Sabtu, 30 September 2017

“Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?

Sejak seminggu yang lalu, kecoh satu Malaysia dek sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja bagi menggunakan perkhidmatan mesin basuh layan diri di kedai tersebut.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan konsep yang dilaksanakan pemilik perniagaan terbabit – lebih-lebih lagi di negara kita yang berbilang kaum ini – saya pelik juga akan sebab mengapa agaknya ramai yang cepat melenting apabila mendapat tahu kewujudan kedai dobi mengamalkan sikap diskriminasi sedangkan tidak pula bertindak sedemikian terhadap amalan diskriminasi yang lain?

Pastinya setiap individu warganegara Malaysia yang tidak hidup di bawah tempurung sedia maklum akan amalan-amalan diskriminasi yang sudah lama menular di banyak kejiranan kita.

Contohnya, tuan-tuan punya rumah menawarkan hartanah mereka untuk disewakan kepada kaum-kaum yang tertentu.

“For Chinese Only” (Untuk Cina sahaja).

“Untuk Muslim sahaja.”

Saya pernah bertanya kepada tuan punya rumah berketurunan Cina akan sebab mereka memilih kaum yang sama berbanding memilih penyewa bertanggungjawab.

Kata mereka, penyewa Cina lebih mudah membayar sewa tepat pada masanya, manakala penyewa Muslim dan India cenderung memasak sambal belacan dan kari, menyebabkan seluruh rumah berbau busuk.

Bagi tuan punya rumah beragama Islam pula, menurut mereka, adalah lebih mudah menerima penyewa Musim memandangkan penyewa bukan Islam mungkin akan menggunakan kelengkapan dapur bagi menyediakan makanan yang tidak halal, lantas memaksa mereka menyamak seisi rumah sebelum mencari penyewa lain.

Jika difikirkan dengan mendalam serta diteliti, perbezaan antara alasan yang diberikan oleh tuan-tuan punya rumah berkenaan dengan pemilik kedai dobi tersebut, tidaklah begitu ketara.

Jadi, bukankah pemilihan kaum tertentu dalam soal penyewaan rumah juga satu bentuk diskriminasi?

Alasan bahasa

Habis, mengapa pula tak kecoh satu Malaysia?

Selain daripada amalan diskriminasi sebahagian tuan-tuan punya rumah semasa memilih penyewa, ada juga majikan yang bertindak sedemikian dalam pemilihan pekerja.

Pastinya ramai yang sudah maklum dengan iklan-iklan jawatan kosong sebegini:

“Only for Chinese applicants” (Untuk pemohon Cina sahaja).

Apabila ditanya apa sebab sebahagian mereka memasukkan faktor bangsa semasa pemilihan pekerja, ada saja majikan yang memberi alasan kebolehan bertutur bahasa Mandarin sebagai puncanya.

Peliknya, jika benarlah alasan tersebut, mengapa pula iklan jawatan kosong tersebut tidak hanya mewajibkan pemohon bertutur dalam bahasa Mandarin, sebaliknya menekankan faktor bangsa?

Hmm…bunyi macam diskriminasi juga, bukan?

Selain itu, ada juga saya terbaca kisah seorang netizen meninggalkan komen dalam sebuah blog menceritakan pengalamannya. Katanya:

“Saya berkelulusan universiti tempatan dan sudah bekerja dengan sebuah syarikat tempatan. Pemilik serta majoriti pekerjanya merupakan kaum Cina.

“Sudah setahun lebih saya bekerja, berhempas-pulas cuba membuktikan kebolehan saya. Datang pula seorang pekerja berbangsa Cina yang baru memperoleh ijazah tanpa pengalaman bekerja.

“Individu tersebut bukan sahaja ditawarkan posisi yang sama seperti saya di dalam syarikat, malahan gaji permulaanya juga lebih tinggi berbanding gaji saya yang sudah setahun bekerja.”

Diskriminasi kita sendiri

Tak tahulah apa pendapat para pembaca akan kisah di atas, tetapi pada pandangan saya, bunyinya seakan diskriminasi di tempat kerja.

Seperti saya, pastinya ramai yang telah mendengar bermacam amalan diskriminasi sedemikian rupa di kalangan masyarakat kita. Peliknya kita bertoleransi saja dengan amalan-amalan tersebut sedangkan tergedik-gedik pula membuat bising apabila mendengar tentang kedai dobi yang menyediakan perkhidmatan hanya untuk pelanggan Muslim.

Kenapa?

Apakah lebih seronok menghentam orang Melayu dan Muslim berbanding kaum yang lain?

Sesungguhnya, dengan sikap kita yang fokus pada keaiban satu pihak dan dalam masa yang sama alpa dengan keaiban pihak yang lain, sebenarnya kita sendiri yang cenderung ke arah diskriminasi.

FA ABDUL ialah kolumnis Malaysiakini edisi bahasa Inggeris.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber: MK



Sumber “Only for Chinese applicants”, bila disoal kata nak yang boleh cakap mandarin, habis tu kenapa nak tekankan bangsa? bunyi macam rasis bukan?

Datuk Rossa nafi bertunang dengan Afgan

PENYANYI popular Indonesia, Datuk Rossa menafikan gosip mengatakan dia sudah bertunang dengan penyanyi Afgan.

Persoalan itu timbul selepas Rossa atau nama sebenar Rossa Roslaina Sri Handayani, 39, mempamer cincin yang dipakai ketika bergambar bersama penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu di laman Instagram miliknya, kelmarin.

“Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

“Cincin yang dilihat adalah cincin yang selalu saya pakai. Soal bertunang hanya tanggapan orang saja, sebaliknya tidak,” katanya kepada Tribunnews.com

Rossa berkata, dia tidak menyangka jika aksinya melambaikan cincin mengundang salah faham di kalangan peminat.

Kisah hubungan mengenai Rossa dan Afgan sering diperkatakan peminat. Malah sebelum ini, sudah beberapa kali timbul gosip mengatakan mereka bakal berkahwin.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka selesa meletakkan hubungan itu sekadar kawan baik.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Datuk Rossa nafi bertunang dengan Afgan

Rossa Buka Mulut, Kekecohan Isu Bertunang Dengan Afgan Apabila Gambar Cincin Tersebar

Rossa Buka Mulut, Kekecohan Isu Bertunang Dengan Afgan Apabila Gambar Cincin Tersebar



Di negaar jiran, kecoh apabila Rossa dan Afgan dikatakan telah bertunang.

Dalam satu majlis hiburan pasangan ini mencuri tumpuan peminat apabila dikatakan dia sudah bertunang dengan penyanyi Afgan setelah melihat cincin dijari Rossa.

Ketika itu Rossa menunjukkan cincin itu ketika bergambar bersama Afgan.

Menerusi portal hiburan Tribunnews.com, Rossa akhirnyan tampil memberi kenyataan dan menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu cincin yang tersarung dijari manisnya itu adalah cincin sama yang selalu dipakai olehnya.

Ini kenyataan Rossa:

"Mana ada bertunang, memang hari itu saya dan Afgan ada bergambar menggunakan aplikasi Boomerang.

"Kebetulan cincin yang kamu lihat itu adalah cincin yang selalu saya pakai.


"Bertunang itu hanya pada fikiran orang sahaja, sedangkan tidak!,"


Rossa mengatakan dia tidak bermaksud untuk mempamerkan cincin tersebut sehingga menimbulkan persoalan netizen.

Namun begitu ternyata peminat mereka berdua  memberi 'restu' hubungan Rossa dan Afgan.


Kesemuanya berharap mereka berdua benar-benar bercinta.


Kedua-dua penyanyi ini amat popular di Malaysia sehinggakan Rossa diberi gelaran "Datuk".

Sajat pilih lelaki tinggi: “Cinta ni Sajat letak nombor tiga. Tapi kalau ada jodoh, adalah nanti”

Ramai tertanya-tanya siapakah pilihan hati Nur Sajat yang dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya hujung tahun depan.

Timbul tanda tanya dalam kalangan netizen termasuk ciri jejaka pilihan usahawan kosmetik itu.

Bercakap kepada mStar Online, Sajat memberitahu bahawa dia mahu seseorang yang memahaminya sebagai individu bekerjaya selain mempunyai anak angkat.

“Bukan mudah nak cari orang yang betul-betul faham tentang kita. Lebih-lebih lagi orang yang bekerjaya dan sentiasa sibuk dengan bisnes macam Sajat,” katanya pada Sabtu.

Personaliti berusia 32 tahun itu turut memberitahu mengimpikan lelaki yang lebih tinggi daripadanya.

Sajat yang pernah menjalinkan hubungan cinta beberapa kali sebelum ini berkata, kesemua bekas kekasihnya adalah lebih rendah daripadanya.

“Sajat mempunyai ketinggian 172 sentimeter (sm), saya mahu orang yang lebih tinggi daripada Sajat, bolehlah jadi lelaki idaman. Kalau ketinggiannya 175 sm ke atas, kira okaylah,” katanya.

Bagaimanapun Sajat menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini yang bakal menamatkan zaman bujang hanyalah bagi mengulas mengenai lamaran Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

“Cinta ni Sajat letak nombor tiga, sekarang lebih utamakan keluarga dan bisnes. Tak ada pun perancangan nak kahwin lagi. Tapi kalau ada jodoh, adalah nanti,” katanya.

Mengenai dirinya sering dikaitkan dengan jejaka berbadan sasa, Mohd Tishrin Mohd Adnan, Sajat menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar ‘teman tapi mesra mesra’

 

Menurut Sajat, selain saling berurusan tentang perniagaan, beliau selesa dengan jejaka yang lebih dikenali Coach Yin kerana memahami perwatakan dan kerjayanya.

“Ya, memang Sajat suka kat dia (Coach Yin) tapi taklah bercinta. Kami berkawan rapat, baru saja kenal, dua tiga bulan, jadi masih di awal perkenalan.

“Mungkin nampak kami begitu rapat di laman sosial, tapi bukan dengan dia saja, mana-mana yang Sajat rapat pun akan tunjuk. Lagipun, lebih baik tunjuk secara terang-terangan, kalau senyap-senyap nanti mengundang fitnah pula,” katanya.

Ditanya adakah tarikan lain pada Coach Yin kerana badannya sasa, Sajat berkata, ciri tersebut terlalu subjektif kerana apa yang penting adalah keserasian.

“Bagi Sajat kalau suka seseorang tu, sado (sasa) ke tak sado ke sangat subjektif. Kalau dah sayang, kita beri sokongan moral, kalau boleh sado, dia akan jadi sado.

“Apa yang penting adalah keselesaan dan keserasian. Maknanya kita selesa dengan dia dan dia selesa dengan kita,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Sajat pilih lelaki tinggi: “Cinta ni Sajat letak nombor tiga. Tapi kalau ada jodoh, adalah nanti”

3 Suspek bunuh 2 anggota TLDM direman 7 hari

TIGA suspek kes bunuh dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Seri Manjung selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun itu yang memakai pakaian lokap warna jingga dibawa ke mahkamah menaiki kenderaan polis dan tiba pada 8.45 pagi.

Mereka kemudian memasuki Mahkamah Majistret pada 9 pagi dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan ketiga-tiga suspek terbabit direman selama seminggu sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Harian Metro awal pagi tadi melaporkan polis kini mengklasifikan kes kematian dua anggota TLDM, Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Bahaiqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, sebagai kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 September dari 10 pagi hingga 10 malam ketika kejadian.

Katanya, polis juga sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada di lokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber 3 Suspek bunuh 2 anggota TLDM direman 7 hari

Respon Jins Shamsuddin Apabila Ditanyakan Mengenai Dirinya Buat Ramai Sebak

Respon Jins Shamsuddin Apabila Ditanyakan Mengenai Dirinya Buat Ramai Sebak

“Saya tak kahwin… saya tak ada anak.” Itulah jawapan spontan yang akan keluar daripada mulut Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin jika ditanya siapakah isteri dan mana anaknya.

Pada mulanya isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, berasa kecil hati dengan sikap suaminya itu.Namun perasaan itu dapat dibuang apabila dia mula memahami penyakit Alzheime yang dihidapi Jins sejak 2011 menyebabkan Allahyarham bersikap demikian.

Malah kadang-kadang dia berasa lucu melihat tingkah laku suaminya itu. Kali terakhir saya menemui Allahyarham pada pagi Jumaat, 18 Disember 2015 bersama teman-teman wartawan mewakili Persatuan Wartawan dan Penulis Hibruan Malaysia (WHAM).

“Saya tak kahwin, saya tak ada anak. Saya Jins Shamsuddin..”

Dalam pertemuan itu, kami bersarapan pagi bersama Allahyarham sekeluarga termasuklah isteri dan dua anaknya iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim. Allahyarham amat berselera menjamah nasi lemak yang dibawa. Hajat kami hanyalah satu… untuk bersama Jins Shamsuddin di saat-saat dirinya semakin uzur.Sementelah pada ketika itu tersebar berita tidak benar kononnya Jins sudah meninggal dunia.

Dalam pertemuan pagi itu, Jins berselera menikmati makanan yang dihidangkan sambil ditemani isteri tersayang. Dia sentiasa tersenyum tanpa membicarakan apa-apa. Penampilannya begitu tertib dan segak berkemeja.

Kisah Hidup Jins Shamsuddin

Kata Halijah… itulah diri sebenar Jins Shamsddin. Dia berpakaian kemas setiap masa dan sentiasa menjaga ketokohannya sebagai seorang bintang filem ternama. Sebab itulah apabila saya tanya siapakah namanya, lantas dengan bangga dan penuh berhemah dia menjawab “Saya…. Jins Shamsuddin.”

Nama Jins Shamsuddin membawa pengertian cukup bermakna dalam hidup seniman agung itu. Dia bangga membawa jenama berkenaan yang dipandang tinggi atas usahanya sebagai anak seni.Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin yang dilahirkan di Taiping, Perak pada 3 November 1935 sama seperti artis lain yang melalui detik-detik sukar sebelum berada pada puncaknya ketika ini.

Ketika di kampung, dia dipanggil Zain dan amat rapat dengan kakaknya bernama Hazizon. Wanita itulah yang dijadikannya sebagai tempat mengadu sehinggalah Hazizon mendirikan rumah tangga, Jins mula berasa hidupnya sunyi apabila dia terpaska berpisah dengan kakaknya itu.

Pada hari terakhir sebelum Jins meninggalkan kampung, dia masih tidur berhampiran Hazizon. Hazizon ketika menceritakan kisah itu kepada seorang penulis Mohd Zamberi A. Malik, sebelum berangkat untuk merantau, Jins sempat datang berjumpanya untuk mengambil sepasang kasut lalu menghilangkan diri dengan basikal kesayangannya.

Kisah Hidup Jins Shamsuddin

Sekian lama merantau, keluarganya terkejut apagila Zain menjadi Jins Shamsuddin dan muncul sebagai hero dalam filem Pancha Delima (1957). Semasa kegemilangan filem-filem lakonan Jins, ahli keluarganya tidak pernah menonton lakonan Jins di panggung wayang. Ibunya Hajah Mariam pula hanya sekali menoton filem lakonan Jins iaitu Neracha pada tahun 1963. Itu pun selepas diperdayakan anak angkatnya.

Malangnya ketika menonton filem itu, Hajah Mariam bersedih dan menangis kerana menyangkakan Jins sudah dipenjarakan hanya kerana kesalahan kecil.Namun dia berjaya dipujuk kerana apa yang ditonton itu hanyalah satu lakonan.

Pada tahun 1956, Jins mencipta sejarah dalam dirinya selepas lulus dalam uji bakat dan akhirnya menjadi arits bawah Malay Film Production bertempat di Singapura dengan gaji $70 sebulan. Dia pada mulanya diberi peranan kecil dalam filem Keadilan Ilahi dan Anakku Sazali namun atas ketekunannya itu, P. Ramlee menawarkan dia menerajui Pancha Delima pada 1957 sebagai pelakon utama. Dalam filem itu, Jins memegang watak sebagai Suria Kenchana seorang putera raja yang disumpah menjadi ular pada waktu siang dan menjadi manusia pada sebelah malam.

Kisah Hidup Jins Shamsuddin

Sayangkan Peminat

Dalam buku Kembara Seorang Seniman dilaporkan Jins amat menyayangi peminatnya. Kata beliau, jika tiada peminat yang memujanya, tidak mungkin akan ada orang akan mengenalinya sehingga hari ini.

Sebab itulah beliau sanggup menyimpan berpuluh ribu surat yang dikirimkan kepadanya dan ia disusun rapi mengikut abjad dari A sehingga Z.

Beliau juga akan membalas kad-kad ucapan hari raya dengan dibantu seorang pembantu semata-mata mahu menjaga hati peminat-peminatnya. Namun ketika menjalani penggambaran di Hong Kong pada 1967, banjir besar melanda rumahnya di Boon Teck Road, Singapura menyebabkan semua surat peminat yang disimpannya musnah.

Kisah Hidup Jins Shamsuddin

Peminat Wanita

Jins amat berhati-hati berkawan dengan wanita kerana dia menganggap golongan itu boleh menjadi racun dan juga penawar.Pernah pada suatu ketika Jins menerima telegram daripada seorang lelaki mendakwa ayah kepada peminat wanitanya yang mengatakan wanita itu sakit tenat namun Jins keberatan untuk menziarahi peminat itu di Melaka.Sehinggalah akhirnya dia menerima telegram kedua yang mengatakan gadis itu sudah meninggal dunia.Peristiwa itu benar-benar terkesan dalam diri Jins menyebakan dia berasa amat menyesal akan kejadian itu.Sejak peristiwa itu, Jins menyimpan semua surat peminatnya itu namun ia musnah ketika banjir.

Kisah Rumah Tangga

Perkahwinan pertama Jins ialah dengan seniwati Rahmah Rahmat yang digandingkan dalam filem Dandan Setia, diterbitkan pada 1959. Kisah bermula apabila Rahmah meminta bantuan Jins untuk membaiki lampu di rumahnya yang rosak.

Kisah Hidup Jins Shamsuddin

Semasa sedang membaiki lampu itu tiba-tiba Jins terkena kejutan elektrik lalu beliau rebah tidak sedarkan diri. Rahmah yang terkejut terus menarik wayar elektrik sehingga putus dan Jins dibawa ke hospital tidak jauh dengan rumah mereka di Singapura.Ketika di hospital, doktor sempat bergurau dengan berkata “Who save you?… You better marry her!” (siapa selamatkan awak? Lebih baik awak kahwini dia) merujuk kepada Rahmah.

Maka selepas peristiwa itulah iaitu pada 9 Februari 1961, Jins yang ketika itu berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga dengan Rahmah yang berumur 19 tahun.

Perkahwinan itu diadakan secara sederhana dan tidak diketahui oleh orang kampung.Hasil perkahwinan itu mereka mendapat sorang anak iaitu Jafri pada 24 Januari 1962.Namun dua tahun kemudian mereka berpisah kerana campur tangan ibu mertuanya (ibu Rahmah) yang menyebabkan emosi dan lakonan Jins terganggu.

Dalam masa 23 tahun menjadi seorang duda, ada laporan mengatakan Jins berkahwin dengan soerang wanita bernama Jamilah Shukor pada tahun 1973 namun ia tidak didedahkan kepada umum.

Kisah Hidup Jins Shamsuddin

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak bernama Putera Hang Tuah @ Shazrin.Pada 12 Julai 1986, Jins secara rasmi berkahwin dengan Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.Sepanjang hayatnya, Jins berlakon berpuluh-puluh filem dari era hitam putih ke zaman filem warna.Filem Ali Setan lakonan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud arahannya pada tahun 1985 menjadi fenomena dan diingati sehingga ke hari ini.

Pada 2004 beliau dilantik sebagai Senator yang menjadikan artis pertama diberi kepercayaan untuk berada dalam Dewan Rakyat.Beliau kemudiannya dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri pada 2007 dan pada 2009, kerajaan memberikan Anugerah Seniman Negara, sebuah pencapaian tertinggi untuk anak seni.

Apa yang tinggal hanyalah namanya dan kehebatan beliau dalam dunia seni tidak mungkin dapat dicari ganti. Semoga Allah memberi rahmat kepada roh Allahyarham. Al-Fatihah.


Sumber Respon Jins Shamsuddin Apabila Ditanyakan Mengenai Dirinya Buat Ramai Sebak

Cubaan keluar ke Thailand

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan mematahkan cubaan lima pendatang asing tanpa izin warga Myanmar, yang cuba menyeludup keluar ke Thailand melalui Sungai Golok, awal pagi tadi.

Suspek berusia 20 hingga 34 tahun ditahan di Pasir Pekan kira-kira jam 5 pagi ketika dalam perjalanan ke Rantau Panjang.

Turut ditahan pemandu kereta lelaki warga tempatan berusia 45 tahun, yang bertanggungjawab mengambil dan menghantar pendatang itu.

Kesemua warga asing itu dikatakan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas sebelum diambil lelaki tempatan untuk dibawa ke Rantau Panjang.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata tangkapan itu dilakukan hasil risikan yang dilakukan pihaknya dengan bantuan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

"Sebaik mendapat maklumat, kita mengesan sebuah kereta jenis Honda Accord dari arah Kampung Kutan menghala Pasir Pekan sebelum mengejar dan menahan kenderaan terbabit.

"Hasil pemeriksaan kita mendapati, kereta dipandu lelaki tempatan itu membawa lima lelaki warga asing dan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

"Lima warga Myanmar itu ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah dibawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen dan lelaki warga tempatan ditahan sementara di Pejabat Imigresen Telipot untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Mohammed Saupee turut mengingatkan penduduk tempatan supaya tidak bersubahat dengan sindiket penyeludupan kerana ia boleh menggugat keselamatan negara.

"Selain akta imigresen, kita turut menyiasat kes berkenaan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007," katanya.



Sumber Cubaan keluar ke Thailand

Syiah: JAINJ tahan 21 individu

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan 21 lelaki berusia antara 21 hingga 67 tahun di sebuah rumah di Ulu Tiram, malam tadi, selepas disyaki mengadakan majlis yang berkaitan dengan fahaman Syiah.

Serbuan pada 10.05 malam itu hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JAINJ, Amran A Rahman, berkata mereka yang ditahan di rumah Hauzah Syiah itu termasuk tiga lelaki warga asing.

"Mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa.

"Mereka ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAINJ untuk disoal siasat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Sumber Syiah: JAINJ tahan 21 individu

12 maut pesawat tentera Congo terhempas

KINSHASA: Pesawat kargo yang disewa tentera Republik Demokratik Congo terhempas berhampiran ibu kota negara itu semalam, menyebabkan semua 12 penumpang dan kru terkorban.

Pesawat Antonov itu baru berlepas dari lapangan terbang Ndjili di Kinshasa, menuju ke wilayah Kivu di timur, lokasi tentera bertempur dengan kumpulan militia, kata pegawai lapangan terbang yang enggan dikenali.

Ia terhempas di N'sele, kira-kira 100 kilometer ke timur bandar raya itu.

Menteri Pengangkutan, Jose Makila, dalam kenyataan yang dibacakan di televisyen, berkata keseluruhan 12 anggota dan kru berada dalam pesawat tetapi tiada yang terselamat.

"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca nahas," tambahnya.

ORANG awam memegang serpihan pesawat yang terhempas. - Foto Reuters

Wartawan AFP menyaksikan Pengawal Republikan negara itu mendirikan kepungan sekitar lokasi nahas, di kawasan tidak berpenghuni yang pernah menempatkan kompleks industri pertanian.

Pesawat, yang mempunyai seorang kru Russia, membawa dua kenderaan dan senjata, selain anggota tentera, kata sumber di ibu pejabat tentera yang juga enggan dikenali. - AFP



Sumber 12 maut pesawat tentera Congo terhempas

Jenazah Muhammad Lailatulman dikebumikan

RANTAU PANJANG: Jenazah Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di sini, pagi tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan penduduk kampung menghadiri solat jenazah diimamkan Imam Mukim Kubang Rambutan, Saari Ismail, pada jam 9.30 pagi ini.

Suasana hening menyelubungi pengebumian Allahyarham dan ahli keluarganya dilihat tenang.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang tiba di kediaman keluarganya, di Kampung Bagus, di sini dengan menaiki van jenazah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira jam 6.30 pagi tadi, disembahyangkan di Surau Al Hidayah, di sini, sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

MOHD Sukri Salleh, 52, menyiram air ke pusara anaknya, Muhammad Lailatulman di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang. - Foto Fathil Asri

Turut hadir, Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama, Abu Bakar Mohd Ajis dan pasukan Kawalan Jenazah KD Lekir dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang menguruskan jenazah.

Terdahulu, jenazah Muhammad Lailatulman meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, pada jam 1 pagi tadi selepas mengambil masa kira-kira lima jam proses bedah siasat.

Allahyarham Muhammad Lailatulman meninggalkan seorang balu, Nur Liya Asmira Yahya, 24 dan seoramg anak berusia empat bulan.

Semalam, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya termasuk Laskar Muda Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat lalu.



Sumber Jenazah Muhammad Lailatulman dikebumikan

Enjin rosak, pesawat Air France mendarat cemas di Kanada

PARIS: Pesawat penumpang superjumbo A380 Air France dalam penerbangan dari ibu kota Perancis ke Los Angeles terpaksa melakukan pendaratan cemas di timur Kanada semalam berikutan 'kerosakan serius' pada salah satu daripada empat enjinnya.

"Penerbangan 066 mendarat tanpa kerosakan lanjut di lapangan terbang tentera Goose Bay di Kanada dan semua 520 penumpang dan anak kapal dipindahkan tanpa sebarang kecederaan," kata jurucakap syarikat penerbangan itu di Paris.

Laluan penerbangan pesawat dua tingkat itu diberikan semula ketika ia melepaskan Greenland, mendarat di Goose Bay pada jam 1.12 petang waktu tempatan.

Pendaratan berjalan lancar bagi pesawat membawa 496 penumpang dan 24 anak kapal, katanya. Syarikat penerbangan mencari cara lain membawa penumpang ke Amerika Syarikat.

Video dan gambar yang disiarkan di media sosial oleh penumpang atau saudara mereka, menunjukkan kerosakan teruk di bahagian depan luar enjin, dengan sebahagian daripada pelindung luarnya tercabut.

Air France mengendalikan 10 pesawat Airbus A380.

Goose Bay dikendalikan Tentera Udara Diraja Kanada tetapi turut bertindak sebagai lapangan terbang sementara kepada penerbangan yang dilencongkan. - AFP



Sumber Enjin rosak, pesawat Air France mendarat cemas di Kanada

Ini Komen Sharnaaz Ahmad Kepada Mak Uda Noryati Yang Kritikal Di ICU

Ini Komen Sharnaaz Ahmad Kepada Mak Uda Noryati Yang Kritikal Di ICU


Pelakon drama yang popular sebagai mak yang bersuara lantang, Mak Uda atau Noryati kini sedang sakit dan dirawat.

Mak Uda atau Noryati dikatakan kritikal di ICU dan keluarga meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.

Baca kisah Noryati sakit (DI SINI).

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad antara artis yang membri ucapan kepada Mak Uda.

Sharnaaz memohon pra followernya sama-sama mendoakan agar Mak Uda kembali sihat dan sembuh.

Ini komen Sharnaaz Ahmad:

"Khabarnya mak ude aka makcik petir dalam icu kritikal.. di sini kawan kawan marilah kita doakan supaya Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dgn kesihatan tubuh badan dan terus berkarya untuk kita semua.. 

"Kami semua sayangkan mak ude.. mak ude adalah artis vateren pertama yg saya hormati atas lakonan dalam tari tirana.. dan sehingga kini, beliau tiada gantinya.. 

"Marilah kawan kawan kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau semoga Allah sembuhkan penyakit beliau..

Update tentang pelakon Mak Uda, keluarga menyatakan kesihatannya bertambah baik. Semoga Mak Uda kembali sihat.

(MENGEJUTKAN) Polis Sahkan Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh

(MENGEJUTKAN) Dua Aggota Tentera TLDM Meninggal Dunia Kerana Didera, Disiasat Sebagai Kes Bunuh



Hari ini pihak Polis membuat pengumuman bahawa pihaknya telah mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian dalam tahanan dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

Keputusan itu dibuat apabila laporan bedah siasat kedua-dua mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini mendapati terdapat kecederaan dalaman pada tubuh mereka, dipercayai akibat penderaan.

Hasil bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa dipercayai berlaku penderaan yang mendatangkan kecederaan.


Kedua-dua mangsa ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, Perak.


Ini kenyataan Polis:

"Hasil bedah siasat terhadap mangsa pertama (Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28) pada jam 3.30 petang hingga 7 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Bedah siasat terhadap mangsa kedua (Muhammad Lailatulman Mohd Sukri,26) pada jam 9 malam hingga 11.50 malam mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut,"


Polis menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 hingga 44 tahun pada 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.


Ini komen Polis lagi:

"Ketiga-tiga suspek bertugas pada jam 10 pagi hingga 10 malam kelmarin.

"Polis turut merakam kenyataan 11 pengawal yang bertugas di bilik tahanan berkenaan serta merampas set litar rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tujuh T baton, buku log bertugas dan beberapa telefon bimbit,"


Penahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seri Manjung, dekat sini hari ini.

Sumber: BH

Pengamal perubatan Islam perlu tanam sifat 'Muslim First' - Raja Perlis

RAJA PERLIS Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah pengamal perubatan Islam hendaklah memastikan kaedah rawatan mereka benar-benar berlandaskan Islam atau sunnah sebelum mendakwa ia kaedah rawatan perubatan Islam.

Dalam hubungan itu, baginda bertitah pengamal perubatan perlu meletakkan diri mereka sebagai 'Muslim First' dan barulah sebagai doktor atau pengamal perubatan Islam supaya nilai-nilai soleh mengikut ajaran Islam mudah tersebar dan menarik orang lain untuk menghayatinya.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian pada persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM) ke-19 bagi 2017 di sini, pada Sabtu.

Baginda bertitah penganjuran persidangan itu dapat memartabatkan ketinggian ilmu dan pembuktian mengikut kaedah Islam dalam setiap urusan kehidupan orang Islam.

"Kajian mendalam untuk mengubati sesuatu penyakit akan membuatkan pengamal perubatan perlu menghayati dan bersyukur kejadian manusia dan sunnah alam yang mendorong kita meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah SWT dalam urusan penyembuhan," titah baginda.

Baginda bertitah masyarakat juga perlu menyelidik dan mengambil tindakan 'tabayyun' atau mencari kebenaran sehingga jelas sesuatu kaedah rawatan yang didakwa berlandaskan Islam atau sunnah Rasullullah SAW, benar atau sebaliknya.

Tuanku Syed Sirajuddin juga menyentuh berkenaan pengiklanan dan penjualan melalui siaran berbayar seperti produk-produk makanan kesihatan, ubatan dan kosmetik yang tidak berdaftar tetapi mendakwa mampu menyembuhkan bermacam penyakit.

"Dalam hal ini stesen televisyen dan radio bertanggungjawab membuat semakan dengan Kementerian Kesihatan terlebih dahulu demi melindungi kepentingan dan keselamatan masyarakat umum," titah baginda.

Persidangan tersebut yang bermula Jumaat sehingga Ahad, dianjurkan IMAM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Perlis dan Jabatan Mufti Perlis.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Hamdan Bahari dan Presiden IMAM Dr Jeffrey Abu Hassan turut hadir pada majlis tersebut.

-- BERNAMA



Sumber Pengamal perubatan Islam perlu tanam sifat 'Muslim First' - Raja Perlis

Malaysia beralih ke arah teknologi tinggi, teroka berintensifkan modal - PM

KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di fasa pembangunan berbeza sejajar peralihan negara ke arah teknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan, nilai tambah tinggi serta usaha teroka berintensifkan modal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia kini menekankan kepada penerapan masa depan digital dan menarik penyertaan perniagaan tempatan untuk menjadi jaguh global menerusi penyepaduan dalam rantaian bekalan antarabangsa.

Pada masa sama, ia turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran untuk bakat-bakat tempatan, kata beliau.

"Bersandarkan sejarahnya yang kukuh, saya yakin Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus memacu negara ini untuk mencapai kejayaan," kata beliau ketika menyampaikan ucap tama pada Majlis Makan Malam Gala MIDA bersempena sambutan ulang tahun ke-50 agensi itu, di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi MIDA Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Mengulas selanjutnya, Najib berkata MIDA juga telah melakar sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara ini.

Perdana Menteri berkata, bagi tempoh 1980 hingga Jun 2017, MIDA telah meluluskan sejumlah 29,209 projek-projek pembuatan bernilai RM1.08 trilion dan mewujudkan lebih tiga juta pekerjaan baharu yang membawa kepada peningkatan taraf hidup serta kemahiran rakyat.

"Penubuhan MIDA menandakan bermulanya perjalanan perindustrian Malaysia. Contohnya, ia menuntut usaha gigih dan banyak ketekunan pegawai MIDA menyakinkan lapan syarikat utama asing supaya melabur di Bayan Lepas, Pulau Pinang, yang sebelum itu merupakan kawasan sawah padi, sebelum diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas," katanya.

Beliau menjelaskan penubuhan kemudahan itu telah berperanan sebagai pemangkin untuk menarik penggiat industri terkemuka ke Malaysia dan setakat ini lebih 5,000 syarikat multinasional asing dari 40 negara telah memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan mereka di rantau ini.

"Lebih penting, kebanyakannya menjadikan kedudukan mereka di Malaysia sebagai lonjakan untuk mencapai pasaran serantau dan dunia," katanya.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa masing-masing menyemak naik unjuran mereka bagi Malaysia pada 2017 kepada hampir lima peratus dan Bank Pembangunan Asia juga menyemak semula prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 5.4 peratus daripada 4.7 peratus.

"Semua ini tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya sebagaimana diketahui warga MIDA, ini disebabkan kerajaan menerajui ekonomi secara berhati-hati," katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan telah membuat keputusan yang sukar seperti merasionalisasi subsidi dan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan negara perlu mempelbagaikan ekonominya.

GST menjadi penyelamat Malaysia ketika berlaku kejatuhan harga minyak mentah, kata Najib.

-- BERNAMA



Sumber Malaysia beralih ke arah teknologi tinggi, teroka berintensifkan modal - PM

Keluarga anggota TLDM maut mahu penjelasan pihak berkaitan

KOTA BHARU: Keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat mahu supaya kes kematiannya disiasat dengan rapi oleh pihak berkuasa.

Kakak Allahyarham, Nik Norliliwati, 44, yang reda dengan kejadian itu, mahu supaya penjelasan lebih terperinci diberikan kepada keluarganya.

"Sebagai umat Islam, kita menerima kematian itu dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah SWT, bagaimanapun kami sekeluarga mahu pihak berkuasa menjelaskan lebih terperinci punca kematiannya.

"Jika boleh jangan menyembunyikan apa-apa daripada keluarga kami," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumboh, di sini, pada Sabtu.

Nik Norliliwati berkata keluarganya mengetahui kematian adiknya yang berusia 28 tahun itu pada 6 petang Jumaat.

Beliau berkata kali terakhir adiknya itu berjumpa dengannya adalah pada Hari Raya Aidiladha lepas dan ada menyatakan hasrat mahu berhenti daripada perkhidmatan kerana menganggap badannya yang semakin berisi tidak lagi sesuai dengan kerjaya sebagai anggota TLDM.

"Saya menasihatkannya supaya bersabar kerana sudah berkhidmat lebih kurang 10 tahun dan beliau akhirnya akur.

"Selepas itu saya diberitahu beliau membatalkan hasrat itu selepas berjaya mengurangkan berat badan hasil dorongan seorang pegawainya, " katanya.

Beliau berkata selain arwah adiknya itu, lima abangnya turut berkhidmat sebagai anggota tentera dan seorang anggota bomba.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Perak, semalam sebagai mati mengejut.

LK 1 PNK Nik Muhammad Baihaqy, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan itu.

-- BERNAMA



Sumber Keluarga anggota TLDM maut mahu penjelasan pihak berkaitan

Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis

IPOH: Polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai mati mengejut dan sedang menunggu keputusan bedah siasat mengenai kes berkenaan buat masa ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata pihaknya masih menantikan laporan penuh bedah siasat kedua-dua anggota itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Tian Kee berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuiman Mohd Shukri, 26, yang ditahan di Pusat Komunikasi Sg Wangi, Sitiawan semalam.

BACA: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua"

Tian Kee juga memberikan maklumat mengenai sesi latihan yang dijalani oleh kedua-dua anggota yang meninggal dunia tersebut.

“Kedua-dua si mati bukan kawan atau kenalan dan kedua-duanya bertugas di unit berlainan, manakala jenis latihan adalah orientasi mengikut Standard Pematuhan Piawaian (SOP) bagi tahanan yang dirujuk ke pusat tersebut,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini,hari ini.

Menurut Tian Kee, siasatan awal mendapati Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat telah dijatuhi hukuman selama 45 hari bermula pada 27 September lepas berikutan kegagalan beliau untuk hadir dalam tugas perkhidmatannya.

“Nik Muhammad telah dimasukkan di Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi pada 28 September lepas kerana beliau berhadapan dengan pertuduhan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972.

“Selain itu, anggota berkenaan juga disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan kes masih dalam siasatan menunggu laporan kimia,” katanya lagi.

Sementara itu, Tian Kee menjelaskan Muhammad Lailatuman pula berdepan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti dan menjadi tumpangan sementara di bilik tahanan Unit TLDM Lumut sebelum dhantar ke Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota yang terlibat dalam kejadian sekitar 3.15 petang itu difahamkan menjalani kesemua latihan fizikal mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jurucakap TLDM dalam kenyataan itu berkata, kedua-dua anggota itu mengadu kepenatan sewaktu dalam sesi sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.



Sumber Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis

PM Najib mahu koperasi negara terus berdaya maju dan lestari

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kesemua 13,000 pergerakan koperasi di negara ini mencapai status berdaya maju, berkembang secara lestari dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata gerakan koperasi terbukti dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara dan menyediakan peluang perniagaan serta pekerjaan.

Namun, kata beliau, pergerakan koperasi perlu berkembang secara terancang dan tersusun melalui kepimpinan yang berpegang teguh kepada nilai-nilai asas untuk menjadi koperasi yang berjaya.


"Saya ingin melihat koperasi di Malaysia terus berkembang. Kini terdapat lebih 7 juta anggota dan aset berjumlah RM130 bilion manakala di peringkat global, kajian International Cooperative Alliance (pada 2014) mendapati koperasi menggajikan 250 juta pekerja iaitu hampir 9 peratus daripada keseluruhan populasi pekerja dunia. "Saya mahu melihat koperasi di Malaysia menggaji pada kadar 12 peratus. Justeru itu, adalah tidak mustahil sektor koperasi negara mencipta peluang pekerjaan atau majikan yang ketiga terbesar selepas sektor swasta dan awam," kata beliau semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan keempat Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Pengerusi Koprojaya Muhammad Ammir Haron.

Sambil mengambil contoh Jepun, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sektor koperasi di negara itu memainkan peranan penting dalam menjana pekerjaan baharu.

"Gerakan koperasi di Jepun menyumbang 30 peratus produk isi rumah yang merupakan keluaran koperasi dengan lebih 28 juta keahlian di seluruh negara," kata beliau yang juga Penaung Koporjaya.

Najib turut memuji pencapaian Koprojaya yang berjaya meningkatkan pendapatannya sebanyak 23.86 peratus dengan pulangan 10 peratus selepas zakat buat kali keempat berturut-turut.

Sementara itu, Muhammad Ammir berkata Koprojaya akan memastukan koperasi itu menjadi platform terbaik untuk anggotanya bagi menjadikan tiga agenda koperasi berkenaan iaitu kebjikan, ekonomi dan profesionalisme terus diperkasakan.

Koprojaya mempunyai 1,398 anggota pada masa ini.

-- BERNAMA



Sumber PM Najib mahu koperasi negara terus berdaya maju dan lestari

Digelar ‘ibu paling teruk di Amerika’, tinggalkan 4 orang anak masih kecil di rumah sendirian demi melancong ke Jerman

Seorang wanita didakwa kerana membahayakan kanak-kanak selepas meninggalkan empat anaknya di rumah untuk pergi bercuti di Eropah selama 11 hari, kata polis kelmarin.

Erin Lee Macke, 30, melancong ke Jerman pada 20 September lalu tanpa menguruskan jagaan untuk dua anaknya yang berusia 12 tahun dan dua lagi berusia enam dan tujuh tahun.

Jurucakap polis Johnston, Janet Wilwerding berkata, Erin turut meletakkan pistol miliknya bersama peluru di rak buku.

“Kami melihat banyak kali ibu bapa meninggalkan anak mereka untuk pergi ke mana-mana tetapi pergi ke luar negara adalah sangat luar biasa,” katanya.

Erin dilaporkan bercuti dengan seorang rakannya dan dia juga turut memuat naik gambarnya di Jerman di laman sosial.

Tindakan Erin meninggalkan anaknya turut dikecam di media sehingga dia digelar ‘ibu paling teruk di Amerika’.

Polis menemui kanak-kanak itu bersendirian di rumah pada 21 September lalu susulan aduan bekas suaminya sebelum menghubungi wanita itu dan mengarahkannya pulang.

Wanita itu memberitahu polis, dia mengambil keputusan meninggalkan anaknya di rumah kerana gagal mendapatkan penjaga budak untuk menjaga mereka.

Erin ditahan pada Khamis lalu selepas pulang dari Jerman dan didakwa atas empat tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Wanita itu dilaporkan ditahan di dalam penjara kerana belum membayar ikat jamin berjumlah AS$9,000 (RM38,000).

Pihak berkuasa juga menyerahkan penjagaan semua anak wanita itu kepada saudara terdekatnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Digelar ‘ibu paling teruk di Amerika’, tinggalkan 4 orang anak masih kecil di rumah sendirian demi melancong ke Jerman

‘Not appropriate,’ envoy tells Boris over Kipling poem in Myanmar

As Johnson continues with his recitation of the poem which celebrates a soldier’s love affair with a local woman during Britain’s colonial rule of what was then known as Burma, the ambassador tenses.

borisLONDON: Britain’s ambassador to Myanmar was forced to interrupt Foreign Secretary Boris Johnson earlier this year as he tried to recite a nostalgic colonial poem by Rudyard Kipling in public during a visit to the country’s most famous Buddhist site.

Johnson, who helped lead the Leave campaign in the 2016 Brexit referendum, is caught on camera starting to recite Kipling’s poem, Mandalay, after striking a bell at the Shwedagon pagoda in Yangon.

“The temple bells they say,” Johnson says in television footage by Channel 4. “Come you back, you British soldier.”

As Johnson continues with his recitation of the poem which celebrates a soldier’s love affair with a local woman during Britain’s colonial rule of what was then known as Burma, the ambassador tenses.

“You’re on mic. Probably not a good idea,” British ambassador Andrew Patrick said.

“What, The Road to Mandalay?” Johnson asked.

“No. Not appropriate,” the ambassador said.

Johnson replied “good stuff” and then started to take photographs of the scene with his telephone camera.

A spokeswoman for the Foreign Office declined to comment.

Prime Minister Theresa May’s appointment of Johnson, who in the run-up to Britain’s referendum on EU membership compared the goals of the European Union to those of Adolf Hitler and Napoleon, caused consternation in European capitals.

In recent weeks, Johnson has attempted to set out his vision of Britain outside the European Union.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber ‘Not appropriate,’ envoy tells Boris over Kipling poem in Myanmar

Dr M: Some Muslims not living as Muslims

The former PM speaks against those who pray, fast, give charity and undertake pilgrimage but ignore the spirit of the Quran.

mahathir-mohamad-solat-muslim-1PETALING JAYA: Pakatan Harapan chairman Dr Mahathir Mohamad has denounced Muslims who display piety through conspicuous acts of worship but do not conduct their lives in accordance with the spirit of the Quran.

Speaking at a forum in Bangi, he said such Muslims would focus only on “fardhu ain (obligatory acts of worship)” such as prayer, fasting, charity and the Haj, ignoring many other Quranic injunctions, such as those that would lead to mercy and compassion among human beings.

He said unrest in some Muslim countries was the result of defiance against such teachings.

Referring to the Islamic State (IS) terror group, he said it was obvious that its members were defying the Quran.

He said he wondered whether the terrorists, when slaughtering their victims, would invoke God’s attributes of Grace and Mercy like Muslims were supposed to do when slaughtering animals for food.

He said this was why it was important for Muslims to read and understand the Quran.

“When I read the Quran,” he said, “I also read the translations so that I understand what I’m reading, and I will find out whether those translations are correct by reading other translations.

“If I find two or three translations that are similar, then I can safely assume that the translation is accurate.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Dr M: Some Muslims not living as Muslims

Germany’s first same-sex ‘I do”s as marriage equality dawns

Germany’s parliament approved marriage equality in June after Chancellor Angela Merkel chose to make the vote a matter of conscience.

LGBTBERLIN: Same-sex couples will marry in Germany for the first time on Sunday, when some civil registry offices will open specially to celebrate the coming into force of a marriage law that parliament passed in June.

Around a dozen same-sex couples are expected to marry in Berlin on Sunday, with a similar number due in Hamburg, gay rights organizations said, taking advantage of the decision of some registries to open on a day when they are normally closed.

Among them are Karl Kreile, 59, and Bodo Mende, 60, who will at 9.30 local time (0730 GMT) become Germany’s first married gay couple when they say “yes” in the town hall of the Berlin borough of Schoeneberg after 38 years together.

“We have finally achieved legal equality,” Mende told a news conference on Friday. “It’s been 25 years’ of hard struggle to secure this.”

Germany’s parliament approved marriage equality in June after Chancellor Angela Merkel chose to make the vote a matter of conscience, freeing many of her Social Democrat coalition partners and many of her conservative lawmakers to vote for it.

Rights organizations say more needs to be done to achieve full equality. It is still impossible for children born into a lesbian couple to have both parents as a legal mother.

Kreile and Mende, who registered their civil partnership 15 years ago, shortly after it became legal to do so in Germany, first tried to marry a quarter of a century ago.

“I remember how it felt when we went to the registry office in Berlin Charlottenburg to request marriage,” said Kreile, describing a publicity-raising campaign he and his partner had participated in.

“The official was nice, and so were the couples before and after us in the line, telling us: ‘We understand what you want.’ But afterwards I still had to feel a sense of shame. I felt discriminated against, being sent out again,” he added.

Some technical problems remain. The government’s registry software recognizes only opposite-sex marriages and will only be updated next year. Until then, even same-sex couples will be recorded as “husband” and “wife”.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Germany’s first same-sex ‘I do”s as marriage equality dawns

China central bank says will maintain prudent, neutral monetary policy

The People’s Bank of China will continue with interest rate and exchange rate reform while keeping the yuan basically stable.

china-central-bankBEIJING: China’s central bank on Saturday said it will maintain prudent and neutral monetary policy and use multiple monetary policy tools to keep liquidity basically stable.

The People’s Bank of China will continue with interest rate and exchange rate reform while keeping the yuan basically stable, the bank said in comments on its website following a quarterly meeting of its monetary policy committee.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber China central bank says will maintain prudent, neutral monetary policy

Indian markets lose sheen on economic travails, but investors keep faith

Although New Delhi, for now, has stuck to its full-year borrowing target, investors remain concerned that Modi’s government may bust the fiscal deficit target.

indiaNEW DELHI/MUMBAI: Rising concerns about India’s economy and the government’s fiscal discipline have sparked strong selling by foreign investors in Indian equities and sent the rupee tumbling, removing some, but not all, of the sheen from a hot emerging market play.

A confluence of factors, including sharply slower-than-expected economic growth, rising oil prices, and worries the government might boost spending and widen its fiscal deficit target have combined to pummel Indian markets in September.

The rupee slumped 2.2% this month, its worst monthly performance since November and the second-worst performance in Asia after the Japanese yen.

Meanwhile, shares have lost more than 1 percent, and the benchmark 10-year bond yield rose 9 basis points.

Foreign investors are also selling in equities, with net outflows of $1.11 billion in September, adding to their $2 billion outflow last month – the longest streak since sales of more than $4.5 billion from last October to January.

Still, foreign investors say the selling reflects some profit-taking, and add India’s economic fundamentals remain strong, despite the growing risks.

The Reserve Bank of India (RBI) is also well placed to manage any currency volatility after building up record foreign exchange reserves of $402.5 billion.

But much will depend on how Prime Minister Narendra Modi’s government opts to arrest India’s economic slowdown after his promise of deep economic and fiscal reforms had enamoured foreign investors.

“India’s macro fundamentals still look quite good. From inflation, current account, to fiscal deficits, there is nothing that looks disastrous by any means,” said David Cornell, chief investment officer of London-based Ocean Dial Asset Management.

“On a structural long-term basis India remains head and shoulders above all other emerging markets.”

Nonetheless, some of the recent shine that saw foreign funds flock into India has worn off.

India’s economy grew 5.7% in the April-June quarter, its slowest pace in more than three years, as the country deals with the lingering impact of last year’s shock cash squeeze and the implementation of a national goods and services tax unveiled in July.

Meanwhile, oil prices are rising sharply – a worry in a country that imports two-thirds of its energy needs.

But investors say none of these risks are yet at alarming levels. Yield-chasing investors continue to lap up Indian debt, helping support the rupee and forcing the central bank late on Thursday to raise investment limits after overseas funds almost fully exhausted their quotas.

“We are less concerned about India. We see this as an opportunity, actually, and we have already been increasing our exposure to the market,” said Kenneth Akintewe, senior investment manager for Aberdeen Asset Management in Singapore.

Fiscal worries

Furthermore, a weaker rupee is not entirely bad news for Asia’s third-largest economy.

The currency’s near 7% gain against the dollar between January and early August had raised alarm within the government as it was seen depressing exports and driving up imports, threatening to hollow out Modi’s signature ‘Make in India’ programme.

To stem the appreciation, the central bank has stepped up dollar purchases. Nomura estimates, the Reserve Bank of India bought on average $6.9 billion of the greenback a month between April and July.

But how the government now deals with the economic slowdown will matter.

Although New Delhi, for now, has stuck to its full-year borrowing target, investors remain concerned that Modi’s government may bust the fiscal deficit target, currently set at 3.2% of gross domestic product for the year ending in March, to pump prime the economy, rather than continuing long-term reforms.

Officials told Reuters last week the government was considering spending up to 500 billion rupees ($7.66 billion), widening the deficit by as much as 3.7 percent – an outcome that could alarm foreign investors.

“India has gained a lot of credibility over the last few years,” said Ananth Narayan, regional head of financial markets, ASEAN & South Asia at Standard Chartered Bank.

“You don’t want to squander away that credibility.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Indian markets lose sheen on economic travails, but investors keep faith

F1: SIC sahkan dokumen tuntutan ganti rugi Haas adalah palsu

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan satu dokumen tuntutan ganti rugi sebanyak US$295,000 (RM1.24 juta) di atas nama pasukan Formula Satu (F1) Haas terhadap SIC yang tular di laman sosial hari ini adalah palsu.

Dokumen itu menyatakan tuntutan itu perlu dibayar SIC selepas pemandu pasukan Haas, Romain Grosjean mengalami kemalangan setelah jentera dipandunya terlanggar penutup longkang di selekoh 13 pada sesi latihan kedua semalam sehingga memaksa sesi berkenaan dihentikan 20 minit lebih awal.

"Saya boleh mengesahkan bahawa dokumen itu adalah palsu selepas dimaklumkan secara rasmi oleh pihak International Automobile Federation (FIA) petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Razlan seterusnya berkata pihaknya tidak merancang untuk membuat laporan polis, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadapan perlumbaan esok yang juga merupakan perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir bakal dianjurkan di SIC selepas 19 tahun.

Sementara itu, mengenai status penjualan tiket, Razlan berkata setakat pukul 5 petang hari ini, sudah lebih 70,000 tiket habis terjual dan beliau berharap jumlah itu akan meningkat pada hari perlumbaan esok untuk mencapai sasaran 80,000 tiket.

-- BERNAMA



Sumber F1: SIC sahkan dokumen tuntutan ganti rugi Haas adalah palsu

Hamilton raih petak utama pada GP Malaysia

SEPANG: Pemandu pasukan Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton meraih petak utama pada Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia 2017.

Pemandu dari Great Britain itu mencatat masa terpantas sepusingan, satu minit 30.076 saat pada sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Sepang, di sini hari ini.

Pencapaian menduduki petak utama itu adalah kelima bagi Hamilton pada GP Malaysia, dan ke-70 sepanjang kariernya.

Pemandu pasukan Scuderia Ferrari, Kimi Raikkonen dari Finland menduduki tempat kedua selepas mencatat 1:30.121s, manakala pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen dari Belanda, yang menyambut hari jadinya yang ke-20 hari ini, di kedudukan ketiga dengan catatan 1:30.541s.

Berikut keputusan sesi kelayakan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Klasifikasi Sesi Kelayakan:

(Selepas Kelayakan 3)

1. Lewis Hamilton (GBR) Mercedes AMG Petronas F1 Team 1 minit 30.076s

2. Kimi Raikkonen (FIN) Scuderia Ferrari 1:30.121s

3. Max Verstappen (NED) Red Bull Racing 1:30.541s

4. Daniel Ricciardo (AUS) Red Bull Racing 1:30.595s

5. Valtteri Bottas (FIN) Mercedes AMG Petronas F1 Team 1:30.758s

6. Esteban Ocon (FRA) Sahara Force India F1 Team 1:31.478s

7. Stoffel Vandoorne (BEL) McLaren Honda 1:31.582s

8. Nico Hulkenberg (GER) Renault Sport F1 Team 1:31.607s

9. Sergio Perez (MEX) Sahara Force India F1 Team 1:31.658s

10. Fernando Alonso (ESP) McLaren Honda 1:31.704s

(Selepas Kelayakan 2)

11. Felipe Massa (BRA) Williams Martini Racing 1:32.034s

12. Jolyon Palmer (GBR) Renault Sport F1 Team 1:32.100s

13. Lance Stroll (CAN) Williams Martini Racing 1:32.307s

14. Carlos Sainz (ESP) Scuderia Toro Rosso 1:32.402s

15. Pierre Gasly (FRA) Scuderia Toro Rosso 1:32.558s

(Selepas Kelayakan 1)

16. Romain Grosjean (FRA) Haas F1 Team 1:33.308s

17. Kevin Magnussen (DEN) Haas F1 Team 1:33.434s

18. Pascal Wehrlein (GER) Sauber F1 Team 1:33.483s

19. Marcus Ericsson (SWE) Sauber F1 Team 1:33.970s

Sebastian Vettel (GER) Scuderia Ferrari - gagal menamatkan perlumbaan (DNF)



Sumber Hamilton raih petak utama pada GP Malaysia

Jangan sembunyi punca kematian, pinta kakak anggota TLDM

Isteri kepada salah seorang anggota TLDM yang meninggal dunia Mohd Baihaqy Nik Mat, Noor Bazlin Mohammad (dua, kiri) kelihatan sugul ketika menunggu jenazah suaminya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. — Foto BernamaIsteri kepada salah seorang anggota TLDM yang meninggal dunia Mohd Baihaqy Nik Mat, Noor Bazlin Mohammad (dua, kiri) kelihatan sugul ketika menunggu jenazah suaminya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. — Foto BernamaKOTA BARU, 30 Sept — Keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),  Allahyarham Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat mahu supaya kes kematiannya disiasat dengan rapi oleh pihak berkuasa.

Kakak Allahyarham, Nik Norliliwati, 44, yang reda dengan kejadian itu, mahu supaya penjelasan lebih terperinci diberikan kepada keluarganya.

“Sebagai umat Islam, kita menerima kematian itu dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah SWT, bagaimanapun kami sekeluarga mahu pihak berkuasa menjelaskan lebih terperinci punca kematiannya.

“Jika boleh jangan menyembunyikan apa-apa daripada keluarga kami,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Keranji, Pasir Tumboh, di sini, hari ini.

Nik Norliliwati berkata keluarganya mengetahui kematian adiknya yang berusia 28 tahun itu pada 6  petang semalam.

Beliau berkata kali terakhir adiknya itu berjumpa dengannya adalah pada Hari Raya Aidiladha lepas dan ada menyatakan hasrat mahu berhenti daripada perkhidmatan kerana menganggap badannya yang semakin berisi tidak lagi sesuai dengan kerjaya sebagai anggota TLDM.

“Saya menasihatkannya supaya bersabar kerana sudah berkhidmat lebih kurang 10 tahun dan beliau akhirnya akur.

“Selepas itu saya diberitahu beliau membatalkan hasrat itu selepas berjaya mengurangkan berat badan hasil dorongan seorang pegawainya, “ katanya.

Beliau berkata selain arwah adiknya itu, lima abangnya turut berkhidmat sebagai anggota tentera dan seorang anggota bomba.

Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan, Perak, semalam sebagai mati mengejut.

LK 1 PNK Nik Muhammad  Baihaqy, 28, dan LK I TLS Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia semasa ditahan di pusat tahanan itu. — Bernama



Sumber Jangan sembunyi punca kematian, pinta kakak anggota TLDM

Gagal potong lori, lelaki maut rempuh kereta

Penunggang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa lain hanya cedera ringan. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaPenunggang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa lain hanya cedera ringan. — Foto ihsan Facebook/Putera KaryaKUALA LUMPUR, 30 Sept — Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, Muhammad Nur Syazwan Mohd Zamri, 21, mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian, kereta yang dinaiki Muhazam Mohamad, 42, dan Wan Mohd Rozaini Wan Zol, 29, dari arah Rawang ke Batang Kali, bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi Muhammad Nur Syazwan selepas dia cuba memotong sebuah lori.

“Mangsa memasuki laluan bertentangan lalu melanggar kereta yang dinaiki Muhazam dan Wan Mohd Roziani di bahagian hadapan.

“Akibat kemalangan itu, Muhamad Nur Syazwan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua mangsa lain hanya cedera ringan,” katanya kepada Bernama.

Lim berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama



Sumber Gagal potong lori, lelaki maut rempuh kereta

Polis: Hidang arak, tiada permit pesta Jerman di Klang

Polis berkata arahan sudah dikeluarkan kerajaan bagi memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan. — Foto ReutersPolis berkata arahan sudah dikeluarkan kerajaan bagi memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan. — Foto ReutersSHAH ALAM, 30 Sept — Polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang dekat sini, pada 12 dan 13 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata ini kerana festival yang dinamakan ‘Centro German F&B Party’ itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan telah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti mana arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya.

“Polis sehingga kini juga belum menerima sebarang surat permohonan daripada penganjur dan sekiranya ada pihak mendakwa sudah dapat kelulusan, itu adalah surat kebenaran palsu,” kata Mazelan.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk membuat keputusan mengikut peraturan serta undang-undang sedia ada berhubung pesta arak atau minuman keras di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan negeri bagaimanapun berkata kerajaan negeri secara dasarnya menghormati proses demokrasi dan menghormati hak setiap rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama.

Sebelum ini, Majlis Perbandaran Klang dilapor telah meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman itu tetapi perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara selain perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa. — Bernama



Sumber Polis: Hidang arak, tiada permit pesta Jerman di Klang

“Dulu handsome dan sado, lepas 8 tahun suami saya dah macam orang utan, perut boroi kepala botak, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei!” – Isteri ini tanya apa nak buat

"Dulu handsome dan sado, lepas 8 tahun suami saya dah macam orang utan, perut boroi kepala botak, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei!" - Isteri ini tanya apa nak buat

“Dulu handsome dan sado, lepas 8 tahun suami saya dah macam orang utan, perut boroi kepala botak, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei!” – Isteri ini tanya apa nak buat

Selalu kita mendengar ada sesetengah lelaki bergelar suami selalu mengadu isteri mereka sudah tidak cantik seperti dulu. Siap membanding bezakan isteri sendiri dengan isteri orang lain yang juga sudah mempunyai ramai anak, tetapi masih mampu menjaga penampilan diri. 
Itu biasa. Yang tak biasa, bila isteri mengadu tentang suami yang sudah tidak seperti dulu, boroi, mulut berbau, kepala mulai botak tengah etc. Jarang dengar isteri berkata-kata demikian, tetapi jika suami confessor ini terbaca luahan isterinya ini? Pasti menangis dan berat rasa hati nak menerima hakikat luahan isterinya yang sudah lama terpendam itu. 
 
ADMIN dan semua pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT). Saya nak luahkan perasaan dan stress saya tentang suami saya ini. 
Masa mula-mula berkahwin, suami saya ini punyalah handsome ‘gile’. Bibir merah, badan sado, sedap mata memandang sehingga saya bangga bila keluar dengan dia walaupun saya adakalanya cemburu juga bila ada perempuan lain yang memandang-mandang dia. 
Tetapi selepas lapan tahun berkahwin (lapan tahun ye, bukan 15 tahun) dan dikurniakan empat orang anak, suami saya dah jadi macam orang hutan saja. Dengan perutnya sudah boroi, kepalanya sudah mula botak, sudahlah dahi dia luas seperti padang golf, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei! 
Bila saya tengok suami jiran walaupun anak mereka dah lima dan kahwin pun dah 20 tahun, tetapi masih kelihatan handsome. Bila dia keluar dengan anak dia, dah macam adik beradik pula saya tengok. 
Bukannya seperti suami saya yang serabai gile tak reti nak bergaya langsung. Nak keluar dengan dia pun saya malu. Nak bawa pergi kenal-kenal dengan kawan sekolah pun saya tak sanggup. 
Nak ‘bersama’ dengan suami, saya terpaksa bayangkan muka suami seperti suami jiran saya, baru saya boleh teransang pada suami sendiri. Kalau saya tak bayangkan begitu, saya cuma nampak babi saja di atas perut saya. 
Boleh semua makcik-makcik bawang dan pakcik-pakcik halia beri pandangan? Saya sudah puas menasihatkan suami saya ini, tetapi diabuat tak peduli saja. 
Apa perasaan anda wahai lelaki kalau ada isteri yang mengadu di page KRT seperti masalah saya ini? Sentap tak? Pengajarannya, susah nak jumpa seorang isteri yang menghina atau mengadu tentang bentuk fizikal suaminya. Jadi para suami ingat, jangan nak menghina isteri. 
Sekian dari saya. 
Via; TR


Sumber “Dulu handsome dan sado, lepas 8 tahun suami saya dah macam orang utan, perut boroi kepala botak, mulut pula berbau busuk, nak cium pun geli wei!” – Isteri ini tanya apa nak buat

Video dan gambar: “Banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam!” – Lelaki dedah perbuatan khianat di lorong kecemasan MEX

Video dan gambar: "Banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam!" - Lelaki dedah perbuatan khianat di lorong kecemasan MEX

Video dan gambar: “Banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam!” – Lelaki dedah perbuatan khianat di lorong kecemasan MEX

Kejadian khianat dan aniaya di lebuhraya pada penunggang motosikal, bukanlah perkara baru. Sudah banyak kes yang sama kita baca di media sosial di mana adanya individu-individu yang tidak bertanggungjawab tergamak menggunakan cara yang keji untuk meraih pendapatan sampingan. 

Tidak akan tenang dan tiada keberkatan hidup pada mereka yang sengaja menganiaya orang dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang. Kifarahnya pasti ada, cuma cepat atau lambat sahaja. Namun, doa seorang mangsa yang teraniaya itu sentiasa dimakbulkan OlehNya. 
ASSALAMUALAIKUM. Saja nak cerita-cerita. Biasalah saya pergi kerja di JUPEM, Kuala Lumpur. Hari-hari ulang alik pergi site di Kuala Lumpur. Hari ini site di Setapak, Kuala Lumpur. 
Masa nak pergi kerja, lalu Lebuhraya MEX. Hari ini memang banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam lagi di lorong kecemasan. Saya biarkan saja sebab dah lambat nak pergi ke site. 
Tiba-tiba tayar motosikal bocor terkena dawai. Adoi! Saya naik sampai Jalan Tun Razak untuk pam semula. Nasib baik ada cacing tayar di bawah seat motosikal. 
Hadoi, time gaji saja mesti banyak paku dan benda-benda tajam di MEX. Tayar bocor di lebuhraya ini dah banyak kali dah. Balik kerja, saya cuba kutip benda-benda itu dari Tol Salak Selatan sampai Exit Sri Kembangan. Nak lajak kutip dah tak boleh sebab pinggang sakit nak bongkok. Sakit pinggang belum pulih sepenuhnya. 


Boleh tahan banyak juga dawai, skru, besi. Agak-agak bocor tak kalau kena tayar? Lebih-lebih lagi kalau ada penunggang motosikal yang tengah laju tiba-tiba bocor. Kasihan kalau mereka yang menjadi mangsa aniaya ini terlibat pula dalam kemalangan. 
Kalau ada individu-individu yang tabur benda-benda seperti ini, saya harap individu itu insaf. Perkara yang dia buat ini boleh menyebabkan penunggang motosikal cedera atau hilang nyawa. Fikirlah pada keluarga mereka yang menjadi mangsa perbuatan khianat ini. 
Saya harap kawan-kawan semua berhati-hati lebih-lebih lagi bila tarikh gaji. Saya cuma mahu mengingatkan sahaja. 

Seperkara lagi, ada ke cara nak laporkan kegiatan khianat seperti ini pada pihak pengurusan Lebuhraya MEX? Biar mereka bersihkan lorong kecemasan. Atau anda ada apa-apa cadangan? 

#KitaRiderTiadaBeza
#Sama2KitaTolongMenolong
Tolong pesan pada kawan-kawan yang guna lalu Maju Express Highway berhati-hati ya. Assalamualaikum.
Sumber: Zul Mamu
Via: TR


Sumber Video dan gambar: “Banyak gila paku, skru, besi dan macam-macam!” – Lelaki dedah perbuatan khianat di lorong kecemasan MEX