Sumber Sejak Kendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia, Mydin Kerugian Besar
Senin, 31 Juli 2017
Sejak Kendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia, Mydin Kerugian Besar
Sumber Sejak Kendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia, Mydin Kerugian Besar
Rahsia Video bertaranum lepas keluar duit gaji didedahkan
Individu yang tular selepas membuat aksi bertaranum sebagai tanda kesyukuran mendapat gaji mendedahkan rahsia di sebalik pembikinan video tersebut.
Irwan Effendy Bahtiar, 35, atau lebih dikenali sebagai Rocco berkata, dia sebenarnya hanya membuat pergerakan mulut berdasarkan taranum yang dilakukan individu lain.
“Suara bertaranum yang anda dengar itu bukanlah suara saya. Suara saya yang sebenar adalah serak-serak sedikit.
“Apa yang saya buat ketika rakaman itu hanyalah mengikut skrip. Saya sekadar ‘miming’ (membuat pergerakan mulut),” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Jumaat lalu, video yang memaparkan seorang lelaki beredar dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum membuat ‘taranum masuk gaji’ tular di media sosial.
Pemuda yang berasal dari Kajang ini berkata, satu video susulan akan dimuat naik di laman sosial seawal-awalnya Selasa bagi mendedahkan pemilik suara bertaranum itu.
“Dalam video itu nanti akan menunjukkan saya melakukan ‘miming’ dan mendedahkan siapakah empunya suara itu,” kata Rocco.
Menerusi video itu, pemuda ini dilihat bertaranum dengan berkata: “Syukran (syukur) pasal gaji sudah masuk. Sudah lama tunggu sejak sebelum raya. Hampir-hampir ke Bank Rakyat untuk mohon ‘overlap’. Malam ini bawa bini makan sate Kajang.”
Video berdurasi kira-kira seminit itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur selain kecaman yang menyifatkan ia seolah-olah mempersendakan bacaan al-Quran.
Rocco berkata, apa yang dibacanya hanya ayat-ayat berbahasa Melayu yang menunjukkan tanda kesyukuran mendapat gaji, dan bukannya ayat-ayat suci al-Quran.
“Apa yang saya buat ini sekadar suka-suka. Apa yang anda lihat itulah diri saya, seorang yang suka menghiburkan kawan-kawan.
“Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya video taranum tersebut menyinggung perasaan mana-mana pihak,” katanya.
Johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman yang mengulas mengenai video itu berkata, pemuda berkenaan membaca seperti adanya hukum tajwid pada ayat-ayat yang tidak sepatutnya.
“Ini kerana hukum tajwid hanya khusus pada al-Quran sahaja. Tidak pada kata-kata lain selain daripada al-Quran,” ujar Sharifah Khasif secara ringkas.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim pula berkata, pada zaman sekarang taranum tidak sekadar merujuk kepada bacaan ayat-ayat suci al-Quran termasuk zikir, doa dan berzanji.
“Membaca qasidah juga boleh dilakukan dengan cara bertaranum. Tak salah kalau membawa maksud yang baik sebagaimana video tular tersebut kerana mengucapkan kesyukuran selepas mendapat gaji.
“Secara tidak langsung, ia juga merupakan salah satu kaedah menggalakkan orang membaca al-Quran kerana tertarik dengan lenggok dan kemerduan taranum itu,” katanya.
Sumber: Mstar
Sumber Rahsia Video bertaranum lepas keluar duit gaji didedahkan
“Saya minta Afifah keluar bagi ruang saya dan Aliff bincang tapi dia tidak peduli” – Bella Astillah
Isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menjelaskan tujuannya menerjah kelab karaoke pada Khamis lalu bukan untuk menyerang suaminya yang sedang bersama pelakon Nur Afifah Nasir.
Bella atau nama sebenarnya atau Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, kedatangannya ke lokasi itu adalah untuk berbincang secara baik berkaitan hubungan mereka.
“Saya datang ke pusat karaoke itu dengan hasrat untuk berbincang secara baik dengan suami saya. Saya minta dia (Afifah) keluar sebentar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada kami.
“Tapi dia tidak peduli dan tetap berada di situ sehingga keadaan tidak terkawal dan berlaku kejadian tidak diingini,” ujarnya kepada mStar Online.
Bella dan Aliff ditemui pada sidang media berhubung kes itu di Hotel Roof Garden, dekat sini, pada Isnin.
Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu seperti Aliff Aziz dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.
Sementara itu, Bella berkata, dia belum memaafkan wanita berkenaan sebaliknya, meminta pihak tersebut menjauhkan diri daripada keluarganya.
Katanya, dia mahu kontroversi tersebut menjadi pengajaran terbesar untuk suaminya.
“Sama ada saya maafkan dia atau tidak, itu biarlah masa yang menentukannya kerana buat masa ini hati saya sangat terluka.
“Kalau boleh biar benda ini senap sahaja selepas ini. Saya juga harap pihak-pihak tersebut menjauhkan diri daripada saya dan keluarga,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang kenyataan kakak kepada Afifah iaitu Anzalna yang menuduh dia sebagai berperangai pelik dan meroyan selepas bersalin, Bella berkata, dia sangat terkesan dengan perkara itu.
“Apa yang di cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa.
“Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk,” ujarnya.
Meroyan ialah sejenis penyakit jiwa yang biasanya terjadi kepada wanita baru bersalin.
Sementara itu, Aliff menafikan dakwaan isterinya seorang queen control dan sering menganggu di lokasi sepanjang penggambaran drama berkenaan.
Katanya, selama mereka berkahwin, Bella tidak pernah mengatur atau menentukan kehidupannya.
Malah, pihak yang membuat tuduhan itu bukan orang yang mengenali mereka.
“Queen control itu tidak betul, tuduhan ini datang dari sumber yang tiada kena mengena dengan apa yang terjadi. Ini adalah hal rumah tangga kami dan dia bukan orang yang layak untuk bercakap.
“Sepanjang perkahwinan kami, Bella tidak pernah cakap jangan buat itu atau ini. Dia memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya,” ujarnya.
Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean, pada 8 Julai lalu.
Sumber: Mstar
Sumber “Saya minta Afifah keluar bagi ruang saya dan Aliff bincang tapi dia tidak peduli” – Bella Astillah
“Mana Duit Aku… Pulangkan!” – Erwin Dawson
PELAKON Erwin Dawson memberitahu bahawa sehingga kini dia masih belum menerima wang sebanyak RM2,000 yang dipinjamkan kepada seorang pelakon baharu pada awal bulan Mei lalu.
Erwin Dawson atau nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 28, berkata selepas laporan polis dibuat pada 25 Julai lalu lelaki tersebut masih tidak mahu melangsaikan hutangnya dan hanya berdiam diri sahaja.
“Sampai ke hari ini saya masih belum menerima sebarang duit daripada dia. Sudah hampir dua bulan ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada membayar hutang.
“Dia langsung tidak ada rasa serba salah sedangkan dia tahu saya memerlukan duit ketika ini. Saya ada menghubungi dia awal bulan Julai lalu tapi dia beri alasan cek bayaran gajinya belum diproses oleh pihak bank.
“Selepas itu, terus dia mendiamkan diri sehinggalah sekarang,” kata Erwin kepada mStar Online pada Isnin.
Bagaimanapun, pelakon yang berasal dari Singapura ini, dia tidak mahu meletakkan masa untuk individu tersebut membayar semula wang yang dipinjam.
“Sudah tentu saya mahu dia bayar balik duit yang dipinjam. Tapi saya tak nak beri masa bila dia perlu langsaikan hutang dia pada saya.
“Kalau dia bayar dekat saya seorang, kesian pula yang dah bertahun-tahun tunggu duit mereka.
“Apa yang penting sekarang ini dia perlu selesaikan kesemua hutang-hutangnya dengan segera,” ujarnya.
Sebelum ini Erwin telah membuat satu laporan polis mengenai dirinya telah ditipu oleh rakan sendiri.
Lelaki yang pernah berlakon dalam drama Gerak Khas itu telah meminjam duit dan berjanji ingin membayar semula pada 15 Mei lalu.
Selain Erwin, ada beberapa orang telah menjadi mangsa penipuan lelaki tersebut yang dilaporkan gemar meminjam duit tanpa memulangkan semula.
Sumber: MStar
Sumber “Mana Duit Aku… Pulangkan!” – Erwin Dawson
Selepas Teruk Dikecam Kerana Gelar Bella Meroyan, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Beri Respon Balas
Selepas Teruk Dikecam, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut
Anzalna Nasir turut terpalit dengan kontroversi adiknya Afifah Nasir dengan Aliff Aziz.
Ini setelah pelakon ini menggelar Bella Astillah sebagai wanita yang sedang meroyan kerana baru melahirkan cahaya mata. (BACA SINI)
Memang teruk Anzalna dikeacm orang ramai kerana komennya itu.
Akhirnya Anzalna telah tampil memberi kenyataaan dan memohon maaf atas keterlanjuran katanya kepada Bella Astillah.
Ini kenyataan Anzalna:
DIKECAM TERUK
"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?
AKUI AYAT ITU TAK PATUT KELUAR
"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.
MOHON MAAF
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,"
TUTUP RUANG KOMEN
"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.
GEMBIRA LIHAT ALIFF DAN BELLA BERBAIK
"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.
"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,"
Semalam dalam satu sidag media, Bella akui terkejut dengan ayat 'meroyan; yang ditulis Anzalna kepadanya. (BACA SINI)
Persiapan perkahwinan dah siap 80%, tetapi tunang putuskan kerana bekas kekasih mahu balik semula, lelaki mirip Fattah Amin cari wanita ganti bekas tunang
Gara-gara putus tunang, seorang pemuda tidak mahu memori lalu terus menghantuinya apabila berhasrat segera mencari pengganti untuk meneruskan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung bulan depan.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Adib, telah berkongsi tentang hasrat hatinya itu kepada pengendali laman Facebook Viral D Viral untuk menghebahkan perkara itu.
Memiliki wajah mirip pelakon, Fattah Amin, pemuda berusia 30 tahun ini mendakwa kecewa kerana sudah membuat persiapan sebanyak 80 peratus, termasuk menyimpan wang secukupnya untuk mengadakan majlis bagi meraikan hari bahagianya.
“Saya baru putus tunang dua bulan lepas, tak pasti kenapa, tapi wakil pihak perempuan pulangkan cincin.
“Ikutkan bulan depan kami kahwin. Dengar khabar daripada kawan baik dia, bekas kekasih dia yang dulu hilang, sekarang minta sambung dan rancang untuk kahwin,” katanya yang memiliki darah campuran negara seberang.
Usahawan muda itu turut berterus-terang tentang pendapatannya sebanyak RM5,000 sebulan.
Selain itu, Adib juga mendedahkan bahawa dirinya tidak merokok atau berjoli serta bukan seorang pemabuk.
Lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan itu turut menawarkan wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada gadis yang bertuah berbanding nilai asal hanyalah RM10,000.
Malahan sepatutnya Adib bakal menghadiahkan pakej bulan madu ke Korea yang dirahsiakan daripada bekas tunangnya seandainya mereka diijabkabul seperti dirancang.
“Siapa sudi tolong tag nama dia atau kalau ada kawan korang yang solo, tolong tag nama dia dekat komen post Viral D Viral ini.
“Saya akan PM (hantar pesanan peribadi) satu-satu yang saya rasa ok. Kita bercinta lepas kahwin! Sebab majlis tetap akan diteruskan,” ujarnya.
Setakat ini, entri tersebut sudah menerima 17,000 komen, 14,000 tanda suka dan 3,456 perkongsian.
Sumber: MStar
Sumber Persiapan perkahwinan dah siap 80%, tetapi tunang putuskan kerana bekas kekasih mahu balik semula, lelaki mirip Fattah Amin cari wanita ganti bekas tunang
'Habib' Dari Neraka, Mengaku Alim Rupanya Gila Seks
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber 'Habib' Dari Neraka, Mengaku Alim Rupanya Gila Seks
Padah WeChat, Gadis Dirogol 5 Lelaki Di Bangunan Usang
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Padah WeChat, Gadis Dirogol 5 Lelaki Di Bangunan Usang
Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Pendedahan Kisah Sebenar Gambar Viral Pengantin Pakai Topeng
Pemandu Axia Dedah Kisah Sebenar Kenapa Keretanya Terbabas
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Pemandu Axia Dedah Kisah Sebenar Kenapa Keretanya Terbabas
Duit Anak Tidak Boleh Digunakan Walau Seringgit, Itu Hak Mereka
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Duit Anak Tidak Boleh Digunakan Walau Seringgit, Itu Hak Mereka
Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Dah Tak Perlu Panggil Tukang Paip
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Dah Tak Perlu Panggil Tukang Paip
Gelagat Comel Atuk Curi Selfie Dengan Neelofa
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Gelagat Comel Atuk Curi Selfie Dengan Neelofa
Bapa, Datuk Dan Tiga Sepupu Tergamak Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Bapa, Datuk Dan Tiga Sepupu Tergamak Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun
Suami Tergamak Gigit Dan Koyakkan Anu Isteri Sebelum Bunuh
© copyright 2016 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COMSumber Suami Tergamak Gigit Dan Koyakkan Anu Isteri Sebelum Bunuh