Kamis, 30 November 2017

Conte akui kad merahnya atas kesilapan sendiri

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte, berdepan dakwaan salah laku oleh badan induk bola sepak Inggeris selepas dibuang padang ketika berdepan Swansea City dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Bekas jurulatih Itali itu diarahkan meninggalkan bangku simpanan oleh pengadil, Neil Swarbrick, pada minit ke-43 yang berpihak 1-0 kepada penyandang juara itu di Stamford Bridge.

Dia telah diberikan sehingga 5 Disember untuk menjawab pertuduhan itu.

Conte bertindak balas dengan marah terhadap keputusan yang tidak memberikan sepakan sudut kepada pasukannya pada babak pertama lalu menjerit kepada pengadil keempat, Lee Mason, serta Swarbrick.

Selepas perlawanan itu, pengurus berusia 48 tahun itu kemudian memohon maaf mengenai tingkah lakunya sambil menjelaskan dia kecewa dengan apa yang dianggapnya sebagai taktik membuang masa pasukan lawan.

"Pada babak pertama, saya melihat Swansea membuang masa," katanya. "Beberapa kali saya mengulangi perkara ini kepada pengadil keempat.

"Pada masa yang sama, saya tidak melihat sebarang perubahan, saya kecewa dengan keadaan ini. Saya cuba memberitahunya sekali lagi tetapi pengadil mengambil keputusan ini.

"Saya ulangi: Saya minta maaf, ini kerana saya kecewa. Pastinya saya telah melakukan kesilapan, semasa permainan ini menderita, begitu juga anak buah saya. Malang sekali.

"Mereka sentiasa membuang masa, saya agak terbawa-bawa dengannya. Saya sentiasa menekankan dan memetik itu dan ini sehingga menyebabkan pengadil keempat hilang sabar. Namun, saya ulangi: saya yang bersalah, bukan pengadil keempat. Saya minta maaf, saya dilanda kekecewaan," jelasnya.

Jaringan Antonio Rudiger selepas 10 minit babak kedua berlangsung memastikan kemenangan Chelsea dan melonjakkan mereka ke tangga ketiga EPL, 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City.



Sumber Conte akui kad merahnya atas kesilapan sendiri

Sarawak berjaya bida empat kejohanan antarabangsa

SARAWAK berjaya membida empat acara sukan berstatus antarabangsa yang akan berlangsung pada 2019, demikian kata Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, dua daripada acara tersebut ialah Kejohanan Olahraga Asia Masters Ke-21 dan Kejohanan Renang Para Dunia, yang akan berlangsung di Bandaraya Kuching.

Turut dianjurkan di Kuching dalam tempoh yang sama ialah Kejohanan Boling Tenpin Belia Asia dan Kejohanan Karate Asia B-21 Ke-18.

"Kejayaan bidaan ini adalah hasil kesungguhan Perbadanan Sukan Sarawak yang berusaha gigih mempromosikan negeri ini sebagai produk pelancongan sukan," katanya yang ditemui Stadium Astro sejurus kembali dari London.

Katanya, sepanjang tahun ini, Sarawak telah berjaya menganjurkan sebelas acara berstatus antarabangsa, antaranya termasuklah Kejohanan Badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2017 dan Kejohanan Terjun Dunia Fina 2017.

Menyentuh persediaan kontijen Sarawak bagi menjayakan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 di Perak, Abdul Karim berkata pasukan Sarawak akan memulakan persediaan lebih awal.

"Selepas menganjurkan Sukan Sarawak (Suksar) yang akan bermula dua minggu akan datang, kita merancang untuk mengadakan latihan pusat fasa pertama.

"Latihan selama empat bulan ini akan berlangsung pada Januari melibatkan lebih 2,000 atlet," katanya.

Pada Februari, katanya, Perbadanan Sukan Sarawak akan menganjurkan kem motivasi untuk atlet dan jurulatih, bagi memantapkan mental mereka untuk kejohanan penting terbabit.

"Kita percaya dengan persediaan rapi ini, kita akan menghasilkan bakat hebat yang akan membantu kita mencapai sasaran juara dalam temasya dwi-tahunan itu," katanya.

Tambahnya, bagi mencapai impian ini, Sarawak telah membawa masuk 19 jurulatih asing melibatkan 13 acara sukan.



Sumber Sarawak berjaya bida empat kejohanan antarabangsa

Norza hormati keputusan Chong Wei

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria akur dan menghormati keputusan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk berehat seketika selepas aksi pusingan akhir siri super di Dubai, Disember ini.

Mohamad Norza berkata Chong Wei mempunyai jadual yang tersendiri berpandukan kepada kejohanan-kejohanan pilihan yang ingin beliau sertai dan BAM sendiri telah bersetuju terhadap perkara berkenaan.

"Chong Wei beritahu memang dia nak berehat tetapi berehat dari segi kejohanan-kejohanan penting namun kejohanan sedia ada seperti Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Sukan Asia itu memang kita sudah cadangkan beliau untuk mengetuainya.

"Saya menghormati keinginan Chong Wei untuk berehat selepas pusingan akhir siri super di Dubai yang ingin meluangkan masa bersama keluarga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran liga badminton remaja AirAsia-BAM peringkat negeri Selangor di sini, pada Khamis.

Chong Wei yang menamatkan penantian selama lapan bulan tanpa kejuaraan dengan menjuarai Terbuka Hong Kong minggu lepas, mengambil keputusan untuk berehat panjang bagi meluangkan masa bersama keluarga sebelum fokus dengan kejohanan besar pada tahun depan iaitu Seluruh England pada Mac.

Sementara itu, Mohamad Norza menjelaskan BAM akan menampilkan skuad terbaik bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas yang bermula pada Februari depan di Alor Setar, Kedah.

"Saya menjangkakan Chong Wei akan mengetuai pasukan bagi menghadapi pusingan kelayakan dan pusingan akhir Piala Thomas manakala senarai pemain yang lengkap akan diketahui Januari nanti," katanya.

Pusingan akhir Piala Thomas dijadual berlangsung pada 20 hingga 27 Mei 2018 di Bangkok, Thailand.

-- BERNAMA



Sumber Norza hormati keputusan Chong Wei

Pelajar terkejut status 'kucing tidur atas riba semasa peperiksaan' tular

KAJIAN ada menunjukkan memelihara binatang seperti kucing mampu melegakan tekanan.

Bagi pelajar ini, dapatan kajian tersebut terbukti apabila didekati haiwan itu ketika sedang menjawab kertas peperiksaan.

Alliff Azlan, melalui akaun Twitter, pada Isnin memuat naik satu status tentang bagaimana dia didatangi seekor kucing ketika dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat menjawab peperiksaan.



Kata Alliff, biarpun pada akhirnya kehadiran kucing itu tetap tidak membantunya menjawab soalan peperiksaan, namun si comel itu berjaya menghilangkan tekanan yang dihadapinya.

Turut disertakan bersama status itu adalah dua keping gambar kucing itu, yang dilihat cukup selesa tidur di atas riba Alliff.

Menariknya, status Alliff itu telah menerima lebih 13,000 retweet dan lebih 10,000 likes.

Menerusi beberapa kemaskini status di Twitter, Alliff sendiri nampaknya tidak percaya apabila statusnya itu menjadi tular.

Namun ada nada sedikit kesal apabila kata Alliff, status yang innocent seperti itu tetap menerima kecaman netizen.

Agak kelakar apabila ada yang mempersoalkan dia menggunakan telefon ketika dalam dewan peperiksaan, malah ada yang menuduhnya meniru.

Menjawab dakwaan berkenaan, kata Alliff, dia mengambil gambar itu selepas tamat peperiksaan.

Apapun rata-rata reaksi netizen adalah postif dan menyifatkan Alliff sebagai the chosen one.

"Anda bertuah, kucing itu memilih anda. Allah hantar kucing itu kepada anda," tulis pemilik akaun Twitter Kohi 912.



Sumber Pelajar terkejut status 'kucing tidur atas riba semasa peperiksaan' tular

Artifak purba makam Raja Tut akan jelajah dunia

LOS ANGELES: Artifak dari makam Raja Tutankhamun akan dipamerkan pada jelajah pameran antarabangsa yang akan bermula di Muzium Los Angeles bermula Mac tahun depan.

Memetik laporan APTN, pameran King Tut: Treasures of the Golden Pharaoh di muzium terkenal itu akan berlangsung selama sepuluh bulan di sana sebelum meneruskan jelajah pamerannya ke Eropah pada 2019.

Pameran Raja Tut akan menjelajah ke sepuluh bandar-bandar terpilih di seluruh dunia.

Pameran Raja Tut

Pameran yang pertama kali dibawa keluar dari Mesir ini merupakan koleksi artifak dan emas terbesar dari makam berkenaan.

Makam RajaTut ditemui pada tahun 1922, lebih tiga ribu tahun selepas kematiannya.



Sumber Artifak purba makam Raja Tut akan jelajah dunia

Berangan nak wajah persis Angelina Jolie ... ini jadinya!

OBSES dengan pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, seorang remaja berusia 19 tahun sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai idolanya itu.

Sahar Tabar dari Iran berkata, dia merupakan peminat tegar bekas isteri Brad Pitt itu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki wajah cantik sepertinya.

Antara tranformasi yang dilakukan ialah membesarkan bahagian bibirnya dan membentuk tulang pipi yang hampir kelihatan sama dengan pipi pelakon yang berusia 42 tahun itu.

Namun, setelah menjalani banyak pembedahan, wajahnya kini tidak ubah seperti mayat hidup dan sering dikritik kerana tindakan luar kawalannya itu.

Disebabkan itu juga, akaun Instagramnya @sahartabar_official kini mempunyai hampir empat ratus ribu pengikut.

“Anda dulu cantik, tapi kini wajah anda tidak ubah seperti zombie,” itu antara luahan salah seorang pengikutnya di laman Instagram.

Selain itu, ada juga yang mengkritik wajahnya kini kelihatan seperti Victoria Everglot, watak utama dalam filem The Corpse Bride arahan pengarah Hollywood terkenal, Tim Burton dan Mike Johnson.

Bagaimanapun, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa Sahar tidak menjalani pembedahan plastik. Dia dipercayai hanya mengubah wajahnya dengan menggunakan topeng muka prostetik mahupun teknik suntingan gambar.



Sumber Berangan nak wajah persis Angelina Jolie ... ini jadinya!

Kelantan rekod 14,200 mangsa banjir pagi ini

Pengarah Bomba Kelantan Nazili Mohmood (tiga, kanan) memberi nasihat kepada mangsa banjir ketika melawat kawasan di Kampung Siput, Meranti 29 November 2017. — Foto BernamaPengarah Bomba Kelantan Nazili Mohmood (tiga, kanan) memberi nasihat kepada mangsa banjir ketika melawat kawasan di Kampung Siput, Meranti 29 November 2017. — Foto Bernama

KOTA BARU, 1 Dis — Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,237 orang pada 8 pagi ini berbanding 13,873 orang pada 9 malam tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,561 keluarga itu ditempatkan di 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Gua Musang merupakan jajahan terbaru dilanda musibah berkenaan apabila seramai 142 mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke dua PPS yang mula dibuka pada malam tadi.

Pasir Mas terus mencatatkan angka tertinggi dengan 10,646 mangsa daripada 4,482 keluarga yang dipindahkan ke 40 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,266 mangsa daripada 794 keluarga yang ditempatkan ke enam PPS.

Selain itu, seramai 828 mangsa daripada 247 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 214 mangsa daripada 63 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Kota Bharu dan 141 mangsa daripada 43 keluarga masih berada di tiga PPS di Tanah Merah.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.29 meter pada 8 pagi ini berbanding 10.34 meter pada 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula kekal pada paras 3.71 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya ialah 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari tadi manakala hujan kadangkala lebat dilaporkan berlaku di beberapa tempat. — Bernama



Sumber Kelantan rekod 14,200 mangsa banjir pagi ini

Wang tinggal RM150, ibu kongsi detik cemas di Lombok

Letusan Gunung Agung dapat dilihat dari pantai Ampenan, Pulau Lombok 28 November 2017. — Foto ReutersLetusan Gunung Agung dapat dilihat dari pantai Ampenan, Pulau Lombok 28 November 2017. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 1 Dis — Seorang warga Malaysia menceritakan detik cemas hampir seminggu terkandas di Lombok, Indonesia.

Shazreena Shafie, 28, berkata penerbangannya ke Malaysia dijadual hari ini selepas dua kali tertunda sejak Ahad lepas.

“Kami sepatutnya balik ke Malaysia pada 26 November lalu tetapi penerbangan kami ditunda kepada 28 November sebelum ditunda kepada 1 Disember.

“Memandangkan baki di tangan cuma ada Rp500,000 [RM151] waktu itu, kami tiada pilihan mengeluarkan sedikit duit dengan menggunakan tunai kad kredit untuk meneruskan kehidupan.

“Dengan Rp2,000,000 (RM604.55) itulah kami bertahan sejak lima hari lalu sampai sekarang,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Ibu seorang anak itu terkandas akibat letusan Gunung Agung di Bali yang turut menyebabkan penerbangan ke kawasan itu dibatalkan.

Shazreena berkata kehidupan mereka ibarat pelarian kerana perlu berpindah randah mencari hotel lebih murah.

“Kami tiada pilihan hanya menginap di hotel murah memandangkan harga hotel tiba-tiba naik mendadak hingga dua kali ganda,” katanya.



Sumber Wang tinggal RM150, ibu kongsi detik cemas di Lombok

Syed Shamim lihat hikmah tanpa Tasha Manshahar (VIDEO)

Shamim berkata walau tidak lagi bersama Tasha, penyanyi kelahiran Sabah itu tetap dijadikan rujukan dalam bidang perguruan. — Foto oleh Yusof Mat IsaShamim berkata walau tidak lagi bersama Tasha, penyanyi kelahiran Sabah itu tetap dijadikan rujukan dalam bidang perguruan. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 1 Dis — Penyanyi Syed Shamim mengakui banyak yang dipelajari selepas tidak lagi berduet bersama Tasha Manshahar.

Shamim, 24, berkata walau popularitiya kini semakin menurun namun terdapat hikmah yang dipelajari dalam meneruskan perjalanan sebagai anak seni.

“Betul. Saya mengaku benda itu tetapi bagus untuk saya belajar bagaimana berdiri sendiri dan saya mengaku selama saya bergerak solo ini banyak benda saya belajar.

“Dulu di atas pentas biasa berdua, jadi sekarang saya belajar bagaimana mengawal pentas dan berinteraksi dengan peminat. Itu bagus bagi saya,” katanya kepada ProjekMMO.

Penuntut di Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas Kuala Lumpur ini tampil dengan album solo April lalu selepas banyak mencipta nama bersama Tasha.

Lagu duet mereka seperti “Be Mine”, “Selamat Ulang Tahun Cinta” dan “Cuba Teka” sering diputarkan radio dan mendapat tempat di hati anak muda.

Pasangan ini merakamkan “Ragu-Ragu” hasil ciptaan DJ Fuzz tahun lepas sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

Shamim berkata walau kini tidak lagi bersama Tasha, penyanyi kelahiran Sabah itu tetap dijadikan rujukan sebagai mentor dalam bidang perguruan.

Katanya, mereka belum berhasrat kembali berduet memandangkan Tasha kini sudah bergelar seorang guru dan dia akan melalui proses sama tahun depan.

“Buat masa ini duet tidak ada dalam perancangan kerana kami tidak mahu mengganggu fokus utama dia mengajar di sekolah.

“Saya bersama pihak pengurusan sudah berbincang untuk fokus solo dahulu. Kami ada sasaran dan bila sudah dicapai, kami akan cuba dengan benda lain pula.

“Buat masa ini pun Tasha memang tidak terima apa-apa jemputan persembahan kerana fokus dengan mengajar.

“Setakat ini saya bergerak solo bersama rakan-rakan dari FMC,” katanya merujuk Wany Hasrita, Tajul, Ernie Zakri dan Haqiem Rusli.  



Sumber Syed Shamim lihat hikmah tanpa Tasha Manshahar (VIDEO)

Motosikal terbabas, pegawai kanan polis balik kerja maut

Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas selepas melanggar bonggol, 30 November 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTBSeorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas selepas melanggar bonggol, 30 November 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTBKUALA LUMPUR, 1 Dis — Seorang pegawai kanan polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas selepas melanggar bonggol di Jalan Lingkungan Alam Damai, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, ASP Mohamad Kamal Abdullah Thani, 49, dalam perjalanan dari Taman Alam Damai menuju ke pusat bandar.

Beliau berkata mangsa merupakan pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Mangsa dipercayai baru habis kerja dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi.

Zulkefly berkata siasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang kesan pelanggaran kenderaan lain pada motosikal mangsa. — Bernama



Sumber Motosikal terbabas, pegawai kanan polis balik kerja maut

Lulus 13 RUU, sidang Dewan Rakyat ditangguh

Sebanyak 13 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan sepanjang 25 hari Dewan Rakyat bersidang sebelum berakhir 30 November lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaSebanyak 13 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan sepanjang 25 hari Dewan Rakyat bersidang sebelum berakhir 30 November lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 1 Dis — Persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke-13 ditangguhkan semalam selepas bersidang selama 25 hari dan meluluskan 13 Rang Undang-Undang (RUU).

Banyak pihak menjangkakan bahawa persidangan kali ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Jun depan.

Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017, yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, diluluskan dengan undian suara majoriti.

Antara yang utama ialah RUU Perbekalan 2018 dan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 selain RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang memperuntukkan supaya satu sistem insurans disediakan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan faedah bantuan kewangan.

Turut diluluskan ialah RUU Kewangan (No. 2) 2017, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017, RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017 dan RUU Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Selebihnya, adalah RUU bagi melakukan pindaan kepada akta sedia ada termasuk RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017, RUU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017, RUU Industri Pelancongan (Pindaan) 2017, dan RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017.

RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 juga telah diluluskan bagi membolehkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenakan penalti kewangan serta memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang bagi perkhidmatan pengawal seliaan.

Selain itu, kelulusan RUU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Pindaan) 2017 juga untuk penubuhan pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia bagi membolehkan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku sesuatu musibah. — Bernama



Sumber Lulus 13 RUU, sidang Dewan Rakyat ditangguh

(Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu

Padah memandu laju, seorang pemandu kereta yang terkejut melihat sekatan polis di hadapan terlanggar penunggang motosikal sehingga melambung ke udara. 
Video yang dimuat naik oleh Lau Meng Yau itu viral di media sosial dan ramai yang mengecam tindakan pemandu itu memandu secara berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan maut. 
Berdasarkan video dashcam kereta Meng Yau, kejadian itu berlaku pada jam 3 pagi Khamis, di mana kereta itu datang dari belakang dengan laju dan mencucuk kereta Meng Yau, sebelum Meng Yau memberi laluan kepada kereta tersebut. 
Tetapi pemandu kereta terbabit dilihat tidak berpuas hati dengan Meng Yau dengan menekan brek beberapa kali di hadapan kereta Meng Yau dan memeut meninggalkannya. 
Meng Yau kemudian memecutkan keretanya meninggalkan kereta terbabit dan tidak lama kemudian ia datang kembali mengejar kereta Meng Yau yang sudah memperlahankan keretanya berikutan ada sekatan polis di hadapan.
Bagaimanapun tindakan pemandu terbabit mengundang padah apabila dia tidak menyedari sekatan itu dan cuba membrek kenderaannya. Malangnya dia gagal berbuat demikian lalu merempuh seorang penunggang motosikal di hadapan anggota polis. 
Berkata kepada mStar Online, Meng Yau pada ketika itu baru pulang dari bertemu dengan rakannya di Jalan Klang Lama. 
"Sebelum kejadian, saya memandu secara perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju dari jauh dan 'mencucuk' rapat kereta saya dari arah belakang. 
"Saya pun berikan dia laluan tetapi dia seolah-olah ingin mencari masalah dan mula menekan brek beberapa kali ketika berada di depan kereta saya.


"Saya tidak mahu terlibat dengan kejadian yang tidak diingini lalu memintas kereta itu sehingga kereta itu hilang dari pandangan. 
"Namun saya tidak menyangka pemandu itu akan melakukan perbuatan itu sekali lagi sehingga hilang kawalan dan melanggar seorang penunggang motosikal. Saya nampak penunggang itu melambung ke atas jalan raya dan bangun selepas dia dilanggar. 
"Kemudian polis datang memberikan bantuan kepada mangsa dan turut bercakap dengan pemandu yang melanggarnya itu. Saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu," katanya. 


Sumber (Video) Pemandu Camry terlanggar penunggang motosikal di depan polis selepas provok pengadu

Kutip dan jual tin untuk sara anak OKU dan enam cucu, netizen mohon orang ramai bantu nenek ini

Viral di media sosial, gambar seorang wanita dan cucu perempuannya menolak troli yang berisi tin-tin kosong untuk dijual bagi menyara kehidupannya, mencetuskan rasa simpati netizen. 
Gambar yang dimuat naik oleh Ariff Iman Anuwi pada Rabu, 29 November, menjelaskan dia terserempak dengan Norazian Yusof atau Tok Ummi di Medan Selera Semarak.
"Terserempak dengan makcik dan kanak-kanak perempuan ini sedang menolak troli yang berisi tin-tin kosong. Dia tinggal bersama anak perempuanya (OKU, ibu tunggal) dan enam cucunya di PPR Sri Semarak, Kuala Lumpur. 
"Suaminya sudah meninggal dunia lebih 20 tahun lalu, kini dia menyara kehidupan dengan menjual tin-tin kosong," tulis Ariff. 
Menurut Ariff, Tok Ummi yang tinggal di PPR Sg Bonus, menerima bantuan dari badan kebajikan RM400 setiap bulan. Namun jumlah itu mencukupi menyebabkan Tok Ummi perlu mengutip dan menjual tin-tin kosong bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarganya termasuk empat cucu yang sudah bersekolah. 
"Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh tetapi saya perlukan bantuan orang ramai bagi mengumpulkan dana untuk membantu mereka," tulisnya. 
Sementara itu, beberapa individu lain juga pernah terserempak dengan Tok Ummi di kawasan berkenaan. Tetapi tidak mengetahui kehidupannya susah seperti itu.
Ariff menasihatkan mana-mana individu atau pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi Tok Ummi di talian 017-3368137. Bagi yang mahu menyumbang, boleh salurkan terus ke akaun Maybank 164810144991 atas nama Norazian Yusof.
Semoga ramai insan yang baik hati tampil membantu keluarga ini dan hanya Tuhan yang mampu membalas jasa anda semua. 


Sumber Kutip dan jual tin untuk sara anak OKU dan enam cucu, netizen mohon orang ramai bantu nenek ini

Pemandu teksi acu pisau dan paksa penumpang bayar tambang RM6,000 bagi jarak 7 KM

Seorang pemandu teksi yang tamak dan tidak bertanggungjawab menggugut penumpangnya yang merupakan warga Bangladesh untuk membayar tambang bagi jarak perjalanan lebih kurang tujuh kilometer, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 2 petang Selasa, mangsa berusia 41 tahun  yang bersendirian mahu menggunakan perkhidmatan teksi dari Jalan San Peng ke Sunway Putra Mall. 
"Mangsa menahan teksi model Proton Persona yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an. Dalam perjalanan, mangsa bertanya berapa jumlah tambang yang perlu dibayar apabila dia mendapati teksi itu tidak menggunakan meter tambang.
"Soalan itu menyebabkan pemandu teksi itu marah dan memaklumkan tambang keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM6,000. 
"Terkejut dengan jumlah yang tidak masuk akal itu, mangsa yang juga ahli perniagaan mempersoalkan bayaran itu sebelum pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. 
"Pemandu teksi naik angin lalu mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa supaya membayar kira-kira RM4,500 atau mangsa akan dicederakan.
"Mangsa yang dalam ketakutan kemudian menyerahkan bayaran tambang RM3,900 sebelum mangsa dibenarkan keluar dari teksi," kata sumber polis. 
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut. 
Difahamkan, ini adalah kali pertama mangsa berhadapan dengan kejadian itu sepanjang tinggal di negara ini sejak beberapa tahun. Mangsa juga trauma menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan. 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan bagi menjejaki suspek. 


Sumber Pemandu teksi acu pisau dan paksa penumpang bayar tambang RM6,000 bagi jarak 7 KM

'Hentikan spekulasi, Intan dan Izreen adalah isteri saya'

Lelaki yang didakwa telah berkahwin dengan Izreen Azminda akhirnya tampil mengaku telah mengahwini pelakon itu selepas isteri pertamanya tampil membuat pendedahan, lapor Harian Metro. 
Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengaku wanita yang membuat pendedahan itu adalah isteri pertamanya iaitu Intan Liana. 
"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu," katanya.
Difahamkan, Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri, 3, dan seorang lagi berusia 11 bulan. Namun Ude enggan berkongsi lanjut mengenai pernikahannya dengan Izreen. 
"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti," katanya yang turut menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan dengan masalah selepas berkahwin dengan Izreen. 
"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul. Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.
"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya," katanya yang turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.
"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami," katanya.
BERITA BERKAITAN:


Sumber 'Hentikan spekulasi, Intan dan Izreen adalah isteri saya'

"Tergamaknya kau! Naik menyampah aku, kau memang gedik!" - Teruk Izreen Azminda Kena Hentam

Japanese emperor Akihito worked to console the people, reconcile with Asia

The emperor, who will abdicate soon, has done much to build relationships with other countries in the region, and is well-respected in his homeland.

Japanese-emperor-Akihito-worked-to-console-the-peopleTOKYO: A special panel to debate the timing of Emperor Akihito’s abdication, Japan’s first in nearly two centuries, meets on Friday, setting the stage for a formal decision by the government.

Akihito, who turns 84 on December 23 and has had heart surgery and been treated for prostate cancer, said last year he feared age might make it hard to fulfil his duties.

Akihito’s 1959 marriage to Michiko Shōda, the daughter of a wealthy industrialist, was the first by an emperor to a commoner and was hailed as a symbol of a new Japan. The two courted at a tennis club and he won her promise to marry him over the phone.

They worked to craft an image of a “middle-class monarchy” in an attempt to draw the imperial family closer to the people.

All three of their children went to university and married commoners, and the public was informed when Akihito was diagnosed with prostate cancer in 2002 – in contrast to the secrecy around Emperor Hirohito’s ultimately fatal illness.

Akihito and Michiko have worked to smooth relations across Asia, which suffered from Japan’s aggression before and during World War Two, with numerous visits abroad.

In 1992, he became the first Japanese monarch in living memory to visit China, where bitter memories of the war run deep, and “deeply deplored” an “unfortunate period in which my country inflicted great suffering on the people of China”.

At a news conference marking his birthday in 2001, he said he felt “a certain kinship” with Korea because one of his ancestors had come from there, an unprecedented statement from a Japanese royal that made front page headlines in Seoul.

In 2005, the couple went to the island of Saipan, the scene of bloody fighting during World War Two, to pay respects at memorials honouring Japanese, American, and Korean war dead.

Akihito has often urged Japan to remember the suffering of the war, comments that have attracted increased attention in recent years, as Japanese Prime Minister Shinzō Abe appears to be pushing for a less apologetic tone towards Japan’s past.

On August 15, 2015, the 70th anniversary of the war’s end, Akihito departed from his annual script to express “deep remorse”. The day before, Abe had expressed “utmost grief”, but said future generations should not have to keep apologizing.

One of the duties the royal couple has taken most seriously has been comforting victims of disasters. Akihito has knelt to talk to evacuees, and Michiko has hugged women who lost their homes.

In 2011, Akihito took the unprecedented step of addressing the nation in a televised speech after the March 11 earthquake and tsunami that triggered the world’s worst nuclear crisis in 25 years.

He again turned to television in 2016 to tell the people he feared he was getting too old to carry out his duties, implying he wished to abdicate.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Japanese emperor Akihito worked to console the people, reconcile with Asia

Rapper DMX pleads guilty to $1.7 million tax evasion

The rap legend failed to pay the amount in tax liabilities between 2002 and 2005.

Rapper-DMXNEW YORK: DMX, the troubled rapper best known for his taunting song “Party Up (Up in Here),” faces prison time after he pleaded guilty Thursday to evading $1.7 million (RM6.95 million) in US tax payments.

Prosecutors said the 46-year-old rapper and actor avoided taxes by living virtually only on cash, without maintaining a bank account or filing required returns to the Internal Revenue Service.

DMX, whose real name is Earl Simmons, admitted guilt before a federal judge in New York and agreed to pay back taxes, prosecutors said.

He will be sentenced on March 29 and faces up to five years in prison.

The rapper could have been hit with up to 40 years in prison if he had been tried and convicted on all counts.

“No matter who you are or whatever fame you may have achieved, the law applies equally to all, and no one is exempt from the shared obligation to pay our taxes,” Joon Kim, the acting US attorney for the southern district of New York, said in a statement.

With his deep voice and dark, often violent lyrics, DMX became a major star in hip-hop in the late 1990s and early 2000s.

He has faced frequent legal problems on charges that include animal cruelty, drug possession, and failure to pay child support.

His 2000 song “Party Up (Up in Here),” in which DMX belittles other rappers and which is accompanied by a video that dramatizes a bank robbery, has become his most identifiable work, and frequently appears in movies, most recently the remake of “Ghostbusters.”

Prosecutors said DMX failed to pay $1.7 million (RM6.95 million) in tax liabilities between 2002 and 2005.

They alleged that he earned another $2.3 million (RM9.4 million) between 2010 and 2015 but again did not pay taxes, and even threatened to leave his position on the celebrity reality television series “Couples Therapy” when the payroll department deducted taxes from his checks.

The New York Post reported that DMX initially hedged when pleading guilty, telling the court he had put others in charge of his finances, before the judge insisted that he clearly acknowledge his tax obligations.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Rapper DMX pleads guilty to $1.7 million tax evasion

UN dishes up prickly pear cactus in answer to food security

The UN's Food and Agriculture Organization urged farmers to treat the cactus as a crop rather than as a weed.

UN-dishes-up-prickly-pear-cactus-in-answer-to-food-securityROME: The prickly pear cactus, considered an essential food in Mexico, could be the answer to much of the world’s food security woes, the UN’s Food and Agriculture Organization (FAO) said Thursday.

“While most cacti are inedible, the Opuntia species has much to offer, especially if treated like a crop rather than a weed run wild,” the FAO said in a statement.

The UN organization, which convened a group of experts to study the plant’s potential and help farmers and policy-makers use it in a more strategic and efficient way, also released a book “on how to exploit the plant’s culinary qualities”.

The FAO, along with non-profit agriculture group ICARDA, believes the cactus pear could prove lifesaving, highlighting the 2015 Madagascar drought in which the “cactus proved a crucial supply of food, forage and water for local people and their animals”.

The cactus was considered sacred by the ancient Aztecs, and modern-day Mexicans eat it, drink it, and even use it in medicines and shampoos.

Instantly recognizable with its jumble of spiny discs – its bright red fruit protruding from them like fat fingers – the prickly pear cactus is farmed on a massive scale in Mexico, where consumption has reached 6.4 kilogrammes (14 pounds) per year per capita.

It is now also cooked widely in Sicily, and Brazil has more than 500,000 hectares (1.2 million acres) of cactus plantations, mainly for fodder.

The plant is also grown in North Africa and Ethiopia.

Besides its consumption value, the “cactus pear’s ability to thrive in arid and dry climates makes it a key player in food security,” the FAO said.

“Cactus stores water in its pads, thus providing a botanical well that can provide up to 180 tonnes of water per hectare – enough to sustain five adult cows, a substantial increase over typical rangeland productivity”.

The benefits do not stop there.

The cactus improves soil quality, promotes barley plantations and could even, according to preliminary research, help limit emissions of greenhouse gas.

The plant does have some limitations: for example, frost can cause irreversible damage and the plant’s growth begins to slow at overly high temperatures.

But the FAO maintains that the good outweighs the bad.

“Climate change and the increasing risks of droughts are strong reasons to upgrade the humble cactus to the status of an essential crop in many areas,” said Hans Dreyer, director of FAO’s Plant Production and Protection Division.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber UN dishes up prickly pear cactus in answer to food security

Malay culture not under threat, say youths

Arabisation? Westernisation? Young Muslims don't see what the fuss is all about.

malaysia-people-1PETALING JAYA: What do Muslim youths think about a recent public spat over the Arabisation and westernisation of Malay culture? They believe it’s a waste of time and words, if a quick and random survey is anything to go by.

FMT interviewed a handful of young Muslims for their comment on a string of reports that began with an Asia Times interview with Sisters in Islam founding member Marina Mahathir.

“There’s this idea that the more like Arabs you are, the better Muslim you are,” Marina said. “That’s the very real obliteration of our cultural heritage. Arab culture is spreading, and I would lay the blame completely on Saudi Arabia.”

In response, Fathul Bari Mat Jahaya, an advisory officer in the Prime Minister’s Department, questioned Marina for neglecting to criticise westernised Malaysians.

Marina reacted with this tweet: “Actually, I wrongly criticised the Arab culture. Aren’t the Saudis following American culture in bombing the people of another nation relentlessly? #YemenFamine.”

The youths FMT interviewed seem to believe that neither Arabisation nor westernisation should necessarily be marked off as a bad thing and that Malay culture is not threatened by either.

Sakinah Abdul Malik, a fresh graduate of International Islamic University, pointed out that the Malay language itself has always been heavily influenced by Arabic.

Commenting on the popularity of Arab-style clothing among Malays, she said women preferred the abaya to the baju kurung because it was the more convenient option.

“You can’t run around in a baju kurung and you can’t press the clutch pedal like a man in pants can,” she said. “As working women, we need something convenient and abayas are extremely convenient.

“Times are hard and we can’t be bothered about culture or being cultured. We’ll take what’s easy, use shorter words like ‘iftar’ instead of a four-syllable word like ‘buka puasa’. We’ll eat out instead of cooking at home and we will wear a one-piece.”

Sakinah also spoke about Malay hospitality, saying Malays who seemed to be becoming more Arab-like could be demonstrating this attribute.

“If you’re going to bring Arabs into this country, we would have to cater to them in terms of food, clothing and other things. And then the inevitable happens. We blend into an outside culture because we bring them in.

“That’s what we are as a Malay people: we are accommodating and tolerant. We are not hard-headed like the Arabs are and will not say, ‘Either wear my baju kurung or get out of my country.’

Syazna Hashim, who is in her mid-20s, said adopting the good in any culture was part and parcel of being a good Muslim.

“Being a good Muslim means taking what is good and leaving out what is bad,” she said. “For example, it is good for us Muslims to adopt the western attribute of being proactive.

“There’s only a problem in following any practice that promotes bad values, such as the western culture of extreme free mixing and the Arab culture of being aggressive and too direct.

“But it’s also in the Arab culture to have a sense of togetherness and sharing. How is that bad? Islam teaches us to always be looking out of for each other. So if this makes me a better Muslim, then what is the problem?”

She said she saw no reason to worry about the erosion of Malay culture, but she advised those who were concerned to work hard to promote it at home, at work, at school and in the media.

Mohd Farid Abdul Ghafar, 30, said he could not understand the “big deal” over the adoption of a multitude of cultures or the fear of losing one’s cultural heritage.

“I listen to the blues, which is traditional American music with African roots, I wear a t-shirt and jeans and watch Hollywood movies, I read the Quran and pray in Arabic, and yet I still ride my kapcai to work and speak to my parents in Malay,” he said.

“I don’t think I’m any less of a Malay just because I indulge in and even adopt some foreign cultural habits. So, I don’t get what the big deal is.”

Twenty four-year-old Nurul Iman Ezrin Ahmad also said there was nothing wrong with adopting good elements from either Arab or western culture.

She said learning about and adopting the good from different cultures would make one a better human being.

“God gave us brains,” she said. “I’m sure He wants us to think outside of the box, to explore the world around us and to gain knowledge.

“There is nothing wrong with learning from other cultures. Just because something comes from the west, it doesn’t mean it’s bad. And just because it comes from the East, it doesn’t mean it’s good either.

“What is important for Muslims is that we hold fast to our beliefs.”

Marina: Saudis to blame for Malaysia’s ‘Arabisation’, loss of local culture

PM’s aide: Marina blames Arab influence but silent on Western culture

Marina ‘admits’ to error over Arabisation, says Saudis more like US


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Malay culture not under threat, say youths

‘Wahabi’ lebih bahaya daripada Arabisasi, kata pengarah IRF

Dr Farouk Musa berkata kesan daripada pengaruh Wahabi di Malaysia lebih buruk disebabkan ia sebuah masyarakat berbilang agama dan kaum.

farouk-irf-1KUALA LUMPUR: Aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa menganggap sebuah persidangan untuk mempromosikan “wasatiyyah” “kesederhanaan” anjuran bersama kerajaan Malaysia dan Arab Saudi baru-baru ini hanyalah “sandiwara” dan langkah terdesak Saudi untuk memasarkan semula ideologi Wahabinya sebagai sesuatu yang “toleran”.

Dr Farouk yang mengetuai Islamic Renaissance Front (IRF) berkata persidangan “Khayr Ummah” selama 2 hari itu, di bawah tema memperkuatkan Sunnah Wal Jamaah serta kesederhanaan, adalah salah satu daripada usaha “Wahabisasi” oleh pihak berkuasa Islam negara ini.

Persidangan itu dianjurkan Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), sebuah kumpulan yang ahlinya menyokong dasar Saudi dan lantang menentang Syiah, aliran kedua terbesar Islam yang menjadi sasaran utama agamawan Wahabi.

“Sama seperti ulama Wahabi di Arab Saudi yang menjanjikan sokongan kepada para pemimpin mereka… Kerajaan negara ini percaya ini adalah ideologi yang akan menyelamatkan mereka daripada kemarahan rakyat dan korupsi besar-besaran dan ketirisan,” kata Dr Farouk yang baru-baru ini dilantik sebagai felo penyelidik di Sekolah Tinggi Filsafat Islam Sadra, sebuah universiti di Indonesia yang menjadi sasaran kumpulan Islam konservatif kerana pendekatannya yang lebih liberal terhadap aliran Syiah.

Wahabisme adalah istilah digunakan terhadap ajaran ulama abad ke-17, Muhammad ibn Abd Wahhab, yang cuba menamatkan amalan yang dianggap karut dan mengetuai sebuah kempen supaya umat Islam kembali kepada versi Islam yang lebih “tulen”.

Pergerakan ini berpakat dengan keluarga Al-Saud untuk membantu menubuhkan apa yang kini dikenali sebagai Arab Saudi, dan ideologi itu menjadi dominan dalam institusi Islam Saudi sejak itu.

Idea Wahabi menjadi sandaran kepada beberapa peraturan di Arab Saudi seperti larangan memandu oleh wanita, dan peraturan supaya wanita mesti disertai ahli keluarga lelaki sekiranya mahu mengembara.

Baru-baru ini, Mohammad bin Salman, dilihat sebagai bakal raja Arab Saudi, menonjolkan dirinya sebagai seorang moderat, sambil menyeru agar beberapa undang-undang keras dimansuhkan.

Tetapi Dr Farouk berkata ia hanya retorik politik dari Saudi, mengatakan ulama dari semenanjung Arab itu belum mengubah permusuhan mereka terhadap umat Islam Syiah, yang menurutnya menjadi mangsa lobi tajaan Saudi di beberapa bahagian dunia Islam.

Arabisasi

Bagi Dr Farouk, Wahabisme adalah ancaman besar berbanding penularan budaya Arab, atau Arabisasi, aduan yang semakin didengari oleh mereka yang bimbang dengan ancaman terhadap budaya Melayu.

Beliau berkata pengalaman dengan Wahabisme di banyak negara umat Islam bukanlah sesuatu yang positif.

Malah, kesan buruknya lebih teruk di Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai budaya dan agama.

“Sepanjang sejarah, di Bosnia, Kosovo, Chechnya, Uzbekistan dan Tajikistan, tidak pernah ada masjid Wahabi. Sekarang majoriti atau 90% masjid dikuasai para imam Wahabi,” katanya.

Beliau berkata banyak masjid di Indonesia dan Malaysia kini turut cenderung kepada ajaran Wahabi.

“Sebabnya adalah sokongan kewangan yang besar daripada organisasi Wahabi di Arab Saudi dan juga daripada kerajaan Saudi sendiri.”

Menurutnya, doktrin Salafi, nama lain Wahabi yang lebih gemar digunakan pengikutnya, bakal mencetuskan banyak gangguan dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Beliau memberi contoh bagaimana sesetengah agamawan melarang umat Islam daripada memberi ucapan kepada orang bukan Islam sempena perayaan agama mereka.

“Jauh sekali untuk menyambut bersama kenalan bukan Islam anda dengan menziarahi mereka pada perayaan mereka. Kini kita melihat umat Islam jarang melawat jiran bukan Islam mereka semasa perayaan,” kata Dr Farouk.

Malah, penularan Wahabi turut dilihat apabila terjemahan Al-Quran juga tidak terkecuali, katanya.

“Beberapa tafsiran Al-Quran berbahasa Inggeris seperti terjemahan popular Abdullah Yusuf Ali disemak dan disusun semula mengikut pemahaman mereka.”

Beliau berkata walaupun kesan lobi Saudi di Malaysia sudah pun dirasai, kesan yang lebih bahaya masih belum tiba, dan ini termasuk tindakan keganasan terhadap minoriti Islam.

“Tetapi apabila aliran Syiah dicerca pada setiap khutbah Jumaat di negara ini, saya tidak fikir ia akan mengambil masa yang lama untuk perkara itu berlaku di sini,” kata pensyarah perubatan itu.

Dr Farouk merujuk kepada doa yang disebut selepas khutbah Jumaat di masjid seluruh Selangor, yang antara lain melabelkan Syiah sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam.

Beliau berkata penyebaran Wahabisme di dunia Islam menjadi lebih mudah kerana sokongan politik dan ketenteraan daripada kuasa Barat, yang menganggap Riyadh sebagai sekutu mereka paling kuat di Timur Tengah di samping Israel.

“Barat memberikan senjata kepada Saudi dan mereka menggunakan senjata itu untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah di Yaman misalnya. Bagi saya, ketamakan Barat adalah salah satu penyumbang besar dalam penyebaran ideologi Wahabi atau Salafi,” kata Dr Farouk.

Beliau berkata kepentingan Barat terhadap minyak menyebabkan Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan Eropah mengabaikan bahaya “ideologi yang bahaya dan suka membenci ini”.

“Negara Barat memerangi pengganas tetapi entah bagaimana mereka menyokong ideologi yang menimbulkan keganasan.

“Barat tidak boleh dapatkan kesemuanya. Untuk menghapuskan pengganas, anda perlu menghentikan ideologi yang mewujudkan keganasan,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber ‘Wahabi’ lebih bahaya daripada Arabisasi, kata pengarah IRF

Disney pilih aktres China bawa watak Mulan

SELEPAS berbulan mencari, Disney akhirnya menemui pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Mulan.

Aktres dari China, Liu Yifei, terpilih untuk membintangi filem live action terbaharu terbitan Disney itu.

Filem itu diadaptasi daripada animasi yang diterbitkan pada tahun 1998 yang berjaya mencapai kutipan AS$300 juta (kira-kira RM1,230) di seluruh dunia.

Sebelum ini, terdapat kontroversi yang menyelubungi pemilihan pelakon yang bakal membawakan watak tersebut apabila ada ura-ura mengatakan Disney tidak memilih bangsa atau warna kulit dalam pemilihan pelakon untuk watak Mulan.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan peminat animasi itu yang tidak mahu kemelut yang melanda filem "Ghost in the Shell" yang dibintangi Scarlet Johannson berulang.

"Ghost in the Shell" merupakan animasi Jepun dan pemilihan Johannson sebagai watak utama mendapat kritikan ramai.

Disney dilapor akan mengumumkan pelakon-pelakon lain dalam masa beberapa minggu lagi.

Yifei, 30 tahun, merupakan antara pelakon hebat di China dan pernah membintangi beberapa filem blockbuster, antaranya "The Forbidden Kingdom" dan "Outcast".

Filem "Mulan" akan menemui penonton pada 2019.



Sumber Disney pilih aktres China bawa watak Mulan

Awal Ashaari & Sherry Al-Hadad sedih tinggalkan Famili LEGOLAND

HOS Famili LEGOLAND, Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad sedih kerana terpaksa meninggalkan Famili LEGOLAND.

Dalam episod terakhir ini, dua kumpulan Merah dan Biru bersungguh-sungguh menyelesaikan cabaran masing-masing, walaupun kepenatan.

Memang lain macamlah semangat masing-masing dalam episod keenam Famili LEGOLAND ni! Walau kepenatan, masing-masing fokus dengan cabaran yang diberikan.

Kumpulan biru atau merah yang bakal memenangi episod terakhir Famili LEGOLAND? Saksikan Sabtu ini, pukul 10 pagi di Astro Ceria (611).

Rasai sendiri pengalaman bersama peserta menerusi program realiti ini selain dapat mengetahui segala jenis pertunjukkan dan ride yang terdapat di LEGOLAND Malaysia Resort dan melihat sendiri keunikan Hotel bertema LEGOLAND.

Tak rugi jika anda menonton program realiti pertama LEGOLAND ini kerana ada tawaran pakej istimewa Famili LEGOLAND. Saksikan rancangan untuk mendapat maklumat lanjut. Jangan terlepas peluang ini.
 
LEGOLAND Malaysia Resort merupakan LEGOLAND Park yang pertama di Asia yang terdiri daripada Theme Park, Water Park and LEGOLAND Hotel.
 
Lebih daripara 23 ribu Model LEGO pelbagai karakter yang 100% diperbuat daripada LEGO ada di seluruh LEGOLAND dan terdapat lebih daripada 70 rides, pertunjukan dan pelbagai tarikan lain.


 



Sumber Awal Ashaari & Sherry Al-Hadad sedih tinggalkan Famili LEGOLAND

"Eh bapa kau meninggal kenapa tak balik?"- Nonny sedih dikecam

'Doakan yang terbaik untuk kami' - kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda

“FASA ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.”

Itu jawapan pelakon popular Izreen Azminda, 32, ketika menjawab mengenai dakwaan berkahwin dengan pemuzik dikenali sebagai Ude yang juga suami kepada dua orang anak.

Tambah Izreen lagi, dia telah mengaturkan sebuah sidang media pada minggu hadapan untuk menjelaskan kedudukan sebenar serta situasi yang berlaku.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan situasi yang sedang berlaku.

Izreen bakal mengadakan sidang media di Damansara, Selasa depan dan akan hadir bersama individu yang didakwa suaminya.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tida menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,” ujarnya.



Sumber 'Doakan yang terbaik untuk kami' - kahwin suami orang, ini jawapan Izreen Azminda

Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun

KUALA LUMPUR: Penyanyi dari Sumatera Barat, Upiak Isli, tidak menyangka lagu yang dihasilnya pada 2014 'Tak Tun Tuang' menjadi terkenal selepas seorang daripada peminatnya memuat naik lagu itu dalam laman sosial baru-baru ini.

Lagu hasil nukilan Upiak, atau nama asalnya Silvia Nanda, 32, yang berbentuk jenaka dan menghiburkan itu telah ditonton di YouTube oleh lebih sejuta penonton sejak video tersebut diviralkan dua minggu lepas.

"Saya telah menghasilkan 19 buah album sejak aktif menyanyi ketika berusia 13 tahun, Saya tidak menyangka hanya lagu dalam album ke-14 menjadi popular," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program 'Nine 11' terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga tidak silu mengakui menangis kerana terharu dengan sambutan luar biasa terhadap lagu berkenaan.

Anak sulung daripada tiga beradik yang berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia itu, berkata lagu berkenaan dihasilkan pada 2014 bersama-sama rakannya Ardi Tanjung yang bermain gitar.

Lagu itu menceritakan kisah lawak mengenai seseorang yang tidak mandi turut mendapat sambutan di luar negara, katanya.

Lagu 'Tak Tun Tuang' yang berdurasi 3:35 saat itu kini berada di bawah naungan MVM Production Sdn Bhd.

Sementara itu, walaupun terpisah jauh, penyanyi Najwa Mahiaddin, 31 serta penyanyi dan penulis lirik Singapura Imran Ajmain, 36 memanfaatkan pelbagai platform media sosial untuk berkolaborasi menghasilkan album pertama mereka.

'Sentiasa Merinding' yang mengabungkan unsur muzik Melayu klasik dengan R

"Biarpun berada di luar negara dan perbezaan waktu tetapi kami menggunakan kemudahan Internet untuk berinteraksi," kata Imran yang pernah popular dengan lagu 'Seribu Tahun'.

Imran berkata walaupun beliau telah mengenali Najwa sejak 11 tahun lalu, hanya baru-baru ini mampu berduet dan menghasilkan lagu bersama.

-- BERNAMA



Sumber Upiak tidak sangka lagunya popular selepas tiga tahun

Insiden Zara Zya Patut Jadi Pengajaran Pada Ramai Wanita

Insiden Zara Zya Patut Jadi Pengajaran Pada Ramai Wanita

Zara Zya mengakui sakit kaki dan tulang belakang secara tiba-tiba sehingga tidak boleh berjalan akibat gemar memakai kasut tumit tinggi. (Gambar: zarazya - Instagram)

Ramai wanita mahu kelihatan menawan dengan memakai kasut tumit tinggi. Biarpun sudah banyak kali cerita mengenai kesan kasut sebegini berbahaya pada kesihatan kaki dilaporkan media tetapi masih ramai tidak ambil peduli sebab mahu cantik.

Pelakon popular, Zara Zya pernah mengakui sebelum ini dia mengalami sakit kaki dan tulang belakang secara tiba-tiba sehingga tidak boleh berjalan akibat gemar memakai kasut tumit tinggi sepanjang masa tidak kira ketika penggambaran drama atau berjalan.

Kesan daripada penderitaan yang dialaminya itu, dia menasihati wanita lain agar kurang memakai kasut tumit tinggi. Lazimnya, kasut gaya macam ini menjadi pilihan pada wanita yang mempunyai ketinggian rendah yang mahu nampak lebih tinggi.


Persoalannya, jika wanita tidak digalakkan memakai kasut tumit tinggi, apakah gaya kasut yang sesuai untuk mereka pakai? mungkinkah penampilan mereka akan terjejas tanpa kasut tumit tinggi?

KESIHATAN LEBIH PENTING

Kasut jenama MediFeet antara pilihan ramai pengguna yang mementingkan penjagaan kesihatan kaki.

Mungkin ramai yang pernah mendengar ada kasut yang dijual di pasaran diperbuat untuk menjaga kesihatan kaki. Jenama MediFeet antara kasut kesihatan popular dalam kalangan pengguna yang ingin mencari jenis kasut sebegini. 

Direka secara khusus bagi mereka yang mencari keselesaan pada kaki, kasut ini juga mampu membantu pengguna yang mempunyai masalah sakit kaki akibat pemilihan kasut tidak sesuai sebelum ini dan juga memudahkan pergerakan.

Apa yang menarik perhatian, kasut ini direka untuk melindungi pengguna daripada gegaran ketika berjalan dan mempunyai anti penyerap tekanan.

Jangan salah faham, kasut ini bukan hanya untuk mereka yang mempunyai sakit kaki mahupun golongan warga emas semata-mata tetapi sesuai digayakan ketika ke pejabat, bersukan mahupun kasual.

Kasut yang dibangunkan dengan prestasi kusyen poron ini juga mempunyai rekaan yang unik untuk pengaliran udara bagi mencegah kulat pada kaki sekaligus mengelak bau pada kaki yang tidak menyenangkan.

SIAPA PATUT PAKAI

Memilih kasut yang sesuai sangat penting untuk menjaga kesihatan kaki.

Merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit diabetes atau kencing manis sangat penting memilih kasut yang sesuai untuk mengelak komplikasi yang lebih memudaratkan.

Sebanyak 15 peratus penyakit ini dianggarkan mendapat ulser atau luka pada kaki sekurang-kurangnya sekali seumur hidup yang boleh mengakibatkan beberapa bahagian anggota badan dipotong atau amputasi.

Kepentingan menjaga kaki perlu dititikberatkan memandangkan kaki adalah anggota paling berisiko yang juga anggota badan paling bawah yang menampung keseluruhan tekanan berat badan secara berterusan dan paling banyak menanggung kecederaan.

Dibandingkan muka atau tangan, kaki juga merupakan anggota yang jarang diperiksa pesakit sehingga boleh mengakibatkan luka yang lewat dikesan.

Kasut MediFeet kini mempunyai pelbagai rekaan yang bergaya untuk wanita selain menjaga kesihatan.

Panduan memilih kasut yang sesuai untuk pesakit kencing manis:

  1. Bertutup penuh dan elakkan memakai selipar jepun, terompah atau sandal bertali.
  2. Pilih kasut yang diperbuat daripada getah yang boleh meregang supaya kasut dipakai lebih selesa walaupun kaki bengkak atau terdapat pembalut pada luka.
  3. Lebih elok jika kasut bertali atau ada ‘zap on’ di bahagian atas untuk memudahkan keluasan kasut diubah mengikut keadaan dan keselesaan.
  4. Pilih tapak kasut yang mempunyai sedikit tumit kurang dari 2 cm atau lebih elok jika tapak ‘rocker bottom’.
  5. Pastikan tiada jahitan atau lipatan tajam atau tidak rata di mana-mana bahagian kasut.
  6. 'Insole’ atau bahagian tapak dalam kasut yang lembut ditambah sebagai penyerap tekanan ketika berjalan dan juga sebagai pelapik kawasan yang berisiko untuk mendapat luka tekanan.
  7. Kasut berbentuk B, iaitu hujung kasut yang lebar dan cukup ruang untuk jari-jari kaki digerakkan dan tidak terlalu ketat (jarak di antara hujung jari terpanjang dan ruang hadapan kasut sekurang-kurangnya 1 cm ketika berdiri).
  8. Sentiasa memakai kasut dengan stoking diperbuat daripada kapas yang menyerap peluh.
  9. Periksa kasut selalu untuk memastikan tiada benda tajam atau benda asing di dalam kasut sebelum memakainya.


Sumber Insiden Zara Zya Patut Jadi Pengajaran Pada Ramai Wanita

Rasa Seekor Memang Tak Puas, Kena Tambah Satu Lagi

Rasa Seekor Memang Tak Puas, Kena Tambah Satu Lagi

Ikan bawal goreng menjadi menu istimewa yang wajib dicuba setiap pelanggan yang berkunjung ke Restoran Top D'Gurun. (Gambar: Adelia Amin)

Siapa yang mampu menolak hidangan bawal goreng panas yang dihidangkan bersama nasi putih dan kicap manis ditambah bawang dan hirisan limau.

Aroma harumnya yang terus menusuk ke hidung, dinikmati pula dengan pelbagai jenis ulaman segar cukup membangkitkan selera sesiapa sahaja. 

Jika sebut menu bawal goreng, memang kedengaran biasa tetapi jika anda berkunjung ke gerai yang terletak di utara Semanjung ini, menu bawal goreng ibarat makanan istimewa yang wajib dicuba setiap kali pelanggan datang berkunjung.

Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang menjamahnya, pasti memesan lebih daripada seekor dek penangan rasa isinya yang segar.

Walaupun hanya digoreng bersama rempah dan sedikit serbuk kunyit, bawal goreng Restoran Top D'Gurun yang terletak di Jalan Raya Gurun berhampiran simpang tiga Guar Nenas Gurun, Kedah ini pasti menjadi buruan pada mereka yang melalui kawasan ini.

HANYA SATU MENU ISTIMEWA

Bawal goreng yang dijual di Restoran Top D'Gurun, Gurun, Kedah sentiasa menarik perhatian ramai pelanggan.
      
Pemiliknya, Sa'diah Abu Bakar, 30, berkata, pada awalnya restoran yang diusahakan itu adalah bekas gerai milik bapa mentua.
      
Namun, melihatkan kepada kurangnya sambutan yang diterima, berbekalkan kebolehan berniaga dan memasak sejak kecil, dia mengubah gerai tersebut menjadi sebuah restoran yang menghidangkan hanya satu menu istimewa.
      
"Dari situ, timbul idea untuk menyediakan bawal goreng panas. Maklumlah, di sini terlampau banyak gerai yang sediakan ikan bakar," katanya yang mengusahakan restoran itu sejak tahun 2010.
      
Tambahnya, sejak hari pertama memulakan operasi, bawal gorengnya mendapat sambutan luar biasa. Sehinggakan beliau terpaksa mendapatkan bekalan ikan segar dari pasar terdekat untuk menampung permintaan yang tidak diduga itu.

Rata-rata pengunjung yang datang turut berkongsi pengalaman mereka menikmati juadah di restoran itu menerusi Facebook masing-masing.
      
Jangan tidak percaya, difahamkan sebanyak 100 kilogram ikan bawal disediakan setiap hari bagi menampung permintaan pelanggannya. Malah, jumlah itu meningkat pada hujung minggu dan cuti umum.

Hidangan ikan bawal dijual antara RM7 sehingga RM13 bergantung kepada saiz. Kalau besar boleh juga makan untuk dua orang.

HANYA 50 SEN SEMANGKUK

Mungkin ramai yang belum pernah mencuba sambal kuini yang membangkitkan selera ketika makan bersama nasi.
      
Selain bawal goreng panas yang menjadi buruan pelanggan, sambal kuini yang cukup popular di daerah utara juga menjadi rebutan pelanggan. Namun, ia hanya disediakan ketika pada musimnya sahaja dan hanya pelanggan yang bertuah sahaja dapat menikmatinya.
      
Sa'diah berkata, kebanyakan pelanggannya yang datang ke restorannya pasti akan bertanya sambal kuini terlebih dahulu. Harganya yang murah iaitu 50 sen semangkuk juga menjadikan ia kunci utama pelanggan terutama dari luar Kedah datang ke situ.
     
"Namun, ketika ini bukan musim kuini jadi kami tidak buat sebab jika beli di luar harganya boleh berlipat kali ganda dan tidak selari perkhidmatan kami yang menawarkan harga murah dan berkualiti," katanya.
      
Top D'Gurun juga menyediakan lebih 30 jenis lauk kampung yang cukup menyelerakan termasuk daging salai madu yang boleh didapati pada harga RM13.50 bagi satu set.

Selain itu, sambal udang, sambal sotong dan ikan masak lemak cili api serta lebih 10 jenis ikan bakar, termasuk cencaru, kembung dan ketuka.
      
Bagi membangkitkan selera, lebih 15 ulaman segar ditawarkan pada pelanggan termasuk pucuk gajus, petai bakar, terung bakar, ulam raja, selom dan terung belanda digandingkan beberapa jenis pencicah termasuk sambal belacan, air asam, sambal lesung dan budu. Penulis paling suka sambal belacannya. Cukup rasa pedas, masam dan manis. Fuh!

PENCUCI MULUT PUN SEDAP

Hidangan ikan bawal di restoran ini dijual antara RM7 sehingga RM13 bergantung kepada saiz.
      
Menu baru yang ditawarkan adalah pencuci mulut cendol pisang dan cendol betik yang dijual pada harga RM5.50. Bukan itu saja, air liur juga meleleh apabila melihat ais kepal dihias dengan hirisan betik dan pisang ni.

Selain itu, minuman teh ais madu cincau juga menjadi tumpuan pelanggan di sini. Bagi mereka yang berasa ragu-ragu, harga yang ditawarkan di sini memang sangat berbaloi dan berpatutan dibandingkan tempat lain. Paling menarik, segelas teh o ais juga dijual pada harga 50 sen sahaja. 

Sa'diah yang dibantu suami Mohd Hafiz Zulkifli, 30, menyatakan harga makanan di gerainya tidak pernah berubah sejak restoran itu mula beroperasi.

Bagi anda yang mebawa anak kecil jangan risau, restoran ini juga menyediakan ruang makan berhawa dingin untuk keselesaan anda sekeluarga. Selain di daerah Gurun, Top D'Gurun juga membuka cawangan di Kelantan dan Alor Setar.

Lebih 10 jenis ikan bakar, termasuk cencaru, kembung dan ketuka termasuk lebih 15 ulam segar ditawarkan kepada pelanggan.
      
INFO:

  • alamat: Restoran Top D'Gurun, Jalan Raya Gurun 08300 Gurun, Kedah (berdekatan simpang tiga, Guar Nenas - Gurun)
  • sebarang tempahan boleh menghubungi, Sa'diah - 012-5606871
  • dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang
  • masa operasi setiap hari kecuali Jumaat


Sumber Rasa Seekor Memang Tak Puas, Kena Tambah Satu Lagi

Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

Foto: Natasha Beauty & Wellness

Serlahkan kecantikan dalaman dan luaran anda di Natasha Beauty & Wellness, sebuah jenama kecantikan yang terkenal dalam memahami masalah kulit wajah wanita Asia  untuk kembali sihat dan berseri. Sudah 20 tahun bertapak di Indonesia dan menjadi pilihan ramai wanita disana, outlet pertama Natasha Beauty & Wellness Malaysia telah dibuka secara rasminya di Bangsar, Kuala Lumpur.

Outlet pertama Natasha Beauty & Wellness di Bangsar.

Diasaskan oleh Dr. Fredi Setyawan pada tahun 1999, Natasha Beauty & Wellness menyediakan rawatan berteknologi tinggi dan menggunakan produk semulajadi dengan harga yang berpatutan.

Menfokuskan pada wanita yang berkeyakinan tinggi, berani, aktif, berkarisma dan boleh memberikan inspirasi pada orang lain, Natasha Beauty & Wellness mengutamakan kesihatan badan, rambut serta kecantikan wajah. Ia umpana one stop centre untuk anda mencantikkan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

 

Seperti kata Dr. Fredi Setyawan, kulit yang cantik tidak perlu putih, kulit yang cantik adalah kulit yang sihat. Atas sebab itulah juga, Natasha Beauty & Wellness telah melantik selebriti aktif dan ibu muda, Sharifah Sakinah sebagai duta rasmi mereka.

Sharifah Sakinah selaku duta Natasha Beauty & Wellness Malaysia.

Pada anda yang sedang mencari spa ataupun pusat rawatan kecantikan yang berkualiti tinggi, anda boleh ke Natasha Beauty & Wellness dan kami senaraikan lima perawatan yang anda boleh cuba:

 

1. Natasha High Intensity Focused Ultrasound (HIFU)

 

Salah satu rawatan signature di Natasha Beauty & Wellnes, rawatan HIFU merawat kulit wajah yang kendur dan tidak bermaya. Menggunakan ‘ultrasound facelift’ dan ‘ultherapy’, rawatan HIFU menganjal dan mengetatkan kulit di bahagian wajah dan leher. HIFU juga merangsang pengeluaran kolagen untuk kulit sentiasa anjal.

 

2. Natasha Laser Peel

Rawatan laser juga merupakan salah satu rawatan yang terkenal di Natasha Beauty & Wellness. Rawatan laser dapat merapatkan pori-pori kulit dan mengurangkan sebum berlebihan. Rawatan ini membantu pengeluaran kolagen semulajadi yang akan membuatkan kulit anda licin, tegang dan mengurangkan pigmentasi pada kulit wajah.

 
Bilik rawatan untuk rambut.

3. Natasha Platelet Rich Plasma (PRP) Hair

Bagi mereka yang mencari rawatan bagi masalah botak kepala, PRP Hair adalah satu rawatan yang anda harus cuba untuk mengembalikan pertumbuhan rambut. Terapi ini menggunakan darah pelanggan sendiri dan ia diproses untuk mendapatkan sel yang diperkaya dan disuntik kembali ke dalam kulit kepala. Terapi PRP juga mengandungi protein semulajadi yang merangsang pertumbuhan rambut secara semulajadi.

 

4. Perawatan Ratu

Bila kali terakhir anda dilayan umpama seorang permaisuri? Menerusi rawatan Ratu di Natasha Beauty & Wellness, anda akan menerima rawatan seperti urutan tradisional badan selama satu jam, skrub untuk membuang sel kulit mati dan kemudiannya memilih antara mandi susu berserta madu ataupun masker susu. Rawatan Ratu selama 135 minit ini sangat menyegarkan dan dapat mengembalikan stamina badan anda.

 
Bilik rawatan berempat ini sesuai untuk anda dan teman-teman.  

5. Natasha Botanical Skin Facial

Rawatan khas untuk kulit wajah ini menggunakan 100% bahan botani diformulakan dengan teknologi moden untuk menstabil dan menenangkan peredaran darah. Menerusi rawatan ini, kulit anda tampil bersih dan bebas cela. Menarik lagi tentang perawatan wajah di Natasha Beauty & Wellness, anda boleh memilih untuk bilik rawatan privasi, bilik berdua bersama pasangan ataupun bilik berempat bersama teman-teman.

 

Sumber Jenama Kecantikan Terulung Indonesia, Natasha Skincare Dibuka Di KL – Ini 5 Rawatan Yang Anda Perlu Cuba.

(Kenyataan Rasmi) Izreen Azminda Sah Bergelar Isteri Kedua Kepada Ude, Nikah 8 Ogos Lalu


Akhirnya teka teki yang melanda Izreen Azminda berkahir apabila pemuzik bernama Ude mendedahkan segalanya.

Pemuzik yang berkhidmat dalam program Gegar Vaganza iaitu  Mohd Radzi Abdul Wahid atau nama panggilannya, Ude akhirnya mengaku menikahi pelakon tersebut.

Sebelum ini, isteri pertama kepada Ude bernama Intan Liana tampil membuat satu temubual bersama Utusan yang membincangkan isu perkahwinan Ude dan juga Izreen Azminda.

Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

Dalam pertemuan itu, Ude mengesahkan sudah bernikah dengan Izreen Azminda namun enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen Azminda.

Akhirnya ini kenyataan dari Ude:


"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,"

"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti"

Ude juga telah menafikan bahawa rumahtangganya yang dibina bersaa isteri pertama iaitu Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen Azminda.

"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.

"Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,"

Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,"

Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen Azminda meletakkan namanya sebagai ‘Mrs Ude’ dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Kemudian isteri pertama Ude iaitu Intan mengesahkan Izreen Azminda merupakan pelakon yang dikaitkan dengan suaminya, Ude.

Sumber: Harian Metro

Adakah kita Arab? Tidak. Adakah kita Muslim? Ya. - Dr Afifi Al-Akiti

PENSYARAH Pusat Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017.

Astro AWANI ingin membawa anda menghayati semula pandangan dan pemikiran oleh sosok luar biasa, tokoh Malaysia di pentas antarabangsa ini.

Beliau berpandangan, masyarakat akan mula mengimport budaya luar sekiranya mereka tidak ada keyakinan terhadap akar budaya sendiri.

Ketika ditemubual oleh Astro AWANI melalui segmen #GreatMinds lebih empat bulan lalu, Afifi yang juga Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Lapan Perak ini antara lain berharap orang Melayu Malaysia memahami pertembungan identiti antara mahu jadi orang Arab dan menjadi seorang Muslim.     

Beliau mahu masyarakat memahami keindahan budaya Nusantara yang disulam dengan keagungan agama Islam sekali gus membentuk identiti dan cara hidup yang hebat. 




Sumber Adakah kita Arab? Tidak. Adakah kita Muslim? Ya. - Dr Afifi Al-Akiti

"Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir

BESUT: Pengalaman hampir di panah petir ketika rumah dinaiki air menjadikan seorang warga emas di Besut, Terengganu trauma, setiap kali banjir berlaku.

Walaupun, peristiwa menakutkannya itu sudah empat tahun berlalu, ia terus menghantuinya.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Kamariah Senik, 74 tahun berkata, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mengejutkannya.

"Panahan kilat itu macam kita mencucuh mancis, ada percikan api. Kemudian, makcik tengok petir itu masuk ke dalam rumah sampai melepasi tangga."

"Makcik meraung dan serentak itu rumah terus gelap gelita dan tengok mesin kelapa ni habis bengkok," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tembila Besut, tengah malam tadi.

TONTON: Banjir surut, semua mangsa dijangka pulang

Menurut Kamariah, kejadian itu berlaku kira-kira 2 pagi, sebelum dia mengejutkan suaminya, Mat Ghani Muda, 90 tahun.

Sementara itu, katanya, dia dan suaminya sudah lali dengan kejadian banjir yang melanda rumah mereka saban tahun.

"Kami bagaikan penghuni tetap di pusat pemindahan ini. Dah 30 tahun kami berpindah ke sekolah ini (Sekolah Kebangsaan Tembila Besut) setiap kali banjir.

"Ini dah jadi rumah kedua kami bila banjir. Kami tiada pilihan kerana rumah akan dinaiki air, setiap kali musim tengkujuh," katanya lagi.

BACA: Jururawat 'manis' sanggup redah banjir demi ibu bersalin



Sumber "Makcik meraung terkejut petir masuk ke rumah" - Mangsa banjir

Kelantan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Surin

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Surin Pitsuwan, bekas Setiausaha Agung ASEAN yang meninggal dunia kira-kira 3 petang Khamis (waktu tempatan) akibat kegagalan jantung.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata jasa dan sumbangan Allahyarham Surin dalam mencorakkan hubungan diplomatik di rantau Asia Tenggara terlalu besar terutama sewaktu menerajui ASEAN.

"Allahyarham juga merupakan tokoh diplomat Muslim yang disegani di peringkat global. Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham bersama para hambaNya yang soleh," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

BACA: Belasungkawa: Tan Sri Dr Surin Pitsuwan

BACA: Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN - Institut Integriti Malaysia 

Ahli politik tersohor Thailand berusia 68 tahun itu rebah ketika sedang bersiap untuk menghadiri majlis Perhimpunan Halal Thailand 2017 dan dibawa ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia.

Surin pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Thailand dari 1992 hingga 1995 dan kemudian dilantik Menteri Luar dari 1997 hingga 2001 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Chuan Leekpai dan tujuh tahun selepas itu, pada 1 Jan 2008, beliau dinamakan sebagai Setiausaha Agung ASEAN.

Surin, yang beragama Islam, dilahirkan pada 28 Okt 1949 di daerah Muang, Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand. Beliau berkelulusan dalam bidang sains politik dari Claremont College, California pada 1972 serta memperoleh ijazah Sarjana daripada Harvard University.

-- BERNAMA



Sumber Kelantan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Surin