Rabu, 31 Januari 2018

Maut ketika kutip bola golf

KUCHING: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip bola golf di Samarahan Golf and Country Club di sini menemui ajal dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Joseph Meringgai Edward Ampan, 47, ditemui dalam keadaan terbaring sambil memegang jaring bola, oleh seorang rakan sekerjanya.

Sepasukan petugas perubatan daripada Institut Jantung Negara (IJN) yang berdekatan bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Lina Reji, 39, berkata suaminya memang mempunyai masalah jantung dan mengadu sakit di bahagian dada sebelum keluar bekerja pada pukul 8 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata tiada unsur jenayah atau kecederaan dikesan pada badan mangsa.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

-- BERNAMA



Sumber Maut ketika kutip bola golf

Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang nyaris cedera

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas kapten bas laluan 772 Pasar Seni - Mah Sing mengendalikan situasi cemas dalam insiden bas Rapid KL terbakar secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan di Lebuhraya Persekutuan 4.50 petang tadi, berjaya menyelamatkan tujuh penumpang bas itu.

Rapid KL dalam satu kenyataan berhubung kejadian berkata bas tersebut dalam perjalanan menghala ke Subang dan ketika berada berhampiran susur keluar Jalan Templer, kapten bas terdengar bunyi pelik di bahagian belakang bas.

"Secara kebetulan terdapat kereta peronda polis yang mengekori belakang bas membunyikan siren dan kapten memberhentikan bas di tepi jalan serta mengarahkan penumpang turun dari bas sebelum beliau cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam, tetapi tidak berjaya.

"Kapten bas menghubungi pihak bomba yang berjaya memadamkan kebakaran. Rapid KL akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian," demikian menurut kenyataan itu.
Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua mereka meneruskan perjalanan dengan menaiki bas seterusnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya Pegawai Bomba Kanan Hishamuddin Mustafa berkata seramai 14 anggota dengan dibantu tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata setibanya di lokasi pasukannya mendapati terdapat kebakaran sebuah bas yang diletakkan di tepi bahu jalan dan bomba segera melakukan operasi pemadaman yang dapat dikawal kira-kira 10 minit kemudian.

-- BERNAMA



Sumber Bas Rapid KL terbakar, tujuh penumpang nyaris cedera

Gerhana #SuperBlueBloodMoon: Ramai kecewa cuaca mendung

KUALA LUMPUR : Fenomena gerhana penuh 'supermoon’, atau dikenali sebagai 'super blue blood moon', yang menjelma hari ini, ternyata dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, namun ramai juga yang mengeluh kerana keadaan cuaca yang tidak begitu elok.


Mengikut laman web accuweather.com, kebanyakan kawasan di negara ini mengalami awan mendung, dengan sesetengahnya dilanda hujan dan ribut petir.


Rata-rata pengguna laman media sosial berkata, mereka hanya bergantung harap kepada akaun rasmi seperti agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang membuat siaran langsung pencerapan fenomena itu.

#FBLiveAWANI: Fenomena 'Super Blue Blood-Moon'

Wakil badan bukan kerajaan Star-Finder Astronomical Society Tai Guo Yie menguji teleskop sebelum merakam tiga fenomena serentak yang akan berlaku ke atas bulan iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’ di Planetarium Negara malam ini. - Foto Bernama

Pelajar Kolej Universiti Geomatika Mohd Shahir Halim (kanan) membetulkan kedudukan peralatan total station sebelum merakam tiga fenomena serentak yang akan berlaku ke atas bulan iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’ di Planetarium Negara malam ini. - Foto Bernama

BACA: Saksikan gerhana penuh 'supermoon' 31 Januari ini

Bagaimanapun, ada di antara mereka yang sempat merakamkan fenomena itu menggunakan telefon bimbit masing-masing dan berkongsi perasaan gembira di laman sosial media.

Agensi Angkasa Negara dalam kenyataannya memberitahu, fasa gerhana akan berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur kecuali Sabah dan Sarawak di mana  gerhana bermula selepas bulan terbit.

Fasa gerhana penuh maksimum akan berlaku pada jam 9.29 malam dan keseluruhan fenomena ini akan berakhir pada jam 12.08 pagi 1 Februari.



Sumber Gerhana #SuperBlueBloodMoon: Ramai kecewa cuaca mendung

Malaysia bakal hasilkan vaksin miningitis bebas haiwan pertama di dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menghasilkan vaksin bebas haiwan yang pertama di dunia bagi merawat penyakit meningitis.

Menerusi kerjasama AJ Biologics Malaysia (AJB Malaysia), AJ Vaksin dan Hilleman Laboratories (HL), fasa pertama projek ini akan bermula pada pertengahan tahun ini yang akan memfokuskan kepada kajian klinikal.

Ini juga merupakan pencapaian besar buat syarikat berkenaan memandangkan ia adalah kali pertama vaksin meningitis dihasilkan tanpa sebarang komponen haiwan di negara ini. 

“Kita juga berharap dapat mengembangkan pasaran vaksin ini bukan sahaja di Malaysia malah ke negara-negara Arab dan seluruh dunia,” jelas Ketua Pegawai Operasi AJ Biologics Malaysia Jerome Cabannes menerusi satu kenyataan.

Kilang pemprosesan vaksin berkenaan kini sedang dibina di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

"Kerjasama ini bermatlamat daripada aspirasi kami untuk menjadi peneraju dalam usaha mencegah penyakit dan mewujudkan masyarakat sihat di seluruh dunia.

"Kami yakin Malaysia akan menjadi platform bagi membantu kami mencapai sasaran ini," jelas Pengerusi Kumpulan AJ Vaksin, Dr. Tabassum Khan.

Penyakit miningitis berpunca daripada jangkitan bakteria yang memberi kesan kepada otak dan tulang belakang. 

Mereka yang diserang penyakit ini mungkin berdepan dengan kematian dalam tempoh beberapa jam jika tidak dirawat  atau mengakibatkan komplikasi seperti kecacatan.

Setakat hari ini, belum ada satu vaksin yang boleh mencegah jangkitan semua jenis bakteria yang boleh membawa kepada penyakit berkenaan.



Sumber Malaysia bakal hasilkan vaksin miningitis bebas haiwan pertama di dunia

Gerhana bulan penuh, sambutan Thaipusam tidak terjejas

BATU CAVES: Biarpun sambutan Hari Thaipusam tahun ini jatuh pada hari yang sama dengan kejadian gerhana bulan penuh, ia tidak mematahkan semangat penganut agama Hindu untuk melaksanakan upacara ibadat mereka seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Rata-rata yang ditemui di Batu Caves siang tadi mengakui, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang tidak dapat dihalang, namun bukan bermakna mereka harus mengubah tradisi nenek moyang yang sudah dipegang sejak beratus-ratus tahun lalu.

Ada sesetengah penganut Hindu berpendapat, ketika kejadian gerhana bulan penuh, adalah lebih baik jika mereka tidak keluar rumah kerana bimbang akan 'gelombang negatif' yang wujud akibat fenomena itu.

Gerhana bulan dijangka berlaku dari 7.48 malam hingga 11.11 malam hari ini, yang akan memendekkan tempoh bagi penganut Hindu untuk bersembahyang pada Hari Thaipusam.

"Pada pendapat saya, kejadian gerhana itu pun Tuhan yang buat. Saya tidak rasa akan ada apa-apa yang tidak baik jika kita keluar rumah untuk beribadat.

"Lagipun zaman sekarang, gerhana atau apa saja kejadian, kita tetap kena keluar rumah untuk urusan seharian seperti bekerja," kata salah seorang penganut Hindu yang ditemui Astro AWANI.

"Kami buat apa yang sepatutnya dilakukan. Kami percaya yang semuanya akan baik-baik sahaja jika niat itu baik," kata seorang lagi.

Bagi pelancong dari luar negara pula, kemeriahan sambutan Thaipusam adalah sesuatu yang unik dan tidak pernah ditemui di negara lain.

"Kami sudah melancong ke banyak negara, inilah kali pertama kali bertemu dengan sambutan sebegini.

"Jujurnya saya tertarik dengan kegagahan mereka yang mengangkat kavadi, malah saya juga kagum melihat mereka sanggup mengharungi cuaca yang sangat panas ini demi menghormati dan melaksanakan upacara agama mereka," kata pelancong dari Poland, Agnes Konzako.



Sumber Gerhana bulan penuh, sambutan Thaipusam tidak terjejas

'Vaping' boleh menyebabkan kanser, sakit jantung?

KUALA LUMPUR: Benarkah vape atau e-rokok boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung?

Menurut kajian sekumpulan pakar yang mengkaji kesan e-rokok terhadap tikus dan sel manusia, nikotin yang disedut daripada e-rokok boleh bertukar menjadi kimia yang boleh merosakkan DNA pada jantung, paru-paru, pundi kencing dan melambatkan mekanisme pembaikan genetik badan.

Moon-Shong Tang, profesor perubatan alam sekitar di Universiti New York (NYU) telah melakukan kajian dengan mendedahkan tikus berkenaan kepada wap e-rokok selama tiga jam sehari, lima hari seminggu selama tiga bulan.

Selepas tiga bulan, Tang mendapati terdapat kerosakan DNA pada hati, paru-paru dan pundi kencing tikus berkenaan selepas terdedah kepada wap daripada e-rokok.

Tang juga mendapati sel pada paru-paru dan pundi kencing manusia yang terdedah kepada nikotin akan mudah pecah, seterusnya menyebabkan tumor.

Namun begitu, terdapat beberapa penyelidik yang membuat kritikan dengan menganggap kajian tersebut tidak relevan terhadap manusia.

"Kajian ini tidak menunjukkan apa-apa berkenaan bahayanya perbuatan vaping. Ia langsung tidak menunjukkan vaping boleh menyebabkan kanser," kata Peter Hajek, pengarah Unit Penyelidikan Tembakau  di Universiti Queen Mary, London.

Asap tembakau mempunyai beratus-ratus bahan kimia dan hanya 70 yang diketahui boleh menyebabkan kanser kepada seseorang manakala wap daripada e-rokok mengandungi jumlah bahan kimia yang jauh lebih sedikit.

Menurut Jasmine Just daripada Kajian Kanser United Kingdom, "Bukti yang diperoleh setakat ini menunjukkan e-rokok adalah kurang berbahaya daripada rokok."

"Walaupun kajian kesan vaping dilakukan pada seekor tikus, namun kesan yang sama mungkin boleh terjadi kepada manusia," tegasnya lagi.



Sumber 'Vaping' boleh menyebabkan kanser, sakit jantung?

Kenapa 'Vel! Vel!' dilaungkan semasa perayaan Thaipusam?

"VEL! VEL!"

Ia mengingatkan kita kepada salah satu babak dalam filem Laksamana Do Re Mi karya Seniman Agung, Tan Sri P.Ramlee.

Dalam babak tersebut, selepas watak Mi yang diperankan Allahyarham Ibrahim Din selesai makan, dia melihat melalui teropong lantas berjoget seorang diri kerana ‘syok’ melayan visual yang dilihatnya – sekumpulan penganut Hindu sedang mengusung kavadi sambil melaungkan ‘vel,vel!’.

Dalam asyik laungan itu bermain dalam kepala kita tatkala sebut sahaja tentang Thaipusam, tahukah anda apa maksudnya?

Thaipusam diraikan pada kemuncak bulan kesepuluh kalendar Tamil iaitu bulan Thai, yang jatuhnya pada sekitar Januari dan Februari. Pada hari tersebut, bulan penuh Thai berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama Pusam, maka dari situ asal namanya.

Penganut Hindu menjalankan ritual mereka di Kuil Sri Subramaniam di Batu Caves sempena Thaipusam. - Astro AWANI/S. Kunaselan

Para penganut Hindu Tamil akan membayar nazar mereka yang tertunai dan menyucikan diri daripada dosa dengan pelbagai cara, bermula dengan berpuasa selama 48 hari.

Setelah itu, ada yang membawa susu, mencukur rambut dan yang menjadi identiti terbesar perayaan itu iaitu membawa kavadi dan mencucuk anggota badan dengan besi dan cangkuk berbeban.

Perayaan ini, menurut satu tradisi, dikatakan tercipta apabila berlaku satu pertembungan antara satu Asura (makhluk jahat) bernama Surapadma dengan para dewa.

Para dewa tidak dapat mengekang kebuasan Surapadma, lantas merayu kepada Dewa Shiva untuk mengurniakan mereka pemimpin yang dapat mengalahkan Surapadma.

Thaipusam membawa kisah dan pengertian tersendiri bagi penganut Hindu. - Astro AWANI/S. Kunaselan

Maka dengan kuasa Achintya Shakti dimilikinya, diciptakan satu pahlawan unggul sebagai Dewa Peperangan bernama Murugan, yang turut dikenali dengan nama Subramaniam, Skanda, Kumara dan Kartikeya.

Kemudian isteri Shiva, Parvati mengurniakan kepada anaknya Murugan senjata suci berupa lembing dipanggil ‘Vel’ yang akhirnya berjaya menyatukan kuasa alam semesta dan mengalahkan Surapadma serta konco-konconya.

Berdasarkan purana (kisah purba) tradisi Hindu itu juga, ketika hampir mati di tangan Murugan, Surapadma memohon keampunan. Permintaan itu diterima, lalu jadilah Surapadma sebagai vahana (tunggangan para dewa) dalam bentuk seekor merak.

Maka setiap kali sambutan Thaipusam, ‘Vel! Vel!’ dilaungkan mengikut rentak paluan genderang yang begitu mengasyikkan, sempena memperingati kejayaan menghapuskan ‘kegelapan’ menggunakan senjata sakti itu.

Juga diucapkan ‘Verti Vel!’ yang membawa maksud ‘lembing kemenangan!’.

Begitulah sejarahnya.



Sumber Kenapa 'Vel! Vel!' dilaungkan semasa perayaan Thaipusam?

“Ayah paksa saya bertudung tapi bila keluar rumah saya buka tudung. Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu pakai tudung” – Isteri Aliff Syukri

Dalam setiap kejayaan lelaki, pasti ada seorang wanita yang menjadi tulang belakangnya. Bergelar isteri kepada usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida sentiasa tampil sederhana.

Memiliki rupa paras yang lembut, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri sentiasa menjadi perhatian ramai dengan gaya tudungnya yang ringkas.

Baru-baru ini, Shahida kongsikan kisahnya ketika mula berhijab dan pernah menipu bapanya ketika dibangku sekolah.

Katanya lagi, bertudung bukan perkara yang boleh dipaksa dan ia perlu hadir dengan keikhlasan.

“Bertudung ini tidak boleh paksa, ia datang daripada hati kita. Dulu ayah saya paksa saya untuk bertudung, sewaktu sekolah rendah. Saya pakai, tetapi bila keluar rumah saya akan buka tudung.

“Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu memakai tudung. Tapi sampailah satu tahap tiba masa untuk pakai tudung. Jadi terbukri ianya tidak boleh dipaksa dan datang dari hati,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Jelas Shahida lagi, dia juga tidak akan memaksa anak perempuannya yang masih kecil kerana dia ingin anaknya belajar perlahan-lahan tentang bertudung.

 

Sumber: Roti Kaya



Sumber “Ayah paksa saya bertudung tapi bila keluar rumah saya buka tudung. Saya rasa tidak adil mengapa saya perlu pakai tudung” – Isteri Aliff Syukri

Pondan dipaksa lari, menjerit hingga keluar suara lelaki

ACEH – INDONESIA. Polis di utara Aceh memaksa sekumpulan pondan berlari dan menjerit sehingga suara lelaki mereka kembali, kelmarin.

CNN mengatakan 12 lelaki pondan berkenaan ditahan selepas polis menyerbu lima butik kecantikan selepas mendapat aduan.

Kata polis, pihaknya juga mencukur rambut kumpulan pondan tersebut sehingga pendek dan memaksa mereka memakai pakaian lelaki sebelum disuruh berlari.

Pondan dipaksa lari, menjerit hingga keluar suara lelaki

Pondan dipaksa lari, menjerit hingga keluar suara lelaki

Ketua Polis Utara Aceh, Ahmad Untung Surianata berkata, cukur rambut dan memakai persalinan lelaki adalah sebahagian dari latihan untuk membawa pondan tersebut ke ‘lumrah asal’.

“Kami juga menyuruh mereka berlari sambil menjerit sehingga ‘suara lelaki’ mereka keluar,” kata Ahmad.

Operasi tersebut adalah sebahagian dari usaha polis untuk mengekang pengaruh LGBT yang semakin menular di negara konservatif tersebut.

Kesemua pondan yang ditahan juga dibawa ke balai polis untuk diberi kaunseling.

 Sumber: Sinar


Sumber Pondan dipaksa lari, menjerit hingga keluar suara lelaki

5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan

Serahkan kepada pihak berkuasa jalankan siasatan

Syarikat pengeluar kopi pra-campuran, Coffe Tree Holding Sdn Bhd menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kualiti produk keluaran syarikat itu.

Ia berikutan selepas beberapa lelaki dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dikatakan meminum bancuhan air kopi empat dalam satu berperisa durian di sini beberapa hari lalu.

Baca artikel sebelum: Video: Kecoh, 4 pekerja masuk hospital dirawat di zon merah lepas minum kopi segera berperisa durian

Pengurus Operasi syarikat terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Ong berkata, produk Penang Durian White Coffe yang dikeluarkan syarikat terbabit telah tujuh tahun berada di pasaran dan sebelum ini pihaknya tidak pernah menerima rungutan mahupun maklum balas negatif mengenai produk berkenaan.

Menurutnya, pihak syarikat akan sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sepanjang proses siasatan dijalankan.

“Syarikat kita sentiasa mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dan kita amat menitikberatkan soal kualiti dan keselamatan produk yang kami keluarkan.

“Malah pihak kami juga memiliki sijil Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO), sijil Halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selain memenuhi piawaian antarabangsa seperti Good Manufacturing Practices (GMP) atau Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP),” katanya ketika ditemui di sini.

Ong berkata, produk Penang Durian White Coffe juga mendapat permintaan menggalakkan di luar negara malah 65 peratus keluaran syarikat itu dipasarkan di luar negara termasuk di China dan Singapura.

Katanya, untuk mengeksport sesuatu produk ke luar negara sudah semestinya perlu melalui saringan yang ketat terutamanya dalam soal sijil kesihatan produk dan syarikatnya sentiasa memastikan semua perkara itu dipatuhi selain memantau kualiti pengeluaran produknya setiap hari.

“Semalam Jabatan Kesihatan telah datang dan ambil sampel produk dan pihak kami juga sedang menunggu apakah keputusan hasil analisa yang dilakukan itu.

“Dalam masa yang sama, peguam syarikat juga akan membuat tindakan susulan termasuk membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan kita akan maklumkan perkembangan kes ini tidak lama lagi,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber 5 Lelaki masuk hospital selepas minum kopi durian, syarikat pengeluar serah pihak berkuasa jalankan siasatan

Bintang 'Black Panther' bangga budaya Afrika diraikan dalam filem Marvel

LOS ANGELES: Para pelakon filem aksi terbaharu, Black Panther, bangga memakai pakaian bergaya berinspirasikan persalinan diraja Afrika sempena tayangan perdana filem dari Walt Disney Co's dan Marvel Entertainment itu pada Isnin.

Ia sekali gus membawa mesej tentang pentingnya mengetengahkan adiwira kulit hitam ke layar perak, lapor Reuters.

Chadwick Boseman, yang membawa watak T'Challa, iaitu wira dan raja negara fiksyen Wakanda, dilihat hadir bersama bintang-bintang lain seperti Lupita Nyong'o, Daniel Kaluuya, Michael B. Jordan, Danai Gurira dan Angela Bassett.

Aktor dan aktres filem 'Black Panther' bergaya dengan fesyen yang membawa inspirasi Afrika sempena tayangan perdana filem tersebut. - Reuters

“Marvel mempunyai cara untuk membawa pengaruh budaya popular. Apabila budaya popular itu diceritakan dalam acuan Afrika dan komuniti menyedari mereka berasal dari Afrika, itu sangat luar biasa,” ujar Nyong'o, yang membawa watak pahlawan bernama Nakia.

Nyong’o berharap ia dapat mengubah idea pemahaman tentang Afrika.

Aktres pemenang Oscar itu berjalan di karpet ungu dengan menggayakan gaun Veersace dengan rekaan keemasan. Gurira memakai dres merah jambu terang rekaan Viktor & Rolf yang siap beropol dramatik, manakala Bassett memilih jumpsuit kuning keemasan daripada pereka Naeem Khan.

Pelakon lelaki juga tampil berwarna-warni. Boseman tampil segak dengan sut bercorak daripada Emporio Armani, Donald Glover pula dalam sut jingga Dolce & Gabbana, manakala pengarah filem itu, Ryan Coogler, memadankan sut hitam Ikire Jones dengan skaf bercorak inspirasi Afrika.

Black Panther yang mula ditayangkan pada 16 Februari, menerima ulasan positif daripada hadirin termasuk pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn, yang memuji hasil hebat filem itu.



Sumber Bintang 'Black Panther' bangga budaya Afrika diraikan dalam filem Marvel

Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette nama anak kembar Zizie Izette

PELAKON Zizie Izette malam tadi mengumumkan nama anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette kepada umum.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizie telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia sebulan satu hari.

“Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami.

“Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.

“Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda,” tulisnya.
 



Sumber Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette nama anak kembar Zizie Izette

Meryl Streep daftar nama sendiri sebagai satu 'trademark'

LOS ANGELES: Aktres senior Hollywood, Meryl Streep, telah memfailkan permohonan untuk mendaftarkan namanya sendiri sebagai satu tanda dagangan (trademark).

Permohonan itu difailkan di Pejabat Tanda Dagangan dan Paten Amerika Syarikat pada 22 Januari. Ia melabelkan nama ‘Meryl Streep’ untuk ‘perkhidmatan industri hiburan’, kemunculan dalam filem, penyampaian ucapan dan autograf.

Streep, 68, pada minggu lalu menambah rekod apabila buat kali ke- 21 dicalonkan dalam Anugerah Academy, kali ini bagi peranannya dalam filem ‘The Post’.

Beliau telah memenangi tiga anugerah Oscar, tiga Emmy dan enam Golden Globe sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam kerjaya di pentas, televisyen dan filem.

Masih belum jelas mengapa Streep mahu memfailkan tanda dagang itu ketika kariernya berada pada tahap sekarang. Peguam dan pegawai publisiti aktres itu belum memberikan sebarang komen mengenainya.

Ramai selebriti turut berbuat perkara yang sama melibatkan nama mereka, malah ada yang mendaftarkan frasa atau perkataan tertentu untuk melindungi harta intelek mereka. 

Tindakan itu untuk mengelakkan pihak lain menggunakannya tanpa izin, atau dapat menjana keuntungan dengan menggunakan nama dan perkataan itu.

Taylor Swift misalnya, telah memfailkan permohonan bagi 60 tanda dagang  melibatkan dirinya sepanjang tempoh sedekad lalu, termasuk frasa dari lagu-lagunya seperti 'This Sick Beat' dan 'Nice to meet you. Where you been?' untuk digunakan dalam industri pakaian serta aksesori rambut.



Sumber Meryl Streep daftar nama sendiri sebagai satu 'trademark'

Bintang 'Glee' Mark Salling mati tergantung, dipercayai bunuh diri

LOS ANGELES: Bintang siri TV popular Glee, Mark Salling ditemui mati di Los Angeles pada pagi Selasa.

Mayat Salling ditemui berhampiran sebatang sungai, bersebelahan padang liga bola lisut, dalam keadaan tergantung, dipercayai akibat membunuh diri.

Kematian Salling dimaklumkan oleh peguamnya Michael J. Proctor, namun punca kematian hanya akan disahkan selepas waris aktor itu diberitahu.

Aktor itu yang terkenal dengan watak nakal Noah "Puck" Puckerman, sedang menunggu hukuman di mahkamah persekutuan yang dijadualkan 7 Mac depan, berhubung sabitan kes pornografi kanak-kanak.

Dia mengaku bersalah Disember tahun lalu atas dakwaan memiliki sejumlah 50,000 bahan pornografi kanak-kanak.

Salling berdepan hukuman penjara empat ke tujuh tahun.

Selain menemui 50,000 bahan pornografi kanak-kanak, penyiasat turut menemui ribuan gambar serta ratusan video erotik kanak-kanak dalam pemacu kilat milik Salling.

Kesalahan itu menyebabkan Salling perlu membayar AS$50,000 kepada setiap mangsa yang menuntut hak dan didaftarkan sebagai pesalah seks.

Penglibatan Salling dalam kes pornografi kanak-kanak menyebabkan dia digugurkan daripada filem "Gods and Secrets".



Sumber Bintang 'Glee' Mark Salling mati tergantung, dipercayai bunuh diri

Lelaki dihukum gantung sampai mati, Rogol dan sembelih isteri polis sampai mati

PENGANGGUR dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah membunuh dan merogol seorang suri rumah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Awari Ahmad, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan rogol tertuduh dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.

Ahmad dalam alasan penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan mahkamah tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian mangsa sekali gus menolak alasannya yang mendakwa tidak berniat untuk melibas parang itu.

“Sebelum kejadian, tertuduh membawa kayu untuk merompak mangsa namun meninggalkannya di luar rumah sebelum mengambil parang di rumah itu.

“Kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mangsa berusia lima tahun yang ketika memberi keterangan memberitahu ibunya disembelih. Malah pemeriksaan mendapati dua kesan kelar di leher mangsa dan kecederaan lain menunjukkan mangsa cuba mengelak.

“Bagi kesalahan rogol tertuduh dalam keterangan mengakui melakukan perbuatan itu selepas mencederakan mangsa.

“Oleh itu, tertuduh disabitkan terhadap kedua-kedua kesalahan dan mahkamah tiada pilihan lain bagi kesalahan membunuh selain hukuman mati manakala bagi kesalahan rogol, tertuduh dipenjara 18 tahun dan 12 sebatan,” katanya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi pada 1 Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa sama sehingga menyebabkan kematiannya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (4) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Yashmin meninggal dunia akibat dikelar penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Kampung Batu Papan ketika suaminya, Mohd Azrul Isahak, 30, yang juga sukarelawan polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mohd Azrul yang berasa tidak sedap hati dan hilang tumpuan ketika bertugas meminta izin pegawainya pulang ke rumah seketika namun menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah, tidak berpakaian dan keletihan di jalan, 100 meter dari rumahnya.

Mangsa meninggal dunia 6.40 pagi selepas empat jam menerima rawatan di bilik kecemasan Hospital Gua Musang (HGM), malah sempat memberitahu ‘petunjuk’ penting yang membawa kepada tangkapan suspek.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shaharaliza Ab Razak manakala tertuduh diwakili peguam Latifah Ariffin.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Lelaki dihukum gantung sampai mati, Rogol dan sembelih isteri polis sampai mati

“Letih rogol, tidur dulu lah…” – Lelaki tertido 5 jam selepas letih merogol

SUDAHLAH merogol wanita orang kurang upaya (OKU) mental, malah seorang lelaki turut tertidur di rumah mangsa di Serdang, Bandar Baharu hampir lima jam sebelum melarikan diri, semalam.

Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun itu turut ditumbuk sebelum dirogol suspek berusia 50 tahun di dalam bilik tidur mangsa.

Menurut sumber, selepas merogol mangsa, suspek yang keletihan turut tertidur sebelum melarikan diri sebaik tersedar.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit.

“Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber berkata, polis yang menerima maklumat itu kemudian bertindak mengesan suspek sebelum berjaya menahannya di kawasan Serdang sejam selepas mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Baruddin Wariso ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan suspek kini sudah ditangkap dan direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (2) (K) Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Letih rogol, tidur dulu lah…” – Lelaki tertido 5 jam selepas letih merogol

Rupa-Rupanya Anuar Zain Ada Masalah Sejak Tahun Lalu, Katanya Kini Sudah Pulih

 
Nama penyanyi Anuar Zain memang dikenali dengan kelunakkan suara nya yang mampu membuat bulu roma berdiri.

Rupa-rupanya ramai yang tahu tahu bahawa penyanyi ini mempunyai masalah kehilangan suara yang dihadapi sejak tahun lalu.


Masalah kehilangan vokal ini berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu.

Situasi itu membuatkan Anuar Zain dikatakan mengalami tekanan teruk.

Bagaimanapun, menerusi satu sidang media, adik kepada Ziana Zain ini telah mampu menarik nafas lega apabila, apabila dika kini telahpun pulih sepenuhnya.


Sehubungan itu, Anuar Zain berharap para peminat nya tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya lagi.

Malah, Anuar kini sudah bersedia untuk kembali beraksi dan membawakan lagu bernada tinggi.

Ini komen Anuar Zain:

"Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak menjayakan tiga acara termasuk di Singapura.

"Selepas mendapatkan rawatan, suara saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu membawa lagu mengikut kemampuan sendiri.

"Doktor pun tidak melarang saya menyanyi dengan nada tinggi,"

Anuar Zain menerangkan perkara berkenaan di sidang media Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di ibu negara, petang tadi.

Konsert anjuran Kharisma Entertainment itu akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 April depan.

Ini adalah konsert berskala besar Anuar Zain untuk tahun baru ini dan penyanyi berumur 48 tahun ini menjanjikan beberapa konsert lain bakal menyusul.

Anuar Zain merupakan penyanyi yang hebat di Malaysia dan pernah memenangi anugera AIM dan juga Anugerah Bintang Popular kategori Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2003.

Sumber: Berita Harian

Harga minyak 1 Feb-7 Feb 2018: RON95 dan RON97 naik 2 sen, diesel naik 3 sen

Dua beradik disyaki lemas lepas bermain di tali air ditemui selamat berpelukan atas pokok

“Gambar nampak macam kera ke manusia?” – Tun Mahathir

Remaja lelong dara RM4.12 juta untuk beli rumah baru buat ibu

SEORANG remaja warga Brazil mendakwa membuat lelongan ‘daranya’ bagi meraih £745,000 (RM4.12 juta) untuk membelikan rumah baharu buat ibunya.

Rosalie Pinho, 19, dari Minas Gerais di tenggara Brazil memberitahu dia menerima tawaran sebanyak £438,000 (RM2.42 juta) dalam tempoh hanya 12 jam selepas memulakan lelongan.

Bagaimanapun dia berharap untuk meraih lebih banyak lagi sebelum tempoh lelongan berakhir pada Mei.

Gadis itu berkata, keadaan kewangan keluarganya mendorong dia membuat tawaran yang kontroversi.

Remaja lelong dara RM4.12 juta untuk beli rumah baru buat ibu

Remaja lelong dara RM4.12 juta untuk beli rumah baru buat ibu

Dia turut mengakui menerima banyak komen negatif dalam talian berhubung tindakannya itu.

Bercakap kepada Mirror Online, Rosie tetap dengan keputusannya.

“Saya buat untuk keluarga saya. Terdapat tujuh orang dalam keluarga kami.

“Selepas bapa meninggalkan kami 10 tahun lalu, semuanya menjadi begitu sukar,” jelasnya. – Mirror

Sumber: Mstar



Sumber Remaja lelong dara RM4.12 juta untuk beli rumah baru buat ibu

“Netizen tak faham erti menjaga hati sesama manusia” – Haqiem Rusli

“Tak kisah nak kata apa, yang menyindir tu ada bantu ke?” – Joy Revfa

Mustahil ada kerjasama UMNO-PAN di Kelantan

JELI: UMNO menafikan dakwaan bakal wujud pakatan antara parti itu dengan Parti Amanah Negara (PAN) bagi menjatuhkan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dakwaan itu tidak berasas dan sering ditimbulkan pihak pembangkang setiap kali menjelangnya PRU.

Beliau berkata, mereka mencipta pelbagai spekulasi bagi melemahkan UMNO dan meyakinkan pengundi.

"Macam-macam sangkaan dan kenyataan dikeluarkan apabila semakin dekat tarikh PRU-14.

"Kita orang lama berpolitik ini sudah biasa dan matang sangat dengan spekulasi sedemikian," katanya selepas melancarkan program Jualan Sentuhan Rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kampung Gemang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah yang disiarkan dalam sebuah portal berita kononnya PAN dan UMNO berpakat menjatuhkan parti itu di Kelantan pada PRU-14.

Nik Amar yang juga Timbalan Menteri Besar mendakwa, wujud perbincangan dan perjumpaan antara kedua-dua parti itu di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, hakikatnya UMNO tidak ada perkongsian dengan mana-mana parti pembangkang, sebaliknya akan menentang sesiapa saja yang turut bertanding dalam PRU-14.

"Saya sebagai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan setakat ini tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan mana-mana pemimpin PAN untuk membincangkan agenda menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan pada PRU-14," katanya.



Sumber Mustahil ada kerjasama UMNO-PAN di Kelantan

PAS tiada halangan sertai IBR khas - Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS tiada halangan untuk menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) khas sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), yang akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata parti itu sudah lama mengamalkan kaedah seperti itu yang dipanggil baiah kepada calon terpilih.

"Mengenai IBR, jika ditetapkan perlu mengikut peraturan itu, kita ikutlah....kalau tidak, kita tidak boleh bertanding. Kita memang sudah ada kaedah yang dipanggil baiah untuk mengikat ahli parti terutama calon supaya tidak menyeleweng dan salah guna kedudukan.

"Memang setiap kali pilihan raya termasuk pilihan raya kecil (PRK), calon mesti berbaiah iaitu dibuat sebelum penamaan calon," katanya selepas mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang tidak menolak kemungkinan melaksanakan IBR khas sempena PRU-14.

Dzulkifli berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama sekiranya parti politik bertanding memohon untuk melaksanakan IBR.

Katanya, walaupun tiada undang-undang memperuntuk supaya mereka berbuat demikian, pihaknya sentiasa mengalu-alukan parti politik untuk menyatakan ikrar mereka membanteras gejala rasuah.



Sumber PAS tiada halangan sertai IBR khas - Mohd Amar

Najib meriahkan sambutan Thaipusam di Kuala Selangor

KUALA SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan lawatan dan kunjungan mesra ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, di sini, sempena perayaan Thaipusam yang disambut di seluruh negara hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri pada jam 11 pagi dengan berpakaian tradisi masyarakat India 'kurta' itu, adalah bagi merasai sendiri kemeriahan suasana sambutan perayaan tradisi bagi masyarakat Hindu itu.

Beliau disambut oleh Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Pengerusi kuil, T Mogana Sundram dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar Najib turut mengambil kesempatan berjalan sekitar gerai di pekarangan kuil dengan melihat pelbagai barangan termasuk makanan, selain beramah mesra dengan penganut Hindu dan peniaga.



Sumber Najib meriahkan sambutan Thaipusam di Kuala Selangor

Intan takut obsesi peminat

KUALA LUMPUR: Obsesi peminat terhadap drama Kekasih Paksa Rela yang sedang disiarkan di slot Akasia TV3 mendorong heroinnya, Intan Najuwa memuat naik gambar bersama kekasihnya di laman sosial.

Intan,20, memberitahu, dia mahu mengalihkan tumpuan netizen daripada drama 28 episod itu seketika dengan berkongsi gambar bersama buah hatinya itu.

"Sebenarnya saya takut melihat fokus keterlaluan peminat terhadap drama Kekasih Paksa Rela hingga ada yang bertelagah di laman sosial. Jadi, saya cuba mengalih tumpuan dengan memuat naik gambar bersama kekasih.

"Tidak sangka pula, perkongsian itu membangkitkan isu apabila ada yang meninggalkan komen lebih suka melihat saya bersama Remy Ishak iaitu gandingan saya dalam drama itu. Pening dibuatnya dengan permintaan peminat yang kadang kala lucu.

"Saya dan kekasih sebenarnya sudah tiga tahun berkawan, namun sekali-sekala ada saja saya memuat naik gambar bersama. Tidak sangka, dia pula turut menjadi bahan gosip pula menerusi perkongsian saya itu," katanya kepada BH Online.

Semakin mencipta nama menerusi watak Hanan Khaira, Intan menafikan perkongsian yang dibuat adalah untuk menutup dakwaan timbulnya 'cinta lokasi' bersama Remy.

"Saya menghormati Remy seperti abang sendiri memandangkan jarak usia kami jauh sebenarnya. Kalau dilihat adegan romantis kami, sebenarnya bukan mudah untuk mewujudkan keserasian itu.

"Kami pernah bergandingan bersama sebelum ini, namun sebagai abang dan adik, tetapi apabila ditawarkan untuk bercinta, janggal sungguh rasanya. Malah, saya pernah 'down' kerana tidak dapat memberikan lakonan mengikut kehendak pengarah.

"Alhamdulillah.. walaupun ada yang memberikan komen negatif dan sebagainya mengenai lakonan saya, namun itu semua menjadi pembakar semangat buat saya," kata bekas blogger berasal dari Johor Bharu itu.



Sumber Intan takut obsesi peminat

Lelaki cedera jatuh Bukit Tabur

AMPANG JAYA: Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki yang cedera selepas terjatuh ketika memanjat Bukit Tabur di Taman Melawati di sini.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 10.43 pagi, menghantar lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Sharin Ab Rani, untuk kerja menyelamat.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata mangsa, Muhammad Muzammir Ismail, 29, dilaporkan cedera di kepala dan calar balar di bahagian badan.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

"Mangsa kemudian dibawa turun ke kaki bukit dengan 'bucket stretcher' dan diserahkan kepada pihak ambulans sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Sumber Lelaki cedera jatuh Bukit Tabur

Selasa, 30 Januari 2018

“Memang Rahsiakan, Tak Sangka Orang Tahu” – Tasha Tidak Mahu Dikenali Kerana Achey

“Abang tahu adik hati kering, tapi biar kena tempat! kalau abang laju tadi…” – Shahrol Shiro

Nama Anak Kembar Zizie Izette Jadi Tumpuan.. Unik Ejaannya

KJ Pakai Stoking Merah & Tali Kasut Pink, Minta Izin Scha Nak Tubuh ‘Bandboy’ Dengan Awal

“Alhamdulilah semua berjalan lancar” – Ezzaty Abdullah selamat jalani pembedahan nanah payudara

“Wah, cantik benar logo Visit Malaysia 2020, tetapi nampak macam kera ke manusia?” – Tun M ‘puji’

Tun M ‘puji’ logo Visit Malaysia

Jika sebelum ini nitizen melontarkan kecaman terhadap rekaan logo ‘Visit Malaysia’ (Tahun Melawat Malaysia) 2020, kali ini giliran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula tampil berbuat demikian.

Dengan nada sinis, Mahathir ‘memuji’ akan kecantikan logo terbabit menerusi rakaman video yang dimuat naik melalui laman Facebooknya, semalam.

“Wah, cantik benar logo untuk Visit Malaysia 2020, tetapi gambar nampak macam kera ke manusia ke? Inikah yang akan menarik orang melancong ke Malaysia.

“Saya fikir, mereka akan berasa pelik. Mungkin kerana pelik ia akan menarik. Itu saya tidak tahu, tetapi saya fikir banyak lagi design (rekaan) yang lebih cantik yang lebih menarik,” katanya.

Menurut Mahathir, beliau percaya rekaan yang jauh lebih baik akan dihasilkan oleh anak muda yang berbakat.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bercadang untuk menarik semula logo mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 meskipun dikritik di media sosial.

Logo yang memaparkan binatang seperti orang utan dan penyu itu dikritik oleh netizen yang juga mempersoalkan kualiti rekaan grafik yang tidak memuaskan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata, logo terbabit akan diguna pakai daripada sekarang hingga tahun berkenaan (2020).

Mohamed Nazri menjelaskan logo berkenaan dibuat sendiri oleh kakitangan di Kementeriannya, dan ia tidak mengeluarkan sebarang kos.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Wah, cantik benar logo Visit Malaysia 2020, tetapi nampak macam kera ke manusia?” – Tun M ‘puji’

Swansea benam The Gunners

SWANSEA menang bergaya di laman sendiri selepas membenam Arsenal dengan jaringan 3 – 1 di Stadium Liberty awal pagi ini.

Arsenal membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Nacho Monreal apabila menerima lorongan cantik oleh Mesut Ozil.

Bagaimanapun, hanya satu minit selepas jaringan The Gunners itu, Swansea menyamakan kedudukan melalui jaringan Sam Clucas.

Nasib Arsenal bertambah malang apabila penjaga gol, Petr Cech membuat kesilapan mudah dan menghadiahkan satu lagi gol untuk The Swans yang dijaringkan oleh Jordan Ayew pada minit ke-61.

Sam Clucas sekali lagi menyumbat gol untuk tuan rumah pada minit ke-86 sekali gus meranapkan harapan Arsenal untuk cuba kembali dalam perlawanan ini.

Perlawanan berkahir Swansea 3 Arsenal 1.



Sumber Swansea benam The Gunners

'Menunjuk semasa memberi sedekah, adakah betul Dato' beragama Islam?' - Deep! Netizen tegur sikap menunjuk jutawan kosmetik

Baru-baru ini, pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, memuat naik gambar jagung bakar yang dibelinya ketika berada di Lombok, Indonesia dengan kapsyen berikut: 
"Jurujual penipu. Mentang-mentang saya nampak rupa orang luar, dia jual jagung ini 30,000 rupiah. Padahal 5,000 rupiah saja. 
"Saya pula beli lebih 10 batang untuk disedekahkan. Siapa pergi Lombok (pernah) kena tipu macam saya?" tulisnya di Instagram. 
Bagaimanapun, tampil seorang netizen, Meita Tristiana, memberi teguran yang paling 'deep' untuk penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' berkenaan, malah turut mendapat reaksi positif netizen lain. 
"Saya dibesarkan di keluarga yang berbeza agama. Saya memilih Kristian , sementara abang saya memilih Islam. 
"Pernah dahulu ketika di zaman sekolah, saya memberi wang saku saya kepada pengemis dan pulang dengan bangga memberitahu perkara itu kepada abang saya dengan berfikir bahawa abang saya pasti suka dan memuji tindakan saya. 
"Tetapi lain yang saya dapat. Abang saya bukannya mahu memuji, tetapi dia menasihati saya. Dia berkata, dalam Islam orang yang mulia adalah semasa dia memberi dengan tangan kanannya tanpa diketahui oleh tangan kirinya.
"Kerana perkara itulah saya merasa bangga mempunyai abang yang beragama Islam. Tetapi bila saya mengetahui perangai Dato' yang selalu menunjuk semasa memberi sedekah, timbul persoalan saya. Adakah betul Dato' seorang yang beragama Islam? 
"Kalau betul, kenapa tak sama dengan apa yang abang saya katakan?" tulis Meita. 
Tepat, padu dan pedas sekali teguran yang diberikan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua agar jangan suka menunjuk-nunjuk apabila memberi sedekah. Cukuplah hanya sekadar diri dan Allah sahaja yang mengetahui niat dan tindakan kita itu. 
Sementara itu, netizen lain juga turut meluahkan rasa kurang senang mereka berhubung perkara yang sama, malah ada netizen dari Indonesia menafikan harga sebatang jagung, 5,000 rupiah. 
"Saya orang Indonesia. Mana ada jagung kat sini 5,000 rupiah," kata Ikhsan Wieharto.


Sumber 'Menunjuk semasa memberi sedekah, adakah betul Dato' beragama Islam?' - Deep! Netizen tegur sikap menunjuk jutawan kosmetik

'Kuku-kuku dia dah mencakar lantai...'

Masa duduk rumah bujang dulu, kami duduk bertiga. Aku namakan kawan-kawan aku itu Zira dengan Jue sajalah ye. Si Jue ini bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Ada satu hari itu, dia balik kerja. Memang kebiasaan kitorang makan malam bersama-sama sambil bersembang-sembang tengok tv kalau tak ada aktiviti dating. Masa makan itu dah perasan mata Jue kemerah-merahan, ingatkan masuk habuk ke apa. Jue sepanjang masa itu diam saja. Tak ada bercakap sangat. Kalau tak, dia memang kepoh.
Maghrib itu, Zira saja yang solat sebab aku dengan si Jue period. Jadi kitorang pun tergolek-golek sajalah di katil, melayan perut kekenyangan. 
Masa si Jue baring terlentang, tiba-tiba mata dia terbuntang ke atas. Aku dah menjerit ketakutan sebab dia tiba-tiba begitu. Ingatkan sawan. Selepas itu suara Jue bertukar menjadi suara jantan. Aku pun terus melompat dari katil berpelukan dengan si Zira. 
Masa ini Jue dah macam dalam keadaan dia nak berlawan dengan 'benda' itu dalam badan dia. Aku cepat-cepat tarik tangan Zira dan pergi ke rumah abang sebelah, rumah bujang. Minta mereka tolong tengokkan Jue. 
Penghuni di rumah sebelah ada dua saja. Salah seorangnya nampak alim sikit. Aku sempatlah pakaikan tudung ikat itik pada Jue, segan kan? Nasib baiklah tak ada pakai hotpant ke apa masa itu. Kalau tak, kau rasa jadi apa? 
Abang berdua itu pun datang, kemudian minta makcik depan rumah juga temankan sebab bimbang orang mengata pula bawa jantan. Makcik itu pun telefon ustaz di taman dan minta dia datang segera. 
Ramai jugalah yang datang ke rumah kitorang untuk menyaksikan apa yang berlaku. Selepas itu uztaz minta kitorang bacakan yassin. Aku dah tentu tak boleh, Zira yang duduk di sebalah aku pun menggigil-gigil baca. 
Masa baca ramai-ramai itu, si Jue ini bukan main lagi agresif. Mata terbuntang-buntang nak melompat ke arah kitorang yang duduk membaca ini. Kuku-kuku dia mencakar lantai, eii! Seram! 
Ustaz itu tolong ubatkan apa yang patut. Renjis-renjis air gitu. Lama kelamaan si Jue semakin lemah. Nampak dia seperti sudah mulai sedar. Lega kerana tiada apa-apa yang teruk terjadi pada dirinya. Tetapi menggigil juga benda depan mata jadinya itu. Alhamdulillah, dia okey tetapi dia memang tidak sedar ketika kejadian. 
Kitorang ada tanya dia, bila dia dah sedar kenapa dia jadi begitu? Dia cerita, semasa dia berjalan kaki dengan kawan sekerja nak keluar dari HKL itu, ada lalu di bilik forensik atau bilik mayat HKL. Masa dia lalu di situ, dia nampak ada satu teksi berhenti betul-betul di depan bilik mayat. Tak ada orang keluar masuk teksi tetapi pintu teksi itu terbuka seperti ada orang naik atau turun. 
Kemudian dia pun tegurlah, "Eh? Mana ada orang tu. Kenapa pintu terbuka?" lebih kurang begitu. Sejak dia 'tegur' perkara itu, sampai dia jejak kaki di rumah dia pun macam separa sedar begitu," katanya. Ustaz yang merawatnya kata ada 'benda' yang menumpang. 
Nauzubillah.. patutlah orang selalu berpesan kalau nampak benda pelik-pelik, jangan ditegur. Kelak buruk padahnya. 


Sumber 'Kuku-kuku dia dah mencakar lantai...'

Ini caranya nak dapatkan kulit flawless dengan hanya menggunakan produk skincare dari Watson

Jika anda mengalami masalah kulit muka berminyak, berjerawat bagai dan sudah puas mencuba pelbagai produk penjagaan kulit muka tetapi malangnya tiada satu pun yang membantu mengatasi masalah itu, mungkin anda boleh cuba mempertimbangkan untuk menggamalkan tips dari wanita ini. 
Menurut Ana Misman, kesemua produk penjagaan kulit muka yang dibelinya dari Watson ini di bawah harga RM200. Murah bukan? Bukan sahaja murah tetapi selamat untuk digunakan dan yang paling pentingnya ada kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
SEJAK Syafiqah Aina keluarkan produk serum dia itu, ramai gila yang beli. Tahukah anda bahawa, drugstore skincare product sebenarnya ada yang lebih bagus dari local skincare? Here the thread how I can get flawless skin only using drugstore skincare (Watson).
Left before, right after. Yup, both are with makeup. Punyalah mengerutu muka dulu sampai parut jerawat dan parut langsung tak boleh tutup. Tak ada edit. 
I bought all of this not more than RM200 di Watson for sure boleh guna dalam dua bulan. Maksudnya, you hanya perlu spend dalam RM100 only sebulan untuk skincare. 
Credit skincare routine: IG @keensalleh. I belajar pakai drugstroe skincare dari dia dan sangat-sangat berkesan serta satisfying nak mati. 
Secara jujurnya, saya sudah cuba bermacam-macam produk untuk bersihkan balik muka sebab I practical as a qs, so banyak kerja under matahari. Setiap hari I boleh cakap ada saja jerawat dan saya penat nak cuci muka saya serta malas nak jaga muka sebab balik kerja saja, penat. 
Kemudian saya mengambil keputusan untuk belanjakan RM2,000 pergi Bella Clinic menggunakan duit saya sendiri dan disebabkan itu saya menyesal gila sampai sekarang. Tak tahu kenapa, mungkin sebab muka saya tak sesuai dengan produk atau rawatan mereka. I buat peeling sebab scar I pun banyak sangat. 
I beli produk mereka seperti yang mereka sarankan. Tetapi masih tak sesuai juga. Muka I masih juga breakout. Sampai mereka macam dah berputus asa nak rawat kulit muka I. 
Ini ha, I beli serum dan sunblock saja. Mahal  teruk! I can't afford that anymore. I'm young and broke. 
Okay, let's started. First of all I akan buang semua makeup dengan makeup remover. Then pergi toilet cuci muka using pond acne clear. I beli yang kecil, bimbang kalau tak sesuai. Tetapi it is f*cking legit. Muka soft gila selepas pakai. Yang kecil not more than RM10. Affordable. 
Then after cuci muka, I scrub my face using St. Ives Apricot Scrub. I forgot the price but not more than RM20 yang besar. This one I cannotlah. Best teruk! Scar I pudar sikit and I can see the different every f*cking day. 

Okey, selepas cuci muka, lap bersih-bersih, pakai mask from Freeman dalam 5-10 minit. Dia ada manuka honey + tea tree oil. Okay, lupa mention yang my skin type: Oily Face. And mostly product I pilih untuk kurangkan oil. This one worth to buy. 
And selepas pakai mask, cuci muka, then I akan sapu cocoa butter formula dekat scars. And ponds acne clear dekat jerawat baru nak naik. The result, esok I bangun, jerawat kecut sikit (tak kecut habis) and second day baru kecut habis. And dia kecut tak hilangkan scar. The best! 

Okay, untuk start makeup. I tak pakai banyak sangat sebab I selalu rushing (memang dari kecil asyik rushing nak pergi ke mana-mana). So I tak tepek banyak-banyak before makeup. I cuma pakai moisturiser  dari Neutogena and sunblock (wajib) dari Biore. Pastu applylah makeup. 
For thos who keep asking me am I  still makan jemaima whitening pills, yes! Tak tahu kenapa I tak boleh move on dari Jemaima. I makan local supplement sebab I tak tahu mana nak cari supplement yang bagus. RM65 sebulan. 

My honest review for jemaima. It helps a lot duirng my recovering. I kerja di site, tak payah pakai sunblock. Sun burn sikit sangat-sangat. Sampai engineer tanya I pakai apa eh tak sunburn? I diam saja, malu nak cakap. I selalu akan berithau apa yang best, apa yang tak best. 
And of course from my previous thread I ada cerita macam-macam produk I pakai dan ramai juga kata kasihan tubuh badan I pakai dan makan macam-macam. I sihat, terima kasih sebab ambil berat. 
Untuk semua drugstore skincare ini boleh jumpa di mana-mana Watson atau Guardina. And untuk supplement jemaima, boleh carai di mana-mana trusted ejen atau boleh terus pergi order di Twitter @arbeauty_ atau Instagram @ar_beautyy sebab I beli di situ almost setahun. Best service. 
Good luck semua! kalau muka licin mesti confident saja nak pergi ke mana-mana. And of course boleh pakai less makeup agar mukta tak rosak sangat. Good luck all the best. Kalau tak okey juga, carilah produk yang okay lagi. Beauty is pain, bukan senang nak cantik. 
Dan kalau boleh berhenti guna local skincare. Muka I dah banyak kali breakout disebabkan menggunakan produk local skincare. 


Sumber Ini caranya nak dapatkan kulit flawless dengan hanya menggunakan produk skincare dari Watson

’Terbuang’ Duit Lepas Penat Kemas Rumah

Kadang-kadang kita terlalu penat mengemas hingga terlupa perkara penting dan menyebabkan kita dalam kesusahan seperti seorang lelaki ini yang ‘terbuang’ duitnya berjumlah 124,000 yuan (RM75,832.40) ke dalam tong sampah sedangkan dia mahu membawa duit tersebut ke bank.

BACA: Geledah Sampah Demi Cincin Berharga RM65,000

Menurut SCMP, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang hanya dikenali sebagai Wang keluar dari rumah dengan membawa dua plastik sampah untuk dibuang sebelum menuju ke tempat kerja.

Selepas sampai di tempat kerja, Wang baru menyedari salah satu plastik sampah dibawanya mengandungi duit yang harus dideposit ke dalam bank.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis dan CCTV menunjukkan seorang wanita tidak dikenali melarikan plastik sampah yang berisi duit itu.

Oleh itu, tindakan polis merayu individu tersebut agar memulangkan plastik sampah berhasil apabila wanita itu datang dan menyerahkan plastik berisi duit yang diambilnya.

Kemudian, Wang menyerahkan 2,000 yuan (RM1,223.07) sebagai saguhati kepada wanita itu kerana memulangkan duitnya kembali.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buang Semua Makanan Gara-Gara Tikus
Nak Buang Air Tapi Nampak Kepala Bayi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)

Rempuh Jejantas Sebab Lipas

Lipas merupakan serangga paling ditakuti ketika memandu kerana ia mampu membuatkan anda hilang fokus terhadap pemanduan seterusnya terlibat dalam kemalangan.

Seorang wanita di Singapura mengalami detik menakutkan apabila dia kemalangan akibat kemunculan serangga tersebut di dalam keretanya.

BACA: Ternak Lipas, Jana RM28,000 Sebulan

Semasa kejadian, wanita berusia 61 tahun itu sedang memandu kereta Mazda berwarna merah sebelum ternampak seekor lipas di dalam kereta menyebabkan dia hilang fokus dan merempuh tangga jejantas di Jurong East Central.

Akibat rempuhan itu, bahagian depan keretanya remuk kerana hentaman kuat dan kejadian tersebut berlaku pada jam 7.30 pagi.

Walau bagaimanapun, nasib menyebelahinya kerana dia hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Umum Ng Teng Fong.

Berikutan itu, pihak polis masih sedang menyiasat kejadian yang berlaku. Walaupun nampak seperti masalah kecil, lipas boleh membahayakan nyawa kita terutama jika kita sedang memandu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kaki Lipas Dalam Kopi, Ini Tindakan McD
Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura

Lelong dara sebab nak tolong ibu beli rumah

SEORANG remaja wanita di Brazil tekad untuk lelong ‘dara’ kerana keluarganya kini sedang berdepan dengan krisis kewangan yang kritikal.

Rosalie Pinho, 19 tahun, membuka harga 'dara' itu bermula £264,000 bersamaan hampir RM1.5 juta.

Menurut portal Metro.uk yang memetik Mail Online, Pinho berharap duit hasil lelongan itu akan dapat digunakan untuk membeli sebuah rumah untuk ibunya selain membayar yuran kolejnya.

Katanya, dia tidak pernah bercinta dengan sesiapa dan tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Tidur dengan seseorang adalah sesuatu yang menakutkan bagi saya, tetapi lebih baik saya hilang ‘dara’ dengan cara ini dan tidak kecewa dengan sesiapa,” katanya.

Pinho mendapat inspirasi untuk menghasilkan laman webnya sendiri setelah melihat ramai wanita lain juga sanggup berbuat demikian.

Katanya sehingga kini ada pihak yang menawarkan harga setinggi £440,000 bersamaan RM2.4 juta dan berharap akan mendapat tawaran setinggi £750,000 bersamaan RM4 juta.

Selain itu, tiada sebarang syarat dikenakan kepada mereka yang ingin membida kecuali pembida perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.

Keluarganya juga tidak tahu mengenai hal ini dan Pinho berpendapat, apa yang difikirkan orang ramai adalah tidak penting.

"Ini tubuh badan saya, dan ini kehendak saya," tambahnya.



Sumber Lelong dara sebab nak tolong ibu beli rumah

Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan

KUALA LUMPUR: Jumlah pengguna Internet dinegara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial.

Kajian terbabit adalah sebahagian daripada hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social.

Laporan berkenaan turut mendedahkan jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial.

Malaysia juga berada di tangga ke-5 dunia dari segi pengunaan e-dagang terbanyak, dengan 40 peratus penduduk Malaysia pernah mengadakan transaksi atas talian.

menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling aktif di laman sosial.

Ini merupakan kali ketujuh laporan berkenaan diterbitkan. Secara keseluruhannya, penguna internet sudah telah mencecah lebih empat bilion di seluruh dunia. 

Ia meningkat kepada tujuh peratus sejak 12 bulan yang lalu, mewakili 53 peratus daripada populasi dunia.
Penggunaan sosial media secara global pula mencecah 3.196 bilion pengguna, meningkat 13 peratus sejak 12 bulan.

Selain itu, pengguna media sosial secara mudah alih  pula meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas kepada 2.958 bilion pengguna dengan 93 peratus mengakses sosial media melalui telefon pintar.

Pengguna media sosial secara mudah alih meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas



Sumber Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan

Dua beradik hilang selamat ditemui berpelukan, berpaut di pokok bakau

DUNGUN: Dua beradik ditemui dalam keadaan berpelukan selepas dilaporkan hilang ketika bermain air di alur Sungai Paka, Dungun, di sini malam tadi.

Mohd Zaidanie Amsyar Zaidi , 6 tahun dan adiknya Mohammad Zaidanie Ammar Zaidi, 4 tahun dijumpai selamat dengan berpaut pada sebatang pokok bakau kira-kira jam 9.45 malam selasa.

Mangsa dikatakan keluar bermain di sekitar kawasan tersebut pada jam 3 petang dan kehilangan mereka disedari oleh neneknya, Rogayah Ibrahim, 60 tahun sejam selepas itu.

Menurut ibu saudara mangsa, Roslinda Zakaria panik dengan kehilangan tersebut gerakan mencari dilakukan sebelum kedua mereka dikesan 6 jam selepas itu.

Katanya ketika mencari dia mengesan suara kanak-kanak menangis sebelum mengarahkan adiknya untuk masuk ke dalam hutan paya berhampiran.

“Mula-mula saya masuk dengan adik dua orang kawasan paya itu memang sunyi. Kemudian saya terdengar bunyi suara menangis dan paras air pada waktu itu diparas leher.

Sementara itu, Pegawai Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zailani Abdullah berkata seramai 14 kekuatan dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 8.08 minit malam.

Menurutnya operasi pencarian melibatkan kawasan seluas satu kilometer persegi dari lokasi yang dilaporkan hilang.

Kita menemui mangsa pada jam 9.47 minit malam pada jarak lapan ratus meter daripada selipar yang dijumpai dan juga mereka dijumpai dalam keadaan berpelukan di atas pokok.

“Kita juga percaya mangsa telah cuba untuk naik ke atas pokok selepas air pasang bagi menyelamatkan diri,” katanya yang memberitahu operasi dihentikan pada jam 10.30 malam.



Sumber Dua beradik hilang selamat ditemui berpelukan, berpaut di pokok bakau

Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik

KANGAR: Isu integriti tidak terhad kepada penjawat awam atau ahli politik semata-mata, sebaliknya ia merangkumi setiap segmen masyarakat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (Integriti) Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Beliau berkata adalah amat penting untuk masyarakat memahami konsep integriti secara menyeluruh yang dapat membantu mengelakkan sebarang salah faham.

"Hendak jadi orang beradab kena ada integriti... sebab itulah dalam menangani isu integriti ini, ia melibatkan setiap lapisan masyarakat, kita tidak boleh fokus kepada sesiapa (mana-mana pihak) dan sebab itulah kita lancarkan salah satunya modul integriti untuk prasekolah.

"Kita percaya anak-anak akan jadi pemimpin pada masa akan datang, jadi mereka perlu dibentuk dari awal bermula usia empat atau lima tahun," katanya kepada pemberita selepas program 'Roadshow Integriti' peringkat negeri di Pusat Koreksional Perlis dekat sini, pada Selasa.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyampaikan titah menutup program berkenaan.

Dalam pada itu, Anis Yusal berkata pihaknya sentiasa komited dalam menghasilkan pelbagai modul integriti yang boleh diguna pakai oleh mana-mana pihak termasuk setiap parti politik, jabatan, agensi kerajaan mahupun institusi pendidikan.

"Modul-modul ini dapat membantu menjayakan agenda pembudayaan, penghayatan serta pengukuhan integriti dalam komuniti masing-masing," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sangat terbuka dan bersedia membantu memberikan gambaran jelas dalam perencanaan program atau aktiviti integriti agar lebih tersusun dan memberi impak menyeluruh kepada kumpulan sasaran.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah integriti harus dibudayakan dalam masyarakat dan ia bukanlah satu pilihan jika rakyat mendambakan negara yang sejahtera dan maju.

"Tidak kira apa juga agama yang kita anuti, setiap daripada kita perlu memainkan peranan yang menyeluruh untuk menyemai nilai-nilai murni demi melahirkan satu komuniti yang berintegriti, selaras dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara," titah baginda.

Pada jerayawara itu, pihak Integriti turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kolej Universiti Islam Perlis untuk bekerjasama dalam bidang-bidang berkaitan usaha memupuk agenda integriti.

-- BERNAMA



Sumber Integriti tidak terhad kepada penjawat awam, ahli politik