Penyanyi Baru Wany Hasrita Terima Dugaan, Kena Ugut Bunuh
Nama penyanyi Wany Hasrita kini sedang meningkat naik. Malah Wany juga tercalon sebagai artisd baru dan penyanyi popular di ABPBH baru-baru ini.
Lagu nyanyian Wany iaitu "Menahan Rindu" ternyaat diterima dengan baik oleh para pendengar dan video klipnya di YouTube sudah mencecah 15 juta tontonan.
Namun baru-baru ini, ada kisah yang kurang enak didengar terkena kepada Wany Hasrita.
Wany menerima ugutan bunuh menerusi laman IG miliknya. Memang menakutkan.
Ini perkongsian dari Wany Hasrita sedniri tentang hal ini:
“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.
“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.
“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.
“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia,"
Ugutan ini satu perkara yang amat serius dan kes ini boleh menjadi kes polis jika berlarutan. Nasib baik peminat berkenaan sudah berhenti mengganggu Wany Hasrita.
Sebanyak 91 akaun bank membabitkan skim Mface Club berjumlah RM177 juta dibekukan kerana terlibat dalam aktiviti skim piramid, kata Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin.
91 akaun bank skim piramid Mface Club dibekukan, artis bergelar Datuk disiasat
Ia susulan operasi yang dijalankan pada Isnin lepas (29 Mei) yang dikenali sebagai “Ops Token” melibatkan serbuan di tiga premis kediaman dan dua premis di sekitar Lembah Klang serta satu di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang, katanya.
“Daripada 91 akaun bank yang dibekukan, 43 akaun di bawah nama syarikat dan 48 akaun selebihnya milik individu membabitkan lapan buah bank berlainan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Roslan berkata serbuan ke atas skim Mface Club yang dipercayai beroperasi sejak lima ke enam tahun itu, dilaksana di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP 1993) dan akta yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Operasi itu diselaraskan Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dari Jabatan Peguam Negara dan diketuai Bahagian Penguatkuasa, KPDNKK, yang turut disertai BNM, SSM, Polis DiRaja Malaysia dan Cybersecurity Malaysia, katanya.
Beliau berkata ketika serbuan pelbagai dokumen, maklumat transaksi kewangan, peralatan komputer dan beberapa barangan mewah dan berjenama turut dirampas termasuk dua jongkong emas, beg tangan berjenama, jam tangan berjenama dan barang kemas.
“Tiada tangkapan dibuat setakat ini,” katanya sambil menambah skim MFace Club dikendalikan oleh Kumpulan MBI International.
Aktiviti skim MFace Club adalah dengan menawarkan enam pakej berharga serendah US$100 sehingga US$5,000, dengan menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi dan turut mengkehendaki setiap ahli mencari dua ahli baru menyertainya, kata beliau.
Mohd Roslan berkata siasatan kini dibuat di bawah Seksyen 4 AJLSAP 1993 iaitu menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen dan Seksyen 27B, mempromosi atau menyebabkan supaya dipromosikan skim piramid.
BNM turut menjalankan siasatan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan SSM di bawah Akta Syarikat 2016, katanya.
Katanya berdasarkan maklumat dan bukti diperoleh semasa serbuan, skim itu dan syarikat tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 iaitu melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dan memperoleh, menerima, memiliki hasil daripada aktiviti haram tersebut.
Jelasnya penguatkuasaan secara bersepadu itu menyasarkan tindakan lebih menyeluruh bukan sahaja terhadap pengendali tetapi juga terhadap penganjur serta pelabur yang tidak bertanggungjawab ekoran daripada penglibatan mereka dalam skim berkenaan.
Sweetnya...Video Mesra Sharnaaz Ahmad Layan Aksi Manja Isteri
Semalam, pelakon popular Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik satu video romantik bersama isterinya di laman Instagram miliknya.
Video pasangan pengantin yang baru 2 bulan berkahwin itu terus menjadi viral dan mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh kemesraan mereka berdua itu DISINI.
Sharnaaz menulis ini sebagai captionnya:
"Abaikan perbualan itu.. itu namanya perbualan org belagak belagak dan taman megah.. tapi yg kongkang dok peluk tu.. haih lah isteri ku sayang @noornabila"
Di ruang komen, ramai peminat yang mengatakan Sharnaaz dan nabila amat comel dan adorable buat sebegitu. Amat jelas hubungan mereka sedang berbunga-bunga.
Selain itu, ramai follower yang tag pasangan masing-masing di ruang komen. Mungkin untuk dijadikan contoh keromantisan pasangan suami isteri.
Untuk pengetahuan, Sharnaaz Ahmad telah berkahwin dengan kakak kepada Neelofa iaitu Nabila.
Memang pasangan ini amat secocok dan romantis sekali.
Lihat video penuh kemesraan mereka berdua itu DISINI.
“Kalau mahu Guilherme, bayar RM10 juta,” kata jurulatih Kuala Lumpur Fabio Maciel Treinador berhubung khabar angin pemainnya, Guilherme De Paula sedang diintai beberapa pasukan.
Walaupun mengaku harga disebut itu hanya gurauan, hakikatnya Fabio memang tidak mahu kehilangan penjaring terbanyak Liga Perdana itu dengan aksinya ditagih untuk sekurang-kurangnya hingga akhir musim 2017.
“Ia (harga) hanya gurauan, jangan pula anda ambil serius,” kata Fabio.
“Tapi, begitulah besarnya nilai Guilherme kepada Kuala Lumpur sekarang. Kalau saya diberi kuasa menentukan, memang tidak akan melepaskan dia kepada mana-mana pasukan walau berapa tinggi sekalipun harga ditawarkan.
“Saya tidak nafikan peranan pemain lain, tapi Guilherme melaksanakan tanggungjawab sebagai penyerang dengan amat baik. Dalam perlawanan bola sepak, gol amat penting dan itu yang diberikan Guilherme kepada kami.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
SEORANG budak lelaki yang bimbang akan mendapat markah `merah’ kerana terlupa membawa buku teks ke sekolah, telah menggantung diri.
Budak berusia 12 tahun itu, Tyrese Glasgow, terpaksa balik semula ke rumahnya di Greater Manchester untuk mengambil buku namun disebabkan dia tertinggal kunci rumah dalam kereta ibunya, maka dia mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam rumah.
Tyrese bimbang keadaan itu akan melambatkannya ke sekolah dan ini boleh menyebabkan rekod pengajiannya terjejas.
Tanpa berfikir panjang, dia mengambil jalan pintas dengan menggantung diri di pintu masuk ke biliknya.
Keadaan berkenaan hanya disedari oleh ibunya, Katy Cross, 32, selepas guru sekolah Tyrese di Saddleworth School menghubungi wanita berkenaan bagi memaklumkan anaknya tidak hadir ke sekolah.
Selepas panggilan tidak berjawab, Katy pulang ke rumahnya dan terkejut apabila mendapati anaknya tergantung.
Dia dan pasangannya, Brian cuba memberi bantuan pernafasan namun gagal.
Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan bagi mengetahui punca kematian budak berkenaan.
Inkues itu juga dimaklumkan Tyrese merupakan pelajar pintar namun perpisahan ibu dan bapanya telah memberikan kesan kepadanya.
SEMALAM pihak Mynewshub memuat naik sebuah video pendek dari artis terkenal, Zara Zya (tonton video di penghujung rencana).
Dalam video itu, Zara bercerita mengenai permasalahan kesihatan lelaki yakni berkaitan isu mati pucuk dan kanser prostat.
Mungkin ada sebahagian pengguna media sosial yang tidak sempat memahami apa yang cuba disampaikan oleh artis berkenaan telah bertindak melulu mempersoalkan mengapa Zara perlu bercakap topik seumpama itu.
Ok… untuk pengetahuan, apa yang Zara cakap itu adalah fakta yang amat penting untuk kesihatan lelaki. Tidak ada apa-apa unsur lucah.
Walaupun datang daripada mulut seorang wanita, namun asas isu itu yang sebenarnya harus diberikan perhatian semua pihak.
Tidak salah pun seorang perempuan bercakap pasal isu demikian sebab setiap lelaki normal, pasangan mereka adalah wanita.
Andai lelaki menderita masalah seperti mati pucuk, pasangan mereka pun akan merasai tempiasnya.
Isu kesihatan lelaki bukan eksklusif kepada lelaki tetapi kesannya dirasai banyak pihak.
Kanser prostat umpamanya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan apabila ditakdirkan terjadi demikian, anak-anak akan kehilangan kasih sayang bapa dan isteri kehilangan kasih sayang suami.
Justeru, kalau pun yang bercakap itu Zara Zya, yang penting adalah apa mesej yang hendak disampaikan.
Alang-alang dah sampai sini, cuba baca beberapa fakta yang penting mengenai dua isu kesihatan lelaki yang terpenting.
Baru anda akan faham apa yang Zara Zya cakap tu rupanya benda yang seharusnya kita semua ambil peduli.
MATI PUCUK (ERECTILE DYSFUNCTION)
Pengenalan
Definisi: Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.
Statistik
– 1 daripada 4 lelaki yang berumur bawah 40 tahun mengalami masalah mati pucuk (ED) – (sumber: Capogrosso P; et al Journal of sexual medicine, 2013:7: 1833–1841).
– 16% daripada populasi lelaki di Malaysia dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun mengalami masalah mati pucuk (ED) – (sumber : Safarinejad et al, urology journal ; 2004: 3, 133-147,).
– 7 daripada 10 lelaki Malaysia umur lebih 40 tahun mengalami masalah mati pucuk (ED) (Sumber :Khoo et al, journal of sexual medicine, 2008: 12, 2925–2934,).
– Kesimpulannya, peningkatan sebanyak 6% setahun dikalangan lelaki berumur 40 tahun ke atas di Malaysia mengalami mati pucuk (ED).
Sebab-Sebab Mati Pucuk
– Masalah perubatan seperti diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis). Hubungkait ED dengan penyakit kardiovaskular adalah tinggi ( Montorsi F. et al. Eur Urol 2003;44:360-5).
– Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.
– Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan.
– Kecederaan pada otak dan saraf tunjang.
– Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah.
– Kegagalan hati dan buah pinggang.
– Penyakit Parkinson.
– Angin ahmar.
– Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku).
– Kesan sampingan ubat-ubatan.
Simptom/Tanda-Tanda
– Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan.
– Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks.
– Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.
Komplikasi
– Kemurungan.
– Kebimbangan semasa hubungan.
– Masalah perkahwinan.
– Rasa rendah diri.
– Kualiti hidup rendah/kurang.
– Rawatan.
Rawatan Bukan Ubat
– Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu sesetengah lelaki dalam masalah ini.
– Berhenti merokok.
– Mengurangkan berat badan yang berlebihan.
– Meningkatkan aktiviti fizikal.
– Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
– Pengurusan stres.
Rawatan Ubat-Ubatan
– Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk pil dan suntikan. Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna. (Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut)
Pencegahan
– Berhenti Merokok dan pengambilan alcohol.
– Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima.
– Cara hidup yang sihat.
Rehabilitasi
– Pengendalian stres.
Sekiranya anda mengalami masalah mati pucuk, sila berjumpa dengan Doktor di klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
KANSER PROSTAT
Hasil kajian di Amerika Syarikat, kanser prostat menduduki nombor dua dalam carta punca kematian lelaki negara itu akibat kanser di mana kanser hati adalah penyebab utama.
Malah sepanjang 2016, The American Cancer Society menganggarkan sebanyak 180,890 kes terbaharu kanser prostat dengan 26,120 daripadanya mengalami kematian.
Di Malaysia, tiada kajian spesifik dilakukan berhubung gejala penyakit ini, namun berdasarkan statistik pada 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki negara ini menghidap kanser prostat. Ia diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Malaysian National Cancer Registry Report 2007-2011, Malysia mendapati kanser prostate adlah kanser ke 3 yang paling kerap menyerang kaum lelaki berumur > 60 tahun selepas kanser paru-paru dan kolorektal.
Berdasarkan fakta di atas, kanser prostat boleh dianggap sebagai satu ancaman besar kepada lelaki dan perlu diberi perhatian serius.Ia boleh membawa kepada kematian. Pesakit kanser prostat mempunyai peluang yang sangat baik untuk sembuh berbanding beberapa kanser yang lain.
Walaubagaimanapun, jika tidak dikesan dan dirawat lebih awal, ia boleh merebak ke bahagian lain seperti tulang dan paru-paru, maka risikonya lebih tinggi.
Prostat & Fungsinya
Prostat adalah kelenjar terletak di antara pangkal zakar dan pundi kencing serta saluran tiub (uretra) yang menyalurkan air kencing dan air mani melalui zakar.
Saiznya mengikut umur seseorang, semakin meningkat umur ia semakin membesar. Proses pembesaran ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Bagi remaja berusia 20-an, saiznya mungkin sebesar guli kecil tapi bagi yang berusia lebih 40 tahun, ia bersaiz guli besar atau paling tidak sebesar kacang ‘walnut’.
Fungsi utama prostat ialah menghasilkan cecair yang berfungsi melindungi, menyokong serta melancarkan pergerakan air mani. Hampir 75 peratus cecair ini dibekalkan dalam pundi air mani, 20 peratus kekal di dalam prostat, empat peratus dalam buah zakar dan satu peratus untuk air mazi.
Apakah Kanser Prostat?
Kanser prostat ialah ketumbuhan yang bermula dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini membiak dengan perlahan sehingga penghidap tidak mengalami sebarang simptom atau menyedari kewujudannya.
Lama-kelamaan ia akan membesar serta mengelilingi prostat. Jika tidak ‘dibunuh’ dengan segera, ia boleh merebak ke tulang belakang yang mengundang risiko lebih besar.
“Peringkat satu dan dua hanya membabitkan 5 peratus kanser di sekitar kelenjar. Peringkat tiga pula ia mula merebak ke sarung kelenjar prostat atau vesikal seminal. Dan tahap empat yang dikategorikan serius ialah kanser mula merebak ke pundi kencing, dubur, paru-paru dan tulang.
“Serangan ke atas tulang belakang boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang malah boleh mengakibatkan lumpuh,” katanya.
Umur
– Kanser prostat lazimnya menyerang lelaki yang berusia lebih 50 tahun malah semakin tua usia anda, semakin mudah diserang kanser ini. Lebih 80 peratus kanser prostat didiagnosis pada lelaki yang berumur 65 tahun ke atas. Dalam kalangan pesakit kanser prostat di negara ini, kaum Cina merekodkan bilangan insiden tertinggi dibandingkan Melayu dan India.
Sejarah keturunan
– Ia juga melibatkan sejarah penyakit keturunan di mana mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser berkenaan lebih terdedah kepada risiko diserang.
Pemakanan
– Pemakanan yang mempunyai kurang sayuran dan buah-buahan serta pengambilan daging merah dan produk tinggi lemak didapati menjadi risiko yang tinggi untuk mendapat kanser prostat di kalangan lelaki.
Obesiti
– Kegemukan dan merokok juga merupakan risiko yang tinggi untuk kanser prostat.
Simptom/Tanda-Tanda
Antara simptom yang boleh dijadikan indikasi seseorang mungkin menghidap kanser adalah berlaku beberapa keadaan berkaitan kencing seperti terlalu kerap, tidak puas, tidak lancar, sakit atau pedih, berdarah, kerap kencing malam, terkencing dan terasa sakit ketika berlaku ejakulasi semasa bersetubuh.
Saringan Kanser Prostat
Ada dua jenis strategi saringan yang kerap digunakan iaitu paras PSA dalam darah dan pemeriksaan prostat melalui rektum menggunakan jari (DRE). Namun saringan untuk kanser prostat masih menjadi kontroversi. Negara seperti Amerika Syarikat mempunyai program saringan sendiri manakala negara seperti United Kingdom, tidak mengesyorkan program saringan. Kontroversi ini disebabkan ada kajian menunjukkan program saringan tidak dapat menurunkan kadar kematian dan kajian lain pula mendapati program saringan menyebabkan pesakit dirawat tanpa keperluan.
Walaubagaimanapun dua saringan yang mudah ini boleh menentukan lelaki mana yang perlu melakukan pemeriksaan lanjut. Apabila didapati paras PSA yang tinggi didalam darah dan pemeriksaan prostat dengan jari mendapati prostat tidak normal, maka pesakit ini dicadangkan menjalani biopsi dan pengimejan prostat.
Saringan adalah disarankan bagi lelaki yang berumur 50 tahun keatas dan mempunyai risiko seperti yang dinyatakan.
Rawatan
Apabila disahkan menghidap kanser prostat, ada beberapa cara rawatan yang boleh dijalankan bergantung pada tahap kanser. Terdapat pelbagai kaedah rawatan seperti ubatan mahupun pembedahan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser prostat, sila berjumpa dengan Doktor di klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
PEMINAT sudah sedia maklum hubungan cinta di antara Neelofa dan Fattah Amin terputus di tengah jalan, penghujung tahun lalu.
Perkara ini diakui kedua-duanya dalam sebuah majlis hiburan yang mana mereka mengakui sama-sama saling jatuh cinta ketika sedang menjayakan drama bersiri popular Suri Hati Mr. Pilot.
Walaupun sudah berpisah namun nampaknya masing-masing tetap tampil profesional lebih-lebih lagi ketika bertemu di Anugerah Meletop Era yang diadakan Mac lalu di mana Neelofa dan Fattah masing-masing memenangi anugerah utama iaitu Top Top Meletop Wanita dan Top Top Meletop Lelaki.
Namun lain pula kisahnya kali ini, bila mana semalam kecoh di laman sosial mendakwa Fattah dan pasangan heroinnya dalam Hero Seorang Cinderella iaitu Nur Fazura telah membatalkan kehadiran mereka secara last minute untuk program Meletop yang dihoskan Neelofa dan Nabil Ahmad.
Tempat mereka dikatakan telah diganti dengan pengarah drama tersebut, Michael Ang dan dua pelakon pembantu iaitu Datin Seri Zizie Izette dan Uqasha Senrose.
Mungkin ‘risau’ peminat akan berbalah mengenai hal tersebut, Michael terlebih dahulu telah memuat naik sebuah video mengatakan memang perancangan asalnya, program Meletop yang diadakan semalam hanya dihadiri olehnya, Zizie dan Uqasha sahaja; sementara pasangan hero dan heroin akan muncul dalam rancangan yang sama pada minggu hadapan.
Ketika program tersebut bersiaran secara live semalam, Neelofa dan Nabil ada menerangkan yang mereka sebagai hos memang tidak berhak menentukan siapakah artis undangan yang akan dijemput ke set tersebut pada setiap minggu.
Menurut mereka itu adalah atas kuasa pihak penerbit dan Neelofa sempat menitipkan kata-kata pesanan, “Kalau tak nak datang, tak apa,” seolah-olah menujukan perkara itu kepada Fattah dan Fazura yang didakwa membatalkan kehadiran mereka pada saat-saat akhir.
Mengetahui hal itu menjadi sensasi di laman Instagram, Fattah tidak berdiam diri lantas terus membuat IG Live menerangkan perkara sebenar yang mana dia memang tidak diberikan sebarang arahan untuk menghadiri program Meletop. Sebaliknya mengetahui yang hanya Michael, Zizie dan Uqasha yang diundang untuk episod semalam.
Selepas itu, hasil risikan Mynewshub mendapati Neelofa ada memuat naik IG Story yang berbunyi, “Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producer keluarkan bukti tentang appearance malam ni,” sebaik sahaja video IG Live Fattah menjadi tular.
Mungkinkah Neelofa menujukan kata-kata tersebut kepada bekas buah hatinya itu?
Fattah menerusi laman Twitternya semalam ada menulis, “Hanya pada Allah tempat aku berlindung,” dan sejam yang lalu, Fattah ada memuat naik status terbaharu di Instagram sebagai respons terhadap kontroversi semalam.
Dalam statusnya itu, Fattah meminta peminatnya agar tidak bertikam lidah mengenai hal-hal yang lepas kerana pada akhirnya ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada mana-mana pihak.
Apa-apa pun, respek kat Nabil dan Uqasha yang boleh bersikap profesional walaupun kedua-duanya pernah mempunyai kisah silam bersama.
PELAKON Sharnaaz Ahmad yang baharu dua bulan bergelar suami kepada usahawan Noor Nabila Mohd Noor nampaknya masih menjalani fasa bulan madu bersama isterinya walaupun mereka sudah cuti sakan di Eropah baru-baru ini.
Aktor berbadan kekar itu baru-baru ini ada berkongsikan video isterinya yang beraksi comel tatkala Sharnaaz sedang berborak dengan ahli keluarganya.
Kebanyakan followers pelakon kelahiran Pulau Pinang itu melahirkan perasaan teruja melihat kebahagiaan pasangan pengantin baharu ini dan mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jannah.
Tak kurang juga ada peminat meneka yang isterinya manja persis seorang wanita yang sedang hamil.
Mungkinkah isteri Sharnaaz sedang hamil anak sulung mereka?
Apa-apa pun terhibur juga tengok video manja-manja Sharnaaz laki bini, macam ni lah suami isteri, kena sentiasa spark-kan rasa cinta di antara satu sama lain. Barulah hari-hari terasa macam pengantin baru!
Naib juara Mentor Milenia 2017, Usop memohon maaf kepada wakil media atas kegagalannya memberi kerjasama hingga memberi tempias kepada Hazama selaku mentor.
Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, mengakui masih terlalu hijau dalam dunia seni apabila kurang memahami beberapa perkara, sekali gus menimbulkan salah faham kepada pihak lain.
“Abang Hazama meminta saya untuk tidak memberikan nombor kepada orang tidak dikenali bagi mengelakkan masalah. Namun, saya salah tafsiran seterusnya menyukarkan kerja pihak media.
“Jangan pula disebabkan sikap naif saya nama Hazama terpalit sama kerana bukan beliau pencetus kontroversi ini. Semuanya disebabkan silap faham daripada saya.
“Saya bermula dari kosong. Bidang seni adalah satu dunia baharu yang perlu saya pelajari. Saya harap diberikan masa untuk mengenali selok-belok dalam lapangan ini.
“Tidak timbul istilah mendabik dada kerana saya sedar sebagai pendatang baharu tiada ruang untuk saya bersikap bongkak.
“Secara perlahan-lahan saya cuba memperbaiki cara berkomunikasi di hadapan media,” katanya pada sesi rakaman Muzik-Muzik Raya, di sini.
Terdahulu, kontroversi timbul apabila Usop enggan memberi nombor telefonnya kepada wakil media selepas konsert akhir Mentor Milenia, sebaliknya meminta mereka melihat Instagram miliknya.
Seorang pemilik bengkel membaiki motosikal kerugian lebih RM5,000 apabila bengkelnya di Jalan Haji Ahmad, dekat sini, dirempuh kereta PERODUA Myvi.
Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, kereta itu dinaiki tiga lelaki dipercayai dari arah bandar Kuantan menghala ke kawasan perindustrian Semambu, di sini, sebelum hilang kawalan dan terbabas merempuh bengkel milik mangsa.
Pemilik bengkel, Au Yong Junbin, 32, berkata dia dimaklumkan kejadian itu oleh pemilik premis berhampiran.
“Ketika saya sampai, kereta (Myvi) kosong, …tidak ada pemandu atau penumpang, saya rasa mereka lari selepas kejadian.
“Kereta dalam keadaan terbalik dan ada kesan kerosakan pada beberapa bahagian kereta itu.
“Saya rasa dia (pemandu) ini mabuk dan bawa laju sebelum terbabas ke bengkel milik saya ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan menerima laporan daripada pemilik bengkel itu.
“Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saya difahamkan kereta terbabit tiada cukai jalan.
“Kami akan kesan pemilik asal kenderaan ini berdasarkan maklumat yang ada bagi melengkapkan siasatan,” katanya.
Anggota Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan menulis secara peribadi kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjelaskan kontroversi ekoran ucapannya di sebuah masjid.
Dalam kenyataanya petang tadi Sivarasa berkata insiden pada Rabu lalu itu sudah diberi gambaran tidak tepat oleh media, seolah-olah beliau memberikan ceramah politik.
Katanya, ada juga media membuat laporan salah kerana menyatakan beliau hadir sebagai wakil menteri besar Selangor.
“Saya tidak memberi apa-apa ceramah, khususnya ceramah politik pada malam itu. Perkara ini telah disalahertikan,” katanya mengenai majlis diadakan di Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang itu.
Hari ini Bernama melaporkan kemurkaan Sultan Sharafuddin dan perkara itu dinyatakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim.
Haris pula dimaklumkan mengenai kemurkaan itu menerusi setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
Sivarasa berkata majlis yang dihadirinya itu ialah pemberian sumbangan kepada surau dan masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Damansara dan dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kota Damasara.
Tiada ceramah politik
Katanya, penganjur juga tidak memberikan masa untuknya menyampaikan apa-apa ceramah pada majlis itu.
“Bagaimanapun, sebelum menyampaikan sumbangan, saya dijemput pengacara majlis untuk memberi sepatah dua kata kepada lebih kurang 70 wakil surau dan masjid yang hadir.
“Sebagai tetamu dijemput memberi sepatah dua kata, tidak elok kalau saya menolak,” katanya.
Justeru, kata Sivarasa, beliau membuat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan dan menegaskan keyakinannya terhadap komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri itu.
Beliau juga berkongsi sedikit pengalamannya sebagai aggota parlimen sejak 2008 dan bagaimana lawatan ke surau dan masjid di kawasan Subang membantunya lebih memahami Islam serta penganutnya.
“Tidak ada apa-apa ceramah politik ataupun ceramah agama yang dibuat pada majlis penyampaian itu,” katanya.
Sebagai anggota parlimen yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam, katanya, wajar bagi beliau memberi sokongan penuh kepada institusi agama Islam di kawasannya.
“Oleh kerana isu ini telah disalah erti, dan kerana saya tidak mempunyai sebarang niat untuk melanggar arahan dan nasihat Sultan Selangor, maka saya akan menulis sepucuk surat peribadi kepada baginda untuk menjelaskan perkara ini,” katanya.
Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman memberi amaran keras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadap beliau selepas ini.
Nur Sajat dalam kenyataannya berkata, beliau kesal dengan tindakan pelbagai pihak terutama di media sosial yang jelas ingin menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.
“Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini.
“Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan ‘relief’ sewajarnya di bawah undang-undang,” katanya menerusi kenyataan yang di akaun Instagram dan Facebook beliau.
Amaran keras Nur Sajat dipercayai ekoran pelbagai kecaman dan fitnah terhadap beliau sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, beliau dikritik dan dikecam netizen berhubung gambar bersama seorang jejaka berbadan sasa tetapi ditutup wajah lelaki itu yang dimuat naik di Instagramnya, Ahad lalu.
“Kadang-kadang, ada benda kita kena rahsiakan… rahsia siapa pasangan kita… so kena tutup mukanya… supaya menjadi teka teki… selamat berbuka,” demikian keterangan gambar yang dimuat naik Nur Sajat yang disertakan dengan hashtag #happytime #janganmengata #LetsCantik #nursajat02 dan terdapat juga emoji sekuntum bunga.
Bagaimanapun, Nur Sajat tampil membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya.
Sumber: MStar
POLIS Iskandar Puteri menahan seorang lelaki, semalam, yang terbabit dalam kes pecah rumah dengan menggunakan modus operasi memandu lori yang tertera khidmat membaiki bumbung dan paip sebelum memecah masuk rumah mangsa melalui bumbung.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Indahpura, Kulai, pada 11 malam semalam, kurang 24 jam selepas satu kejadian pecah rumah kedai dilaporkan.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri membuat serbuan di rumah berkenaan dan menahan suspek sebelum menjumpai semula barangan yang dicuri.
Kita merampas semula barangan dengan nilai sebanyak RM60,000 termasuk koleksi wang kertas lama, loket emas, komputer riba, beg tangan, ubat-ubatan, jam tangan dan juga pingat kebesaran.
“Kita juga berjaya membongkar taktik digunakan suspek apabila merampas sebuah lori satu tan dan tangga yang dipercayai digunakan untuk memanjat bumbung premis,”katanya.
Beliau berkata, kelmarin, seorang lelaki membuat laporan berhubung rumah kedai di Taman Sri Pulai Perdana itu dipecah masuk ketika dia meninggalkan premis untuk pergi ke rumah rakannya pada 1 tengah hari dan apabila pulang ke rumah pada 4.45 petang, dia mendapati rumahnya diselongkar menyebabkan dia kerugian kira-kira RM60,000.
Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek memecah masuk ke dalam rumah itu dengan cara memanjat bumbung dan masuk melalui siling bangunan.
“Selepas berjaya masuk ke dalam rumah, suspek bertindak menyelongkar rumah dan mengambil barangan berharga sebelum keluar semula melalui bumbung.
“Modus operandi suspek ini adalah dengan membawa sebuah lori yang mempunyai tulisan menawarkan perkhidmatan membaiki bumbung dan servis paip air selain menggunakan tangga yang dibawa untuk memanjat bumbung,” katanya.
Menurut Noor Hashim, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berhubung kes pecah rumah dan dia mengaku terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di kawasan Iskandar Puteri dan daerah berhampiran.
Katanya, suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
PESAWAT Malaysia Airlines, MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, semalam, berpunca daripada penumpang mabuk yang membuat gangguan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata, suspek dipercayai warga Sri Lanka.
Menurutnya, sehingga kini beliau masih belum menerima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula.
“Saya ingin menyeru supaya orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi membabitkan aktiviti keganasan.
“Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa semua anak kapal berjaya mengawal penumpang terbabit,” katanya.
ANDA pernah berkelakuan begini? Tidur, berehat santai di atas sofa atau katil di kedai perabot seperti yang dirakam di IKEA Nantong, China.
Gambar-gambar ini dirakam hujung minggu lalu, menunjukkan ada pelanggan yang tidur di atas sofa, malah ada yang menidurkan bayi di atas katil yang dipamerkan tanpa menghiraukan pelanggan lain yang mungkin mahu membeli.
Menurut portal news163.com, mungkin cuaca panas sehingga 32 darjah selsius sekarang menyebabkan pelanggan keletihan dan mengambil kesempatan ‘berehat’ di IKEA.
Syarikat Sweden itu membuka kedainya yang pertama di China pada 199 dan negara itu kini mempunyai tiga daripada lima IKEA terbesar dunia.
Selepas kedai pertama dibuka di Beijing, muncul gambar menunjukkan pelanggan ‘berkhemah’ di atas sofa bersama keluarga, membaca akhbar dan makan biskut.
Pada Julai 2015, syarikat terpaksa melarang orang ramai bersantai di atas perabot yang dipamerkan selepas ada pelanggan mengadu mereka tidak dapat meneliti perabot berkenaan kerana digunakan orang lain.
Makan, minum dan hisap rokok di sebalik kotak dan meja yang dijadikan penghadang serta berhenti di luar kedai untuk beli makanan secara pandu lalu.
Itu antara gelagat kaki ponteng puasa di restoran di Cheras Perdana, yang sempat dirakam wartawan, semalam.
Wartawan Harian Metro berkongsi pengalamannya terjumpa ‘port’ ponteng puasa itu.
“Saya kebetulan melalui kawasan itu berasakan ada yang tidak kena dengan restoran berkenaan kerana melihat lelaki muslim keluar masuk di restoran berkenaan. Ini kerana ketika itu baru 12 tengah hari.
Bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku saya meletakkan kereta berhampiran restoran itu.
Dalam tempoh 30 minit, saya melihat ada motosikal berhenti di depan restoran kemudian penunggangnya masuk ke dalam restoran sebelum keluar dengan bungkusan makanan.
Bungkusan makanan itu kemudian diletakkan dalam raga motosikal sebelum ditutup dengan beg.
Selain motosikal, ada juga kereta berhenti di depan restoran sebelum pekerja restoran mendekatinya seketika dan beredar semula ke dalam restoran.
Tidak lama kemudian pekerja restoran itu keluar dari restoran membawa bungkusan makanan dan menyerahkannya kepada pemandu kereta.
Nampaknya siap ada pandu lalu! Saya melihat ada timbunan kotak di dalam restoran disusun tinggi dan meja diletakkan dalam susunan tertentu.
Atas perasaan ingin tahu, saya masuk ke dalam restoran dan rupa-rupanya ada sekumpulan lelaki muslim di sebalik kotak dan meja itu menjamu selera dan ada yang menghisap rokok.
Saya juga menyamar sebagai pelanggan bagi mengelak timbul syak dalam kalangan mereka.
Mudah saja nak beli makanan kerana pekerja restoran ambil saja tempahan makanan tanpa banyak tanya.
Kaki ponteng puasa itu nampaknya seperti tak peduli dengan kehadiran saya apabila buat muka selamba makan , minum dan hisap rokok. Saya beredar dan melihat ada lagi lelaki muslim masuk ke restoran itu.
RAKAMAN yang didakwa penculikan di Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail yang tular di laman sosial disahkan bukan kes culik sebaliknya wanita terbabit ditahan sebelum diserahkan kepada polis berhubung kes curi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa berkata, mangsa berusia 23 tahun itu adalah suspek bagi kes curi yang dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Katanya, wanita itu yang bekerja sebagai pembantu rumah ditangkap oleh bekas majikannya sebelum diserahkan kepada polis dan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan, wanita warga Indonesia itu dirakam ditarik sekumpulan lima lelaki masuk ke dalam kenderaan sebelum dilarikan.
Dalam kejadian 10.21 malam itu, mangsa dilihat cuba melarikan diri namun berjaya ditahan semula oleh kumpulan lelaki terbabit yang datang menaiki dua kereta.
Rakaman itu dikongsi sebanyak 30,000 kali dan disaksikan lebih 1.2 juta pengguna Facebook.
LAPANGAN Terbang Tullamarine di Melbourne, ditutup selepas seorang lelaki dilaporkan cuba merampas pesawat Malaysia Airlines Berhad yang baru berlepas dari lapangan terbang itu, memaksa pesawat berkenaan berpatah balik dan membuat pendaratan cemas.
Pesawat MH128 ke Kuala Lumpur, berlepas dari lapangan terbang itu pada 11.11 malam (waktu tempatan), malam tadi sebelum terpaksa berpatah balik beberapa minit kemudian.
PESAWAT Malaysia Airlines MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur, hari ini terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas menerima gangguan daripada seorang penumpang.
Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, MH128 berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba Kuala Lumpur pada5.28 pagi ini (waktu Malaysia).
Pesawat terbabit berpatah balik selepas kapten pesawat berkenaan menerima maklumat daripada krew cabin yang memaklumkan terdapat seorang penumpang cuba memasuki kokpit.
“MH128 selamat mendarat di Lapangan Terbang Melbourne pada 11.41 malam waktu tempatan dan kini menunggu ketibaan pasukan keselamatan,” katanya.
Terdapat peniaga yang menjual semula tapak bazar Ramadan pada pihak ketiga dengan harga RM8,000, setelah mendapatkannya pada harga hanya RM500 dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Dapat tapak bazar Ramadhan dengan hanya RM500 je dari PBT, tapi jual semula pada peniaga lain dengan harga RM8000!
Berikutan itu, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan tahun depan bagi menyekat perbuatan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, terdapat rungutan dari masyarakat terhadap kadar sewa tapak bazar yang terlalu mahal.
“Saya kecewa kerana hasrat kerajaan negeri untuk membantu persatuan penjaja atau badan koperasi berniaga di tapak bazar Ramadan telah disalah guna dengan menjual tapak yang diberi dengan harga yang tinggi, hingga mencecah RM8,000 satu tapak.
Menurut Mohamad, kadar caj sewa dan permit penjajaan di bazar yang dikendalikan oleh hanya RM500 mengikut lokasi dan saiz tapak.
“Justeru tahun hadapan, kita bercadang untuk memberikan 50 peratus sahaja tapak bazar kepada persatuan dan koperasi manakala selebihnya akan dibuka kepada orang ramai dengan cara cabutan undi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco negeri, di sini hari ini.
“Bagaimana kita mahu galakkan peniaga menurunkan harga makanan dan barangan sekiranya mereka terpaksa menyewa tapak bazar sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000,” kata Mohamad. – BERNAMA