Minggu, 31 Desember 2017

Kau Sambut Tahun Hijriah Atau Masehi?

Terlalu ramai fascist agamawi di media sosial sekarang. Yang suka menilik perkara-perkara kecil dengan mikroskop berkuasa tinggi. Sampai inti kuih pau pun nampak seperti rembesan sperma beruk.

Lalu dengan bangga mengagung-agungkan perspektif ekstrim itu untuk mengindoktrinasi seluruh dunia sejagat. Sambil menyangka (dengan tahap perasan mengalahkan cipan yang lupa dirinya binatang): bahawa konon dia sedang berjihad dengan kebenaran yang paling kudus.

Serius. Kadang-kadang saya rasa macam mau lembing pipi manusia keji ini dengan batang paip berkarat yang dipungut dari kilang besi buruk. Sengaja pilih pipi dan bukan dada, supaya orang itu menderita sakit berhari-hari sebelum mati.

Sebagai contoh fascist agamawi: masih ada yang mengigau-igau bahawa Tahun Masehi itu kafirun totok, dan Tahun Hijriah itu sangatlah mulia Islami. Kemudian saling merendah-rendahkan sesama sendiri; yang akhirnya membawa sengketa yang tidak perlu.

Ok, mari saya tolong sedarkan kalian dari fantasi gila ini. Supaya tiada yang terus bebal mahu mencetuskan adu-domba sesama ummah. Atau sengaja jerumuskan manusia lain kepada pembaziran tenaga mental untuk membahaskan hal-hal kosmetik.

Jangan salah faham. Sebenarnya, kalau ada yang lebih suka guna kalendar Hijriah sebagai titik sambutan tahun baru, itu tiada masalah. Yang salahnya, bila secara terbuka mengindoktrinasi anutan peribadi itu sebagai paling Islamik. Kemudian mencerca pilihan orang lain.

Faham tidak isunya di sini? Bukan soal apa pilihannya: Hijriah atau Masehi. Mana-mana pun ok. Tapi tentang sikap suka menghakimi kecenderungan orang lain, dalam keadaan dia sendiri tidak faham apa yang dihakiminya.

Dari segi historia rohani, Tahun Masehi menggunakan kelahiran Nabi Isa sebagai mercu rujukan. Tahun Hijriah pula berpasak pada peristiwa penghijrahan Nabi Mohammad dari Mekah ke Madinah.

Kedua-dua nabi ini dimuliakan oleh Allah dalam Al-Quran, dan wajib diimani oleh semua penganut Islam. Motifnya di sini? Tiada kurang atau lebihnya nilai Islami antara kedua-dua sistem kalendar tersebut. Jika gigih sangat mau menyukatnya dengan pengukur spiritual pun.

Namun begitu, bukan kegagalan menghayati nilai historia agama ini yang menjadikan sentimen golongan fascist agamawi itu bangang tak dapat ditolong. Tetapi sebab ketidakfahaman mereka pada konteks sains di sebalik dua sistem pentarikhan tersebut. Hingga mereka gagal mencerap timbangtara kelebihan dan manfaat kedua-duanya.

Baik kalendar Hijriah (al-qamariah: berasaskan bulan) mahupun Masehi (as-syamsiah: berasaskan matahari), kedua-duanya ada manfaat praktikal yang tersendiri dari segi sains.

Kalendar Hijriah berasaskan pusingan bulan mengelilingi bumi. Jadi kalendar ini memberi kita kedudukan relatif bulan setiap hari. Amat berguna untuk memahami jadual pasang-surut air laut. Dalam konteks aktiviti tani tradisional (komuniti Dusun misalnya), ia juga membantu mengenal hari paling sesuai menyemai benih.

Kalendar Masehi pula berasaskan pusingan bumi mengorbit matahari. Jadi pentarikhan mengikut sistem as-syamsiah ini memberi kita jarak relatif bumi dari matahari. Ia penting untuk mengenal pertukaran empat musim di kedua-dua hemisfera utara dan selatan bumi; serta memahami transisi monsun di kawasan khatulistiwa dan tropika. Pengetahuan ini sangat berguna untuk pelayaran.

So, what exactly my point here?

Saya mau tunjukkan pada para facist agamawi ini bahawa dalam dua-dua kalendar tersebut, tersemai rahmat tuhan yang telah digali sebagai ilmu oleh manusia. Jadi, mari kita semua manfaatkan ia. Don’t get busy-body judging each other.

Kalau ada yang tiba-tiba berhujah pula: TAPI kalendar Gregorian itu diasaskan oleh orang Barat yang tidak beriman kepada yang maha esa! Bah, mari sini saya terajang kontol kamu sampai pecah. So what? Kalau ilmu itu ditemui atau dikembangkan oleh penganut Kristian atau Yahudi atau Hindu atau Buddha: kita umat Islam tak boleh manfaatkannya?

Ilmu wajib dipelajari dan dipraktik dalam hidup. Tidak kira siapa yang mengolahnya, asalkan ia membawa kebaikan dan tidak menyanggah akidah. Empayar Islam yang pernah megah suatu ketika dulu pun telah membina kegemilangan tamadun ilmunya dengan menggali warisan yang ditinggalkan oleh Greek dan Yunani (dalam pelbagai bidang termasuk astronomi, matematik, etc).

Mengambil semangat sempena tahun baru, mari kita bebaskan diri daripada ketaksuban gampang yang sia-sia. Agama itu untuk memudahkan hidup; bukan mahu menyusahkan.

Antara ‘Insya Allah’ dan ‘In Sha Allah’ pun kadang-kadang boleh bergaduh. Macam anjing kaki salak yang tiada kerja lain. Kalau kamu suka versi pertama, sila guna. Kalau suka versi kedua, pun tiada masalah. Ini hanya ejaan. Yang penting fonetik dan makhrajnya munasabah.

Kalau gigih sangat mau yang tepat, gunalah ejaan asal dalam Bahasa Arab. Bila telah dirumikan, tentu ia akan mengikut tradisi pengucapan sesuatu bangsa. Kita orang Malaysia ada cara sendiri menulisnya. Zakir Naik orang Hindi, juga ada cara sendiri. Tak perlu mau homogenkan satu alam buana.

Salahkah dari segi akidah kalau saya mau tulis ‘Insya Allah’ sebab saya sudah terbiasa menulis begitu bertahun-tahun?

Meminjam kata-kata seorang pemimpin muda negara: “Tak payah bajet suci sangat.” Perkara yang mudah jangan disusah-susahkan.

Masih ada banyak kebejatan dan cabaran yang lebih penting untuk kita tangani di dunia ini. Get your priority right. Barulah minda kita minda yang terbilang. Gitu.

Selamat menyambut Tahun Baharu Masehi,



Sumber Kau Sambut Tahun Hijriah Atau Masehi?

Kahwin beramai-ramai raikan sambutan tahun baharu

JAKARTA: Pelbagai ragam dan cara dilakukan bagi meraikan sambutan tahun baharu supaya ia menjadi kenangan membuka tirai tahun 2018.

Di Indonesia, ratusan pasangan memilih untuk melangsungkan perkahwinan serentak pada malam tahun baharu.

Seramai 437 pasangan berkumpul di kawasan tempat letak kereta di jalan utama Jakarta bagi melangsungkan perkahwinan mereka, disaksikan ahli keluarga serta orang ramai.

Kesemua pasangan pengantin ini berusia antara 25 dan 49 tahun dengan latar belakang dari keluarga miskin.

Majlis perkahwinan berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran Gabenor Jakarta, Anies Baswedan yang menyifatkan penganjurannya merupakan satu tanggungjawab kerajaan untuk membantu orang susah melangsungkan perkahwinan mereka.

“Ini adalah peluang bagi kami memenuhi sebahagian daripada kewajipan kerajaan untuk memastikan rakyat Jakarta mendapat pengiktirafan sebagai pasangan yang sah, mendirikan sebuah keluarga,” ujarnya.

Indonesia mempunyai populasi Islam terbesar di dunia.

Setiap pasangan dinikahkan oleh Penghulu, Ketua Kapung atau Ketua Agama.



Sumber Kahwin beramai-ramai raikan sambutan tahun baharu

Kembara 10 negara berjaya atas kata sepakat peserta

KUALA LUMPUR: Perasaan risau dan khuatir tidak dapat dinafikan dalam kalangan lapan peserta Kembara Inspirasi Haji yang melakukan perjalanan sejauh 16,000 kilometer menerusi jalan darat dan udara untuk ke tanah suci pertengahan tahun ini.

Namun ia satu cabaran yang dipenuhi risiko yang perlu mereka ambil kerana pengembaraan yang belum pernah dilakukan oleh warga Malaysia dengan berkenderaan pacuan empat roda itu sememangnya dipenuhi dugaan, apatah lagi merentasi 10 negara.

Perjalanan darat bermula dari Kuala Lumpur 18 Julai melalui hampir 30 bandar dan bandar raya di negara seperti Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Emiriyah Arab Bersatu melibatkan perjalanan sejauh 14,600 km dan baki perjalanan dari Dubai ke Jeddah terpaksa diteruskan melalui udara disebabkan kelewatan memperoleh visa haji.

Pengembaraan mereka melalui jalan darat itu memberi satu kesedaran bahawa tiada apa yang mustahil jika ia dilaksanakan dengan perancangan penuh teliti dan teratur berserta persefahaman dan pemuafakatan sesama peserta.

Menurut Pengarah Projek Kembara Khir Ariffin, mereka pernah melakukan perjalanan setakat selatan China sebelum ini tetapi pengembaraan itu menghadapi masalah akibat sikap peserta yang mahu bertindak bersendirian.

Sepanjang pengembaraan, masa mereka banyak dihabiskan di dalam kenderaan dengan jarak perjalanan antara 250 km dan 1,000 km sehari yang ada kala sehingga awal pagi untuk sampai ke suatu destinasi dengan masa tidur mereka amat singkat dan ada kala tidak dapat mengelak daripada terlelap ketika dalam kenderaan walaupun dalam sedang menikmati keindahan alam semula jadi.

Pengembaraan mereka tidak selalunya manis, ada juga saat cemas dan penuh debaran seperti dikelilingi pasukan keselamatan yang bersenjata api dan ditahan di balai polis di Tupan, daerah Urumqi, China semata-mata kerana menunaikan solat di dalam sebuah masjid.

Bersolat di dalam masjid hanya dibenarkan ketika masuk waktunya dan jemaah dipaksa beredar dan pintu ditutup apabila selesai solat berjemaah dalam tempoh kurang 30 minit.

Ketika dalam tahanan polis untuk beberapa jam, perasaan yang paling membimbangkan ialah nasib pengembaraan mereka jika dihalau dari China tanpa menamatkan misi kembara itu.

Namun, segalanya berakhir dengan baik selepas perbincangan dan penjelasan yang disampaikan kepada pihak berkuasa China itu yang dunia sedia maklum sukar bagi warga asing terutamannya media untuk bergerak bebas di negara paling ramai penduduk tersebut.

Malah, kehadiran mereka dipercayai sudah dipantau oleh pihak berkuasa China sebaik sahaja mereka memijak masuk ke bahagian pemeriksaan sempadan China-Laos pada 22 Julai dengan pemeriksaan yang mengambil masa lebih tiga jam.

Ketika hendak memasuki bandar Shadian di wilayah Yunan, mereka diiringi sebuah kereta pihak berkuasa sehingga ke sebuah hotel pada 4.30 pagi manakala semasa melawat aktiviti kem musim panas di Masjid Xida di Jijie tidak jauh dari Shadian, mereka dipaksa memadamkan semua rakaman video dan foto aktiviti itu atas arahan seorang anggota polis yang sudah memerhatikan mereka sejak awal lagi.

Setiap penjuru bandar yang dilewati peserta kembara termasuk di lebuh raya dilihat dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantauan pergerakan orang awam.

Sepanjang 17 hari di empat wilayah --Yunan, Sichuan, Gansu dan Xinjing di China -- perjalanan mereka adalah lancar kerana melalui lebuh raya yang sungguh lebar dengan kawasan rehat yang luas dan selesa dilengkapi pelbagai kemudahan.

Pemandangan melalui bukit dan gunung dengan warna alam amat mengkagumkan di selang-seli dengan kawasan dataran menghijau dan seni bina tradisional rumah di sepanjang perjalanan di lebuh raya.

Dalam perjalanan ke daerah Wudu di wilayah Gansu, mereka terpaksa melalui kira-kira 50 terowong yang membuktikan betapa pesatnya pembangunan infrustruktur di negara itu, sekali gus menggambarkan keseriusan kerajaan China dalam menghubungkan masyarakat setempat selain menyediakan akses ke kawasan pedalaman.

Dari segi ekonomi dan penggunaan tenaga, kincir angin gergasi kelihatan begitu banyak di kawasan lapang di samping pergantungan pada tenaga solar begitu ketara bagi penjanaan tenaga elektrik.

Dalam setiap perjalanan itu, peserta kembara tidak terlepas daripada terpandang bangunan masjid, sama ada baharu atau lama.

Walaupun jumlah masjid begitu banyak, bilangan jemaah yang datang bersolat fardu terlalu sedikit dan hanya dipenuhi warga tua walaupun kawasan itu padat dengan penduduk beragama Islam.

Malah, semasa peserta kembara menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di bandar Wudu, bilangan jemaah hanya mencukupi 40 makmum.

Semasa hendak memulakan pengembaraan, timbul keresahan dalam kalangan peserta kembara mengenai cerita penindasan dan penganiayaan terhadap orang Islam.

Ketika berada di China, mereka cuba mendapatkan pengesahan mengenainya daripada masyarakat Islam namun mereka menjauhkan diri daripada bercakap mengenainya terutama mengenai dakwah dan jihad.

Hanya seorang lelaki beragama Islam yang memberanikan diri tampil bercerita mengenai kebenaran dakwaan itu serta keadaan dan nasib orang Islam di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Walaupun bukan negara Islam, solat berjemaah oleh peserta kembara di kawasan terbuka seperti di kawasan rehat lebuh raya dan di dalam bangunan yang dipenuhi ramai bukan Islam, dapat dilakukan dengan selesa tanpa diganggu.

Akan tetapi tidak pula di negara Islam seperti Uzbekistan dan Turkmenistan yang boleh mengakibatkan umat Islam ditahan polis apabila solat berjemaah di kawasan terbuka.

"Ya, kita orang muda tidak dibenarkan bersolat di masjid. Saya pernah ditahan kerana bersolat... yang saya tidak tahan apabila mereka ajukan soalan yang menyakitkan hati seperti kenapa kamu bersolat kenapa tidak solat di rumah dan macam-macam lagi,

"Ketika ini ramai polis berpakaian awam yang sentiasa memerhatikan kita... tidak apa, awak sahajalah pergi bersolat," kata seorang pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Pada keseluruhannya, hasrat pengembaraan mereka tercapai kerana selain menunaikan haji, mereka dapat melakukan kerja amal seperti menyumbang makanan dan barang keperluan kepada pelarian Islam di Bangkok, jemaah haji di Makkah, penduduk kampung di China dan kaum nomad di pergunungan Krygyzstan

Kejayaan pengembaraan itu juga terletak pada keadaan kedua-dua kenderaan pacuan empat roda yang sama sekali tidak mengalami sebarang kerosakan walaupun sarat dengan muatan.

Pengembaraan peserta kembara inspirasi haji itu boleh disaksikan dalam dokumentari 13 episod yang akan disiarkan melalui Astro 502 Bernama News Channel pada suku pertama 2018.

--BERNAMA



Sumber Kembara 10 negara berjaya atas kata sepakat peserta

Colorado deputy killed in barrage of gunfire at apartment

The gunman, a 37-year-old who had numerous run-ins with the law was also killed in the shootout.

collorado

DENVER: A gunman opened fire on sheriff’s deputies at an apartment complex near Denver on Sunday, killing one officer before the suspect was shot and killed, the Douglas County Sheriff’s Office said.

Four other deputies and two civilians were shot and wounded by the suspect, identified as 37-year-old Matthew Riehl, who had had numerous run-ins with the law, according to Sheriff Tony Spurlock.

It was not immediately clear why the incident had escalated, Spurlock said.

“All of them were shot very, very quickly and they all went down almost within seconds of each other,” Spurlock told reporters at a news conference, calling it an “ambush-type” attack.

President Donald Trump said on Twitter: “My deepest condolences to the victims of the terrible shooting in Douglas County @dcsheriff, and their families.”

The deputies first responded to a “verbal disturbance” at the apartment complex in Highland Ranch, about 16 miles south of Denver, at about 3 am, the sheriff’s office said in a statement.

Two men were in the apartment, and one of them told the officers that the other was “acting bizarre and may be having a mental breakdown,” the statement said. The officers left the scene after determining no crime had been committed.

About 5.15 am, officers returned after a second complaint. After they entered the residence, the suspect opened fire from a bedroom, killing Deputy Zackari Parrish, 29, and wounding three others.

Parrish, who was married with two young children, had joined the force seven months earlier.

“When he was shot and went down, the other officers went down right around him and they tried to pull him out, but were unable to because of their injuries,” Spurlock said.

At about 7 am, a SWAT team entered the apartment and more shots were exchanged. Riehl was killed and a fourth officer was wounded.

All told, Riehl fired more than 100 rounds before he was shot by police.

The injured officers were identified as Mike Doyle, 28; Taylor Davis, 30; Jeffrey Pelle, 32, and Tom O’Donnell 31. They were taken to hospital and were in stable condition.

Pelle, who had emergency surgery, is the son of Boulder County Sheriff Joe Pelle, according to an online statement from the family.

The identities of the two injured civilians were not immediately disclosed, but Spurlock said he believed they are residents from other apartments. Their injuries were not life- threatening, he said.

The housing complex in an affluent suburban community near Littleton is described on its website as “one of the friendliest apartments” in the area.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Colorado deputy killed in barrage of gunfire at apartment

Complaints over ‘intimidating’ Arabic signs for hit Israeli TV show

Billboards advertising the upcoming season of Fauda have been taken down after complaints from two Israeli cities.

billboarNESHER: Stark billboards in Arabic promoting the new season for a hit Israeli television series have prompted a public outcry from residents intimidated by the signs.

The second season of Fauda, due to begin on Sunday night, was being promoted in cities throughout Israel with large black billboards carrying short phrases in white-lettered Arabic – “brace yourselves”, “on its way to you”, “action will start in a bit” – with no Hebrew translation.

The acclaimed fictional series delves into the complexities of the Israeli-Palestinian conflict through the story of an undercover unit.

The billboard campaign was nationwide, and residents in the northern city of Nesher, near Haifa, and Kiryat Gat in the south complained about the billboards, according to officials.

They have since been removed and replaced across Israel, though it was unclear if the complaints are what prompted any of the removals.

“I’m happy to announce that thanks to our action, the intimidating signs were replaced,” Nesher council member Shlomi Zino said in a Facebook video, gesturing to the new billboard with the word Fauda in Arabic and Hebrew and a picture of an actor.

“We’ll continue protecting you,” Zino said.

Kiryat Gat mayor Aviram Dahari said he would have a sign in his city removed on Sunday, explaining that residents perceived it as a “threat”, according to a Channel 10 television report.

Israeli television company yes, which is airing Fauda, said in a statement that the series “deals with the complex relations between the Israeli and Palestinian sides, speaks Arabic and Hebrew, and therefore, it is only natural that the series would be promoted in these two languages”.

Series creator and writer Avi Issacharoff criticized Dahari and Zino, saying on Twitter that “there’s no reason to be ashamed or afraid of a language. Maybe of ignorant people.”

The 12 episodes of Fauda’s first season tell the story of a Hamas militant being pursued by an Israeli undercover unit, with the story portrayed in meticulously constructed scenes reflective of the daily lives of Israelis and Palestinians.

It won six Ophir prizes awarded by the Israeli Academy of Film and Television in 2016, including best dramatic series.

It has also gained fans globally both due to its availability on Netflix and its appearance at international festivals.

The second season of Fauda was also due to be broadcast on Netflix in the first part of 2018.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Complaints over ‘intimidating’ Arabic signs for hit Israeli TV show

Zuraida yakin pengundi Ampang terus sokong PKR

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, pengundi akan setia kepada PKR kerana beliau berkhidmat dengan baik dan masyarakat setempat berpuas hati dengan khidmatnya.

zuraida-pkr

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang selama 2 penggal, Zuraida Kamaruddin percaya pengundi akan kekal setia kepada PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Wanita PKR itu percaya khidmat yang diberikannya akan memuaskan hati penduduk Ampang.

“Oleh itu, rakyat akan terus sokong kami.”

Katanya, beliau sentiasa bersedia untuk bertanding semula di Ampang atau kawasan lain, yang merupakan satu penghormatan untuk berbuat demikian.

“Kali ini, ia benar-benar penting untuk kami mempertahankan Ampang bersama kami kerana kami berikrar mahu menawan Putrajaya.

“Kami perlu mengekalkan apa yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu dan berjuang untuk merampas kerusi lain.

“Kami perlu mengekalkan kerusi Bukit Antarabangsa dan cuba mendapatkan Lembah Jaya, yang kini dipegang wakil PAS.

“Kami akan menjalankan kajian prestasi dan pilih calon sesuai untuk bertanding di kerusi PAS di Selangor,” katanya.

Zuraida ialah ahli Parlimen selama 2 penggal daripada PKR. Pada PRU lalu, beliau menang dengan 41,969 undi menewaskan Rozaidah Talib daripada Umno yang meraih 28,691 undi.

Pada 2008, beliau memenangi kerusi itu dengan 26,995 undi mengalahkan wakil Umno, Azman Wahid yang memperoleh 23,319 undi.

Walaupun kemungkinan besar berlaku pertandingan 3 penjuru, Zuraida berkata, peluang PKR menang adalah tinggi.

“Kami sentiada dalam ‘mood’ berkempen. Kami rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi.

“Kami hanya menghadapi masalah tertentu berkaitan dasar kerajaan persekutuan terhadap warga asing.

“Di Lembah Jaya khasnya, terlalu ramai pekerja asing, termasuk Rohingya, Indonesia dan Iran.

“Ada dasar tidak jelas mengenai perumahan dan asrama untuk pekerja asing ini.

“Saya sudah bangkitkan isu ini kepada kerajaan persekutuan di Parlimen supaya mereka boleh menubuhkan sebuah badan mengenainya, tetapi belum ada respons lagi.”

Zuraida berkata, pengundi di Ampang mengenalinya dan beliau yakin sebarang isu lama atau skandal membabitkannya tidak akan menjejaskan peluang PH menang pada PRU14.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Zuraida yakin pengundi Ampang terus sokong PKR

‘We’re not weak’: Thai trans boxer to blaze trail in France

Nong Rose says her male opponents were initially rattled - or even angered - by her appearance.

thai-boxerCHACHOENGSAO: Wearing red lipstick and a pink sports bra, Nong Rose trades blows with her twin brother in a Thai boxing gym, preparing for a foreign debut that will make her the first transgender fighter to enter the ring in France.

A few weeks ahead of the Muay Thai match in Paris, the 21-year-old is training hard in central Thailand’s Chachoengsao province, with her brother as sparring partner.

Boxing is part of the siblings’ DNA – they learned how to jab, cross and kick from their uncle, a professional Muay Thai fighter, who started teaching them the basics when they were eight.

“Since (we were) little ones, we used to fight… but she was always stronger than me,” Nong Rose’s twin brother, Somrak Polchareon, told AFP.

In the eyes of the Thai government, Nong Rose is a man named Somros Polchareon.

But she has always felt like a girl, and started dressing like one at the age of 14.

In life as in the ring, where she competes against men, finding her place has not always been easy.

“When I started fighting (as a girl), I was afraid that people would not accept me,” she told AFP, wiping away sweat after a feisty round of training.

While Thailand has a reputation as a free-spirited haven for LGBTQ people, discrimination abounds outside of nightlife and entertainment venues.

The boxer says her male opponents were initially rattled – or even angered – by her appearance.

“In my village everyone knew me so it was easy,” she says. “But outside the city, some boxers looked at me wrong and said that trans people could not win.”

Many trans Thais say they are treated like second-class citizens in a country where changing genders was considered a mental illness by the military as recently as 2012.

The practice is still not legally recognised, causing headaches for those trying to navigate medical care or bureaucratic processes.

Nong Rose, who turned professional after graduating from high school two years ago, pushed through the prejudice by racking up victories in the ring, winning half of her 300 matches.

Today, she is better known for her knees of steel.

“In combat, she always walks on you and hammers you with her knees,” said Chalongchai Meemindee, a 25-year-old boxer known as “Phetsuphan” who faced Rose in November.

“It’s good to have her in the ring because it brings colour and attracts viewers, especially foreigners,” he added.

‘Beautiful Boxer’

Nong Rose is not the first transgender boxer in Thailand.

Nong Toom, whose story is captured in the 2004 film “Beautiful Boxer”, led the way, famously using her championship winnings to pay for a sex change.

“She was my role model,” said Nong Rose, adding that the fighter comes to support her at most matches.

For the up-and-coming boxer, the Paris competition on January 6, against formidable French Muay Thai champion Akram Hamidi, is a chance to advance her career – and bring more attention to trans fighters.

“It helps to promote the trans, to show that we are worth as much as the others. We are not weak,” she said.

Nong Rose says she plans to take her transition to the next step after her boxing days are over.

“Today, I do not take hormones because it affects my condition and my boxing. When you are on hormones, you have much less energy.”

“But as soon as I stop boxing, I do all the operations to finish my transformation.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber ‘We’re not weak’: Thai trans boxer to blaze trail in France

Independent judiciary: PPBM must keep its word, say lawyers

Lawyer Eric Paulsen says as a coalition, it will be difficult for any one top leader to make decisions on his own in PH.

ERIC-PPBM-1

An independent judiciary is a welcome idea, as there is little transparency nor accountability in the appointment and promotion of judges, says Paulsen.

SHAH ALAM: To realise an independent judiciary, it is important for all parties within Pakatan Harapan (PH) to be of one mind, said human rights lawyer Eric Paulsen.

“As a coalition, it will be difficult for any one top leader to make decisions on his own.

“Therefore, if an independent judiciary is on PPBM’s manifesto, then it is up to the coalition as a whole to keep that promise,” he said.

He was responding to a proposal by PPBM chairman Dr Mahathir Mohamad, at the party’s annual general meeting on Saturday, to restore the independence of the judiciary should PH take over Putrajaya in the next general election (GE14).

Paulsen said Mahathir must be reminded that it was during his administration that the judiciary came under its worst attack with the sacking of the then Lord President.

In the 1988 judicial crisis, Salleh Abas (the then Lord President of the Supreme Court) was removed from office and five other Supreme Court judges were also suspended.

An independent judiciary is a welcome idea, as currently there is little transparency nor accountability in the appointment and promotion of judges, Paulsen said.

“We only need to look at the controversial reappointments of the top two judges to know that the system has failed.

“But it is never too late to reform if we want to save Malaysia,” he said.

The prime minister has no obligation to heed the recommendations of the JAC on judicial appointments, says Syahredzan.

The prime minister has no obligation to heed the recommendations of the JAC on judicial appointments, says Syahredzan.

Civil liberties lawyer Syahredzan Johan, while agreeing that the proposal is welcome, said if Mahathir was talking about judicial appointments, the country already has the Judicial Appointments Commission (JAC).

“It’s a case of strengthening that commission and also moving a constitutional amendment to compel the prime minister to heed the recommendations of the JAC.

“As it stands, the prime minister has no obligation to heed the recommendations of the JAC on judicial appointments,” he said.

According to Syahredzan, the JAC has representatives from the Bar Council Malaysia as well as the Attorney-General’s Chambers and stakeholders in the administration of justice.

“Their feedback is more valuable than elected representatives,” he said.

Meanwhile, Mahathir’s lawyer Haniff Khatri Abdulla said while the judiciary during the former prime minister’s tenure lacked independence, Mahathir had never interfered in the respective branches.

Haniff: Mahathir was never involved in the decisions of the three branches.

Haniff: Mahathir was never involved in the decisions of the three branches.

“In my personal observations, historically, Mahathir was never involved in the decisions of the three branches.

“While things have happened during his tenure as prime minister, it could be that the respective branches had worked with Umno for too long and therefore had indirectly acted under the influence of the party,” he said when met by FMT.

He added that Prime Minister Najib Razak had destroyed the separation of powers between the three branches.

“If this matter is not handled according to the Federal Constitution, the country is headed towards the path of anarchy, where democracy is only spoken of but not practised.

“That is an important structure in any democracy. Without separation of powers, democracy will not exist; democracy will die,” he said.

Many quarters had previously blamed Mahathir for removing the separation of powers between the executive, legislature and judiciary when he was prime minister from 1981 to 2003.

We will restore independence of judiciary, says Mahathir

Dr M: Get ready GE14, here I come

Court dismisses Mahathir’s bid to annul appointment of 2 judges

Dr Mahathir’s dilemma and his ‘retribution’


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Independent judiciary: PPBM must keep its word, say lawyers

Guardiola ramal Sanchez akan kekal di Arsenal

PEP Guardiola menjangkakan Alexis Sanchez kekal di Arsenal pada bulan ini walaupun jurulatih Manchester City itu meramalkan Gabriel Jesus akan direhatkan selama dua bulan.

Bintang Chile itu, yang kontraknya kini memasuki enam bulan terakhir, kuat dikaitkan dengan perpindahan ke City pada permulaan musim, dan dilihat hampir pasti berhijrah sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

Sanchez dilaporkan kecewa kerana permohonannya untuk keluar gagal, tetapi sejak itu spekulasi mengatakan kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk dia berpindah, sama ada pada Januari atau pada akhir musim nanti.

Dan, selepas Jesus dijangka berehat dua bulan akibat kecederaan ketika seri 0-0 menentang Crystal Palace malam tadi, bekas bos Barcelona itu ditanya sama ada berita ia mendorong minatnya terhadap Sanchez.

Tetapi Guardiola tidak melihat bekas penyerang Barcelona itu meninggalkan Arsenal dalam beberapa minggu ini.

"Saya tidak tahu," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada City semakin hampir mendapatkan Sanchez.

"Dia pemain Arsenal dan saya fikir dia akan kekal di sana. Kami akan mengadakan mesyuarat dan melihat apa yang terbaik (daripada segi perpindahan), tetapi dia adalah pemain Arsenal dan saya fikir dia akan (kekal di sana). "

Walaupun seri dengan Palace menamatkan rentetan 18 kemenangan liga City, mereka kekal sebagai pasukan yang belum kalah dalam liga utama England musim ini.

Guardiola menegaskan bahawa mereka tidak akan menyamai "Invincibles" Arsenal pada 2003-04 dengan mengharungi keseluruhan musim tanpa tewas.

"Saya bersumpah kepada kamu," katanya. "Itu tidak akan berlaku. Mungkin Arsene (Wenger, pengurus Arsenal) bimbang tentang itu, tetapi seperti saya katakan kepadanya, 2004 adalah untuknya.

"Hari ini banyak berbeza dengan 2004. Banyak pasukan-pasukan yang kuat, banyak pertandingan dan banyak perlawanan. Ia (musim tanpa kalah) tidak akan berlaku."



Sumber Guardiola ramal Sanchez akan kekal di Arsenal

Pemain Liverpool gembira dengan penggiliran dibuat Klopp

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan pemainnya gembira dengan penggiliran dalam skuad, memberi amaran bahawa tiada siapa dijamin mendapat tempat kesebelasan utama.

Ketibaan Virgil van Dijk dengan perpindahan £75 juta (RM412 juta) dari Southampton dijangka menambah kekuatan mereka, dengan Joel Matip atau Dejan Lovren yang bermain di bahagian pertahanan mungkin diturunkan daripada pasukan utama.

Klopp, yang menyaksikan skuadnya bangkit mengalahkan Leicester City 2-1 semalam, berkata tiada aduan daripada pemain berhubung penggiliran dibuatnya.

"Mereka menyokongnya. Tiada siapa yang memberitahu saya apa-apa yang berbeza," kata jurulatih dari Jerman itu kepada akhbar UK.

"Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kelab bola sepak bagus, anda perlu menghormati ada ramai pemain lain yang sangat baik.

"Kami profesional. Tugas saya bukan untuk memastikan mereka gembira. Saya tidak boleh lakukannya setiap hari. Ia bergantung kepada sokongan mereka terhadap keputusan saya.

"Ini semua tentang prestasi. Jika kamu menunjukkan prestasi baik, ia tidak menjamin kamu bermain perlawanan seterusnya."

Liverpool menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi skuad Klopp hanya empat mata di belakang Chelsea dan tiga mata di belakang Manchester United.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu berkata prestasi semasa pasukannya berada dalam keadaan baik.

"Gini Wijnaldum bermain hebat dalam perlawanan terakhir, juga dengan Alex Oxlade-Chamberlain. Dominic Solanke benar-benar kuat," kata Klopp.

Liverpool akan menentang Burnley dalam aksi seterusnya pada malam ini.



Sumber Pemain Liverpool gembira dengan penggiliran dibuat Klopp

Hodgson bangga tamatkan rekod kemenangan City

CRYSTAL PALACE 0 MANCHESTER CITY 0

Roy Hodgson memuji disiplin yang ditunjukkan Crystal Palace ketika mereka menamatkan rentetan 18 kemenangan Manchester City dengan seri 0-0 dalam Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, malam tadi.

Palace melepaskan 10 gol dalam dua pertemuan dengan City sebelum ini dan turun sebagai pasukan bukan pilihan memandangkan prestasi cemerlang yang dimiliki skuad Pep Guardiola itu.

City tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam liga sejak seri tanpa jaringan dengan Manchester United pada April tetapi mereka dibelenggu dengan ketumpulan penyudah.

Sergio Aguero, Bernardo Silva dan Leroy Sane mempunyai peluang terbaik, namun Palace tetap utuh dengan Wayne Hennessey menyelamatkan beberapa percubaan.

Satu mata diraih itu mengangkat Palace keluar dari kelompok tiga tercorot di atas West Ham dan Hodgson nyata gembira dengan persembahan pasukannya.

"Pada masa seperti ini, lebih baik memberi tumpuan bagaimana kami bermain dan berikan pujian kepada pemain," katanya dalam sidang media.

"Saya sangat gembira dan bangga dengan persembahan itu. Saya fikir ia sangat baik daripada segi komitmen, fokus dan keinginan mereka. Jika kamu terleka sebentar, mereka akan menghukum kamu."

Palace sepatutnya meraikan kejayaan dramatik ketika Luka Milivojevic mengambil sepakan penalti, namun pemain tengah itu meledak lurus ke arah Ederson sekaligus memudahkan penjaga gol itu menyelamatkan keadaan.

Ia adalah penalti lewat kedua dipersia-siakan Palace pada bulan ini selepas Christian Benteke gagal melakukannya ketika seri 2-2 dengan Bournemouth.

Walaupun kecewa, Hodgson percaya terdapat banyak perkara positif yang boleh dibina Palace apabila mereka bertekad mahu menjauhkan diri daripada kelompok tiga terbawah.

Tambahnya: "Ia adalah satu persembahan yang sangat baik dan jika anda memberi kami satu mata sebelum perlawanan, kami semua akan melompat gembira.

"Apabila anda mendapat penalti lewat dan terlepas peluang itu seperti dilakukan sebelum ini, ia akan ada unsur sedih atau terlepas peluang.

"Tetapi saya beritahu pemain bahawa jika kami bermain baik minggu demi minggu, kami berpeluang cerah untuk kekal berada dalam liga ini," katanya lagi.



Sumber Hodgson bangga tamatkan rekod kemenangan City

Seri lagi: Ada yang perlu diubah di Manchester United - Pogba

MANCHESTER: Paul Pogba berkata "sesuatu harus diubah" di Manchester United berikutan keputusan seri ketiga berturut-turut diraih mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Skuad Jose Mourinho diikat 0-0 oleh Southampton di laman sendiri semalam, keputusan yang membolehkan Chelsea melonjak mengatasi mereka di tempat kedua liga.

United seri tiga perlawanan berturut-turut selepas tewas 2-1 kepada Bristol City dalam suku akhir Piala EFL pada 21 Disember lalu, sekali gus bulan tersebut dianggap sebagai tidak menjadi buat Red Devils.

Pogba menggesa rakan sepasukannya agar "bangun" dan pergi ke Everton esok dengan tekad mahu mengembalikan rentak kemenangan.

"Sudah tentu kami mahu menang," katanya kepada MUTV. "Kami seri lagi. Kami tidak kalah tetapi kami perlu bangun dan kembali kepada rentak kemenangan. Kami perlu menang, ada yang perlu diubah dan kami perlu berubah untuk menang.

"Kami perlu berehat. Ia hanya satu hari dan kami perlu bermain menentang Everton -- itulah bola sepak. Kami perlu ke sana untuk menang."

Kekecewaan United bertambah dengan kehilangan Romelu Lukaku akibat kecederaan kepala, dengan Mourinho menjangkakan pasukan beraksi tanpa penyerang itu untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan berikutnya.

Pogba mengakui kehilangan pemain antarabangsa Belgium itu adalah satu tamparan besar, tetapi berkata United mempunyai kekuatan bagi mengatasinya.

"Apabila kami mempunyai Romelu, dia memberikan kesukaran kepada pertahanan dan mencipta banyak ruang," katanya. "Kami cukup terasa dengan kehilangannya tetapi kami mempunyai keupayaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Romelu."



Sumber Seri lagi: Ada yang perlu diubah di Manchester United - Pogba

"The Last Jedi" catat kutipan lepasi AS$1 bilion

FILEM paling hangat tahun ini, "Star Wars: The Last Jedi" terbitan Disney-Lucasfilm melepasi kutipan AS$1 bilion (RM4.10 bilion) bagi tempoh kurang tiga minggu.

Bagi tempoh Jumaat-Sabtu, filem itu berjaya merekod kutipan global AS$120.4 juta, dengan AS$52.8 juta dicatat bagi pasaran domestik dan AS$68 juta bagi pasaran antarabangsa.

"The Last Jedi' juga merupakan filem ke-4 melepasi kutipan AS$1 bilion bagi tahun ini, selepas "Beauty and The Best" (AS$1.26 bilion), "The Fate of the Furios" (AS$1.24 bilion) dan "Despicable Me" (AS$1.03 bilion).

Ia kini juga jadi filem ke-8 dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Amerika Syarikat dengan AS$517.1 juta, di belakang "Rogue One: A Star Wars Story" di tangga ketujuh.

Selepas  hampir sebulan ditayangkan "The Last Jedi" terus menjadi filem nombor satu di negara seperti Denmark, Perancis, Hungary, Jerman, Iceland, Norway dan Sweden.

Ia juga ungguli carta filem di Jepun.



Sumber "The Last Jedi" catat kutipan lepasi AS$1 bilion

Senarai Filem Melayu Terbaru 2018

Filem Melayu 2018

Berikut senarai filem yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2018. Filem terbaharu yang lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TAJUK : BUSKER
Tarikh Tayangan : 11 Januari 2018
Genre : Romantik / Remaja
Skrip : Fairul Nizam Ablah
Pengarah : Syed Fariz
Pelakon : Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Trailer : https://youtu.be/DgBCcnmpI5U
Busker filem

TAJUK : BUKAN CINTA MALAIKAT
Tarikh Tayangan : 25 Januari 2018
Genre : Drama / Romantik
Pengarah : Aziz M Osman & Herdanius Larobu
Pelakon : Fachri Albar, Nora Danish, Ashraf Muslim, Donita
Terbitan : Genesa Perkasa Films / Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Trailer : https://youtu.be/8EfjbiYyUpQ

Bukan Cinta Malaikat

TAJUK : MAKRIFAT CINTA 
Tarikh Tayangan : 1 Februari 2018
Genre : Drama / Ngeri
Pengarah : Kamal G
Pelakon : Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra,
Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi, Sabrina Ali
Terbitan : Dhananwoodd Films Sdn Bhd
Trailer : https://youtu.be/XEbTagOaReI

Makrifat Cinta

TAJUK : SURF THIS LOVE
Tarikh Tayangan : 22 Februari 2018
Genre : Drama / Romantik
Pengarah : Waan Hafiz
Skrip : Waan Hafiz & Shamsul Hazreai
Pelakon : Shukri Yahaya, Cristina Suzzane, Pekin Ibrahim,
Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, Ardell Aryana
Terbitan : GSR Production Sdn Bhd / Cloud Niners
Trailer : https://youtu.be/V0sijVlMP0E

Surf This Love
AKAN DATANG

TAJUK : XX RAY 3
Tarikh Tayangan : 2018
Genre : Fiksyen Sains
Pengarah : Aziz M. Osman
Pelakon : Izzue Islam, Ardell Aryana, Ashraf Muslim,
Adam John, Nabil Syahir, Radzi Mansor
Terbitan : Ace Motion Pictures Sdn Bhd
Teaser : https://youtu.be/3yxyjnQxeF0

XX Ray 3

TAJUK : ONE, TWO, JAGA
Tarikh Tayangan : 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Nam Ron (Sahili Abdan)
Pelakon : Zahiril Adzim, Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi,
Ario Bayu, Asmara Abigail, Bront Palarae, Azman Hassan
Terbitan : Pixel Play Sdn Bhd
Trailer : http://ift.tt/2EnoKf7

TAJUK : KL SPECIAL FORCE
Tarikh Tayangan : Mac 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Syafiq Yusof
Pelakon : Fattah Amin, Rosyam Nor, Syamsul Yusof,
Sabrina Ali, Esma Daniel, Ramona Zamzam, Mustaqim Bahadon
Terbitan : Skop Production Sdn Bhd

KL Special Force

TAJUK : POLIS EVO 2
Tarikh Tayangan :  September 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Joel Soh
Pelakon : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah,
Hairul Azreen, Riz Amin, Raline Shah
Terbitan : Blackflag Sdn Bhd

TAJUK : HANTU KAK LIMAH 3
Tarikh Tayangan : Ogos 2018
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Awie, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin,
Ropie Cecupak, Mus May, Erra Fazira, Datuk Seri Vida
Terbitan : Infinitus Productions & Astro Shaw

TAJUK : LANGSUIR
Tarikh Tayangan : 2018
Genre : Seram
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Hannah Delisha, Syafiq Kyle, Julia Farhana
Terbitan : Nuansa Sdn Bhd

TAJUK : UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL
Tarikh Tayangan : 2018
Genre : Animasi / Fantasi
Terbitan : Les’ Copaque Production Sdn Bhd

Upin Ipin Keris Siamang Tunggal



Sumber Senarai Filem Melayu Terbaru 2018

UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai

KUALA NERUS: Warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini boleh menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua transaksi di dalam kampus universiti itu.

Langkah itu menjadikan UniSZA kampus tanpa tunai atau 'cashless campus' pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UniSZA pada Ahad, langkah itu adalah bagi mencapai matlamat UniSZA untuk menjadi Kampus Tanpa Tunai terunggul lagi inovatif, bermula dengan mentransformasikan semua perkhidmatan di dalam kampus supaya lebih mudah diakses secara digital.

"Pelajar dan kakitangan UniSZA di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) boleh membuat pembayaran menggunakan eDompet di kedai terpilih tanpa kesulitan pembayaran secara tunai atau kad debit dan kad kredit," menurut kenyataan itu lagi.

Antara kelebihan menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran adalah aplikasi eDompet ini boleh dimuat turun dengan mudah dari App Store atau Google Play.

"Proses pendaftaran sebagai pengguna adalah sangat mudah dan setelah selesai pendaftaran, pengguna boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian.

"Seterusnya pengguna dapat menggunakan eDompet di mana-mana kedai yang mempunyai Kod QR (tertakluk kepada Kod QR yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eDompet di Malaysia)," katanya.

Selain itu, tambah kenyataan itu lagi, pengguna eDompet juga boleh menikmati pelbagai fungsi digital seperti pembelian baucar untuk pembelian secara digital, penambahan kredit untuk talian prabayar, penghantaran wang tunai ke eDompet yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eWallet yang sama, pengeluaran wang tunai ke akaun bank.

-- BERNAMA



Sumber UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai

PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan

SEGAMAT: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih prihatin dan memberi penekanan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan,

Beliau berkata tugas PBT sebagai sebuah kerajaan tempatan telah berkembang dan menjadi lebih besar dalam menghadapi cabaran alaf baharu abad ke-21 ini.

"Desakan dan keperluan untuk PBT berubah didorong oleh saiz masyarakat yang kian bertambah menyebabkan berlaku peningkatan dari segi masalah, keperluan dan isu yang perlu diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Segamat di Dataran Segamat, di sini pada Ahad.

Majlis Perbandaran Segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat.

Beliau berkata selain itu juga peningkatan jumlah masyarakat majmuk kepada saiz yang lebih besar menjadikan keperluan masyarakat semasa jauh berbeza daripada 10 atau 20 tahun dahulu.

Mohamed Khaled berkata pentadbiran beliau mengambil serius mengenai kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh PBT dan mahukan institusi ini menjadi entiti yuang dipacu oleh prestasi.

Turut hadir pada majlis malam ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

--BERNAMA



Sumber PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan

10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 10 lelaki termasuk yang bersenjatakan tukul besi, merompak sebuah kedai emas dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM1.5 juta dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Taman Segar, Cheras, di sini malam ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ismadi Borhan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh serta bersarung tangan dan bersenjatakan tukul besi sewaktu melakukan rompakan.

Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

"Siasatan awal mendapati lima daripada lelaki itu meluru masuk ke premis berkenaan dan memecahkan cermin pameran...manakala lima lagi anggota kumpulan itu menunggu di luar dengan menaiki beberapa motosikal jenis Yamaha 125Z.

"Suspek mengambil masa hanya tiga minit bagi melarikan kesemua barang rompakan...kesemua mereka dianggarkan berusia lingkungan 20-an," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Ismadi berkata setakat ini pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

"Selain itu, pemeriksaan pasukan Forensik turut menemui beberapa bahan bukti seperti puntung rokok yang boleh dikaitkan dalam kes ini.

"Menurut saksi, terdapat bunyi letupan ketika kejadian, bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur senjata api digunakan dan bunyi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada pukulan suspek memecahkan cermin pameran," katanya.

Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

-- BERNAMA



Sumber 10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta

Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan

KUALA LUMPUR: Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam sekali gus menandakan bermulanya tahun baharu 2018.

Malaysia menyertai dunia menyambut kedatangan tahun baharu dengan suasana yang cukup meriah dengan beberapa acara diadakan di seluruh negara yang disertai ribuan rakyat berbilang kaum dan agama.

Di ibu negara, ribuan termasuk pelancong asing menyambut 2018 di beberapa lokasi tumpuan seperti Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang, Menara Kuala Lumpur dan Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC).

Orang ramai mula membanjiri kawasan-kawasan berkenaan seawal 8 malam yang sebelum itu telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang disediakan pihak penganjur sambutan yang rata-rata terdiri daripada pihak swasta seperti pancuran air bercahaya dan konsert.

Bersama kegembiraan dan sorakan "Selamat Tahun Baharu" dan "Happy New Year" yang mengiringi kedatangan 2018, tersemat 1,001 pengharapan dalam kalangan rakyat agar tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun lepas.

Pekerja swasta, Muhammad Afiq Syahmi, 25, yang ditemui Bernama di Bukit Bintang di sini berkata bagi tahun 2018 beliau berharap agar ekonomi negara akan bertambah stabil dan kukuh dalam semua sektor dalam negara.

"Sekarang ini pun kita sudah dapat menyaksikan pemulihan mata wang ringgit yang kini sudah kembali kukuh, kita harap perkara ini boleh berterusan tahun hadapan bagi membawa negara ke depan setanding dengan kuasa ekonomi dunia yang lain," katanya yang hadir ke Bukit Bintang bersama keluarganya seawal 6 petang.

Pegawai perhubungan awam, Lee Pei Yuenn, 26, berkata tahun 2018 diharap dapat membuka satu lembaran baharu dalam memperkukuhkan semangat perpaduan antara kaum di negara ini.

"Kita sudah hidup dalam satu masyarakat besar sejak dulu lagi dan baru-baru ini kita semua tahu ada pihak-pihak yang cuba mengganggu kesepaduan ini, 2018 ini kita harap rakyat lebih sensitif mengenai perkara yang melibatkan kaum dan agama," katanya.

Sambutan tahun baharu di MDCC dimulakan dengan MDCC Fun Run Countdown Run sejauh 5km pada 9 malam dan peserta mengenakan baju berwarna oren terang untuk memeriahkan parti 2018 MDCC Annual Countdown Party yang terletak di antara IKEA dan The Curve, sebelum menunggu acara kemuncak persembahan bunga api terbesar selama 10 minit sebaik sahaja tengah malam.

Di PUTRAJAYA, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di sini bermandikan cahaya dengan pertunjukan bunga api digital menghiasi bangunan Istana Kehakiman, sekali gus menghiburkan kira-kira 500,000 pengunjung yang hadir meraikan malam detik Ambang Tahun Baharu 2018.

Pertunjukan bunga api digital menggunakan teknik kreatif, resolusi tinggi serta sistem bunyi dan kandungan visual yang diterapkan dipancarkan serentak dengan tembakan bunga api secara langsung mengambil masa lima minit itu diadakan sempena penutupan Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) yang telah berlangsung di Dataran Putrajaya sejak Khamis lepas.

Penutupan acara bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai bandar perintis di Malaysia yang menerapkan elemen pencahayaan bersistematik dan dinamik khususnya dalam aspek penggunaan teknologi terkini dan penjimatan tenaga itu diserikan dengan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.

Di MELAKA, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 diadakan di Dataran 1Malaysia Klebang yang dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan disertai ribuan rakyat di negeri itu.

Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan sukan rakyat, kejohanan Muay Thai, demo memasak, persembahan artis jemputan, persembahan kebudayaan, pelancaran Kalendar Acara Pelancongan Melaka 2018 dan pertunjukan bunga api.

Idris dalam ucapanya berkata rakyat Melaka perlu meningkatkan iltizam, membina keazaman dan keyakinan diri demi mencapai matlamat ke puncak jaya serta menjadikan tahun 2018 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Di PERAK, hujan renyai di sekitar bandar raya Ipoh tidak menghalang lebih 10,000 orang menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran Bandaraya Ipoh anjuran kerajaan negeri dan Tourism Perak yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta artis terkemuka tanah air termasuk Datuk Jamal Abdillah.

Turut menjadi tumpuan warga bandar raya Ipoh adalah taman tema Lost World of Tambun yang dibanjiri kira-kira 20,000 pengujung manakala di Dataran Menara Condong Teluk Intan pula, orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar dengan ikon bandar tersebut yang diterangi hiasan lampu-lampu menarik.

Di SEREMBAN, kira-kira 5,000 orang menghadiri sambutan tahun baharu Negeri Sembilan Fest 2017 anjuran Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (PKNS), Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan GIG Technology yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi sejak pukul 8 malam tadi.

Negeri Sembilan Fest 2017 yang telah berlangsung sejak Jumaat lepas turut menyediakan 70 buah khemah jualan selain orang ramai turut disajikan dengan konsert daripada artis Najwa Latif, Dva, Sixth Sense serta Slash, sementara menunggu detik 12 tengah malam.

Di LANGKAWI, Larian Langkawi Fun Nite Run 2017-2018 anjuran Persatuan Pelancongan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memeriahkan sambutan ambang tahun baharu di pulau peranginan itu dengan melibatkan kira-kira 1,000 peserta.

Acara Langkawi International Blues and Roots Aseana (LIBRA), sebuah festival muzik blues pertama di Malaysia melabuhkan tirai dengan membuat kiraan detik ke tahun baharu di Pantai Chenang.

Menyajikan persembahan muzik blues oleh artis-artis dari Malaysia, Singapura dan Australia, acara yang dianjurkan bersama LADA, Itos Cottage Music dan SB Explorer Sdn Bhd itu telah bermula sejak Jumaat lepas dan menarik lebih 3,000 orang genre blues dari dalam dan luar negara.

Di TERENGGANU, konsep sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2018 anjuran kerajaan negeri kali ini diadakan penuh kesederhaan dan pengisian ke arah kerohaniandi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, berbanding sambutan penuh warna-warni pada tahun sebelumnya.

Ambang tahun baharu diisi dengan acara solat hajat perdana, forum agama dan persembahan nasyid daripada kumpulan Far East serta kumpulan Selawat yang bermula pada 10 malam dan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Wan Nawawi Wan Ismail serta barisan exco kerajaan negeri dan penduduk di sekitar daerah ini.

Terdahulu, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata sambutan sedemikian diadakan bagi mengingati penderitaan yang dialami umat Islam di seluruh dunia ekoran penindasan dan kezaliman yang dilakukan musuh-musuh Islam termasuk umat Islam di Palestin.

Pada majlis itu, beliau bagi pihak kerajaan negeri menyampaikan sumbangan RM500,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin untuk disalurkan kepada penduduk Palestin yang kini dizalimi rejim zionis, sebelum solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Ash-Shafie Abd Manan diadakan tepat detik 12 tengah malam.

Di KUCHING, sambutan ambang tahun baharu dirai meriah di Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront) seawal pukul 8 malam tadi dengan persembahan pentas yang bertenaga.

Di samping persembahan muzik, pentas persembahan itu yang dibangunkan sejak semalam lagi turut menyajikan persembahan tarian-tarian tradisional, moden dan juga pertunjukan fesyen untuk menghiburkan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan pentas, walaupun dalam keadaan hujan renyai pada awalnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg tiba di kawasan pentas persembahan sekitar pukul 10.30 malam dengan diiringi Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa menteri Sarawak.

Dalam ucapannya di majlis itu, Abang Johari melahirkan azam untuk melaksanakan semua polisi yang dirangka kerajaan negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak pada tahun baharu ini, dalam memenuhi harapan untuk melakar laluan ke arah mencapai status negeri berpendapatan tinggi 2030.

Acara sambutan berakhir seperti biasa dengan kiraan detik ketibaan tahun baharu, disusuli pertunjukan bunga api yang bergemerlapan menghiasi angkasa, menjadi latar indah yang menghiasi mercu tanda ikonik Bangunan Dewan Undangan Negeri di pinggir sungai itu.

-- BERNAMA



Sumber Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan

Kereta mewah milik Syarikat D'Herbs antara disita dalam Ops Patuh

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta mewah Rolls Royce dipercayai didaftarkan di bawah syarikat D'herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak.

Adalah menjadi kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan disewa oleh seorang lelaki warganegara Australia sebelum disita.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kenderaan itu menggunakan LKM Sarawak dengan bayaran kira-kira RM5,000 berbanding kira-kira RM20,000 di Semenanjung

Bercakap kepada pemberita selepas Ops Patuh di sini, Wan Ahmad Uzir berkata operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

Dalam pada itu, seramai 65 warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Australia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

-- BERNAMA



Sumber Kereta mewah milik Syarikat D'Herbs antara disita dalam Ops Patuh

Palace ikat City

LONDON: Crystal Palace, yang gagal menyempurnakan penalti ketika tambahan masa, menjadi pasukan kedua mencuri mata daripada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila mereka mengikat pendahulu itu 0-0 di Selhurst Park, sebentar tadi.

City, yang seri 1-1 berdepan Everton pada Ogos, meneruskan rentetan tanpa kalah kepada 21 perlawanan tetapi rentak kemenangan mereka terganggu pada 18 perlawanan oleh pertahanan kental Palace walaupun cuba melakukan apa saja pada babak kedua.

Palace memperoleh penalti ketika tambahan masa apabila Raheem Sterling menjatuhkan Wilfried Zaha tetapi sepakan Luka Milivojevic yang biasanya tidak bermasalah menjaringkan gol, diselamatkan Ederson.

Dengan Palace bertahan jauh di kawasan mereka, cubaan paling hampir City ialah menerusi penyerang gantian, Sergio Aguero yang membias pertahanan dan terkena tiang pada pertengahan babak pertama. - REUTERS



Sumber Palace ikat City

Atletico perkenal Costa, Vitolo

MADRID: Atletico Madrid tampil memperkenalkan dua pemain baharu mereka, Diego Costa dan Vitolo sebentar tadi sebaik berakhir hukuman penggantungan perpindahan pemain.

Atletico sebelum ini tidak boleh mendaftar pemain baharu selepas dikenakan penggantungan oleh FIFA kerana didapati wujud penyelewengan daripada segi pembelian pemain.

Tetapi mereka sudah mencapai persetujuan untuk membawa kembali Costa daripada Chelsea dan turut menandatangani penyerang Sevilla, Vitolo.

Kedua-dua penyerang itu boleh membuat penampilan dengan jendela perpindahan musim sejuk membuka pasarannya esok.

"Saya tahu terdapat banyak persaingan, banyak gol yang sudah dijaringkan mereka," kata Costa berhubung prospek bersaing tempat bersama Antoine Griezmann dan Fernando Torres.

Costa mengesahkan perpindahan ke Atletico pada September lalu dengan media Sepanyol melaporkan ia menelan belanja 60 juta Euro (RM 292.3 juta).

Sementara Vitolo pula bersetuju menyertai skuad kendalian Diego Simeone selepas mencapai persetujuan membayar pampasan 37.5 juta Euro (RM 182.7 juta) kepada Sevilla. - AFP



Sumber Atletico perkenal Costa, Vitolo

Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN) kedua, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, bukan sekadar seorang tokoh kesusasteraan besar tanah air, malah seorang pendidik sejati yang tidak hanya mengajar ilmu semata-mata.

Pengarang prolifik, Zainal Rashid Ahmad, yang sempat berguru dengan Shahnon ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Penulisan Kreatif pada tahun 1991, berkata Shahnon adalah seorang guru yang turut mendidiknya mengenai soal nilai.

"Allahyarham sering mengingatkan saya dengan kata-katanya, sastera tidak mendidik orang sebaliknya mendidik penulisnya dengan pegangan terhadap nilai yang mahu dijadikan asas atau falsafah ketika menulis," katanya mengimbau semula hubungan rapatnya dengan pengarang hebat tanah air itu.

Zainal Rashid yang juga Naib Presiden Kanan, Jabatan Jualan Media, TV Al-Hijrah, berkata setahun di USM, beliau banyak menghabiskan waktu bersama pengarang yang mesra dipanggilnya sebagai Pak Shahnon itu.

Bertemu di luar waktu kuliah, Shahnon banyak berkongsi mengenai dirinya serta perasaannya yang sangat khusus terhadap isterinya.

"Ketika itu saya baru berusia 23 tahun dan perasaan cinta luar biasa Pak Shahnon terhadap isterinya banyak mempengaruhi kehidupan saya selepas berumah tangga. Malah beliau juga berpesan apabila kamu kahwin dan punya isteri, hargai serta ingat jasa isteri.

"Pak Shahnon berkata begitu ketika saya bertanya mengapa beliau meninggalkan al-Arqam dan antara sebabnya ialah kerana beliau menolak poligami disebabkan sangat menyintai isterinya. Beliau begitu mengenang jasa dan pengorbanan isterinya yang banyak membantu terutamanya ketika Pak Shahnon dalam fasa menyiapkan Ijazah Sarjana," katanya.

Shahnon yang berasal dari Sik, Kedah, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin akibat paru-paru berair (pneumonia). Beliau meninggalkan isteri, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat anak.

Sementara itu, SN ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengenali Allahyarham sejak sama-sama bergiat dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), menyifatkan pemergian Shahnon sebagai kehilangan besar kepada kesusasteraan tanah air.

Anwar berkata, Shahnon yang dikenali sebagai penulis yang memiliki pemikiran dan falsafah tersendiri serta seorang pengkarya yang sensitif dengan apa yang berlaku sepanjang hidup beliau. Karya Shahnon menyentuh masyarakat segenap lapisan melalui isu pembangunan tidak terkawal, pencemaran dan pengaruh modenisasi kepada masyarakat seperti yang ditampilkan melalui novel Tivi.

"Saya mengikuti karya beliau sejak awal lagi dan seperti mana lantang serta kritis Shahnon dalam karyanya, begitu juga beliau dalam perbualan. Jika ada perkara dirasakan tidak betul, beliau tidak khuatir menyuarakannya tetapi sebagai orang Melayu, kata-katanya masih tetap berlapik. Beliau sememangnya tokoh besar dalam sastera dan pemergiannya satu kehilangan besar," katanya.

Menurut Anwar, paling diingati mengenai Shahnon ialah bagaimana sahabatnya itu sanggup 'lari' dari sidang di Parlimen ketika masih bergelar Ahli Parlimen Sik semata-mata kerana mahu mendapatkan novel Naratif Ogonshoto karya beliau.

"Shahnon tahu yang novel itu baru diterbitkan jadi dari Parlimen beliau datang bertemu saya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana katanya mahu membaca novel itu jadi saya berikan satu naskhah kepadanya.

"Dalam kesibukan beliau pada ketika itu, Shahnon nampaknya masih mengingati rakan-rakannya dalam dunia sastera," katanya.



Sumber Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan

KUALA LUMPUR: Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam, sekali gus menandakan bermulanya tahun baharu 2018.

Malaysia menyertai dunia menyambut kedatangan tahun baharu dengan suasana yang cukup meriah dengan beberapa acara diadakan di seluruh negara yang disertai ribuan rakyat berbilang kaum dan agama.

Di ibu negara, ribuan termasuk pelancong asing menyambut 2018 di beberapa lokasi tumpuan seperti Dataran Merdeka, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Bukit Bintang, Menara Kuala Lumpur dan Mutiara Damansara Commercial Centre (MDCC).

Orang ramai mula membanjiri kawasan berkenaan seawal 8 malam yang sebelum itu dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang disediakan penganjur daripada pihak swasta seperti pancuran air bercahaya dan konsert.

Bersama kegembiraan dan sorakan Selamat Tahun Baharu dan Happy New Year yang mengiringi kedatangan 2018, tersemat 1,001 pengharapan dalam kalangan rakyat agar tahun ini menjadi lebih baik berbanding tahun lepas.

Pekerja swasta, Muhammad Afiq Syahmi, 25, yang ditemui Bernama di Bukit Bintang di sini berkata bagi tahun 2018 beliau berharap agar ekonomi negara akan bertambah stabil dan kukuh dalam semua sektor dalam negara.

"Sekarang pun kita sudah dapat menyaksikan pemulihan mata wang ringgit. Kita harap perkara ini boleh berterusan tahun hadapan bagi membawa negara setanding dengan kuasa ekonomi dunia yang lain," katanya.

Pegawai perhubungan awam, Lee Pei Yuenn, 26, berkata tahun 2018 diharap dapat membuka satu lembaran baharu dalam memperkukuhkan semangat perpaduan antara kaum di negara ini.

"Kita sudah hidup dalam masyarakat besar sejak dulu lagi dan baru-baru ini kita semua tahu ada pihak yang cuba mengganggu perpaduan ini, tahun 2018 kita harap rakyat lebih sensitif mengenai perkara yang membabitkan kaum dan agama," katanya.

Sambutan tahun baharu di MDCC dimulakan dengan MDCC Fun Run Countdown Run sejauh 5 km pada 9 malam dan peserta mengenakan baju berwarna oren terang untuk memeriahkan parti 2018 MDCC Annual Countdown Party yang terletak di antara IKEA dan The Curve, sebelum menunggu acara kemuncak persembahan bunga api terbesar selama 10 minit sebaik sahaja tengah malam.

PERTUNJUKAN bunga api memeriahkan suasana di Putrajaya sempena sambutan Tahun Baharu 2018. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Di PUTRAJAYA, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan bermandikan cahaya dengan pertunjukan bunga api digital menghiasi bangunan Istana Kehakiman, sekali gus menghiburkan kira-kira 50,000 pengunjung yang hadir meraikan malam detik Ambang Tahun Baharu 2018.

Pertunjukan bunga api digital menggunakan teknik kreatif, resolusi tinggi dan sistem bunyi serta kandungan visual yang dipancarkan serentak dengan tembakan bunga api secara langsung mengambil masa lima minit itu diadakan sempena penutupan Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) yang berlangsung di Dataran Putrajaya sejak Khamis lalu.

Penutupan acara bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai bandar perintis di Malaysia yang menerapkan elemen pencahayaan bersistematik dan dinamik khususnya dalam aspek penggunaan teknologi terkini dan penjimatan tenaga itu diserikan dengan kehadiran Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail.

Di MELAKA, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 diadakan di Dataran 1Malaysia Klebang yang dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan disertai ribuan rakyat di negeri itu.

PENGUNJUNG gembira meraikan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di tepi pantai Dataran 1Malaysia, Klebang. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

SHAFIQAH Nur Athirah Hassan, 18, (kiri), Shafiqah Nur Munirah Hassan, 11, (tiga dari kiri) dan Shafiqah Nur Zulaikha Hassan (dua dari kanan) dan rakan-rakan bersama meraikan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran 1Malaysia, Klebang. - Foto Khairunisah Lokman

Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan sukan rakyat, kejohanan Muay Thai, demo memasak, persembahan artis jemputan, persembahan kebudayaan, pelancaran Kalendar Acara Pelancongan Melaka 2018 dan pertunjukan bunga api.

Idris dalam ucapannya, berkata rakyat Melaka perlu meningkatkan iltizam, membina keazaman dan keyakinan diri demi mencapai matlamat ke puncak jaya serta menjadikan tahun 2018 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Di SEREMBAN, kira-kira 5,000 orang menghadiri sambutan tahun baharu Negeri Sembilan Fest 2017 anjuran Persatuan Karyawan Negeri Sembilan, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan GIG Technology yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Negeri Sembilan Fest 2017 yang berlangsung sejak Jumaat lepas turut menyediakan 70 khemah jualan selain orang ramai disajikan dengan konsert daripada Najwa Latif, Dva, Sixth Sense dan Slash, sementara menunggu detik 12 tengah malam.

PENGUNJUNG bergambar bersama ketika hadir pada Sambutan Tahun Baharu 2018 di D'Tempat Country Club, Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Di LANGKAWI, Larian Langkawi Fun Nite Run 2017-2018 anjuran Persatuan Pelancongan Langkawi dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memeriahkan sambutan ambang tahun baharu di dengan membabitkan kira-kira 1,000 peserta.

Acara Langkawi International Blues and Roots Aseana (LIBRA), sebuah festival muzik blues pertama di Malaysia melabuhkan tirai dengan membuat kiraan detik ke tahun baharu di Pantai Chenang.

Menyajikan persembahan muzik blues oleh artis dari Malaysia, Singapura dan Australia, acara yang dianjurkan bersama LADA, Itos Cottage Music dan SB Explorer Sdn Bhd itu bermula sejak Jumaat lalu dan menarik lebih 3,000 orang muzik genre blues dari dalam dan luar negara.

Di TERENGGANU, konsep sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2018 anjuran kerajaan negeri kali ini diadakan penuh kesederhanaan dan pengisian ke arah kerohanian di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, berbanding sambutan penuh warna-warni pada tahun sebelumnya.

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (empat dari kanan) bersama pegawai kanan dan jemaah melakukan solat hajat pada Program Ambang Tahun Baharu 2018 peringkat negeri Terengganu di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. - Foto Rozainah Zakaria

ANTARA jemaah yang hadir untuk solat hajat pada Program Ambang Tahun Baharu 2018 peringkat negeri Terengganu di Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus. - Foto Rozainah Zakaria

Ambang tahun baharu diisi dengan acara solat hajat perdana, forum agama dan persembahan nasyid daripada kumpulan Far East serta kumpulan Selawat yang bermula pada 10 malam dan dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Wan Nawawi Wan Ismail serta barisan exco kerajaan negeri.

Di KUCHING, sambutan ambang tahun baharu dirai meriah di Tebingan Sungai Kuching (Kuching Waterfront) seawal pukul 8 malam tadi dengan persembahan pentas yang bertenaga.

Selain, persembahan muzik, pentas persembahan itu yang dibangunkan sejak semalam lagi turut menyajikan persembahan tarian-tarian tradisional, moden dan juga pertunjukan fesyen untuk menghiburkan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan pentas, walaupun dalam keadaan hujan renyai pada awalnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg tiba di kawasan pentas persembahan sekitar pukul 10.30 malam dengan diiringi Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa menteri Sarawak.

Dalam ucapannya di majlis itu, Abang Johari melahirkan azam untuk melaksanakan semua polisi yang dirangka kerajaan negeri untuk memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak pada tahun baharu ini, dalam memenuhi harapan untuk melakar laluan ke arah mencapai status negeri berpendapatan tinggi 2030.

KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Ambang Tahun Baharu 2018 dengan persembahan bunga api di pekarangan Jambatan Darul Hana Tebingan Kuching. - Foto Nadim Bokhari

KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kabinet hadir melancarkan Majlis Ambang Tahun Baharu 2018 di Tebingan Kuching serta persembahan bunga api. - Foto Nadim Bokhari

Acara sambutan berakhir seperti biasa dengan kiraan detik ketibaan tahun baharu, disusuli pertunjukan bunga api yang bergemerlapan menghiasi angkasa, menjadi latar indah yang menghiasi mercu tanda ikonik Bangunan Dewan Undangan Negeri di pinggir sungai itu. - BERNAMA



Sumber Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan

450 pasangan berkahwin malam tahun baharu

JAKARTA: Seramai 450 pasangan di sini meraikan kedatangan Tahun Baharu 2018 dengan mengadakan perkahwinan beramai-ramai.

Semua pasangan itu berhimpun di bawah khemah besar di tengah ibu negara Indonesia beberapa jam sebelum sambutan tahun baharu bersama keluarga mereka sebelum menandatangani sijil perkahwinan.

"Kami mahu merakamkan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan dan kami sungguh gembira menyertai acara ini hari ini," kata Hartiningish, 38, yang mengahwini Ricky Rangga, 30.

Kebanyakan pasangan melahirkan rasa terima kasih kepada pihak majlis bandar raya yang merealisasikan acara majlis terbabit.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan mengucapkan tahniah kepada semua pasangan terbabit dan mengatakan kota itu bakal menjadi tuan rumah untuk setiap sambutan Malam Tahun Baharu. - Reuters



Sumber 450 pasangan berkahwin malam tahun baharu

Bangga St Thomas, bukan agungkan gereja, kata bekas murid

Sekolah ini akan dipindahkan dari kawasan Gereja St Thomas ke kawasan baharu dan dinamakan Sekolah Mahkota Abdullah. ― Paparan skrin GoogleSekolah ini akan dipindahkan dari kawasan Gereja St Thomas ke kawasan baharu dan dinamakan Sekolah Mahkota Abdullah. ― Paparan skrin GoogleKUANTAN, 31 Dis ― Bekas pelajar dan tenaga pengajar Sekolah St Thomas di sini, merayu agar nama sekolah mereka dikekalkan walaupun dipindahkan ke tapak baharu di Kemunting di sini, tidak lama lagi.

Pengerusi jawatankuasa ‘Save St Thomas’ Abdul Rahman Abdul Razak, 56, berkata mereka telah mula mengumpul tandatangan bekas pelajar dan guru menerusi petisyen yang dilancarkan dalam talian berhubung perkara itu.

Katanya setakat ini sebanyak 27,000 tandatangan berjaya dikumpulkan sejak dilancarkan dua bulan lalu.

“Sekolah ini mula beroperasi pada 1950 dan kami berpendapat jika nama baharu diberikan, ia akan menghilangkan identiti dan sejarah St Thomas, khususnya kepada bekas pelajar yang mahu berkongsi cerita dengan anak cucu pada masa depan.

“Kami bukannya mengagung-agungkan gereja tetapi inilah tempat kami belajar menyebabkan kami merayu pihak berkaitan untuk mengekalkan namanya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya antara bekas pelajar sekolah itu ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta beberapa kerabat diraja lagi.

Prestasi sekolah yang cemerlang menjadikan St Thomas pilihan ibu bapa, kata Rahman yang merupakan bekas murid sekolah berkenaan.

Isu nama sekolah yang diasaskan oleh Reverend Father Louis Guittat itu bermula apabila kerajaan negeri menyatakan sekolah tersebut akan dipindahkan dari kawasan Gereja St Thomas ke kawasan baharu dan dinamakan Sekolah  Mahkota Abdullah.

Pemindahan sekolah rendah dan menengah bantuan penuh kerajaan tersebut adalah susulan pertikaian mengenai tanah yang menempatkan kedua-dua sekolah berkenaan di antara pihak gereja dan kerajaan negeri sebelum ini.

Pembinaan kompleks di Kemunting bagi menempatkan kedua-dua sekolah itu dijangka bermula tahun depan. ― Bernama



Sumber Bangga St Thomas, bukan agungkan gereja, kata bekas murid

Jangan salahkan RoS jika mesyuarat PPBM tidak sah, kata Hamidah

Hamidah bercakap kepada pemberita di kediamannya di Batu Gajah, Perak hari ini. ― Foto oleh Sylvia LooiHamidah bercakap kepada pemberita di kediamannya di Batu Gajah, Perak hari ini. ― Foto oleh Sylvia LooiIPOH, 31 Dis — Datuk Hamidah Osman hari ini mempersoalkan keabsahan mesyuarat agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diadakan semalam.

Bekas naib presiden parti pecahan Umno itu berkata mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian perlu diadakan sebelum berlangsungnya mesyuarat agung.

“Adakah mesyuarat agung semalam sah apabila tiada mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian?

“Disebabkan mereka gagal mengikut perlembagaan parti, jangan pula disalahkan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jika parti boleh melanggar perlembagaan, apa yang akan berlaku jika mereka memerintah negara? Mereka belum bersedia,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online



Sumber Jangan salahkan RoS jika mesyuarat PPBM tidak sah, kata Hamidah

20 tahun awal, empat tol mansuh tengah malam ini

engguna plaza tol Sungai Rasau, Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam akan menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsensi PLUS. ― Foto oleh Choo Choy Mayengguna plaza tol Sungai Rasau, Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam akan menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsensi PLUS. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 31 Dis ― Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor akan dimansuhkan berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata pengguna plaza tol Sungai Rasau, Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam akan menikmati laluan tanpa tol 20 tahun lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian konsensi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Bagi EDL pula, pengguna di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru hanya perlu membayar kutipan tol bagi PLUS untuk jajaran Tambak Johor sahaja,” demikian menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan mematuhi pengurusan kawalan trafik dan papan tanda yang disediakan semasa melalui semua plaza tol terlibat bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.

Pemansuhan kutipan tol ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2018, sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. ― Bernama



Sumber 20 tahun awal, empat tol mansuh tengah malam ini