Selasa, 31 Oktober 2017

5 Great Movies You Can’t Say No To In November 2017

5 Great Movies You Can’t Say No To In November 2017

Images: Warner Bros. Pictures and Disney/Pixar

Can you believe it we’re about two months away until 2018? Honestly, what have we done so far in 2017? Well, one thing’s for sure, we’ve watched tonnes of epic movies throughout the year – some memorable, some that shouldn’t even exist, while others were quite underwhelming.

So, to add to your long-list of must-watch movies this year, without further ado, here’s the top five movies you should look forward to this November.

#1 Justice League


This is the movie every DC Comics fanboy and fangirl have been waiting for! Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg, and The Flash all in one movie? What else can you ask for? Debuting just three weeks after Marvel’s critically acclaimed Thor: Ragnarok, will Justice League be able to overshadow the God of Thunder’s success?

Cast: Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller
Premieres: 16 November 2017

#2 Coco


You know almost every Disney/Pixar animation movie is bound to be an amazing one that will tug your heart strings. Coco tells the tale of Miguel, who dreams to become a musician like his idol, Ernesto de la Cruz despite a weird generations-old ban on music. One day he stumbles across a mysterious guitar that may have accidentally sent him to the Land of the Dead. Will he be able to return to the present day in real life?

Cast: Gael García Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor
Premieres: 23 November 2017

#3 Pengabdi Setan


You might know by now that some Indonesian horror movies tend to be really creepy and will give you nightmares for days or even months! Well another promising horror flick from our neighbour is here to haunt you. Just take a look at its trailer – it will give you some serious Conjuring and Annabelle vibes. Plus, our local hunk, Bront Palarae will also star in it!

Cast: Bront Palarae, Tara Basro, Dimas Aditya, Endy Arfian
Premieres: 23 November 2017

#4 Murder on the Orient Express


This mystery thriller based on the original novel by Agatha Cristie comes to life with an outstanding star-studded cast. Seriously, just reading the list of cast members alone will get you excited. The movie tells the tale of a luxury train ride where a murder takes place and the infamous investigator, Hercule Poirot must race the clock to solve the case before the murderer strikes again. No one is allowed to leave the train and everyone is automatically a suspect.

Cast: Tom Bateman, Kenneth Branagh, Penélope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp, Daisy Ridley, Michelle Pfeiffer, Josh Gad
Premieres: 30 November 2017

#5 Daddy’s Home 2


If you’re looking forward for a good laugh – this is it. The sequel to Daddy’s Home will see Brad (Will Ferrel) and Dusty (Mark Wahlberg) desperately trying to handle both of their pushy fathers as best as they can who have come to celebrate Christmas with them. Will it be total chaos? Or a happy holiday ending?

Cast: Will Ferrell, Mark Wahlberg, Mel Gibson, John Cena
Premieres: 30 November 2017



Sumber 5 Great Movies You Can’t Say No To In November 2017

Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Yayasan Sungai Jarom, Jenjarom dekat sini pada 1 tengah hari tadi ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi.

"Kanak-kanak itu diserah kepada polis dan telah dibawa ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut sebelum dikembalikan ke pangkuan keluarganya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Azizan turut menafikan kanak-kanak berkenaan dilarikan atau diculik oleh individu yang tidak dikenali seperti yang ditularkan di media sosial.

Menurutnya sebelum hilang, kanak-kanak itu dikatakan mengikuti nenek dan jirannya ke belakang rumah untuk membuang kayu.

"Selepas membuang kayu, neneknya menyedari cucunya itu telah tiada dan usaha mencari di sekitar kawasan perumahan itu gagal menemuinya," katanya sambil menambah ibu kanak-kanak itu sedang bekerja di sebuah klinik swasta berhampiran kawasan perumahan itu ketika kejadian berlaku.

Terdahulu telah tular satu salinan laporan polis kononnya kanak-kanak berkenaan telah dilarikan oleh seorang individu yang memakai jaket hitam dengan menaiki motosikal berwarna merah.

-- BERNAMA



Sumber Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang

'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

PUCHONG: Kedua-dua ibu bapa dua pelajar tingkatan satu yang lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang ketika pulang ke rumah mereka di Taman Yarl Puchong semalam melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan tragedi yang menimpa keluarga mereka.

Kata Siti Khazlinawatey Abdul Razak, ibu kepada Mohd Shafiq Akmal Amran berusia 13 tahun, dia buntu bagaimana anaknya boleh hilang dihanyutkan arus deras.

Siti Khazlinawatey berkata, dia dimaklumkan pihak sekolah berhubung kejadian menimpa anak keduanya itu.

“Dalam pukul empat lebih cikgu datang ke rumah beri tahu yang Syafiq ini kata sudah dihanyutkan arus deras. Dia ikut laluan jalan pintas balik sekolah. Tiga orang waktu tu, yang seorang tu selamat yang lagi dua anak saya dengan anak kawan saya. Yang itu pun tak jumpa lagi sampai sekarang,” katanya sewaktu ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa dan rakannya, Rafiuddin Fakhrullah dihanyutkan arus deras sejurus terjatuh ketika menyeberangi longkang menggunakan jambatan di belakang sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, Puchong.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan mangsa, Aidil Azhar Sham Saffiri berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah.

Susulan kejadian, pihak sekolah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi bantuan mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang itu.


Sementara itu, bapa kepada salah seorang lagi mangsa, Mohd Ridzuan Zanal Abidin berkata anaknya Rafiuddin Fakhrullah Mohd Ridzuan sememangnya amat rapat dengannya dan taat kepada orang tua.

Rafiuddin Fakrullah juga sering menunaikan solat berjemaah di masjid bersamanya.

“Saya memang selalu ingat dia 24 jam. Dia memang anak yang baik dan selalu pergi surau masjid dengan saya selalu ikut kuliyyah ilmu dengan saya dan dia dibesarkan di Surau An Nur daripada usia dia satu tahun hinggalah usia dia 13 tahun dia banyak habiskan waktu di surau dan di masjid,” katanya.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, susulan kejadian, pihaknya membuka pusat operasi berdekatan lombong PPR Kampung Muhibah, di sini, bagi proses mencari dan menyelamat dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam, APM Kuala Lumpur.

Proses mencari dan menyelamat dua mangsa terbabit dilakukan bermula dari lokasi kejadian sehingga ke lombong berkenaan.



Sumber 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

YAN: Enam pemancing bersama seorang tekong bot yang hilang di perairan barat Kuala Sala, Yan, pada Ahad, ditemui selamat kira-kira jam 2 petang tadi oleh nelayan tempatan.

Menurut Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said, bot yang membawa tujuh mangsa itu ditemui hanyut kira-kira 30 batu nautika dari kawasan mereka dilaporkan hilang selepas mengalami kerosakan enjin.

Katanya, selepas bot yang rosak itu berjaya dibaiki, hasil bantuan yang dihulurkan oleh nelayan yang menemui mereka, bot terbabit bergerak ke Jeti Kuala Sala.

"Bagaimanapun, dalam perjalanan, bot itu kehabisan minyak dan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar minyak dan menunda bot terbabit sehingga tiba di Jeti Kuala Sala petang tadi," kata Rozali.

Enam mangsa yang dilaporkan hilang itu ialah tekong Khairul Anuar Arshad, 39, pemancing Mohamad Ramli, 57, Mohd Salihin Ibrahim, 52, Mohamad Nazri Abdul Hamid, 47, Azmi Raif Mohd Noh, 48, Jasri Daud, 48, dan Thai Kean Onn, 49.

Mereka tiba di jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sala kira-kira pukul 4.20 petang tadi.

Tujuh individu itu turun ke laut dari Jeti Kuala Sala seawal 6 pagi Ahad dan dijadualkan pulang ke jeti sama selewat-lewatnya 7 petang hari sama.

Ketika ditemui, Khairul Anuar mengucapkan syukur mereka semua akhirnya selamat.

"Lebih 30 jam hanyut dan terdampar di tengah laut, akhirnya doa kami semua dimakbul Allah," katanya ketika ditemui di jeti Kuala Sala, Yan, petang tadi.

Menurutnya, dia berasa bertanggungjawab terhadap nyawa pemancing lain selepas botnya mengalami kerosakan pada enjin.

Dia tidak berputus asa dan cuba membaiki kerosakan itu, bagaimanapun ketiadaan barang ganti menjadikan usahanya terbantut.

"Semua itu atas tangunggan kita. Kalau jadi apa-apa pun, semua atas tanggungjawab kita. Cuma, mereka tenang, tak panik.

"Hari ketiga semalam, kami makan ikan rebus. Kami sudah hampir putus asa, tetapi apa gunanya berserah bulat-bulat begitu. Cuba (baiki kerosakan) selagi boleh," katanya.

Sementara itu, Azmi Raif berkata, dia terkilan apabila isyarat kecemasan (SOS) yang cuba mereka berikan kepada bot nelayan yang melalui kawasan itu tidak diendahkan.

Malah, katanya, bot berkenaan terus meninggalkan kawasan tersebut.

"Saya tahan lebihkurang tiga biji bot pukat tarik. Saya lambai. Ada yang datang. Tetapi lebih kurang dalam 200 meter kemudian, mereka patah balik," tambahnya.



Sumber Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

Dakwaan mengenai penamaan dipalsukan tidak berasas - KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan dan menyifatkan mesej audio, kini tersebar di media sosial dan WhatsApp, yang mendakwa penamaan ahli telah digantikan dengan nama lain yang tidak berkaitan, sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Dalam kenyataan, KWSP berkata ia melihat penyebaran maklumat yang mengelirukan itu, dengan niat untuk mengelirukan ahli dan mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan, dan akan mengambil tindakan tegas sebagaimana yang diperlukan.

"Siasatan kami mendapati tiada rekod kes sedemikian seperti dinyatakan oleh individu dalam mesej audio tersebut. Jika ahli mendapati butiran penamaan mereka tidak tepat, sila tampil membuat aduan dengan KWSP supaya perkara itu dapat diselesaikan," katanya.

Ahli digesa tidak diperdaya oleh mesej palsu itu dan berkongsinya di media sosial atau WhatsApp. Proses penamaan KWSP adalah amat sulit.

"Hanya ahli yang boleh melakukan perubahan atau mengemaskini nama penama mereka. Ahli dikehendaki hadir sendiri di cawangan KWSP, berikutan cap jari mereka diperlukan untuk mengesahkan proses penamaan tersebut," katanya.

Ahli digalakkan sentiasa menyemak akaun KWSP mereka dan mengunjungi mana-mana cawangan jika mereka ingin mengemaskini butiran penamaan mereka.

Maklumat lanjut, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

-- BERNAMA



Sumber Dakwaan mengenai penamaan dipalsukan tidak berasas - KWSP

Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan dihukum penjara dua hari dan denda RM100,000 selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang kontraktor untuk mendapatkan projek berkaitan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kira-kira enam tahun lalu.

Ahmad Omar Noordin, 54, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan semula ke atasnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim G.Ramesh.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Omar didakwa memperdaya Ng Suat Leh, 66, bahawa dia akan mendapatkan projek berkaitan pembangunan klia2 sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM200,000 melalui pesanan juruwang atas nama isterinya pada 18 Ogos 2010.

Tertuduh turut didakwa memperdaya Ng bahawa dia akan mendapatkan projek yang sama sehingga mendorong mangsa mendepositkan wang RM5,000 ke dalam akaun bank milik isterinya pada 3 Sept 2010.

Berdasarkan fakta kes, projek berkaitan pembangunan klia2 yang dimaksudkan dalam kes tersebut adalah pembinaan fasiliti landasan dan pagar bagi kegunaan klia2 di bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Terdahulu, peguam bela tertuduh, Rajindar Singh merayu kepada mahkamah untuk menjatuhi hukuman minimum ke atas Ahmad Omar memandangkan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan tindakan tertuduh mengaku salah menunjukkan dia telah insaf.

Rajindar berkata tertuduh menghidap penyakit kronik termasuk berkaitan jantung dan kencing manis, manakala isteri tertuduh pula perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu serta perlu menjaga kebajikan sembilan anaknya berusia antara dua hingga 27 tahun termasuk anak sulung yang sedang belajar di luar negara.

Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd. Nawawi bagaimanapun membantah rayuan tersebut dengan meminta hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Ramesh kemudiannya menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM50,000 ke atas tertuduh bagi kesalahan pertama dan mengenakan hukuman serupa bagi pertuduhan kedua dan jika gagal membayar denda tersebut boleh dihukum penjara 12 bulan bagi setiap kesalahan.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA



Sumber Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding

Kecoh seketika laman sosial di Malaysia hari ini apabila Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James menggayakan kostum bertemakan nasi lemak, lengkap dengan kacang, sambal, telur mata dan juga ikan bilis. Bagaimanapun, material yang digunakan bukanlah bahan-bahan nasi lemak yang sebenar.

BACA: Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini

Seperti biasa, perkara tersebut mendapat reaksi berbaur warga laman sosial. Ada yang menyifatkan perkara tersebut sebagai kreatif dan bagi pereka fesyen, pastinya idea berkenaan mempunyai perbezaan dengan falsafah masing-masing.

Antara pereka fesyen yang turut memberi respon terhadap busana itu ialah Hatta Dolmat.

Untuk pengetahuan anda, busana rekaan pereka tempatan iaitu Brian Khoo akan dibawa ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini.

Dalam pertandingan itu, Samantha akan bersaing dengan 41 peserta ratu cantik seluruh dunia dalam edisi ke-66 pertandingan Miss Universe 2017 itu.

Menurut laporan Astro Awani, pada tahun lalu, bekas Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal memakai kostum khas dengan replika menara berkembar KLCC di bahu rekaan Rizman Ruzaini untuk pertandingan yang sama.

Jadi apa pendapat anda tentang busana ini? Adakah tahun mendatang kita akan menyaksikan nasi kandar mahu pun roti canai pula akan diketengahkan pula bagi membawa imej Malaysia?

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore

Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu Paling Kaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Adele dilaporkan berpendapatan £144,000. Lebih-lebih lagi, jumlah ini hanya pendapatannya dalam satu hari sahaja daripada pendapatan globalnya. Mari lihat siapa lagi artis, kerabat dan selebriti lain yang berpendapatan tinggi seperti Adele juga. #1 Bill Gates √ £7.1 juta sehari Individu yang merupakan pengasas Microsoft dilaporkan berpendapatan

Sumber Inilah Senarai Pendapatan Harian Individu Paling Kaya Di Dunia Dan Cara Mereka Belanjakan Harta Mereka

Tze Wei, Fatin Olahragawan, Olahragawati Sabah

KOTA KINABALU: Atlet karate, Ricky Leong Tze Wei dan pemanah kebangsaan Fatin Nur Fatehah Mat Salleh dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati bagi tahun 2015/2016 pada Anugerah Sukan Negeri Sabah kali ke-28 yang berlangsung, di sini, malam tadi.

Dua atlet negara itu mengulangi pencapaian mereka, dua tahun lalu apabila turut menerima anugerah sama susulan pencapaian cemerlang kepada Sabah dan Malaysia bagi tahun 2013/2014.

Anugerah Olahragawan itu juga adalah yang ketiga berturut-turut bagi Ricky, 29 selepas turut meraih gelaran sama bagi tahun 2011/2012.

Antara pencapaiannya sepanjang tahun 2015/2016 termasuk memenangi pingat emas untuk negara di kejohanan Liga Premier 1 Karate Dunia 2015 dan Kejohanan Karate Do Asia Tenggara kali ke-4.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman (kiri) bersama Atlet Karate, Ricky Leong Tze Wei dan Atlet Memanah, Fatin Nurfatehah Mat Salleh selepas dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik bagi tahun 2015/2016 pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah kali ke-28 di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting

Selain itu, Ricky turut memenangi dua pingat perak untuk Malaysia di Kejohanan Karate Terbuka Al-Ahli Dubai serta Kejohanan Karate Do Asian kali ke-13 dan kini berada pada ranking ke-10 dunia.

Sementara itu, antara pencapaian yang dicapai Fatin sepanjang 2015/2016 ialah memenangi pingat emas di beberapa kejohanan berasingan iaitu Kejohanan Memanah Piala Dunia Tahap 1, Sukan Universiti Asia Tenggara 2016, Kejohanan Antarabangsa Terbuka UPM dan Piala Asia Tahap 2 selain memenangi gangsa di Kejohanan Memanah Dunia Universiti 2016.

Dalam perkembangan lain, Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan masing-masing dimenangi Muhammad Shauqi (memanah) dan Marceeta Marylin Marcus (angkat berat) manakala bagi Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Terbaik dimenangi Didin Terasoh (badminton) serta Felicia Mikat (olahraga).

Pasukan ragbi Sabah pula memenangi Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik manakala skuad sepak takraw muncul penerima Anugerah Pasukan Wanita Terbaik.

Lain-lain penerima ialah Tony Sawan (Jurulatih Terbaik), Kesatuan Ragbi Sabah (Persatuan Sukan Terbaik), Awang Kinit (Kepimpinan Sukan).

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang sebelum menyampaikan anugerah kepada kesemua pemenang turut menerima Anugerah Tokoh Sukan Sabah.

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.



Sumber Tze Wei, Fatin Olahragawan, Olahragawati Sabah

Trump batal lawatan ke zon bebas tentera

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak akan melawat Zon Bebas Tentera (DMZ) yang membahagikan Semenanjung Korea dalam lawatan ke Korea Selatan minggu depan, kata seorang pegawai kanan pentadbiran semalam.

Difahamkan, keputusan untuk tidak melawat DMZ ketika ketegangan memuncak dengan negara bersenjata nuklear Korea Utara disebabkan oleh kekangan masa.

"Presiden tidak akan melawat DMZ, kerana kekangan masa di dalam jadual," kata pegawai itu.

Trump, yang dijangka berlepas pada Jumaat dalam rangka lawatan ke lima negara Asia, sebaliknya akan melawat Kem Humphreys, yang terletak di selatan Seoul, jauh dari DMZ, kata pegawai itu.

"Setiausaha Mattis sudah melawat ke sana minggu lalu, Naib Presiden Pence juga sudah ke sana awal tahun ini," kata pegawai itu, merujuk kepada Ketua Pentagon, Jim Mattis dan orang nombor dua Trump, Mike Pence. - AFP



Sumber Trump batal lawatan ke zon bebas tentera

Ranieri tidak terkejut prestasi longlai Chelsea

LONDON: Claudio Ranieri berkata dia langsung tidak terkejut apabila juara Inggeris, Chelsea bergelut pada musim ini.

Bekas pengurus Leicester itu berkata, antara punca kemerosotan Chelsea ialah disebabkan kepulangan semula kelab itu ke saingan Liga Juara-Juara selain peningkatan kualiti pemain pencabar utama mereka musim ini.

Pengurus dari Itali itu menjulang trofi liga bersama Leicester pada 2016 tetapi dipecat sembilan bulan kemudian selepas The Foxes gagal mengulangi prestasi terbaik pada musim sebelumnya.

Sekali pun kemerosotan Chelsea tidak begitu drastik, kelab berpangkalan di London itu tampil dengan aksi tidak konsisten musim ini selepas merekodkan tiga kekalahan daripada 10 perlawanan liga.

Kelab dengan jolokan The Blues itu ketika ini menghuni tangga keempat liga dan ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

"Sentiasa sukar untuk memenangi liga dua kali berturut-turut. Chelsea juga kembali ke Liga Juara-Juara jadi ia tidak mudah," kata Ranieri yang menguruskan Chelsea pada musim 2000-04 kepada Evening Standard.

"Ia tidak mudah apabila banyak pasukan lain mengubah pemain-pemain mereka."

Kegagalan Chelsea layak ke saingan Liga Juara-Juara musim lalu membantu pemain mereka untuk mendapatkan rehat sebaiknya dan ia terbukti selepas hanya tiga keputusan seri dan tujuh kekalahan direkodkan dalam semua kejohanan.

Selain menjulang trofi EPL, The Blues turut mara ke final Piala FA tetapi tewas kepada Arsenal.

Chelsea juga dipalit masalah ketika jendela perpindahan musim ini ketika pencabar utama liga lain tampil berbelanja besar untuk meningkatkan kualiti skuad masing-masing.

Begitupun, skuad kendalian Antonio Conte itu kembali ke saingan elit Eropah itu dengan prestasi yang baik apabila kekal tanpa kalah untuk menghuni tangga teratas kumpulan dan hampir melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Ranieri yang ketika ini mengendalikan kelab Perancis, Nantes begitupun percaya Conte mampu membawa Chelsea kembali ke tahap terbaik.

"Dia seorang yang periang. Dia pengurus yang menakjubkan dan cuba untuk melakukan yang terbaik bagi Chelsea," kata Ranieri. - REUTERS



Sumber Ranieri tidak terkejut prestasi longlai Chelsea

Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final

mohdfahmi@bh.com.my 

JOHOR BAHRU: Demi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, peminat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sanggup 'berkampung' di perkarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sejak petang tadi.

Tinjauan BH ke stadium berkenaan  mendapati peminat mula beratur dan 'menempah' giliran dengan membentangkan tikar untuk bermalam di perkarangan stadium.

Seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Misran, 28, berkata, dia dan rakannya mula beratur untuk mendapatkan tiket yang akan mula dijual di kaunter pagi esok, sejak jam 6.30 petang tadi.

"Saya sudah cuba membeli tiket secara atas talian, namun tidak berjaya kerana terdapat sedikit masalah jadi saya dan rakan mengambil keputusan untuk beratur awal dan bermalam di sini.

"Apa yang penting kami dapat membeli tiket dan menyaksikan perlawanan akhir antara JDT dan Kedah di Shah Alam Sabtu nanti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang peminat, Iqbal Hadi Mohd Yunos, 32, berkata dia dan anak saudaranya mula berkampung di stadium sejak jam 8 malam tadi bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir itu.

"Esok kebetulan saya tidak bekerja jadi saya ambil keputusan untuk beratur awal dan bermalam di sini bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir.

"Ini bukan kali pertama kami melakukannya kerana sebelum ini kami pernah juga bermalam untuk mendapatkan tiket perlawanan JDT," katanya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Sebanyak 72,000 tiket diperuntukkan dengan setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak, manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian.

Tiket bagi dewasa berharga RM50, manakala kanak-kanak RM5 termasuk GST dan perlindungan insurans.



Sumber Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final

Dhabitah, Danial terbaik WP

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri menepati ramalan apabila dinobatkan selaku Olahragawati Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan (WP) 2015/16 di sini, malam tadi.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 18 tahun itu meraih gelaran berkenaan buat kali pertama selepas berjaya mengetepikan dua pencabar utama iaitu pemain skuasy negara Rachel Arnold dan Tammy Ng (gimrama).

"Saya terharu dengan pemilihan ini, terima kasih kepada pihak juri yang mengiktiraf usaha saya selama ini, ini mungkin rezeki saya," kata Dhabitah yang membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM 5,000.

Atlet taekwondo negara, Danial Mohd Azri yang melakar beberapa kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pula dipilih sebagai Olahragawan WP.

Turut tidak ketinggalan adalah pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Ziyad Zolkefli yang diberi penghormatan menerima anugerah khas paralimpik lelaki disamping Puteri Nur Diyana Megat Mohd Fadzli (wanita).

Anugerah Olahragawan Harapan menjadi milik bintang muda skuasy negara, Ng Eain Yow dengan atlet angkat berat Nur Atikah Mahamad Sobri pula muncul pemenang Olahragawati Harapan.

Sukan gimnastik juga cemerlang kali ini apabila merangkul dua anugerah iaitu Pasukan Terbaik melalui pasukan gimrama selain menggondol anugerah khas persatuan sukan menerusi Persatuan Gimnastik WPKL.

Sebelas kategori anugerah disampaikan pada majlis yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC) itu dengan semua pemenang membawa pulang wang tunai, piala iringan dan sijil.

Majlis gilang-gemilang itu dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan.



Sumber Dhabitah, Danial terbaik WP

"Untuk semua wanita di dunia yang memiliki suami yang curang, artikel ini untuk anda.."

Semasa aku berumur 20 tahun, aku sering menasihati wanita lain yang memiliki suami yang curang untuk melupakan suami mereka dan tidak perlu merana akibat perbuatan suaminya. Apabila aku berumur 30 tahun, aku mendapati suamiku sendiri ada perhubungan lain. Aku mengingatkan diriku supaya berserah daripada terus menyeksa hatiku sendiri. Genap umurku 40 tahun, aku sudah biasa dengan kelemahan

Sumber "Untuk semua wanita di dunia yang memiliki suami yang curang, artikel ini untuk anda.."

Naik kerusi roda, netizen tuduh Siti Nurhaliza manja

SEJAK pemberitahuan mengenai berita kehamilan penyanyi nombor satu Malaysia, makin banyak rezeki yang mencurah-curah kepada Datuk Siti Nurhaliza ni.

Usia kandungan yang sudah hampir capai usia lima bulan membuatkan Siti menjadi extra manja dengan suaminya sendiri, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Sekitar dua hari yang lalu, Siti ada memuat naik satu video memaparkan dia sedang menaiki kerusi roda di sebuah pusat beli belah.

Disebabkan itu merupakan kehamilannya yang pertama, Siti kini cepat berasa penat. Jadi dia mengambil keputusan untuk menaiki kerusi roda sambil ditolak oleh suaminya.

Inilah masanya untuk Siti bermanja dengan suami tercinta kan. Yelah, 11 tahun penantian untuk dapatkan zuriat tu bukanlah tempoh masa yang singkat.

“Tak larat nak jalan…,” kata Siti sambil tergelak.

Di ruangan caption, Siti menulis bahawa Datuk K seakan-akan membawa kerusi roda itu seperti memandu kereta Ferrari! Woo… Mesti laju kan Datuk K tolak tu.

Dalam ramai netizen yang memuji sikap manja Siti tu, masih ada juga mulut joyah yang tak sayangkan mulut. Bukan main, orang tu naik kerusi roda pun nak kecam juga?

Apa lah salahnya nak bermanja dengan suami sendiri kan? Siti sendiri mesti tahu macam mana nak jaga kesihatan dan kandungannya.

Takkan nak duduk dalam rumah je. Sekali sekala mesti teringin nak jalan-jalan dekat shopping mall dengan suami.

Kita doa yang baik-baik je okay untuk kedua-dua bakal ibu dan ayah ni. Ramai dah tak sabar nak tunggu ‘Siti Junior’ lahir.

Semoga segala urusan Siti dan keluarga akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Yang penting, kita ni kena jaga kain sendiri. Jangan sibuk nak selak kain orang lain je ya.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Naik kerusi roda, netizen tuduh Siti Nurhaliza manja

Rita Rudaini balas komen netizen kecam ajar anak sambut Halloween

BUAT itu salah, buat ini pun salah. Apalah nak jadi dengan netizen ni kan. Ada saja benda yang mereka nak kecam dan tak puas hati dengan sesetengah selebriti tempatan ni.

Kali ini giliran ibu tunggal, Rita Rudaini pula menjadi ‘bahan gelak ketawa’ dan tempat untuk ‘ustaz dan ustazan’ online ni nak bagi ‘nasihat’. Tapi sebenarnya bukan nasihat. Tapi lebih kepada kecaman!

Dua hari lepas, Rita ada memuat naik beberapa gambar dan video ketika dia bersama dengan dua anaknya menyambut Hari Halloween bersama jiran tetangga.

Sebenarnya bukan lah menyambut. Tapi lebih kepada memberi sedikit hiburan kepada anak-anak dengan cara memberi gula-gula dan mengadakan majlis makan-makan.

Ada pula mak joyah yang entah datang dari mana, siap buat fake akaun lagi semata-mata untuk kecam dan menghina perbuatan Rita ni.

Kalau nak tegur, tegur ja lah. Tak perlu nak over sangat sampai main agama semua.

Niat hanya untuk suka-suka dengan anak-anak dan jiran tentangga. Bertukar-tukar gula-gula dan mengadakan majlis makan secara kecil-kecilan sesama jiran. Salah ke macam tu?

Disebabkan dah penat dengan kecaman yang membuta tuli, Rita ada juga membalas beberapa komen ‘murni’ netizen sampai ada yang kaitkan isu penceraian Rita bersama bekas suami, Aidil Zafuaan.

Dah tak ada modal nak kecam, mereka kaitkan pula dengan perkara tu. Padahal mereka dah bercerai enam tahun lepas.

Bukan sahaja Rita yang dikecam, malah, pasangan hot Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari turut dikecam oleh netizen kerana ‘menyambut’ perayaan Halloween bersama.

Awal dan Scha juga kelihatan dalam majlis makan kecil-kecilan itu. Lara Alaana, turut telah mengenakan kostum ahli sihir yang sangat comel!

Tapi Scha dan Awal sudah tahu bahawa mereka bakal dikecam, jadi mereka mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di gambar Lara. Nasib baik dah lali dengan semua benda ni.

Kesian Lara, tak habis dengan isu yang sebelum ni, ada pula yang datang lagi. Ya, memang betul sebagai seorang Muslim, kita tidak dibenarkan untuk sambut perayaan agama lain. Tapi kalau sekadar menghormati tak salah kan?

Sudah-sudah lah tu netizen sekalian. Tak perlu terlampau gigih dengan cara buat fakeakaun demi untuk meninggalkan komen negatif di akaun sosial selebriti atau orang biasa sekali pun.

Tegur tu boleh tapi tak perlu sampai nak hina melampau sangat. Semua dah besar, mestilah tahu mana yang pahala dan mana yang dosa. Jaga hal sendiri pun dah cukup, tak perlu nak menyibuk selak kain orang lain.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Rita Rudaini balas komen netizen kecam ajar anak sambut Halloween

Jangan Takut Kahwin Dengan Lelaki Yang Miskin Harta

Wahai wanita, jangan takut untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak kaya dengan harta benda kerana kekayaan boleh dicari bersama selepas mendirikan rumahtangga. Tapi takutlah untuk berkahwin dengan lelaki yang miskin dari segi iman dan tanggungjawab, kerana hal itu bakal membuatkan kamu tidak bahagia dengan rumah tanggamu kelak. Percayalah, saat kita berkahwin, Allah SWT akan membukakan

Sumber Jangan Takut Kahwin Dengan Lelaki Yang Miskin Harta

Individu Tak Ramai Kawan Hidup Lebih Bahagia Dan Mewah

Cuba anda lihat, berapa ramai kawan yang anda miliki. Tidak kira la sama ada di pejabat, rakan sekolah atau pun di media sosial. Mesti ramai kan? Bagusnya ramai kawan. Lagi ramai kawan, lagi la gembira dan bahagia. Tapi anda silap!! Lebih ramai kawan, buatkan anda rasa tidak bahagia. Macam mana tu? Kajian mendapati, ramai kawan boleh beri kesan buruk pada kesihatan dan kebahagiaan

Sumber Individu Tak Ramai Kawan Hidup Lebih Bahagia Dan Mewah

Tiru Semua Gaya ‘Selfie’ Anaknya, Kini Lelaki Ini Lebih Popular Dari Anaknya

Chris Burr Martin, berumur 48 tahun, mempunyai 3 orang anak. Lelaki yang berasal dari Washington ini risau akan perangai seorang daripada anaknya, Cassie, yang kadang-kala suka untuk memuatnaik gambar-gambar seksi ke dalam laman Instagramnya. Bagi memberikan kesedaran kepada anaknya supaya berhenti memuatnaik gamba seperti itu, beliau mula meniru cara anaknya bergambar dan kemudiannya

Sumber Tiru Semua Gaya ‘Selfie’ Anaknya, Kini Lelaki Ini Lebih Popular Dari Anaknya

24 Masalah 'Simple' Yang Diselesaikan Dengan Cara Genius

Bagi kebanyakan orang, internet merupakan lubuk kepada segala jawapan, maka tidak hairanlah kalau ramai yamg memilih untuk mencari jawapan di sini saja sekiranya menghadapi apa-apa masalah di dalam kehidupan seharian. Tetapi, ada pula yang memandai-mandai untuk menyelesaikan masalah mereka dengan cara mereka yang tersendiri. Tombol pelarasan kereta yang rosak? Akhirnya, tiada

Sumber 24 Masalah 'Simple' Yang Diselesaikan Dengan Cara Genius

Giant tutup tiada kaitan dengan ekonomi negara

Datuk Hamzah Zainudin

Penutupan lima cawangan pasar raya Giant tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata keputusan dibuat pemilik pasar raya itu, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, adalah berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

“Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.

“Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.

Isu penutupan lima pasar raya Giant di Sri Manjung, Perak; Sungai Petani, Kedah; Shah Alam City Centre dan Selayang Lama di Selangor; dan Sibu, Sarawak pada 5 Nov ini tular di media sosial baru-baru ini dengan banyak pihak mengaitkannya dengan keadaan ekonomi negara.

Hamzah berkata semua pihak perlu memahami bahawa peniaga mengambil risiko masing-masing dalam menjalankan perniagaan, termasuk dari segi persaingan dengan kedai dan pasar raya yang lain.

Selain itu, katanya, trend semasa yang menyaksikan peningkatan pembelian melalui dalam talian juga menyebabkan pasar raya juga terpaksa bersaing bagi mendapatkan pelanggan.

“Tesco telah menjual pasar raya besar mereka di Korea, adakah itu bermakna Korea akan bankrap? Itu adalah strategi perniagaan yang dilakukan oleh pemegang saham syarikat sendiri demi memastikan kelestarian perniagaan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai nasib perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjual barangan mereka di pasar raya lima Giant yang ditutup itu, Hamzah berkata perjanjian mereka adalah dengan syarikat dan bukan dengan cawangan.

“Contohnya jika dia (PKS) membuat perjanjian membekalkan 1,000 botol sebulan, jika Giant tutup satu cawangan pun, perjanjian masih seperti itu,” katanya.

Menurutnya, ketika ini Giant mempunyai 51 rangkaian pasar raya dan 71 superstore di seluruh negara, manakala keseluruhan pasar raya besar yang dimiliki syarikat dari luar negara berjumlah 119. – Bernama

Sumber: Sinar Harian


Sumber Giant tutup tiada kaitan dengan ekonomi negara

“Hadi suruh saya bertaubat, sebenarnya hadi sendiri yang mesti bertaubat” – Tun Mahathir

Mahathir Mohamad

DATUK Seri Abdul Hadi Awang suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri.

ALLAH melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa)

Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. ALLAH SWT melarang perbuatan mengkafirkan dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan Pas apabila bekerjasama dengan DAP.

Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid.

Apa hak Hadi dan apa hak Pas mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan menjadi ahli Pas sahaja barulah seseorang itu beragama Islam. Apakah 1.7 bilion orang Islam di seluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti Pas.

Perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keislaman ibubapa mereka. Ada di antara orang Pas yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.

Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.

Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat.

ALLAH tegah perbuatan kerosakan.

(Surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86)

Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.

Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal.

Sekarang Hadi sedang mempertahankan rasuah dan seleweng wang oleh Najib. Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Najib dan Umno walaupun di masa yang sama Pas akan kalah.

Pas bersendirian tidak pernah menang selain dari peringkat negeri. Di peringkat pusat Pas hanya mampu jadi rakan kecil di antara pembangkang.

Tetapi Pas akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud Pas sudah digugurkan. Sekarang kononnya Pas akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguhkan. Tetapi Pas masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.

Inilah Pas. Sebelum adanya Pas orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.

Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti Pas. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya.

Sesungguhnya Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan Amanatnya.

***Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Pengerusi Pakatan Rakyat. Artikel dipetik dari blog chedet

 

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Hadi suruh saya bertaubat, sebenarnya hadi sendiri yang mesti bertaubat” – Tun Mahathir

Tekad berhenti sekolah kerana mahu jaga nenek. JPN pujuk Syawal bersekolah kembali

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedia memujuk Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, kembali bersekolah supaya tidak terus keciciran pelajaran.

Pengawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah itu berminat menyambung pelajaran, pihaknya akan membantu memudahkan urusan berkaitan.

Katanya, pihaknya menyemak status Syawal Mukriz yang dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan tindakan itu dibuat mengikut prosedur JPN selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini.

“Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11 Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan.

“Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan mahu saya memujuknya,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pihaknya akan berkunjung ke rumah Syawal Mukhriz dan melihat keadaan bekas pelajar itu dan neneknya.

“Dia pernah dapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun lalu,” katanya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan Syawal Mukriz dari Kampung Alor Gunung, Seberang Pantai Johor berikrar menjaga dan menemani neneknya, Azilah Walad, 67, selama-lamanya.

Azilah yang buta akibat kemalangan 10 tahun lalu hilang punca pendapatan menjual kuih dan kini mengharapkan ihsan rakan serta orang ramai untuk kelangsungan hidup.

Syawal Mukhriz yang dijaga Azilah sejak dilahirkan enggan ke sekolah sejak awal tahun ini berikutan mahu menjaga neneknya di rumah.

Tinjauan Metro mendapati keadaan rumah pusaka dihuni mereka kurang terurus di dapur selain keadaan rumah yang usang dimamah usia.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Tekad berhenti sekolah kerana mahu jaga nenek. JPN pujuk Syawal bersekolah kembali

Ketiga-Tiga Haiwan Ini Sahabat Baik Sejak Kecil, Ramai Sangka Lakonan.

Melihat manusia berkawan dengan haiwan itu adalah perkara yang sangat normal. Bahkan, ada juga manusia yang berkawan rapat dengan haiwan yang liar seperti harimau dan singa yang menjadi viral baru-baru ini. Tetapi pernahkah korang melihat persahabatan tiga spesis yang berbeza iaitu singa, beruang dan harimau? Kedengarannya memang tidak masuk akal, tetapi ini yang terjadi pada Leo, Balloo dan

Sumber Ketiga-Tiga Haiwan Ini Sahabat Baik Sejak Kecil, Ramai Sangka Lakonan.

Tak padan dengan tua, lelaki warga emas tempang ambil kesempatan cium gadis papahnya naik tangga

Seorang gadis dicabul ketika membantu seorang lelaki warga emas menaiki tangga di stesen komuter Serendah. ― Paparan skrin Google

Seorang lelaki warga emas yang tempang memeluk dan mencium seorang gadis yang memapahnya menaiki tangga di stesen komuter Serendah.

Remaja 19 tahun membantu lelaki 60-an yang ditemui sewaktu menaiki tangga, pada 1 petang kelmarin, lapor Harian Metro.

Sumber polis memberitahu suspek ketika berbual turut mengajak mangsa makan bersama di restoran berdekatan tetapi pelawaan itu ditolak.

“Secara tiba-tiba suspek menarik tangan kanan remaja terbabit dan memeluk serta mencium pipi mangsa,” kata sumber.

Mangsa mahu menaiki tren ke Sungai Buloh ketika kejadian berlaku.

Sumber: Projek MMO



Sumber Tak padan dengan tua, lelaki warga emas tempang ambil kesempatan cium gadis papahnya naik tangga

Penemuan 9 mayat dipotong-potong dan dilapah, manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas

POLIS menahan seorang lelaki selepas penemuan mengerikan, sembilan mayat yang dipotong-potong serta dilapah manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas di apartmen lelaki berkenaan di Zama, pinggir Tokyo, hari ini.

Menurut polis, lelaki itu dikenali sebagai Takahiro Shiraishi berusia 27 tahun dan mayat terbabit ialah lapan wanita serta seorang lelaki.

Polis sedang berusaha mengenal pasti mangsa serta motif dan siapa membunuh mereka.

Buat masa ini, Polis Metropolitan Tokyo menahan Takahiro atas tuduhan memotong satu mayat yang dimasukkan dalam peti sejuk beku, dakwaan yang tidak dinafikannya.

Sebelum ini, polis yang menyiasat kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun sejak 21 September lalu, menemui kaitan antara wanita itu dengan Takahiro.

Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, wanita itu pernah menulis melalui Twitter ‘Saya mencari seseorang yang mahu mati bersama saya’.

Laporan lain menyatakan Takahiro dengan wanita itu berkenalan melalui laman web yang menyiarkan maklumat mengenai bunuh diri.

Menurut laporan NHK, rakaman CCTV menunjukkan Takahiro dan wanita itu berjalan bersama, Isnin lalu.

Polis pada awalnya menemui dua kepala dalam kotak penyejuk dekat pintu masuk lelaki itu sebelum menemui mayat lain serta anggota tubuh.

Menurut jurucakap polis, pemeriksaan lanjut menemui sembilan kepala manusia dalam pelbagai bekas di apartmen berkenaan.

Takahiro dilaporkan membuang daging serta organ mangsa ke dalam tong sampah.

Menurut Jiji Press, lelaki itu memberitahu polis dia memotong serta melapah mayat mangsa dalam bilik air dan gergaji ditemui dalam biliknya.

Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, jiran memberitahu terhidu bau busuk yang tidak pernah dihidunya sebelum ini, yang disangkanya air kumbahan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Penemuan 9 mayat dipotong-potong dan dilapah, manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas

Rumah Mark Zuckerberg Ini Bukti Bahawa Jutawan Tak Perlu Hidup Menunjuk-Nunjuk

Siapa yang tidak kenal Mark Zuckerberg ni, pengasas Facebook dan antara manusia terkaya di planet! Pada usia yang muda, harta yang dimiliki oleh Mark sudah mengatasi kekayaan yang jutawan-jutawan yang lain.  Dengan hasil titik peluh beliau sendiri untuk wujudkan laman sosial Facebook yang menjadi salah satu trend kehidupan kini, sudah pasti Mark beri inspirasi kepada ramai orang untuk

Sumber Rumah Mark Zuckerberg Ini Bukti Bahawa Jutawan Tak Perlu Hidup Menunjuk-Nunjuk

Inilah 10 Bandar Mati Paling Menyeramkan Di Dunia

Di bawah ini dipaparkan beberapa buah bandar yang sunyi dan tidak berpenduduk, kesan daripada bencana alam dan peperangan sehingga bandar tersebut ditinggalkan. 1. Kolmanskop (Namibia): Dikubur Dalam Pasir Pada tahun 1908, Luderitz menjadi tempat pengeluaran berlian. Dalam masa dua tahun, bandar ini berkembang menjadi maju dan pesat. Namun, sejak perang dunia pertama bermula, jual

Sumber Inilah 10 Bandar Mati Paling Menyeramkan Di Dunia

Ibu lacur 2 anak perempuan 10 dan 13 tahun, 5 lelaki bangla ditahan: “Bayaran RM50 dikenakan setiap kali ‘servis’..”

POLIS Johor menahan lima lelaki Bangladesh berusia 28 hingga 42 tahun di sebuah kilang di Senai, Johor, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak dijual ibu kandung sebagai hamba seks sejak September lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam satu kenyataan berkata, kelima-lima lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, polis membawa semua suspek ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, tengah hari semalam dan mendapat perintah tahanan reman selama 14 hari sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.

“Semua tangkapan itu susulan siasatan ke atas ibu dua mangsa berusia 36 tahun yang diberkas di rumahnya di Taman Bintang, Senai, pada 25 Oktober lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Semalam, Mohd Khalil dipetik sebagai berkata, pihaknya menahan seorang ibu tunggal di rumahnya di Taman Bintang, Senai, pada 25 Oktober lalu kerana disyaki melacurkan dua anak kandungnya berusia 10 dan 13 tahun kepada sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

Wanita berkenaan dipercayai melacurkan anak-anaknya kepada lelaki warga Bangladesh yang juga kenalannya dengan bayaran RM50 bagi setiap kali melakukan seks.

Suspek dikatakan akan membawa kedua-dua mangsa ke bilik hotel bajet di Larkin Perdana, Johor Bahru, setiap Jumaat, sebelum meninggalkannya bersama lelaki warga asing berusia 30-an.

Pada masa sama, suspek dipercayai tinggal di bilik berasingan bersama teman lelakinya yang juga salah seorang lelaki Bangladesh yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu.

Wanita berkenaan sudah bercerai dan terputus hubungan dengan bekas suaminya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini mendapat perlindungan JKM sementara menunggu siasatan selesai.

“Kedua-dua mangsa masih trauma dengan kejadian itu dan akan ditempatkan di pusat perlindungan kanak-kanak. Ketika sesi temuramah, kedua-dua mangsa menceritakan kejadian yang berlaku dengan teliti mungkin disebabkan usia mereka masih terlalu muda dan tidak faham apa yang berlaku.

“Kami akan memberikan khidmat kaunseling dalam tempoh terdekat bagi membantu mereka,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Ibu lacur 2 anak perempuan 10 dan 13 tahun, 5 lelaki bangla ditahan: “Bayaran RM50 dikenakan setiap kali ‘servis’..”

Kelibat wanita terjun dari tingkat 6 kompleks beli-belah Genting Highlands

PENGUNJUNG kompleks beli-belah di pusat peranginan Genting Highlands, Bentong, gempar selepas menyaksikan kelibat seorang wanita terjun dari tingkat enam bangunan sebelum maut di tempat kejadian, semalam.

Dalam kejadian 2.21 petang itu, wanita berusia 23 tahun dikatakan berdiri di kawasan pakir pusat beli-belah sebelum bertindak membunuh diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong Deputi Superintendan Zainudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian mangsa dipercayai berseorangan sebelum terjun dari ketinggian hampir 25 meter.

“Polis masih menyiasat motif wanita itu membunuh diri. Keterangan keluarga dan rakannya diambil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

Zainudin berkata, mayat diserahkan kepada keluarga sebaik proses bedah siasat selesai dilakukan di Hospital Bentong dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Kelibat wanita terjun dari tingkat 6 kompleks beli-belah Genting Highlands

Disembah Sebagai Tuhan Kerana Memiliki Ekor, Ini Yang Terjadi Kepadanya Selepas Itu..

Arshid Ali Khan, dari Punjab, India, dikatakan sebagai penjelmaan Hanuman, dewa monyet Hindu, kerana misteri yang berpunca dari belakang beliau. Budak lelaki yang berusia 13 tahun ini sedang menimbangkan supaya ekornya dibuang walaupun beliau disembah sebagai tuhan kerana itu. Tetapi beliau kini mempunyai peluang untuk bergerak tanpa menggunakan kerusi roda jika dia menjalani pembedahan

Sumber Disembah Sebagai Tuhan Kerana Memiliki Ekor, Ini Yang Terjadi Kepadanya Selepas Itu..

Siren berbunyi, ‘Tsunami’ gemparkan Tanjung Piandang

'Tsunami' gemparkan Tanjung Piandang

Bunyi siren amaran kejadian tsunami berkumandang di kawasan Kampung Nelayan Tanjung Piandang, di sini selama lima saat ternyata menggemparkan penduduk Tanjung Piandang.

Masakan tidak, tidak lama selepas itu, puluhan kenderaan agensi penyelamat termasuk ambulans dan jentera bomba acapkali merentasi pekan Tanjung Piandang untuk menuju ke lokasi bencana ‘tsunami’ yang dikatakan berlaku di muara sungai Kampung Nelayan Tanjung Piandang,di sini sekitar jam 8.30 pagi.

Lebih malang, kejadian ‘bencana’ itu difahamkan menyebabkan sekurang-kurangnya 20 nelayan dan penduduk setempat yang berada di Jeti Kampung Nelayan, Tanjung Piandang menjadi ‘mangsa’ dan dikhuatiri terancam.

Kejadian ‘bencana tsunami’ bermula jam 8 pagi itu menyebabkan dua ‘mangsa’ maut,manakala selebihnya mengalami kecederaan parah dan biasa.

Bagaimanapun, jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah(PKD) Kerian menegaskan ‘kegemparan’ itu sebenarnya berpunca daripada perlaksanaan latihan simulasi menyelamatkan mangsa kejadian tsunami yang dianjurkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Hospital Parit Buntar, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kerian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kuala Kurau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, simulasi kejadian itu dibuat bagi menyelaraskan koordinasi standard prosedur operasi menyelamatkan ‘mangsa tsunami’ yang berada di laut, seterusnya dibawa ke darat sebelum dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan kecemasan.

“Latihan itu membabitkan puluhan petugas dari semua agensi penyelamat yang terlibat berperanan menggerakkan modus operandi menyelamat pada waktu kecemasan.

“Simulasi bencana ‘tsunami’ itu turut menyaksikan lebih 20 ‘mangsa’ dipersiapkan dengan pelbagai keadaan bagi memastikan setiap operasi menyelamat dilaksanakan mengikut standard pengurusan operasi ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis taklimat selepas perlaksanaan program latihan simulasi menyelamatkan mangsa bencana tsunami di Dewan Mutiara, Hospital Parit Buntar di sini .

Hadir sama, Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Kapten (PA) Rahmat Paimin.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Siren berbunyi, ‘Tsunami’ gemparkan Tanjung Piandang

Beginilah Keadaan Sebenar Flat Kos Rendah Di Hong Kong Yang Sungguh Menyedihkan

Di Malaysia, untuk tinggal di dalam sebuah rumah flat dengan keluasan 650 kaki persegi mungkin kedengaran tidak selesa, terutamanya buat mereka yang memiliki keluarga yang besar. Tetapi di Hong Kong, lain pula ceritanya. Seorang fotografer dari Jerman, Micheal Wolf mengejutkan dunia apabila berkongsi pengalaman dengan merakam keadaan di dalam flat di Hongkong. Gambar yang

Sumber Beginilah Keadaan Sebenar Flat Kos Rendah Di Hong Kong Yang Sungguh Menyedihkan

‘Dia Kahwin Aku Jadi Saksi, Dia Cerai Pun Aku Jadi Saksi’

Minggu lepas, kita seronok membaca kisah inspirasi macam mana perjalanan Noh Hujan dan isteri dia Mizz Nina menempuh alam perkahwinan. Terkemudian dari situ, kita dapat baca pula pengalaman Fynn Jamal bertemu dengan suami dia, Tri. Kelmarin, kita dihidangkan pula dengan cerita seorang ayah kena pukul dengan suami baru bekas isterinya (bawa geng) masa dia ambil anak untuk penuhi giliran

Sumber ‘Dia Kahwin Aku Jadi Saksi, Dia Cerai Pun Aku Jadi Saksi’

‘Isteri’ AR Badul Terkejut

PELAKON baharu Siti Zaidatul Isna Mohd Raus, mengakui terkejut apabila foto perkahwinannya dengan pelawak veteran AR Badul tiba-tiba menjadi tular di media sosial minggu lalu.

Pemilik nama penuh Siti Zaidatul atau lebih mesra disapa Isna, 26, berkata, dia mengetahui berita tersebut menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang bertanyakan hal berkenaan.

"Saya terkejut dan gelak sahajalah apabila keluar foto dan berita tentang AR Badul berkahwin lagi dan wanita dalam gambar itu adalah saya.

"Ramai kawan dan saudara yang tidak tahu saya sudah mula berlakon bertanyakan hal ini. Mujur ibu dan bapa saya tahu saya sedang menjalani penggambaran dengan pelawak terbabit," ujarnya.

Isna mengulas tentang beberapa foto perkahwinan dengan AR Badul yang dimuat naik oleh pelakon Ezany Nazariff pada minggu lalu.

Dalam laporan sebuah akhbar, foto berkenaan menjadi tular selepas tersebar di group aplikasi WhatsApps Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) baru-baru ini.

Ia hanyalah adegan dalam sebuah drama.

Selain itu, Isna berkata, foto yang diambil ketika penggambaran drama Tuyul Ke London itu menjadi tanda tanya selepas pelawak berkenaan menghantar ke group WhatsApps dengan niat bergurau.

Bagaimanapun, ia menjadi tular selepas dimuat naik rakan-rakan artis dengan ucapan tahniah.

"Ini gosip pertama saya, rasa kelakar juga bila baca di blog-blog yang mengecam dan ada juga yang percaya dan mengucap tahniah," ujarnya.

Isna berkata, drama Tuyul Ke London merupakan lakonan keduanya selepas filem This Is Pilah yang akan ditayangkan pada akhir tahun ini.

Katanya, dia mula melibatkan diri daalam industri lakonan selepas menjalani uji bakat pencarian pelakon.



Sumber ‘Isteri’ AR Badul Terkejut

Nur Helena Ubah Hidup Hael Husaini

PENYANYI yang popular dengan lagu Jampi iaitu Hael Husaini lebih mengutamakan kehidupan dan masa depan anak angkatnya yang diberi nama Nur Helena.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 29, berkata kehadiran bayi perempuan itu banyak mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih matang.

"Alhamdulillah, anak saya iaitu Helena telah banyak mengubah hidup saya sebanyak 360 darjah menjadi seorang yang lebih matang.

"Masa awal kehadiran Helena saya tak pernah terfikir hidup akan berakhir. Sekarang ini, saya sentiasa fikir masa depan dia.

"Kehidupan dia adalah keutamaan saya. Perjalanan hidup saya pun senang sahaja sejak ada dia," kata Hael .

Hael mengambil Helena sebagai anak angkatnya pada bulan Mei lalu dan bayi itu sudah berusia enam bulan.

Tambah Hael, dia mempunyai pembantu dan keluarga yang akan menjaga Helena jika terpaksa berjauhan.

"Bila kerja dekat, saya akan bawa dia sekali. Sebab sekarang ini dia manja dengan saya.

"Tapi saya ada pembantu dan keluarga yang menjaganya jika saya terpaksa kerja jauh," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hael berkata, dia mahu memberi fokus dan memperbaiki kelemahan nyanyiannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32.

"Untuk minggu separuh akhir ini, saya akan cuba fokus untuk memperbaiki kelemahan dari segi nyanyian dan persembahan.

"Saya akan lakukan yang terbaik seperti penyokong harapkan. Kiranya nyanyian saya ini untuk memberi balik kepada mereka," katanya.

Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menyaksikan Hael mempertaruhkan lagu Jampi berentap dengan 29 buah lagu lain pada 12 November depan.



Sumber Nur Helena Ubah Hidup Hael Husaini

Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'

DRAMA terbaru yang dibintangi pelakon Neelofa dan Alif Satar iaitu Red Velvet mula mencuri hati penonton semenjak mula ditayangkan pada Isnin lalu.

Kebanyakan penonton memuji lakonan bersahaja Alif Satar yang memegang watak sebagai Izzat.
Namun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan lakonan Neelofa yang dilihat masih 'kayu'.
Penulis novel drama itu, Acik Lana berkata, fizikal watak Helena dalam novel berbeza dengan Neelofa.

Malah, Acik juga mengakui lakonan Neelofa pada episod awal kelihatan keras sedikit namun dia mula rasa seronok apabila menonton episod tiga.

"Hai hai. Macam mana #redvelvetdrama setakat episod 4? Dengar cerita macam-macam orang komen pasal lakonan Neelofa sebagai Helena.

"Kayu? Keras? Kaku? Kalau dalam novel memang fizikal Helena lainlah daripada Neelofa. Sebab versi novel orangnya free hair, tinggi, seksi meksi.

"Lakonan Neelofa awal-awal episod memang nampak macam keras sikitlah tapi bagi saya mula episod 3 dah kelakar dan seronok saja tengok," kata Acik.

Tambah Acik lagi, lakonan Alif kelihatan semula jadi apabila melontarkan dialognya dan dia suka dengan watak Fareeq yang dilakonkan oleh Hafidz Roshdi.

"Alif macam biasalah natural aja lontaran dialog dia. Watak Fareeq pun Acik suka lakonan Hafidz.
"Insya-Allah, episod seterusnya harap lebih baik. Korang rasa macam mana?" ujarnya.
Drama tersebut bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di Astro Ria.



Sumber Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'

Ada Saja Orang Tak Puas Hati Pada Shima Anuar

PELAKON Shima Anuar rimas dengan sesetengah pihak yang tidak memahami keadaannya sedang mengandung tujuh bulan.

Shima, 26, berkata, langkahnya jarang memuat naik gambar bersama suami di laman sosial menyebabkan ramai pihak membuat andaian sendiri.

"Semenjak kahwin dan mengandung pula sekarang, saya tak suka tunjuk kehidupan peribadi di laman sosial.

"Apabila saya buat macam tu, ada pula orang yang tak puas hati dan pertikai. Itu yang membuat saya rimas sebenarnya," kata Shima.

Shima diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan yang mengatakan dia berang dengan individu yang suka mengambil tahu hal rumah tangganya.

Menurut Shima, dia tidak gemar untuk memaparkan kehidupan peribadi kerana enggan dituduh suka menunjuk.

"Kalau selalu masukkan gambar nanti orang cakap macam saya seorang sahaja ada suami, orang cakap saya nak tunjuk bahagia.

"Serba-serbi tak kena, ada sahaja yang orang nak pertikai. Saya pun tak faham dengan mereka," ujarnya.

Kata Shima, dia ada mengadu mengenai hal itu kepada suaminya. Namun, dia diminta supaya tidak mengendahkan hal itu.

Tambahnya lagi, emosi dia tidak stabil sewaktu proses kehamilan. Jadi, dia mengambil langkah selamat untuk mengurangkan aktiviti di media sosial bagi mengelak sebarang anasir negatif mengganggu dirinya.

Dalam pada itu, Shima yang kini sudah tujuh bulan hamil berkata, dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana mahu fokus terhadap kandungan.

Menurut Shima, dia yang dijangka bersalin pada pertengahan Disember depan merancang untuk bersalin di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, kandungan saya dalam keadaan sihat. Insya-Allah saya jangka bersalin pada pertengahan bulan Disember depan.

"Buat masa ini, saya tidak ambil sebarang tawaran berlakon sebab nak beri keutamaan kepada kandungan," katanya.

Shima merupakan isteri kepada ahli perniagaan Mohd Solih Toha.
Mereka berkahwin pada 8 April lalu.



Sumber Ada Saja Orang Tak Puas Hati Pada Shima Anuar

Kamal Adli Tempuh Banyak Dugaan - Fizo Omar

PELAKON dan usahawan Fizo Omar memberitahu banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi  sahabat baiknya aktor Kamal Adli sejak dia mengenalinya kira-kira sepuluh tahun lalu.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, turut mendedahkan bahawa mereka pernah keluar "dating" bersama-sama sewaktu zaman menyertai pertandingan Hero Remaja tahun 2007 lalu.
"Memang banyak cabaran yang kau harungi terutama sekali dalam hubungan cinta. Dari zaman hero remaja, masa kau bercinta dengan... lagi.

"Dulu kita dating sama-sama bro, sekarang aku dah nak jadi bapa, sikit hari saja lagi," tulisnya di instagram pada Sabtu.

Fizo dalam tulisannya itu juga berharap Kamal diberikan hikmah disebalik dugaan yang dilaluinya itu.

Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Kamal dalam program Super Spontan Superstar 2017 malam Jumaat lalu.

Katanya, ia adalah hasil usaha keras aktor itu yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
"Aku ikut perkembangan kau setiap hari, bakat kau semakin menyerlah dan tidak sangka kau dapat kalahkan pelawak-pelawak lain yang bertanding.

"Aku bangga dengan kau kerana fokus betul-betul dengan apa yang kau nak. Juallah bakat kau selagi masih tertulis dalam bidang ini," ujarnya.



Sumber Kamal Adli Tempuh Banyak Dugaan - Fizo Omar

Tayar tiba-tiba pecah ketika memandu, jangan panik, ini langkah apa yang perlu anda buat untuk kurangkan risiko kemalangan

 

Tayar tiba-tiba pecah ketika memandu, jangan panik, ini langkah apa yang perlu anda buat untuk kurangkan risiko kemalangan

Tayar tiba-tiba pecah ketika memandu, jangan panik, ini langkah apa yang perlu anda buat untuk kurangkan risiko kemalangan

Majoriti daripada kita menggunakan kereta untuk bergerak ke mana-mana, terutamanya untuk perjalanan yang memakan masa berjam-jam. Contohnya ingin pulang beraya ke kampung, menghadiri jemputan majlis perkahwinan sanak saudara ataupun sekadar keluar dari kota untuk menenangkan fikiran. Paling tidak, untuk ke tempat kerja pun kita gemar menggunakan kereta.

Jadi dengan tempoh masa yang lama kita berada di dalam kereta dan di atas jalan raya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Minyak habis, kereta berhenti secara mengejut, kemalangan ataupun tayar meletup. Bukan meminta, tapi itulah risiko yang harus kita faham dan cuba membuat persedian dari awal. Kali ini kami ingin kongsikan 7 perkara yang anda perlu buat apabila tayar kereta yang sedang anda pandu pecah secara tiba-tiba.

1. KAWAL DIRI DARIPADA MENEKAN PEDAL MINYAK

Ketika tayar meletup, kita akan menjadi panik dengan kejadian berlaku secara tiba-tiba. Disebabkan itu tips pertama ini sukar dilakukan, namun sebenarnya ia amat penting untuk seseorang pemandu cuba bertenang dan mengelak dari terus menekan pendikit. Apabila tayar meletup, kereta anda akan bergerak seolah-olah ingin membelok, tetapi sebenarnya kereta masih lagi berada dalam keadaan seimbang dan stabil.

Apabila tayar sudah terkunci (tidak boleh membelok) anda sudah kehilangan kawalan ke atas kenderaan anda sendiri. Kereta akan bergerak mengikut hukum fizik, terhuyung – hayang berbanding arah yang kita mahukan. Bayangkan jika anda terus menekan minyak ketika itu. Tayar yang terkunci juga boleh meningkatkan keberangkalian kereta untuk terbalik dan berpusing. Jadi, bersedialah.

2. BOLEH MENEKAN PEDAL BREK, TETAPI TIDAK SECARA AGRESIF

Ingat tips pertama, KAWAL DIRI. Anda harus mengawal diri anda daripada menekan pedal brek secara mengejut. Dengan keadaan tayar kereta yang sudah terkunci dan kereta yang sedang terhuyung-hayang, anda masih boleh membrek, namun ada kaedahnya. Ingat, anda harus membrek dengan kaedah seolah-olah anda sedang mengepam, tekan dan lepas. Begitu juga dengan brek kereta, tekan dan lepas hingga kereta anda semakin perlahan dan berada dalam kelajuan yang mampu dikawal.

Kenapa tidak boleh brek secara mengejut? Anda harus ingat, nisbah brek antara roda hadapan dengan belakang adalah tidak sama, malah anda mungkin tidak tahu tayar mana yang sedang pecah. Tindakan brek secara mengejut boleh menambah risiko untuk kereta anda berpusing lebih teruk dan merosakkan sistem brek kereta anda.

Tips ini mungkin boleh diabaikan bagi pemilik kenderaan yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), namun TIDAK bagi mereka yang sebaliknya. Membrek secara mengejut ibarat menendang bola sekuat hati, cuba anda tahan bola tersebut secara mengejut. Pasti ada kesan pada bola dan anda yang menahan. Bayangkan jika bola itu adalah kereta anda yang ditahan secara mengejut, dan impak kepada anda yang berada di dalam kereta.

3. MEMBETULKAN STERENG KENDERAAN ANDA SECARA LEMBUT

Semua pemandu pasti tahu bahawa roda stereng adalah kompenen utama dalam kenderaan yang mengawal arah pergerakan tayar.  Logiknya, tayar kereta akan patuh dengan input yang anda berikan kepada stereng ketika memandu. Jadi, memang normal jika kita cuba mengawal kereta yang sedang terhuyung hayang dengan memulas stereng, namun apa yang anda perlu tahu, dalam situasi tayar pecah, logik itu telah BERUBAH.

Ketika anda mahu membelok ke kiri, kereta mungkin akan ke kanan dan sebaliknya atau anda hanya memulas stereng sedikit, tetapi kereta membelok secara berlebihan. Situasi ini terjadi jika kita mengambil contoh tayar depan sebelah kanan kereta yang pecah, kenderaan akan cenderung untuk ke kanan walaupun stereng tidak dipulas ke kanan kerena nisbah berat sudah tidak seimbang dan berat kenderaan akan tertumpu pada roda yang pecah itu.

Jadi, cuba pulas stereng kereta anda secara berlawanan dengan arah kenderaan anda sedang bergerak. Secara lembut dan jangan pulas habis.

4. RENDAHKAN GEAR DAN GUNA BREK ENJIN

Pernah main game Need For Speed, tak kira lah siri yang mana pun? Jika anda perasan di dalam permainan tersebut, ketika anda memecut dan berada dalam gear tinggi, anda sampai di kawasan selekoh tajam dan cuba membelok secara mengejut tanpa merendahkan gear, sekadar menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Kenderaan anda pasti akan terbalik dan berpusng-pusing.

Begitu jugalah dengan situasi sebenar di jalan raya. Jadi, jika anda menggunakan kereta gear auto, anda harus menukar gear anda dari D4 kepada D3 dan D2. Jika anda menggunakan gear manual, tukar kepad gear rendah tanpa menekan kluc, YA TANPA MENEKAN KLUC. Kaedah ini dipanggil sebagai Kaedah Pembrekkan Enjin, ia efektif dan selamat untuk memperlahan kenderaan anda.

5. KEKALKAN KENDERAAN ANDA DALAM LALUAN

Anda perlu memastikan kenderaan anda berada dalam laluan yang sepatutnya. Ini amat penting bagi mengelak kemalangan yang lebih serius misalnya terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan lain. Paling utama, jangan sesekali cuba memberhentikan kenderaan anda dengan cara merapatkan kenderaan ke pembahagi jalan dan melanggar tembok atau pokok dengan sengaja. Bayangkan jika anda dalam kelajuan tinggi, tindakan tersebut hanyalah menjemput maut.

Jika anda berjaya melakukan tindakan di atas, kebiasaannya kenderaan anda sudah pun berada di dalam kawalan. Seterusnya anda hendaklah mencari kawasan lapang untuk berhenti dan menukar tayar.

6. NYALAKAN LAMPU AMARAN (HAZARD LIGHT)

Bukan ketika anda masih dalam situasi cemas ketika kenderaan terhuyung-hayang, tetapi ketika kereta anda sudah pun berhenti di tepi jalan. Anda tidak perlu menjadikan situsi lebih sukar dan menarik perhatian pemandu lain dengan lampu amaran walaupun situasi tersebut belaku di atas jalan raya.

7. BERHATI-HATI KETIKA BERADA DI LORONG KECEMASAN

Jika anda tiada pilihan untuk berhenti melainkan di lorong kecemasan, anda wajib memasang lampu kecemasan, menggunakan lampu kelip atau memakai baju pemantul cahaya, bagi memudahkan kenderaan lain melihat kereta dan diri anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta pada jarak 45 meter dari kenderaan. 45 METER, BUKAN JARAK 2 3 LANGKAH. Itu sangat membahayakan.

Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda boleh dilihat oleh pemandu lain. Jika boleh, hubungi Peronda Jalan Raya seperti Peronda PLUS untuk mendapatkan bantuan yang lebih sempurna, terutama bagi mereka yang tidak tahu prosedur menukar tayar.

Sumber : Pandu Laju

Via: SK



Sumber Tayar tiba-tiba pecah ketika memandu, jangan panik, ini langkah apa yang perlu anda buat untuk kurangkan risiko kemalangan

Video: “You stupid piece of shit! Punca pendapatan suami saya hilang disebabkan awak” – Penunggang motosikal tak mampu berdiri, berjalan dan sukar baring lepas kemalangan akibat kereta tukar laluan tanpa beri signal

Video: "You stupid piece of shit! Punca pendapatan suami saya hilang disebabkan awak" - Penunggang motosikal tak mampu berdiri, berjalan dan sukar baring lepas kemalangan akibat kereta tukar laluan tanpa beri signal

Video: “You stupid piece of shit! Punca pendapatan suami saya hilang disebabkan awak” – Penunggang motosikal tak mampu berdiri, berjalan dan sukar baring lepas kemalangan akibat kereta tukar laluan tanpa beri signal

Akibat kecuaian  pemandu sebuah kereta di Singapura, seorang penunggang motosikal terpaksa menanggung derita apabila dia tidak lagi mampu berdiri, berjalan dan sukar untuk baring selepas terlibat dengan kemalangan dengan kereta tersebut.

Kemalangan tersebut berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di Singapura pada waktu malam.

Lisa Malik, isteri kepada mangsa terlibat memuat naik rakaman kamera dashboard di laman Facebooknya yang memaparkan sebuah kereta jenama KIA secara tiba-tiba telah menukar lorong menyebabkan mangsa gagal mengelak hingga merempuh kereta tersebut.

 

Menurut Lisa, kejadian yang berlaku menyebabkan suaminya tidak dapat bekerja dan menjejaskan pendapatan keluarga atas kecederaan yang dialaminya.

“Disebabkan kecuaian awak, suami saya tidak boleh berdiri, berjalan dan sukar untuk baring.

“Awak juga telah menyebabkan kehilangan punca pendapatan dan oleh kerana perbuatan cuai awak membelok ke kiri, saya akan pastikan awak akan menerima balasan yang setimpal atas apa yang berlaku,” tulisnya yang meluahkan rasa kesal di laman Faceboonya.

Lisa meluahkan rasa kesalnya di laman Facebook dan berharap pesalah tersebut akan mendapat balasan atas kecuaiannya.

Sumber- Lisa Malik

Via: SK



Sumber Video: “You stupid piece of shit! Punca pendapatan suami saya hilang disebabkan awak” – Penunggang motosikal tak mampu berdiri, berjalan dan sukar baring lepas kemalangan akibat kereta tukar laluan tanpa beri signal