Kamis, 31 Agustus 2017

Rahsia Aaron Jadi Jutawan Di Usia 24 Tahun Di Singapura

“SAYA tidak memikirkan tentang rancangan kegagalan. Jika fikir itu, saya tiada masa untuk maju ke hadapan.” Itulah kata-kata motivasi anak Muslim Singapura bernama Aaron Rylan Keder.

 

 

Rahsia Aaron Jadi Jutawan Di Usia 24 Tahun Di Singapura

Rahsia Aaron Jadi Jutawan Di Usia 24 Tahun Di Singapura

 

Kisah inspirasi kejayaan pemuda Melayu tempatan yang kini berusia 29 tahun itu dan pernah hidup susah menjual bertih jagung, mula menjadi tular di republik tersebut setelah menjadi jutawan pada usia seawal 24 tahun sahaja!

Aaron, adalah pemilik dua buah syarikat, ejen hartanah dan juga jurulatih motivasi, yang pernah menarik perhatian media tahun lalu apabila kereta Lamborghini miliknya menjadi sasaran aksi seorang penunggang basikal lasak.

Tidak dapat dinafikan, aura, gaya dan cara perbualan dirinya mudah membuat seseorang itu terpaku untuk terus mendengar dan menimba ilmu daripada kisah pengalaman peribadi beliau.

 

Apa tidaknya, beliau berjaya bergelar seorang jutawan pada usia muda sedang ramai rakan sebayanya baru mula bekerja. Ditambah pula dengan kejayaan serta kemewahan yang diraihnya setakat ini.

Jejaka bujang ini turut menjadi sumber inspirasi dan dorongan bagi ramai belia mahupun usahawan yang mahu mengikut jejak langkahnya dan menjadi seorang yang berjaya.

“Jika kebanyakan orang fikir rancangan kegagalan hingga lupa bergerak ke hadapan, saya rasa saya lebih banyak luang masa untuk berfikir tentang peluang sehingga terlupa memikirkan tentang kegagalan,” kongsi Aaron lagi.

Mendedahkan tentang cara pemikiran yang diamalkannya kepada agensi berita MediaCorp. yang pasti, matlamat pemilik syarikat Newash Facility Management dan syarikat reka bentuk ARK-hitecture ini adalah jelas!.

Beliau fokus untuk sentiasa cari peluang dan jana pendapatan. Malah, berbekalkan ilmu dalam bidang hartanah, Aaron turut memanfaatkannya untuk kukuh perniagaan bagi dua syarikat selain memastikan pendapatan terjamin.

“Sebagai seorang ejen hartanah, saya menyasarkan kepada pasaran khusus besar iaitu bagi hartanah berlaman sahaja (landed property), untuk membantu perniagaan saya selama ini.

“Ini kerana di akhirnya, saya tidak mahu menjadi seorang ejen. Matlamat utama saya adalah untuk memajukan bisnes saya dan membina sebuah empayar,”kongsinya, yang membuka bisnes Newash terlebih dahulu.

Memiliki sebuah syarikat pengurusan kemudahan dan raih pendapatan besar dari penjualan hartanah berlaman mungkin dapat memuaskan sesetengah pihak, tetapi tidak semudah itu bagi Aaron.

Beliau ternyata enggan berhenti setakat di situ. Bahkan, beliau bertindak untuk berkolaborasi dengan seorang rakan yang memiliki syarikat reka bentuk dalaman bagi memberikan khidmat kepada klien dalam bidang hartanah.

Bagaimanapun, Aaron akhirnya bertekad untuk membuka syarikat reka bentuk dalamannya sendiri meskipun tidak ada sebarang pengalaman, selepas berlaku apa yang didakwanya ketidakadilan dalam kolaborasi tersebut.

“Secara jujur, bidang ini bukanlah minat saya. Saya tidak gemar melukis dan saya bukan jenis teknikal. Tetapi ada peluang kerana pasaran ini kian luas dengan ada lebih banyak flat Bina-Ikut-Tempahan dan flat jualan semula.

“Dan dengan bisnes-bisnes di bawah naungan saya setakat ini, saya kini dapat melakukan semua khidmat langsung di bawah satu bumbung,” jelasnya, yang mempunyai sekitar 300 pekerja bagi kedua-dua syarikatnya.

Yang jelas, beliau berjaya maju setapak demi setapak untuk capai kejayaannya. Malah, kejayaan ‘bertahap’ itu juga dapat dilihat menerusi kereta Lamborghini Gallardo LP560 miliknya, iaitu kereta keenam yang dibelinya setakat ini.

Bermula dengan sebuah van Fiat Doblo, beliau kemudian menukar kepada kereta pertamanya, Mazda 3 dan beralih ke Toyota Silica, BMW Z4, Maserati Granturismo sebelum memiliki Lamborghini Gallardo Generasi Pertama.

Aaron memberitahu: “Saya menetapkan matlamat jangka 1 tahun enam bulan untuk tukar kereta. Jika saya mampu beli, saya akan beli sebagai ganjaran kepada diri saya sendiri,” katanya, yang membeli tanpa sebarang pinjaman.

Mustahil wang tidak sedikit sebanyak membawa kebahagiaan. Begitu juga yang dirasakan oleh Aaron sewaktu beliau menginjak dewasa. Bahkan, itu jugalah yang menjadi pendorong utamanya untuk terus berjaya ketika itu.

Namun, semakin beliau meningkat dewasa, Aaron kini lebih terdorong apabila melihat mereka yang lebih berjaya. Meskipun begitu, beliau kini lebih memberikan tumpuan kepada usaha menghulurkan bantuan kepada orang lain.

“Dahulu, saya terlalu memberikan tumpuan kepada urusan kerja sehingga terlupa pada mereka yang berada dalam kesukaran terutama dalam masyarakat setempat saya sendiri.

“Bahkan, pada bulan Ramadan lalu, saya mula tertanya-tanya, dengan semua kemewahan ini, adakah ia cukup bagi saya? Anda mungkin berfikir saya berasa gembira, tetapi tidak. Saya sedar kebendaan tidak membuat saya gembira.

“Dan sebagai seorang Muslim, saya yakin bahawa, lebih banyak kebaikan yang kita lakukan, lebih banyak keberkatan dari Allah. Dan apabila saya membantu orang lain dan melihat mereka tersenyum, saya berasa gembira.

“Jadi itulah matlamat sekarang. Saya tidak hanya mahu bergantung kepada kemewahan, tetapi mahu bantu orang lain dan harap mereka mendoakan saya, sementara saya terus bekerja keras capai apa saya inginkan,” kongsi Aaron.

Untuk rekod, beliau sendiri tidak pernah malu apabila bertugas sebagai seorang penjual bertih jagung dan tukang pembersih sebelum dikerah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) sewaktu zaman remaja dahulu.

Juga ingin membantu melatih para usahawan belia, Aaron turut berkongsi pendapat tentang cara untuk mengembangkan idea selain memberi panduan bagi memulakan bisnes baharu.

Antaranya adalah untuk mendapatkan geran pemerintah bagi syarikat pemula SME dan perbanyakkan bertanya serta mendapatkan bantuan daripada mereka yang terlibat dalam industri yang ingin diceburi itu.

“Selain itu, jangan membeli sesuatu di luar kemampuan anda. Elakkan pinjaman kerana ia boleh membebankan anda. Jika anda sudah mengembangkan bisnes, cari pelabur untuk memperluaskan portfolio anda.

“Juga sentiasa berasa terdorong. Jika anda berada dalam zon selesa, sudah tiba masa untuk anda keluar dan bergaul dengan mereka yang lebih berjaya bagi kongsi pendapat, tetapi usah lupa untuk pijak di bumi nyata,” katanya.

Aaron turut menasihati usahawan muda supaya jika boleh mengelakkan ada dua pemilik serentak dalam sesebuah syarikat tetapi pemilik tersebut digalakkan untuk berkolaborasi.

Beliau juga menekankan pentingnya mencari peluang untuk berkembang dengan sentiasa rajin membaca akhbar harian selain membuat lebih ramai rakan agar dapat melihat gambaran dunia yang lebih luas.

“Pendek kata, seperti yang dinasihatkan ibu saya – jangan pernah menaiki lif untuk elak naik tangga; sentiasa naik tangga itu setapak demi setapak,” katanya, yang turut ada hasrat untuk menceburi bisnes makanan suatu hari nanti.

Aaron turut gembira, prestasi masyarakat Islam Singapura kini semakin baik, dengan ada lebih ramai graduan dari universiti tempatan. Cara pemikiran masyarakat juga kian berubah dan ramai kalangan Melayu berani mencuba.

“Saya berasa gembira apabila melihat perubahan ini. Ia adalah suatu perubahan positif. Tetapi mereka kurang mendapat bimbingan bagi memulakan bisnes pada peringkat permulaan.

“Lantas, saya ingin bantu melatih dan menghubungkan mereka dengan pihak yang sewajarnya bagi memperluaskan idea dan perniagaan mereka,” katanya lagi.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Rahsia Aaron Jadi Jutawan Di Usia 24 Tahun Di Singapura

Selepas solat sunat Aidiladha, ramai orang berkumpul dan selfie bersama lembu di masjid

DISEBABKAN popularitinya, bukan hanya orang kenamaan menjadi perhatian ramai, malah lembu yang akan dikorbankan juga menarik minat.

 

Selepas solat sunat Aidiladha, ramai orang berkumpul dan selfie bersama lembu di masjid

Selepas solat sunat Aidiladha, ramai orang berkumpul dan selfie bersama lembu di masjid

 

 

Selesai melaksanakan solat Aidiladha, ramai orang berkumpul di depan salah seekor lembu yang disumbangkan Presiden Joko Widodo serta naibnya Jusf Kalla di Masjid Istiqlal, Jumaat.

Mereka berswafoto bersama lembu berkenaan.

Joko Widodo dan Jusuf masing-masing menyumbang dua ekor lembu untuk dikorbankan pada tahun ini.

 

Difahamkan kedua-dua lembu itu bukanlah daripada jenis biasa, sebaliknya baka yang baik dan memiliki badan yang sangat besar.

Malah ketika lembu itu dibawa ke tempat tambatan sementara jemaah masjid itu turut mengikutinya.

Sebahagian daripada mereka mengaku belum pernah melihat lembu sebesar itu.

Seorang pegawai masjid yang bertugas memberitahu lembu milik Jokowi itu seberat 1.5 tan, manakala lembu Jusuf kira-kira 1.3 tan.

Lembu itu dijangka disembelih bersama 27 yang lain serta 26 kambing kira-kira jam 4 petang ini.- Tribunnews.com

Sumber: Mstar



Sumber Selepas solat sunat Aidiladha, ramai orang berkumpul dan selfie bersama lembu di masjid

Mahu lihat sentiasa kemas dan bersih, peminat minta Fattah Amin jaga penampilan

PELAKON Fattah Amin memberitahu dia sangat mementingkan penampilan agar kelihatan sentiasa bersih dan kemas.

 

 

Mahu lihat sentiasa kemas dan bersih, peminat minta Fattah Amin jaga penampilan

Mahu lihat sentiasa kemas dan bersih, peminat minta Fattah Amin jaga penampilan

 

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 27, berkata, dia perlu menjaga imej dan aspek kebersihan dirinya kerana menyedari peminat sentiasa memerhati penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Sebagai selebriti, peminat akan memberi tumpuan kepada kecantikan luaran seperti penampilan dari hujung rambut hingga kaki.

“Sebab itu saya menitik beratkan aspek kekemasan dan kebersihan diri dan apa dilakukan untuk peminat dan klien produk sebab mereka akan lihat kita secara keseluruhan,” katanya kepada mStar Online.

 

Bagaimanapun pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu tidak pernah berasa terbeban dengan perkara itu sebaliknya menganggap ia adalah tanggungjawab apabila bergelar selebriti.

“Kadang-kadang ada peminat komen suruh saya potong rambut, tak suka lihat rambut saya panjang dan saya ambil komen itu untuk kebaikan saya juga. 

Fattah sentiasa mencari waktu untuk ke spa dan salon bagi menjaga penampilannya. Foto Instagram @fattahaminz. 

“Perkara ini dah kira seperti tanggungjawab apabila bergelar selebriti,” ujarnya.

Dalam kesibukan menjalani penggambaran drama, Fattah berkata dia akan cuba mencari masa untuk bekunjung ke spa dan salon untuk penjagaan diri.

Bagaimanapun kata Fattah, dia tidak mempunyai anggaran atau jumlah kos untuk penampilannya memandangkan dia duta untuk beberapa produk penjagaan diri.

“Kalau nak ikutkan saya memang sibuk dengan penggambaran drama, tiada masa untuk pergi ke spa dan salon.

“Tapi apabila ada waktu terluang, mesti saya akan pergi ke spa untuk buat merias kuku atau pun memotong rambut.

“Saya tak dapat nak anggar berapa kos habis untuk penjagaan diri. Saya banyak jadi duta untuk produk, jadi pakai yang sedia ada,” katanya.

Untuk rekod, Fattah merupakan duta dan jurucakap untuk lebih dari lapan produk kecantikan, antaranya Safi Men, Oli Candy dan terbaru Maydan.

Sumber: Mstar



Sumber Mahu lihat sentiasa kemas dan bersih, peminat minta Fattah Amin jaga penampilan

Persembahan dikritik hebat dan didakwa tak capai standard, Siti Nurhaliza minta Nana tak pedulikan apa kata netizen

KRITIKAN pedas yang dilemparkan netizen terhadap Siti Nordiana yang menyampaikan dua buah lagu milik Datuk Siti Nurhaliza pada malam penutup Sukan SEA 2017 (SEA2017) malam Rabu lalu mendapat perhatian penyanyi tersohor itu.

 

 

Persembahan dikritik hebat dan didakwa tak capai standard, Siti Nurhaliza minta Nana tak pedulikan apa kata netizen

Persembahan dikritik hebat dan didakwa tak capai standard, Siti Nurhaliza minta Nana tak pedulikan apa kata netizen

 

Siti menerusi kenyataan kepada mStar Online meminta agar Siti Nordiana atau Nana tidak mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan oleh netizen kerana baginya penyanyi itu telah memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu Cindai dan Lebih Indahmiliknya.

“Saya memuji usaha Nana menyampaikan dua buah lagu saya sewaktu acara penutup Sukan SEA pada malam Rabu lalu.

“Saya berharap agar Nana tidak mempedulikan apa yang dikatakan netizen kerana saya yakin, Nana sudah melakukan yang terbaik.

 

“Jika kita mahu mendengar kecaman dan kata-kata netizen, kita akan lemah dan terus lemah dan saya memahami tanggungjawab yang digalas oleh Nana dan saya berterima kasih kepada beliau,” katanya.

Nana dikritik oleh netizen yang menyifatkan dia tidak sesuai menyanyikan lagu milik Siti malah nyanyiannya pada malam itu tidak mencapai standard yang sepatutnya.

Persembahan Nana dikritik hebat oleh netizen.

Bekas juara program Gegar Vaganza itu bagaimanapun dalam satu kenyataan sebelum persembahan memohon maaf kepada peminat Siti sekiranya persembahannya tidak menepati citarasa mereka dan cuba menyampaikan dengan gayanya tersendiri.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia juga ada meminta kelab peminatnya Sitizone agar memberikan sokongan dan semangat kepada Nana malah mereka memberikan sokongan kepadanya.

“Saya sendiri di dalam laman Sitizone juga mengajak para peminat saya memberikan sokongan dan semangat kepada Nana.

“Mereka juga berterima kasih kepada Nana kerana sudi menyanyikan lagu Cindai dan Lebih Indah,” ujarnya.

Malah kata Siti, dia juga ada mengirimkan kata-kata semangat kepada Nana di Instagram sebelum acara penutup itu berlangsung.

“Saya tidak ada masalah mengenainya kerana saya yakin pasti ada kelebihan pada Nana dan penganjur atau pengarah muzik memilih beliau untuk menyampaikan lagu-lagu saya.

“Apabila beliau bersetuju dan bersedia menyanyikan lagu saya, beliau sudah menunaikan yang terbaik dari diri Nana,” katanya.\

Sumber: Mstar



Sumber Persembahan dikritik hebat dan didakwa tak capai standard, Siti Nurhaliza minta Nana tak pedulikan apa kata netizen

“Tindakan PAS bijak, Nanti apabila dia lihat (keadaan sesuai) mana dia nak lompat, dia akan lompat”

Ketika sebahagian besar parti pembangkang melihat PAS bakal berdepan malapetaka apabila kekal enggan memihak kepada mana-mana gabungan, ada pihak berpendapat parti itu memang bijak merangka strategi.

 

"Tindakan PAS bijak, Nanti apabila dia lihat (keadaan sesuai) mana dia nak lompat, dia akan lompat"

“Tindakan PAS bijak, Nanti apabila dia lihat (keadaan sesuai) mana dia nak lompat, dia akan lompat”

 

 

Dengan tindakan berdiam diri dan tidak membuat keputusan sama ada menyertai BN mahupun Pakatan Harapan (HARAPAN), penganalisis berkata, ia membuka peluang lebih besar buat PAS mencaturkan langkah yang menguntungkannya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Lt Kol Ahmad Ghazali Abu Hassan, berkata PAS ada peluang lebih besar untuk memilih pihak mana yang lebih menguntungkan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kalau saya ahli strategi PAS, saya akan kekal dalam keadaan sekarang – bersendirian dan biar peluang terbuka, lihat yang mana menguntungkan. Yang penting (PAS) nak menang.

“Kalau saya pucuk pimpinan PAS saya akan lihat keadaan dulu.

“Dalam keadaan sekarang PAS berada dalam keadaan betul, dia senyap dan lihat mana peluang yang besar.

“Nanti apabila dia lihat (keadaan sesuai) mana dia nak lompat, dia akan lompat,” katanya kepada Malaysiakini.

Ahmad yang juga Pengarah Pusat Pengajian Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa UPNM berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian sebahagian pemimpin PKR cuba memujuk PAS bersama pembangkang lain menghadapi BN pada PRU ke-14.

Namun PAS terus dilihat bertegas – dan sesekali mengeluarkan kenyataan berbentuk tamparan – kerana enggan menerima PKR.

Perkiraan diam-diam

Mengulas lanjut, pakar Pengajian Undang-undang Antarabangsa dan Pengajian Strategi itu berkata PAS juga seakan-akan cuba bermain tarik tali dalam isu mahu bekerjasama dengan Umno.

Keadaan itu, katanya, berlangsung tanpa PAS mengeluarkan kenyataan khusus mengenainya.

Ahmad Ghazali berkata sekiranya PAS menyertai HARAPAN, peluang pembangkang untuk menang memang lebih cerah memandangkan parti Islam itu mempunyai undi yang besar.

“Tidak ada yang mustahil dalam politik.

“Apa yang dilakukan oleh PKR bukan perkara baru, strategi HARAPAN begitulah.

“Kalau mereka dapat berbaik dengan PAS ia adalah perkara yang baik kerana dapat sokongan yang banyak,” katanya.

Bagaimanapun katanya PAS sedang mungkin sedang buat perkiraan dalam diam-diam sama ada mahu berbaik dengan HARAPAN atau BN.

“Kalau kita nak tengok dari segi strategi politik, itu memang tindakan rasional,” katanya.

Ketepi ego

Penganalisis politik Dr Mohd Atory Hussain pula berkata, PAS seharusnya membuat keputusan muktamad secepat mungkin sama ada mahu menyertai HARAPAN, BN atau bersendirian memandangkan PRU ke-14 makin hampir.

“Banyak pilihan dia boleh buat, cuma pilih satu sahaja sebelum PRU ke-14,” kata bekas Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Sekiranya PAS mahu berbaik dengan PKR, katanya, parti itu tidak seharusnya meletakkan pelbagai syarat seperti menolak sebarang hubungan dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.

“Tindakan berbaik dengan PAS menguntungkan PKR namun secara praktikalnya sukar untuk dilaksanakan kerana syarat-syarat PAS banyak.

“Sebab PAS akan minta PKR jangan berkawan dengan AMANAH dan DAP, jadi rumit sangat. Jadi macam mana senario politik Malaysia ini jangan letak banyak syarat,” katanya.

Mohd Atory turut berkata, PAS harus membuat keputusan dengan mengetepikan egonya sekiranya mahu menyertai HARAPAN.

“Saya nampak HARAPAN juga dah terdesak nak meyakinkan rakyat daripada melayan flip flop pemimpin PAS. PAS kena pilih satu pihak sahaja.

“Kalau PAS nak masuk HARAPAN, dia kena bagi tahu kerusi mana dia nak, berunding. Takkan lah tak dapat kerusi,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

 



Sumber “Tindakan PAS bijak, Nanti apabila dia lihat (keadaan sesuai) mana dia nak lompat, dia akan lompat”

Pakatan Harapan tutup pintu kerjasama dengan PAS, BN berpeluang dapatkan semula dua per tiga majoriti parlimen

Dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) secara rasminya menutup pintu kerjasama dengan PAS, penganalisis politik berkata BN berpeluang mendapatkan semula dua per tiga majoriti parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut penganalisis politik, ini kerana undi pembangkang akan dipecahkan melalui pertembungan tiga penjuru.

BN yang kini menguasai 134 daripada 222 kerusi parlimen, hanya memerlukan 14 kerusi tamabahan untuk memenangi semula dua per tiga majoriti daripada 148 kerusi.

Dalam senario yang menyaksikan BN, HARAPAN dan PAS bertembung tiga penjuru, kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang dengan majoriti kecil yang kurang daripada 3,000 undi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan mudah jatuh ke tangan ke BN.

“Perkara ini sangat mungkin terjadi di kerusi majoritu Melayu dan kerusi campuran,” kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan & Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Pertembungan tiga penjuru akan menyebabkan HARAPAN hilang undi yang diraih oleh PAS, sementara parti itu akan hilang sejumlah undi bukan Melayu, kata Mustafa.

Berdasarkan keputusan PRU ke-13 menunjukkan pembangkang memenangi 16 kerusi dengan majoriti kecil yang kurang daripada 3,000 undi. Tiga belas daripada 16 kerusi itu adalah kerusi Melayu dan kerusi campuran.

Peluang cerah BN

PKR memegang lima daripada 16 kerusi berkenaan: Alor Setar, Lembah Pantai, Batu Pahat, Telok Kemang dan Sungai Siput (yang turut ditandingi PSM dengan tiket PKR).

DAP pula memegang empat kerusi berkenaan: Raub, Sarikei, Sibu, dan Sandakan. Hanya Raub yang merupakan kerusi campuran, dengan 50 peratus majoriti Melayu. Selebihnya adalah kerusi Cina atau kerusi campuran dengan majoriti Cina.

Sementara Parti Amanah Negara (AMANAH) memegang dua kerusi yang dimaksudkan – Kuala Krai dan Sepang. Dalam masa sama PAS menguasai lima kerusi seumpamanya: Bachok, Kuala Nerus, Bukit Gantang, Temerloh dan Pasir Puteh.

Mustafa juga berkata, pengundi Cina masih lagi berdiri teguh di belakang DAP sementara pengundi di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.

Jika MCA, Gerakan dan MIC gagal meraih undi bukan Melayu, katanya, peluang BN untuk memenangi semula dua per tiga majoriti parlimen akan terjejas.

Beliau berkata Presiden Parti warisan Sabah Shafie Apdal, yang keluar Umno pada Julai 2016, tidak akan beri kesan ketara di Sabah.

“Pengaruh beliau terhad di pantai timur negeri itu, terutama di kawasannya di Semporna. Beliau mungkin mempunyai pengaruh di dua atau tiga lagi kerusi.

“Shafie mungkin mendapat sokongan pengundi Cina ekoran hubungannya dengan DAP, namun beliau tidak popular di kalangan komuniti Kadazandusun kerana mempunyai sejarah dengan Usno (United Sabah National Organisation),” katanya.

Shafie memulakan kerjaya politik di Usno, sebuah parti yang memerintah Sabah dari 1967 sehingga 1975. Parti itu dibubarkan pada 1995 dan Umno Sabah kebanyakannya terdiri daripada bekas pemimpin Usno.

Tsunami Melayu

“Sarawak agak selamat untuk BN kerana faktor Adenan Satem masih dirasakan dan penerusnya, Abang Johari Abang Openg melakukan tugas yang baik,” kata Mustafa.

Bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mustafa berkata parti itu yang dipimpin oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kemungkinan hanya memberi pengaruh di Kedah.

Walaupun bersetuju Parti Warisan Sabah dan BERSATU mungkin menyebabkan pertukaran undi di kalangan penyokong BN kepada pembangkang, beliau berkata pertukaran undi itu tidak cukup untuk mengimbangi kesan daripada pertembungan tiga penjuru

Sependapat dalam hal ini, penganalisis politik Tang Ah Chai berkata Mahathir dan kumpulannya mengadakan jelajah seluruh negara selepas BERSATU ditubuhkan pada September 2016.

“Jika dibandingkan dengan reformasi Anwar Ibrahim, yang menarik golongan profesional, elit dan pelajar, Mahathir menyasarkan golongan akar umbi Melayu dan penduduk Felda,” kata Tang (gambar).

“Beliau cuba mewujudkan tsunami Melayu di kawasan ini, tapi saya masih tidak merasakan melihat hasilnya.

“Tsunami Melayu menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli politik Melayu. Anda dapat lihat BN sangat berhati-hati… dan BN sediakan ganjaran (insentif sebanyak RM1.6 bilion) kepada penduduk Felda (pada 23 Julai),” katanya.

Tang berkata, perpecahan dalaman PKR akibat percanggahan pendapat tentang kerjasama dengan PAS adalah sesuatu yang PKR, dan anggota HARAPAN dan PAS perlu selesaikan sebelum pilihan raya.

“BN akan memperoleh manfaat jika pembangkang terus berpecah,” katanya dan menambah, pertembungan tiga penjuru antara BN, HARAPAN dan PAS dan pergeseran dalaman pembangkang akan memudahkan BN memenangi semula dua per tiga majoritu parlimen dalam PRU akan datang.

 

Sumber: MK



Sumber Pakatan Harapan tutup pintu kerjasama dengan PAS, BN berpeluang dapatkan semula dua per tiga majoriti parlimen

Budak nahas angkara bapa berebut dengan ibu kini kritikal

asd

Kanak-kanak berusia lima tahun yang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Jalan Anak Bukit di sini semalam selepas tindakan bapa mangsa menghimpit kereta dipandu bekas isterinya, masih tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kanak-kanak yang kini dirawat di wad penjagaan rapi pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah itu mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan patah tiga tulang rusuk kanan hingga menyebabkan paru-paru kanannya cedera.

“Kanak-kanak tersebut turut mengalami luka koyakan pada pergelangan tangan kanan serta kesan luka di muka, kedua-dua anggota tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Yazri Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila Jafrul Nizam Jaafar, 38, yang memandu Perodua Myvi mengejar dan menghimpit kereta Perodua Myvi dipandu bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, yang turut dinaiki anak lelaki mereka.

Akibat himpitan itu, kereta Marziana terbabas dan melanggar sebatang pokok di atas pembahagi jalan manakala kereta Jafrul Nizam pula hilang kawalan lalu melanggar Proton Saga yang dipandu seorang anggota tentera, Faizal Baharom, 36.

Difahamkan sebelum kejadian itu, Jafrul Nizam dipercayai bergaduh dengan bekas isterinya itu berhubung hak penjagaan anak mereka.

Dr Norhizan berkata, ibu kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta patah tulang tangan kanan antara siku dengan pergelangan tangan sudah pun sedar dan berada dalam keadaan stabil.

“Bapa kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk dan dia dalam keadaan sedar serta stabil namun dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut.

“Faizal dalam keadaan sedar dan stabil dan dia mengalami patah serta keretakan pada tulang di bahagian muka,” katanya.- Bernama

 Sumber: Sinar Harian


Sumber Budak nahas angkara bapa berebut dengan ibu kini kritikal

Kisah sebenar di sebalik video Rohingya ‘merusuh’

Kisah sebenar di sebalik video Rohingya 'merusuh'

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menafikan berlaku rusuhan membabitkan sekumpulan warga Rohingya di sekitar Kuala Lumpur seperti rakaman video yang tular sejak semalam.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa dan tidak benar sama sekali.

“Saya ingin perbetulkan ini adalah cerita yang salah, mereka (Rohingya) telah datang untuk menyokong penyerahan memorandum di Kedutaan Myanmar bagi membantah tindakan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

“Mereka hadir atas inisiatif sendiri. Oleh kerana mereka biasa berhimpun di Tabung Haji, jadi di situ pihak keselamatan mempersoalkan kedatangan  mereka,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Katanya lagi, warga Rohingya datang berkumpul semalam hanya untuk menyatakan solidariti dan tanda sokongan buat NGO di Malaysia yang mengambil inisiatif untuk membantah tindakan Myanmar terhadap etnik tertindas itu.

“Tuduhan kata kecoh itu tidak betul. Mereka hanya datang menyokong bantahan kepada Myanmar yang menindas bangsa mereka di sana,” katanya.

Semalam tular di media sosial yang mendakwa sekumpulan warga Rohingya membuat kecoh di sekitar Kuala Lumpur, sehinggakan didakwa telah menyusahkan sebahagian perjalanan rakyat tempatan.

Terdahulu, satu memorandum yang dipersetujui 33 NGO diserahkan kepada Kedutaan Myanmar, sebagai bantahan berhubung penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Difahamkan 3,000 warga Rohingya di negara ini berkumpul di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menyertai penyerahan memorandum kepada Kedutaan Myanmar kerana tiada kebenaran daripada polis.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Kisah sebenar di sebalik video Rohingya ‘merusuh’

“Saya puji Nana nyanyi lagu saya, jangan peduli apa kata netizen” – Siti Nurhaliza

KRITIKAN pedas yang dilemparkan netizen terhadap Siti Nordiana yang menyampaikan dua buah lagu milik Datuk Siti Nurhaliza pada malam penutup Sukan SEA 2017 (SEA2017) malam Rabu lalu mendapat perhatian penyanyi tersohor itu.

Siti menerusi kenyataan kepada mStar Online meminta agar Siti Nordiana atau Nana tidak mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan oleh netizen kerana baginya penyanyi itu telah memberikan persembahan yang terbaik menerusi lagu Cindai dan Lebih Indah miliknya.

“Saya memuji usaha Nana menyampaikan dua buah lagu saya sewaktu acara penutup Sukan SEA pada malam Rabu lalu.

“Saya berharap agar Nana tidak mempedulikan apa yang dikatakan netizen kerana saya yakin, Nana sudah melakukan yang terbaik.

“Jika kita mahu mendengar kecaman dan kata-kata netizen, kita akan lemah dan terus lemah dan saya memahami tanggungjawab yang digalas oleh Nana dan saya berterima kasih kepada beliau,” katanya.

Nana dikritik oleh netizen yang menyifatkan dia tidak sesuai menyanyikan lagu milik Siti malah nyanyiannya pada malam itu tidak mencapai standard yang sepatutnya.

 

Bekas juara program Gegar Vaganza itu bagaimanapun dalam satu kenyataan sebelum persembahan memohon maaf kepada peminat Siti sekiranya persembahannya tidak menepati citarasa mereka dan cuba menyampaikan dengan gayanya tersendiri.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia juga ada meminta kelab peminatnya Sitizone agar memberikan sokongan dan semangat kepada Nana malah mereka memberikan sokongan kepadanya.

“Saya sendiri di dalam laman Sitizone juga mengajak para peminat saya memberikan sokongan dan semangat kepada Nana.

“Mereka juga berterima kasih kepada Nana kerana sudi menyanyikan lagu Cindai dan Lebih Indah,” ujarnya.

Malah kata Siti, dia juga ada mengirimkan kata-kata semangat kepada Nana di Instagram sebelum acara penutup itu berlangsung.

“Saya tidak ada masalah mengenainya kerana saya yakin pasti ada kelebihan pada Nana dan penganjur atau pengarah muzik memilih beliau untuk menyampaikan lagu-lagu saya.

“Apabila beliau bersetuju dan bersedia menyanyikan lagu saya, beliau sudah menunaikan yang terbaik dari diri Nana,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya puji Nana nyanyi lagu saya, jangan peduli apa kata netizen” – Siti Nurhaliza

“Sebatan pertama sangat sakit, kulit punggung terkoyak, belum sempat rayu tangguh, sebatan kedua menyapa di tempat sama” – Ameng

Ameng Spring disambut isterinya Sabariah Zakariah dan anak Wan Amnar Haikal sebaik dibebaskan dari Penjara Kluang, 14 Jun 2016. ― Foto Bernama

Penyanyi Ameng menyingkap kembali bagaimana al-Quran mengubah hidupnya menjadi lebih bererti.

Ameng, nama popular Wan Aminuddin Wan Ismail, berkata pengalaman lapan tahun di penjara menjadikannya semakin dekat dengan kitab suci itu.

“Bermula di dalam penjara, al-Quran jadi teman sejati saya. Setiap masa saya berdamping dengan al-Quran sebagai pengubat jiwa.

“Masa itu saya rasa tertekan kerana rindukan keluarga dan hadapi kesulitan hidup terpenjara. Dengan al-Quran, kualiti hidup saya jauh lebih baik.

“Apa yang dilakukan di penjara, saya bawa keluar seperti bangun seawal jam 3 pagi. Saya bersolat tahajud, taubat, istikharah dan membaca al-Quran.

“Hidup saya paling berkualiti adalah di penjara kerana bebas daripada perkara maksiat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Penyanyi “Sejiwa” berkata demikian dalam satu perkongsian yang diadakan di Shah Alam minggu lalu.

Ameng, 49, turut terkenang kepedihan menerima lapan sebatan ketika menjalani hukuman penjara.

“Sebatan pertama sudah cukup untuk membuatkan kulit punggung saya terkoyak. Kesakitan yang amat sangat terasa seluruh badan.

“Belum pun sempat merayu untuk tangguhkan sebatan kedua, sebatan kedua menyapa semula di tempat yang sama.

“Pada masa itu, saya rasa bagaikan mahu mati. Sebaik sahaja saya dilepaskan daripada ikatan tali, tubuh terus rebah ke lantai yang dibasahi darah.

“Saya minta dibawa ke hospital untuk dapatkan rawatan, tapi pegawai memberitahu  kecederaan dialami itu perlu sembuh dengan sendiri,” katanya.

Sumber: Projek MMO



Sumber “Sebatan pertama sangat sakit, kulit punggung terkoyak, belum sempat rayu tangguh, sebatan kedua menyapa di tempat sama” – Ameng

“Buat visa $100 pun tak sampai tapi dia tapau sampai $4500, Dan disebabkan itulah aku panggil dia ‘jubake syaiton'”

"Buat visa $100 pun tak sampai tapi dia tapau sampai $4500, Dan disebabkan itulah aku panggil dia 'jubake syaiton'"

“Buat visa $100 pun tak sampai tapi dia tapau sampai $4500, Dan disebabkan itulah aku panggil dia ‘jubake syaiton'”

Dek kurang pengetahuan bila berada di tempat orang, lelaki ini juga turut menjadi mangsa seorang rakyat Malaysia di Australia, yang mengambil kesempatan mengenakan caj beribu ringgit untuk membantu membuat visa. Namun, setelah diselidik, rupanya caj sebenar tidak sampai $100. 
Justeru, rakyat Malaysia yang berada di luar negara diminta berhati-hati dan ambil tahu perkara-perkara penting seperti ini bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa individu yang suka mengambil untung secara haram ini. 

 FAKTA: AMBIL UPAH BUAT VISA $4,500 (RM15,000) SATU KEPALA. DI SINI RAMAI MELAYU MAKAN MELAYU.

 
ASSALAMUALAIKUM. Ini cerita masa aku pertama kali aku datang ke Australia dan aku nak cerita tentang visa. Dulu aku duduk di rumah si polan yang ambil upah buat visa yang mana dia kenakan caj AUS$4,500 (RM15,000). Aku follow dia sebab aku tak tahu apa-apa tentang Australia. Tahap bahasa inggeris aku pun broken. 
Visa di Australia yang aku buat ini, $100 pun tak sampai harganya. Tetapi dia ‘tapau’ sampai $4,500. Dan disebabkan itulah aku panggil dia ‘jubake syaiton’. 
Tetapi tak apalah, benda pun dah lepas. Namun duit aku yang dimakan oleh dia, aku haramkan untuk dia dan keluarga dia. 
Di sini, ramai Melayu yang makan bangsa Melayu itu sendiri atau Melayu tikam belakang. Jadi berhati-hatilah. 
Visa di depan aku ini untuk tujuh orang. Kalau caj $4,500 satu kepala aku kenakan, jumlah keseluruhan yang aku dapat adalah $31,500 (RM100,000). Esok juga boleh pulang ke Malaysia sebab aku dah kaya. Hahaha! 
Tetapi aku tidak sekejam itu. Aku tolong sesiapa saja mengikut takat kemampuan aku sahaja. Yang tak mampu, kita tanggung bersama-sama. 
Semoga murah rezeki kepada orang yang nak mencari rezeki di sini. Semoga dijauhi dari manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan terhadap bangsa sendiri. 
Kepada pengkhianat, berbahagialah kamu di dunia ini. 
Gambar (hadap laptop) ini acah-acah saja. Budak pondok mana pandai main laptop. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin. Sharelah kalau nak share. Biar pengkhianat itu nampak muka aku. 
Musafir Seorang Pemuda
Melbourne, Victoria, Australia
27 Ogos 2017
Sumber: TR


Sumber “Buat visa $100 pun tak sampai tapi dia tapau sampai $4500, Dan disebabkan itulah aku panggil dia ‘jubake syaiton'”

Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

KUALA LUMPUR, 31 Ogos ― Seorang bapa tidak mempedulikan kecaman selepas mendedahkan anak gadisnya terlibat sebagai pelayan pusat hiburan.

 

 

Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

 

Datuk Shamsubahrin Ismail sanggup membuat aduan kepada jabatan agama Islam di sini semalam demi “memerangi habis-habisan maksiat”, lapor Harian Metro.

“Saya tahu ramai mengecam tindakan saya mendedahkan perilaku anak sendiri yang dikatakan memalukan ini namun sudah lama saya memberi peluang kepada dia, tetapi tidak diendahkan,” katanya.

“Malah saya turut menerima mesej daripada rakan anak yang mengatakan tindakan diambil memalukan anak sendiri, tetapi saya tidak peduli kerana demi anak gadis Islam di negara ini saya sanggup berjuang habis-habisan melawan maksiat.”

Anaknya, yang tidak dinamakan, dilaporkan terlibat sebagai “duta kelab”, nama lain bagi pegawai hubungan pelanggan (GRO) di kelab-kelab malam.

Shamsubahrin, ahli perniagaan yang sebelum ini dikenali aktif bersama persatuan teksi, berkata beliau akan “menggempur” beberapa jabatan lain dalam usahanya itu.

“Saya sudah ‘kehilangan’ anak gadis yang memilih jalan hidupnya sendiri. Saya tidak mahu ibu bapa lain juga menerima nasib yang sama,” katanya.

Akhbar itu sebelumnya melaporkan gadis 20 tahun itu berhenti belajar setelah tertarik dengan kegiatan tersebut yang menawarkan gaji lumayan.

Sumber: Malay Mail



Sumber Walaupun dikecam tapi demi perangi maksiat, Datuk Shamsubahrin dedah anak jadi GRO

Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

JOHOR BARU, 31 Ogos — Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang lelaki ketika sedang memotong daging di kedainya di kawasan perniagaan Felda Chemplak, Labis, dekat Segamat, hari ini.

 

Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

 

 

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Radzi  Jamaludin, 40, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Labis semasa menerima rawatan.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan suspek yang berusia 45 tahun di sebuah rumah di Jalan Bahagia, Felda sama.

Kejadian kira-kira 7.30 pagi tadi itu berlaku selepas suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Kris ke kedai mangsa, tiba-tiba menuju ke arah belakang mangsa sambil membawa parang panjang berukuran kira-kira 95 cm dan bertindak menetak leher kiri mangsa.

“Mangsa cuba menahan tetakan terbabit dengan menggunakan tangan kirinya sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya.

Adik ipar, penduduk kampung serta pekerja mangsa kemudiannya membawanya ke Klinik Kesihatan sebelum disahkan meninggalkan dunia.

Raub berkata mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat.

Selain parang panjang berhulu kelabu yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa, sebuah kereta dan motosikal milik suspek turut dirampas, kata beliau.

Bagaimanapun motif kejadian masih disiasat. — Bernama

Via: Malay Mail



Sumber Lepas polis, peniaga daging pula maut ditetak ketika sedang memotong daging di kedainya

“Saya nak benih dari bekas teman lelaki saya itu sebab dia handsome” – Luahan seorang isteri yang rasa dirinya malang dapat suami mandul dan tak handsome

"Saya nak benih dari bekas teman lelaki saya itu sebab dia handsome" - Luahan seorang isteri yang rasa dirinya malang dapat suami mandul dan tak handsome

“Saya nak benih dari bekas teman lelaki saya itu sebab dia handsome” – Luahan seorang isteri yang rasa dirinya malang dapat suami mandul dan tak handsome

Sudah empat tahun berlalu, namun di fikirannya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya yang sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Sementara itu, dia berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihannya dan terpaksa menerima lelaki itu kerana atas faktornya sudah lanjut usia. 

Kini, dia mahu berusaha mendapatkan semula bekas teman lelakinya itu biar apa caranya sekalipun. Yang penting, dia mahukan benih dari lelaki itu kerana dia juga mengimpikan mempunyai anak-anak yang comel. 

 FAKTA: “Jangan kata saya yang mandul sebab sebelum ini saya pernah mengandung bila terlanjur dengan lelaki lain tetapi terpaksa digugurkan sebab jantan itu tak mahu bertanggungjawab”

CONFESSION:

Hi admin, tolong hide profile saya ye. Saya nak tanya pendapat semua di sini. Saya perempuan sudah kahwin selama empat tahun dan belum mempunyai anak. Kisahnya sebelum saya berkahwin dengan suami saya ini, saya pernah bercinta dengan seorang lelaki ini yang kategori handsome, tinggi, hidung mancung.

Dia duduk satu daerah dengan saya. Dia boleh menerima saya walaupun dia tahu saya pernah terlanjur dengan orang lain sebelum dia. Apa yang membosankan ialah, dia ini rajin bekerja. Kalau saya ajak dia keluar ke apa, memang susah sangat. Saya ajak dia check in pun susah. Jadi saya terpaksa mencari skandal lain dan terkantoi pula bila dia terjumpa saya sedang berjalan dengan lelaki lain. Dia terus meninggalkan saya begitu saja. Kejam kan?

Selepas setahun, saya mendapat tahu dia dah ada teman wanita baru. Memang saya sakit hati sangat. Saya stalk dia untuk mencari siapa teman wanita barunya itu. Bila dapat tahu saja Facebook perempuan itu, terus saya mesej perempuan itu dan beritahu bekas teman lelaki saya itu adalah lelaki jahat dan suka main perempuan, serta bermacam-macam lagi tuduhan yang saya lemparkan. Tetapi perempuan itu tak percaya pula. Lagi bertambah sakit hati saya.

Saya mesej pula bekas teman lelaki dan kata teman wanita baharunya itu bukanlah perempuan yang baik-baik, tetapi bohsia. Tetapi dia tidak percaya juga. Saya jadi geram sangat-sangat. Tak ada cara yang dapat saya lakukan untuk memisahkan mereka. 
Masa pun berlalu dan mereka pun bertunang dan bila saya dapat tahu semua itu, bertambah sakit hati saya dibuatnya. 
Tidak beberapa lama selepas itu, saya ada mengenali seorang lelaki ini yang perwatakannya tidak handsome, berkulit hitam, pendek kata memang tidak sepadan dengan saya yang cantik dan berkulit putih ini. Namun, memandangkan umur sudah meningkat, jadi saya menerima saja lamaran dia. 

Selepas setahun bekas teman lelaki berkahwin, saya masih lagi belum dapat nak melupakan dia sebab bagi saya, dia handsome dan sepadan dengan saya. Selepas itu saya paksa si hitam ini berkahwin dengan saya secepat mungkin. Dia ikut saja. Yelah kan, orang tak handsome tiba-tiba dari teman wanita yang cantik, memang dia tergila-gilakan sayalah. Lagipun dia kerja kerajaan dan selalu berikan apa saja yang saya mahukan. 

Kami berkahwin pada tahun yang sama dengan bekas teman lelaki saya berkahwin. Sekarang dah empat tahun berlalu, bekas teman lelaki saya itu sudah ada dua orang anak. Sepasang, comel-comel pula. Saya tak habis lagi sakit hati disebabkan peristiwa dulu dan bertambah lagilah sakit hati.
Saya rasa saya bernasib malang berkahwin dengan lelaki yang tak handsome, mandul pula orangnya. Jangan kata saya yang mandul sebab sebelum ini saya pernah mengandung bila terlanjur dengan lelaki lain tetapi terpaksa digugurkan sebab jantan itu tak mahu bertanggungjawab. 

Saya sakit hati bila tengok kehidupan bekas teman lelaki saya dengan isterinya itu bahagia. Sungguh ia menganggu fikiran saya. Sekarang ini, saya memang tak lalu nak tengok suami, langsung tak ada selera nak bersama dengannya sehingga saya terpaksa mencari skandal lain di luar. Suami tak tahu sebab dia bodoh tergila-gilakan saya. 

Saya tetap mahukan bekas teman lelaki saya itu. Macam mana saya nak buat dia ceraikan betina yang tak guna itu? Kalau tak nak cerai pun, skandal pun jadilah. Saya nak benih dari bekas teman lelaki saya itu sebab dia handsome. Saya nak anak-anak saya comel seperti anak-anak dia. 
Boleh tak bagi pendapat? Jangan nak kecam-kecam atau komen baik-baik suruh hargai suami saya pula sebab dia memang tidak patut dapat saya pun. Terima kasih semua. Untuk yang kecam-kecam itu, kisah pula aku? Kau muka tak lawa, ada hati nak kecam orang? Sila meninggal.
Sumber: Kisah Rumah Tangga (KRT)
Via: TR


Sumber “Saya nak benih dari bekas teman lelaki saya itu sebab dia handsome” – Luahan seorang isteri yang rasa dirinya malang dapat suami mandul dan tak handsome

‘Kalau awak pukul dan tampar saya lagi, jatuh talak’ – Suami menangis enggan bercerai selepas tertampar isteri

'Kalau awak pukul dan tampar saya lagi, jatuh talak' - Suami menangis enggan bercerai selepas tertampar isteri

‘Kalau awak pukul dan tampar saya lagi, jatuh talak’ – Suami menangis enggan bercerai selepas tertampar isteri

Sejak dari awal perkahwinan lagi, confessor mengaku bahawa dia telah menzalimi isterinya sama ada dari fizikal ataupun mental. Perkahwinan yang sepatut bahagia bertukar menjadi derita kerana confessor jelas sekali mementingkan keutamaan dirinya berbanding tanggungjawab sebagai ketua keluarga. 

Meskipun diperlakukan seperti itu, si isteri masih tabah dan bersabar dengan perangai suaminya. Malah dia juga berusaha membantu suaminya mendapat kerja. Biarpun begitu, usahanya hanya dihargai seketika apabila suaminya mula leka dan kembali buat perangai sehinggalah satu hari…

 FAKTA: “Ibu kata isteri saja nak makan kway tiaw. Saya terus tampar muka isteri kerana menyangka dia saja nak kuli-kulikan saya…”
DARI CONFESSOR:
Saya seorang suami dan bapa kepada tiga orang anak. Sejak dari awal perkahwinan, saya memang kaki pukul isteri. Saya malas bekerja, asyik melepak, mak pula memang tak marah langsung saya tak kerja selama ini. 
Saya mengaku saya pernah belasah isteri semasa dia berada dalam pantang. Saya paksa dia untuk ‘bersama’ dengan saya sewaktu dia masih berada dalam pantang. Saya juga telah berkali-kali menceraikan dia sebab saya nampak salah dia saja. Apa saja yang keluarga saya kata tentang isteri, saya akan percaya bulat-bulat dan akan terus pukul isteri saya. 
Semasa isteri saya mengandung, isteri mengalami demam panas. Dia beritahu saya tetapi saya buat tak tahu saja dan saya terus sambung tidur. Saya memang tak kerja, isteri yang akan pergi pinjam duit dari mak dan ayah mertua saya. 

Pada satu hari, isteri saya mengidam nak makan mee kway tiaw kerang. Saya beritahu mak saya tentang kemahuan isteri, mak kata isteri saya saja nak makan makanan itu. Jadi, saya bagi penampar pada isteri sebab ingat dia saja nak kuli-kulikan saya. 

Mak juga suruh saya balik tinggal bersama mereka. Bila isteri saya bersalin, memang saya duduk di rumah mak. Isteri saya tak ada tempat tinggal pada masa itu. Jadi dia balik ke rumah mak dan ayah dia. 
Saya kalau dah tak tahan, memang saya akan pancing dia berjumpa dengan saya. Alasan saya nak tengok anak. Padahal masa itu saya memang tak suka pun anak itu. Mak dan bapa saya kata mungkin masa saya tak ada, isteri saya berzina dengan lelaki lain. 
Isteri saya berniaga kecil-kecilan seperti cupcakes, pavlova dan kami masih duduk berasingan. Kisah pula saya? 
Tiba-tiba saya mendapat panggilan dari satu syarikatu ntuk datang temuduga. Saya pergi, rupanya isteri saya yang bersusah payah menghantar resume saya ke sana sini nak suruh kerja. Akhirnya saya dapat kerja. Jadi saya sewa rumah lain, ajak isteri pindah dan dia gembira sangat-sangat. 
Tetapi saya bertambah bongkak apabila mendapat gaji yang agak lumayan. Saya bagi nafkah pada mak tetapi pada isteri saya tak bagi pun. Sebab mak kata kalau nak hulur pada perempuan itu, bagi RM50 sahaja. Sebab perempuan itu tak kerja dan makannya saya yang tanggung. 

Meskipun mak kata bagi RM50, saya tak bagi satu sen pun. Saya cuma beri perbelanjaan untuk beli pampers dan susu anak sahaja. Saya tak beli apa-apa untuk isteri dan anak. Tetapi pada anak-anak buah, saya belikan jajan dan macam-macam. Isteri adakalanya menjawab juga, akibatnya dia dibelasah oleh saya. 

Masuk pula ipar baru dalam keluarga saya. Adik ipar ini isteri kepada adik saya, kuat menghasut mak dan bapa saya. Sekali dengan saya pun adik-beradik saya tak suka sekarang. Jatuh bangun saya, isteri ada bersama saya. Saya pernah mengherdik dia, 
“Kau dahlah tak kerja, tak pernah ada duit. Kalau aku ceraikan kau, memang tak ada orang nak!” 
Sekarang, saya dibuang kerja disebabkan masalah kedatangan. Isteri saya pandai berniaga, meletup! Dan kini saya dah tak pukul dia seperti dia. Malah dia pula yang selalu beri idea untuk saya mulakan perniagaan sendiri. 
Masalah sekarang, memang dari awal lagi saya tak ada motosikal atau kereta. Isteri saya bersabar, tetapi perangai dia dah lain. Baru ini saya tertampar dia. Sebelum itu dia ada taklik, 
“Kalau awak pukul dan tampar saya lagi, jatuh talak”
Saya pun setuju. Baru-baru ini saya tertampar dia. Dia kata bagus dan benda ini yang paling dia tunggu. Saya menangis gila-gila. Memandangkan mak dan bapa saya semua dah tak sukakan saya, saya nak pergi ke mana? 

Isteri kata, “Kalau kau nak berambus dari rumah ini, silakan! Dulu masa ada anak seorang, aku tak ada duit, bolehlah kau maki aku! Kau sikit-sikit lari ke rumah mak bapak kau. Sekarang kalau rasa nak keluar, silakan. Jangan datang balik! Dayus!” 

Saya tak keluar pun, saya minta maaf pada isteri. Saya mula teringat semula bila saya senang, saya biarkan satu keluarga hina dia. Saya pukul dia semasa dia mengandung anak kedua, di depan-depan keluarga saya. 
Paling saya sedih bila isteri kata, “Aku dah tak rasa apa la kalau kau nak maki aku sekarang. Jaga hubungan dengan tuhan, baru fikir jaga aku. Kahwin nak, tapi bodoh.” 
Cepat-cepat saya ambil wudhuk, sembahyang. Dari kecil sampai saya dewasa, tak ada orang ingatkan saya sembahyang. Cuma isteri saya sahaja. Apa saya nak buat?
Via: TR


Sumber ‘Kalau awak pukul dan tampar saya lagi, jatuh talak’ – Suami menangis enggan bercerai selepas tertampar isteri

[VIDEO] Kini Anda Boleh Bawa Keluarga Untuk Nikmati Pemandangan Cantik Di Masjid Jamek. Lip Lap Lampu Dia!

[VIDEO] Kini Anda Boleh Bawa Keluarga Untuk Nikmati Pemandangan Cantik Di Masjid Jamek. Lip Lap Lampu Dia!

[VIDEO] Kini Anda Boleh Bawa Keluarga Untuk Nikmati Pemandangan Cantik Di Masjid Jamek. Lip Lap Lampu Dia!

Semalam merupakan hari pelancaran projek River of Life (RoL) dan Blue Pool yang bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. Projek itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meliputi perairan sungai sekitar Masjid Jamek.

Terletak di titik konvergensi sungai Klang dan Gombak, projek Blue Pool ini direka untuk mengubah sungai secara visual. Memang cantik wei! Rugi siapa tak tengok.

 

Cantiknya!

 

Blue Pool Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ini dilengkapi dengan air pancut simfoni menari, koridor biru, kesan kabus dan kilat. Memang menarik! Tempat ini juga merupakan taman rekreasi bagi menarik minat penduduk tempatan dan pelancong untuk ke sini.

Menarik!

Projek RoL ini juga adalah bertujuan untuk memelihara sungai di Malaysia. Ianya akan dapat membawa impak yang lebih kuat kepada kemajuan negara. Jadi lepas ini jangan cuba buang sampah di dalam sungai. Siapa belum pergi boleh pergi tengok okay!

Sumber :Rizal Hakim

Via: Oh Bulan



Sumber [VIDEO] Kini Anda Boleh Bawa Keluarga Untuk Nikmati Pemandangan Cantik Di Masjid Jamek. Lip Lap Lampu Dia!

Rabu, 30 Agustus 2017

Anak Patung Bernyawa Ini Comel Tapi Menyeramkan

anak patung bernyawa ini comel tapi menyeramkan

Bila sebut sahaja anak patung bernyawa terus teringatkan patung seram Annabelle. Siapa yang tak takut kan. Tapi ni memang bernyawa tau. Nama ‘patung’ ni adalah Lulu Hashimoto. Seorang pereka fesyen Jepun, Hitomi Komaki yang mencipta Lulu lengkap dengan sifat sempurna manusia seperti rambut palsu, topeng dan stokin.

Lulu ada di mana-mana sahaja di Jepun. Tak pasti siapakah identiti disebalik Lulu, yang pastinya Komaki telah menjadikannya seperti manusia. Anak patung yang kelihatan seperti manusia.

anak patung bernyawa ini comel tapi menyeramkan

anak patung bernyawa ini comel tapi menyeramkan

 

Sumber: Era



Sumber Anak Patung Bernyawa Ini Comel Tapi Menyeramkan

Demi sara keluarga, nenek rela jadi pikachu

Pada setiap hari seorang wanita tua memakai kostum watak Pikachu dan berdiri di tepi jalan di bandar ini untuk mencari rezeki bagi menampung keluarganya.

Wanita yang dikenali sebagai Han, 71, berkata, dia terpaksa mencari rezeki kerana beberapa ahli keluarganya sakit dan tidak mampu bekerja.

Menurutnya, pada 2007, anak perempuannya disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak dan dia membelanjakan semua wang simpanan untuk rawatan anaknya.

Namun, penyakit itu menyebabkan anak perempuannya buta.

Setahun kemudian, keluarganya sekali lagi ditimpa malang apabila suaminya terjatuh ketika bekerja di tapak pembinaan menyebabkan kakinya patah dan cacat.

Nasib malang keluarga Han tidak berhenti di situ apabila pada tahun lalu, menantu lelakinya yang menjadi tonggak utama keluarga lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menjadi satu-satunya yang masih sihat, Han tiada pilihan selain terpaksa keluar mencari rezeki untuk menampung keluarganya.

Kerana sudah berusia Han sukar mencari pekerjaan, jadi dia membeli kostum Pikachu dan memakainya di tepi jalan serta di luar pasar raya.

Han meminta bayaran berjumlah 9 yuan (RM6) kepada sesiapa yang mahu bergambar dengannya. – Agensi

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Demi sara keluarga, nenek rela jadi pikachu

Rebut anak punya pasal, lelaki kejar bekas isteri sampai kemalangan hingga pemandu kereta lain cedera parah

TINDAKAN lelaki mengejar bekas isterinya dengan kereta dipercayai akibat masalah perebutan anak menyebabkan kejadian lebih buruk apabila kereta dipandu mereka terbabit kemalangan yang turut menyebabkan sebuah lagi kereta dirempuh di Titi Gajah, Alor Setar, hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Jafrul Nizam Jaafar, 38, bekas isteri, Marziana Mahadzir, 37, anak mereka, Muhammad Mikhail Jafrul Nizam, 5, dan pemandu kereta lain, Faizal Baharom, 36, cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku dari Titi Gajah menghala ke Kepala Batas.

Beliau berkata, keterangan orang awam memberitahu ia berpunca apabila Perodua Myvi dipandu Jafrul mengejar Perodua Myvi dipandu bekas isterinya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian menghimpit kereta bekas isterinya di sebelah kanan menyebabkan ia terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Kereta lelaki itu turut hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Saga FLX menyebabkan kereta itu terbalik dan merintangi jalan sementara Perodua Myvi itu terbabas di sebelah kiri sebelum merempuh pagar Kuarters Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan,” katanya.

Yazri berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Rebut anak punya pasal, lelaki kejar bekas isteri sampai kemalangan hingga pemandu kereta lain cedera parah

Lelaki Jepun Ni Jumpa Penghujung Pelangi, Tapi Tak Seperti Yang Disangka

lelaki jepun ni jumpa penghujung pelangi, tapi tak seperti yang disangka

Apa yang korang rasa ada di penghujung pelangi ? Pelangi tu memang cantik, sesiapa yang nampak pelangi terus rasa teruja dan gembira walaupun dah banyak kali nampak. Seronok kan ?

Seorang lelaki di Jepun menemui penghujung pelangi, namun tiada apa yang istimewa di penghujungnya. Daripada gerbang warna yang yang seakan mengalir di udara, pelangi itu kelihatan bertunas dari tanah di depan kenderaan yang diletakkan di dalam gambar. Ia kemudiannya menuju ke lengkungan di atas pokok-pokok dan ke hujung yang lain.

 

Sumber: Era



Sumber Lelaki Jepun Ni Jumpa Penghujung Pelangi, Tapi Tak Seperti Yang Disangka

“Dia menyerah diri” – Kata Man Kidal tentang anaknya yang didakwa larikan jutaan ringgit wang pelabur

“Atas nasihat rakan dan bagi membersihkan nama baiknya dan keluarga, dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,” kata pemain gitar popular, Man Kidal, 54, mengenai pembabitan anaknya, Mohd Shefflee, 32, atau Elly dalam perniagaan money game dan melarikan jutaan ringgit wang pelabur seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood berkata, anaknya itu menyerah diri minggu lalu bagi memberi keterangan dan hanya dibebaskan Ahad lalu.

Man berkata, berikutan dakwaan yang tular itu, keluarganya menjadi mangsa cemuhan netizen di media sosial.

“Kepada mereka yang tidak henti-henti mencemuh, menuduh dan melontarkan tohmahan terhadap anak saya, hentikan segera kerana ia turut membabitkan nama saya dan seluruh keluarga kami.

“Serahkan kepada polis dan biar mereka melakukan tugas mereka. Pada masa sama kami mengumpul bukti untuk membuktikan Elly tidak bersalah,” katanya kepada Harian Metro.

Man berkata, Elly kini menguruskan perniagaannya seperti biasa dan akan terus memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah kes itu selesai.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Dia menyerah diri” – Kata Man Kidal tentang anaknya yang didakwa larikan jutaan ringgit wang pelabur

Bekas timbalan Gabenor terkejut BNM rugi besar Forex

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Lin See Yan memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  bahawa beliau terkejut dengan kerugian besar dialami bank itu dalam urus niaga mata wang asing (forex).

Dr Lin berkata, Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussien bimbang dan terkejut apabila beliau memaklumkan perkara itu kepadanya.

Menurut Lin, beliau pertama kali mengetahui tentang kerugian dalam urus niaga forex itu daripada Lee Siew Kuan, yang menjadi pembantu khas kepada Jaffar pada awal 1990-an dan seterusnya daripada rakan beliau yang bertugas dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Kawan-kawan daripada IMF memberitahu saya bahawa Bank Negara Malaysia terlibat dengan urus niaga hadapan terbuka mata wang asing  yang besar jumlahnya dalam pelbagai mata wang, terutama di New York dan London dan Bank Negara Malaysia mengalami kerugian besar,” katanya.

Lin berkata selepas itu beliau pergi berjumpa dengan Jaffar yang mengesahkan kerugian itu.

“Saya bertanya kepada Tan Sri Jaafar berapa banyakkah kerugian itu dan beliau memberitahu saya beliau tidak pasti,” kata Lin, yang menyandang jawatan timbalan gabenor dari 1980 hingga Julai 1994.

Kata Lin, Jaffar juga memberitahu beliau bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop adalah ketua peniaga.

“Saya katakan kepada Tan Sri Jaffar bahawa oleh kerana beliau tidak tahu jumlah kerugian yang dialami dan berapa banyak lagi yang akan dialami, lebih baiklah kita lakukan siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang kerugian itu, bagaimana ia boleh berlaku dan berapa banyak lagi bank terdedah kepadanya,” kata beliau.

Lin berkata Jaffar bersetuju Lee akan melakukan siasatan awal dengan bantuan bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid.

Menurut Lin, sepanjang pengetahuannya, Nor Mohamed adalah ketua peniaga yang melaporkan secara terus kepada gabenor.

Kata Lin, kemudian Lee dan Abdul Murad memberitahu beliau bahawa BNM mempunyai kedudukan terbuka yang besar jumlahnya dalam pelbagai mata wang yang masih lagi jauh tempoh hadapannya.

“Ini bermakna Bank Negara mungkin terus mengalami kerugian apabila tiba masanya untuk melunaskan bayaran kepada pihak yang berurus niaga. Sebagai Bank Pusat, risiko ini tidak boleh diterima dan Tan Sri Jaffar bersetuju,” katanya.

Lin berkata beliau memaklumkan kepada gabenor itu bahawa Nor Mohamed tidak sepatutnya dibenarkan terus mengendalikan urus niaga dan meminta Abdul Murad mengambil alih serta menutup semua kedudukan hadapan terbuka.

Katanya, semua urusan perakaunan BNM berkaitan urus niaga forex diserahkan kepada Jaffar memandangkan beliau seorang akauntan paling tersohor serta memiliki pengalaman yang diperlukan.

“Jaffar seorang manusia terhormat, tetapi beliau terlalu pantas dalam urusan berkaitan forex dan beliau memberi kepada mereka (pengendali) terlalu banyak kebebasan,” kata Lin ketika membaca kenyataan saksinya pada hari keempat prosiding RCI untuk menyiasat kerugian yang dialami BNM dalam urus niaga mata wang asing pada 1990-an.

Saksi ke-12 itu juga memberitahu bahawa kata-kata terakhir Jaffar kepadanya ialah oleh kerana beliau yang menyebabkan BNM berada dalam keadaan kusut, maka beliau akan menyelesaikan perkara itu.

Lin berkata Jaafar juga menyebut bahawa beliau tidak tahu siapakah yang membuat keputusan mengenai urus niaga forex yang besar jumlahnya itu dari 1990 hingga 1994.

Kata saksi itu, beliau dipanggil menghadap oleh Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kecewa dengan kerugian besar urus niaga forex yang dialami BNM dan bersetuju dengannya (Lin) bahawa semua kedudukan yang masih ada pada masa itu perlu ditutup dengan secepat mungkin.

Lin berkata beliau bagaimanapun tidak diminta berbincang tentang kerugian dalam urus niaga forex itu dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi “saya tidak tahu jika ada orang lain yang memaklumkan kepada Perdana Menteri tentang kerugian dalam urus niaga mata wang asing yang dialami BNM”.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mempengerusikan panel lima anggota suruhanjaya itu, yang turut terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan.

Sumber: MStar



Sumber Bekas timbalan Gabenor terkejut BNM rugi besar Forex

Digelar SEA Kong (tipu) , PM Thailand pertahan Malaysia

Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha mempertahankan Malaysia yang mengungguli kutipan pingat emas terbanyak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), dengan menyatakan ‘ia adalah normal’ bagi negara tuan rumah berdasarkan persiapan yang lebih baik untuk menghadapi sukan terbesar di Asia Tenggara itu.

Walaupun memuji aksi atlet Gajah Putih dalam temasya dwitahunan itu, beliau berkata ‘beberapa persatuan sukan’ di negara berkenaan masih dibelenggu masalah dan mahu ia diperbaiki sebaik pulang ke Thailand.

“Adalah sesuatu yang normal bagi negara tuan rumah akan mendapat lebih banyak (pingat emas) berdasarkan persediaan yang dilakukan.

“Sama seperti kami, apabila menjadi tuan rumah, kami juga boleh menguruskan jenis sukan dan kali ini mereka (Malaysia) mempunyai persiapan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan di sini Rabu.

Walaupun menduduki tempat kedua di belakang Malaysia dalam keseluruhan pungutan pingat dan kehilangan mahkota serantau, perdana menteri menegaskan beliau masih berpuas hati dengan prestasi cemerlang atlet Thailand dalam temasya itu yang membabitkan pelbagai jenis sukan.

“Kami gembira kerana menduduki tempat kedua walaupun saya mahu mereka terus mengungguli carta teratas pungutan pingat,” katanya.

Komen Prayut itu dibuat susulan kritikan yang dilemparkan oleh media dan peminat Gajah Putih itu terhadap aspek penganjuran KL2017 oleh Malaysia.

Selain mengkritik negara tuan rumah mengenai perkara-perkara remeh semasa penganjuran Sukan SEA seperti kekurangan makanan dan pengangkutan atlet, mereka juga menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat kesukanan dalam misi tuan rumah untuk mengungguli pungutan pingat dan bergelar juara keseluruhan.

Akhbar berbahasa Inggeris, Bangkok Post dalam artikel bertajuk “An ugly tradition continues in Malaysia” pada Rabu berkata emosi semakin tinggi dalam kalangan peminat dan wartawan Thailand yang meluahkan kemarahan mereka dengan melabelkan Sukan SEA Kuala Lumpur sebagai “SEA Kong” atau (SEA Tipu).

Ia juga berkata ketua kontinjen Thailand dalam temasya dwitahunan itu, Thana Chaiprasit mendakwa penganjuran KL2017  adalah paling teruk berbanding penganjuran Sukan SEA yang lain serta Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Beliau juga mendakwa pegawai dari negara lain turut berkongsi pendapat yang sama.

Walaupun kritikan pedas dilemparkan oleh Bangkok Post, satu lagi akhbar harian berbahasa Inggeris , yang popular di sini, The Nation lebih bersifat introspektif dalam menilai prestasi Thailand pada temasya KL2017, memilih untuk menyalahkan prestasi atlet negara itu yang hambar berbanding Malaysia.

Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya baru-baru ini berkata negara itu gagal terutama dalam acara sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan berprestij itu yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

“Pada temasya Kuala Lumpur 2017, Thailand telah gagal terutamanya dalam ‘sukan antarabangsa’. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam,” katanya.

Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan SEA, katanya, dijadikan alasan oleh negara itu jika ia kalah kepada Malaysia tetapi ia tidak boleh bergantung kepada alasan dan hujahan itu lagi kali ini. -Bernama

Sumber: MStar



Sumber Digelar SEA Kong (tipu) , PM Thailand pertahan Malaysia