 pengguna diminta simpan bekalan air

'Banyak kebaikan Vaseline' - 29 tips cantik bajet guna produk ini

Banyak kebaikan rupanya produk Vaseline ini. Selama ini ingatkan ia untuk melembutkan bibir saja, namun menurut wanita ini, banyak fungsi Vaseline ini bagi golongan wanita untuk berhias secara 'bajet' khususnya golongan student. 
HI korang. I nak share 29 kebaikan Vaseline ini, murah dan jimat. Ini tips cantik bajet untuk student. 
1. BULU MATA
Sapukan sedikit pada bulu mata sebelum masuk tidur. Buat setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah panjang bulu mata. 
Nak kaki lembut seperti bayi, sapu setiap hari sebelum tidur dan selepas itu pakai stokin. Esok bila bangun, kaki lembut kalah baby. 
Siku hitam atau kering, sapu benda ini setiap hari dan lama kelamaan hilang hitam dan kulit tak akan kering. 
Nak kuku cantik, sapu Vaseline ini pada cuticles. Sapu tiga kali sehari untuk mendapatkan kelembutan dan kecantikan pada cuticles anda. 
Nak bibir lembut dan tak kering, sapukan Vaseline ini setiap malam sebelum tidur. Menjadi guys! Nak pakai lipstick pun senang. 
6. LIP GLOSS
Tak ada bajet beli lip gloss, guna saja Vaseline ini. 
7. MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Nak minyak wangi tahan lama, sebelum sembur minyak wangi itu, pakai dulu Vaseline di tangan, leher dan kemudian baru sembur. Tahan lama bau perfume itu nanti. 
8. SEBAGAI PELEMBAP JERAWAT
Sapukan Vaseline di jerawat dan nanti boleh kecutkan jerawat.
9. PELEMBAP MUKA
Muka kering, boleh letak Vaseline ini. Jimat duit. 
10 LUTUT HITAM
Haa, ada masalah lutut kering atau hitam, boleh juga letak Vaseline ini. 
11. SCRUB BADAN
Campur dengan garam laut scrub badan yang 10 tahun tak scrub itu. 
12. SAPUKAN PADA GIGI
Boleh letak di gigi supaya gigi tak kering melekat di mulut, nak senyum pun susah. Selain itu elak gincu yang mahal melekat pada gigi. 
13. PELINCIR MENGURUT
Haa, nak urut abah ke, mak ke, suami ke, campur Vaseline dengan minyak dan selepas itu urutlah lama mana nak pun. 
14. KRIM MALAM
Buat krim malam, panaskan biar cair dan selepas itu pakai di muka sebelum tidur. 
15. MAKE UP REMOVER
Bawa Vaseline dan letak dalam beg. Masa nak buang make up, ambil Vaseline ini dan sapu di muka. 
16. ELAK KULIT MUKA KERING
Pakai di muka ketika waktu panas, baru tak kering. 
17. SAPU DI PIPI, nak bagi nampak glowing gitu. 
18. Blusher
Ambil lipstick dan campur dengan Vaseline dan sapu di pipi jadikan blusher. Jimat duit lagi. 
19. PELINCIR UNTUK MENANGGALKAN CINCIN
20. MENCANTIKKAN KENING
21. BULU MATA LEBIH BERKILAT DAN KALIS AIR.
22. PADA BAWAH MATA
Sapu bawah eye shadow untuk nampak bersinar-sinar gitu. 
23. MERAWAT KULIT SELEPAS BERCUKUR
Selepas cukur segala bulu itu, sapu Vaseline ini baru tak rasa kering kulit itu. 
24. RAWATAN KUKU
25. MENGHILANGKAN GARIS KULIT KERING
26. MEMUDAHKAN UNTUK MEMAKAI ANTING-ANTING
27. BESARKAN PAYU****
Letak setiap hari sebelum masuk tidur. 
28. NAK PAKAI INAI MACAM RED CILI ITU, LETAK VASELINE DI TEPI KUKU, BARU TAK MELEKAT PADA KULIT. 
29. MELEMBABKAN RAMBUT
Yang nak rambut lebat tak bercabang boleh sapu di hujung rambut. Boleh juga sapu di rambut baby biar lebat. 
Actually ada banyak lagi kebaikan Vaseline ini tetapi I cuma senaraikan 29 tips sahaja. Kalau ada tips lain yang korang nak share, bolehlah share. 


Sumber 'Banyak kebaikan Vaseline' - 29 tips cantik bajet guna produk ini

Rakyat akan terasa beban jika GST dimansuhkan

Rakyat Malaysia akan berdepan dengan tiga kesan buruk sekiranya pelaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuh, kata Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler, lapor Berita Harian.
Tiga kesan berkenaan termasuk kenaikan cukai, meningkatkan kadar hutang negara (defisit) atau terpaksa mengurangkan perbelanjaan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan negara. 
Menurut Kenneth, jika situasi itu berlaku, tiga langkah berkenaan terpaksa dilakukan bagi memastikan hasil negara tidak terjejas. 
"Sama ada realistik atau tidak (langkah berkenaan) ia mungkin satu langkah drastik walaupun sebelum ini ia tidak pernah dibuat.
"Memang GST hanya baharu dilaksanakan bermula tiga tahun lalu di Malaysia, tetapi apa yang dapat dipastikan daripada pelaksanaannya, ia memberi sumber pendapatan kepada negara ini," katanya.


Sumber Rakyat akan terasa beban jika GST dimansuhkan

'Belanja dapur, bil-bil semua (RM1,200) suami yang bayar, tak perlulah bermasam muka' - Isteri buat suami jadi hamba abdi untuk keluarganya

Ada yang kata kisah ini hanya rekaan, tetapi pemilik laman Kisah Rumah Tangga menafikan dakwaan itu. Kisah seorang isteri yang memperlakukan suaminya seperti hamba abdi untuk keluarganya. Suami yang dahulunya baik, kini menjadi panas baran gara-gara sikap isterinya yang mementingkan keluarganya sehingga menyebabkan suaminya terasa beban. 
Hanya dengan gaji yang tidak sampai RM2,000, si suami terpaksa menanggung segala-galanya seperti belanja dapur, bil elektrik, bil air, bil Astro termasuk juga duit saku untuk anak abang iparnya. Si isteri menyalahkan suaminya terlalu berkira dan kedekut. Malang nasib mendapat isteri yang tidak memahami kemampuan suami seperti ini. 
ASSALAMUALAIKUM admin. Hide profile aku. Thanks. 
Aku dan suami sudah berkahwin selama empat tahun dan ada seorang anak. Aku nak minta pendapat semua dan kalau nak kecam pun biarlah bertapis. Hubungan suami dengan keluarga aku. Aku anak keenam dari lapan beradik. Aku ada abang dan kakak. Aku aku dah pun berkahwin dan ada dua orang anak. Manakala abang aku yang lain belum. Aku ada seorang kakak yang juga sudah berkahwin dan menetap di selatan tanah air. 
Suami aku bekerja di sektor perkilangan dan gajinya tidak sampai RM2,000 sebulan. Sebelum itu, suami aku bukan seorang yang panas baran dan jauh sekali dia nak mengeluarkan kata-kata kesat. Setiap kali bergaduh, dia sentiasa diam. 
Kadang-kadang aku terfikir kenapa suami aku ini tak seperti orang lain, seakan tunduk pada aku saja. Tak apalah, biarkan dulu. 
Hubungan suami aku dengan keluarga aku agak renggang sebab suami aku yang belanja barang-barang dapur dalam rumah. Setiap kali nak belanja, suami aku masam muka. Aku pernah cakap, ikhlaskan hati untuk belanja rumah sebab akan menjadi darah daging walaupun sara adik beradik aku termasuk mak bapak aku. Aku hanya mahu adik beradik dan mak bapak aku makan saja. 
Selain itu, bil-bil air, elektrik dan Astro memang suami aku yang bayar. Paling kurang RM500 sebulan bagi jumlah keseluruhannya. Bagi aku tak salah pun sebab dah aku duduk sekali dengan semua. Tak perlulah bermasam muka. 
Aku juga minta suami aku beri duit belanja sekolah pada anak buah aku (anak abang aku), seorang saja RM2 sehari. Apalah sangat kan? Abang-abang aku tak kerja, kerja kampung saja sebab dah cuba cari kerja tapi tak sesuai dengan waktu kerja yang dia nak. 
Berbalik pada aku sendiri, suami memang beri duit belanja pada aku sebulan RM200. Tetapi aku nak duit sendiri. Suami tak bagi kerja, salah ke aku main judi online? Duit itu halal walaupun cara itu haram. 
Memang kami selalu bergaduh bab duit ini. Suami pernah bergaduh dengan abang aku sebab abang aku nak pinjam duit tetapi suami tak bagi. Malah aku sendiri akan marah suami sebab tak bagi pinjam duit. Aku sekat duit poket dia nak pergi kerja. Tak salah kan aku buat macam tu? 
Suami aku pernah tegur bapak aku sebab tak solat. Untuk info, keluarga aku memang tak solat tetapi tak ada pun sebarang musibah yang datang. Suami aku kata musibah ini tak terduga. Aku cuma minta dia jangan campur urusan keluarga aku. Memang aku takkan dengar nasihat suami aku sebab aku dibesarkan oleh mak bapak aku. 
Aku pernah suruh suami tidur di luar bilik sebab dia suruh aku solat. Mak aku kata, jangan dengar cakap suami. Bagi aku, kalau ada perempuan yang sanggup berkahwin dengan suami aku ini, kira akan susah sebab kedekut. Belanja dapur pun berkira, tak banyak pun dalam sebulan habis RM700-RM800 saja. Bil-bil baru RM500. 
Walaupun gaji dia tak banyak tetapi tanggungjawab dia bukan pada aku tetapi pada seluruh keluarga aku. Apa yang patut aku buat ye nak bagi suami aku sedar tentang semua ini? Minta pendapat semua, agar hubungan suami aku dengan keluarga aku okey. 
p/s: Kau dengan keluarga kau, sila meninggal


Sumber 'Belanja dapur, bil-bil semua (RM1,200) suami yang bayar, tak perlulah bermasam muka' - Isteri buat suami jadi hamba abdi untuk keluarganya

'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya

Hi admin The Reporter. Aku ada cerita yang mungkin tak berapa nak seram. Tetapi sebelum admin edit, pandai-pandailah edit ye sebab aku tak reti susun ayat. BM aku dapat kredit je waktu SPM. Seperkara lagi, belalah seekor kucing di rumah untuk mengelak gangguan. Tak perlu kucing yangm ahal, kucing terbiar pun boleh. Kucing mahal ni tahi dia sendiri pun dia takut. 
Aku ni min, bukan jenis penakut. Hantu-hantu apa semua memang aku tak percaya langsung. Hanya benda yang nyata dan jelas dilihat aku percaya. Soal agama juga aku tak berapa 'kudus'. 
Aku kerja kilang di selatan tanah air. Syif tidak menentu, kadang pagi, petang dan malam. Aku paling suka wakut malam sebab orang tak ramai sangat di kilang. Nak pergi kerja, aku jalan kaki saja sebab rumah sewa dekat dengan kilang. Lebih kurang tiga minit saja perjalanan. Tetapi jalannya agak sunyi. Aku suka, entah kenapa. Orang lain seram kot jalan sunyi ni. 
Aku ada seorang buddy yang sama kerja dengan aku tetapi syif kami selalu tak sama. Namanya Aiman. Bila aku syif pagi, dia pula syif petang dan begitulah sebaliknya. Dia agak alim orangnya, tak seperti aku.
Nak dijadikan cerita, satu hari dia nak balik ke kampungnya di Kelantan sebab nak berkahwin. Dia jemput aku tetapi aku tak dapat datang sebab syif aku padat. Lagipun peruntukan cuti aku dah guna semua, memang tak dapat nak mohon cuti lagi. Alahai, memang merajuk juga buddy aku seorang ni. 
Aku beli hadiah siap-siap untuk dia dan diberikan kepada dia sebelum dia pulang ke kampung. Dia menangis, mungkin terharu menerima hadiah dari aku. Bukannya mahal pun, cuma set cadar dan itu pun beli di kedai Pakistan. 
Aku pesan pada dia, "Semoga selamat sampai ke kampung, selamat pengantin baru dan jangan lupa balik semula ke sini nanti. Maafkan aku kalau selama ini aku ada sakitkan hati kau, pinjam duit belum bayar lagi, skodeng makanan kau, sabun kau apa semua itu." 
Dia kata dia halalkan semua dan memaafkan semua kecuali satu saja yang dia tak maafkan lagi iaitu dia masih merajuk aku pergi makan nasi kerabu dia tanpa kebenaran. Tetapi dia bergurau saja kot sebab selepas itu dia gelak sakan. 
Seminggu kemudian, dia kembali bekerja seperti biasa. Dia bersalaman dan memeluk aku. 
"Sejuknya tubuh kau ni, makan aircond ke apa?" usik aku dan dia hanya gelak-gelak saja. 
Wajahnya jelas bahagia, boleh tahulah aura pengantin baru. Tetapi pelik juga aku, tak ada pun calling-calling dengan bini dia. Mesej pun tak ada aku nampak dia main telefon. Tak tahulah kalau waktu aku tak ada baru dia calling-calling isteri dia. Pernah juga aku minta dia bagi aku tengok gambar-gambar waktu dia kahwin. Tetapi dia kata telefon dia telefon biasa sahaja yang guna keypad tekan-tekan tu. 
Semenjak dia balik, selera makan dia bukan main besar lagi. Hari-hari dia ajak aku keluar makan di luar kalau kebetulan syif kami sama. Aku kalau soal kena belanja makan ini memang on saja. Rezeki bro. Orang pandang pelik je, peliklah sebab orang kurus tetapi makan besar macam kenduri. 
Balik bilik, makan lagi. Kalau tak maggi, burger. Hairan juga aku sebab buddy aku ni bukan jenis kuat makan tetapi aku biar saja, dia asyik tanya aku bila nak ganti nasi kerabu dia. Aku ingatkan dia dah halalkan dah. Hahaha! 
Aku kata, nanti makcik tukang cuci itu ada jual, aku akan ganti. Dia cakap cepat-cepat sebab takut tak sempat. Tak sempat apa pula, aku tanya. Dia tak jawab. 
Satu lagi aku pelik dengan buddy aku ni sejak dia balik dari kampung. Dia tidur tak berdengkur dah. Sebelum ini dia tidur berdengkur punyalah power sampai bilik indon di bawah kitorang pun dia boleh dengar. Sumpah kuat dengkuran dia. Hahaha! 
Aku selalu baling bantal pada dia kalau dia berdengkur terlalu kuat. Kadang-kadang aku percik-percik air di muka dia. Tetapi dia tidur mati, payah betul nak kejutkan. Tetapi sekarang sunyi senyap saja. Rasa macam ada yang kurang, tidur pun semacam pakai selimut sampai tutup kepala dah macam pocong pun ada aku nampak.
Selalunya dialah yang paling bising komplen cuaca panas nak buat apa berselimut katanya. Satu hari ini selepas aku balik dari kerja syif petang, aku terjumpa seekor anak kucing bulu putih dekat pondok guard, Aku pun ambillah anak kucing itu dengan niat nak bela sebab nampak kasihan sangat. 
Aku sampai bilik, buddy aku tak ada. Dia keluar kot sebab semalam dia kerja syif malam. Hari ini syif malam juga. Seorang diri la aku dengan si putih anak kucing itu. Aku letak si putih di bawah, biar dia sesuaikan diri dengan bilik bujang kitorang. Letak saja anak kucing saja di lantai, terus bulu dia mengembang semacam. Macam kucing yang tengah marah. Tetapi dia bukan marah kat aku. Dia tengok arah tempat buddy aku tidur.
"Apalah yang kau marahkan ni meow?" lalu aku angkat dia dan letak di tempat tidur buddy aku itu.
Belum sempat aku aku letak, dia dah cakar aku kaw-kaw sebelum lari keluar dari bilik. Dia duduk di luar bilik saja. Hairan aku. Bilik kitorang bau kot, mungkin sebab itu dia benci. 
Bila dah senja baru buddy aku balik. Aku duduk di pintu bermain-main dengan si putih. Kucing ini bila nampak saja buddy, bulunya terus mengembang. Buddy aku tak jadi melangkah. 
"Kenapa ada kucing?" soalnya.
"Aku ambil dari pondok guard," jawab aku. 
Buddy aku macam tak suka dengan kucing itu. Aku kata tak apalah, si putih ini tak nak masuk bilik pun, dia duduk di luar saja. Tetapi buddy aku tak nak masuk bilik selagi si putih ini ada berdekatan. Jadi aku bawalah si putih pergi jauh sikit. Si putih masih kembangkan bulunya sambil merengus seperti kucing yang mahu bergaduh dengan anak matanya membesar sewaktu memandang buddy aku itu. Aku anggap itu perkara biasa sahaja. Agaknya si putih ini tahu kalau orang tak suka dengan dia. 
Bila dah malam sikit, aku pun masuk ke bilik dan si putih aku terpaksa tinggalkan dalam kotak di luar pintu sebab dia memang tak nak masuk. Buddy aku dah terbaring tidur waktu aku masuk. Tak jadi nak ajak bersembang. Tak apalah, agaknya dia kepenatan. Tetapi malam ini kan dia kerja, aku cuba-cubalah tanya dia.
"Kau tak kerja ke malam ni? Kejap lagi syif kau ni," aku kata. 
"Aku tak sihat," jawabnya. 
"Jomlah aku bawa pergi klinik kalau kau tak sihat," aku pelawa. 
Aku sihat kalau nasi kerabu aku dah ada," katanya. 
Amboi?! Asyik mengungkit pasal nasi kerabu pula. Aku serba salah, jadi aku diam saja. Harap-harap makcik jual nasi itu ada jual esok. 
Keesokkan harinya, aku kerja syif pagi, makcik itu ada dan banyak nasi kerabu yang dia jual. Aku beli sampai lima bungkus. Dia tanya boleh ke habis makan seorang?
"Ini untuk kawan saya makcik, si Aiman," kata aku. 
Wajahnya berubah. Aku malas nak berborak lama dan aku terus blah. 
Habis syif aku, aku balik ke bilik dan tengok si putih dah tak ada. Merayau agaknya. Masuk bilik, buddy pun tak ada. Kata tak sihat tetapi tak ada dalam bilik? Aku rasa penat, aku mandi, makan sebungkus nasi kerabu kemudian tidur. Dekat jam empat pagi aku terjaga bila aku rasa tubuh aku dilangkah. Aku nampak buddy aku tengah lahap memakan nasi kerabu. Aku biarkan saja dan tak tegur. Nanti bila dia dah siap makan baru aku tegur. 
Telefon aku berbunyi, aku tengok siapa yang call. Nombor buddy aku tetapi buddy aku ini ada di depan dan membelakangi aku. Dia sedang khusyuk makan. Aku jawab panggilan itu. 
"Hello, ini ****** (ibu buddy aku). Nak beritahu Aiman dah selamat dikebumikan pada sekian-sekian. Maaf lambat beritahu, kami baru dapat phone dia dan dia terlibat dalam kemalangan sewaktu nak pulang ke kampung tempoh hari," katanya. 
Aku telan air liur sambil memandang buddy aku atau sesiapa pun dia. Tak ada air liur nak ditelan. Aku cuba buat-buat biasa. Aku panggil buddy aku, dia tak menoleh tetapi dia cakap,
"Terima kasih sebab belikan aku nasi kerabu. Sekarang aku boleh balik," katanya. 
Mulut aku terkunci. Aku pandang saja dia keluar dari bilik. Suasana pada waktu itu sejuk semacam. Angin tiba-tiba bertiup kencang, hujan gerimis dalam seminit dua selepas itu berhenti. Aku terkebil-kebil, apa sebenarnya yang berlaku? Buddy aku dah tak ada? Jadi yang keluar dengan aku, makan-makan, lepak-lepak, tidur sebilik dengan aku itu siapa? 
Patutlah makcik nasi kerabu itu berubah wajah sewaktu aku kata nama buddy aku tu. Dia dah tahu sebab dia sekampung dengan buddy aku. Kenapa dia tak beritahu aku awal-awal? Patutlah si putih mengembang semacam saja kerana dia tahu buddy aku bukan manusia. Kenapalah aku tak perasan. 
Aku demam hampir seminggu selepas itu. Aku berhenti kerja dan masih berubat sehingga kini kerana masih dihantui oleh bayangan buddy aku itu. Aku tahu kalau ada sesuatu di sekitar aku sebab si putih. Kalau dia kembangkan bulu dia itu petanda memang ada 'sesuatu'. 
Kejadian ini berlaku pada dua tahun lepas tetapi aku masih tak dapat move on. Waktu aku taip kisah ini pun si putih asyik menderam saja memandang ke satu sudut. 
"Kau ke tu buddy? Maafkan aku tak dapat datang semasa kau dikebumikan. Aku tak tahu pun kau dah pergi seminggu sebelum aku dimaklumkan. 
Pengajarannya di sini, kalau pinjam barang orang, hutang dengan orang, tolong pulangkan dan bayar semula wang mereka agar jangan jadi seperti aku hanya kerana nasi kerabu buddy aku menghantui aku sehingga aku memberinya nasi kerabu, baru dia beredar. Al-Fatihah buat sahabatku, Aiman.
Sumber: Patricia
Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


Sumber 'Aiman dah selamat dikebumikan' - Mulutnya terkunci, terus pandang makhluk yang berada di depannya

Exco: Pengamal media jangan bimbang RUU Antiberita Tidak Benar

Himpunan Pensil Merah anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) di Kuala Lumpur, 4 Januari 2014. — Foto oleh Choo Choy MayHimpunan Pensil Merah anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) di Kuala Lumpur, 4 Januari 2014. — Foto oleh Choo Choy MayJOHOR BAHRU, 31 Mac — Pengamal media khususnya di negeri ini tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang diusulkan oleh kerajaan, kata seorang anggota Exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pendidikan, Alam Sekitar dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata mereka harus yakin jika berada di pihak yang benar kerana RUU ini sebenarnya membuka ruang dan peluang kepada semua pihak terutama media, berkaitan peranan dan perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

“Biarlah pandangan ataupun kritikan yang ingin disampaikan, tidak kira kepada kerajaan ataupun sebaliknya, haruslah berpaksikan fakta dan juga kebenaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-72 Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersempena Karnival Sehati@RTM di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, dekat sini, hari ini.

Katanya, akta itu juga mampu melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bermoral seiring dengan kemajuan negara.

“Akta ini memang dinanti-nantikan dan saya harap ia dapat menyekat berita yang disifatkan palsu dan fitnah yang banyak dan sering menjadi tular di media sosial,” katanya ketika diminta  mengulas RUU Antiberita Tidak Benar 2018 yang baru sahaja dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 25 Mac lepas.

Mengulas mengenai penutupan pusat rekreasi Gunung Belumut dekat Kluang yang ditutup sejak 19 Mac lepas susulan dua kanak-kanak yang dijangkiti virus leptospirosis selepas mengunjungi kawasan itu, beliau berkata sehingga kini, pusat rekreasi itu masih ditutup kepada orang awam.

“Setakat ini, kita masih belum dapat maklumat daripada Jabatan Kesihatan berkaitan tentang cadangan untuk dibuka semula dan sebarang perubahan yang berlaku akan dimaklumkan pada masa akan datang,” tambah beliau. 

Sambutan ulang tahun RTM yang ke-72 menerusi Karnival Sehati@RTM selama tiga hari bermula Khamis itu, adalah bertujuan untuk menjalin kerjasama antara badan penyiar nasional bersama kerajaan negeri dalam usaha mendekati rakyat. — Bernama



Sumber Exco: Pengamal media jangan bimbang RUU Antiberita Tidak Benar

Kebakaran di parkir: 41 motosikal musnah, empat kereta rosak

Sebanyak 41 motosikal musnah manakala empat kereta rosak dalam kebakaran di Wisma Telaga Air, Butterworth, awal pagi 31 Mac 2018. — Foto ihsan Facebook/IPD Seberang Perai UtaraSebanyak 41 motosikal musnah manakala empat kereta rosak dalam kebakaran di Wisma Telaga Air, Butterworth, awal pagi 31 Mac 2018. — Foto ihsan Facebook/IPD Seberang Perai UtaraBUTTERWORTH, 31 Mac — Sebanyak 41 motosikal musnah manakala empat kereta rosak dalam kebakaran di Wisma Telaga Air, Jalan Telaga Air di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, PBK II Abdul Majid Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.52 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan 41 unit motosikal dan empat buah kereta yang ditempatkan di ruangan parkir kenderaan terbuka di flat berkenaan. Semua motosikal itu musnah keseluruhan manakala empat kereta berkenaan hanya terbakar 20 peratus di bahagian hadapan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sehingga kini tiada saksi yang tampil memberi maklumat dan tempat kejadian juga tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan siasatan dan mengenal pasti sama ada terdapat unsur lain terlibat dalam kejadian. 

“Saksi yang mempunyai maklumat mengenai kebakaran tersebut dimohon untuk tampil bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya. — Bernama



Sumber Kebakaran di parkir: 41 motosikal musnah, empat kereta rosak

Jangan jual tanah Felcra, nasihat Azeez kepada peserta

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menasihati peserta Felcra agar tidak memajak, menjual atau menggadai tanah. — Foto oleh ChooDatuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menasihati peserta Felcra agar tidak memajak, menjual atau menggadai tanah. — Foto oleh ChooBALING, 31 Mac — Peserta Tanah Rancangan Felcra Berhad yang sudah mendapat geran di daerah ini diminta agar tidak memajak, menjual dan menggadai tanah tersebut sewenang-wenangnya demi kepentingan diri sendiri. 

Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini adalah langkah bagi memastikan tanah itu terus diusahakan dan diwarisi dengan sebaiknya.  

“Usahakan tanah, tanamlah apa saja sebab ia akan menjadi punca pendapatan yang berpanjangan walaupun hasilnya tak mewah macam jual tanah,” katanya selepas menyerahkan Geran Tanah Peserta-Peserta Felcra Berhad Kawasan Iboi Tiak di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Utara, Wan Mokhtar Wan Muda dan Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaime Abdul Rahman. 

Dalam pada itu, Wan Mokhtar menjelaskan sebanyak 12 projek dengan keluasan tanah 1,250 hektar akan dimajukan di Felcra Iboi Tiak, melalui pembabitan 413 peserta.

Pada majlis tersebut, sebanyak 128 geran oleh Felcra, 122 geran yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan 52 Lesen Pendudukan Sementara (TOL) diberikan kepada peserta bagi kawasan tersebut. — Bernama



Sumber Jangan jual tanah Felcra, nasihat Azeez kepada peserta

India mahu Zakir Naik dibawa pulang

Kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik. — Foto BernamaKerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 31 Mac — Kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk membawa pulang pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik. 

Sumber berkata, ia dibuat setelah Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) India selesai mengumpul segala bukti, lapor Times of India.

“Kementerian hal ehwal luar telah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengekstradisi Zakir Naik selepas NIA menyelesaikan semua formaliti termasuk pengumpulan bukti dan memfailkan kertas tuduhan,” menurut laporan itu yang memetik sumber.

November tahun lalu, timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Zakir akan dihantar pulang jika kerajaan India membuat permohonan.

Kerajaan India mendakwa pendakwah itu, pemegang taraf penduduk tetap (PR) Malaysia, menghina kepercayaan agama Hindu, Kristian dan mazhab Islam lain.

Ucapannya juga didakwa mempengaruhi orang untuk menyokong kumpulan pengganas IS.

Baca seterusnya di Malay Mail 



Sumber India mahu Zakir Naik dibawa pulang

Asal Singapura, pengarah pertahan Adi Putra jadi Mat Kilau

Datuk Adi Putra dan Diana Danielle dalam babak filem ‘Hanyut' arahan U-Wei Shaari. — Foto ihsan produksi HanyutDatuk Adi Putra dan Diana Danielle dalam babak filem ‘Hanyut' arahan U-Wei Shaari. — Foto ihsan produksi HanyutKUALA LUMPUR, 31 Mac ― Pengarah filem mempertahankan Datuk Adi Putra memegang watak utama filem Mat Kilau walau pelakon itu berasal dari Singapura.

Syamsul Yusof berkata Adi memenuhi ciri-ciri yang sesuai dan mampu menjiwai watak pejuang Tanah Melayu dari Pahang, lapor mStar Online.

“Saya faham mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa kami pilih Adi dan bukan pelakon asal negeri tersebut untuk bawa watak Mat Kilau?

“Pemilihannya adalah kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik,” katanya.

Filem itu turut dibintangi Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A Galak, Yayan Ruhiyan dan Nadiya Nisaa.

Menelan belanja RM5 juta, penggambaran mula dijalankan 1 April depan sekitar Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.



Sumber Asal Singapura, pengarah pertahan Adi Putra jadi Mat Kilau